hak cipta terpelihara © edmund loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan...

31
1

Upload: others

Post on 06-Mar-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

1

Page 2: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

2

Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan

tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.

Diterbitkan oleh Musemancer SDN BHD (865621-T)

Website: www.InternetMarketingMalaysia.com

FB Page: https://facebook.com/edmundlohdotcom/

Page 3: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

3

KANDUNGAN

Mengapa Guna Profil FB Sendiri? ....................................................................... 4

Formula Buat Posting ....................................................................................... 13

Takut Buat Offer? Takut Dikritik Kawan Di Profil FB? ........................................ 17

Newbie Hingga Dapat Klien Tak Henti-Henti Dalam Masa 6 Bulan .................... 22

Bagaimana Nak Tambah Connections Dan Perluaskan Network? ..................... 27

Bahagian 6 / 6: Soalan Lazim ............................................................................ 29

SOALAN DAN JAWAPAN ....................................... Error! Bookmark not defined.

Page 4: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

4

Klien Bayar RM80,000. Kos Trafik: Percuma!

Saya terima mesej Whatsapp ini daripada Pengurus saya. Kami berjaya mendapat

seorang klien dari UK yang baru saja bayar USD20,000 melalui pemindahan wayar.

Ini bersamaan dengan lebih daripada RM80,000!

Sebelum ini, Pengurus kami menemubual prospek ini selama hamper 2 jam

setengah dan berbincang untuk menyertai program bimbingan Internet Marketing

saya. Beberapa hari nanti, klien tersebut membuat bayaran ini. Takkan kita tak syok,

kan?!

Apa yang menarik juga ialah dari mana klien ini datang.

Bukannya dari Facebook Ads (masa itu saya belum belajar buat iklan FB)

Bukannya dari mailing list (walaupun saya ada)

Bukannya referral daripada orang lain...

... Tapi dari profil FB peribadi saya!

Page 5: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

5

Sebab sebelum ini, klien ini telah membaca Post kat profil Facebook saya membuat

pelawaan kepada sesiapa yang berminat nak dapat personal coaching saya. Beliau

pun PM saya dan selepas itu saya sambungkan kepada Pengurus saya untuk buat

'closing'.

Berapakah kos untuk membuat Post dekat profil Facebook? Kosong.

Pulangan (Return On Investment atau ROI)? Power lah!

Sudah tentu bukan selalunya saya dapat klien bertaraf Platinum macam ini

(meskipun dah dapat beberapa klien melalui profil FB) tapi mesej yang saya nak

ajukan ialah ini...

Kalau Anda Juga Ada Profil Facebook Dan Pernah Buat Posting, Anda Juga

Boleh Tarik Lead Dan Pelanggan!

"Hah, betulkah saya boleh juga, Edmund?"

Saya yakin boleh. Kerana percaya ke tidak, suatu ketika dulu, saya pun bukannya

selalu yakin sangat. Malah pada awalnya, saya gunakan Facebook untuk tujuan

main-main saja. Langsung tak serius!

Asalnya, posting saya kat Facebook semuanya santai dan sembang-sembang saja.

Review video game, fikiran semasa, main komen-komen kat status rakan lain... satu

iota tentang bisnes pun tak ada.

Waima saya dah berniaga online, saya segan nak kongsikan apa yang saya buat

dalam perniagaan saya kerana saya sangsi apa yang kawan-kawan dari zaman

sekolah akan fikir tentang saya. Maklumlah, ini tahun 2007 - 2010. Kalau anda dah

ada Facebook masa itu, anda juga tahu lanskap online jauh berbeza dengan hari ini.

Lama-kelamaan, saya mula nampak Internet Marketer lain dari forum-forum seperti

Warrior Forum, yang dulunya hangat, berpindah ke laman media sosial seperti

Facebook, Twitter, kemudian Instagram, YouTube, dan lain-lain lagi.

Saya lihat hampir kesemua sifu dan pakar Internet Marketing ini mula buat

perkongsian ilmu mereka lebih dalam Facebook dan media sosial lain, dan kurang

Page 6: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

6

dalam forum. Sejak itulah forum-forum popular seperti Warrior Forum pun semakin

kurang mendapat sambutan dan trafik.

Dan ini masuk akal kerana... hampir kesemua prospek dan bakal pelanggan dah

mula bersinggah di laman media sosial seperti Facebook!

Ini bukan terhad kepada Internet Marketer sahaja; otai-otai dan market leader dari

bidang lain pun berbuat sedemikian. Tak kira hartanah, saham, kesihatan, otomobil,

motivasi, banyak lagi bidang sampai ahli politik pun... semua juga ikut rentak yang

sama yakni berpindah ke Facebook dan laman media sosial lain!

Mengapa? Audiens yang mereka nak dapat perhatian hampir kesemuanya di sini!

Jadi saya ada dua pilihan:

A. Teruskan posting sembang saya yang bersifat main-main saja, atau

B. Ambil kesempatan ini untuk bukan saja membuat kongsian bermanfaat malah

ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database

e-mel saya semata-mata.

Nampaknya pilihan B ini lebih rasional, kan?

Tapi jangan lupa masa itu saya masih rasa segan dan fikir apa pandangan kawan-

kawan dan ahli keluarga saya? Adakah saya ini akan dilihat sebagai seorang yang

hard sell dan sell out?

