majlis ugama islam dan adat resam melayu pahang - … · pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui...

24
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah Al Baqarah : Ayat 277) www.muip.gov.my 9 772232 120009 ISSN 2232-1209 MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG MUIP BIL 2/2013 EDISI MAC 2013 - MEI 2013 Majlis Pengislaman Masyarakat Orang Asli Bersantai Di Tepian Hotel Darulmakmur Perkhidmatan MUIP Di UTC Pahang RM 15,400.00 Diagih Kepada Pesakit Hospital Kuala Lipis

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

61 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada

kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah Al Baqarah : Ayat 277)

www.muip.gov.my

9 772232 120009

ISSN 2232-1209

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGMUIP

BIL 2/2013 EDISI MAC 2013 - MEI 2013

Majlis Pengislaman Masyarakat Orang Asli

Bersantai Di Tepian Hotel Darulmakmur

Perkhidmatan MUIP Di UTC Pahang

RM 15,400.00 Diagih Kepada Pesakit Hospital Kuala Lipis

Page 2: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

10www.muip.gov.my

MUIP

DAULAT TUANKUDAULAT TUANKU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'INBILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKARRI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAHDKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak)., DK.(Johor).,DK.(Kelantan).,DK.(Terengganu)., DK.(Perlis)., DK.(Kedah)., DKMB., DK.(Brunei)., DK.(Negeri Sembilan)., DK.(Selangor).,Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order Of The Mugunghwa (South Korea)., Hon. D. Litt (Malaya)., LLD.hc.(Northrop USA).,Hon. D. Sc. (Bedforshire,UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).

KETUA AGAMA NEGERI PAHANG

Page 3: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG

TENGKU ABDULLAH AL-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH,

DK.,SSAP.,SIMP.,DK(Terengganu).,DK(Johor).,SPMJ.,PAT.

TUANKU YANG DIPERTUAMAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Page 4: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

SETI

NTA

BIC

AR

A

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Buletin Al-Risalah MUIP edisi 02/2013 dapat dihasilkan dengan jayanya.

Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik oleh Pentadbiran Majlis bagi kutipan zakat fitrah akan memberi jaminan bantuan zakat dapat disalurkan kepada para asnaf yang layak melalui bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Majlis.

Pelbagai pendekatan telah diambil bagi memberi peluang kepada umat Islam untuk mendapat perkhidmatan yang ditawarkan oleh Majlis. Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bangunan UTC Pahang turut memberi peluang Majlis membuka kaunter bagi memberi khidmat kepada masyarakat. Selain daripada itu, perkembangan teknologi maklumat turut dimanfaatkan oleh Majlis sebagai pemudah cara kepada masyarakat dengan menyediakan sistem permohonan secara on-line seperti E-Dermasiswa MUIP.

Selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP, saya berharap Majlis sebagai sebuah institusi Pengurusan Hal Ehwal Islam khususnya kepada umat Islam di Negeri Pahang melalui pelbagai pelaksanaan program yang dianjurkan telah dapat memartabatkan umat Islam dan meninggikan syiar Islam dikalangan masyarakat.

Isi Kandungan... Isi Kandungan...

alui Pusat an dibayar Majlis bagi n bantuan

yang layak disediakan

YDH Orang Kaya Indera PahlawanDato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin

Haji Wan HassanSSAP.,SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.

Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam

Melayu Pahang

YH. Dato’ Haji Bakar Bin MamatDIMP.,SMP., AAP.,AMNIzhar Bin Ahmad, AMPZulhelmi Bin Abdul HalimMohd Faitullah Bin Sa’adonAbdul Rahman Bin Talib, PKC.Mohd Nasrul Hakim Bin Mat DaudMohd Redza Bin Mohd AyobNorhazita Binti Zainalabidin, PJK.Safura Binti ShodinMohd Hafizuddin Bin MansorRaftah Binti Yaacob

Abu Fairuz Bin Abdul Rahman

Muhammad Asyraf Farhan Bin SaharilMohd Hafizuddin Bin Mansor

PENAUNG

KONSEP DAN KREATIF

SIDANG PENGARANG

FOTOGRAFI

WEBSITE: http://www.muip.gov.myE-MAIL: [email protected]

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang,Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah ,26600 Pekan, Pahang.

No. Telefon : 09-4221311No. Faks : 09-4221885

Mohd Syafiq Bin Abdul Latif @ BaharudinDOKUMENTASI

Zaman Azam Bin Mohamat Sarif @ Ahmat, AAP.

PENASIHAT

Mohd. Rozaini Bin JumaliPENYELARAS

Sahibus Samahah Mufti Negeri PahangYH. Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji OsmanDSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC.

PENULIS JEMPUTAN

Mohd. Taufiq Bin Haji IshakHadijah Binti Anuar

TUGASAN KHAS

Sidang RedaksiYDH. ORANG KAYA INDERA PAHLAWANDATO’ SRI WAN HAJI ABDUL WAHID BIN

HAJI WAN HASSAN SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 110:Maksudnya : “Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”

Kewajipan berzakat yang disyariatkan kepada Umat Islam terbahagi kepada zakat harta dan zakat fitrah. Pada tahun ini, umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa Ramadhan dipertengahan bulan Julai. Selain berpuasa, kita juga berkewajipan menyempurnakan zakat fitrah dengan membayar kepada amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis.

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGTIMBALAN YANG DIPERTUA

Galeri Tuanku Yang Dipertua MUIP...

