hari kanak kanak

Upload: apple-tang

Post on 13-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SJK ( C ) NANG KIANG, SIBUKERTAS KERJA AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSAMBUTAN HARI KANAK-KANAKPERINGKATSEKOLAH2012

PENDAHULUAN

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union ForChild Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan olehUNICEF(UnitedNations Children'sFund)pada tahun 1954dan hanya pada 20November 1959 PBB telahmengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun. Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

MATLAMAT

Memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

OBJEKTIFSambutan Kanak-kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan cara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

TARIKH PELAKSANAAN.Tarikh: 8 November 2012 ( Khamis )Masa : 0730-1000 petangTempat: Bola Gelanggang SJK (C) Nang Kiang

PENGELOLAANMajlis Sambutan Hari Kanak-kanak inidikelolakan sepenuhnya oleh guru-guru dan dibantu oleh semua warga SJK (C) Nang Kiang.

JAWATANKUASA PENGELOLAAN

JawatankuasaIndukPenasihat: En.Ong Boon Hiang ( Guru Besar )Pengerusi : Pn. Lau Siong Ping ( Penolong Kanan Kokurikulum )Naib Pengerusi : Cik Tang Kui Hung (Penolong Kanan HEM )Setiausaha : Cik Yu Siew Ping Bendahari : Pn. Ngu Siaw Hung

JawatankuasaKerja Persiapan Tempat ( Gelanggang Bola Keranjang )

Buku ProgramHakim PertandinganCik. Tang Kui Hung1. Permainan ( Tahap 1 dan Tahap 2) Pn. Pua Geok ChengHadiah Pn.Lau Siong Ping Puan Lau Siong Ping Pn.Kong Ming Ting Pn.Wong Su ShiangJurufoto Pn.Kuo Poh ShinEn.Sharandy Pn. Lau Su Ging Pn. Huong Yew HoKawalan Murid Cik Yu Siew Ping Semua guru kelas Cik Tang Kui Hung

KUMPULAN SASARANTerdiri daripada murid-murid, guru-guru dan semua warga SJK (C) Nang Kiang

Sambutan Hari Kanak-kanakSJK (C) Nang KiangJADUAL PELAKSANAAN / ATURCARA MAJLIS

7:30 am: Perhimpunan

7:35 am: Nyayian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku

7:45 am: Ucapan Guru Besar

8:05 am: Menyanyi Lagu Hari Jadi bagi guru dan murid yang lahir pada bulan June hingga Disember.

8:10 am: Pemotongan Kek dan Membuat Hajat.

8:20 am: Permainan Sukaneka bermula ( Tahap 1 dan Tahap 2 )

10:00: Rehat

Anggaran Perbelanjaan

BILPENDAPATANRMBILPERBELANJAANRM

1.

SUWA194.001.2.3.4.5.6.Hadiah aktiviti permainanHadiah Hari Kanak-kanak Peralatan PermainanMakanan dan Minuman 40.0060.0050.0044.00

JUMLAH194.00JUMLAH194.00

SUMBER KEWANGAN

Wang SUWA

PENUTUPAdalah diharapkan semoga program ini mendapat kerjasama semua wargasekolah dandijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh:Disahkan oleh:

.(TANG KUI HUNG)( ONG BOON HIANG )Setiausaha ProgramGuru BesarSJK (C) Nang KiangSJK (C) Nang Kiang

Lampiran 1

* Maklumat Pertandingan

1..Pertandingan permainan dijalankan secara individu (Tahap 1 dan Tahap 2).

(a) Pertandingan dibahagikan kepada 9 corner game. (i) Corner 1Ayam betina menetas telur emas-murid memikul bakul dan mengoyangkan telur emasdi dalam bakul.-telur yang paling banyak keluar dikenali sebagai pemenang.-setiap murid mesti menetas telur sebanyak 3 biji telur.

(ii) Corner 2 menjaring bola kecil -murid menjaring bola kecil dari satu sudut yang ditentukan.-murid tahap 1 mesti jaring 2 biji bola.-murid tahap 2 mesti jaring 3 biji bola.

(iii) Corner 3 Si Pelawak-murid mengikut langkah yang dibuat oleh pelawak.-murid yang dapat mengikut langkah pelawak dianggap menang.

