harga emas terendah tempoh 5 tahun masa terbaik beli emas

5
HARGA EMAS TERENDAH 5 TAHUN MASA TERBAIK BELI EMAS Harga emas terendah dalam tempoh 5 tahun iaitu masa terbaik beli emas dari analisis dan ramalan harga emas 2015 Harga emas semasa dunia kini telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun. Harga emas kini berada di paras terendah iaitu 1088 us/oz dan merupakan kejatuhan emas terburuk semenjak 5 tahun. Harga emas kini adalah harga emas termurah semenjak lima tahun apabila harga emas satu auns boleh dibeli dengan harga $ 1,088. Inilah kali pertama emas telah diniagakan di bawah $ 1100 sejak Mac 2010. Kenapa harga emas jatuh ? Harga emas jatuh menjunam kerana banyak faktor. Faktor kejatuhan harga emas kerana kenaikkan dolar amerika syarikat atau peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat selain negara China yang mengurangkan pegangan rizab logam. Harga emas mula mengalami kejatuhan apabila pelabur mula memilih dolar selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bersedia untuk menaikkan kadar matawang itu pada tahun ini. Kenaikkan mata wang dolar Amerika Syarikat menyebabkan kejatuhan pada harga emas dan juga beberapa logam lain seperti perak dan polladium. Menurut John Stoltzfus, ketua strategi pelaburan di Oppenheimer, berkata gabungan faktor-faktor seperti kadar inflasi yang rendah, pertumbuhan gaji yang sederhana, kadar faedah yang rendah dan dolar yang kukuh tidak memihak kepada emas pada masa ini,". "A combination of factors that include low inflation, modest wage growth, low interest rates and a strong dollar don't favor gold at this time," John Stoltzfus, chief investment strategist at Oppenheimer.

Upload: zaidi-emas-kelantan

Post on 14-Aug-2015

161 views

Category:

Sales


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Harga emas terendah tempoh 5 tahun masa terbaik beli emas

HARGA EMAS TERENDAH 5 TAHUN MASA TERBAIK BELI EMAS

Harga emas terendah dalam tempoh 5 tahun iaitu masa terbaik beli

emas dari analisis dan ramalan harga emas 2015

Harga emas semasa dunia kini telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima

tahun. Harga emas kini berada di paras terendah iaitu 1088 us/oz dan merupakan

kejatuhan emas terburuk semenjak 5 tahun. Harga emas kini adalah harga emas

termurah semenjak lima tahun apabila harga emas satu auns boleh dibeli dengan

harga $ 1,088. Inilah kali pertama emas telah diniagakan di bawah $ 1100 sejak Mac

2010.

Kenapa harga emas jatuh ?

Harga emas jatuh menjunam kerana banyak faktor. Faktor kejatuhan harga emas

kerana kenaikkan dolar amerika syarikat atau peningkatan kadar faedah Amerika

Syarikat selain negara China yang mengurangkan pegangan rizab logam. Harga emas

mula mengalami kejatuhan apabila pelabur mula memilih dolar selepas Pengerusi

Rizab Persekutuan, Janet Yellen bersedia untuk menaikkan kadar matawang itu

pada tahun ini. Kenaikkan mata wang dolar Amerika Syarikat menyebabkan

kejatuhan pada harga emas dan juga beberapa logam lain seperti perak dan

polladium. Menurut John Stoltzfus, ketua strategi pelaburan di Oppenheimer,

berkata gabungan faktor-faktor seperti kadar inflasi yang rendah, pertumbuhan gaji

yang sederhana, kadar faedah yang rendah dan dolar yang kukuh tidak memihak

kepada emas pada masa ini,".

"A combination of factors that include low inflation, modest wage growth, low

interest rates and a strong dollar don't favor gold at this time," John Stoltzfus, chief

investment strategist at Oppenheimer.

Page 2: Harga emas terendah tempoh 5 tahun masa terbaik beli emas

Penurunan terkini dalam harga emas juga dipengaruhi oleh pelabur China menjual

emas dalam jumlah yang banyak. Pada hari isnin 20 julai 2015, kira-kira 33 tan emas

telah dijual dalam masa 2 minit di bursa Shanghai dan New York menyebabkan

harga emas jatuh menjunam hampir $ 50 us/oz.