Agihan Zakat 2013...Penerima Zakat Bulanan...Penyerahan Peralatan Perubatan...

Projek Penanaman Kelapa Sawit...Bersantai Di Tepian Darulmakmur...

Program Khairul Ummah...Majlis Pengislaman Orang Asli...

Bual Bicara Mufti...

Keratan Akhbar...

MYSMS 15888...

Kolum Jawi...

Tuanku YDP Dekati Mangsa Banjir...

Galeri KDYMM Sultan Pahang...

Agihan Kepada Pesakit Hospital...Memperkasakan Asnaf...

RM 129,502.79 Kutipan Saham Wakaf...Kompleks Asnaf MUIP...Puisi...

Kelas Al-Mawaddah...Program Tautan Mahabbah...

Laporan Bergambar...

Alamat Pejabat...

Tazkirah...

1234

5

6

7

8

9

13 & 141516171819

10 , 11 & 12

Page 5: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

10www.muip.gov.my

MUIP

GALERI KDYMM SULTAN PAHANG

PERASMIAN MASJID KG. TANAH PUTIH, PEKAN16 OGOS 2012

PERASMIAN TAMAN PENGASIH SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN

12 MAC 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 1434H/2013M2-4 APRIL 2013 1

www.muip.gov.myMUIP

Page 6: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

10www.muip.gov.my

MUIP2

www.muip.gov.myMUIP

MAJLIS PERASMIAN SURAU TAMAN MAHKOTA PUTRA & BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & IBU

TUNGGAL17 OGOS 2012

GALERI TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

MAJLIS PELANCARAN DANA TABUNG GAZA - PALESTIN29 JAN 2013

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MAJLIS UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

21 MAC 2013

Page 7: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

“Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” menggambarkan pertalian seperti isi dan kuku simbol kepada hubungan yang saling melengkapi diantara pemerintah dan rakyat. Sebagai pemerintah yang prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh rakyatnya, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah mencemar duli bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh Negeri Pahang. Selain menghulurkan bantuan, Tuanku Yang Dipertua Majlis turut meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir dan bertitah agar mereka bersabar serta redha dengan ketentuan Illahi.

TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS

DEKATI MANGSA BANJIR

Sekolah Kebangsaan Batu Kapor menjadi pusat pemindahan kepada mangsa banjir di Mentakab. Seramai 77 buah keluarga telah menerima sumbangan yang melibatkan RM15,400 daripada pihak Majlis dengan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Manakala, bencana banjir turut melanda beberapa daerah lain di Negeri Pahang, seperti daerah Rompin melibatkan 77 buah keluarga, Pekan 43 buah keluarga dan Kuantan 55 buah keluarga secara keseluruhan melibatkan peruntukan berjumlah RM86,300.sesecacarara kkeseselelururuhuhanan mmelelibibatatkakann peperuruntntukukanan bbererjujumlmlahah RRM8M866,303000.

Oleh: Ustaz Abdul Rahman Bin Talib

PKC.

3www.muip.gov.my

MUIP

Page 8: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

AGIHAN ZAKAT 20132013

2,802 ORANG PENERIMA ZAKAT BULANAN

Oleh: Ustaz Mohd Nasrul Hakim bin Mat Daud

AG

IHA

N Z

AK

AT

MUIP menyediakan Skim Bantuan Zakat Bulanan kepada asnaf fakir dan miskin bagi seluruh negeri Pahang dengan kadar RM 100 sehingga RM 500 sebulan.Sehingga April 2013, seramai 2802 asnaf telah menikmati skim bantuan ini.

PROGRAM PENYERAHAN PERALATAN PERUBATAN

Oleh: Encik Zulhelmi bin Abdul Halim

Gharimin 0.05%

Ibnu Sabil 0.20%

Riqab 0.03%

Fisabilillah 62%

Muallaf 5%

Amil 11.%

Miskin 7%

Fakir 14%

2013AGIHAN (Jan – Jun)

Amil 3,855,150

Fakir 4,877,633

Miskin 2,589,058

Muallaf 1,851,404

Ibnu Sabil 79,038

Gharimin 16,606

Riqab 11,250

Fisabilillah 21,578,942

RM 34,859,081

Program Bantuan Peralatan Perubatan seperti bantuan kerusi roda dilaksanakan bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan dimana mereka amat memerlukan peralatan tersebut untuk menjalani kehidupan. Baru-baru ini bertempat di Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menyerahkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan adik Siti Nurul Jannah binti Zaiti berasal dari Rompin Pahang yang mengalami penyakit lumpuh.

CARTA AGIHAN ZAKATSEHINGGA JUN TAHUN 2013

Sebahagian penerima-penerima bantuan zakat bulanan

4www.muip.gov.my

MUIP

Page 9: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

KUANTAN. 12 Mei 2013M, bersamaan 2 Rejab 1434H – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang sentiasa berusaha dan membantu golongan asnaf khususnya penerima Bantuan Bulanan Majlis agar mereka dapat menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga seterusnya mampu berdikari tanpa memerlukan bantuan daripada agensi-agensi pemberi bantuan.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pihak Majlis telah menganjurkan dua program kursus kemahiran selama empat hari iaitu kursus masakan dan jahitan yang melibatkan seramai 60 orang peserta. Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Kolej Komuniti Kuantan dengan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM18,500.00.

