macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · banyak duit nak guna...

26
Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan hanya 4 hartanah? Salam dan selamat sejahtera. Nama saya Faizul Ridzuan, dan saya mula melabur dalam hartanah bermula sejak 2005. Tak salah untuk kata, saya dapat nikmati macam-macam manfaat sebab mula melabur awal dalam hartanah. Ini telah berikan saya kelebihan tertentu pada hari ini. Dan saya ingin kongsikan kelebihan ini dengan anda semua. Harapan saya lepas anda habis baca kandungan eBook ini, anda akan idea macam mana nak : Dapatkan kereta baru (secara percuma) dengan hartanah, Guna pelaburan hartanah untuk tanggung kos melancong anda setiap tahun, Guna pelaburan hartanah untuk beli barang-barang mewah, seperti beg atau jam tangan, Guna pelaburan hartanah untuk bina tabung pendidikan anak- anak anda, Guna pelaburan hartanah untuk capai tahap bebas masalah kewangan (sehingga boleh pecat bos anda), Guna pelaburan hartanah sebagai modal untuk mulakan perniagaan, Guna pelaburan hartanah sebagai modal untuk berpindah ke luar

Upload: others

Post on 20-Sep-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah,

dengan hanya 4 hartanah?

Salam dan selamat sejahtera.

Nama saya Faizul Ridzuan, dan saya mula melabur dalam hartanah

bermula sejak 2005.

Tak salah untuk kata, saya dapat nikmati macam-macam manfaat

sebab mula melabur awal dalam hartanah. Ini telah berikan saya

kelebihan tertentu pada hari ini.

Dan saya ingin kongsikan kelebihan ini dengan anda semua.

Harapan saya lepas anda habis baca kandungan eBook ini, anda akan

idea macam mana nak :

Dapatkan kereta baru (secara percuma) dengan hartanah,

Guna pelaburan hartanah untuk tanggung kos melancong anda

setiap tahun,

Guna pelaburan hartanah untuk beli barang-barang mewah,

seperti beg atau jam tangan,

Guna pelaburan hartanah untuk bina tabung pendidikan anak-

anak anda,

Guna pelaburan hartanah untuk capai tahap bebas masalah

kewangan (sehingga boleh pecat bos anda),

Guna pelaburan hartanah sebagai modal untuk mulakan

perniagaan,

Guna pelaburan hartanah sebagai modal untuk berpindah ke luar

Page 2: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

negara,

Guna duit untung pelaburan hartanah untuk mecapai matlamat

yang bermakna dalam hidup, seperti membina yayasan kebajikan,

dan sebagainya.

Kenapa saya kongsikan semua ini kepada anda?

Saya dah buat 1,000+ sesi konsultansi secara 1-ON-1 dalam tempoh 24

bulan yang lalu, dan dah bercakap dengan lebih ramai lagi semasa

program Millionaire Employee Blueprint (MEB), Sarjana Hartanah, serta sesi

webinar. Boleh follow Facebook di sini saya kalau nak join semua sesi

percuma Webinar saya : https://www.facebook.com/faizul.ridzuan.7

Dan ini perkara yang saya perhatikan.

Ramai yang masih bersikap skeptikal, tak yakin yang mereka boleh ada

kehidupan yang baik bila melabur dalam hartanah dengan bijak.

Mereka selalu cakap kepada saya, yang saya jadi kaya pada hari ni

sebab saya special, tak sama macam orang lain. Itu tak termasuk lagi

yang cakap saya berbakat.

Jadi harapan saya, eBook ini dapat membuka mata dan hati, serta

buatkan anda sedar. Yang saya ni, hanya seorang manusia biasa saja,

sama seperti anda semua.

Dan kalau saya yang anak pengusaha carwash dan kerani kerajaan

boleh buat, dah tentu anda juga boleh.

Page 3: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Siapa itu Faizul Ridzuan?