Lantak je lah. Akhirnya saya buat keputusan gunakan profil FB peribadi untuk

'menjenamakan' diri saya sebagai seorang market leader dalam bidang Digital

Marketing (dan kenapa tak boleh? Kan dah buat bisnes online bertahun-tahun, kan

sayang kalau FB sendiri pun tak mencerminkan kerjaya dan pendirian saya) Apa

lagi, bukannya kawan-kawan sekolah yang bayar bil bulanan saya, kan? So that

decided it. Sejak itu, saya telah gunakan profil FB saya untuk:

Page 7: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

7

✅ Rekrut beratus-ratus affiliate untuk pelancaran produk digital saya selama

beberapa tahun (ini menyumbang kepada jumlah jualan 6 angka USD keseluruhan)

✅ Mendapat klien-klien untuk program bimbingan saya dari semasa ke semasa

(seperti contoh pada awal bab ini)

✅ Mencari speaker dan rakan kongsi untuk seminar dan webinar saya

✅ Menjual produk dan perkhidmatan digital saya

Beberapa perkara saya nak tekankan:

1. Saya bukannya popular sangat. Buat masa sekarang, bilangan kawan dalam

Facebook tak sampai 2,000 (pernah capai had 5,000 dua kali tapi saya dah

banyak un-friend untuk perkemaskan newsfeed saya dan simpan yang

relevan sahaja) dan bilangan pengikut iaitu Followers pun lebih 4,000 sahaja

(sederhana tapi bukan tahap influencer)

2. Frekuensi posting saya ialah mingguan (weekly) bukannya tiap-tiap hari.

Kenapa saya share info ini? Supaya anda jangan fikir anda perlu ada beribu-ribu

kawan atau berpuluh ribu pengikut baru mula nak serius. Dan anda tak wajib kena

buat posting tiap-tiap hari; kalau nak, suka hati. Yang lebih penting ialah konsisten

(ini saya akan ulaskan lebih lanjut nanti)

Soalan saya sekarang: kalau bukan anda, siapa lagi? Dan kalau belum lagi, bila

baru nak mula?

Mungkin sejak tadi anda dah menilai buku ini dari bilangan mukasurat; tapi kalau

saya 'pindahkan' kemahiran ini kepada anda, berbekalkan dengan keyakinan

bahawa anda juga boleh buat... adakah ini berbaloi?

Bukan susah sebenarnya. Sebenarnya minda kita yang sengaja buat susah. The

strongest muscle you can train is your mind.

Page 8: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

8

Saya sengaja menulis panduan ini dengan seringkas yang boleh supaya anda boleh

hadam kandungan ini cepat dan nak ambil tindakan pun boleh serta-merta.

Dan anda akan dapati bahawa kemahiran yang saya akan ajar sebentar lagi boleh

diulang berkali-kali. Rinse and repeat. Buat sampai pandai.

Dalam panduan ini, anda akan belajar:

✳ Bagaimana menggunakan profil Facebook anda untuk membina kredibiliti dan

posisikan diri sebagai pakar atau market leader dalam bidang anda

✳ Formula buat posting otai yang berunsurkan nilai (value giving)

✳ Teknik dapat klien dan pelanggan

✳ Bagaimana memperluaskan network dengan menambah kawan (Friends),

tambah connections, dapat Followers

✳ Masa nak buat posting, berapa kerap, jadual buat posting, bila nak buat offer,

macam mana nak ulang call-to-action, dan lain-lain lagi...

Hasrat saya untuk anda mudah je: saya nak anda jadi superstar dalam profil

Facebook anda. Market leader yang berpengaruh dan bukan saja ada fans sendiri

malah ada pelanggan dan klien.

Saya harap anda teruja, dan juga dah bersiap sedia!

Page 9: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

9

Mengapa Guna Profil FB Sendiri?

Nak saya berterus terang?

Dalam jangka masa panjang, kalau nak bisnes berkembang kena guna iklan

berbayar seperti iklan FB, iklan YouTube, dsb.

Tapi saya faham bukan semua orang mampu menguasai kemahiran-kemahiran

khusus ini; kena ada modal, kena ambil sedikit risiko pada awalnya dan kena belajar

juga.

Namun buat masa sekarang anda masih ada satu 'senjata' yang sebenarnya anda

dah miliki. 'Senjata' itu ialah profil Facebook anda. Cuma besar kemungkinan anda

belum guna dengan betul.

Maka jika anda menguasai 'skill' ini, anda boleh tukarkan profil Facebook anda jadi

satu daya tarikan lead dan pelanggan tanpa henti-henti, di samping membina

kredibiliti sebagai seorang pakar atau market leader.

Malah pendapatan yang dijana melalui teknik ini boleh digunakan sebagai modal

untuk iklan berbayar atau pelaburan lain pada masa kelak. Dan anda boleh terus

gunakan, pada bila-bila masa. Ingat: be resourceful!

Ok kita mula dengan yang asas dulu: mengapa guna profil FB sendiri?

1. Posting adalah PERCUMA.

Itu dah manfaat utama. Tiada had, boleh post bila-bila masa.

2. Organic Reach lebih daripada Facebook Page.

Ingin ditekankan ada perbezaan di antara "FB Profile" dengan "FB Page". "FB

Profile" itu merujuk kepada akaun peribadi masing-masing seperti:

https://www.facebook.com/edmundlohaikmun/

"FB Page" merujuk kepada contoh macam ini:

https://www.facebook.com/edmundlohdotcom/

Page 10: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

10

Saya takkan ulaskan perbezaan di antara kedua-dua jenis ini, selain "FB Profile"

dapat pencapaian organik lebih daripada "FB Page".

Maksudnya, kalau anda buat Posting kat FB Profile sendiri, lebih ramai kawan-

kawan (Friends) akan lihat Posting anda dalam newsfeed masing-masing, maka

dapat lebih banyak pendedahan (exposure).

Tapi kalau anda buat Posting sama kat "FB Page" anda akan dapati likes,

comments, dll. jauh lebih kurang walaupun bilangan fans mungkin sama atau lebih

daripada jumlah Friends dalam "FB Profile".

Mengapa demikian? Kerana Facebook nak anda 'pay to play'. Jadi Facebook

sengaja kurangkan reach untuk "Facebook Page". Nak reach lebih ramai orang?

Kena bayarlah ads.

Jadi lebih baik utamakan penggunaan "FB Profile" untuk tujuan ini. Kalau ada "FB

Page" dan dah ada following, masih boleh pakai juga, cuma kena maklum dengan

apa yang saya baru jelaskan di atas.

