macam macam tentang puasa

Upload: shamcs

Post on 07-Apr-2018

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    1/36

    MACAM MACAM TENTANG PUASATAPI ANDA MALU BERTANYA.

    RUJUKAN:

    - PUASA ISNIN & KHAMIS SERTA PUASA ENAM MUHAMMAD NUAIM YASIN

    - 300 HADITH BIMBINGAN KE ARAH MENCARI REDA ALLAH ZAHAZAN

    MOHAMED,AHMAD HASAN MOHD. NAZAM

    - LAMAN WEB JAIS.

    Oleh: Muhammad Zulkamal Hisham Bin Zulkifli

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    2/36

    TAKRIF PUASA

    Secara bahasa, puasa adalah menahan ,sama ada menahan makan,minum,percakapan atau perbuatan.

    Menurit istilah, adalah menahan(diri) dariberbagai bagai hal yang membatalkan puasabermula dari terbitnya fajar hingga terbenam

    matahari, dan disertakan niat.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    3/36

    PUASA SUNAT

    Puasa sunat iaitu puasa puasa yangdisunatkan mengerjakannya.

    Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudrir.a:

    Aku telah mendengar Rasulullah s.a.wbersabda:Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allahakan menjauhkan wajahnya dari api neraka sepanjang tujuhpuluh musim.(Riwayat bukhari 3/1044 no. hadis 2685 dan muslim 8/33 no hadis 1153)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    4/36

    HARI2 YANG DIHARAMKAN BERPUASA(RUJUKAN : HTTP://SOALJAWAB.JAIS.GOV.MY)

    Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragutarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban).

    Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkanhadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasapada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha"

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    5/36

    SAMBUNGAN.

    Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripadaImam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi

    s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan danminum juga hari mengingati Allah s.w.t

    Hari Haid dan Nifas(darah keluar selepasbersalin).

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    6/36

    SAMBUNGAN

    Puasa bagi orang yang bimbangkandirinya binasa kerana puasa tersebut. Apayang penting, wajib menggantinya apabila

    mampu, atau membayar fidyah bagi yangterus tidak berkemampuan.

    ..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafirmaka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada

    hari-hari yang lain. Allah mahu kamu berolehkemudahan, dan Dia tidak mahu kamumenanggung kesukaran (Surah al-Baqarah:185).

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    7/36

    PUASA & INHALER 1DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

    Perlu diberi perhatian bahawa hukum menggunakan inhalersemasa berpuasa hukumnya bergantung samada gas/waptersebut sampai ke perut atau tidak. Jika ia sampai kepada perut,maka puasa tersebut terbatal.

    Sebagaimana pendapat Syeikh Dr Ahmad al-Kurdi, Ahli MajlisFatwa Kuwait, Syeikh Dr Said Ramadan al-Bouti (Prof diUniversiti Damsyik), Dr Wahbah al-Zuhaily, dll, bahawa inhaler inimembatalkan puasa.

    Ramai juga pakar perubatan mendapati bahawa gas dan ubattersebut walaupun kebanyakkannya pergi ke tengkorok dan paru-paru, akan tetapi akhirnya ada yang sampai kepada perut. Sebabitulah mereka berpendapat inhaler membatalkan puasa. WA.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    8/36

    PUASA & INHALER FATWA DR WAHBAHDARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

    .

    .

    Berikut adalah petikan jawapan Dr Wahbah al-Zuhaily :-

    Penggunaan spay/inhaler untuk mengubati asthma membatalkan puasasebagaimana fatwa beberapa ulama' kontemporari dan telah sampai imsak

    menghormati bulan tersebut, dan keatasnya dikenakan fidyah sebanyak hari-hariyang dia berbuka. Ada juga pendapat sebahagian yang lain bahawa inhaler tidakbatal puasa. Telah dikhabarkan kepadaku dari anakku, seorang pakar perubatanmengenai spray/inhaler didalam perubatan, bahawa pandangan yang lebih tepatadalah sebagaimana yang awal (iaitu batal puasa).

    sumber : http://www.fikr.com/zuhayli/fatawa_p31.htm

    http://www.fikr.com/zuhayli/fatawa_p31.htmhttp://www.fikr.com/zuhayli/fatawa_p31.htm
  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    9/36

    PUASA & INHALER FATWA FIQH KUWAITDARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

    .