memperkasakan asnaf

KUALA LIPIS. 2 Mei 2013M, bersamaan 21 Jamadilakhir 1434H – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengadakan Program Ziarah Hospital bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik terdiri daripada pesakit Hospital Kuala Lipis. Pihak Majlis telah memberikan sumbangan kepada Hospital Kuala Lipis yang berjumlah RM15,400.00 bagi membeli peralatan perubatan iaitu Terumo Terufusion Pump, ECG Machine, Ge Healthcare Dinamap dan Sonicaid One Fetal Doppler. .

f

Bagi merealisasikan hasrat tersedua empyangKursdaripdengseba

fakta

Oleh: Ustaz Mohd Hafizuddin Bin Mansor

PEM

BA

NG

UN

AN

ASN

AF

Sumbangan ini bagi menampung keperluan peralatan yang sedia ada. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Turut hadir bersama, Pengarah Hopital Kuala Lipis, Dr. Sarifuddin bin Saad, Setiausaha Majlis, Encik Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Ehwal Ekonomi dan Baitulmal Majlis, Encik Jumshoiry Novdany bin Mohd Sulaiman, wakil dari Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, Ustaz Amirul Farhan bin Wahi, Pengerusi Lembaga Pelawat, Encik Nazri bin Rafar, serta kakitangan Majlis dan Hospital Kuala Lipis. Pihak Majlis turut memberikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper kepada 144 orang pesakit.

RM15,400 DIAGIH RM15,400 DIAGIH

5www.muip.gov.my

MUIP

Page 10: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

Pelaksanaan program selama 3 hari ini turut melibatkan agensi seperti KIPSAS, PETAMA, JAKOA, Pembantu Penggerak dan JAIP bagi bersama-sama membantu menjayakan program ini. Majlis telah memperuntukkan sejumlah RM53,320.00 bagi perbelanjaan hamper untuk aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, hadiah bagi acara cabutan bertuah, bayaran saguhati saudara baru memeluk Islam serta perbelanjaan makan minum. YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah merasmikan majlis penutup serta mensyahadahkan seramai 48 orang penduduk di situ.

Program Khairul Ummah merupakan program bulanan yang dilaksanakan oleh Majlis Ugama lslam Dan Adat Resam Melayu Pahang bagi menyemarakkan budaya ilmu dan memantapkan akidah Islam dikalangan masyarakat. Pihak Majlis mengharapkan program-program yang dilaksanakan oleh pentadbiran akan sentiasa mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

6www.muip.gov.my

MUIP

MENYEMARAK BUDAYA ILMU &MEMANTAPKAN AKIDAH MELALUI PROGRAM

Program Khairul Ummah bulan April 2013 yang dianjurkan pada 29 April dengan tajuk “Aku Peduli” telah disampaikan oleh penceramah yang juga turut dikenali sebagai penulis dan perunding motivasi, Ustaz Zul Ramli M. Razali. Beliau mengupas perihal kepedulian masyarakat umat Islam sesama Islam berhubung pelbagai perkara yang berlaku dalam masyarakat.

Seterusnya, pada 22 Mei 2013, pengurusan Unit Dakwah Muallaf Majlis telah menjemput pendakwah bebas Al Fadhil Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Siapakah Di Hati Ini?”

DA

KW

AH

& M

UA

LLA

F

MAJLIS PENGISLAMANMASYARAKAT ORANG ASLI

Oleh: Cik Raftah Binti Yaacob

Seramai 48 orang penduduk orang Asli telah memeluk Islam di program tersebut.

info

RAUB. 4 Mac 2013M, bersamaan 21 Rabiulakhir 1434H – Pengukuhan dan pemantapan akidah kepada saudara-saudara baru dilaksanakan secara berterusan agar keimanan mereka terpelihara serta memperkukuh tautan ukhwah sesama saudara Islam. Untuk tujuan itu, pada 4 Mac hingga 6 Mac 2013 bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Bilut, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menganjurkan Program Pemantapan Akidah, Ziarah dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli. Perkampungan tersebut didiami kira-kira 120 buah keluarga kaum Asli Semai dimana jumlah keseluruhan penduduk seramai 380 orang dan kebanyakkan daripada penduduk bekerja sebagai penoreh getah. Kemudahan yang terdapat disitu adalah jalan tar, bekalan tenaga elektrik, bekalan air, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, sebuah tabika, padang permainan dan kedai runcit.

Oleh: Ustaz Mohd Redzabin Mohd Ayob

Page 11: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

KUANTAN. 21 April 2013M, bersamaan 10 Jamadilakhir 1434H – Berlangsung di Dewan Seminar 2, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan kehadiran seramai 100 orang peserta membuktikan program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada saudara baru. Program Motivasi Pemantapan Akidah Saudara Baru Kelas Al-Mawaddah dianjurkan bagi memberi kesedaran dalam menentukan arah dan matlamat sebenar seorang Islam khusus kepada saudara-saudara baru. Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah memperuntukkan sejumlah RM3,300.00 bagi memastikan kejayaan program yang bermula seawal pagi dimulai dengan aktiviti ceramah motivasi, disusuli bacaan Al-quran, kemudian persembahan nasyid daripada PERKIM dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

PROGRAM MOTIVASI PEMANTAPAN AKIDAH SAUDARA BARU KELAS AL-MAWADDAH

DA

KW

AH

& M

UA

LLA

F

PROGRAM TAUTAN MAHABBAH & PEMANTAPAN AKIDAH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

KUANTAN. 25 April 2013M, bersamaan 14 Jamadilakhir 1434H - Seramai 500 orang penduduk Kampung Orang Asli Sungai Mas bersama-sama terlibat dalam menjayakan Program Tautan Mahabbah dan Pemantapan Akidah yang telah berlangsung dalam suasana meriah dan mendapat sambutan daripada kalangan penduduk kampung. Program ini membelanjakan sejumlah RM10,400.00 dilaksanakan dengan penganjuran pelbagai aktiviti bagi merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk.

