harga yang ‘melekat’ dan kuasa pengguna

12
di dalam buletin pengguna bulan ini: PAKEJ RANGSANGAN KUKUHKAN EKONOMI PELABELAN NEGARA ASAL E-ADUAN: E-MEL SPAM PERSIAPAN AWAL SEBELUM BERSARA MAKANAN ANTI-KOLESTEROL HENTIKAN TABIAT MEROKOK PENUAIAN AIR HUJAN JALANI HIDUP TANPA GUNAKAN MINYAK MENGIRA KOS KECEKAPAN TENAGA PENDINGIN HAWA KONGSIKAN BULETIN PENGGUNA INI DENGAN ORANG LAIN Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

Upload: others

Post on 06-Nov-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

di dalam buletin pengguna bulan ini:PAKEJ RANGSANGAN KUKUHKAN EKONOMI

PELABELAN NEGARA ASAL E-ADUAN: E-MEL SPAM

PERSIAPAN AWAL SEBELUM BERSARA MAKANAN ANTI-KOLESTEROL HENTIKAN TABIAT MEROKOK

PENUAIAN AIR HUJAN JALANI HIDUP TANPA GUNAKAN MINYAK

MENGIRA KOS KECEKAPAN TENAGA PENDINGIN HAWA

KONGSIKAN BULETIN PENGGUNA INI DENGAN ORANG LAIN

Harga yang‘Melekat’ dan

Kuasa Pengguna

Harga yang‘Melekat’ dan

Kuasa Pengguna

Page 2: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

SEMASA

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. Dato’ Mohd Zain bin Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGNor Azhar bin Manap

Effaizah binti ShahidanPaul Selva Raj

Ratna Revi NadarajanCheah Chee Ho

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

No 13, Persiaran PerdanaPresint 2, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

DICETAK OLEH

Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna initidak semestinya mencerminkan pendirian dan

dasar Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan, YAB Datuk Sri NajibTun Razak telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM7bilion pada 4 November 2008. Pakej rangsangan ekonomi ini bertujuan untukmengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhanekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Peruntukan sebanyak RM7 bilion ini diperolehi daripada penjimatan subsidiminyak apabila kerajaan menyelaras semula subsidi minyak pada 5 Jun 2008yang lalu. Berikut adalah agihan peruntukan RM7 bilion tersebut.

RM1.2 Bilion pembinaan rumah kos rendah dan sederhanaRM500 juta bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balaidan kuarters polis serta kem dan kuarters tenteraRM600 juta bagi projek-projek kecil di bawah program PenyelenggaraanInfrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS)RM500 juta bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam;antaranya sekolah, hospital dan jalan raya.RM500 juta untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.RM200 juta bantuan untuk sekolah agama, sekolah mubaligh, sekolahcina dan tamilRM300 juta dana program latihanRM500 juta penyelenggaraan dan menaik taraf pengangkutan awamRM1.5 bilion dana pelaburan bagi menarik pelaburan swastaRM400 juta mempercepatkan pelaksaan projek jalur lebar berkelajuantinggiRM200 juta bagi program pembangunan modal insanRM100 juta program pembangunan belia pelbagai kaumRM200 juta pemulihan projek rumah terbengkalaiRM100 juta pembangunan pekan kecil terpilihRM200 juta program permata negara dan pra-sekolah

Insentif TambahanPengurangan caruman KWSP pekerja sebanyak 3%Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM100,000 bagi golonganberpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendapatan tetapTempoh bayaran balik pinjaman perumahan kakitangan awam dilanjutkandaripada 25 kepada 30 tahunMeningkatkan had pinjaman kereta kakitangan awam sebanyakRM10,000.Duti import 5% ke atas tujuh jenis baja dihapuskan

Pakej RangsanganKukuhkan Ekonomi

SENDA PENGGUNA

Pasar raya sedang mengadakan kempen penurunan harga barang

BARANGANHARGA LAMA

BARANGAN HARGADITURUNKAN

Page 3: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

NOVEMBER 2008 > 3ISU PENGGUNA

... ke muka 4

Apabila harga minyak petrol meningkat, harga untuk hampirsemua barang turut meningkat. Walaupun ini menyebabkanrakyat mengeluh, tetapi mereka memahami bahawa iniberlaku akibat daripada kenaikan harga minyak ini. Namunapabila harga minyak petrol turun, ia tidak diikuti sekalidengan penurunan harga barang. Harga tersebut telah‘melekat’ pada harga yang tinggi. Ini telah menimbulkankemarahan para pengguna.

