hari raya haji.doc

13
MAKANAN Ketupat, lemang, biskut2 sambal sate, ketupat, rending, lontong Kari ayam, lodeh, hari raya haji disambut sederhana tetapi tetap meriah dengan aktiviti korban...dan juadah2 biasa hari raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, menu biasa hari raya di

Upload: rosmahtom

Post on 14-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MAKANAN

MAKANAN

Ketupat, lemang, biskut2

sambal sate, ketupat, rending,

lontong

Kari ayam, lodeh,

hari raya haji disambut sederhana tetapi tetap meriah dengan aktiviti korban...dan juadah2 biasa hari raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, menu biasa hari raya di rumah ialah lontong, bersama kuah kacang, sayur lodeh dan rendang ayam.PAKAIAN

Pakaian melambangkan identiti sesebuah bangsa.Setiap bangsa mempunyai adat dan pakaian tradisi yang tersendiri.Antara pakaian yang sering dipakai pada hari raya aidilfitri atau Aidiladha ialah Baju Melayu bagi kaum lelaki Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.

Baju melayu terbahagi kepada dua iaitu baju melayu potongan Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Pakaian yang sering dipakai oleh kaum wanita pula ialah baju kurung dan baju kebaya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam samping.

LELAKIPEREMPUAN

CELANABAJU KEBAYA

BAJU MELAYU TELUK BELANGABAJU KURUNG CEKAK MUSANG

SAMPINGBAJU KURUNG KEDAH

BAJU MELAYU TELUK BELANGABAJU KURUNG TELUK BELANGA

SELENDANG

KAIN SARUNG

ASAL USUL PAKAIANBaju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun.

Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.

Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.

BAJU KURUNG TELUK BELANGABaju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.

Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

AMALAN-AMALAN SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA

(+ sunat bermaksud bila buat dapat pahala...tidak buat tidak berdosa...bukan wajib)http://www.mananqayyim.com/2012/10/amalan-sunat-hari-raya-aidil-adha.html#

Hari ini telah masuk 10 Zulhijjah bermakna Hari Raya Aidil Adha telah tiba. Bila berkata tentang Aidil Adha mesti dikaitkan dengan pengorbanan. Pengorbanan ini bermacam bentuk dan keadaan. Kalau dulu kita dapat mengambil iktibar daripada kita pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Sekarang, pengorbanan itu dilahirkan dengan amalan berkorban.

Bagi mereka yang tidak dapat berkorban pada tahun ini. Jangan bimbang pelbagai amalan sunnat yang lain boleh dilakukan bagi meraih permata pahala yang bernilai ini.

Antara amalan sunnat Pada 10 Zulhijjah atau Hari Raya Aidil Adha. (terdapat sedikit perbezaan dengan Amalan sunnat pada Hari Raya Aidil Fitri)

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :

a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar

(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )

b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.

c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.

d. Sebahagian ulama menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.

2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.

Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.

3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

5. Makan tamar atau seumpamanya selepas solat hari raya (Hari Raya Aidil Fitri makan sebelum solat)a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad)

b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami )

6. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya

Ummu Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)

Setengan ulama mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.

7. Melaungkan takbir pada hari raya

Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di tempat solat hari raya. ( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami )

8. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya

Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami )

9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

11. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

12. Mengerjakan ibadat korban

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)