3. Kawan-Kawan Dan Pengikut Profil FB = Audiens Segera Untuk Dapatkan

Leads Dan Sales

Sebelum saya huraikan lebih lanjut, ini tidak bermaksud semua kawan dan pengikut

profil FB anda itu akan jadi pelanggan ya. Dan bukan semua boleh dikira sebagai

'qualified leads'.

Tapi ini merupakan satu sumber serta-merta di mana anda boleh cuba 'convert' dan

tengok siapa yang berminat dengan offer anda.

4. Siapa boleh pakai teknik ini? Siapa pun boleh!

Tak kira samada anda affiliate, ejen, jurujual, marketer, coach, consultant, business

owner, dll. ada offer, ada mesej, sampaikan saja!

5. Peluang baik untuk bina (atau bina semula) kredibiliti dan identiti sendiri.

Bagi yang rasa mereka ini 'nobody', tidak dianggap sifu ataupun 'authority figure'

dalam niche masing-masing, baik mula sekarang dengan FB masing-masing.

Page 11: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

11

6. Teknik ini bukan setakat jual barang atau perkhidmatan...

Boleh juga rekrut orang lain (speaker, ejen, affiliate, rakan kongsi, dll.)

Ada banyak lagi manfaat, tapi saya rasa anda dah dapat sedikit sebanyak idea dan

halatuju kita nak ikut selepas ini...

Sepertimana saya dah kongsikan dalam cerita saya sebelum ini, beberapa tahun

lalu sebelum saya belajar Facebook Ads, saya kerap gunakan profil FB sendiri untuk

share ilmu, buat offer, rekrut affiliate, dan cari klien juga.

Satu-satunya kemuncak kejayaan saya dengan teknik ini ialah mencari dua orang

Klien yang membayar USD20K, dan ada juga yang membayar USD35K!

Namun saya jarang buat posting kat FB sendiri sehingga baru-baru ini, kerana

selepas saya menguasai paid ads (anda patut juga) saya jarang singgah di profil FB

sendiri.

Sejak dua menjak ini, saya kerap sikit buat Posting sekali lagi kerana:

a) Dari semasa ke semasa, Facebook Ads tak begitu stabil. Ini memang

tidak boleh dielakkan tapi ada suatu masa banyak akaun kena shut down

termasuk saya punya dan otai-otai lain yang dah biasa belanja beratus ribu

USD sebulan. Nak dapat balik akaun memakan masa, jadi buat sementara

waktu kena cari jalan lain nak dapat pelanggan.

b) Masa itu saya juga sedar saya telah abaikan profil FB sendiri setelah

sekian lama, dan nak uji samada saya masih ada 'klout power' ke tidak.

Apabila saya kembali gunakan profil FB saya, dalam masa yang singkat saya telah:

Berjaya refer 2 orang pelajar kepada satu kelas online YouTube Ads

(yuran USD788 seorang) Saya kenal seorang sifu YouTube Ads ini dari

Singapura, dan saya nak masuk kelas beliau. Tapi bulan lalu, akaun-akaun

PayPal saya kena shut down juga.

Page 12: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

12

Sebab banyak kewangan kena sangkut dan sebagai majikan saya kena

utamakan bayaran kepada staf dulu, masa ini nak join pun susah sikit. Jadi

saya buat satu deal di mana saya refer sekurang-kurangnya 2 orang ke kelas

dia, komisen saya digunakan untuk bayar yuran saya.

Menjemput hampir 20 speaker untuk satu online summit yang

dirancangkan oleh rakan kongsi saya, Henry Gold, dari US. Hampir

separuh daripada senarai ini adalah hasil referral daripada orang lain (jadi

saya tidak kenal mereka secara langsung)

Dan teknik saya pakai? Ya, tidak lain tidak bukan teknik profil FB inilah!

Jadi nak jual barang, servis, atau rekrut...

Kalaupun anda guna profil media sosial lain seperti Instagram, LinkedIn, dll.

serentak…

Tak kira apa perubahan dibuat ke atas interface Facebook ataupun platform ini

digantikan dengan platform lain masa depan…

Ya, teknik dan mindset masih sama. Ingat: the message is more important than

the medium! Dan teknik ini saya dah lama guna bertahun-tahun. Hampir sama

dengan pemasaran e-mel dan penulisan surat jualan dari segi tertentu.

Seterusnya kita akan cover formula buat posting kat Facebook…

Page 13: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

13

Formula Buat Posting

"Edmund, kalau semua orang pun sama-sama guna Facebook, kenapa tak semua

yang berjaya?"

Nak buat posting mudah dan bukan rumit; cuma ramai orang tak buat dengan betul!

Bagi saya, cuma kerana anda guna Facebook tiap-tiap hari tak bermaksud anda ini

pakar FB terus. Kebanyakan orang tak nak luangkan masa perhatikan psikologi

audiens, posting yang mereka ketengahkan selalunya berunsurkan 'self significance'

iaitu lebih kepada kepentingan diri sendiri vs. "What's In It For Me" untuk audiens.

1. Pertama sekali, jangan hard sell terus!

Sebenarnya saya masih hairan kenapa ramai orang tak pakai 'common sense' dan

terus tepek imej atau link seolah-olah menjerit PROMO PROMO PROMO tanpa apa-

apa latar belakang atau konteks. Saya percaya (hampir) semua member sini setuju

juga. "People don't like to be sold to, people like to buy."

2. Dan jangan setakat main share link saja! Dua sebab:

(a) Sedar tak kawan-kawan mana yang asyik share link atau share post itu jarang

beri pendapat sendiri? Sekali lagi, apa konteks dia? Apa pendirian dia?

(b) Dalam Facebook, shared links biasanya diberi keutamaan yang rendah (low

ranking, low priority) berbanding dengan Post lain seperti video dan foto kecuali link

sama itu dikongsikan oleh lebih daripada satu kawan (itu pun, apakah ini masih

relevan untuk teknik yang saya tengah utarakan?)

