hakcipta terpelihara © 2011 perpustakaan negara...

8
Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: vuongnhan

Post on 18-Sep-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

Wacana Manuskrip Melayu Pada 17 Mac 2011, satu program percambahan minda Wacana Manuskrip Melayu bertajuk Lubab a l-Hadith telah diadakan di Bilik Serbaguna PNM. Lubab al­Hadith atau Intisari Sabda Nabi merupakan karya hadis yang banyak tersebar di Nusantara pada zaman silam. la mengandungi sejumlah em ratus buah hadis dalam empat puluh tajuk atau bab, dan setiap bab mengandungi sepuluh buah hadis. Secara amnya, karya ini hanya memuatkan teks hadis atau sabda Nabi Muhammad SAW tanpa disertai salasilah periwayatannya (sanad atau isnad), penerangan kandungannya,

Walau bagaimanapun, pengarangnya adalah benar (sahih) dan boleh dipercayai. Zarif, Pensyarah daripada Universiti Sa ins Islam Malaysia (USIM).

• Dr. Muhammad Mustaqim Mahd Zarif menyampaikan hasil kajiannya

Manakala pada 28 Apri12011, Paleografi Melayu: Pengenalan kepada Tulisan Melayu Lama, adalah judul kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Dr. Haji Wan Ali Wan Mamat, Pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Program Wacana Manuskrip Melayu. Paleografi ialah seni pentafsiran tulisan pada manuskrip kuno. Paleografi mempunyai hubungan yang agak rapat dengan filologi, iaitu pengkajian terhadap manuskrip. Paleografi memberi penekanan hanya kepada huruf dan tulisan pada manuskrip kuno sahaja. Dalam kata lain kajiannya hanya berkisar mengenai aspek fizikal tUlisannya sahaja iaitu ke arah mengenal pasti pentarikhannya. Paleografi juga mempunyai hubungan rapat dengan epigrafi iaitu seni pentafsiran terhadap tulisan pada batu bersurat.

Pesta Kuala

Buku Antarabangsa Lumpur 2011

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia

melalui Pusat Manuskrip Melayu telah mengadakan aktiviti Jawi seperti bina kata, eja Jawi dan membaca puisi dalam tulisan Jawi pada 22 April 2011 (Jumaat) bertempat di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Program ini telah melibatkan dua buah

sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan n Indah, Cheras seramai 35 orang murid

asuk 4 orang guru pengiring dan Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Gombak, seramai

dan 4 orang guru pengiring.

ini adalah untuk menguji kepintaran rn<~n.N~I"" dan membina perkataan dalam tulisan

peserta kepada aktiviti Jawi yang mangat CI

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

,

Bengkel Klinik Dr.Jawi

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus setia Program Pembudayaan Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan sering menggunakan pelbagai pendekatan bagi memartabatkan tulisan Jawi di kalangan masyarakat. Bengkel Klinik Dr. Jawi anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pad a 11-12 Jun 2011 merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh PNM bagi mendidik masyarakat ke arah merealisasikan budaya celik Jawi. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memperkenalkan asas penulisan Jawi di kalangan saudara baru, memperkenalkan kaedah rasmi tulisan Jawi yang disempurnakan berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi dan menanamkan rasa cinta kepada tulisan Jawi di kalangan masyarakat Malaysia dari pelbagai bangsa.

Baru Manuskrip Melayu

Pusat Manuskrip Melayu yang sebelum ini beroperasi di bangunan Anjung Bestari Aras 2, PNM telah berpindah ke bangunan baru di Aras 11 , Menara PNM dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti rujukan manuskrip, ruang bacaan, bilik perbincangan, bahan bacaan tam bahan, khidmat nasihat, internet dan sebagainya. Dalam usaha untuk menggalakkan pen 9 gun a a n perkhidmatan di Pusat Manuskrip Melayu, pihak Jabatan telah menambah waktu perkhidmatan bermula hari Isnin sehingga Jumaat, darijam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang dan perkhidmatan sepenuhnya kepada pengguna telah dibuka mulai 22 Disember 2010.

