potluck raya 2014 - cofreth malaysia - facilities ... activities/potluck raya...hari raya yang...

1
cofreth (M) Sdn Bhd No. 39, Jalan USJ Sentral 3, USJ Sentral, Persiaran Subang 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +(603) 8023 8878 Fax: +(603) 8025 1252 Email: [email protected] Website: www.cofreth.com.my Potluck Raya 2014 By Masnita Binti Nawire Admin Assistant - Human Resource Pada 23 Ogos 2014, bersamaan dengan 27 Syawal 1435H yang lalu, CRC telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014. Majlis ini telah di adakan di hadapan bangunan Cofreth dan di meriahkan lagi dengan kehadiran staf-staf yang menggayakan baju hari raya mereka. Upacara perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh En. Ong dan En. Omar dari site CLQ telah mengetuai pembacaan doa. Iringan lagu-lagu Hari Raya yang berkumandang di sepanjang majlis menghidupkan lagi suasana majlis sambutan Hari Raya ini. Tidak lengkap rasanya sambutan Hari Raya tanpa juada-juadah yang lazimnya akan dihidangkan sepanjang Hari Raya bukan? Untuk itu, terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah bertungkus-lums untuk menyiapkan juadah mengikut bahagian masing-masing. Antara juadah-juadah yang dihidangkan pada hari tersebut adalah nasi impit dan kuah kacang dari Central Team, satay ayam dan daging dari CEOO, laksam dari QSHE, ayam panggang madu dari BDD, roti jala dan kari ayam dari ESD, bihun goreng dan kek ‘red velvet’ dari OPC, rendang ayam dan daging dari HR dan tidak ketinggalan jus tembikai dan lai chi kang dari F&A yang semestinya telah menyegarkan kembali semua staf selepas menikmati pelbagai juadah pada hari tersebut. Pihak penganjur percaya bahawa semua staf yang datang pulang dengan perut yang penuh. Manakan tidak, semua juadah yang disediakan enak-enak belaka! Terima kasih juga diucapkan kepada semua staf yang hadir untuk menderma darah dan seterusnya menjayakan majlis sambutan Hari Raya ini. Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan semua staf dari site dapat mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi sambutan majlis seperti ini.

Upload: dangdien

Post on 09-Apr-2019

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

cofreth (M) Sdn Bhd

No. 39, Jalan USJ Sentral 3, USJ Sentral, Persiaran Subang 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +(603) 8023 8878 Fax: +(603) 8025 1252 Email: [email protected] Website: www.cofreth.com.my

Potluck Raya 2014

By Masnita Binti NawireAdmin Assistant - Human Resource

Pada 23 Ogos 2014, bersamaan dengan 27 Syawal 1435H yang lalu, CRC telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014. Majlis ini telah di adakan di hadapan bangunan Cofreth dan di meriahkan lagi dengan kehadiran staf-staf yang menggayakan baju hari raya mereka.

Upacara perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh En. Ong dan En. Omar dari site CLQ telah mengetuai pembacaan doa. Iringan lagu-lagu Hari Raya yang berkumandang di sepanjang majlis menghidupkan lagi suasana majlis sambutan Hari Raya ini. Tidak lengkap rasanya sambutan Hari Raya tanpa juada-juadah yang lazimnya akan dihidangkan sepanjang Hari Raya bukan? Untuk itu, terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah bertungkus-lums untuk menyiapkan juadah mengikut bahagian masing-masing.

Antara juadah-juadah yang dihidangkan pada hari tersebut adalah nasi impit dan kuah kacang dari Central Team, satay ayam dan daging dari CEOO, laksam dari QSHE, ayam panggang madu dari BDD, roti jala dan kari ayam dari ESD, bihun goreng dan kek ‘red velvet’ dari OPC, rendang ayam dan daging dari HR dan tidak ketinggalan jus tembikai dan lai chi kang dari F&A yang semestinya telah menyegarkan kembali semua staf selepas menikmati pelbagai juadah pada hari tersebut. Pihak penganjur percaya bahawa semua staf yang datang pulang dengan perut yang penuh. Manakan tidak, semua juadah yang disediakan enak-enak belaka!

Terima kasih juga diucapkan kepada semua staf yang hadir untuk menderma darah dan seterusnya menjayakan majlis sambutan Hari Raya ini. Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan semua staf dari site dapat mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi sambutan majlis seperti ini.