saya nak beli emas: panduan membeli emas public...

20
© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis 1 Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold. Tahniah! Nampaknya anda telah bersedia untuk memulakan pelaburan emas anda yang pertama. Saya akan pastikan pelaburan emas anda yang pertama adalah yang tepat, mudah dan menguntungkan! Pertama sekali, adakah anda sudah jelas kenapa anda perlu menyimpan emas? Anda boleh baca artikel saya “Apakah sebab anda hendak melabur dan menyimpan emas?” (klik sini). Selepas itu anda boleh teruskan ke langkah yang kedua iaitu membeli emas fizikal. Ini penting kerana emas fizikal membolehkan anda melihat dan merasai aura emas milik anda. Untuk kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk membeli emas fizikal keluaran Public Gold (www.publicgold.com.my) Mengapa Public Gold? Mengapa Public Gold? Ada 9 sebab utama kenapa saya mencadangkan anda memilih Public Gold. Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang. 1. Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan perak untuk tujuan pelaburan. Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas pelaburan yang terbesar di Malaysia. Jenama Public Gold sudah berada di pasaran sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak) dan mempunyai sebuah anak syarikat yang mengoperasikan Peti Simpanan Selamat (safe deposit box) di Pulau Pinang dengan kapasiti 5000 buah peti simpanan.

Upload: nguyendung

Post on 07-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

1

Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.

Tahniah! Nampaknya anda telah bersedia untuk memulakanpelaburan emas anda yang pertama.

Saya akan pastikan pelaburan emas anda yang pertama adalah yangtepat, mudah dan menguntungkan!

Pertama sekali, adakah anda sudah jelas kenapa anda perlumenyimpan emas? Anda boleh baca artikel saya “Apakah sebabanda hendak melabur dan menyimpan emas?” (klik sini).Selepas itu anda boleh teruskan ke langkah yang keduaiaitu membeli emas fizikal.

Ini penting kerana emas fizikal membolehkan anda melihat dan merasai aura emas milik anda.

Untuk kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk membeli emas fizikal keluaran PublicGold (www.publicgold.com.my)

Mengapa Public Gold?

Mengapa Public Gold? Ada 9 sebab utama kenapa saya mencadangkan anda memilih Public Gold.

Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang.

1. Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan perak untuktujuan pelaburan.

Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli emaspelaburan yang terbesar di Malaysia. Jenama Public Gold sudah beradadi pasaran sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di seluruh Malaysia(termasuk Sabah dan Sarawak) dan mempunyai sebuah anak syarikatyang mengoperasikan Peti Simpanan Selamat (safe deposit box) diPulau Pinang dengan kapasiti 5000 buah peti simpanan.

Page 2: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

2

2. Harga emasnya jauh lebih murah dari kedai emas.

Public Gold adalah kilang emas. Jadi harga kilang tentulah lebih murah dari harga kedai emas (jimatRM20 ke RM30++ segram). Harga emas Public Gold boleh tengok kat sini: www.publicgold.com.my

3. Susutnilai emas Public Gold jauh lebih rendah dari kedai emas.

Susutnilai emas di kedai emas adalah antara 18% ke 30% (tingginya!). Tetapi susutnilai emas PublicGold sangat kecil. Jadi bila susutnilai rendah, anda untung lebih cepat!

i. 4.5% sehingga 8% untuk jongkong emas 999.9ii. 5% sehingga 6% untuk dinar emas 916iii. 10% sahaja untuk barang kemas i-series 916iv. 12% ke 16% untuk jongkong perak 999.0

4. Pelbagai produk emas dan perak mengikut citarasa dan kemampuan anda.

Public Gold mengeluarkan jongkong emas, dinar emas, barang kemas, jongkong perak dan syilingperak. Anda boleh pilih apa-apa sahaja produk mengikut citarasa dan kesesuaian budget anda.