Apabila harga minyak petrol turun dengan kadar lebihdaripada 30% sejak beberapa bulan ini, Indeks HargaPengguna pada bulan Ogos dan September 2008 tidaklangsung berubah.

Fenomena harga ‘melekat’Pengguna perlu memahami fenomena harga yang

`melekat’. Ini merupakan istilah yang digunakan olehpenganalisis apabila seseorang penjual menaikkan hargabarangan dan terus bertahan pada harga tersebut walaupunfaktor yang menyebabkan kenaikan harga, dalam kes inikenaikan harga minyak ini, telah berakhir.

Harga pengguna tidak berubah secepat harga barangkomoditi seperti tepung gandum, getah dan minyak sawit.Ini kerana harga barang komoditi ditetapkan oleh pasaranterbuka. Oleh itu ia akan berubah dengan serta-mertakerana terdapatnya maklumat yang sempurna, banyakpembeli dan penjual, serta barang tersebut telahdipiawaikan.

Harga barang pengguna pula tidak berubah dengancepat kerana ia ditentukan sendiri oleh industri. Kebanyakanindustri-industri mempunyai pelbagai alasan untukmengekalkan harga tinggi bagi barangannya. Antaranyadisebabkan oleh stok barangan tersebut dibeli semasaharga yang tinggi, pemborong masih menjual pada hargalama dan petrol bukan elemen utama dalam menentukanharga barang tersebut.

Industri akan menjual barangan mengikut harga yang

bagi mereka pengguna sanggup membayar. Jika penggunamengadu tentang harga yang tinggi tetapi masih mengujungikedai tersebut, ini tidak membantu dalam menurunkan hargabarangan.

Industri juga menentukan harga barangan merekamengikut harga yang ditentukan oleh pesaing mereka. Initidak semestinya mengikuti kos pengeluaran mereka. Jikaindustri mengekalkan harga barangan mereka pada tahapsekarang, mereka mendapat keuntungan dengan lebihbanyak. Tetapi, jika salah satu persaingan dalam industriini mula menurunkan harga barangan untuk menarikpengguna daripada pesaingnya, maka akan wujud satuperang harga. Contoh terbaik bagi kes ini ialah industritelekomunikasi dan penerbangan.

Penurunan harga di antara pasar raya sejak akhir-akhirini adalah berita baik untuk para pengguna. Apabila salahsatu pesaing menurunkan harga barangan mereka danpengguna menyedarinya, pesaing yang lain terpaksamengikuti langkah penurunan tersebut. Namun demikian,biasanya tiada sesiapa hendak menjadi orang pertamauntuk menurunkan harga barangan mereka.

Bagi membolehkan harga turun, pengguna perlumengharapkan pesaingan dalam industri yang sama inibermula.

Selain itu, para pengguna juga perlu sedar bahawaterdapat faktor yang lebih utama yang mempengaruhi hargabarangan. Contohnya, harga barang makanan import yangtinggi. Nilai makanan import pada tahun 2007 ialah RM 21.3billion, iaitu meningkat sebanyak 19.7% daripada tahun2005. Rakyat Malaysia makan jumlah makanan import yangbanyak. Perbelanjaan dan harga barangan import tersebutditentukan oleh banyak faktor, di mana penjual ataupunkerajaan turut tidak mempengaruhinya.

Begitu juga dengan harga ayam. Seekor ayam yang

Harga yang ‘Melekat’dan Kuasa Pengguna

Page 4: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

dari muka 3...

dibeli mungkin diternak dan proseskan dalamnegara, tetapi makanan dan ubat-ubatannyaadalah diimpot. Ini juga merupakan satu faktorutama yang diambil kira dalam penetapanharganya.

Melihat kepada arah aliran harga bahanmakanan, terdapat peningkatan yang ketaraantara September 2007 dan September 2008.Harga bagi barang-barang seperti bawang putihmeningkat sebanyak 40%, ayam super (tanpakepala dan kaki) meningkat sebanyak 13%, ikankembong sebanyak 40%, kangkong sebanyak48% dan telur sebanyak 40%. Di samping itu,harga tomato, kacang panjang dan kacangbuncis masing-masing meningkat sebanyak11%, 8.5% dan 6.9% dalam bulan Ogos 2008ke September 2008.

Oleh itu, banyak faktor yang menentukankenaikan harga barang makanan seperti cuaca,kos penanaman dan pengangkutan.

