tajuk: hakikat sebuah pengorbanan *** - portal …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/01.09.2017...

14
0 Tarikh Dibaca: 01 SEPTEMBER 2017M l 10 ZULHIJJAH 1438H Tajuk: “HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Upload: phamphuc

Post on 15-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

0

Tarikh Dibaca: 01 SEPTEMBER 2017M l 10 ZULHIJJAH 1438H

Tajuk:

“HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN”

***

Terbitan: Unit Khutbah

Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR

2017

1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim (Pengerusi)

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

2. SS. Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Ahli)

Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor

3. Tuan Haji Idris Bin Ramli (Setiausaha)

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS

4. Yg. Berbahagia Dr. Haji Osman Bin Haji Sabran (Ahli)

Pensyarah, Universiti Selangor

5. Dato’ Haji Abdul Majid Bin Omar (Ahli)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

6. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa (Ahli)

Pensyarah, Kolej Universiti Islam Selangor

7. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdullah (Ahli)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

8. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli)

Ketua Penolong Mufti (Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor

9. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya (Ahli)

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

10. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid (Ahli)

Pegawai Majlis Agama Islam Selangor

11. Ustaz Hairol Azmi Bin Khairudin (Urusetia)

Penolong Pengarah Unit Khutbah, BPM, JAIS

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

2

“HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN”

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

ا

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

ا

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

ا

ا

ه لاال

بر ل

ل

ه وهللا ا

هلل، الل

برا

ل

حمد ا

ه ال

ولل

هللبرا

ل

بيرا ا

حمد ل

ثيرا وال

ه ل

وسبحان هللا لل

ل ص وا

سة

بنآل

هال

اصس عبده، إل

ه وحده، صدق وعده، وه

االل

حصاب وحده.عصا جىده، وهصم ألا

وؤال دمحل

اي وعمه وافى ادمح هل

ةدصئ مافه ا ،

ىباز وا ل

محال

بمد ل

ي جي لغا

مظعلهو وجو ىل

سل

.اهوطهد

ش

ا

ن ل

ا

ال

ه ه لا

و ل س

ه وحده آل ش

االل

ناهد ا

ش

وا هدس

دا عبده وزسىل ا محما

ه

هما صلالل

وس ا

ل

م عل ى آله ى س

د وعل ا محما

ده

ن يعمجوصحبه ؤ

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

3

ابعد ما ا

ا ، ف

هي ؤ

ا هللاىقجا! انىملسا اإلا

صو، ؤ

من

ي هللاىقخب ايااوف دق

اشف

ن.ىقخااإلا

ىعال

ه ح

ااى الل

.

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

حمد ا

ه ال

اولل

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan seluruh muslimin muslimat

yang hadir di pagi ‘Idul Adha yang mulia ini, marilah kita sama-sama

meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT, dengan bersungguh-

sungguh melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan

segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam

kalangan hamba-hamba Allah yang bertakwa dan diredhai-Nya di dunia

hinggalah ke hari akhirat.

Di pagi ‘Idul Adha ini, khatib mengajak muslimin muslimat sekalian

untuk mendengar dan menghayati khutbah ‘Idul Adha yang bertajuk:

“HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN”.

Muslimin dan muslimat yang berbahagia,

Pagi ini, sekali lagi kita bertakbir membesarkan Allah, kalau ‘Idul fitri

yang lalu kita dituntut bertakbir sehingga khutbah ‘Idul fitri sahaja. Tetapi

‘Idil Adha kita disunatkan bertakbir bermula selepas solat subuh 9 Zulhijjah

sehingga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah. ‘Idul Adha adalah fasa

kedua iaitu fasa untuk membuktikan keimanan kita yang sebenar-nya

seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail

alaihima al-salam yang telah berjaya membuktikan kesungguhan hakikat

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

4

iman mereka yang sebenar, sehingga Allah menggantikan kibas sebagai

ibadat korban kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, ‘Idul Adha menyingkap tragedi penting dalam Islam,

ia melibatkan seorang bapa dengan seorang anak yang memberi erti

hakikat pengurbanan sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Mereka ialah

Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Allah SWT telah

merakamkan peristiwa penting itu dalam surah al-Saffat, ayat 102 dengan

firman-Nya;

“Maka tatkala anaknya itu sampai kepada peringkat umur yang

membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim

berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam

mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa

pendapatmu?”. Anaknya menjawab; "Wahai bapaku! jalankanlah apa yang

diperintahkan kepadamu, Insya Allah! ayah akan mendapati daku dari

orang-orang yang sabar”.