    .

    Berkata Syeikh Dr Ahmad al-Khudri (Ahli Majlis Fiqh Kuwait) :

    Saya mengesahkan untuk anda bahawa ramai dikalangan ulama terkini mengatakan

    inhaler membatalkan puasa, Badan Fatwa Kuwait telah mengeluarkan fatwa rasmi

    mengenainya. Jika pesakit memerlukan hajat yang besar pada siang Ramadhan, dan

    perubatan lain tidak boleh membantu, maka hendaklah dia membayar fiidyah kemudianQada selepas Eid, Dan jika tidak upaya untuk berpuasa itu kekal, maka wajib membayarfidyah.

    Tidaklah ganjaran puasa Ramadhan itu dinafikan keatasnya, inSyaAllah, apabila dia berbuka

    (tidak berpuasa) kerana uzur

    Sumber : http://www.islamic-fatwa.net/fatawa/index.php?module=fatwa&id=23417

    http://www.islamic-fatwa.net/fatawa/index.php?module=fatwa&id=23417http://www.islamic-fatwa.net/fatawa/index.php?module=fatwa&id=23417http://www.islamic-fatwa.net/fatawa/index.php?module=fatwa&id=23417http://www.islamic-fatwa.net/fatawa/index.php?module=fatwa&id=23417
  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    10/36

    INHALER PANDANGAN ULAMA SAUDIDARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

    Berkata Syiekh Ibn Baaz rh : Tidak mengapa kerana dilakukan ketikadalurat,Akan tetapi jika boleh melambatkannya sehingga kepada malam, makainiAdalah lebih selamat

    :

    Berkata Syeikh Ibn Utsaimin rh: Penghembus ini menyejat dan tidaksampai ke perut, maka dalam hal ini kita mengatakan bahawa tiada

    mengapa menggunakan penghembus ini semasa anda berpuasa, dan andatidak perlu berbuka puasa dengan berbuat demikian

    Kedua-dua ulama diatas adalah bekas Mufti Ulama Saudi. Syeikh Bin Baaz 1974-1999 danSyeikh ibn Utsaimin 1999-2000.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    11/36

    PENJELASAN HADITH LARANGAN BERPUASA SELEPAS

    15 SYABANDARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

    Matan Hadith:

    Apabila tiba setengah Syaban (15 Syaban), maka janganlah berpuasa (sehinggaRamadhan)

    Takhrij:Dikeluarkan oleh Ahmad (no. 9705), Al-Tirmizi (no. 738), Ibn Majah (no. 1651), Al-Baihaqidalam Al-Kubra (no. 7751), Abu Daud (hadith no. 2337), Al-Nasai dalam Al-Kubra (no.2911) dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza[1], daripada Al-Ala daripadaAyahnya daripada Abu Hurairah

    Status:Tidak Sahih, bahkan Munkar.

    Hadith ini diingkari oleh jumhur huffaz hadith salaf seperti AbdulRahman Ibn Mahdi, AbuZurah Al-Razi, Ahmad bin Hanbal, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baihaqi, Yahya IbnMain, Abu Bakr Al-Athram, Ibn Adi, Al-Nasai dan lain-lain.

    Imam Ahmad menyatakan hadith ini sebagai Munkar dan tidak terpelihara, ImamAbdulRahman Ibn Mahdi tidak pernah menyebutkannya (meriwayatkannya) dan malahdia cuba mengelak diri daripada meriwayatkan hadith ini.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    12/36

    PENJELASAN HADITH LARANGAN BERPUASA SELEPAS

    15 SYABANDARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

    Imam Muslim pula meninggalkan hadith ini dan menolak untuk memasukkan dalamSahihnya, malah ia juga tidak dimasukkan Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya.

    Mereka menolak hadith ini kerana masalah padanya, iaitu tafarrudnya (bersendiriannya)

    seorang rawi iaitu Al-Ala yang meriwayatkan daripada Ayahnya (tafarrud Al-Ala daripada

    Ayahnya) dan juga sebagaimana yang dikatakan Imam Ahmad ia bertentangan dengan

    hadith lain yang sahih menyatakan baginda Nabi SAW biasa menyambung terus puasa

    Baginda SAW daripada Syaban ke Ramadhan.