Ini antara perkara yang anda wajib tahu tentang saya :

1. Saya dilahirkan dekat Sentul, dalam sebuah keluarga working class.

Belajar di sekolah biasa, pernah bekerja sebagai barista di

Starbucks sewaktu mengaji di universiti, semata-mata cari duit

untuk tanggung ansuran skuter dan makanan harian.

2. Ibu saya bekerja sebagai kerani dalam sektor awam. Ayah pula

uruskan bisnes cuci kereta secara kecilan di Sentul selepas

kehilangan kerja semasa Krisis Kewangan Asia 1998-1999.

3. Pernah bekerja di beberapa restoran fast food, untuk dapatkan

duit belanja lebih.

4. Seorang graduan dalam bidang software ingineering di universiti

tempatan. Tak tergolong sebagai pelajar yang bijaksana, dan

result periksa pun biasa-biasa saja (susah nak perform sebab masa

tu, saya bekerja sambil belajar).

5. Kerja pertama saya adalah sebagai seorang programmer, dengan

gaji RM600 sebulan.

6. Beli hartanah pertama saya waktu umur 24 tahun, dengan modal

simpanan sebanyak RM2,000. Waktu ni dah bekerja, dan dibayar

gaji sebanyak RM2,500 sebulan.

7. Tak mampu dan tak ada lesen kereta sehingga berumur 28 tahun.

Setiap hari akan lenjan skuter saya tu untuk pergi kerja dan ke kelas.

Beli kereta pertama waktu umur 28 tahun.

Seperti yang anda nampak, latar belakang saya tak pun hebat mana.

Page 4: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Apa yang boleh saya katakan, saya hanya komited belajar skil dan ilmu

untuk melabur dalam hartanah seawal mungkin, sewaktu ramai rakan

sebaya saya sibuk clubbing dan dating dengan marka.

Saya amalkan semua yang saya belajar, dan saya mampu untuk :

Beli lebih 30 biji hartanah sewaktu saya masih lagi ’makan gaji,’

Mampu berhenti kerja bergaji RM14,000 sebulan dengan pelaburan

hartanah,

Berjaya membina modal, dengan menjual beberapa hartanah

untuk mulakan bisnes dan berhenti kerja 9-5,

Berkahwin sewaktu umur 28 tahun, tanpa sebarang bantuan loan,

Berjaya membeli 2 biji BMW dan Porsche Cayyene S melalui

pelaburan hartanah,

Melancong ke London, Paris, Melbourne, Qatar, Dubai, Instanbul,

Capodocia, dan Utara Ireland secara ‘percuma,’ semua ini

dengan hanya pelaburan hartanah,

Mampu merancang dana pengajian tinggi anak-anak saya untuk

masuk ke universiti yang baik (dengan kos sebanyak RM2 juta) bila

mereka besar nanti,

Dengan izin Allah S.W.T, dapat bersara pada umur 55 tahun

dengan pendapatan RM100,000 sebulan.

Page 5: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Kenapa bersusah-payah kongsikan kisah silam saya kepada

anda?

Sebab ada antara anda yang masih bersikap skeptikal walaupun selepas

saya selesai kongsikan pengalaman saya dalam pelaburan ini.

Tak pernah salah untuk bersikap skeptikal apabila berdepan dengan

sesuatu perkara yang baru dalam hidup kita.

Orang berakal, takkan senang-senang percaya sesuatu yang mereka

baca di Internet. Betul tak?

Dengan menganggap ada antara anda yang baru tahu tentang

pelaburan hartanah, pasti ada yang pernah dengar pandangan negatif

seperti ini :

1. “Anda wajib ada sejumlah modal yang banyak untuk

melabur dalam hartanah”

Tak payah tunggu sampai ada modal besar pun. Saya sendiri bermula

dengah hanya RM2,000 dalam tangan, dan saya dah pun beli 10 biji

hartanah dengan modal serendah RM5,000.

Dengan ilmu, takde duit pun (atau dengan modal yang sangat minima),

boleh beli hartanah.

