h a n d m - portal rasmi pmns · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan...

9
DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN, POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN, SABAH, MALAYSIA. 2018.

Upload: others

Post on 02-Aug-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.s.D.k., a.D.k., b.s.k., jabatan cetak kerajaan,

sabah, malaysia.2018.

Page 2: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

hukum akad nikah di dalam masjid&

garis panduan upacara akad nikahdi masjid dan perkara-perkara

yang berkaitan dengannya

c. Perlakuan dan tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian Masjid, sentiasa terkawal dan beradab; dan

d. Tidak berdoa atau bertafakur mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.

18. Selain itu, perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh pengantin dan ahli rombongan yang hadir ke upacara akad nikah di Masjid ialah:

a. Tempat duduk antara lelaki dan perempuan mestilah secara berasingan atau duduk secara bersebelahan antara satu sama lain; dan

b. Diharuskan makan dan minum di tempat yang telah disediakan khusus oleh pihak pengurusan Masjid dengan memastikan kebersihan Masjid sentiasa terjaga daripada sebarang bentuk kekotoran.

KESIMPULAN

19. Masjid merupakan rumah Allah SWT yang menjadi tumpuan umat Islam untuk melaksanakan ibadat dan bermunajat ke hadrat Allah SWT. Selain daripada tempat ibadat khusus, Masjid turut diimarahkan dengan pelbagai program dan aktiviti bermanfaat bagi mendekatkan masyarakat dengan Masjid dan menjadikan aktiviti bermanfaat bagi mendekatkan masyarakat dengan Masjid sebagai tempat mesra jemaah. Begitu juga dengan fungsi Masjid sebagai tempat untuk melangsungkan upacara akad nikah yang telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, dengan fungsi dan kemudahan Masjid yang pelbagai, sewajarnya masyarakat Islam memanfaatkan Masjid dengan sebaik mungkin agar kebersihan dan kesucian Masjid serta adab-adab semasa berada di dalamnya sentiasa terpelihara. Dalam masa yang sama, segala aktiviti, perbuatan atau tindakan yang boleh mencemarkan kesucian Masjid, menimbulkan kemudaratan atau mengganggu ketenangan para jemaah yang hadir hendaklah dielakkan. Ini penting supaya suasana yang harmoni, tenang dan selesa dapat dikekalkan di Masjid dan setiap pengunjungnya dapat melaksanakan ibadat dan mendampingkan diri kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk.

16

Page 3: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

prakata

Alhamdulillah, dirafa’kan segenap pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan hidayah-Nya, salawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta mereka yang sentiasa berada di jalan mustaqim. Masjid sebagai sebuah institusi atau pusat peribadatan umat Islam. Maka menjadi tanggungjawab kepada umat Islam untuk memelihara dan menjaga kemuliaan masjid dari dicemari dengan pelbagai perkara yang boleh merosakkan masjid sebagai sebuah institusi ibadah seperti berbuat bising, bergaduh dan apa jua perkara yang boleh mengganggu orang beribadah di dalamnya dan perkara-perkara mungkar.

Allah SWT berfirman di dalam surah an-Nur, ayat 36 yang bermaksud: ”(Nur itu terang-benderang) di rumah-rumah ibadah (Masjid) yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.”

Justeru itu, Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bersidang pada 21-22 Jamadilawal 1433H/13-14 April 2012M bersetuju untuk memutuskan garis panduan “Upacara Akad Nikah Di Masjid Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya” untuk menjadi panduan kepada masyarakat Islam di negeri ini khususnya. Oleh itu, adalah diharapkan agar garis panduan cetakan kedua ini menjadi rujukan umat Islam khususnya di negeri ini. Sekian, terima kasih.

SS DATUK USTAz hAjI bUNgSU @ AzIz hAjI jAAfArMufti Kerajaan Negeri Sabah

sama ke Masjid hendaklah dipastikan bersih daripada segala kekotoran dan najis serta bau-bauan yang tidak menyenangkan.

15. Perkara-perkara berikut juga hendaklah dihindari semasa berada di dalam Masjid:

a. Bercakap tentang hal-hal keduniaan, bercerita hal-hal orang lain dan perkara yang sia-sia;

b. Kanak-kanak yang membuat bising, bermain-main, berlari-lari atau menangis di dalam Masjid. Sekiranya tingkah laku kanak-kanak tersebut sukar lagi dikawal, mereka hendaklah dibawa keluar daripada Masjid;

c. Membawa barang-barang hantaran perkahwinan di dalam Masjid. Memadai dengan hanya membawa mas kahwin semasa upacara akad nikah tersebut dilangsungkan; dan

d. Sesi bergambar dan rakaman video upacara akad nikah yang melampaui batas sehingga Masjid seolah-olah seperti studio rakaman dengan limpahan cahaya kamera.