(iv) Corner 4 Menyepit biji benih-murid diberi satu kotak yang dalamnya ada kacang hitam, kacang putih, kacang merah, kacang hijau, kacang kuda.-murid tahap satu diwajibkan menyepit dua biji kacang hitam, satu biji kacang putih, satu biji kacang merah, satu biji kacang hijau dan satu biji kacang kuda dalam masa 1 minit.-murid tahap dua diwajibkan menyepit tiga biji kacang hitam, dua biji kacang putih, dua biji kacang merah, dua biji kacang hijau dan satu biji kacang kuda dalam masa 1 minit.(v) Corner 5 Terbang tinggi tinggi -murid mengambil 4 buah kapal terbang, murid mesti menerbangkan kapal terbang itu ke garisan yang ditentukan.-4 buah kapal terbang mesti sampai ke garisan yang ditentukan dianggap menang.(vi) Corner 6 Puzzle Sekolah-murid diminta melihat gambar di dalam computer.-murid mesti mengingatkan gambar tersebut dalam masa yang ditentukan.-guru akan mengedarkan kertas, murid diminta menulis nombor gambar itu dengan betul.-murid yang dapat menjawab dengan semua betul dianggap benar.

(vii) Corner 7 Papan Tujuh Sisi-murid diminta menyusun Papan Tujuh Sisi dengan tepat dan betul.

(viii) Corner 8 Memecah belon-murid memecah bola dan murid diminta membuat aksi yang dituliskan dalam kertas tersebut.

(ix) Corner 9 Putera & Puteri-murid membawa gambar yang tercantik untuk diberi gelaran sebagai putera dan puteri.-guru akan memilih gambar yang tercantik.

MINIT MESYUARAT PELAKSANAAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KALI PERTAMA 2012DI SJK (C) NANG KIANG

Tarikh: 26 Oktober 2012

Hari: Jumaat

Masa: 1.00-3.30 petang

Tempat: Bilik Guru

Kehadiran : 1. Ong Boon Hiang ( Guru Besar ) 2. Yu Siew Ping (Guru PK 1) 3. Tang Kui Hung ( PK Hem ) 4. Lau Siong Ping ( PKKK ) 5. Ngu Siaw Hung 6. Kuo Poh Shin 7. Kong Ming Ting 8. Huong Yew Ho 9. Wong Su Shiang10. Lau Su Ging11. Pua Geok Cheng12.Sharandy

Agenda :1. Kata-kata Aluan Pengerusi2. Penubuhan Jawatankuasa Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2012.3. Perlantikan setiausaha dalam Hari Kanak-kanak.3. Matlamat dan Objektif Program Hari Kanak-kanak.4. Sasaran Murid.5. Perancangan aktiviti Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah.6. Hal-hal Lain.

MinitPerkaraTindakan

1/1/2012Kata-kata Aluan Pengerusi Guru besar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling peringkat sekolah kali ini.

Guru Besar

2/1/2012Penubuhan Jawatankuasa Pelaksana Hari Kanak-kanak Peringkat sekolah 2012-Jawatankuasa Hari Kanak-kanak Peringkat sekolah 2012 telah ditubuhkan. (Rujuk Jawatankuasa Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2012).-Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk menjayakan aktiviti yang dilancarkan oleh Peringkat Sekolah.

Guru Besar, PK Hem, PKKK dan semua ahli yang terlibat.

3/1/2012Pelantikan Setiausaha dalam Hari Kanak-kanak-Guru Bimbingan dan kaunseling dilantik sebagai Setiausaha kepada Hari Kanak-kanak..

Guru Besar

4/1/2012Matlamat dan Objektif Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2012 MATLAMATMemberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

OBJEKTIFSambutan Kanak-kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan cara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Guru Besar

5/1/2012Sasaran murid Hari Kanak-Kanak-semua murid SJK(C) Nang Kiang 2012.

Murid-murid SJK(C) Nang Kiang

6/1/2012Perancangan/Aktiviti Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2012 pada penggal 2.10 permainan1. Ayam betina menetas telur emas.2. menjaring bola kecil3. Si Pelawak4. Menyepit biji benih5. Terbang Tinggi Tinggi6. Puzzle Sekolah7. Papan 7 sisi8. Memecah Belon9. Handsome and Beauty

Pertandingan Mewarna Murid dibahagi kepada tahap 1 dan tahap 2.

PK Hem

7/1/2012Guru Bertugas bagi Aktiviti (rujuk lampiran )

Semua guru yang terlibat

8/1/2012Pelaksanaan Program Guru Penyayang Kali Kedua

8/1/2012

Hal-hal lain-Disebabkan tiada hal yang lain, maka mesyuarat akan ditangguhkan.

Disediakan oleh:Disediakan oleh:

_______________________________(TANG KUI HUNG)(ONG BOON HIANG)Setiausaha GURU BESARSJK(C) NANG KIANG