Page 6: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

2. “Saya kerja biasa-biasa saja. Boleh ke saya melabur dalam

hartanah?”

Saya berjaya beli lebih 25 hartanah sewaktu bekerja seperti kebanyakan

orang. Yang penting, anda tahu cara nak yakinkan bank supaya

pinjamkan duit mereka kepada anda.

3. “Saya kenal beberapa orang yang rugi teruk akibat melabur

dalam hartanah”

Saya pun sama juga. Cuma, lebih ramai orang yang boleh buat duit

dengan hartanah, berbanding mereka yang rugi untuk jangka masa

panjang.

Poin utama kat sini adalah sentiasa cari ilmu dulu sebelum buat sebarang

pelaburan.

Duit sesiapa saja boleh ‘hangus’ lebih pantas daripada anda sempat

menyebut “I LOVE PM,” kalau tak sediakan diri dengan ilmu.

4. “Susah nak dapatkan loan rumah sekarang ni. Dah apply

sebelum ni, tapi kena reject”

Tak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka tentang

perkara ini.

Tapi sepanjang saya uruskan portolio pelaburan klien saya pada tahun

2016, lebih 90% tak ada masalah untuk dapatkan loan rumah.

Page 7: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Dengan skil yang betul, cukup senang nak dapatkan loan rumah. Kita

hanya perlu fahamkan macam mana sesebuah bank approve loan,

supaya setiap permohonan anda senang lulus.

5. “Saya tak tahu dekat mana dan apa hartanah yang patut

saya beli”

Ini masalah biasa buat orang yang baru melibatkan diri dengan

pelaburan hartanah. Tapi, semua orang boleh belajar ilmu membeli

hartanah yang betul.

Saya sendiri mengambil masa selama 2 tahun sebelum membeli

hartanah pertama.

6. “Saya nak fokus kat kerjaya saya dulu. Dah stabil nanti, saya

akan mula beli hartanah”

Tak salah kalau 100% nak fokus dulu kepada kerjaya anda. Tak ada siapa

yang boleh menghalang anda pun.

Cuma anda kena ingat. Harga hartanah, semakin lama, bukan jadi

semakin murah.

Saya dah saksikan orang kehilangan sumber pendapatan pada umur 45

tahun, bekerja dengan syarikat yang sama selama 15 tahun.

Anda boleh cintai kerjaya sekarang. Tapi kalau fikirkan secara realisitik,

mungkin satu hari nanti, syarikat tu tak hargai cinta anda yang berbunga-

Page 8: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

bunga tu.

Lebih baik beringat dulu sebelum terkena.

7. “Saya dah nak berkahwin. Banyak duit nak guna untuk

perkara ini”

Majlis perkahwinan saya sendiri, ditanggung beres oleh para penyewa

saya. Anda pun boleh buat juga dengan melabur dengan 5 biji hartanah

sebelum anda melangsungkan perkahwinan.

8. “Saya perlu beli kereta dulu. Dah dapat kereta nanti, baru

beli rumah”

Loan kereta lebih senang nak lulus, kalau dibandingkan dengan loan

rumah. Lebih baik korang gunakan peluang untuk beli rumah dulu, then

baru anda beli kereta.

Dan kalau korang sabar sikit untuk tempoh 3 - 5 tahun dan melabur

dengan bijak dalam pasaran hartanah, silap-silap korang boleh pakai

kereta sport, secara percuma!

Anda tak nak ke?

Page 9: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

9. “Saya nak simpan duit untuk pelajaran anak-anak. ”

Siapa yang tak nak pelajaran anak-anak terjamin, kan? Boleh buat ini,

tapi anda akan gunakan duit gaji untuk tanggung kos pengajian tinggi

mereka.

Kalau korang mula melabur dengan hartanah seawal mungkin, anak-

anak anda ada peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka

dekat UK secara percuma.

Semua kos yang terlibat, bakal ditanggung beres oleh penyewa anda.