    Dalam Tahzib Al-Tahzib, Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam Abu Daud tentang Al-Ala,

    kata Abu Daud:

    : :... . Mengingkari kami hadith puasa Syaban daripada Al-Ala iaitu hadith Apabila tiba

    setengah Syaban, maka janganlah berpuasa

    Juga disebutkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam Sunannya setelah meriwayatkan hadith ini:

    "Berkata Abu Daud, berkata Ahmad bin Hanbal: hadith ini Munkar... AbdulRahman (Ibn

    Mahdi) tidak pernah sama sekali menyebutkannya/ meriwayatkannya

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    13/36

    PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

    Makan dan minum(Kecuali jika kita lupasedang berpuasa). Dalilnya adalah hadisNabi s.a.w :

    Jika seseorang lupa ketika ia berpuasa, lalu iamakan dan minum, maka hendaklah iamenyempurnakan puasanya, kerana

    sesungguhnya Allahlah yang memberinya makandan minum(Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    14/36

    SAMBUNGAN...

    Muntah dengan sengaja.Sesiapa yang terpaksa muntah, maka tidakwajib baginya untuk mengqada(mengganti)puasanya , dan sesiapa muntah dengansengaja, maka wajib baginya mengqadapuasanya(Riwayat Al-Hakim)

    Murtad

    Nifas(darah keluar selepas bersalin) Bersalin Gila / hilang ingatan walaupn hanya

    sebentar.

    Mabuk.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    15/36

    SAMBUNGAN

    Kedatangan haid bagi wanita.

    Suntikan yang mengandungi makanan.Iaitu menyalurkan makanan ke perut dengan

    maksud memberi makan bagi orang sakit.Bagaimanapun bagi penyemburan gasuntuk pesakit lelah ulama berbeza pendapat

    ada yang mengatakan tidak batal dansebaliknya.

    (mungkin boleh tanya boss utk lebihterperinci..hehe)W.A

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    16/36

    SAMBUNGAN

    Jimak/ melakukan hubungan suami isteri.

    Imam Asy-Syaukani berkata, Jimak (bersetubuh)dengan sengaja, tidak ada khilaf (perbezaan

    pendapat) padanya bahawa hal tersebutmembatalkan puasa, adapun jika jimak tersebutterjadi kerana lupa maka sebahagian ahli ilmumenganggapnya sama dengan orang yang makan

    dan minum dengan tidak sengaja

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    17/36

    SAMBUNGAN

    Mengeluarkan air mani dalam keadaanterjaga, sama ada kerana sengajamengeluarkannya atau keluar disebabkan

    bersentuhan, mencium, bepelukan atauseumpamanya. Jika air mani keluar dalamkeadaan tidur makan hal itu tidak sampai

    membatalkan puasa.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    18/36

    PERKARA2 YG HARUS DIJAGA KETIKA

    BERPUASA.

    Puasa bukanlah sekadar menahan makan danminum semata mata, tetapi puasa ialah menahan diridari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orangmencelamu atau tidak mengetahui perkaramu, maka

    katakanlah:

    Aku sedang berpuasa

    Meninggalkan dusta atau berbohong. Menjaga lisan dari ucapan keji dan kotor

    Tidak mengumpat , mengadu domba danbersumpah palsu. Mencarut dan memaki.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    19/36

    SAMBUNGAN

    Perkara perkara seperti ini memang tidak bolehkita lakukan ketika berpuasa atau pun tidakberpuasa. Namun hal ini ditekankan lagi apabilakita sedang berpuasa.

    Oleh itu hendaklah kita menjaga lisan dariperkataan kotor, keji dan dusta agar puasa kitatidak sia sia sebagaimana sabda Rasulullah

    s.a.w :Ramai orang berpuasa , namunpuasanya hanyalah sekadar menahan lapar danhaus semata mata.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    20/36

    PERKARA2 YANG BOLEH KETIKA BERPUASA.

    Bersiwak atau menggusok gigi.

    Berkumur kumur dan memasukkan air kehidung selagi ia tidak dilakukan secaraberlebih lebihan. Rasulullah s.a.w bersabda :

    Dan bersungguh sungguhlah memasukkanair ke hidung, kecuali jika kamu sedang

    berpuasa.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    21/36

    SAMBUNGAN

    Mencium atau merangkul isteri.