Berlangsung dalam suasana yang meriah selama sehari serta padat dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi dan pemantapan akidah, pertandingan mewarna kanak-kanak, acara sukaneka bersama-sama penduduk kampung dan penyerahan sumbangan hamper kepada ketua-ketua kampung. Pihak Majlis mendapati program yang dianjurkan mendapat kerjasama dan sambutan yang baik daripada masyarakat orang asli setempat dan mereka mengharapkan program sebegini dianjurkan selalu di perkampungan mereka.

Oleh: Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon

7www.muip.gov.my

MUIP

Page 12: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

EKO

NO

MI

Kerja-kerja pembangunan Ladang Kelapa Sawit Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang seluas 1600 ekar di Jalan Tasik Chini Pekan oleh pihak FELCRA telah bermula pada awal bulan Ogos 2010 berjalan lancar dan kini ladang telah siap ditanam sepenuhnya dengan anak pokok kelapa sawit pada Oktober 2012. Usia pokok di ladang melebihi 18 bulan. Projek ladang kelapa sawit ini bakal memberikan pendapatan tahunan tetap kepada pihak Majlis untuk tempoh 25 tahun yang akan datang serta dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di Negeri Pahang.

PROJEK PENANAMAN ANAK POKOK

KELAPA SAWIT SELUAS 1600 EKAR SIAP

Oleh: Encik Izhar bin Ahmad, AMP

8www.muip.gov.my

MUIP

Tepian Darulmakmur yang berkonsepkan restoran di dalam taman dan bercahaya pada waktu malam merupakan produk terbaru Hotel Darulmakmur di Jerantut telah memulakan operasi pada Oktober 2012 setiap hari dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam. Antara menu istimewa yang disediakan ialah Korean BBQ dan teppanyaki. Pembukaan restoran di Tepian Darulmakmur ini mendapat sambutan baik dari warga Jerantut dan turut dibuka kepada umum untuk tempahan bagi majlis-majlis keraian dan perkahwinan. Pengoperasian Tepian Darulmakmur berupaya menawarkan peluang pekerjaan dan akan menggiatkan lagi aktiviti ekonomi di Bandar Jerantut disamping aktiviti-aktiviti sedia ada yang ditawarkan oleh Hotel Darulmakmur.

Lot 35, Jalan Besar,

Bandar Lama,

27000 Jerantut,

Pahang Darul Makmur

Tel. : 09-2662552

Faks : 09-2662553

BERSANTAI DI TEPIAN HOTEL DARULMAKMUR

Page 13: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

Oleh: Encik Izhar bin Ahmad, AMP

FAKTA“Tahun 2012 menunjukkan peningkatan kutipan sebanyak 24.23%berbanding 2011”

Saham Wakaf Pahang telah mencatat-kan kutipan berjumlah RM129,502.79 bagi tahun 2012, iaitu peningkatan sebanyak 24.23% berbanding dengan tahun 2011. Kutipan terkumpul keseluruhan kini berjumlah RM2,104,960.04 pada 31 Disember 2012. Saham Wakaf Pahang juga telah menyumbangkan sumbangan wakaf berjumlah RM25,000.00 kepada 2 orang penerima pada tahun 2012 dengan sumbangan terkumpul berjumlah RM906,429.23 kepada 92 orang penerima.

2010 2011 2012 (TAHUN)

101,737.23 104,243.64

129,502.79140,000

120,000

100,000

80,000

60,000

40,000

20,000

0(RM)

KOMPLEKS ASNAF MUIP

Penghuni Kompleks

Asnaf ialah seramai

19 orang sehingga

April 2013.

Oleh: YH. Dato Haji Bakar bin Mamat,DIMP., SMP., AAP., AMN.

MENERIMA KUNJUNGAN MASYARAKAT

KUTIPAN SAHAM WAKAF PAHANG TAHUN 2012 W

AK

AF

CARTA KUTIPANSAHAM WAKAF PAHANG

TAHUN 2010 - 2012

RM129,502.79

Pada bulan Febuari 2013, Institut Tadbiran Awam Negara Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur telah mengadakan CSR (Corporate Social Responsibility) yang melibatkan peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam di kampus tersebut. Modul CSR yang dibawa adalah bertema-kan kemanusiaan melibatkan semua penghuni warga emas di Kompleks Asnaf MUIP.

Manakala pada bulan Mac 2013, seramai 70 orang kanak-kanak dari Tadika Mutiara Anakku Comel termasuk guru-guru mereka telah datang berkunjung bagi meraikan bersama-sama penghuni Kompleks Asnaf MUIP dan menjalankan aktiviti anyaman bersama mereka.

SI TUA LARA ITU...

(Dedikasi untuk warga emas Kompleks Asnaf MUIP)

Nukilan oleh :AIMA ISZA HSPPPTR 11101996

Ku lihat pilu,Si Tua lara itu...Mengalirkan air mata,Meratap penuh hiba,Akan sepi hidupnya,Di celah rumpun dunia...

Ku renung wajah,Si Tua lara itu...Yang penuh syahdu,Memikir setiap detik,Akhir dalam hayatnya,Sehingga sampai waktu...

Ku memandang syahdu,Si Tua lara itu...Yang tiada tempat mengadu,Kerana insan yang sibuk,Mengejar masa yang suntuk,Lalai pada yang diperuntuk...