10. “Kerja yang ada sekarang pun tak stable. Baik tak payah

mohon loan sebelum jadi perkara yang bukan-bukan”

Saya ada 2 maklumbalas untuk kenyataan atas ni :

1. Bila pasaran kerjaya lebih stabil, harga hartanah yang anda nak beli

pun bakal meningkat lebih tinggi. Jadi, apa lagi alasan anda untuk

bertangguh beli?

2. Semua ini akan berubah menjadi komitmen bila anda tersilap beli

hartanah.

Kalau anda bayar ansuran bulanan sebanyak RM1,000 kepada bank,

tapi boleh dapat RM1,500 selepas disewakan, dekat bahagian mana

yang rugi tu?

Maaf. Kalau tanya saya, memang tak nampak langsung ruginya dekat

Page 10: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

mana.

11. “Saya nak beli rumah impian dulu sebelum mula melabur”

Kalau anda mula melabur sekarang, penyewa anda sendiri yang akan

tanggung ansuran bulanan rumah impian tu.

Nak tahu tak? Saya mula beli rumah impian saya di Mont Kiara selepas

membeli 24 hartanah untuk tujuan pelaburan.

Memang best kalau awal-awal lagi dah dapat rumah impian anda. Tapi

lagi best kalau anda boleh buat orang lain bayarkan ansuran bulanan

rumah impian anda.

12. “Keluarga / Girlfriend / Boyfriend / Kucing saya tak bagi

saya melabur dalam hartanah. Apa yang patut saya buat?”

… Yang ini, saya tak tahu nak komen apa.

Tapi saya percaya. Di mana ada kemahuan, kat situ ada jalan. Bak

petikan kata-kata Jordan Belford ini :

Page 11: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

“The only thing standing between you and your goal, is the bullshit story

you keep telling yourself as to why you can’t achieve it”

Ini ‘hasil bedah’ portfolio pelaburan saya. Boleh dapat sebiji

Porsche secara percuma!

Saya akan menggambarkan contoh dengan menggunakan 4 hartanah

sebenar yang saya dah beli.

Apa potensi yang ada pada 4 hartanah ini? Jom tengok gambar kat

bawah ni :

Page 12: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

NAMA

HARTANAH

HARGA

PEMBELIA

N

HARGA

SEMASA

UNTUNG

BERSIH JIKA

SAYA JUAL

HARI INI

BAYARAN

BULANAN

SEWA

BULANAN

ALIRAN

TUNAI

BERSIH

Titiwangsa

Sentral-Unit

1

RM250,000 RM650,000 RM400,000 RM1200 RM2700 RM1300

Titiwangsa

Sentral-Unit

2

RM250,000 RM650,000 RM400,000 RM1200 RM2700 RM1300

Summer

Suite SOFO-

Unit 1

RM330,000 RM540,000 RM210,000 RM1200 RM2400 RM1000

Summer

Suite SOFO-

Unit 2

RM335,000 RM540,000 RM210,000 RM1200 RM2200 RM800

Ringkasan RM1.15

Juta

RM2.38

Juta RM1.23 Juta

RM10,000 RM4,400

Saya simpulkan siap-siap hasil setiap satu 4 hartanah ini :

1) Beberapa tahun yang lepas ,saya beli semua 4 hartanah ini dengan

harga RM1.15 juta. Hari ini, nilainya dah meningkat sebanyak 2X ganda

hanya dalam tempoh 6 tahun.

2) Kalau saya jual semua hartanah ni, saya dapat buat untung sebanyak

lebih RM1 juta. Eh kejap, tak habis cakap lagi. Hanya dalam tempoh 6

tahun saja.

Page 13: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

3) Setiap bulan, saya boleh dapat RM4,400 daripada hasil sewaan, atau

RM52,800 setahun.

Jadi, macam mana saya gunakan hartanah ini untuk membiayai objektif

kewangan saya?