    Baginda s.a.w mencium aku padahal bagindasedang berpuasa (Riwayat Ahmad, Bukhari

    dan Muslim). Menjirus air ke kepala kerana panas atau

    haus.

    Berpagi pagi dalam keadaan

    junub(menyegerakan mandi wajib). Jikaseseorang dalam keadaan junub setelahterbitnya fajar, sedang ia berpuasa, makapuasanya tidak batal dan ia boleh meneruskanpuasanya.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    22/36

    SAMBUNGAN

    Mencicipi makananTidak mengapa mencicipi cuka atau sesuatuselagi tidak masuk ke kerongkong, sedang iaberpuasa(riwayat Bukhari)

    Suntikan yang tidak dimaksudkan untukmemasukkan makanan ke dalam perut.

    Bercelak. Rasulullah s.a.w denganithmid(sejenis celak daripada bahan logam,seperti besi.) ketika baginda sedangg berpuasa(riwayatt Tabrani dan Baihaqi).

    Mencabut gigi.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    23/36

    PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS

    Puasa Isnin dan khamis adalah amalan yangjika dikerjakan akan mendapat tambahanpahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.

    Orang yang berpuasa sunat adalah orangyang memerintah dirinya. Jika ia inginmenyempurnakan maka silakan. Dan jika ia

    ingin berbuka(membatalkannya), silakan(Riwayat Tirmizi dan Al-Hakim)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    24/36

    SAMBUNGAN

    Namun demikian, makruh bagi kitamembatalkan puasa sunat itu tanpa uzur.Firman Allah :

    dan jangan lah kamu merosakkan(pahala) amal-amalmu(Surah Muhammad:33)

    Membatalkan puasa sunat kerana suatu uzur,seperti sahabat atau saudara yang mendesak

    kita makan bersama, atau harus menghormatitetamu yang sedang menikmati minuman ataumakanan, maka hal itu tidaklah makruh malahsebaiknya membatalkan puasa.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    25/36

    SAMBUNGAN

    Rasulullah s.a.w dalam sabdanya pernahmenjelaskan : Sesiapa sahaja yang berkunjungkepada saudaranya sedang ia berpuasa, lalu iaberbuka, maka Allah taala menuliskan untuknyapuasa pada hari itu(Riwayat Dailami).

    Pada suatu hari ketika makanan untuk Rasulullahs.a.w dan para sahabat telah dihidangkan, ada salahseorang yang berkata, Sesungguhnya akuberpuasa. Maka Baginda bersabda : Saudaramu

    mengundangmu dan ia menuntutmu.Berbukalah danberpuasalah (sebagai gantinya) di tempat (hari) lainjika kamu mahu.(Riwayat Baihaqi)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    26/36

    BOLEHKAH MENGQADA PUASA ISNIN DAN

    KHAMIS?

    Saudaramu mengundangmu dan iamenuntutmu.Berbukalah dan berpuasalah(sebagai gantinya) di tempat (hari) lain jika

    kamu mahu.(Riwayat Baihaqi)Oleh itu jika seseorang terhalang untuk

    berpuasa sunat pada hari2 tersebut keranasuatu sebab, misalnya kedatangan haid yangterus menerus bagi perempuan, maka iaboleh mengerjakannya pada hari hari yanglain.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    27/36

    KUTAMAAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS

    Mengikut sunnah.Rasulullah s.a.w sangat bersemangat danbersungguh sungguh berpuasa pada isnin danKhamis(Riwayat Tirmizi, An-Nasai , Ibnu

    Majah, dan Imam Ahmad) Amal manusia dihisab:

    Rasulullah s.a.w bersabda: Amal- amalperbuatan dikemukakan pada hari Isnin danKhamis, oleh itu aku ingin amal perbuatankudikemukakan ketika aku sedangberpuasa(Riwayat Tirmizi)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    28/36

    SAMBUNGAN

    Hari kelahiran Muhammad s.a.w(Pada hariisnin,12 Rabiul awal tahun 571 Masihi)

    Hari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

    Abu Qatadah r.a, menceritakan , Rasulullahs.a.w pernah ditanya tentang puasa padahari isnin. Jawab baginda : Hari itu saya

    dilahirkan, hari itu saya diutus, dan hari ituAl-Quran diturunkan kepadaku(riwayatMuslim).