Dalam pada itu satu dasar jaminan makananamat diperlukan untuk memastikanpengeluaran makanan adalah mencukupidalam jangka masa yang panjang supaya hargabarang menjadi lebih stabil.

Apa yang boleh penggunalakukan?

Terdapat satu faktor utama yang boleh penggunalakukan untuk menurunkan harga barang, iaitu denganmenurunkan permintaan sesuatu barang dengan drastik.Terdapat banyak kes yang pengguna mengadu tentangharga yang tinggi di sesebuah kedai, tetapi mereka masihmengunjungi kedai yang sama. Ini berlaku kerana merekatelah biasa dengan kedai tersebut, atau hanya itulah satu-satunya kedai yang ada untuk menampung keperluanmereka. Dengan itu, penjual tidak mempunyai insentif untukmenurunkan harga barangnya.

Apabila harga barangan mungkin "melekat", penggunatidak seharusnya turut tersekat kepada tabiat lama mereka.Kuasa mereka akan direalisasikan daripada kerelaanmereka untuk melakukan perubahan terhadap polaperbelanjaan.

Sebagai seorang individu, sebuah keluarga danmasyarakat, para pengguna perlu membina keupayaanmereka untuk menggunakan kuasa pengguna yang adapada mereka. Kuasa terakhir pengguna ialah tidak membelisesuatu barangan atau tidak membeli di sesuatu kedai. Inimerupakan kuasa utama bagi seorang pengguna.

Pengguna memerlukan maklumat untuk melakukantindakan ini. Pengguna perlu membandingkan hargabarangan di beberapa kedai yang berlainan, tahu barangalternatif yang lain, contohnya terdapat 17 jenama sardin,dan pengguna perlu tahu apakah jenama yang terdapatdalam pasaran.

4 < NOVEMBER 2008

Pengguna juga perlu bersedia untuk membuatperubahan. Contohnya, berubah daripada membelibarangan berjenama kepada membeli barangan generik,bertukar daripada membeli di pasar raya kepada membelidi kedai runcit atau sebaliknya, bergantung kepada amalanpembelian yang mana yang dapat berjimat dengan lebihbanyak. Pengguna juga perlu berhenti daripada membelimengikut naluri atau mengurangkan membeli barangmewah.

Oleh yang demikian, pengguna memerlukan tabiat yangbaru. Tabiat baru seperti membeli dengan mengguna wangtunai, berbanding mengguna kad kredit. Selain itu,pengguna perlu memulakan amalan menanam sayuran dirumah, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsikereta selain daripada memandu berseorang,merancangkan perbelanjaan dan membeli mengikuti senaraiyang dirancangkan sahaja, serta berbelanja dengan lebihjimat-cermat.

Gelagat lama perlu dikikis supaya pengguna dapatmenguatkan kuasanya. Pengguna mesti rela untukmembuat perubahan. Kekuatan kuasa penggunabergantung kepada kemampuannya untuk bertindak secaraindividu. Lama-kelamaan tindakan ini akan mempengaruhipasaran. Kuasa seseorang pengguna datang daripada caraberbelanjanya yang bebas daripada pengaruh penjual.

Page 5: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

NOVEMBER 2008 > 5STANDARD

dunia, pengguna ingin mengetahui negara asal / negarapembuat produk yang mereka beli. Contohnya, penggunaingin tahu sama ada alat permainan kanak-kanak dan sususerta produk tenusu datang atau dibuat di negara China.Begitu juga daging lembu dari Amerika Syarikat atau ikantuna datangnya dari perairan Mexico atau cili ’jalapeno’ dariMexico juga.

Mengapa COOL menjadi penting?

COOL adalah hasil desakan pengguna dan juga agensikerajaan ke atas industri, berikutan daripada pelbagai kesyang berkaitan dengan keselamatan produk dari negara-negara tertentu. Ini khususnya bagi kes-kes keracunanmakanan, keselamatan alat-alat permainan, pencemaranmelamina ke atas makanan haiwan kesayangan dan susubayi, semuanya dari negara China.

Perkataan ’buatan negara China’ menyebabkanpengguna was-was tentang status keselamatan produktersebut. Skandal susu-susu bayi baru-baru ini telahmencetuskan desakan daripada pengguna agar semuaproduk seperti hasil tenusu, buah-buahan, sayur-sayurandan daging serta ikan dilabelkan dengan maklumat negaraasal produk tersebut.