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

حمد ا

ه ال

اولل

Hadirin Hadhirat, muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah,

Dapatkah kita bayangkan, bagaimana perasaan seorang bapa

terhadap anak yang dikasihi, anak yang paling disayangi semenjak lahir,

dibelai ditimang dengan penuh kemanjaan, bagaikan hati belahan jiwa,

tidak boleh berpisah walau seketika, tiba-tiba turun perintah untuk

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

5

dipisahkan dengan cara yang sangat menyayat hati. Betapa tidak! Kerana

anak itu anak yang dipohon sekian lama, anak yang dikurniakan Allah

setelah doa demi doa dipohon dengan penuh harapan, anak itu anak

terbilang, anak itu anak yang saleh. Anak yang sangat menggembirakan

Nabi Allah Ibrahim AS.

Tetapi atas dasar tingginya cinta Nabi Ibrahim AS kepada anaknya

itulah, maka Allah perintahkan korban, untuk melihat sejauh mana Nabi

Ibrahim sanggup mengorbankan anak yang disayangi itu demi menjunjung

perintah Allah. Sebaliknya anak manakah yang benar-benar sanggup

patuh kepada orang tuanya sekalipun terpaksa mengurbankan nyawanya

sendiri demi mematuhi perintah Allah dengan penuh redha? Inilah hakikat

pengurbanan yang tinggi, sebagai lambang kekuatan iman yang suci,

menjadi syiar kebesaran ‘Idil Adha hingga sekarang ini. Penyembelihan

binatang qurban yang disyariatkan pada setiap kali menjelangnya ‘idil

adha itu, membawa syiar bahawa, Allah lebih bernilai dari segala harta

kekayaan. Allah lebih tinggi dari segala kecintaan. Maka anak bukanlah

alasan yang boleh dijadikan halangan kepada sebuah pengurbanan,

kerana hakikatnya tidak ada satu pengurbanan pun yang lebih bernilai dan

lebih suci dari pengurbanan untuk tunduk mengabdikan diri kepada Allah

SWT dengan sepenuh keredhaan.

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

حمد ا

ه ال

اولل

Hadirin Hadhirat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihima al-salam telah berjaya

membuktikan hakikat pengurbanan yang sebenar mereka, adapun selain

nyawa, seperti harta kekayaan, pangkat kebesaran, nama dan kedudukan,

wang ringgit, saham dan rumah kediaman adalah merupakan harta dunia

yang dipinjamkan Allah, ianya tidak kekal, harta dunia tidak menjanjikan

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

6

kita hakikat kebehagiaan dan kesenangan sebenar, ada orang yang

berharta, hidup sangsara, seperti Qarun yang ditelan bumi. ada orang

yang berpangkat besar dan berkedudukan tinggi, seperti firun telah

ditenggelamkan Allah dan mati di laut dengan kemurkaan Allah.

Ini menunjukkan bahawa bukan harta sebenarnya yang memberikan

seseorang itu hidup senang, bukan pangkat dan keududukan yang

memberikan seseorang itu bahagia. Tetapi hakikat kesenangan, hakikat

kebahagiaan itu adalah suatu pemberian yang dianugerahkan Allah SWT

kepada seseorang yang dikehendaki-Nya.

