hadissumberkeduaperundanganislam.pptx

20
HADIS SUMBER KEDUA PERUNDANGAN ISLAM ULUM AL-HADIS :

Upload: amisah

Post on 18-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ULUM AL-HADIS :

HADIS SUMBER KEDUA PERUNDANGAN ISLAMULUM AL-HADIS :KEDUDUKAN AL-HADIS :Hadis Rasulullah S.A.W merupakan sumber perundangan Islam yang kedua selepas Al-Quran dan wajib dipatuhi serta ditaati.

Dalil naqli yang menunjukkan hadis sebagai sumber kedua dalam perundangan Islam :

Surah Al-Hasyr : ayat 7Surah An-Nisa : ayat 59

Ijma :Para Sahabat Rasulullah telah sepakat menetapkan bahawa umat Islam wajib mentaati hadis sama ada ketika Rasulullah S.A.W masih hidup atau telah wafat.

Semasa hayat Rasulullah S.A.W, para sahabat patuh dan akur dengan segala arahan Rasulullah , apabila Rasulullah wafat, para sahabat menjadikan hadis sebagai sumber rujukan sekiranya tiada penyelesaian daripada Al-Quran.Fungsi Hadis :Untuk mengukuhkan hukum yang telah ditentukan oleh Al-Quran :Contoh ayat Allah yang menyebut tentang persaksian palsu :

Kemudian hadis Rasulullah mengukuhkan ayat tersebut :

: : , . Maksudnya :Telah bersabda Rasulullah S.A.W : perhatikanlah! Aku akan memberitahu kamu tentang sebesar-besar dosa, kami menyahut : baiklah Rasulullah, baginda meneruskan sabdanya : syirik kepada Allah, menyakiti kedua ibu bapa. Ketika itu baginda bersandar lalu baginda duduk dan terus bersabda lagi : awasilah penyaksian dusta.2. Untuk mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal ()Contohnya hadis Rasulullah yang mentafsir ayat mengenai ibadat solat dan puasa :

Ayat di atas tidak menjelaskan jumlah rakaat dan cara menunaikan solat dan kadar nisab zakat. Maka hadis Rasulullah yang mentafsirkan ayat ini.

.... Maksudnya : Daripada Abu Qilabah berkata, Malik bercerita kepada kami bahawa kami telah datang kepada Nabi S.A.W : bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat

3. Mentaqyidkan ayat yang mutlak (mempersyaratkan ayat yang mutlak)Contohnya pada ayat :

Kemudian datang hadis Rasulullah yang mentaqyidkan bentuk bangkai dan darah.

: .

Maksudnya :Daripada Abdullah ibn Umar sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : Dihalalkan kepada kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah, maka adapun dua jenis bangkai ialah ikan dan belalang dan dua jenis darah ialah hati dan limfa.4. Mentakhsiskan ayat yang umum (mengkhususkan yang umum)Contoh : : Maksudnya : Orang muslim tidak boleh memusakai harta orang kafir dan orang kafir juga tidak boleh memusakai harta orang muslim.

5. Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran Berhubung perkara di atas, ia hanya boleh ditetapkan sesuatu hukum berasaskan hadis Rasulullah S.A.W sahaja. Contohnya seorang lelaki dilarang mengahwini ibu saudara isterinya, berdasakan hadis :

.

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W menegah bahawa dihmpun diantara dua perempuan dengan ibu saudara sebelah bapa dan jangan menghimpunkan juga antara dua perempuan dengan ibu saudara sebelah ibu.

Pandangan golongan anti-hadis dan orientalis terhadap hadis :Orientalis ialah golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang Yahudi, kristian, atheis dan lain-lain yang membenci agama Islam.

Mereka melakukan kajian yang mendalam dalam satu-satu bidang bertujuan untuk mencari kelemahan umat Islam seterusnya menghancurkannya. Antara penyelidikan yang dilakukan oleh mereka ialah dalam bidang hadis Rasulullah S.A.W, antara pandangan mereka ialah :Hadis Rasulullah S.A.W adalah rekaan semata-mataRasulullah adalah manusia yang juga melakukan kesalahan semasa menjadi nabi dan sesudahnya.Hadis atau sunnah nabi yang dikaitkan kepada baginda adalah ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun kemudian.Konsep sunnah tidak pernah disebut pada zaman Rasulullah dan ia timbul pada zaman pemerintahan khalifah Umar ibn Abd Aziz (101(Hujah untuk menolak pandangan Orientalis :Umat islam yang amat prihatin dengan hadis Rasulullah S.A.W berasa tercabar dengan pandangan orientalis yang tidak berasas. Umat Islam tidak boleh mendiamkan diri dengan tuduhan mereka dan memerlukan kepada jawapan. Antaranya :1. Rasulullah S.A.W adalah seorang yang ummi (tidak tahu menulis dan membaca), adalah menjadi suatu yang ganjil dan tidak munasabah baginda boleh mencipta hadisnya sendiri. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

2. Memang diakui bahawa Rasulullah S.A.W sebagai seorang manusia, tetapi baginda maksum iaitu bebas daripada melakukan sebarang dosa.

3. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah Al-Quran dan hadis. Catatannya bukanlah berlaku dalam tempoh 200-250 tahun selepas kewafatan baginda. Contohnya Rasulullah S.A.W pernah mengutus surat kepada pemerintah Habsyah An-Najasyi supaya memberi layanan baik kepada umat Islam yang berhijrah ke sana.

4. Konsep sunnah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi sebagaimana dalam hadis yang bermaksud hendaklah kamu mengikut sunnahku dan bukanlah timbul pada tahun 60 atau 70 tahun kemudiannya. : . . .