Jadi bagi yang main affiliate marketing, ejen, MLM, dll. anda bukannya unik dalam

bisnes anda kerana ada pesaing lain juga. Siapa yang lebih unik, siapa yang lebih

exposure, dia yang biasanya menang.

3. Sebaliknya, kena fikir macam mana nak utarakan VALUE.

Nak jual boleh. Nak cari pelanggan tak salah. Cuma bila buat posting, biar

berasaskan VALUE dulu.

Page 14: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

14

4. Tapi macam mana nak buat?

Sedar ke tidak, anda tak semestinya kena ajar benda baru (melainkan itu topik yang

amat baru dan kurang difahami ramai) Sebaliknya berikan tumpuan ke atas "break

limiting beliefs".

Dalam apa jua bidang - jana wang, kesihatan, hubungan - sudah pasti ada banyak

persepsi yang tidak tepat dan 'limiting beliefs' yang menghalang seseorang itu

mencapai matlamatnya.

Mengapa dia belum capai target income?

Mengapa dia belum dapat susuk badan idamannya?

Mengapa hubungan dan interpersonal skill dia merosot?

Boleh jadi ada fikiran-fikiran dan kepercayaan sesat dia ada? So, what are all these

limiting beliefs that is stopping someone from achieving great results?

5. Formula P-A-S

Haha. Saya tahu bagi orang Malaysia, kita biasanya bayangkan parti politik tertentu,

tapi itu bukan maksud saya. Formula P-A-S ini merujuk kepada:

Problem: bincangkan masalah yang sedang dialami prospek.

Agitation: susulan 'problem' kita 'twist the knife' atau membesar-besarkan masalah

tersebut. Kerana masalah itu tidak diselesaikan, apa akibatnya?

Solution: sekarang baru utarakan solusi atau cara penyelesaian anda. Sekarang

baru buat offer. :)

6. Nak buat direct promo boleh, tapi dengan syarat selepas buat posting

berorientasikan VALUE.

Ketika ini, mana-mana kawan dan/atau pengikut di profil FB anda takkan terkejut

dan sudah maklum dengan pendirian anda, sama juga dengan offer anda.

Page 15: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

15

7. Dan jangan berhenti! Jangan post sekali dua saja... teruskan!

Mengapa? Sama juga dengan tabiat mandi dan berus gigi, kena jadikan kebiasaan.

Satu lagi rasional saya ialah... bila buat benda baru pertama kali, mungkin kenalan-

kenalan anda akan berwas-was. Kalau anda ini biasanya seorang pendiam di FB

misalannya, kenapa tiba-tiba anda ini buat bunyi? Dan kita kena maklum juga, ada

banyak scam dengan 'otai-otai palsu' jadi tak boleh salahkan sesiapa yang bersikap

hati-hati sikit sekarang.

Jadi nak bina imej dan pendirian, juga memakan sikit masa sebelum diterima orang

lain. Ini perkara biasa, jadi steady sikit ya...

8. Buat posting, guna foto atau imej.

Dalam FB newsfeed, keutamaan biasanya diberikan kepada jenis foto/imej dan

video berbanding dengan Posting tulisan sahaja.

Gambar biar relevan atau menarik perhatian (janji jangan post gambar bogel ya,

haha... tapi serius sikit, jangan post benda-benda yang sensitif atau mengundang

kontroversi negatif. Ada marketer yang percaya "any publicity is good publicity" tapi

secara peribadi saya tidak bersetuju. Tak perlu jadi attention seeker dengan mencari

publisiti murahan. Ingat, kita nak dapat pelanggan akhirnya, bukan nak hiburkan

semua orang)

9. Boleh buat FB Live dan video juga.

Tapi saya perasan sejak kebelakangan ini, video reach untuk FB Live tak banyak

macam dulu. Anda masih boleh buat, saya pun kena test lebih sikit.

10. Untuk rujukan, jenguk profil FB otai-otai dalam industri anda atau lain.

Perhatikan yang aktif buat posting. Biasanya offer hampir selalu sama, tapi mesej

dan angle selalunya lain.

Boleh buat cerita sikit, ada testimonial boleh share, ada results boleh share...

(Tip: bagi yang belajar panduan e-mel daripada saya, ya, anda akan sedar teknik di

sini pun hampir serupa. Saya syorkan anda rancang 3-4 post ke hadapan dulu)

Page 16: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

16

Baik, teknik ini anda boleh mula pakai sekarang! Jangan bimbang kalau tak

sempurna, yang penting buat dulu. Perbaiki kemudian.

P.S. Bagi yang buat affiliate marketing, ya, teknik masih sama. Mungkin anda boleh

buat offer Bonus iaitu "bagi 10 orang pertama, kalau anda beli melalui link saya,

anda akan dapat Bonus 1, 2, 3... lepas beli, PM saya, saya akan tunaikan bonus2

tersebut"

P.P.S. Bagi yang buat rekrut untuk ejen, speaker, affiliate, ya... mindset masih sama.

P.P.P.S. Dalam bab seterusnya, saya akan cover satu benda yang amaaaaaat

penting…

Page 17: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

17

Takut Buat Offer? Takut Dikritik Kawan Di

Profil FB?

Apa yang saya kongsikan dalam posting sebelum ini, sebenarnya dah cukup boleh

mula. Saya akan bagi sikit lagi tips di masa kelak, tapi saya rasa ada orang sini yang

fikir macam ini...

"Saya rasa segan."

"Selama ini saya pendiam di FB. Kalau saya baru buat posting sekarang, akan ada

orang dengar tak?"

"Saya biasanya post benda lain seperti keluarga, kucing, agama, hal peribadi, hobi,

dll. tak hairankah kenalan FB akan rasa tindak-tanduk saya ini aneh sekarang?"