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

حمد ا

ه ال

اولل

Hadirin Hadhirat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya kita dijadikan untuk tujuan mengabdikan diri

kepadaNya, itulah jalan untuk kita menuju ke arah kebahagiaan yang

hakiki dan kesenangan yang abadi untuk mendapatkan keredhaan Allah

SWT. Muhammad Mustafa Abu al-‘Ala seorang sufi pernah berkata;

اهل

ي ام اكضزي ودىصقم ته

طيبىل

“Tuhanku! Engkaulah sahaja tujuan hidupku

Dan hanya keredhaan-Mu sahajalah yang menjadi tuntutanku”.

حمده ال

ابر ولل

ل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

ا

Hadirin Hadhirat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini jemaah haji telah bergerak dari Arafah menuju ke Muzdalifah,

berpakaian ihram serba putih bersih melambangkan hakikat kudusnya hati

mereka menuju Allah dengan ucapan talbiyah sebagai menyahut

panggilan Allah, tidak menyengutukan Allah, tidak ada yang mereka ingat

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

7

melainkan Allah, begitulah putih dan bersihnya hati dan tujuan mereka.

Mereka akan bertahallul, sebagai lambang membuang hakikat

kesombongan yang ada dalam diri mereka. Yang besar dan agong

hanyalah Allah SWT, yang mereka cinta dan kasih hanyalah kepada Allah

SWT. Itulah yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya nabi

Ismail ‘Alaihima al-Salam.

Pada pagi ‘Idil Adha yang mulia ini, marilah kita sama-sama

mengambil pengajaran tentang hakikat sebuah pengorbanan seperti

berikut:

1. Umat Islam hendaklah beriman dan yakin bahawa Allah

menuntut kita melakukan pengorbanan adalah semata-mata untuk tujuan

mengabdikan diri kepada Allah SWT.

2. Ibu bapa hendaklah mendahulukan Allah dalam segala

tindakannya dengan tidak menjadikan anak sebagai halangan untuk

mentaati perintah Allah.

3. Anak-anak wajiblah menghormati ibu bapa dan membantu

mereka dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan dilarang sama

sekali menderhakai kedua-dua mereka.

4. Umat Islam sangat disunatkan melakukan ibadat qurban

dengan kemampuan yang ada, sebagai lambang pengorbanan terhadap

Allah dan mudah-mudahan mendapat takwa di sisi Allah SWT.

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

8

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali

akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang

ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan

binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana

mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira

(dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang

berusaha supaya baik amalnya”.

(al-Haj : 22).