16. Berkomunikasi semasa berada di dalam Masjid adalah diharuskan dengan adab-adab berikut:

a. Bercakap hanya pada perkara-perkara yang penting, perlu dan bermanfaat sahaja; dan

b. Bercakap dengan suara yang perlahan supaya tidak mengganggu jemaah lain yang sedang beribadat.

17. Sekiranya terdapat ahli rombongan pengantin yang bukan beragama Islam turut hadir dalam majlis akad nikah tersebut, diharuskan bagi mereka memasuki Masjid dengan syarat-syarat seperti yang berikut:

a. Mendapat keizinan daripada pihak pengurusan Masjid;

b. Memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian;

2 15

Page 4: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

hukum akad nikah di dalam masjid &garis panduan upacara akad nikah di masjid dan

perkara-perkara yang berkaitan dengannya

1. PENDAhULUAN

1.1 Masjid merupakan tempat ibadah yang sewajarnya dimuliakan dan dipelihara oleh umat Islam. Oleh itu umat Islam dilarang melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan kemuliaan dan kehormatan sesebuah masjid seperti meninggikan suara dalam keadaan orang sedang beribadah, bergaduh dan berbagai perkara yang boleh mengganggu ibadah orang Islam.

Allah SWT berfirman di dalam surah an-Nur, ayat 36 iaitu:

Maksudnya: ”(Nur itu terang-benderang) di rumah- rumah ibadah (Masjid) yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.”

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Sulaiman bin Buraidah daripada ayahnya, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: ”Sesungguhnya masjid itu dibina adalah bersesuaian dengan tujuan pembinaan untuknya (iaitu untuk berzikir, solat dan amalan-amalan yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah SWT).”

b. Memakai minyak wangi bahkan, kaum lelaki digalakkan memakai bau-bauan yang harum semasa berkunjung ke Masjid.

11. Harus bagi pengantin perempuan berinai dengan syarat-syarat seperti yang berikut:

a. Harus memakai inai pada kedua tangan dan kaki selagi tidak menimbulkan fitnah;

b. Kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja;

c. Warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan; dan

d. Corak atau ukiran haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

12. Bagi pengantin lelaki pula, harus memakai inai pada sebilangan jari tangan dan kaki.

Menjaga Tatatertib dan Kesantunan Semasa berada di Dalam Masjid

13. a. Upacara pernikahan hendaklah dijalankan di ruang khas di dalam Masjid yang tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadah.

b. Pengantin dan ahli rombongan pengantin yang hadir hendaklah menjaga tatatertib dan kesantunan semasa berada di dalam Masjid.

14. Antara perkara-perkara tersebut ialah larangan memasuki Masjid bagi:

a. Lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk wanita yang sedang dalam haid; dan

b. Kanak-kanak yang dibimbangi najis mereka boleh menitis di lantai. Bahkan, kanak-kanak yang turut dibawa bersama-

314

Page 5: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

Di dalam hadith yang lain Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, daripada Sai’d al-Khudri berkata:

Maksudnya: ”Rasulullah SAW telah beriktikaf di dalam sebuah masjid. Maka Baginda telah mendengar para sahabat menyaringkan atau melantangkan suara ketika membaca al-Quran, lalu Rasulullah SAW membuka tirai yang menutup seraya bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya setiap daripada kamu bermunajat kepada Tuhannya, maka janganlah kamu menyakiti sebahagian kamu akan sebahagian yang lain, dan janganlah kamu meninggikan suara sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain pada pembacaan atau dalam sembahyang.”

1.2 Nas-nas ini menjelaskan mengenai kemuliaan sesebuah institusi ibadah iaitu masjid yang dibina atas asas taqwa dan ketaatan kepada Allah SWT dengan melaksanakan peribadatan kepada-Nya seperti berzikir, bersembahyang dan seumpamanya. Maka sudah tentu segala adab-adab yang berkaitan dengan masjid dipelihara dan dijaga serta dilarang melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan institusi masjid dan mengganggu orang yang beribadah di dalamnya seperti meninggikan suara, berjual beli serta membuat sesuatu perkara yang khurafat atau syirik di dalamnya dan seumpamanya.