• Penceramah menerangkan teknik penuHsan Jaw; yang betul kepada peserta

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

Pameran Koleksi Manu Arab (Jan-Feb 2011) Pameran ini diadakan mulai Januari 2011 - Feb ri 2011. bertujuan untuk mempromosikan koleksi manuskrip Arab yang terdapat dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayu. Koleksi Manuskrip Arab ini mencakupi pelbagai bidang ilmu khlJsusnya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa. Antara manuskrip Arab yang dipamerkan seperti NLM MSS FB (A) 939 (Matan Nukhbat al-Fikri fi Mustholah ahl al-Athar), NLM MSS FB ( ) 938 (Kitab o.Wmdadat aJ-Saniyah min Hadarat al- Kamaliah) dan NLM MSS 974 (Risalah . ~wa aJ-Kusut).

Cerita Nabi-Nabi (Mac-April 2011) Pus at Manuskrip Melayu mempunyai pelbagai genre manuskrip antaranya adalah sejarah, hikayat, kesusasteraan, ketatanegaraan, kitab agama dan sebagainya. Kitab agama juga terbahagi kepada beberapa genre seperti tasawuf, fekah, tau hid dan sebagainya. Berdasarkan kepada kitab-kitab agama ini. terdapat banyak kisah mengenai nabi-nabi yang telah dicatatkan oleh penulis atau penyalin manuskrip. Oleh itu, dengan tujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang cerita nabi-nabi ini yang terdapat di dalam manuskrip, satu pameran mini yang berkaitan dengan perkara tersebut telah dilaksanakan. Pameran ini telah diadakan pada bulan Mac 2011 - April 2011. Antara manuskrip Melayu yang dipamerkan adalah MSS 1656 (Hikayat Nabi NuhJ, MSS 1563 (Hikayat Nabi Adam) dan MSS 2547 (Hikayat Nabi Mikraj).

Edward Heawood (Mei -Julai 2011) Watermarks l

Pusa t Manuskrip Melayu (PMM) menggunakan buku Edward Heawood Watermarks 1 sebagai bahan rujukan, untuk menentukan kesahihan tera air yang terdapat pad a kertas jenis laid bagi koleksi manuskrip Melayu yang diperoleh. Tujuan penggunaan buku ini untuk mengenalpasti bahawa manuskrip Melayu tersebut adalah benar-benar tulen dan berusia dalam lingkungan abad ke-15 hingga ke-18. Berdasarkan buku Edward Heawood Watermarks 1, setiap tera air yang dipaparkan disusun mengikut jenis subjek yang bersandarkan kepada urutan huruf beserta pernomboran. Terdapat 4078 bent uk tera air daripada 63 jenis kumpulan tera air dikumpulkan di dalam koleksi rujukan ini di antaranya seperti Anchor; "Coat of arms", Crescent, Fleur de Lis, Grapes, Lion, Matador, Picador, Propatria, Stag, Sun, Sword, dan sebagainya.

Tera air di dalam rujukan ini bukan hanya terdapat dalam bentuk lakaran imej semata-mata, tetapi turut mengandungi bent uk nama individu dan firma yang mewakili syarikat pengeluar seperti ALMASSO, GIACOMO,JOBERl MAGHNANI, ROMANI, TAYLOR, PICARDO WHATMAN dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga kombinasi huruf pada tera air mengikut alphabet atau abjad huruf seperti AG, CR, an ain-Iain lagi. Antara manuskrip yang dipamerkan seperti MSS 2304 (Sirat al-MustaqimJ, MSS 2514 (Hidayat al-Salikin) dan MSS 2604 (Muniyat al-Mussali).

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

Pameran Berger dan Koleksi N

Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah mengadakan Pameran Bergerak Manuskrip Melayu dan Koleksi Nadir pada 24 Mei 2011 sehingga 25 Jun 2011 , di Ruang Pameran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Sempena Pameran Bergerak ini, satu taklimat berkenaan Manuskrip Melayu dan Koleksi Nadirtelah disampaikan oleh Puan Mastura Hussin dari Pusat Manuskrip Melayu dan Cik Junaidah Rosliy dari Pusat Maklumat Malaysiana. Untuk menarik lebih ramai pengguna perpustakaan mengenali, memahami, memelihara dan memulihara kedua-dua khazanah negara ini satu aktiviti demonstrasi pemuliharaan bahan manuskrip dan nadir telah dilaksanakan oleh kakitangan Bahagian Pemuliharaan PNM.