"Saya tengah kerja dan majikan saya pun kat FB. Mungkin tak begitu sesuai kalau

beliau lihat saya ini macam ada side business?"

"Saya ada kawan karib dan keluarga dikasihi. Tapi saya bimbang apa mereka akan

fikir kalau saya seolah-olah jadi 'orang lain' dengan posting yang macam lain dari

biasa?"

Hah. Dah sedar tak? Ini semua contoh 'limiting beliefs'.

Jangan bimbang. Saya pun telah melalui semua rintangan dan perasaan tidak

menentu di atas.

Jadi tujuan Post saya hari ini, saya nak tolong anda binasakan semua 'limiting

beliefs' ini satu persatu.

1. "Saya rasa segan."

Page 18: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

18

Ya. Dulu saya pun begitu. Walaupun saya mula bisnes Internet lama dah, bila kat

Facebook saya post benda-benda lain seperti video game, makan angin, status

yang samar-samar hanya kenalan rapat saja tahu, dan yang seumpamanya. Ini

hujung 2000-an hingga awal tahun 2010-an.

Bagi siapa yang ada akaun Facebook sejak sekian lama, anda pasti tak lupa zaman

itu lain sikit daripada hari ini; biasanya kenalan-kenalan awal ialah kawan dari

sekolah, keluarga, dll. dan lanskap Facebook belum business-orientated tak macam

hari ini.

Jadi kalau saya tiba-tiba buat posting pasal bisnes Internet, entah apa rakan-rakan

dari zaman sekolah akan fikir, kan? Maklumlah, masa itu bisnes Internet tidak

disambut hangat seperti hari ini juga.

Sebab itu saya pun segan waima dah lama bisnes Internet berjalan. Akhirnya, saya

buat keputusan... lantaklah, buat saja apa yang difikirkan betul. Pertimbangkan...

(a) Ada beberapa jenis kawan: ada kawan yang lebih suka kalau anda tidak maju

dalam mana-mana bidang dalam hidup. Ada juga kawan sejati yang sokong

anda. Dan akan ada juga yang akan jalan sehaluan dengan anda. Apa pun,

anda akan saksikan jenis kawan yang anda benar-benar ada, dan baik anda

tahu sekarang.

(b) Sudah tentu akan ada yang kecam dan kritik segala usaha anda. Buat, dia

kecam. Tak buat, dia pun masih kecam. Jadi, buat saja.

(c) Tambahan pula, anda tidak tahu siapa di antara kawan dan kenalan anda

akan jadi pelanggan atau klien. Dan kalau bukan mereka, mereka mungkin

ada kenalan yang boleh refer kepada anda. Jadi jangan buat hakiman awal!

Bagi saya, macam ini... if you don't believe in yourself first, why should others

believe in you?

2. "Selama ini saya pendiam di FB. Kalau saya baru buat posting sekarang,

akan ada orang dengar tak?"

Page 19: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

19

Kalau bukan sekarang, bila lagi baru nak start?

Saya faham ada yang pendiam dan mungkin tak tahu apa nak post. Padahal, nak

cari topik memang ada banyak. Cuma soal rela buat ke tidak.

Sekali lagi, ya akan ada yang bersyak wasangka. Akan ada yang kecam. Akan ada

yang persoalkan pendirian anda yang tiba-tiba berbeza.

Di sini, saya sekali lagi tekankan betapa pentingnya kena konsisten dalam posting

supaya

a) bina kepercayaan,

b) bina kredibiliti, dan juga

c) orang di sekitar mula terima dan dah 'warm up' kepada mesej dan pendirian

anda

Samalah seperti pada suatu ketika dulu, profil FB saya banyak pasal benda peribadi

dan video game sahaja. Kini ada lebih campuran Post mengenai Internet Marketing,

bidang yang saya amat passionate dengan.

3. "Saya biasanya post benda lain seperti keluarga, kucing, agama, hal

peribadi, hobi, dll. tak hairankah kenalan FB akan rasa tindak-tanduk saya ini

aneh sekarang?"

Sebab itulah kena bina tabiat baru mulai sekarang.

Dan untuk mengatasi kenalan yang skeptis (saya fahami mereka, saya pun akan

berhati-hati dengan siapa yang saya rasa berkelakuan sedikit luar biasa) baik buat

disclaimer atau bincang terus apa yang mungkin difikirkan orang ramai.

Page 20: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

20

Contoh: "Saya tahu, saya bukan jenis yang post banyak di sini. Sebab saya baru

belajar / dapati / temui..."

4. "Saya tengah kerja dan majikan saya pun kat FB. Mungkin tak begitu sesuai

kalau beliau lihat saya ini macam ada side business?"

Dari segi undang-undang, majikan anda tiada kuasa ke atas apa-apa aktiviti yang

anda buat selepas waktu kerja.

Tapi kalau anda khuatir ini mendatangkan memudarat kepada kerja anda dengan

majikan, pilihan pertama (kalau boleh) bincang dengan bos dulu, biar dia faham ini

benda yang anda tengah buat di luar kerja (dengan pandemik covid sekarang, saya

berpendapat ini sebab yang lebih munasabah dan langsung bukan alibi atau alasan)

Saya rasa usahawan yang sebenar akan faham.

Tapi kalau majikan anda bukan jenis yang boleh bincang, tak ada empati langsung,

stereotype 'chinaman'... mungkin ini satu amaran besar (big red flag) kerjaya anda

memang dah gugat dari mula.

Soalannya: anda nak berjaya ke tak nak? Atau nak selalu berselindung di bawah

bos yang layan anda dengan tidak adil? (kalau ini adalah benar)

(Untuk rekod, saya juga seorang majikan dan saya tidak pernah menghalang mana-

mana staf saya buat bisnes atau kerja sampingan, dengan syarat ini dibuat di luar

masa kerja dengan syarikat)

5. "Saya ada kawan karib dan keluarga dikasihi. Tapi saya bimbang apa

mereka akan fikir kalau saya seolah-olah jadi 'orang lain' dengan posting yang

macam lain dari biasa?"