Oleh kerana daging lembu yang diimpot dari AmerikaSyarikat ke Korea dicemari oleh pembawa penyakit lembugila, pengguna Korea sekarang membuat tuntutan kerasagar daging import dilabel dengan maklumat negara asal.Sebelum ini berlaku beberapa demonsrasi olehwarganegara di Korea agar daging lembu dari AmerikaSyarikat dikenakan sekatan import sama sekali.

Label maklumat negara asal sesuatu produk juga bolehmembantu pihak penguatkuasa mengenal pasti produk-produk yang harus dijalankan ujian atau dikenakan sekatandemi menjaga keselamatan pengguna.

COOL membantu pengguna membuat keputusanberdasarkan maklumat yang betul. Ia adalah salah satu hakuniversal pengguna.

Label maklumat negara asal pada produk makanansegar sekurang-kurangnya banyak membantu semasaaktiviti penarikan balik dan sekatan jualan sesuatu produkdi pasaran. Ia juga membantu pelbagai pihak di dalamrantaian makanan global dalam menjamin bekalan sertakeselamatan makanan.

Pelabelan NegaraAsal (COOL)

Pernahkah anda tertanya dari negara mana asalnya telefonbimbit, komputer, kereta, baju ataupun alat permainan yanganda beli? Adakah negara asal sesuatu produk faktorpenting untuk memutuskan pilihan produk yang anda beli?Adakah dengan mengetahui negara asal sesuatu produk,kita dapat mengurangkan risiko keselamatan?

Apakah sentimen pengguna sekarang terutamanyadengan masalah keselamatan makanan yang berleluasa;terutamanya makanan yang diimpot dari negara China?

Apakah itu COOL?

COOL atau pelabelan negara asal (Country of OriginLabeling) adalah pendekatan pelabelan untuk produkmakanan terutamanya produk makanan segar sepertidaging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Akibat pelbagaiskandal keselamatan makanan baru-baru ini di seluruh

Page 6: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

E-ADUAN

6 < NOVEMBER 2008

Pengguna internet yang biasa menggunakan emel sudahtentu pernah menerima e-mel spam. Spam adalah e-melyang diterima daripada pihak yang tidak dikenali yangbiasanya cuba untuk menjual sesuatu barangan atauperkhidmatan. Spam juga biasa dihantar dengan tujuanmemperdaya.

Bahagian Aduan, Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna ada menerima satu aduanberkenaan e-mel spam. Pihak yang menghantar e-meltersebut telah menjanjikan sejumlah wang yang banyaksebagai bayaran perkhidmatan kepada pengadu sekiranyabersetuju membantunya. Pengadu hanya memberikannombor akaun bank dan nama penuhnya.

Menurut penulis e-mel tersebut yang dikatakan berasaldari benua Afrika, sejumlah wang telah diwarisinya dan perludikeluarkan dari negara tersebut yang sedang berhadapandengan masalah perang saudara. Penulis e-melmenyatakan nyawanya sedang terancam dan wang tersebutperlu dikeluarkan dari negara tersebut sebelum diketahuioleh puak pelampau di negaranya. Pengadu telah dijanjikan30 peratus daripada jumlah wang yang berjaya dipindahkan.

Tindakan KPDNHEPKPDNHEP telah menasihati pengadu untuk tidak

mempercayai e-mel sedemikian. E-mel serupa ini telahmembanjiri pengguna e-mel untuk semenjak sekian lama.Isi e-melnya adalah serupa, iaitu penulis berasal dari satunegara Afrika, yang sedang mengalami kancah perangsaudara. Sejumlah wang yang banyak dalam dolar Amerikatelah diwarisinya dan perlu dikeluarkan ke luar negara.Mangsa akan ditawarkan sejumlah wang yang besar untukmelakukan beberapa perkara yang mudah.

Selepas berkomunikasi beberapa kali melalui emel,mangsa akan dimaklumkan bahawa terdapat kos beberaparibu dolar Amerika yang perlu dibayar terlebih dahulusebelum wang itu dipindahkan. Mangsa yang telah berjayadipengaruhi itu, tidak akan teragak-agak untuk membayarsejumlah wang apabila memikirkan jutaan wang yang bakaldimilikinya.

Setelah membuat bayaran, penulis e-mel tersebut akanmenghilangkan diri. Dengan hanya berdasarkan alamat e-mel, adalah sukar mengesan pihak yang membuat angkaraitu. Apa yang boleh dilakukan adalah hanya mewujudkankesedaran agar pengguna Malaysia bijak membuatkeputusan dan boleh membezakan yang benar dan palsu.