#1 : Apa yang saya boleh buat dengan RM4,400 sebulan (atau

RM52,800 setahun)

Dengan jumlah wang sebanyak ini, saya boleh :

Jadikan dana untuk melancong ke luar negara - Setiap tahun,

saya boleh melancong ke 3 hingga 4 buah negara. Yeay!

Beli kereta harga RM400,000 - Anda boleh beli kereta Porsche atau

BMW second hand pada harga ini.

Jam atau beg tangan jenama mewah - Jam atau beg tangan

yang bagus, harganya boleh tahan mahal. Tapi dengan

pendapatan RM50,000 setahun, dah lebih dari cukup untuk beli

jenama mewah seperti Rolex, IWC, atau Louis V.

Page 14: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

#2 : Macam mana pula kalau saya jual semua hartanah, dan

dapat untung RM1.1 juta tu?

Buat modal bisnes - Modal yang diperlukan bergantung kat jenis

bisnes yang saya nak buat. Tapi dengan RM1.1 juta, dah tentu

cukup, kan? Kalau saya seorang doktor dan nak buka klinik, ini dah

lebih daripada cukup.

Beli kereta sport mewah secara tunai - Dah ada duit berjuta, boleh

saja nak beli kereta eksotik seperti Ferrari atau Lambo.

Berhijrah ke luar negara - Idea ini tak mustahil bila korang dah ada

RM1.1 juta dalam tangan. Boleh sangat nak mulakan hidup kat

negara seperti Singapura, Australia, atau Canada.

Keliling satu dunia - Dengan RM1.1 juta cash, saya boleh pilih untuk

tak bekerja selama setahun, dan melancong ke serata dunia.

Jamin pendidikan anak-anak - Saya boleh hantar anak-anak ke

universiti di luar negara.

Siapa sangka dengan hanya 4 hartanah, kita ada peluang untuk buat

semua ini. Best gila, kan?

“Kejap Faizul. Tuan kata tadi, boleh bina portfolio hartanah dengan modal

yang terhad. Ada bukti?” - Mr. X

Dah tentu boleh. Mari saya gambarkan macam mana nak capai objektif

ini dengan gunakan contoh hartanah lain, yang saya beli dengan modal

minima (atau tanpa modal) :

Page 15: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Nama Hartanah Harga

Pembelian Harga Keluar Keuntungan

Bayaran

Muka

Tempoh

Pelaburan

Tropics@

Tropicana City

Mall-2009

RM260,000 RM350,000 RM120,000

RM0

(RM1,000

tempahan

yang dibayar

balik

kemudiannya)

18 Bulan

(2009-2010)

Axis Ampang

SOHU-Unit 1-

2011

RM145,000 RM320,000 RM155,000

RM0

(RM5,000

tempahan

yang dibayar

balik

kemudiannya)

2 Tahun

(2011-2012)

Axis Ampang

SOHU-Unit 2-

2011

RM151,000 RM337,000 RM185,000

RM0

(RM5,000

tempahan

yang dibayar

balik

kemudiannya)

3 Tahun

(2011-2013)

Penaga@Tama

n Raintree Batu

Caves-2011

RM171,000 RM360,000 RM189,000

RM0

(RM1,000

tempahan

yang dibayar

balik

kemudiannya)

3 Tahun

(2012-2014)

Rumusan RM649,000

Itu dia. Tak mustahil langsung untuk beli hartanah tanpa gunakan banyak

modal. Dengan syarat, kita perlu beli hartanah yang betul dan jual terus

bila dah mencapai tempoh matang.

Page 16: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Yang menariknya, semua hartanah yang kat atas tadi tu, saya sewakan

lebih daripada jumlah ansuran bulanan yang wajib dibayar kepada

bank.

Dengan aliran tunai positif setiap bulan, ini akan mengurangkan holding

cost (kos pegangan) yang saya kena tanggung.

Saya ada terdengar, pasaran hartanah bakal jatuh tak lama

lagi. Patut saya beli sekarang, atau terus menunggu?