Ini hampir serupa dengan [2] dan [3]. Jawapan saya tetap sama. Cuma saya nak

tambah...

Walaupun dah dewasa, biasanya orang tua kami tak kira ibubapa, pakcik makcik...

tetap anggap kita masih 'budak' mereka.

Page 21: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

21

Dan bagi yang dah kahwin, ada bini suami, ya kadang-kala mereka juga boleh jadi

halangan untuk mencapai impian masing-masing. Dan saya anggap ini lebih susah

daripada kawan-

kawan yang boleh ditukar atau kurangkan perjumpaan. Hah, baru kenal sekarang

maksud 'musuh dalam selimut'...

Macam ini... kalau nak berjaya, pendirian dan peribadi pun kena beransur-ansur

ubah.

Nak capai income RM10K/sebulan, fikiran dan kelakuan tak boleh macam orang

yang income RM1K/sebulan.

Nak capai income RM100K/sebulan, fikiran dan kelakuan patut sepadan juga.

Sama juga dengan bidang-bidang lain seperti kesihatan. Kena beransur-ansur buat

perubahan dan ini menjadi tabiat. Anda berjaya, yang untung dan bangga pun

keluarga juga! Jangan henti sekarang cuma kerana nak jaga perasaan ahli keluarga,

dengan harga yang lebih mahal iaitu anda kena berputus asa.

Ada satu cogan kata saya percaya, iaitu "success is your duty". Untuk berjaya

adalah kewajipan anda bukan sahaja kepada diri sendiri tapi kepada orang di

sekeliling anda.

Dalam bab berikut, saya akan share satu case study yang akan sahkan semua yang

telah saya sampaikan setakat ini…

Page 22: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

22

Newbie Hingga Dapat Klien Tak Henti-Henti

Dalam Masa 6 Bulan

Mari kita buat ringkasan daripada apa yang saya dah kongsikan setakat ini:

☑ Anda dah belajar teknik posting kat profil FB sendiri (dan akaun media sosial lain

kalau ada)

☑ Anda dah tahu mindset yang patut ada bila buat posting

☑ Sekarang cuma take action - dan perbanyakkan latihan dan usaha! Jadikan satu

tabiat.

Post terkini saya kongsikan satu kajian kes (case study) di mana semua teknik dan

mindset ini digunakan oleh seorang newbie tanpa pengalaman...

Bulan April 2020 masa fasa awal PKP, ada seorang klien baru daftar dengan

program Mentorship saya.

Sebelum ini, Mark Lim menolong perniagaan keluarga membina kompleks sukan

seperti gelanggang badminton, bola keranjang, dll. Seperti yang diduga, pandemik

covid-19 dan PKP mengakibatkan bisnes keluarga beliau terjejas. Menemui jalan

buntu, beliau sanggup belajar skill baru dan 'start from scratch.

Asalnya beliau belajar FB Ads daripada saya, tapi beliau tiada offer, tiada produk

sendiri, nak gunakan wang sendiri untuk jalankan FB Ads pun kena fikir beberapa

kali.

Saya cadangkan Mark boleh jadi agensi dan tolong bisnes lain buat FB Ads. Kalau

anda macam Mark, sudah pasti akan ada kebimbangan berikut:

"Saya baru belajar teori. Beranikah saya nak buat servis ini untuk orang lain?"

Page 23: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

23

"Saya tiada pengalaman setakat ini. Bukankah saya ini akan bersaing dengan

otai lain yang dah lama bertapak dalam bisnes ini?"

Selain itu, beliau juga segan nak buat posting kat profil FB sendiri kerana:

"Selama ini, post-post saya berkenaan dengan hal keluarga, hal peribadi, hal

agama Kristian... tiba-tiba saya nak buat posting pasal bisnes??"

"Dan siapa di kalangan kawan FB saya akan jadi klien? Saya tak boleh

bayangkan!"

Bagi siapa yang baca Post saya sebelum ini, anda sudah cam ini semua adalah...

ya, 'limiting beliefs'.

Ulasan saya berikut...

1. Pertama sekali, tak payah dan jangan mendakwa diri ini seorang 'sifu' atau

expert kalau tak benar.

Ada ramai orang yang mengamalkan 'fake it until you make it' tak semestinya kerana

mereka semuanya scam, tapi ada 'insecurity' iaitu kurang mendapat keyakinan dan

kepercayaan dari bakal pelanggan.

Meskipun begitu, tiada keperluan untuk menonjolkan imej dan persepsi yang tidak

benar atau tidak tepat.

2. Sebaliknya, biar jujur dan ikhlas sahaja.

Ini mungkin berbunyi klise tapi 'honesty is the best policy'. Saya beritahu Mark, tulis

saja dalam posting bahawa beliau baru belajar digital marketing hujung minggu lalu,

beliau bukan level otai, tapi harap dapat diberi peluang untuk uji skill dia.

Page 24: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

24

Malah dunia ini besar. Bukan semua orang akan beli dari otai atau market leader

kerana sebesar mana mereka, mereka jarang dapat 'capture all market share' lebih-

lebih lagi untuk percubaan pertama, anda hanya perlu dapat beberapa pelanggan

atau klien untuk kickstart. Wang yang dijana itu, boleh digunakan untuk paid ads

atau melabur untuk membina bisnes nanti.

Jadi beliau buat offer iaitu buat FB Ads secara trial offer (tawaran percubaan). Klien

hanya perlu bayar untuk iklan, yuran kendalian percuma untuk bulan pertama. Kalau

puas hati dengan hasil, bulan kedua baru bincang yuran agensi.

Di samping itu, gaya tulisan beliau tidak lari dari keperibadian dia; siapa yang baca

Post beliau akan tahu dia masih orang sama, bukannya luar watak (out of

character).

3. Ini tidak bermaksud Mark berhenti buat posting berkenaan benda-benda

yang beliau suka seperti keluarganya, agama, dll.