2. AKAD NIKAh DI MASjID

2.1 Di dalam persoalan ini, para Fuqaha Rahimahullahu Ta’ala yang terdahulu telah pun membincangkan perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh mereka. Para fuqaha berbeza pandangan mengenai akad nikah di masjid sama ada dihukumkan sebagai sunat atau harus.

dalam kalangan wanita Islam. Namun begitu, cara berhias dan berdandan seseorang wanita itu mestilah selaras dengan tuntutan Islam iaitu berhias dengan cara yang sederhana. Bersederhana di sini boleh dimaksudkan dengan:

a. Tidak berlebih-lebihan atau keterlaluan dalam bersolek dan berhias sehingga boleh menarik perhatian orang yang memandang atau membawa kepada fitnah;

b. Hanya mengenakan solekan yang ringkas bagi menaikkan seri wajah pengantin;

c. Niat asal bersolek itu bukanlah dibuat dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian orang yang memandang;

d. Memakai perhiasan dan barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai tidak secara melampaui batas sehingga boleh membawa kepada sikap sombong dan bermegah-megah untuk mempamerkan kekayaan; dan

e. Diharuskan bagi pengantin perempuan dan ahli rombongan wanita memakai bau-bauan bagi tujuan menghilangkan bau badan tetapi pemakaiannya tidak boleh secara berlebihan sehingga dapat dihidu oleh orang lain atau sehingga menimbulkan fitnah.

9. Bagi pengantin lelaki dan ahli rombongan yang mengiringi pengantin, mereka dilarang daripada memakai perhiasan seperti yang berikut:

a. Rantai, gelang subang dan perhiasan yang menyerupai wanita; dan

b. Perhiasan yang diperbuat daripada emas, emas putih dan suasa.

10. Namun begitu, diharuskan bagi lelaki memakai perhiasan berikut:

a. Cincin yang diperbuat daripada perak dan platinum.

4 13

Page 6: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

2.2 Jumhur fuqaha menyatakan bahawa mengadakan akad nikah di dalam masjid adalah disunatkan. Maksud akad nikah iaitu pelaksanaan ijab dari wali pengantin perempuan dan qabul daripada pengantin lelaki. Di antara nukilan para fuqaha di dalam kitab-kitab mereka iaitu:

1. Muhammad bin Abdullah al-Kharshi al-Maliki, kitab Syarh Mukhtasar Khalil, Jilid 20, Halaman 353 menegaskan:

Maksudnya: ”Sesungguhnya harus melakukan akad nikah iaitu: sekadar melakukan ijab dan qabul bahkan ianya adalah dihukumkan sebagai sunat.”

2. al-Sayyid al-Bakri al-Dumyati, kitab I’anatu al-Talibin, Jilid 3, Halaman 315 menjelaskan:

Maksudnya: ”Dan sunat melakukan akad nikah itu di dalam masjid.”

3. Imam Mansur bin Yunus al-Bahuti dari kalangan Mazhab Hambali, kitab Kasyfa al-Qina’ menjelaskan:

Maksudnya: ”Dan diharuskan melakukan akad

nikah itu di dalam masjid bahkan ianya adalah sunat sebagaimana yang dinyatakan oleh sebahagian daripada pengikut (Mazhab Hambali).”

4. Syeikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa, Jilid 8, Halaman 206.

Maksudnya: ”Dan sunat melakukan akad nikah itu di masjid-masjid.”

a. Berwudhuk;

b. Berniat iktikaf dengan lafaz “Sahaja aku mengerjakan sunat iktikaf di Masjid ini kerana Allah Taala”;

c. Sebelum duduk, disunatkan menunaikan sembahyang sunat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat dengan lafaz niat “Sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid, dua rakaat kerana Allah Taala”; dan

d. Berzikir secara senyap tanpa mengganggu orang lain, sementara menunggu upacara akad nikah bermula.

Adab berpakaian

5. Setiap pengunjung yang berkunjung ke Masjid mestilah menjaga adab berpakaian semasa berada di dalamnya.

6. Bagi lelaki, adab berpakaian semasa menghadiri upacara akad nikah di Masjid adalah seperti berikut:

a. Memakai pakaian yang suci dan bersih;

b. Menutup aurat; dan

c. Tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.

7. Adab berpakaian bagi wanita semasa menghadiri upacara akad nikah di dalam Masjid adalah seperti berikut:

a. Memakai pakaian yang suci dan bersih;

b. Menutup aurat; dan

c. Memakai pakaian yang longgar (tidak ketat), tidak jarang atau nipis sehingga boleh menampakkan kulit dan bentuk susuk badan.

