hari bumi.docx

Upload: hazizah-abdul-wahab

Post on 07-Jan-2016

268 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN.Bersyukurlah kita kepada Allah kerana setiap hari kita dapat menghirup udara yang segar danmenikmati alam semulajadiyang indah ini.Namun segalanyatidak akan sentiasa kekal selamanya. Setiap detik yang berlalu bermakna semakin hampir kita berada di penghujung kehidupan ini. Dunia hari ini semakin ditelan usiaTema sambutan Hari Bumi Sedunia pada tahun 2011 ialah 'Berbilion Tindakan Hijau'. Meneliti tema itu, apa yang dimahukan ialah kempen-kempen memulihara alam sekitar dijana oleh orang ramai yang boleh dilakukan dalam berbilion cara. Tema pada tahun 2013 adalah The Face of Climate Change atau dalam bahasa Malaysia Wajah-wajah Perubahan Iklim manakala pada 22 April 2014pula merupakan sambutanHari Bumi kali ke- 44 dengan tema Green Cities. Sambutan Hari Bumi dimulakan dari tahun 1970 oleh seorang Senator dari Amerika Syarikat bernama Geylord Nelson.Tujuan sambutan Hari Bumi adalah untuk menzahirkan rasa keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan sejagat.Sayangi dan peliharalah alam semulajadi bumi kita.

SEJARAH HARI BUMI.Pada September 1969, dalam sebuah persidangan diSeattle,Washington, Senator A.S.Gaylord Nelsonmengumumkan bahawa pada musim bunga tahun 1970 akan diadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara untuk membela alam sekitar.Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara dengan niat untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Pada 22 April 1970, hampir 20 juta rakyatAmerika Syarikatmemenuhi taman dan auditorium.Hari Bumi pertama telah menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA. Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969,The New York Timesmengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar.Gaylord Nelson berjuang lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan. Setiap tahun, pada 22 April, Hari Bumi diraikan sebagai tanda sambutan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990,peringatan Hari Bumi mulai berkembang di seluruh dunia. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

TEMA HARI BUMI.

Berikut merupakan senarai tema yang berlangsung setiap tahun dan tempat diadakan sambutan tersebut:

THTHEMEVENUE

1974Only one Earth

1975Human Settlements

1976Water: Vital Resource for Life

1977Ozone Layer Environmental Concern; Lands Loss and Soil Degradation

1978Development Without Destruction

1979Only One Future for Our Children - Development Without Destruction

1980A New Challenge for the New Decade: Development Without Destruction

1981Ground Water; Toxic Chemicals in Human Food Chains

1982Ten Years After Stockholm (Renewal of Environmental Concerns)

1983Managing and Disposing Hazardous Waste: Acid Rain and Energy

1984Desertification

1985Youth: Population and the Environment

1986A Tree for Peace

1987Environment and Shelter: More Than A RoofNairobi,Kenya

1988When People Put the Environment First, Development Will LastBangkok, Thailand

1989Global Warming; Global WarningBrussels, Belgium

1990Children and the EnvironmentMexico City, Mexico

1991Climate Change. Need for Global PartnershipStockholm, Sweden

1992Only One Earth, Care and ShareRio de Janeiro, Brazil

1993Poverty and the Environment - Breaking the Vicious CircleBeijing, People's Republic of China