Cuma, saya sarankan kurangkan posting kepada benda-benda ini, dan utamakan

bisnes kalau nak tingkatkan peluang dapat klien.

4. Dan tak cuba, belum tahu.

Kita jangan beri perhatian kepada 'kawan-kawan' yang mungkin pengkritik, dengki,

dsb. (sepertimana pernah dijelaskan banyak kali, ini peluang baik tengok siapa

kawan sebenar, siapa bukan)

Saya ada satu lagi rasional mengapa kita tak patut menghakimi kenalan kita

sebelum cuba: saya percaya kita dikelilingi orang yang tertarik dengan mesej-mesej

atau sifat tertentu masing-masing.

Contohnya: kalau anda asyik buat posting pasal politik (yang biasanya bersifat

negatif), siapa yang akan tertarik kepada mesej anda? Orang-orang yang berfikiran

negatif juga! Selalu salahkan orang lain, salahkan nasib, salahkan benda-benda di

luar kawalan...

Page 25: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

25

Namun kalau anda perhatikan otai dalam mana-mana industri atau niche yang selalu

buat posting tentang kepakaran mereka, perhatikan apa jenis audiens mereka dapat

tarik perhatian...

Dah nampak, kan? Birds of a feather flock together.

Maka saya galakkan Mark buat saja posting pertama, nak cari klien untuk percubaan

FB Ads yang baru beliau belajar. Dia tidak pernah buat offer macam ini, belum tahu

siapa akan jawab.

Selepas posting pertama beliau, Mark dapat klien percubaan pertama! Bisnes jual

buah naga. Beliau juga dapat beberapa pertanyaan melalui PM, tapi tak berhasil.

"Hmm... cuma 1 klien saja. Seorang makcik. Inipun trial offer saja. Macam mana nak

cari klien kedua dan seterusnya?"

5. Post sekali lagi! Dan lagi... dan lagi...

Ini tak bermaksud kena post hari-hari ya. Yang saya nak tekankan ialah

KONSISTEN.

Lebih baik post 2-3 kali seminggu tapi konsisten, daripada post 30 kali minggu ini

tapi diam 1 tahun.

Dan bila buat posting, nak buat offer sama boleh cuma cerita kena tukar sikit demi

sikit.

Memandangkan Mark masih baru, tak ada testimonial, Mark sebaliknya kongsikan

sedikit sebanyak apa dia belajar tentang FB Ads, terutamanya 'break limiting beliefs'

iaitu persepsi-persepsi kurang tepat/salah yang ramai peniaga ada mengenai digital

marketing.

Selepas 2-3 Posting, Mark dapat klien kedua.

Page 26: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

26

Saya tanya Mark, ada tak kawan dari gereja yang hairan atau bersikap sinis

terhadap beliau? Tak ada.

Sebaliknya, ada yang minat juga. Ada yang kenal orang lain dan buat referral. Tidak

ada sesiapa yang mempersoalkan samada Mark ini dah 'berubah watak' ke apa.

6. Sejak itu, beliau post mungkin 1-2 kali seminggu (ingat! Yang penting kena

konsisten)

Kini beliau ada 4 klien jangka masa panjang + klien-klien lain. Mark juga telah jadi

affiliate untuk webinar saya sebelum ini dan dibayar komisen beberapa ribu RM.

Apa kesimpulannya? Anda boleh buat sendiri.

Saya harap Post ini dapat galakkan sesiapa yang baca ini untuk mula take action.

Tak kira anda ini jurujual, marketer, affiliate, ejen, ada servis atau produk sendiri...

sama juga.

Tapi masih tinggal persoalan iaitu macam mana nak memperluaskan network anda

iaitu 'add more friends on FB'. Itu saya baru nak cover dalam bab selanjutnya…

Page 27: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

27

Bagaimana Nak Tambah Connections Dan

Perluaskan Network?

Setakat ini, kita masih ada satu lagi cabaran iaitu...

"Kalau bilangan kenalan kat FB tak ramai sangat, apa yang saya patut buat

untuk add more friends dan perluaskan jaringan pengaruh saya?"

Maklumlah kaedah yang kita pakai ini ialah FREE method. Tak macam paid ads, nak

capai reach lebih bayar saja. Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang kewangan

sempit, nak dapat seed funding untuk grow bisnes dan bagi yang dah buat paid ads

pun, jangan abaikan peluang sedia ada. Tapi kerana ini ialah teknik kos ZERO (tidak

perlu labur wang), kena ganti dengan usaha dan dedikasi.

1. Boleh masuk FB Group lain dalam niche anda, dan buat VALUE Posting.

Teknik posting masih sama, cuma kali ini kepada jaringan luar. Tapi ikut peraturan

dan kalau tak pasti, check dengan Admin Group tersebut dulu. Jangan sesekali buat

spamming, dan satu lagi kecualian ialah jangan buatkan usaha nak hard sell

walaupun secara halus.

(Sebagai admin beberapa FB Group, saya banyak padam dan blok ahli Group yang

masuk dengan tujuan nak sell, sell, sell saja tanpa baca dan menghormati peraturan

group. Yang buat secara halus pun saya dapat kenalpasti dan buang dari Group...)

Nak jual, buat kat FB sendiri atau tubuhkan Group dan pelawa orang lain masuk.

Jadi tujuan buat VALUE Posting di Group lain adalah untuk bina kredibiliti sendiri,

dan ahli-ahli group lain yang minat akan add anda kepada Friends list, atau ikut.

TIP EKSTRA: kalau sesuai dan padan, boleh bincang dengan ketua atau admin FB

Group untuk buat Joint Venture dan promo produk/servis anda.

Page 28: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

28

2. Boleh juga add otai lain dalam niche anda. Bukan semua akan terima, tapi

kalau add 100 otai dan separuh pun accept friend request, itu pun dah 50%.