Krisis greece yang belum pulih sepenuhnya juga mempengaruhi penurunan harga

emas. Krisis ekonomi greece menyebabkan pelabur-pelabur takut melabur dalam

pelaburan komoditi seperti emas. Banyak lagi fakor lain yang menyebabkan

kejatuhan harga emas.

Kenapa harga emas dunia turun tapi harga emas Malaysia tinggi ?

Pelik tapi benar, harga emas dunia telah turun terendah dalam tempoh 5 tahun,

tetapi harga emas dalam ringgit Malaysia tetap tinggi. Contohnya harga emas pada

23.9.2014, harga emas 24 k pada masa tu RM138 per gram, tapi kini pada masa

harga emas terendah harga emas 24 karat ialah lebih kurang RM145 se gram. Harga

emas dunia yang rendah kini, tetapi harga emas dalam ringgit Malaysia tetap tinggi

kerana harga emas malaysia bergantung kepada nilai tukaran ringgit Malaysia

berbanding matawang dolar. Nilai matawang ringgit Malaysia rendah sekarang iaitu

tukarang nilai matawang ringgit Malaysia kini tinggi iaitu lebih kurang 3.8

sedangkan pada bulan september 2014 dulu lebih kurang 3.3 menyebakan harga

emas Malaysia tinggi walaupun harga emas dunia turun. Untuk memahami cara

menukar harga emas dalam dolar amerika kepada ringgit Malaysia klik CARA

MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS DARI DOLAR KE

RINGGIT MALAYSIA

Bila Harga Emas Naik ?

Emas adalah aset komoditi yang dianggap kalis inflasi juga pelindung nilai kini telah

tercemar dengan penurunan harga yang terburuk. Namun begitu menyimpan emas

tidak akan rugi selagi tidak menjualnya, namun nilainya akan makin bertambah.

Nilai emas akan berkurang sedikit jika berlaku penurunan harga, berbeza dengan

barangan lain seperti kenderaan yang nilainya sangat berkurang. Tujuan utama

menyimpan emas sebenarnya adalah sebagai pelindung harta serta insuran masa

depan kerana emas sentiasa bernilai dan laku seluruh dunia. Bila kah harga emas

akan naik ?. Persoalan bila emas naik sebenarnya tiada siapa yang boleh menjawab

dengan tepat kerana banyak faktor penurunan dan kenaikkan harga emas. Namun

begitu, ada juga pakar emas berpengalaman yang dapat menjangka kenaikkan atau

penurunan harga emas dari analisis teknikal serta pengalaman. Contohnya peramal

emas telah membuat analisa dan telah meramalkan harga emas turun pada masa ini.

Page 3: Harga emas terendah tempoh 5 tahun masa terbaik beli emas

Analisa dan ramalan harga emas 2015

Pada 31 disember 2014 pakar pelaburan emas, Nadeem Walayat telah menganalisa

dan meramalkan harga emas turun pada peringkat terendah pada bulan ogos 2015.

Penurunan terendah yang diramalkan adalah $1050 us/oz dan ramalan harga emas

akhir 2015 iaitu harga akan menaik sehingga $1350 pada bulan November 2015.

Lihat graf trend ramalan emas di atas.

Artikel bertajuk “Gold Price Forecast to Become Priceless” pada Apr 23, 2015 telah

membuat teori daripada analisa teknikal emas dan perak. Analisa teknikal graf dari

laporan SRS Rocco menyatakan teori “gold bubble” seperti rajah di atas. Gold bubble

ini telah berlaku pada tahun 1970 hingga 1980 dan meramalkan gold bubble akan

berlaku pula pada tahun 2001 hingga 2020. Jadi peringkat kenaikkan gold bubble ini

akan bermula pada tahun 2015 hingga 2020. Teori ini menyasarkan harga emas akan

Page 4: Harga emas terendah tempoh 5 tahun masa terbaik beli emas

mencecah $5000 us/oz pada tahun 2020. Ia telah mencipta 3 model peramalan

emas yang berbeza dimana sasaran harga emas boleh naik minima $5000 oz hingga

harga emas tertinggi $12000 oz. There are three different forecasting models for gold