Nasihat KPDNHEPSelalu berpegang kepada prinsip bahawa jika sesuatu

tawaran kelihatan terialu menarik, kemungkinan besar iaadalah palsu. Penipuan melalui e-mel seperti ini sudah lama

wujud. Kewujudannya sehingga sekarang bermakna masihterdapat ramai mangsa di luar sana yang tertipu. Ceritanyamungkin berubah sedikit kepada janji peluang perniagaan,janji untuk membuat kebajikan dengan duit yang diberi dansebagainya, tetapi tujuan dan modus operandinya adalahsama.

Selain menipu wang, mereka juga boleh mencuri identitimangsa melalui maklumat yang diterima melalui e-mel.Maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamatrumah, nombor akaun bank boleh disalahgunakan denganmudah.

Oleh itu, pengguna dinasihati untuk sentiasa berhati-hatiapabila berurusan dengan orang yang tidak dikenali yangmenjanjikan keuntungan yang tidak berasas, sama adadalam talian ataupun secara berhadapan. Berikut adalahbeberapa laman web yang menceritakan kaedah sindiketini berfungsi sebagai rujukan.

http:/www.consumerfraudreportinq.org/anatomy of apayment scam wills.php, http://www.polyarchy.orq/africa/cheaters.lootersJ 2006l.html, http://www.419eater.com/

SMS: 32255Talian Bebas Tol: 1-800-886-800E-mel: [email protected] web: e-aduan.kpdnhep.gov.my

E-AduanE-AduanE-AduanE-AduanE-AduanE-melSpam

Page 7: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

KEWANGAN

NOVEMBER 2008 > 7

Walaupun jangka hayat penduduk agak tinggi namunpersediaan untuk bersara masih pada tahap yang rendah.Berikut ialah unjuran yang pernah dibuat akan keadaan 100orang pemuda yang berumur 25 tahun apabila merekamencapai umur 60 tahun iaitu umur yang sudah pun masukdalam umur persaraan:-

BIL. PERATUS KEADAAN63% Tiada simpanan27% Meninggal dunia5% Masih aktif bekerja4% Cukup simpanan1% Kaya

Sebaik-baiknya kita mempunyai azam untuk tergolongdalam kumpulan 5% orang yang telah bersara danmempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk amalkebajikan. Namun begitu terdapat segelintir daripada kitaberfikir bahawa selepas bersara, hidup di dunia ini tidaklama. Maka ada yang berfikir untuk menyerah sahajakepada nasib kerana kehidupan di dunia yang fana akanberakhir tidak lama lagi.

Keperluan kewangan untukpersaraan

Petua asas ialah kita memerlukan 80% daripadaperbelanjaan bulanan sebelum bersara untuk terus hidupdalam keadaan yang biasa selepas bersara. Ikutilah prosespengiraan berikut untuk menentukan keperluan kewanganselepas bersara kelak:-

Tentukan dahulu pendapatan pada masa kini yang kitaanggap memberi kehidupan yang selesa. Kemudian kitabolehlah mengambil kira faktor inflasi untuk menentukannilai masa depan pendapatan tersebut apabila kitabersara kelak .

Contohnya Pengiraan:Osman membuat pengiraan berikut:

Pendapatan tahunan pada masa kini ialah RM36,000Pendapatan 25 tahun lagi mengimbangi inflasi :RM75,240Untuk menikmati taraf hidup seperti sekarang, Osmanmemerlukan 80% daripada jumlah RM75,240setahun selepas bersara iaitu RM60,192 setahun.

Salah satu penyebab utama jumlah yang kurangsedikit ini ialah kita beranggapan bahawa segalahutang rumah dan kereta Osman telah habis dibayar.Bayaran untuk kedua-dua hutang ini sepatutnyaberjumlah di antara 20% hingga 38% daripadapendapatan Osman setahun.

