hakcipta © 2020 bukhari ramli - brc · boleh jadi macam-macam sebab. kalau kita nak fikir pasal...

13

Upload: others

Post on 11-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak
Page 2: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli

Diterbitkan oleh:

BRC

BR Collective Sdn Bhd 1160345-X

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi

fail PDF panduan ini dengan sesiapa sahaja.

Boleh kongsi dengan rakan kongsi, kawan-kawan

atau mahu diberi sebagai bonus kepada audiens

anda.

DENGAN SYARAT tiada perubahan dibuat terhadap

fail ini dan kandungannya.

KLIK: BRC.my

Page 3: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Saya Bukhari Ramli. Bukan sifu. Bukan tok guru.

Bukan pakar. Bukan coach. Bukan jutawan. Takde

duit kertas berkipas. Takde kereta besar. Takde

rumah besar. Takde private jet.

Tak bercakap di pentas hebat. Tak pakai suit smart.

Tak masuk suratkhabar majalah TV. Takde kenal

atau bergambar bergandingan dengan mana-mana

selebriti artis orang kenamaan. Tak pernah dapat

mana-mana award.

Proceed at your own risk.

Page 4: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

KENAPA KITA TAK DAPAT

APA KITA MAHU?

Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis.

Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak bawa anda

untuk fikir dalam skop yang lebih ‘tegak’.

Kita tak mahu berpusing ‘corner’ sana sini. Kita

mahu buang semua ‘bullshit’ yang mengelabui

pandangan & tindakan kita. Kita pergi TERUS kepada apa kita boleh kawal.

Ini sentapan untuk kita — termasuk saya sendiri.

Page 5: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

KENAPA KITA TAK DAPAT APA KITA

MAHU?

Satu sebab paling utama:

Sebab kita tak buat apa yang kita patut buat untuk dapat apa kita mahu.

Ini realiti.

Pusing macam mana sekalipun, kita tak boleh lari

dari realiti ini.

Yang membawa kita kepada soalan seterusnya…

Page 6: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

KENAPA KITA TAK BUAT APA KITA

PATUT BUAT UNTUK DAPAT APA

KITA MAHU?

Ada DUA punca.

Dua punca ini jadi sebab kenapa kita tak dapat apa kita mahu.

PUNCA #1: Kita tak dapat buat.

Ini faktor LUARAN.

PUNCA #2: Kita tak nak buat.

Ini faktor DALAMAN.

Sekarang, masa untuk satu lagi realiti…

Page 7: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Kenapa?

1. Kebanyakan masa faktor luaran hanyalah

sekadar alasan untuk kita mempertahan diri kita

dan menyedapkan perasaan kita.

Sebenarnya kita tak nak buat — kita malas, kita bertangguh, kita menggedik; WALAUPUN di mulut

kita cakap kita nak buat — tapi kita gunakan alasan

luaran untuk melindungi punca sebenar.

Untuk berjaya dapat apa kita nak, kita ambil

tanggungjawab dan anggap SEMUA punca

gagal disebabkan diri sendiri: PUNCA #2!

Page 8: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

2. Kalau betul kita gagal sebab faktor luaran, kita

tak boleh kawal pun.

Jadi, buat apa kita fikir sangat pasal faktor luaran.

Tak produktif & tak bawa hasil pun.

3. Kebanyakan orang berjaya sentiasa ambil

PUNCA #2 sebagai sebab kegagalan mereka.

Mereka ambil tanggungjawab dan letakkan beban di bahu mereka sendiri.

Page 9: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Sekarang, cuba fikirkan sudut yang satu lagi…

“Keluarga tak sokong.”

“Aku takde modal.”

“Aku sibuk dengan kerja.”

“Aku penat.”

“Ekonomi teruk.”

Bla bla bla bla bla.

Orang yang selalu gagal sentiasa

meletakkan salah kepada faktor luaran.

Page 10: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Semua salah orang lain. Takde salah sendiri.

Dengan sikap macam ni, kita akan berterusan

‘melepaskan’ diri kita dari tanggungjawab. “Yeay,

semua ni bukan salah aku.”

Kita takkan belajar apa-apa dari pengalaman. Kita

takkan berkembang maju. Kita akan sentiasa di

tempat yang sama.

Page 11: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

DUNIA TAK PERNAH KISAH

DENGAN PERASAAN & MASALAH

KITA!

Ini satu lagi realiti.

Kita malas, kita stress, kita down, kita tak bersemangat, kita takde masa.

Dunia tak kisah itu semua!

Dunia tak kisah pasal kita.

Dunia tak akan berkonspirasi & berdengki

untuk jatuhkan kita. Dalam masa sama, dunia

tak akan bersusah payah untuk bantu kita.

Page 12: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Kita nak jatuh, kita sendiri yang jatuhkan diri sendiri.

Kita nak naik, kita sendiri yang usahakan untuk naik

sendiri.

Ini bukan macam kat sekolah, kerja sekolah tak siap kita nak bagi alasan kat cikgu.

Dalam dunia realiti, kita nak bagi alasan kita ni kat

siapa? Siapa yang kisah?(Dekat sekolah pun, kalau kita bagi alasan kat cikgu,

bukan beri kesan apa kat cikgu. Kita tak buat, kita

yang tak pandai. Mudah!)

Semua alasan yang kita cipta untuk

diri sendiri, sebenarnya kita nak

bagi kat siapa?

Page 13: Hakcipta © 2020 Bukhari Ramli - BRC · Boleh jadi macam-macam sebab. Kalau kita nak fikir pasal semua tu, sampai ke sudah takkan habis. Jadi, dalam ingatan ringkas ini, saya nak

Saya bagi satu soalan terakhir untuk anda tanya diri sendiri…

“Dengan macam-macam situasi luaran yang berlaku

kat aku sekarang — ekonomi teruk, bos tak best, keluarga tak sokong, aku penat & sibuk takde masa,

takde modal (dan apa-apa lagi) — APA YANG AKU

AKAN BUAT UNTUK DAPAT APA AKU NAK?”

Bak kata orang kampung saya:

“What are you going to do about it?”

Sebab, akhirnya, itu saja benda yang kita boleh kawal.

So…

What are you going

to do about it?