Ku terdorong menjenguk,Si Tua lara itu...Mendengar keluh kesahnya,Mencari sebab yang pasti,Moga tiba masanya nanti,Tak akan sepi sendiri...

Kompleks Asnaf MUIP dibina atas tanah wakaf seluas 4.3 ekar di Kampung Pahang, Mukim Penor, Kuantan. Kompleks ini diwujudkan bertujuan sebagai penempatan asnaf secara tetap atau sementara seperti asnaf yang tidak mempunyai tempat tinggal atau tidak berkemampuan, muallaf dan orang yang ditimpa bencana.

Pengurusan Kompleks Asnaf MUIP mem-buka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin membuat kunjungan atau menganjur-kan program bersama-sama para asnaf .

Penghuni-penghuni Kompleks Asnaf MUIP sangat terharu dan berterima kasih dengan kunjungan mereka. Diharapkan lebih ramai lagi insan yang prihatin dengan warga emas dan dapat melayani mereka dengan sebaik mungkin di samping membentuk sahsiah yang tinggi dan terpuji di kalangan generasi baru pada masa akan datang.

Pada 11 April telah diadakan Majlis Cukur Jambul kepada bayi-bayi penghuni Kompleks Asnaf.

Terbaru, Kompleks Asnaf MUIP telah dikunjungi oleh para pelajar dari SMK Dato’ Mahmud Mat, Pekan. Program yang dijalankan adalah berbentuk gotong-royong dan ramah mesra bersama penghuni terutamanya penghuni warga emas. Program yang dirancang oleh pihak sekolah bermatlamat memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar untuk menghargai warga emas dilihat sebagai satu usaha yang sangat murni dan wajar di contohi.

9www.muip.gov.my

MUIP

Page 14: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

BIC

AR

A B

ERSA

MA

MU

FTI

Oleh: Mohd. Taufiq Bin Haji Ishak

Bual Bicara Bersama MUFTIDato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman,DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC.Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang

lkohol di dalam Solat

10www.muip.gov.my

MUIP

ASOALAN 1:Ramai yang masih keliru tentang arak & alkohol. Arak wujud disebabkan adanya campuran alkohol, jika tiada alkohol dalam arak maka air tersebut bukanlah arak. Kesimpulannya alkohol lah penyebab wujud minuman yang memabukkan. Soalan saya, alkohol sebenarnya dikategorikan sebagai sumber yang haram ataupun halal? Jika haram, bagaimana minyak wangi/wangian yang dibawa semasa solat?

Pertama, Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

SS YH. Dato’ Mufti,

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 6/2011 yang membincangkan isu penentuan kandungan alkohol yang dibenarkan dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 30 Disember 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Kedua, Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak, hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

Ketiga, Minuman ringan yang boleh diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

Page 15: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

BIC

AR

A B

ERSA

MA

MU

FTI

SOALAN 2: Masyarakat kita pada hari ini keliru tentang arak dan alkohol. Bagaimana caranya kita untuk mengenal pasti sumber alkohol dan arak ini sama ada bersih ataupun tidak dan kaedah ataupun cara untuk kita mengelak diri dari penggunaan alkohol dalam kehidupan kita. Ini kerana dibimbangi alkohol yang dibuat di sesetengah negara yang diragui sumber pembuatan alkohol ini.

SS YH. Dato’ Mufti,

Alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu: i)Alkohol kayu(methanol) ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).

Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

11www.muip.gov.my

MUIP

Keempat, Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Kelima, Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijiran serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan / diminum.

Keenam, Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengand-ungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

Ketujuh, Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Page 16: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

BIC

AR

A B

ERSA

MA

MU

FTI

12www.muip.gov.my

MUIP

SOALAN 3:

Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemprosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum.

Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun.

Hukum alkoholImam-imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali) sepakat mengatakan bahawa alkohol yang bersumber daripada arak adalah najis dengan mengqiaskannya kepada arak, kerana kesamaan ‘illah atau sebab. Iaitu sama-sama memabukkan.

Hal ini sesuai kaedah fiqh : At-Taabi’ Taabi’ (Hukum bagi yang mengikuti adalah mengikuti (sama dengan ) hukum yang diikuti). (Abdul Hamid Hakim, As-Sulam, hal. 64). Dengan menerapkan kaedah itu, kita tahu bahawa khamr hukumnya najis. Maka, etanol sebagai bagian dari khamr, hukum mengikuti khamr dari segi kenajisannya. Jadi, etanol hukumnya mengikuti hukum khamr.

Mohon pendapat YH Dato’.

SS YH. Dato’ Mufti,

Pada pendapat saya sekiranya pembuatan tersebut adalah untuk arak (khamr) maka hukumnya adalah haram seperti arak juga. Sebaliknya alkohol yang terhasil daripada proses pembuatan makanan seperti tapai, ubat-ubatan dan minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus.

NAMA : S.S YH. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC.JAWATAN : Sahibus Samahah Mufti Negeri PahangTARIKH LAHIR : 2 Mac 1953PENDIDIKAN :--BA Perundangan di Universiti Al – Azhar,Kaherah,Mesir.-MA Bimbingan dan Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia,Johor.-Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.-Diploma Undang – Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam di UIA Kuala Lumpur. KERJAYA :-2008 -Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.2008 -Dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.2008 -Dilantik sebagai Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.2000 -Dilantik sebagai Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang.1994 -Dilantik sebagai Pegawai Agama Islam di Pejabat Agama Daerah Kuantan.1990 -Dilantik sebagai Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh.1988 -Dilantik sebagai Al- Fadhil Qadhi Daerah Cameron Highland.1985 -Sebagai Guru di Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan.1984 -Sebagai Guru di Sekolah menengah Agama Al – Ihsan Kuantan.1982 -Dilantik Sebagai Guru Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar.