Pusat Manuskrip Melayu terus mendapat perhatian tetamu daripada pelbagai peringkat dan agensi dari dalam dan luar negara. Pada 21 Februari 2011, seramai 33 orang pel ajar diiringi oleh Dr. Zubir bin Idris, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Manuskrip Melayu. Taklimat berkenaan PMM telah disampaikan oleh Puan Effah Imtiaz binti Zaino!, Penolong Pengarah Pusat Manuskrip Melayu.

Manakala pada 3 Mac 2011, Pusat Manuskrip Melayu turut menerima lawatan sambil belajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia yang melibatkan seramai 47 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring. Pada kali ini sesi taklimat mengenai PMM telah disampaikan oleh Puan Manirah binti Mansor. Seterusnya pada 23 Februari 2011 , Pusat Manuskrip Melayu juga telah menerima pelawat daripada King Abdul Aziz University, seramai 5 orang.

• Koleksi Manuskrip Melayu dan Nadir terpi6h yang dipamerkan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

Terkini Manuskrip Melayu

MSS 4040 Kitab Mawalid Sinopsis: Mengandungi selawat, puji-pujian berserta ayat al-Quran dalam berselawat ke atas Nabi Muhammad SA W.

MSS 4136 AI-Quran Sinopsis: Merupakan al-Quran yang ditulis dalam empat jilid.

MSS 4098 A. Bab Nikah B. Hadis Empat Puluh C. Talkhis AI-Balkis

MSS 4157 Akhbar AI- Akhirah Fi Ahwal AI-Qiyamah Sinopsis: Kitab ini memperincikan mengenai perihal hari kiamat. Mengandungi pelbagai bob dan fasal seperti kejadian Adam dan Nur Muhammad, maut dan sakaratulmaut, tanda-tanda kiamat, keadaan berfakunya kiamat, perihal neraka, sifat syurga serta isinya dan pelbagoi lagi perkara yang berkenaan dengannya.

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

MSS 4210 Umdat al- Muhtajin Sinopsis: Membicarakan mengenai ilmu akidah, sifat 20, ka/imah tauhid, adab dan kaifiat zikir serla tarekat yang diama/kan.

MSS 4195 Hukum Akal

MSS 4158 Sirat al-Mustaqim Sinopsis: Sebuah kitab yang mengandungi bab-bab, fasa/­fasa/ dan permasa/ahan yang berkaitan dengan hukum dan i/mu fikah seperli bab taharah, fasa/ air, tayamum, bersugi, wuduk, bab so/at, fasa/ waktu so/at, rukun so/at, bab puasa, bab haji dan umrah serla pe/bagai /agi fasa/~fasa//ain yang berkaitan dengannya.

MSS 4304 A. Surah-sura h a l-Quran B. Doa-Doa C. Syarh Ayat D. Kitab Firasat Sinopsis: Mengandungi ayat-ayat a/-Quran daripada surah-surah pilihan serla terdapat doa-doa yang menjadi ama/an seharian dan memperkatakan mengenai ilmu firasat.

MSS 4292 A. Manhaj a l-Atim B. Doa

Sinopsis: Kitab yang menerangkan tiga bahagian hukum aka/ iaitu wajib, mustahi/ dan harus serla kewajipan setiap umat Islam mengetahuai perkara-perkara yang wajib, mustahi/ dan harus pada hak dan sega/a rasu/Nya.

Sinopsis: Kitab yang menekankan mengenai perkara-perkara kebajikan yang dilakukan sebagai beka/an akhirat. Di antara bab-bab yang dikupas ada/ah menuntut i/mu, taubat daripada sega/a dosa, menjauhi perasaan tamak, bab fakir, amanah, perbezaan sifat tawaduk dan taka bur dan sebagainya dan mengandungi pe/bagai doa­doa sebagai ama/an harian muslim.

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: Hakcipta Terpelihara © 2011 Perpustakaan Negara Malaysiamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4043/1/... · Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Urus ... Manuskrip Arab

-- .. " . . .

~~ o · • .. ;.

~~ ~~~

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perpustakaan Negara Malaysia