Adab berhias dan berdandan

8. Sebagai agama yang mudah dan mengamalkan kesederhanaan, Islam tidak menolak secara mutlak konsep berhias (tabarruj)

512

Page 7: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

2.2.1 hUjjAh DAN DALIL

Para jumhur fuqaha berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi daripada ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha’ berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: ”Umumkan pernikahan ini, jadikanlah (akad nikah) ini di masjid-masjid serta pukullah padanya dengan menggunakan rebana.”

Hadis ini bertaraf dhaif kerana terdapat perawi yang bertaraf lemah iaitu Isa bin Maimun. [Tuhfatu al-Ahwazi, Jilid 3, Halaman 155].

Namun begitu, para jumhur fuqaha menyatakan di antara ‘illah’ akad nikah itu sunat dilakukan di masjid-masjid adalah untuk memperolehi keberkatan tempat tersebut kerana masjid merupakan tempat yang penuh dengan kemuliaan dan dipelihara serta dijaga kemuliaannya. [Tuhfatu al-Ahwazi, Jilid 3, Halaman 155].

Masjid ini juga bukan hanya berfungsi sebagai tempat solat semata-mata bahkan merangkumi juga soal-soal yang berkaitan dengan kehidupan seharian atau kemasyarakatan seperti akad nikah perkahwinan dan seumpamanya dengan memelihara adab-adab semasa berada di dalam masjid tersebut.

Terdapat juga hadith yang menceritakan peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW mengenai seorang wanita pernah bertemu Rasulullah SAW untuk dikahwinkan. Rasulullah SAW telah menikahkan wanita tersebut dalam

c. Khusyuk Tunduk, taat, merendah diri.

d. Masjid Bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat

Jumaat dan ibadah-ibadah lain.

e. Nikah Akad yang menghalalkan perhubungan antara suami isteri.

f. Tabarruj Wanita yang sengaja menzahirkan perhiasannya untuk

menarik perhatian lelaki.

ADAb-ADAb KETIKA bErADA DI DALAM MASjID

3. Adab-adab semasa hadir ke majlis akad nikah yang dilangsungkan di Masjid perlu sentiasa diambil perhatian oleh pasangan pengantin dan ahli rombongan yang hadir. Ia merangkumi beberapa aspek seperti yang berikut:

a. Melakukan ibadat-ibadat sunat ketika berada di dalam Masjid.

b. Adab berpakaian.

c. Adab berhias dan berdandan.

d. Menjaga tatatertib dan kesantunan semasa berada di dalam Masjid.

Melakukan Ibadat-ibadat Sunat Ketika berada di Dalam Masjid

4. Memandangkan Masjid merupakan rumah Allah SWT, sewajarnya setiap umat Islam yang mengunjungi Masjid berusaha mendapat ganjaran pahala dan fadilat semasa berada di dalamnya. Justeru, bakal pengantin berserta ahli rombongan yang hadir, disunatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut apabila memasuki Masjid:

6 11

Page 8: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

keadaan Rasulullah SAW berada di dalam Masjid. [Fathu al-Bari, Jilid 9, Halaman 206].

Justeru, syarak tidak menetapkan bahawa pelaksanaan akad nikah ini perlu dilakukan di tempat-tempat tertentu atau masa-masa tertentu bahkan hukum asalnya adalah boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid atau surau. Perkara ini tidak menyalahi syariat Islam selagimana akad nikah yang dijalankan di dalam masjid mengikut adab-adab dan hukum berkaitan masjid di samping memelihara perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak ketika melaksanakan akad nikah tersebut di dalam masjid.

3. KEPUTUSAN MAjLIS fATWA NEgErI SAbAh

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2011 telah bersidang pada 15-16 Mei 2011 Miladiah/11-12 Jamadilakhir 1432 Hijriah, bertempat Dewan Heritage, Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa di Kundasang, Ranau bersetuju memutuskan bahawa:

1. Masyarakat Islam perlu memelihara dan menjaga kemuliaan serta kehormatan institusi masjid agar ianya dipandang tinggi oleh masyarakat umum.

2. Is lam t idak menghalang seseorang yang ingin melangsungkan akad nikah di dalam masjid bahkan ianya dihukumkan sebagai sunat oleh Jumhur Fuqaha dengan memelihara dan menjaga adab dan hukum yang berkaitan dengan masjid seperti tidak meninggikan suara, berpakaian yang menutup aurat, tidak mengganggu orang yang sedang beribadah, wanita yang haid dilarang memasuki masjid dan seumpamanya.

3. Muzakarah turut bersetuju agar satu garis panduan dapat disediakan untuk pemakluman masyarakat Islam di negeri ini.

heritage resort & Spa, Kundasang bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Akad Nikah Di Dalam Masjid” dan memutuskan bahawa:

1. Masyarakat Islam perlu memelihara dan menjaga kemuliaan serta kehormatan institusi masjid agar ianya dipandang tinggi oleh masyarakat umum.