1994One Earth One FamilyLondon, United Kingdom

1995We the Peoples: United for the Global EnvironmentPretoria, South Africa

1996Our Earth, Our Habitat, Our HomeIstanbul,Turkey

1997For Life on EarthSeoul, Republic of Korea

1998For Life on Earth - Save Our SeasMoscow, Russian Federation

1999Our Earth - Our Future - Just Save It!Tokyo, Japan

2000The Environment Millennium - Time to ActAdelaide, Australia

2001Connect with the World Wide Web of LifeTorino, Italy andHavana,Cuba

2002Give Earth a ChanceShenzhen, People's Republic of China

2003Water Two Billion People are Dying for It!Beirut,Lebanon

2004Wanted! Seas and Oceans Dead or Alive?Barcelona, Spain

2005Green Cities Plan for the Planet!San Francisco, United States

2006Deserts and Desertification - Don't Desert Drylands!Algiers, Algeria

2007Melting Ice a Hot Topic?Troms, Norway

2008Kick The Habit - Towards A Low Carbon EconomyWellington, New Zealand

2009Your Planet Needs You - UNite to Combat Climate ChangeMexico City, Mexico

2010Many Species. One Planet. One FutureKigali, Rwanda

2011Forests:Nature at your ServiceNew Delhi, India

SAMBUTAN HARI BUMI DI MALAYSIA (22 APRIL 2014).Sempena Hari Bumi Sedunia, Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014. Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini. Dengan bertemakan Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok. Sebanyak 16,200 pokok telah ditanam dengan 500 daripadanya ditanam di tapak pelancarannya.Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas di Presint 5 berhadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain di Putrajaya, pokok lain ditanam di tapak pelancaran di Alor Setar, Kedah; Kangar, Perlis; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak; Bachok, Kelantan; Kemaman, Terengganu; Pulau Melaka, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan; Kulai, Johor; Temerloh, Pahang; Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Hulu Selangor, Selangor; Kota Kinabalu, Sabah; dan Petra Jaya, Sarawak.Semasa melancarkan kempen itu Datuk Seri Unggah berkata,"Dianggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, pesisiran pantai dan kawasan bandar akan ditanam pokok di bawah kempen ini menjelang 2014," Katanya lagi, kempen itu selaras usaha kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negara ini dilitupi kawasan berhutan, selaras komitmen Malaysia di Persidangan Rio pada 1992. Ketika ini katanya, jumlah keluasan kawasan berhutan adalah 56.4 peratus dan jika termasuk kawasan tanaman pertanian negara, ia meliputi 75 peratus daripada keluasan tanah negara.

Disunting daripada : Utusan Malaysia

mrsm kota putra menyambut hari bumi 2014Apakah sumbangan kita untuk bumi kita? Setiap individu juga mampu memainkan peranan yang besar dalam memastikan masa depan yang cerah dan indah. Mungkin sumbangan kita nampak kecil tetapi jika setiap orang melakukannya pasti ianya amat besar kesannya. Walaupun kita tidak mampu menghalang tetapi kita masih mampu melambatkan kemusnahan dari berlaku.

Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan kita. Dengan mempraktikkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle, kita dapat memberi sumbangan bermakna untuk kebahagian dan kesejahteraan hidup generasi masa hadapan. Setakat ini terdapat 15 cara yang disyorkan untuk menyambut Hari Bumi ini;1.Tanam Pokok.2.Kitar Semula.3.Belajar sesuatu berkaitan alam sekitar.4.Kurangkan pembelian barang baru, gunakan barangan sedia ada.5.Galakkan kanak-kanak kitar semula permainan mereka yang lama.6.Bersihkan kawasan dan buang sampah sebetulnya.7.Nyanyi, dengar dan hayati Earth Song.8.Adakan earth day fair, pameran dan sebagainya.9.Taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi.10.Memakai warna hijau atau coklat, badge khas hari bumi.11.Galakkan perbincangan mengenai hari bumi bersama kawan-kawan.12.Masakan istimewa sempena hari bumi, makanan segar dari lading.13.Sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi.14.Gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang munasabah.15.Sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi

Kenali apakah itu 3R.

1. Reduce (Kurangkan) Kurangkan pembelian. Beli hanya apa yang perlu. Kurang guna, kuranglah buang.2. Reuse (Guna semula) Guna semula peralatan/barangan terbuang/terpakai yang rosak dengan melakukankreativiti kitar semula. Jika barangan masih elok dan tidak digunakan, sedekahlah kepada mereka yang memerlukan.3. Recycle (Kitar semula) Jangan buang barang yang boleh diproses semula. Hantar atau jual di pusat kitar semula.

Kenapa perlu kitar semula?Masa yang diambil untuk bahan buangan ini untuk mereput dan terlerai secara semulajadi adalah sangat lama. Tidak mustahil jika suatu hari nanti dunia ini akan kehabisan sumber semulajadi dan akan dipenuhi dengan sampah sarap. Bukan semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumberalam semulajadiyang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semulaJadikanamalan kitar semulasebagai satu rutin dalam kehidupan kita tidak kira di manapun kita berada. Pengurangan penggunaan dan pembuangan dapatmenyelamatkan bumi ini dari ancaman kemusnahanyang pantas dan akibat kerakusan, ketamakan demi keuntungan dan kepentingan serta pembaziran yang tidak sewajarnya oleh sesetengah pihak.

Kreativiti kitar semula. Hasilidea kreatifyang mengunakan bahan terbuang untuk dijadikan sesuatu yang berguna dan bernilai. tayar menjadi pokok hiasan tayar terbuang untuk dijadikan pasu

Daun tingkap lama di kampung yang sudah tidak digunakan lagi juga boleh digunakansemula untuk dijadikan sesuatu yang unik dan menarik. Pasti ianya menggodasetiap mata yang memandang.