Profil Ringkas

y g p p

NAMNAMAA : SS S.S YHYH. DDat ’to’ HHajiji AbdAbd lul R hRahman bibi Hn H jiaji OOsman, Profil Ringkas

Page 17: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

KURSUS

AUDIT 5S

KURSUS AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S)

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang turut menyediakan perkhidmatan di UTC dengan membuka kaunter di aras bawah kaunter nombor 11. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan diwujudkan bertujuan memudahkan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan pelbagai agensi di satu tempat. UTC menempatkan lebih 100 agensi kerajaan, swasta, bank dan premis perniagaan meliputi 32 agensi kerajaan pusat, 16 agensi kerajaan negeri, 12 badan berkanun, 5 buah bank dan premis perniagaan. Beroperasi pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 10 malam dan ditutup ketika cuti umum.

PERKHIDMATAN MUIP DI UTC PAHANG

Kursus Audit 5S yang diadakan pada 24-25 April 2013 bertempat di Sempurna Resort Kuantan dianjurkan khusus kepada Juruaudit Dalaman yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bagi menjalankan audit dalaman di Majlis Kursus selama dua hari telah menjemput

Penceramah MPC, Encik Mohd Rashid Kanchil yang berkongsi ilmu berhubung perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sewaktu menjalankan kerja-kerja audit. Pada hari terakhir kursus, satu lawatan ke Ibu Pejabat Majlis di Pekan diadakan sebagai latihan praktikal audit kepada para juruaudit. Selain itu, Encik Rashid juga turut bersama-sama dalam lawatan sambil memberi pandangan dan nasihat berhubung perkara-perkara yang perlu diperkemaskan lagi di Majlis dalam menjayakan amalan 5S serta dianugerahkan pensijilan.

LAPO

RA

N B

ERG

AM

BA

R

Oleh: Puan Norhazita Binti Zainalabidin

PJK.

13www.muip.gov.my

MUIP

Page 18: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

LAPO

RA

N B

ERG

AM

BA

R

Pada 15 April, 2013 telah diadakan Kursus Induksi (Pra-Penempatan) bagi pegawai-pegawai yang baru dilantik bertempat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Objektif Kursus bertujuan, memberi penerangan tentang fungsi dan bahagian-bahagian di Majlis, memberi penerangan dan membimbing peserta dengan keperluan dan matlamat organisasi, membantu anggota-anggota memahami suasana kerja dan cara kerja di Majlis.

KURSUS INDUKSI (PRA-PENEMPATAN)

CERAMAH INTEGRITI DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Bertempat di Inderapura Lake Resort, Pekan satu Bengkel Pengurusan dan Pengemaskinian Fail Meja telah diadakan bermula 14 hingga 16 Mei, 2013 kepada pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Bengkel selama 3 hari tersebut dihadiri oleh peserta yang berbeza pada setiap hari.

Objektif Bengkel adalah bertujuan menghasilkan Fail Meja yang menepati kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) dan penghasilan Sijil ISO Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Untuk itu, Pentadbiran Majlis telah menjemput wakil dari Intan Wilayah Timur (INTIM) sebagai penceramah/fasilitator bagi membimbing peserta.

Di akhir Bengkel, peserta diminta untuk membentangkan Fail Meja masing-masing bagi dinilai oleh penceramah/fasilitator.

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENGEMASKINIAN FAIL MEJA

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menganjurkan 2 sesi ceramah secara berasingan bagi Bulan Mac dan Mei 2013 bertempat di Dewan Syarahan, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan kepada pegawai dan kakitangan Majlis.

Ceramah Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 13 Mac, 2013 dengan kerjasama pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Negeri Pahang. Sementara itu, Ceramah Integriti pula telah diadakan pada 13 Mei, 2013 dengan menjemput wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Pahang sebagai penceramah.

Kedua-dua sesi ceramah yang telah diadakan selepas Program Perhimpunan Bulanan turut dihadiri oleh YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hasan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis.

)

Peserta terdiri dari 20 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pelaksana. Modul Kursus merangkumi 3 bahagian iaitu Pengurusan Pentadbiran

Majlis, Pengurusan Kewangan Majlis dan Pengurusan Zakat / Baitulmal. Para penceramah terdiri dari Pegawai Majlis.

14www.muip.gov.my

MUIP

Page 19: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

KO

LUM

JAW

I

Oleh: Ustaz Abdul Rahman Bin Talib

PKC.

15www.muip.gov.my

MUIP

Oleh:Ustaz Abdul Rahman Bin Talibtaz Abd Rahman Bin Talib

PKC.

Page 20: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

16www.muip.gov.my

MUIP

TAZK

IRA

H

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

Pintu langit dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu-pintu syurga dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidak-lah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.

2. Solat-solat sunat yang lain.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Perbanyakan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya). 6. Perbanyakan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

7. Perbanyakan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Perbanyakan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.

2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t. 3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.

2. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.

3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.

4. Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibina-kan mahligai yang indah di syurga.

5. Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Amal ibadah bulan Ramadhan FADHILAT YANG LAIN-LAIN

Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya

errmamamaaaamakskskskkskskkskkskkkskssk udududdududdududdudddd:::::::::::::::ann mamakkkkkaka

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

KEWAJIPANKEWAJIPANberpuasa..