Jika jangka hayat Osman selepas bersara ada 25tahun lagi. Jumlah perbelanjaan untuk 25 tahunselepas bersara yang perlu bag Osman ialahRM60192.00 X 25 tahun = RM1,504,800.00

Kita membuat anggapan bahawa Osman tidakmembuat sebarang pelaburan dan tidak mengambilkira faktor inflasi

Wang sejumlah RM1,504,800.00 merupakan jumlahyang agak banyak. Sebenarnya Osman bolehmengurangkan jumlah yang perlu dikumpul pada tarikhpersaraan. Osman patut berfikir: Saya memerlukanRM60,192.00 setiap tahun. Berapakah pelaburan yangperlu pada tarikh persaraan yang dapat menampungbayaran RM60,192.00 setiap tahun dalam persaraan untuktempoh 25 tahun? Katakan Osman melabur dengan

Persediaan Awaluntuk PersaraanPersediaan Awaluntuk Persaraan

... ke muka 9

Page 8: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit kronik yangsering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Penyakit ini seringkalidikaitkan dengan amalan pemakanan yang mengandungibanyak kolestrol. Berikut adalah beberapa jenis makanananti-kolesterol yang boleh dimakan untuk mengurangkankolesterol dalam badan.

SoyaKacang soya merupakan makanan popular yg diproses

untuk mendapatkan susu kacang soya mengandungi 48%protein, lesitin, vitamin dan zat galian.Ia juga dapatmenghindari penyakit jantung dan kencing manis. Soyamemang kaya dengan kalsium dan Mineral yang membantumemecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemakjahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

KuaciKuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan

yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadarkolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labuatau bunga matahari untuk menambah zat besi sertamengurangkan kolestrol.

Buah keringAntara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah

yang paling banyak mengandungi f lavanoid.Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDLsehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung.Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato,bawang serta buah delima.

EpalMemakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari

adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagimengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudianmemakan epal atau minum jusnya, sebenarnyamenyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakulemak dalam badan.

Ikan tunaIkan tuna termasuk dalam sumber asid lemak omega-3

yang popular, selain daripada salmon dan kembong.Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripadapeningkatan kadar kolestrol LDL.

Kacang tanahKacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak

sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalangradikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dandapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

ManggaVitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber

vitamin C yang lain ialah belimbing, kedondong, betik,rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegahkolestrol LDL dalam tubuh.

KismisKismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan

kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestroldalam darah sebanyak 8%.

OatPengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol

dalam darah. Serat mudah larut dalam oat bolehmengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikansebahagian diet rendah lemak.

Jambu batuIa mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan

sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap haridalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnyabertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpamelupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yangsesuai.

Sumber: hidup-sehat.blogspot.com

PEMAKANAN

8 < NOVEMBER 2008

Makanan Anti-kolestrol

Page 9: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

KESIHATAN

NOVEMBER 2008 > 9

mendapat pulangan 6% setahun dalam keadaan kadarinflasi ialah 3% setahun. Ini bermakna Osmanmemperolehi pulangan bersih 3% setahun untuk 25tahun.

Pelaburan ini juga membenarkan Osmanmengeluarkan RM60,192.00 setiap tahun. Pelaburanawal yang perlu pada tarikh persaraan ialah:RM1,048,123.00

Bagaimana hendak mencariRM1,048,123.00?

Jumlah ini agak besar tetapi Osman masih ada 25 tahunlagi sebelum bersara.

Itulah sebabnya persediaan untuk waktu tua perludilakukan semasa masih muda lagi. Osman boleh

Amalan menghisap rokok adalah tidak baik dan bolehmenyebabkan ia sebati dan menjadi darah daging dalamdiri seseorang. Apabila ini berlaku, agak sukar untukmenghentikannya.

Ramai yang telah mencuba untuk menghentikan tabiatini, namun tidak berjaya. Ia memerlukan satu tekad yangkuat barulah tabiat ini dapat dihentikan.

Bagi yang ingin mencuba, berikut adalah beberapapanduan yang boleh diikuti untuk berhenti merokok:

Bersiap sedia untuk berhenti. Anda tidak perlu berhentiserta-merta, tetapi cuba tetapkan tarikh untuk berhenti.Pilih waktu di mana anda tidak mengalami banyaktekanan dalam hidup. Buang bekas abuk rokok, pemetikapi dan yang berkaitan, sebelum mula untuk berhenti.Jangan benarkan orang lain merokok di rumah anda.Ubah rutin anda. Sebagai contoh, jika sebelum ini andaakan merokok selepas makan, kini lakukan aktiviti lainseperti bersiar-siar.Ambil ubat jika perlu. Ia boleh membantu meredakanrasa ketagihan dan tekanan. Anda boleh mengambil gulagetah bernakotin, lozenges, patch tanpa preskripsi. Andajuga boleh menggunakan produk pengganti nakotin atauubat mampu melipat gandakan peluang anda untukberhenti merokok.Dapatkan sokongan. Meminta bantuan contohnyamelalui program berhenti merokok yang diperkenalkan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan jugakaunseling daripada doktor, jururawat atau terapi.Sebaik saja berhenti merokok, komited dengankeputusan tersebut. Jangan mengambil produktembakau sama sekali biarpun sekadar sebatang rokokkerana ia tidak membantu langsung, sebalikmenyukarkan lagi keadaan.