Secara jujur, saya tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa

depan. Maaf.

Cuma, saya suka kaji dan melihat balik sejarah untuk memberi petunjuk

tentang apa yang mungkin berlaku.

Page 17: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Untuk simpulkan indeks harga kat atas tadi :

Kami jejaki indeks harga hartanah Malaysia selama 2 tahun,

Daripada jumlah tersebut, nilai hartanah meningkat dalam tempoh

24 tahun daripada keseluruhan 26 tahun,

Dalam 2 tahun daripada keseluruhan tempoh 26 tahun, indeks ini

merekodkan pertumbuhan negatif. Ini berlaku semasa krisis

ekonomi negara yang berlaku (tahun 1998 hingga 1999).

Jadi kalau anda tanya saya bila masa yang sesuai untuk membeli, bila-

bila masa pun adalah masa yang baik.

Dengan syarat, anda membeli hartanah yang betul.

Untuk menggambarkan yang hartanah antara pelaburan yang selamat,

Page 18: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

cuba tanya diri anda dengan soalan berikut :

“Boleh ke saya beli hartanah pada hari ini, pada harga yang sama

seperti 5 / 10 /15 tahun yang lepas?”

Pada kebanyakan masa, susah kita nak jumpa harga hartanah yang

sama seperti 5 / 10 /15 tahun yang lepas.

Strategi terbaik yang anda boleh gunakan adalah mula membeli selepas

dah belajar skil untuk melabur dengan baik. Tak ada sebab yang baik

untuk anda terus menunggu.

Lebih-lebih lagi anda sendiri dah sedia tahu dan sedar. Harga hatanah

pada masa depan akan jadi lebih mahal berbanding, dengan apa yang

ada dalam pasaran hari ini.

Siapa yang sesuai buat strategi pelaburan ini?

Jawapan paling jujur yang saya boleh bagi adalah, ia bergantung. Ia tak

sukar untuk dicapai, tapi tak bermakna mudah dibuat.

Supaya anda dapat laksana strategi ini, anda perlu ada set kemahiran

yang berikut :

Cara mengkaji dan dapatkan maklumat tentang sesebuah

hartanah dengan pantas,

Kemahiran mendapatkan loan rumah yang betul dan supaya

sentiasa senang lulus,

Cara beli hartanah tanpa perlukan modal yang banyak (atau

Page 19: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

tanpa sebarang modal). Bayangkan, anda boleh beli hartanah

harga RM500,000, dan ‘dibayar’ untuk membeli? Mesti best, kan?

Tahu langkah membeli dan menjual rumah untuk elak daripada

kena ‘kencing’ dengan kaki scammer,

Macam mana nak pastikan unit anda dapat disewakan pada

harga yang baik, untuk menampung semua komitmen bulanan

anda,

Skil dan strategi untuk pastikan unit anda sentiasa hot dan ada

permintaan (demand) yang tinggi oleh penyewa, serta cara yang

betul untuk tingkatkan nilai sewaan.

Boleh ke kita belajar skill set ini sendiri?

Dah tentu boleh. Lagipun, saya belajar semua ini dalam tempoh 12 tahun

selepas membeli lebih daripada 40 biji hartanah.

Jadi, ya. Anda boleh belajar semua skil dan ilmu ini sendiri.

Tapi kalau anda tak sanggup nak luangkan masa 12 tahun untuk belajar

semua ni, dan :

Plan nak beli hartanah dengan harga yang ada pada hari ni,

Nak pendekkan tempoh learning curve untuk tahu hartanah apa

yang patut dibeli (serta yang tak patut dibeli),

Nak elak tersalah beli hartanah yang susah nak jual (atau

disewakan),

Nak beli hartanah terbaik yang ada dalam pasaran sekarang.

Berikut adalah pilihan yang boleh saya berikan kepada anda hari ini.