I have created. Depending how things play out in the next couple years the low target

is $5,000 oz, and highest is $12,000 oz. Bagi melihat model peramalan harga emas

sila klik http://www.marketoracle.co.uk/Article50372.html

Pengasas Lombong McEwen iaitu Robert McEwen pula yakin dan meramal harga

emas jangka panjang iaitu harga emas akan mencecah $5000 us/oz dalam tempoh

tiga hingga empat tahun akan datang. Dalam artikel bertajuk “Gold going to $5,000

per ounce: Mining executive”. Petikan dari artikel tersebut :

While the exchange-traded fund covering gold miners is outperforming the precious

metal itself, McEwen Mining founder and chief owner Robert McEwen said

Wednesday that he remains bullish on gold. "I'm a long term believer in gold and I

see it ultimately getting to $5,000 an ounce," McEwen said on CNBC's "Fast

Money." "Anything short of that, I wouldn't be hedging." McEwen, who owns 25

percent of his company and receives no salary, said that he expects gold to hit his

price target of $5,000 in the next three to four years.

McEwen, iaitu pemilik lombong emas yang memiliki 25 peratus saham syarikat yang

tidak bergaji berkata beliau menjangka harga emas akan naik sehingga $ 5,000

dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Berdasarkan analisa teknikal emas, bekalan lombong emas serta ramalan emas, saya

rasa harga emas akan mulai naik bermula ogos 2015 setelah harga emas mencecah

paras terbawah. Harga emas telah mengalami penurunan dan tidak stabil semenjak

september tahun 2011 dan ini menyebabkan bekalan emas akan berkurang ditambah

dengan penjualan emas oleh China akan menyebabkan harga emas melonjak naik.

Jadi, ini masa paling sesuai untuk mula menceburi bidang pelaburan emas fizikal.

Syarikat pelaburan emas terbaik dan terbesar di Malaysia yang menjual serta

membeli emas dengan harga murah serta bebas gst adalah Public Gold.

Page 5: Harga emas terendah tempoh 5 tahun masa terbaik beli emas

Public Gold menyediakan 2 cara belian emas yang berbeza iaitu :

1. Beli emas terus dapat emas mengikut harga emas semasa dunia yang berubah

setiap 20 minit. Pembelian emas secara terus ini melibatkan pembelian emas ikut

harga semasa dan terus dapat emas yang dibeli. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC

GOLD untuk belajar cara membeli emas secara online atau membeli emas secara

offline.

2. Beli emas melalui Program GAP iaitu membeli emas dengan modal kecil serendah

RM100 dan mengumpul emas dengan membeli emas sedikit demi sedikit. Pembelian

emas melalui Program GAP ini melibatkan penyimpanan emas oleh Public Gold

secara percuma dan boleh mengambil emas yang dibeli bila-bila masa berdasarkan

jumlah emas yang terkumpul. Klik CARA BELI EMAS PROGRAM GAP

PUBLIC GOLD untuk menyertai program GAP public gold iaitu pelaburan emas

modal rendah.

Penulis : Mohd Zaidi Junus, Pelabur Dan Pengedar Emas Public Gold

Berpengalaman , Kod PG Pengedar, PG001425.

Whatsapp/SMS 019-9185593

Website : www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com

HARGA EMAS TERENDAH TEMPOH 5 TAHUN MASA TERBAIK BELI EMAS

Harga emas terendah dalam tempoh 5 tahun iaitu masa terbaik beli emas dari

analisis dan ramalan harga emas 2015

Emas, harga emas, emas termurah, harga emas terendah, masa terbaik, beli emas,

masa sesuai beli emas, ramalan emas, ramalan harga emas 2015, ramalan harga

emas, analisa emas, emas paling murah, ramalan emas 2015, harga emas terendah,

faktor harga emas jatuh, bila harga emas naik, analisis harga emas, syarikat

pelaburan emas, public gold, syarikat emas terbaik, cara belian emas, program gap,

pelaburan emas program gap, beli emas murah, harga emas malaysia, emas

termurah malaysia

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-mengira-spread-dan-

menukar-harga-emas/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-

gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/