(untuk melihat senarai produk Public Gold, lihat Lampiran 1 di hujung laporan ini)

i. Untuk jongkong emas 999.9 anda boleh memilih dari berat berikut:(10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 500 gram

ii. Untuk dinar emas 916 anda boleh memilih dari sebarang dinar bermula dengan:1 dinar (4.25 gram), 2 dinar (8.50 gram), 5 dinar (21.25 gram)atau 10 dinar (42.50 gram)

iii. Untuk barang kemas 916 i-series, anda boleh memilih:buah rantai (5 gram dan 10 gram), rantai tangan (10 gram),rantai leher (20 gram, 50 gram dan 100 gram)

iv. Untuk jongkong perak 999.0 anda boleh memilih jongkongdengan berat( 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kilogram)

v. Untuk syiling perak 999.0, anda boleh memilih syiling 10 dirham(berat 29.75 gram, perak 999.0)

Gambar: Sebahagian daripada produk Public Gold.

Page 3: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

3

5. Sistem tempahan dan jualan balik 24 jam sehari, 365 hari setahun!

Sistem tempahan online Public Gold beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Jadi anda boleh beliemas @ menjual semula emas mereka pada bila-bila masa sahaja.

6. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia.

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak (kecuali Perlis).

Cawangan Nombor Telefon Alamat

Ampang, KL 03-4257991698A & 98B, Lorong Mamanda 2, Ampang PointBatu 41/2, Jalan Ampang, 68000 Ampang(Bersebelahan Habib Jewel Ampang point)

Alor Setar, Kedah 04-7344916No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, Alor Setar,05000 Kedah.

Sungai Petani, Kedah 04-4232999No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman PekanBaru, 08000 Sungai Petani, Kedah.(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)

Bukit Jambul, Penang 04-644999912E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bishop, Penang 04-261999 No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.

Ipoh, Perak 05-2428999No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250Ipoh, Perak.(Bertentangan Public Bank Jalan Yang Kalsom)

Petaling Jaya, Selangor 03-5634899942A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) Mentari BusinessPark, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,Selangor. (di atas Royal Safe Deposit Box)

Seremban, N.Sembilan 06-6782916152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang, JalanTaman Komersil Senawang 1, Taman KomersilSenawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.(Berhampiran Bank Rakyat Taipan Senawan)

Melaka 06-3175499No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, TamanMelaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.(sebelah Perodua)

JB, Johor 07-2358999No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, TamanPerling, 81200 Johor Bahru, Johor.(Bersebelahan Maybank Taman Perling)

KB, Kelantan 09-7462999Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000Kota Bharu, Kelantan.(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)

Kuala Terengganu,Terengganu.

09-626399916A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200Kuala Terengganu.(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)

Kuantan,Pahang 09-5678916A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250Kuantan, Pahang.(Sebelah Maybank Jalan Beserah)

Kuching, Sarawak 082-259916Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus CommercialCentre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.(Sebelah Maybank Jalan Satok)

Klang, Selangor 03-33438916No.2, 3rd Floor, Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang,41150 Klang, Selangor Darul Ehsan.(Diatas bank HSBC)

Kajang, Selangor 03-87349916No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor DarulEhsan.

Kota Kinabalu, Sabah 088-447 916Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2ndFloor, Lorong Plaza Permai 1, Along JalanSulaman, Kota Kinabalu, Sabah(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

Page 4: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

4

7. Harga emas yang dinamik dan berubah setiap 20 minit.

Satu fakta yang menarik tentang Public Gold ialah harganya berubah setiap 20 minit mengikutpergerakan harga emas dunia. Berbeza dengan kedai emas yang lambat berubah harganya (kekadangsampai berminggu-minggu). Jadi anda boleh melihat kenaikan dan penurunan harga dengan pantas.

8. Urusniaga jualan yang patuh syariah.

Apabila anda membeli emas dengan Public Gold makaanda akan mendapat emas fizikal dan simpan sendiri. Iniadalah 100% patuh syariah!

Contoh urusniaga yang tidak patuh syariah ialah apabilaanda membeli emas melalui akaun simpanan emas dibank, tetapi pembeli tidak mendapat emas fizikal. Yanganda dapat cuma catatan di atas kertas sahaja.