Oleh: Mohd. Taufiq Bin Haji Ishak

Page 21: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

KER

ATA

N A

KH

BA

RK

ERAT

AN

AK

HB

AR

17www.muip.gov.my

MUIP

Page 22: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

JERANTUT

KUANTAN

KUALA LIPISCAMERONHIGHLANDS

RAUB

PEKAN

BERA

JENGKA

MARAN

CHENOR

ROMPIN

MUADZAM SHAHBENTONG

TEMERLOH

JE

TEM

AUB

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Cawangan Daerah TEMERLOHLOT 737 A, LURAH SEMANTAN, BANDAR TEMERLOH,28000 TEMERLOH.NO. TELEFON : 09-2963306 NO. FAKS : 09-2963394

BEMAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGCawangan Daerah BENTONGPUSAT DAKWAH BENTONGBANDAR BARU BENTONG,28700 BENTONGNO. TELEFON : 09-2220925 NO. FAKS : 09-2220923

RARA

MAJLIS UG

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGCawangan Daerah RAUBPERKARANGAN MASJIDABU BAKAR, 27600 RAUB

NO. TELEFON : 09-3554105NO. FAKS : 09-3554137

AAAAERAEBB RREEBB RARAABB RMAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGCawangan Daerah BERANO 1,TINGKAT SATU,JALAN ANGSANA 1, BANDAR BARU BERA,28200 BERANO. TELEFON : 09-2506473NO. FAKS : 09-2506478

SHAHS SSUADZAMAUUMMMMMMMM SSDD HHAAHHMMMMMMMMAAZZAA AAAAAA AAU Z SU DDZAZAM SHAAAAAAA

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGCawangan Daerah MUADZAM SHAHMM 100, BANGUNAN KEDAI/ PEJABAT,JALAN MM 8, MEDAN MEWAH,26700 MUADZAM SHAHNO. TELEFON : 09-4523324NO. FAKS : 09-4523323

MARAN

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

MASJID LAMA MARAN, BANDAR MARAN 26500MARAN

Cawangan Daerah MARAN

NO. TELEFON : 09-4774101NO. FAKS : 09-4774102

UAU

T

KUKKKKUKK

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Cawangan Daerah KUANTANNO 123 A, TINGKAT 1,BANGUNAN MUIP, JALAN MAHKOTA,25000 KUANTANNO. TELEFON : 09-5177450 NO. FAKS : 09-5177442

ALA LIPISUUAUKU LK A AUALA LIPISK S

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGCawangan Daerah LIPISNO. 2 GERAI MUIPLOT 1, SEKSYEN 7,27200 KUALA LIPIS

NO. TELEFON : 09-3124642NO. FAKS : 09-3124648

CAMERON

PEJABAT AGAMA ISLAMDAERAH C. HIGLANDS,39010 CAMERON HIGLANDS.NO. TELEFON : 05- 4911425 NO. FAKS : 05-4914281

H

OR

ZAM SDZZMUA MM HAM SZZDDDUAD SARERAA

MARAN

PEJABAT AGAMA ISLAMDAERAH CHENOR,28100 CHENORNO. TELEFON : 09-2995190NO. FAKS : 09-2995927

JERANTUTT MAJLIS UGAMA ISL

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

NO 8 BANGUNAN MUIP, JALAN BESAR, BANDAR LAMA,27000 JERANTUT

NO. TELEFON : 09-2665979 NO. FAKS : 09-2665978

Cawangan Daerah JERANTUT

ANG

NTAAN

HKOOTA,

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Pejabat Saham Wakaf PahangNO 115, TINGKAT 1, BANGUNAN MUIP,JALAN MAHKOTA,25000 KUANTANNO. TELEFON : 09-5165120 NO. FAKS : 09-5163028

ANTANMAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam PahangKG PAHANG, JALAN SG SOI,26060 KUANTAN

NO. TELEFON : 09-5341098 NO. FAKS : 09-5341105

PEKAN

NO. FAKS : 09-5341105

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

LOT 4, TINGKAT BAWAH BANGUNAN MUIP,LORONG PERAMU MAWAR 2, 26600 PEKANNO. TELEFON : 09-4266540NO. FAKS : 09-4266543

Cawangan Daerah PEKAN

RESAM MELAYU PAHANG

MAJ

MBAM

Ca

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

NO 24 TINGKAT ATAS,BANGUNAN MUIP, LORONG JED 1,26400 BANDAR PUSAT JENGKANO. TELEFON : 09-4662766 NO. FAKS : 09-4662690

Cawangan Daerah JENGKA

ROMPIN

ABAT,

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGCawangan Daerah ROMPINNO. 65, BANGUNAN PERSATUAN BOLA SEPAK,JALAN PASAR, BANDAR BARU ROMPIN,26800 KUALA ROMPIN NO. TELEFON : 09-4146082NO. FAKS : 09-4146085

PEJABAT PEJABAT CAWANGANMAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

ALA

MAT

PEJ

AB

AT M

UIP

CAW

AN

GA

N

1818www.muip.gov.my

MUIP

Page 23: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

19www.muip.gov.my

MY

SMS

1588

8

Semak permohonan bantuan zakat:-

Abc160(1)

MUIP BBM 791218065207

MUIP: Bantuan zakat andaRM1000 telah diluluskan&no. rujukan permohonan 21123. Cek bayaran dihantarterus ke alamat kediaman pemohon. Terima kasih.