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

9

م، عظقسآن ال

م في ال

ن

بازك هللا لي ول

عني ف

س وه

ل

اث والر آلا ه م م بما ف

ال ا وإ

حنهال

م جلوج

ي ومىن ل من با

ق

هوم وج هى و، إها

م. علع ال م السا

م ن

م لي ول عظ

فس هللا ال

سخغ

ا وؤ

ىلي هر

ىى ق

ق

ؤ

ه فسوه إهااسخغ

سلماث، ف

سلمين واإلا

ولسأئس اإلا

ح فىز الساغ

م.هى ال

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

ا

ا

ه لاال

بر ل

ل

ه وهللا ا

الل

هللبرا

ل

حمد ا

ه ال

ولل

********** Osman/Nurul

22.08.2017

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

10

KHUTBAH KEDUA

برل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

ا

ه لل

بر اا

ل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

بر ا

ل

ه ا

لل

لا

ه لابر ال

ل

ه ا

ه والل

بر، الل

ل

ه ا

لل

حمد ا

ه ال

ولل

برل

ه ا

لل

بيرا ا

ثيرا، ل

ه ل

حمد لل

ه ،وال

وسبحان الل

ل ص وا

سة

بنحمدا ل

اه ال

دي هرلل

ا لاه

سل

و هخمحسب مل

، همسل

الصاو

لو ة السا

ع مل

ل

ريى خ

خ هقل

وؤ

هلسز لضف

عد، وماحا مىبه

و هى آلل

، هباحصؤ

و سائالسا ع ى سل

ا. هخي

ن لهد ا

ش

ا

ه لا

ه ال

اه، الل

و ل س

وحده آل ش

ن سهد ا

ش

ه،دوا

دا عبده وزسىل ا محما

ه

م على هما صل وسل

الل

ا ى آله س

د وعل ا محما

ده

.نيعمجوصحبه ؤ

ابعد ماا

ا هللاىقجا، اهللا ادبا ع، ف

صو، ؤ

ايااو من

ي هللاىقخبف دق

اشف

ن.ىقخااإلا

حمده ال

بر ولل

ل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

الل

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

11

مإنا هللا و

ىن عئل صل خه

ن

ل بي ى الىا

اها ال ي

را ؤ

ىآمىىا عل

مىا صل

ه وسل

سلما

ا ح

، ا

ال ما صهلل

عل ى س

عو دماحا مده

ى آىل

ده

ماحا مسا مد ل

صاع تل

ل

ده

عم واهسبا إى س ىى آل

ده

ا سع كازب، وماهسبإ

ل

ده

عو دماحا مى س ى آىل

ده

دماحا مسازا بمل

ع تل

ل

ده

ماهسبإ اى سعو

ىى آل

ده

ف ماهسبا إسعي ال

مح وهان إياإلا د

جم . د ا

ا ماهلل

ل سفاغ

و نيملسمل

اثملساإلا

و اإلاو نيىمؤ

اإلا اثىمؤ

و مهنم اءحألا

وهاا، اثىمألا

مس ع سق بجم ب و اثىعالدا

اا ق يض

.اثاجحالا

ا ماهلل

سلا صاعؤ

و مل

، نيملساإلا

سك وؤ

ذىا الش

سلين

ش، وواإلا

ي فدىهيال

ي ألا

ق ى وص

الفن، يطسل

ا

ا ماهلل

ا سصاه

ىخ

ىاه

و نيملسا اإلا

داهجاإلا

و ف نيفعضخساإلا

ى م م ل

.انه

و و بىب ل إل خىسا

و وه

لسإ

ا و هما إها

الل

ا

مين، لا

مىعظ

اجو ال

حسنى وصف

سمأئو ال

و بإ

لسإ

ن وو

ؤ

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

12

خو ات وبحفظ وق ا اه با خو السا بعين عىا

ظ

حف

ج

مد الصات، جل ا ان اه

ط

م سل

اعظ

ملنىا اإلا

ت

ل

سل ادزس شاه ڠ الد

سف

ان ش

ط

ىز، سل

الحاج اب عبد ىحساإلا ان صلح الد

ط

م سل

ص شاه الحاج. العص ت حا ق، والص ىف والخا

ت هدا

عىن وال

دم ال

هما ؤ

الل

ا

ل موالسا

ىو، لىلى عهد سلمت

مير ڠىز، حڠ

هى ؤ

ادزس شاه الد

سف

ان شط

سل اه اب

ش

وصل م

ا حالحاج فى ؤ سمو

و ول ت بمى وعاف

جل

اال

طل عمسهما مصلحين ىذ

هما ؤ

الل

سام. ا

وؤلال

ع فين والساامىظ

لل

بل

ت وال ا

غ مق

دهما اصد، وبل

هدلسق ال

اد. يط

ش والسا

ا فىاجا ءىباز ى الد ىسا حه

فو ت

ىسح ةسخى ألا

ا ىقو ت

ع.ازالىا ابرا هللا! ادبع هللا نا

ب سمإ

و ىدعال

اءخاو انسحلا

ذى عهىى وبسقي ال

الحف

و اءش

ىاإلا

و سن

ي غبال

عظ

من

عل

ال

من

ج

رانوسل

. ف

اذ وا هللاسل

مظعال

رسل

و مل

اش

ع هوسن

دص همعى ول

، ومل

سا

إ هىل

Khutbah Idul Adha 01 September 2017M / 10 Zulkaedah 1438H: “Hakikat Sebuah Pengorbanan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

13

م طع هلضف

و من

رل

هللا سل

ؤع هللا، وربل

مل

م.نىعىصا ج

برل

ه ا

بر الل

ل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

الل

ا

ه لاال

بر ل

ل

ه ا

لل

بر ا

ل

ه ا

ه والل

حمد الل

ه ال

.ولل

*****