hakikat sebuah kematian 2

2
Volume 1 04062015 16:01 HAKIKAT SEBUAH KEMATIAN Para ulama pula menyifatkan bahawa sebuah kematian bukan hanya lenyapnya seseorang dan tidak akan ada lagi kejadian lain selepas itu, akan tetapi kematian adalah apabila terputus atau terpisahnya hubungan roh dengan badan badan atau terpisahnya suatu keadaan ke keadaan yang lain ; dari suatu keadaan ke suatu keadaan yang lain. Namun begitu, menurut para ulama “ Masih ada lagi perkara lain yang lebih dahsyat daripada sebuah kematian iaitu lalai dalam mengahadapi sebuah kematian, berpaling dan hanya sedikit sahaja daripada kita yang ingat akan sebuah kematian lantas meninggalkan amal soleh yang merupakan paksi kepada bekalan setelah menghadapi kematian. Bahkan pada kematian itu sendiri terdapat pesanan serta pelajaran bagi orang-orang berfikir”. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, dia ada berkata bahawa : Rasulullah bersabda bahawa; Janganlah kamu mahukan terhadap sebuah kematian, kerana keadaan sebuah kematian itu merupakan sesuatu yang amat dahsyat. Apabila seseorang hamba diberi umur yang panjang, Allah memberikan kesempatan kepadanya untuk bertaubat pada Allah yang satu”. ( HR. Al- Bazzar ) Berdasarkan petikan hadis di atas maka jelaslah bahawa sebagai hamba tuhan, kita sentiasa diberikan kesempatan atau peluang bertaubat untuk memohon keredhaan Allah S.W.T selagi hayat dikandung badan. Sebagai seorang muslim , Al-Isti’tab itu penting bagi kita sebelum menghadap sebuah kematian. ,Al-Isti’tab adalah memohon keredhaan. Keredhaan yang hanya diperolehi dengan taubat serta tidak mengulanginya dengan perbuatan dosa.

Upload: ferini-shahira

Post on 16-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Hakikat Sebuah Kematian 2 islam

TRANSCRIPT

  • Volume 1 04062015 16:01

    HAKIKAT SEBUAH KEMATIAN

    Para ulama pula menyifatkan bahawa sebuah kematian bukan hanya lenyapnya

    seseorang dan tidak akan ada lagi kejadian lain selepas itu, akan tetapi kematian adalah apabila

    terputus atau terpisahnya hubungan roh dengan badan badan atau terpisahnya suatu keadaan

    ke keadaan yang lain ; dari suatu keadaan ke suatu keadaan yang lain.

    Namun begitu, menurut para ulama Masih ada lagi perkara lain yang lebih dahsyat

    daripada sebuah kematian iaitu lalai dalam mengahadapi sebuah kematian, berpaling dan hanya

    sedikit sahaja daripada kita yang ingat akan sebuah kematian lantas meninggalkan amal soleh

    yang merupakan paksi kepada bekalan setelah menghadapi kematian. Bahkan pada kematian itu

    sendiri terdapat pesanan serta pelajaran bagi orang-orang berfikir.

    Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, dia ada berkata bahawa : Rasulullah bersabda bahawa;

    Janganlah kamu mahukan terhadap sebuah kematian, kerana keadaan sebuah kematian itu merupakan sesuatu yang amat dahsyat. Apabila seseorang hamba diberi umur yang panjang, Allah memberikan kesempatan kepadanya untuk bertaubat pada Allah yang satu.

    ( HR. Al- Bazzar )

    Berdasarkan petikan hadis di atas maka jelaslah bahawa sebagai hamba tuhan, kita

    sentiasa diberikan kesempatan atau peluang bertaubat untuk memohon keredhaan Allah S.W.T

    selagi hayat dikandung badan. Sebagai seorang muslim , Al-Istitab itu penting bagi kita sebelum

    menghadap sebuah kematian. ,Al-Istitab adalah memohon keredhaan. Keredhaan yang hanya

    diperolehi dengan taubat serta tidak mengulanginya dengan perbuatan dosa.

  • Volume 1 04062015 16:01

    Setiap daripada kita bakal menghadapi kematian cuma masa sahaja yang menentukan

    lambat atau cepat sebuah kematian itu akan terjadi. Oleh hal yang demikian, kita harus sentiasa

    mempersiapkan diri kita dalam menghadapi mati; sesungguhnya kematian itu merupakan

    sebuah keadaan yang amat kita takutkan. Jika agama Hindu mempercayai reincarnation

    selepas kematian, namun kita mempercayai bahawa wujudnya kehidupan lain selepas mati iaitu

    di alam barzakh.

    Keadaan kehidupan kita di alam barzakh sebenarnya ditentukan oleh kita sendiri.

    Bagaimana cara kita hidup begitu jugalah cara kita bakal mati. Masih ramai daripada kita yang

    takut akan mati namun amal solehnya masih lagi secetek air di lopak. Begitu juga syurga, jika

    ditanya mengenai syurga mesti semua orang menyatakan keinginan mereka namun berapa

    ramai yang berusaha mendekat diri kepada syurga? Tepuk dada, tanya selera. Ke mana selera

    yang kita inginkan. Syurga atau neraka; semua kita berhak pilih. Akhirul kalam, semoga kita mati

    dalam nikmat Islam . INSHALLAH.