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    29/36

    SYARAT SAH PUASA

    Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yangmurtad dari agama.

    Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanakyang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niatdan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yangberakal sahaja.

    Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yangkedatangan haid dan nifas, malah diharamkan merekaberdua berpuasa.

    Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskanberpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktuyang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-haritasyrik dan hari syak.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    30/36

    RUKUN PUASA

    Menahan diri dari berbagai bagai hal yangmembatalkan puasa sejak terbit fajar hingga matahariterbenam.Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa

    yang telah ditetapkan Allah untuk kamu,dan makanminumlah hingga terang bagi kamu benangputih(cahaya siang) dari benang hitam(kegelapanmalam) iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasaitu hingga (tiba) malam. (Surah al-Baqarah :187)

    Niat(Sesiapa yang belum berniat puasa sebelumfajar, maka tiada puasa baginya;(Riwayat Abu Daud,Tirmizi , NasaI dan Ibnu Majah)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    31/36

    ADAB ADAB BERPUASA

    Bersahur. (Rasulullah bersabda : Bersahurlahkamu kerana pada sahur itu adaberkat(Riwayat bukhari dan muslim)

    Tidak mensiasiakan makna puasa.Puasa bukanlah sekadar menahan makan danminum semata mata, tetapi puasa ialahmenahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji.

    Jika ada orang mencelamu atau tidakmengetahui perkaramu, maka katakanlah : Akusedang berpuasa

    Bermurah hati dan mempelajari Al-Quran

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    32/36

    SAMBUNGAN

    Menyegerakan berbuka puasa

    Berdoa ketika berbuka puasa.

    (Nabi s.a.w apabila berbuka mengucapkkan :Telah hilang rasa dahaga, urat-urat telahbasah dan tetaplah pahala,insyaAllah.(Riwayat Abu Daud)

    Berbuka dengan kurma masak ataukering atau dengan air putih.

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    33/36

    HADITH HADITH BIMBINGAN

    Memberi Makan Kpd Orang Berpuasa

    Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, Nabi s.a.wbersabda : Sesiapa yang memberi makan makanankepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia

    mendapat ganjaran yang sama dengan orang yangberpuasa itu(Riwayat al-Tirmizi)

    Puasa pada bulan syawal

    Daripada Abu aiyub al-Ansari, Nabi s.a.w bersabda:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikutidengan puasa enam hari pada bulan Syawal,nescayaia mendapat ganjaran puasa setahun(RiwayatMuslim)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    34/36

    SAMBUNGAN..

    Puasa 3 Hari sebulanDaripada Abdullah bin Amar r.a, Nabi s.a.wbersabda: Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak3 hari, ganjarannya ialah puasa setahun(Riwayat al-

    Bukhari dan Muslim) Balasan Kepada Mereka yang Enggan Berzakat

    Daripada Abdullah bin Masud r.a, Nabi s.a.wbersabda : Tidak ada seorang pun yang tidakmenunaikan zakat hartanya melainkan dijelmakandihadapannya seekor ular yang besar berkepalaputih (Kerana terlalu banyak bisa) sehinggalah iamembelit leher orang itu(Riwayat al-NasaI dan ibnMajah)

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    35/36

    SAMBUNGAN

    Nafsu tidak akan kenyangDaripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda :Seandainya anak Adam mempunyai 2 lembah hartatentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahalyang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah

    tanah(Kuburnya) dan Allah tetap menerima taubatorang yang ingin bertaubat(Riwayat al-Bukhari danMuslim).

    Meringan kan lidah untuk berzikirDaripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:Dua kalimah yang ringan di lisan, berat di mizan,disukai al-Rahman : Maha suci Allah dan segala pujipujian untukNya, Maha suci Allah yang Maha Agung

  • 8/4/2019 Macam Macam Tentang Puasa

    36/36

    SEKIAN TERIMA KASIH.

    Segala yang baik datang nya dari Allah danyang tidak baik juga dari Allah swt.

    Manusi tidak ada daya untuk mendatangkan

    sesuatu kebaikan atau keburukan kecualidengan izin Allah, Minta Maaf jika terkasarbahasa,tutur kata, budi bicara.

    Assalamualaikum..