2. Islam tidak menghalang seseorang yang ingin

melangsungkan akad nikah di dalam masjid bahkan ianya dihukumkan sebagai sunat oleh Jumhur Fuqaha dengan memelihara dan menjaga adab dan hukum yang berkaitan dengan masjid seperti tidak meninggikan suara, berpakaian yang menutup aurat, tidak mengganggu orang yang sedang beribadah, wanita yang haid dilarang memasuki masjid dan seumpamanya.

3. Muzakarah turut bersetuju agar satu garis panduan dapat disediakan untuk pemakluman masyarakat Islam di negeri ini.

KANDUNgAN gArIS PANDUAN

1. Garis panduan ini memberi penjelasan mengenai adab-adab semasa melangsungkan upacara akad nikah di Masjid yang mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut:

a. Tafsiran.

b. Adab-adab ketika berada di dalam Masjid.

c. Kesimpulan.

TAfSIrAN

2. Tafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini ialah seperti yang berikut:

a. fadilat Kelebihan, darjat yang tinggi.

b. Iktikaf Tinggal di Masjid dengan tujuan mendekatkan diri kepada

Allah SWT.

710

Page 9: h a n d m - Portal Rasmi PMNS · h a n d m hukum akad nikah di dalam masjid & garis panduan upacara akad nikah di masjid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya c. Perlakuan

Hukum Akad Nikah di Dalam Masjid

garis panduan1

upacara akad nikah di masjid danperkara-perkara yang berkaitan dengannya

TUjUAN

Garis Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya disediakan untuk memberi panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya mengenai adab semasa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau agar selaras dengan tuntutan Islam.

Garis Panduan ini telah diputuskan dalam Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2012 pada 26-27 Jamadilawal 1433H bersamaan 18-19 April 2012M (Rabu dan Khamis) di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

PENDAhULUAN

2. Perkahwinan merupakan ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini suatu yang amat dituntut dalam Islam kerana menerusinya keperluan fitrah manusia dapat disalurkan secara halal selain bertujuan meneruskan zuriat dan keturunan, bagi mendapat keredaan Allah SWT.

3. Terdapat lima rukun nikah iaitu pengantin lelaki (suami), pengantin perempuan (isteri), wali, saksi dan lafaz (ijab dan qabul). Justeru, upacara akad nikah merupakan upacara yang paling penting dalam majlis perkahwinan kerana menerusinya, ikatan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan menjadi sah sebagai pasangan suami isteri dan perhubungan antara mereka menjadi halal.

1Garis Panduan ini telah diputuskan dalam Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2012 pada 26-27 Jamadilawal 1433H bersamaan 18-19 April 2012M (Rabu dan Khamis) di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

4. Secara umumnya, majlis akad nikah boleh dilaksanakan sama ada di rumah, surau, masjid atau tempat-tempat lain yang bersesuaian. Untuk majlis akad nikah di masjid, Islam sememangnya membenarkan amalan ini kerana Nabi SAW pernah menikahkan seorang perempuan di dalam masjid sebagaimana sabda Baginda SAW:

Maksudnya: ”Hebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukan ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).” Hadith riwayat al-Tirmidzhi

5. Tambahan pula, fungsi dan kemudahan yang disediakan di institusi masjid pada hari ini tidak hanya tertumpu sebagai tempat pelaksanaan ibadah khusus semata-mata, bahkan masjid berperanan sebagai pusat perhubungan antara komuniti Islam dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti merangkumi bidang keilmuan, perekonomian, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya.

6. Dalam hal ini juga, fungsi masjid telah diperluaskan lagi sebagai tempat untuk melangsungkan upacara akad nikah dan kenduri perkahwinan bertujuan untuk memudahkan urusan pernikahan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Namun begitu, majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid itu mestilah selari dengan kehendak syarak dan tidak bercampur aduk dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Ini kerana hukum asal keharusan tersebut boleh bertukar menjadi haram sekiranya di dalam masjid tersebut, terdapat percampuran antara perkara yang harus dengan perkara yang haram.

7. Justeru, amat wajar masjid sebagai tempat yang suci lagi mulia, dihormati oleh setiap pengunjungnya dengan mematuhi segala peraturan dan adab-adab yang telah digariskan oleh Islam.

8. Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2011 telah bersidang pada 15-16 Mei 2011 Miladiah/11-12 jamadilakhir 1432 hijriah, bertempat di heritage hall, Mount Kinabalu

8 9