Page 20: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Anda boleh belajar dengan saya secara langsung, dan saya akan ajar

apa yang saya tahu, serta segala ilmu yang saya dapat selama melabur

dengan hartanah selama 12 tahun.

Program asas yang saya anjurkan adalah Millionaire Employee Blueprint

(MEB). Setakat ni, saya dah jalankan program pelaburan hartanah

selama 4 tahun, dan dah mengajar lebih daripada 2,000 orang pelajar.

Ini antara testimonial mereka yang hadir ke program ini, serta hasil yang

mereka berjaya dapatkan lepas belajar dalam program ini :

Page 21: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak
Page 22: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Lebih cepat anda mula, lebih cepat anda boleh kaut untung dengan

pelaburan hartanah. Baru anda boleh :

• Melancong secara percuma,

• Beli kereta mewah, tapi orang lain bayarkan,

• Boleh bersara dengan selesa,

• Hantar anak-anak belajar di Harvard secara percuma,

• ‘Pecat’ bos anda, atau lain-lain.

Sertai saya dalam program Millionaire Employee Blueprint (MEB), atau

Sarjana Hartanah dan dapatkan harga early bird hari ini.

Foundation : http://faizulridzuan.com/MEB/

( Sesuai untuk mereka yang mahu beli 1-4 hartanah )

Advance : http://faizulridzuan.com/sarjana-hartanah/

( Sesuai untuk mereka yang mahu beli 8-10 hartanah! )

Akhir kata, saya harap eBook ini dapat berikan idea serta impak yang

positif dalam hidup anda. Saya doakan anda dapat pulangan lumayan

dengan pelaburan ini.

Jumpa anda di sana!

Page 23: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

Serba sedikit tentang diri saya

• Penulis buku ‘WTF? 23 Properties By 30,’ yang dijual lebih daripada

60,000 salinan setakat ini.

Pengasas Sarjana Hartanah, program pendidikan hartanah terbaik

untuk nilai wang anda di Malaysia. Kami telah mendidik lebih

kurang 2,000 orang pelajar sejak 2003.

CEO dan Pengasas FAR Capital Sdn Bhd, firma perunding hartanah

Page 24: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

yang beri khidmat nasihat tentang di mana, dan hartanah macam

mana yang patut dibeli bagi memenuhi objektif kewangan

mereka.

Dah membeli lebih 40 hartanah setakat ini. Membeli lebih 10

hartanah pada tahun 2015 hingga 2016. 5 daripanyanya dah habis

dibayar, dan menyasarkan untuk membayar kesemua hartanah

yang ada dalam tempoh 10 tahun akan datang. Semua ini sebab

saya nak bersara pada umur 55 tahun, dengan anggaran aliran

tunai sebanyak RM100,000 sebulan.

Sanggup berhenti daripada pekerjaan yang membayar RM18,000

sebulan pada umur 32 tahun, apabila berkerja dengan Fortune 500

MNC dari US.

Sekarang telah membeli Porsche Cayenne S terbaru sebelum hari

jadi saya yang ke-35.

Firma saya dan saya sendiri telah dijemput untuk membentangkan

kertas kerja mengenai perumahan generasi muda pada tahun

2014, di hadapan Perdana Menteri Malaysia terkini dan seluruh

Page 25: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak

kabinet sebahagian daripada Inisiatif Bajet 2015. Dan saya cukup

bertuah kerana telah dijemput untuk untuk makan tengahari

bersama Perdana Menteri dan seluruh kabinet (Walaupun tak

berbincang mengenai 1MDB sewaktu makan tengahari).

Saya pernah ditemuramah oleh pihak Astro, TV1, TV2, TV3, radio

BFM, dan dalam pelbagai penerbitan hartanah seperti Focus

Malaysia, Property Insight, HomeFinder, NST, The Star, The Edge, dan

sebagainya.

Page 26: Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan … · 2019. 4. 2. · Banyak duit nak guna untuk ... Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah µ Loan kereta lebih senang nak