Bagi memahami hukum membeli emas melalui akaunsimpanan emas, anda boleh melihat soalan dan jawapandi dalam laman web Ustaz Zaharuddin di sini:

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

Apabila kita membeli emas samada di bank atau di kedai emas ia mestilah memenuhi syarat-syaratberikut: Pertama bank, kedai emas @ syarikat yang menjual emas memiliki emas yang dijual semasamenjual. Kedua, bank @ kedai emas tersebut memberikan bukti pemilikan kepada pelanggan sama adadalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas nilai emas yang dibeli.

Anda perlu berhati-hati. Apabila pelaburan emas menjadi semakin popular, maka banyak bank dan jugasyarikat-syarikat menawarkan peluang pelaburan emas. Namun segelintir orang sahaja yang mengambilkira soal halal haram transaksi pembelian emas menurut Islam.

Dengan Public Gold, bila anda beli emas, maka anda akan dapat pegang emas tersebut. Memang best…

9. Jaminan belian balik Public Gold.

Salah satu kelebihan produk emas Public Gold adalahjaminan belian balik. Public Gold memberikan jaminan akanmembeli balik emas mereka pada harga belian balikwalaupun emas mereka calar, gores, bengkok atau kemekasalkan berat emas adalah sama seperti di dalam sijilketulenan.

Jika anda hilang sijil ketulenan maka anda cuma dikenakanRM10 sahaja.

Ini memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli emaskeluaran Public Gold.

Ok, saya telah menunjukkan 9 kelebihan Public Gold, sekarang tiba masa yang dinanti-nantikan…

3 Cara membeli produk Public Gold.

Saya akan menunjukkan 3 kaedah membeli emas Public Gold.

1. Pertama sekali ialah kaedah termudah iaitu order secara menghantar sms2. Kedua, ialah kaedah panggilan telefon ke cawangan Public Gold (waktu bekerja)3. Ketiga ialah dengan kaedah membuat tempahan online di laman web Public Gold

Page 5: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

5

1. Kaedah pertama: Membeli melalui Order SMS.

Proses membeli emas melalui SMS dimulakan dengan proses lock harga. Memandangkan harga emasPublic Gold berubah setiap 20 minit, anda perlu lock harga emas mengikut harga semasa seperti yangtertera di laman web Public Gold. Prosesnya adalah seperti berikut:

i. Mula-mula anda lihat berapa harga semasa emas @ produk yang anda ingin beli diwww.publicgold.com.my

ii. Selepas itu, anda taipkan sms order di dalam format seperti ini:

Saya, nama anda mengikut IC, Nombor IC anda, Email anda dan Nombor HP anda, inginlock, item yang ingin anda beli x berapa unit @ RM(harga semasa). Introducer: SyukorHashim, PG000012,

p/s: Introducer adalah orang yang memperkenalkan anda kepada Public Gold. Dalam kes ini.. sayalahintroducer anda.

Selepas itu anda hantar SMS ini kepada nombor H/P Branch yang berhampiran dengan anda:

Gambar: Contoh SMS order.

Cawangan Nombor H/P :Alor Setar, Kedah 012-4890916Sungai Petani, Kedah 012-4836916Relau, Penang 012-5282916Bishop, Penang 012-4298916Ipoh, Perak 012-4398916Petaling Jaya, Selangor 012-7082916Kajang, Selangor 012-3408916Ampang, KL 012-6938916Klang, Selangor 012-6718916Seremban, N.Sembilan 012-3495916Melaka 012-3876916Johor Bahru, Johor 012-4308916Kota Bahru, Kelantan 017-4859916Kuala Terengganu,Terengganu 017-6756916Kuantan,Pahang 017-6528916Kota Kinabalu, Sabah 016-4107916Kuching, Sarawak 017-6788916

Page 6: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

6

Nota: Jika anda menghantar SMS ini ketika waktu bekerja, maka staff Public Gold akan menelefonanda untuk membuat pengesahan order tersebut.

Selepas pengesahan mereka akan menghantar sales order ke email anda. Jika anda menghantar SMSini selepas waktu bekerja maka esok hari baru staff Public Gold akan menelefon anda.

Jika esok adalah hari cuti maka selepas buka office barulah staff Public Gold akan menelefon anda.

Kos Pengangkutan.

Jika anda membeli produk Public Gold dan mengambilnya di cawangan-cawangan Public Gold di luarPulau Pinang maka produk anda akan dikenakan kos pengangkutan.