Ini secara tidak langsung boleh bina hubungan dan bila orang lain nak add anda

dalam industri sama, mereka boleh lihat ada banyak mutual friends yang 'otai' juga.

3. Komen kat posting sifu dan influencer lain. Tapi jangan komen yang omong-

kosong seperti "ya" "saya setuju" sumbang sikit kepada Posting otai lain.

4. Boleh juga bina FB Group sendiri. Ini dipanggil filtering atau funneling, di mana

siapa yang minat, boleh dijemput masuk group anda.

Sepertimana anda baru dapat tahu, semua teknik ini bukan 'rocket science'. Cuma

nak ke tak nak buat, itu saja.

Melalui cara-cara di atas, saya dapat membina Friends List saya dan jumlah

pengikut akaun FB peribadi lebih 4,000 (setakat masa panduan ini dikarang)

Bukan besar sangat kalau berbanding dengan otai lain atau tahap influencer, tapi

saya utamakan mutu dan fokus berbanding dengan kuantiti semata-mata...

Jadi bagi yang segan sikit sebab semua hubungan cuma kawan dari sekolah, bagi

yang nak memperluaskan network mereka, ini peluang baik bina network secara

percuma. Dan boleh dibuat tiap-tiap hari, dengan handphone pun dah memadai

Page 29: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

29

Soalan Lazim

S: Berapa kerap saya patut buat posting kat FB?

J: Terpulang. Untuk permulaan, boleh buat 2-3 kali seminggu. Bila dapat rentak,

tiap-tiap hari pun boleh.

S: Kalau saya buat lebih daripada satu posting dalam sehari, boleh?

J: Ya boleh, tapi saya tak galakkan kerana dengan algoritma FB, kalau buat 2

posting dalam sehari perhatian juga akan dibahagikan, hasilnya reach pun kurang

daripada biasa.

S: Saya tak ramai kawan kat FB atau dah 'exhausted'. Macam mana?

J: Rujuk Bahagian 5 dalam siri Posting saya - bagaimana add friend dan bina

network. Ingat ini projek jangka masa panjang dan kerana ini teknik 'percuma',

walaupun anda tidak bayar untuk iklan, anda sebenarnya 'bayar' dengan hasil titik

peluh. Apa pun, tiada kerugiaan untuk leverage dengan profil FB anda.

S: Kaedah ini, boleh tak saya gunakan untuk akaun media sosial lain seperti

Instagram dan LinkedIn?

J: Ya, boleh.

S: Adakah wajar saya mulakan FB Group sendiri?

J: Ya, wajar. Nak buat FB Group adalah percuma dan setup pun mudah dalam

beberapa minit. Teknik ini sesuai untuk buat 'funneling' dan 'filtering' serta membina

komuniti sendiri, seperti saya juga bina komuniti dalam Group ini.

S: Saya tak ada offer. Tak tahu apa nak jual.

J: Ada servis anda boleh buat? Atau boleh berpakat dengan expert lain yang ada

skill, anda dapat komisen untuk beri referral. Contoh: saya bukan pakar YouTube

Ads, jadi saya refer orang lain masuk kelas pakar YouTube Ads ini dan dapat

komisen (dan juga guna komisen tersebut untuk biayai yuran kelas sendiri)

S: Ada tak topik-topik yang saya patut elak?

J: Secara peribadi, saya sarankan jauhi daripada isu-isu politik. Rasional saya

macam ini: ahli-ahli politik dah dapat liputan dalam media besar, anda pula? Profil

Page 30: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

30

FB anda, baik buat media untuk sendiri. Di samping itu, hal peribadi, hal keluarga,

agama - no problem. Cuma beri keseimbangan dalam topik posting atau lebihkan ke

arah bisnes supaya dapat perhatian bakal pelanggan.

S: Berapa panjang Posting patut jadi?

J: Tiada betul atau salah. Tulis apa yang nak dikongsikan, itu saja. Kalau bimbang

orang takkan baca semua, masalah itu terletak pada cerita posting anda. Kalau tak

menarik, tulis macam mana pendek pun orang takkan habis baca. Kalau menarik,

orang akan baca sampai habis.

S: Privasi untuk Posting, macam mana?

J: Wajib buat PUBLIC. Jangan buat setting "friends" sahaja kecuali hal peribadi. Bab

posting tentang bisnes, set to PUBLIC. Bakal pelanggan tak semestinya orang yang

anda kenal secara langsung; ada yang kawan dari kawan mungkin jadi pelanggan

atau klien atau rakan kongsi. Fate can be interesting sometimes!

S: Bolehkah saya gunakan FB Page?

J: Boleh, tapi organic reach amat rendah. Jangan bergantung kepada FB Page

sahaja. Untuk teknik ini, utamakan profil FB peribadi. FB Page lebih sesuai untuk

paid ads.

Page 31: Hak Cipta Terpelihara © Edmund Loh...ciptakan peluang cari pelanggan dan klien dan jangan bergantung kepada database e-mel saya semata-mata. Nampaknya pilihan B ini lebih rasional,

31

Bio Pengarang: EDMUND LOH

▪ Usahawan Internet sejak tahun 2005

▪ Pengasas dan Pengarah syarikat Pemasaran Internet dan Penerbitan Digital,

Musemancer, berpusat di Petaling Jaya, Selangor

▪ Mula perniagaan secara online dengan menjual produk digital sebagai

reseller dan affiliate; kemudian berkembang ke bidang Private Label Rights

dan pemasaran Internet secara am

▪ Telah melatih lebih daripada seribu ahli perniagaan, pemasar dan jurujual

melalui seminar dan bengkel live mengenai Internet Marketing

▪ Telah mengarang buku "Secrets Of Millionaire Students" (national bestseller

in Singapore) dan "Crushing It" (Amazon Kindle bestseller)

▪ Pernah muncul dalam media tempatan termasuk The Star, Management

Malaysia dan Borneo Post

▪ Hobi beliau termasuk berjogging, mendaki dan sukan lasak