SMS15888

Taip : MUIP BBM [NO. KP] [TAHUN] atau MUIP BBM [NO. KP] SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

Semak maklumat AMIL:-

Taip : MUIP AMIL [NO. KP] atau MUIP AMIL [NO. TAULIAH] SMS ke 15888

Abc160(1)

SMS15888

MUIP: No. KP 590101065111, nama AHMAD BIN ABDULLAHadalah AMIL No. Tauliah 1222 bagi Kg. Sungai Isap 2.

MUIP AMIL 590101065111

Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

SMS15888

Abc160(1)

MUIP DERMASISWA791218065207

MUIP: Sukacitanya, cekdermasiswa anda bagi tahun 2011 sebanyak RM1200 telah siap dan dihantar ke alamatpemohon pada 25 April 2011.Terima Kasih.

Semak permohonan DERMASISWA:-

Taip : MUIP DERMASISWA [NO. KP] [TAHUN] atau MUIP DERMASISWA [NO. KP] SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

Senarai perkhidmatan MUIP atau PKZ:-

Abc160(1)

MUIP FUNGSIMUIP:Fungsi bertanggungjawabkepada Sultan Pahang dalam semua berkaitan agama Islam kecuali Hukum Syarak dan Keadilan.Taip MUIP FUNGSILAIN & SMS ke 15888

SMS15888

Taip : MUIP FUNGSI ATAU MUIP PKZFUNGSI SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

mesej penerimaan

SAHABAT MUIP:-

Abc160(1)

MUIP SAHABAT DAFTAR791218065207NAWAWI BIN JUSOH

MUIP:Terima kasih kerana menjadi sahabat MUIP. Untukmelaporkan taipMUIP SAHABAT [PERKARA].

SMS15888

Taip : MUIP SAHABAT DAFTAR [NO. KP] [NAMA PENUH] SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran

SMS15888

Abc160(1)

MUIP FITRAHMUIP: Kadar Zakat Fitrah negeri Pahang pada tahun 2011M/1432H bagi tiap-tiapseorang Islam ialah RM7.00berdasarkan harga beras semasa.

Taip : MUIP FITRAH SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

Semak kadar Zakat Fitrah:-

*Kos penghantaran SMS: RM0.15 Kos Penerimaan: RM0.20Perkhidmatan ini adalah hakcipta Kerajaan Malaysia dan diselenggara olehDAPAT Vista (M) Sdn. Bhd.Talian bantuan: 03-5569 2810 atau emel: [email protected]

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Page 24: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG - … · Pembayaran zakat yang dilaksanakan melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi zakat harta dan dibayar kepada amil yang dilantik

Semak permohonan bantuan zakat:-

Abc160(1)

MUIP BBM 791218065207

MUIP: Bantuan zakat andaRM1000 telah diluluskan&no. rujukan permohonan 21123. Cek bayaran dihantarterus ke alamat kediaman pemohon. Terima kasih.

SMS15888

Taip : MUIP BBM [NO. KP] [TAHUN] atau MUIP BBM [NO. KP] SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

Semak maklumat AMIL:-

Taip : MUIP AMIL [NO. KP] atau MUIP AMIL [NO. TAULIAH] SMS ke 15888

Abc160(1)

SMS15888

MUIP: No. KP 590101065111, nama AHMAD BIN ABDULLAHadalah AMIL No. Tauliah 1222 bagi Kg. Sungai Isap 2.

MUIP AMIL 590101065111

Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

SMS15888

Abc160(1)

MUIP DERMASISWA791218065207

MUIP: Sukacitanya, cekdermasiswa anda bagi tahun 2011 sebanyak RM1200 telah siap dan dihantar ke alamatpemohon pada 25 April 2011.Terima Kasih.

Semak permohonan DERMASISWA:-

Taip : MUIP DERMASISWA [NO. KP] [TAHUN] atau MUIP DERMASISWA [NO. KP] SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

Senarai perkhidmatan MUIP atau PKZ:-

Abc160(1)

MUIP FUNGSIMUIP:Fungsi bertanggungjawabkepada Sultan Pahang dalam semua berkaitan agama Islam kecuali Hukum Syarak dan Keadilan.Taip MUIP FUNGSILAIN & SMS ke 15888

SMS15888

Taip : MUIP FUNGSI ATAU MUIP PKZFUNGSI SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

mesej penerimaan

SAHABAT MUIP:-

Abc160(1)

MUIP SAHABAT DAFTAR791218065207NAWAWI BIN JUSOH

MUIP:Terima kasih kerana menjadi sahabat MUIP. Untukmelaporkan taipMUIP SAHABAT [PERKARA].

SMS15888

Taip : MUIP SAHABAT DAFTAR [NO. KP] [NAMA PENUH] SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran

SMS15888

Abc160(1)

MUIP FITRAHMUIP: Kadar Zakat Fitrah negeri Pahang pada tahun 2011M/1432H bagi tiap-tiapseorang Islam ialah RM7.00berdasarkan harga beras semasa.

Taip : MUIP FITRAH SMS ke 15888Contoh:mesej penghantaran mesej penerimaan

Semak kadar Zakat Fitrah:-

1

2

3

4

6

5

*Kos penghantaran SMS: RM0.15 Kos Penerimaan: RM0.20Perkhidmatan ini adalah hakcipta Kerajaan Malaysia dan diselenggara olehDAPAT Vista (M) Sdn. Bhd.Talian bantuan: 03-5569 2810 atau emel: [email protected]

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas

MUIP