Ini adalah jadual kos pengangkutan bagi produk-produk Public Gold.

Item

Kos Pengangkutanseunit (semenanjung

Malaysia)

(RM)

Kos Pengangkutanseunit

(Sabah & Sarawak)

(RM)Jongkong emas 10 gram 10 20Jongkong emas 20 gram 10 20Jongkong emas/syiling emas50 gram 20 40

Jongkong emas 100 gram 30 60Jongkong emas 250 gram 50 100Jongkong emas 500 gram 80 1601 dinar 0 102 dinar 0 155 dinar 0 2010 dinar 0 30Jongkong perak 100 gram 10 20Jongkong perak 250 gram 20 40Jongkong perak 500 gram 30 60Jongkong perak 1 kilogram 30 60Barang kemas I-series 5 gram 10 20Barang kemas I-series 10 gram 10 20Barang kemas I-series 20 gram 20 40Barang kemas I-series 50 gram 20 40Barang kemas I-series 100 gram 20 40Barang kemas D-series 20 4010 Dirham 5 10Nota: Kos pengangkutan untuk semua produk di atas adalah RM0 jika andamengambil produk-produk Public Gold ini di mana-mana cawangan Public GoldPulau Pinang.

Namun begitu terdapat keistimewaan untuk produk Dinar Emas. Untuk pengetahuan anda DinarEmas Public Gold dikecualikan daripada kos pengangkutan untuk belian di semenanjung Malaysia.Namun kos pengangkutan akan dikenakan untuk pembelian Dinar Emas bagi Sabah dan Sarawak.

Nota: Sekiranya anda membeli produk Public Gold dengan nilai dan kuantiti yang banyak, sayacadangkan anda mengambil sendiri produk-produk ini di cawangan Public Gold Pulau Pinang. Iniboleh menjimatkan kos belian anda kerana anda tidak dikenakan kos pengangkutan.

Page 7: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

7

Setelah tempahan anda disahkan, anda akan mendapat sales order daripada Public Gold (sepertigambar dibawah). Selepas menerima sales order ini, anda boleh membuat pembayaran di dalamtempoh 24 jam atau selewat-lewatnya 3 hari.

Gambar: Contoh sales order daripada Public Gold

Page 8: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

8

2. Kaedah kedua: Order melalui panggilan telefon

Gambar: Anda juga boleh order melalui panggilan telefon.

Selain sms anda juga boleh order melalui telefon. Kaedah order melalui telefon boleh dibuat sepanjangtempoh bekerja pejabat Public Gold iaitu:

i. Hari Isnin – Jumaat 9.00 pagi sehingga 6.00 petangii. Hari Sabtu 9.00 pagi sehingga 1 tengahariiii. Hari Ahad (pejabat ditutup)

Proses order melalui telefon pun mudah sahaja. Anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yangberhampiran dengan anda. Lihat nombor telefon cawangan Public Gold di bawah, kemudian telefonsahaja

Cawangan Nombor telefon:Alor Setar, Kedah 04-7344916Sungai Petani, Kedah 04-4232999Relau, Penang 04-6449999Bishop, Penang 04-2619999Ipoh, Perak 05-2428999Petaling Jaya, Selangor 03-56348999Kajang, Selangor 03-87349916Ampang, KL 03-42579916Klang, Selangor 03-33412999Seremban, N.Sembilan 06-6782916Melaka 06-3175499Johor Bahru, Johor 07-2358999Kota Bahru, Kelantan 09-7462999Kuala Terengganu,Terengganu 09-6263999Kuantan,Pahang 09-5678916Kota Kinabalu, Sabah 088-447 916Kuching, Sarawak 082-259916

Beritahu mereka yang anda ingin order produk Public Gold. Kemudian staff akan memaklumkan hargasemasa produk tersebut. Jika anda bersetuju maka anda boleh lock harga tersebut melalui telefon. StaffPublic Gold akan bertanya nama anda, ic, email dan hp anda serta nama introducer anda.

Beritahu mereka introducer anda adalah Syukor Hashim, PG000012.

Selepas itu, staff Public Gold yang berkenaan akan menghantar sales order pembelian emas ke emailanda.