Papanskate boardyang sudah usang tapi masih kukuh.Tidak lagi mampu meluncur...tapi ianya masih boleh dijadikan buaian anggun

Basikal tua...sudah tidak boleh digunakan lagi. Terbiar lapuk menanti masa untuk mereput.Hendak di jual sayang...nak disimpan tak tahu nak letak mana.Gunakan idea kreatif ini... Sesiapa saja pasti menoleh, tertawan dengan kreativiti anda.Idea kitar semula yang sungguh mempersonakan.

Daun tingkap lama di kampung yang sudah tidak digunakan lagi juga boleh digunakansemula untuk dijadikan sesuatu yang unik dan menarik. Pasti ianya menggodasetiap mata yang memandang.

Kitar semulamerupakan satu aktiviti menarik dan berfaedah yang boleh anda lakukan di masa lapang. Bukan sahaja dapat menghasilkan barangan yang berguna tapi anda juga menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pemuliharaan dan mengurangkan kemusnahan alam sekitar.HARI BUMI 2013: TINDAKAN JABATAN ALAM SEKITAR BAGI MENANGANI PERUBAHAN IKLIM.Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, Jabatan Alam Sekitar telah merangka pelbagai program bagi mengawal pelepasan daripada punca-punca yang berpotensi untuk melepaskan pencemar udara khususnya pelepasan Gas Rumah Hijau (GHGs) terhadap punca-punca tetap (kilang-kilang) dan punca-punca bergerak (kenderaan bermotor) yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim (climate change) adalah seperti berikut:1. Mengawal dan menghapuskan penggunaan bahan penipisan lapisan ozon (ODS) mengikut komitmen Negara kepada Protokol Montreal.2. Menetapkan standard pelepasan pencemar udara dari kenderaan bermotor.3. Mengawal kualiti bahanapi (petrol dan diesel) yang digunakan oleh kenderaan dan industri.4. Mengarahkan pihak industri memasang alat pengawasan pelepasan udara secara Continuous Emission Monitoring (CEMs) untuk membolehkan jabatan memantau pelepasan gas secara online.5. Mengarahkan pihak industri memasang alat kawalan pencemaran udara yang berkesan.6. Mengkaji semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dengan menetapkan standard-standard pelepasan mengikut jenis industri dan jenis pencemar.7. Menjalankan program pengawasan melalui rangkaian stesen-stesen pengawasan udara secara automatik (Continous Air Quality Monitoring-CAQM) dan stesen pengawasan secara manual di seluruh negara.8. Memenuhi kehendak United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) yang mana JAS telah dilantik sebagai urusetia Sub-Sub Kumpulan Kerja Inventori Buangan dalam penyediaan Second National Communication (NC2) dan juga Third National Communication (NC3).9. Menyediakan Pelan Tindakan Udara Bersih.10. Mempromosikan dan meningkatkan kesedaran pihak industri mengenai konsep Pengeluaran Bersih.

PENUTUP.Bumi kita dan alam semulajadimerupakan sumber utama kesinambungan kehidupanuntuk menampung pertambahan penduduk dan kemajuan arus pembangunan, namun ianya kini semakin uzur danterancam oleh kemusnahan dan pencemaran. Kemusnahan ekosistem akibat pengambilan sumber semulajadi,bahan buangan yang tidak terkawal juga merupakan ancaman terbesardalam mempercepatkan proses kemusnahan alam semulajadi di bumi kita ini. Keindahan dan kedamaian alam semulajadisemakin berkurangan akibat dari aktiviti pencarian sumber alam, pertanian dan penempatan sama ada dari aktiviti perlombongan mahupun penerokaan hutan dan sebagainya. Pertambahan penduduk dan gaya hidup semakin moden membawa pertambahan bahan buangan yang berlipat berganda telah memburukkan lagi keadaan. Penting bagi kita untuk mengurangkan dan melambatkan kemusnahan inidemi generasi masa hadapan.Biarpun bumi semakin tua, kehidupan masih panjang, oleh itu kita mesti pastikan generasi akan datang masihdapat menikmati apa jua yang kita nikmati masa kini contohnya menghirup udara yang segar, menikmati sumber air yang bersih untuk diminum, melihat kehijauan hutan belantara dan keseronokan bersukaria mandi di air terjun mahupun pantai.Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan bumi kita, pastinya bumi kita akan dapat diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.

RUJUKAN.1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Bumi2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp3. http://relakssminda.blogspot.com4. http://tuahfarid.blogspot.com/

12