Hentikan tabiat merokok

bersedia dengan melakukan perkara yang asas iaitumenabung dan melabur.

Osman telahpun mempunyai baki RM50,000.00dalam KWSP. Beliau akan terus mencarum untuk 25tahun lagi berdasarkan gaji terkini RM3000.00 yang akanmeningkat selaras dengan kadar inflasi 4% setiap tahun.Pada tarikh persaraan 25 tahun lagi jumlah wang Osmandalam KWSP berdasarkan dividen purata 5% =RM795,823.00 setahun ialah:

Osman sudah maklum bahawa dia memerlukanRM1,048,123.00 apabila bersara kelak. Baki dalamKWSP yang terkumpul ialah RM795,823.00. Inibermakna Osman memerlukan tabungan dan pelaburantambahan yang akan bernilai RM252,300.00 dalam 25tahun lagi.

dari muka 7...

Page 10: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

Salah satu sumber air yang bolehdigunakan dalam kegunaan seharian ialahair hujan. Dahulunya air hujan seringdigunakan apabila ia dikumpulkan dalamtelaga. Kini sebahagian besar daripadarumah tidak mempunyai telaga lagi.

Oleh itu, kaedah yang boleh digunakanuntuk tujuan mengumpul air hujan ini ialahdengan menuainya melalui kaedah-kaedahtertentu.

Sebelum mengetahui tentang kaedah-kaedah penuaian air hujan ini, perlu diketahuikebaikan dan keburukan penuaian air hujan ini.

KebaikanDengan menggunakan air hujan anda boleh

mengurangkan pergantungan terhadap bekalan airutama. Kegunaan bekalan air utama akan menurundan sekatan air terhadap komuniti bolehmengurangkan penggunaan air secara keseluruhandan melindungi bekalan air kita. Kebaikan-kebaikannya adalah:

Kecukupan bekalan air.Mengurangkan kos untuk mengepam air bawahtanah.Menyediakan air yang berkualiti tinggi, lembutdan rendah galian.Memperbaiki kualiti air bawah tanah melaluipencairan apabila mengecas semula ke airbawah tanah.Mengurangkan hakisan tanah di kawasanbandar.Penuaian air hujan atas bumbung adalah lebihmurah.Sistem penuaian air hujan adalah mudah keranaia boleh dilakukan secara persendirian.

Sistem penuaian hujan atas bumbung adalahmudah untuk membina, beroperasi danmengekalkan.

KeburukanKeburukan penuaian air hujan termasuk

pencemaran oleh bahan pencemar dari bumbungyang telah bercampur dengan air dan penguranganair simpanan disebabkan pencemaran oleh kodok,nyamuk, lipas dan sebagainya. Keburukan-keburukanlain adalah:

Bekalan terhad dan ketidakpastian penurunanhujan.Pembangunan sistem-sistem penuaian air hujanyang luas boleh mengurangkan pendapatansistem air awam.Tangki simpanan air hujan bolehmembahayakan kanak-kanak yang bermain disekelilingnya.Tangki simpanan air hujan boleh menggunaruang-ruang yang bernilai.Sistem penuaian air hujan memerlukanpenjagaan dan pemeliharaan selepas dipasangiaitu ia mungkin tidak sesuai untuk semuapemilik rumah.

10 < NOVEMBER 2008

ALAM SEKITAR

PenuaianAir

Hujan

Page 11: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

PENGGUNA LESTARI

NOVEMBER 2008 > 11

Minyak telah menjadi seperti satu keperluan dalamkehidupan seharian. Tanpa minyak, kenderaan tidak bolehbergerak. Begitu juga dengan industri yang menjadikanminyak sebagai sumber tenaga untuk menggerakkanmesinnya.

Dalam keadaan harga minyak yang tidak stabil ini, satukaedah perlu dicari bagi mengurangkan kebergantungankepada sumber ini. Berikut adalah beberapa langkah yangboleh diamalkan untuk mengurangkan penggunaan minyakdalam kehidupan.