Itu sahaja prosesnya, selesai kaedah order melalui telefon… namun saya ada sedikit tips untuk anda.

Page 9: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

9

Tips berharga yang perlu anda tahu:

1. Jika talian sedang sibuk, sila telefon sampai dapat. Mungkin waktu itu ramai orang tengah order.Jangan kecewa, teruskan usaha dengan gigih.

2. Jika tak dapat juga, telefon ke cawangan lain untuk buat order, tetapi beritahu mereka yang anda nakcollect order berkenaan di cawangan yang berhampiran dengan anda. Contohnya anda dari Ampang,tetapi tak dapat telefon cawangan Ampang kerana mereka sibuk dan engage ajer. Jadi anda bolehtelefon cawangan Kajang atau Senawang atau Melaka atau Ipoh, tetapi anda maklumkan kepadacawangan tersebut yang anda mahu ambil stok di cawangan Ampang.

3. Kalau tak boleh jugak, order ajer melalui sms atau online. Sebab itu saya tunjukkan tiga kaedahmembeli produk Public Gold.

3. Kaedah ketiga: Order secara online melalui laman webwww.publicgold.com.my

Tempahan secara online adalah yang termudah jika anda mempunyai talian internet. Kaedah inimembolehkan anda membuat tempahan 24 jam sehari, 365 hari setahun tanpa masalah. Sesiapasahaja boleh menggunakan sistem tempahan online ini termasuk pelanggan dan agen Public Gold.

Untuk membuat pembelian online, anda perlu:

i. Register akaun anda di laman web Public Gold (FREE sahaja)ii. Aktifkan akaun anda dan buat tempahan produk.

Sebelum membuat belian secara online, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu. Untukregister akaun anda perlu ke www.publicgold.com.my

Kemudian klik menu Order dan klik Register (contoh di dalam gambar dibawah)

Page 10: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

10

Selepas itu anda perlu masukkan butiran-butiran yang diperlukan.

Untuk bahagian nama, letakkan nama penuh anda mengikut IC. Pada bahagian Introducer,letakkan PG000012, Introducer name: Syukor Hashim, Introducer Mobile: 013-2126999

Selepas anda memasukkan kesemua butiran berkenaan, anda klik butang “Register”. Selepas ituanda akan mendapat mesej ini:

kemudian anda perlu pergi ke email anda (email yang anda masukkan ketika mendaftar akaun)dan klik “link pengaktifan” di dalam emel tersebut.

Nota penting: Di dalam emel ini akan terkandung Username dan Password anda. Ia diperlukanuntuk proses login dan order online. Simpan Username dan Password anda dengan selamat.

Page 11: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

11

Selepas anda klik link tersebut maka akaun anda telah diaktifkan! Tahniah anda sudah bolehmembuat belian secara online.

p/s: Anda perlu membuat pembelian dalam tempoh 48 jam dari masa anda mengaktifkan akaunonline anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian maka akaun ini akan dihapuskan dan andaperlu mendaftar semula akaun ini. Jika anda menempah produk dalam tempoh 48 jam maka andaakan mendapat akaun yang berstatus tetap (permanent customer account)

Untuk membuat belian:

i. Anda pergi laman web www.publicgold.com.my dan klik menu order. Kemudian andamasukkan username dan password serta security numbers ke dalam kotak, klikbutang Remember Me dan akhir sekali klik Login button.

Page 12: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

12

ii. Selepas login sekali lagi anda pergi ke menu Oder klik Place Order (lihat gambardibawah)

iii. Selepas itu anda akan sampai ke menu Order Placement. Disini anda boleh memilihsebarang produk yang anda inginkan. Letakkan kuantiti produk yang anda inginkan diruangan Quantity.

Page 13: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

13

iv. Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu FullPayment (bayaran penuh mengikut nilai belian) atau pun Easy Payment Purchase(bayaran secara ansuran 4 bulan).

v. Jika anda memilih Easy Payment Purchase, anda hanya perlu membayar 25% daripadanilai belian sebulan selama 4 bulan. Untuk kaedah ini anda akan dikenakan kospengurusan 0.5% daripada nilai belian emas (dibayar pada bulan pertama sahaja).

vi. Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di bawah. Saya telah membelijongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00. Admin Fee ialah RM85.00.Bayaran bulanan ialah RM4232.00. Jumlah keseluruhan ialah RM17,013.00.

Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee) manakalabulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja.

Page 14: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

14

Setelah berjaya membuat tempahan secara online, anda akan mendapat CSO xxxxxx (CustomerSales Order).

Tahniah! Anda sudah berjaya membuat tempahan online.

Gambar: Contoh Customer Sales Order (untuk tempahan online)

Selepas itu, di dalam tempoh 24 jam Public Gold akan menghantar Sales Order yang muktamad keemail anda. Public Gold mungkin akan menghubungi anda melalui telefon untuk mengesahkantempahan online anda.

Selepas menerima sales order melalui email, barulah anda buat pembayaran ke akaun bank PublicGold di dalam tempoh 24 jam. Sekiranya bank tutup maka anda boleh buat pembayaran pada hariberikutnya.

Jika ada masalah sila berhubung dengan cawangan Public Gold yang berhampiran melalui telefonatau email.

Page 15: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

15

Ini adalah contoh email daripada Public Gold. Sales order anda akan diletakkan di dalam lampiran.Biasanya bentuk sales order dan jumlah belian adalah sama nilainya dengan Online CustomerSales Order.

Selepas menerima sales order ini, anda boleh membuat pembayaran di dalam tempoh 24 jam atauselewat-lewatnya 3 hari.

Jika perlukan bantuan, sila telefon ke cawangan yang mengeluarkan sales order anda.

Gambar: Sales Order yang muktamad akan dihantar ke email anda.

Itu sahaja 3 panduan membuat tempahan produk Public Gold secara sms, telefon dan online.

Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila call atau sms @whatsapp saya di talian013-2126999 atau 013-3819901. Saya akan memberikan bantuan kepada anda.

Terima kasih.

Syukor HashimAdminwww.emaspublicgold.comwww.jutawanemas.com

Page 16: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

16

Lampiran 1: Senarai produk Public Gold

Gambar: Jongkong Emas 999.9 (minted bar 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram

Gambar: Syiling emas 50 gram, jongkong emas 250 gram dan 500 gram.

Gambar: Dinar Emas (1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 10 dinar)Berat: 1 Dinar = 4.25g, emas 916

Page 17: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

17

Special Collection Series 999.9 (Jongkong Emas Tai-Fook)

Gambar: Special Collection Series 999.9 (Tai-Fook bar)10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.Gambar depan adalah berupa seekor naga.

Barang kemas i-series (916).

Gambar: Barang Kemas i-series Buah Rantai (5 gram dan 10 gram)

Page 18: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

18

Gambar: Rantai tangan i-series 10 gram, panjang 17 cm (±) 1 cm

Gambar: Rantai leher i-series (20g, 50g dan 100g) dan gambar jarak dekat.

Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:

a) 100 gram (panjang 77 (±) 1 sentimeter)b) 50 gram (panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)c) 20 gram (panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)

Page 19: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

19

Gambar: Jongkong Perak 100g, 250g, 500g dan 1kg (Ketulenan 999.0)

Gambar: Syiling Perak 10 Dirham (berat 29.75 gram) 999.0

Page 20: Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.emaspublicgold.com/documents/manual_pelaburan_emas... · Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan

© Syukor Hashim www.emaspublicgold.com . Isi kandungan laporan ini tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran penulis

20

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tawaran.Ingin mengetahui rahsia pelaburan emas yang betul, tepat dan menguntungkan?

Dapatkan buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik menjanakekayaan dengan emas dibongkarkan!”

Buku ini padat dengan informasi berkenaan kaedah membuat pelaburan emas yang betul, tepatdan selamat di Malaysia.

Saya jamin anda akan mengetahui banyak rahsia pelaburan emas setelah membaca buku ini.

Untuk mendapatkannya, sila ke www.pelaburanemas.com

Harga buku RM80 (termasuk versi e-book, ebook Emas-Emas Yang Hilang dan kos pos)

13/3/2012 3.28AM