Peranan individuBerjalan, menunggang basikal, menggunakanpengangkutan awam, ataupun berkongsi kereta.Jika perlu menggunakan kereta sendiri, gunakan keretayang kurang menggunakan bahan api, seperti keretahybrid, iaitu yang menggunakan petrol dan elektrik. Andajuga boleh menggunakan kereta yang menggunakan bio-diesel atau gas asli kenderaan (NGV)Periksa kereta secara berkala. Penalaan enjin dan tayarkereta yang mencukupi kadar anginnya dapatmenjimatkan penggunaan petrol.Tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tempatkerja.

Peranan kerajaanMenetapkan sasaran bagi tempoh masa tertentu untukmengurangkan penggunaan petrol dan gas pada tahappaling minimum.Mengkaji semula pemberian subsidi secara langsungatau tidak langsung kepada industri minyak dan gas.Menyediakan peruntukan secukupnya serta perlepasancukai bagi projek penyelidikan bahan api yang bolehdiperbaharui.Semua kenderaan agensi kerajaan hendaklahmenggunakan bahan api yang boleh diperbaharui.Tingkatkan peruntukan menaiktaraf sistempengangkutan awamMewujudkan zon penjalan kaki dan memperkenalkan cajkesesakan di kawasan bandar utama.Menetapkan kuota pengeluaran kereta yangmenggunakan bahan api boleh diperbaharui bagikenderaan tempatan.

MenjalaniKehidupan TanpaMenggunakanMinyak

Meningkat standard kecekapan penggunaan tenaga bagikenderaan.Menukar dasar tarif import bagi menyokong penggunaanproduk tempatan.

Peranan sektor peniagaanSyarikat gas dan minyak perlu memberikan komitmenuntuk menukarkan operasi syarikat mereka kepadasyarikat pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui.Pengeluar kereta memberikan komitmen untukmengeluarkan kereta yang mengguna hidrogen ataubahan api yang boleh diperbaharui secara besar-besaran.Syarikat perlu menukarkan kenderaan mereka kepadakenderaan yang kurang menggunakan petrol.Syarikat perlu memberikan insentif kepada kakitanganyang menggunakan pengangkutan awam.Syarikat perlu memindahkan lokasi pejabat merekaberhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam.Industri plastik dan pembungkusan menukarkanpenggunaan bahan berasaskan petroleum kepadabahan alternatif lain, seperti penggunaan ubi kayu bagimenghasilkan bekas makanan pakai buang.Industri pengeluar pakaian menggunakan kanji sayur-sayuran dan serat semula jadi, seperti kapas dan bulu,derivatif minyak dalam produk mereka.

Sumber: The Ecologist – 1 Mei 2008 -www.theecologist.org

Page 12: Harga yang ‘Melekat’ dan Kuasa Pengguna

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

12 < NOVEMBER 2008

PENGGUNA LESTARI

Mengira Kos KecekapanTenaga Pendingin Hawa

• Pastikan penyaman udara dipasang jauh daripadapancaran terus matahari.

• Pastikan keupayaan pendingin hawa (kuasa kudanya)bersesuaian dengan saiz ruang bilik berkenaan.

•· Periksa dan selaraskan termostat bagi mencapai suhukeselesaan. Kebiasaan suhu keselesaan ialah 25°C –26°C.

• Pastikan penapis udara adalah bersih bagimengoptimumkan pengoperasian.

• Pastikan gelung sirip luar dibersihkan dua kali setahun.

• Periksa tahap bahan penyejuk (sekali setahun).• Pastikan gelung dalam dibersihkan setahun sekali.• Buat kiraan sendiri untuk memastikan dakwaan jurujual

adalah betul. Jangan tertipu dengan dakwaan kecekapantenaga secara membuta tuli. Sehingga kini tiada labelkecekapan tenaga untuk pendingin hawa di Malaysia.

Jika 1 pendingin hawa dengan 1 kuasa kuda(horsepower) menggunakan 1200 Watts tenaga elektrikuntuk operasi. Manakala pendingin hawa 20% cekap tenagamenggunakan 960 Watts tenaga elektrik untuk operasi,kaedah pengiraan luas kecekapan tenaga seperti berikut:

Bil tahunan adalah:Biasa = 1.2 kW x 365 hari x 7 jam

x RM 0.25 (kadar per kWj)= RM 766.50

Cekap tenaga = 0.96 kW x 365 hari x 7 jamx RM 0.25 (kadar per kWj)

= RM 613.20

Pengiraan ringkas ini menunjukkan setiap tahun kitadapat menjimat sebanyak RM 153.30 dalam bil elektrik, jikamenggunakan pendingin hawa yang cekap tenaga.