guru pencetus kretiviti dan penjana inovasi. faisal @ ahmad faisal bin abdul hamid ... membicarakan...

6
1 GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. e-mail: [email protected] abstrak kertas ini akan membincangkan kepentingan guru mendidik murid dengan pemikiran kreatif dan inovatif sehingga dapat lahir dari sekolah murid yang mencipta sejarah yang layak dicatat. Ianya juga akan membincangkan bagaimana seharusnya guru mengajar murid mereka menjadi manusia kreatif dan inovatif serta pandangan Islam berkaitan dengan pemikiran kreatif dalam kehidupan manusia. Pendahuluan 1. Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana dua sebab utama. Pertama adalah kerana semua para guru yang hadir dalam seminar ini adalah guru beragama Islam dan murid-murid yang akan diajar oleh peserta seminar ini juga adalah beragama Islam, selain itu, sebab kedua adalah kerana umat Islam hari ini masih terpinga-pinga dalam kekeburan mencari jawapan dan tujuan untuk kembali sebagai pemimpin umat manusia sedunia seperti yang pernah dilakukan oleh para ulama Islam silam. Disamping itu juga, saya adalah seorang sarjana Islam, maka ada baiknya saya menulis dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran saya. Dengan penjelasan ini dapatlah saya ungkap kembali tajuk kertas ini ialah “Guru sebagi pencetus kretiviti dan penjana inovasi dari perspektif Islam”. 2. Sepanjang sejarah pembinaan tamadun manusia yang panjang itu, pelbagai sumbangan manusia dirakamkan. Terdapat di kalangan manusia pembina tamadun itu menyumbang dalam perlbagai cara dan bentuk tersendiri. Namun, sumbangan manusia yang kekal dan terus dikenang manusia kemudian ialah manusia yang mempunyai akal kreatif dan semangat inovasi tinggi. Ini kerana kreativiti manusia itu akan mencipta alat atau sistem yang memberi kemudahan kepada manusia lain. Benarlah galakan Baginda kepada umat Islam agar menjadi manusia yang menyumbang kebaikan kepada manusia lain. Antara sabda Baginda ialah “sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling banyak membawa kemanfaat kepada manusia lain”. Selari dengan hasrat itu, firman Allah dalam surah Hud ayat 61.

Upload: lykien

Post on 13-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid ... Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana

1

GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI

Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid

Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

e-mail: [email protected]

abstrak

kertas ini akan membincangkan kepentingan guru mendidik murid dengan

pemikiran kreatif dan inovatif sehingga dapat lahir dari sekolah murid yang

mencipta sejarah yang layak dicatat. Ianya juga akan membincangkan

bagaimana seharusnya guru mengajar murid mereka menjadi manusia kreatif

dan inovatif serta pandangan Islam berkaitan dengan pemikiran kreatif dalam

kehidupan manusia.

Pendahuluan

1. Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam,

kerana dua sebab utama. Pertama adalah kerana semua para guru yang hadir dalam

seminar ini adalah guru beragama Islam dan murid-murid yang akan diajar oleh peserta

seminar ini juga adalah beragama Islam, selain itu, sebab kedua adalah kerana umat Islam

hari ini masih terpinga-pinga dalam kekeburan mencari jawapan dan tujuan untuk

kembali sebagai pemimpin umat manusia sedunia seperti yang pernah dilakukan oleh

para ulama Islam silam. Disamping itu juga, saya adalah seorang sarjana Islam, maka ada

baiknya saya menulis dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran saya. Dengan

penjelasan ini dapatlah saya ungkap kembali tajuk kertas ini ialah “Guru sebagi pencetus

kretiviti dan penjana inovasi dari perspektif Islam”.

2. Sepanjang sejarah pembinaan tamadun manusia yang panjang itu, pelbagai sumbangan

manusia dirakamkan. Terdapat di kalangan manusia pembina tamadun itu menyumbang

dalam perlbagai cara dan bentuk tersendiri. Namun, sumbangan manusia yang kekal dan

terus dikenang manusia kemudian ialah manusia yang mempunyai akal kreatif dan

semangat inovasi tinggi. Ini kerana kreativiti manusia itu akan mencipta alat atau sistem

yang memberi kemudahan kepada manusia lain. Benarlah galakan Baginda kepada umat

Islam agar menjadi manusia yang menyumbang kebaikan kepada manusia lain. Antara

sabda Baginda ialah “sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling banyak membawa

kemanfaat kepada manusia lain”. Selari dengan hasrat itu, firman Allah dalam surah Hud

ayat 61.

Page 2: GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid ... Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana

2

Dialah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. oleh

itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya Dengan taat dan

tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

3. Kehidupan di dunia ini berpaksikan kepada ujian dan cabaran yang telah ditetapkan oleh

Allah di awal ciptaan manusia lagi. Dalam memenuhi keperluan itu, manusia perlu kreatif

dalam hidup mereka. Hanya mereka yang kreatif dan inovatif sahaja berjaya hidup

dengan jaya dan disebut nama mereka. Sering didapati dalam al-Quran hubungan antara

amalan manusia dengan gesaan untuk berbuat kebaikan. Firman Allah "Lakukanlah

kebaikan semoga kamu mendapat kejayaan". Persoalan di sini, ialah adakah kebaikan itu

hanya terbatas kepada melakukan ketaatan agama seperti beribadah kepada Allah semata-

mata, atau makna kebaikan itu meluas lingkungannya seluas kehidupan manusia. pastinya

pada hemat saya, erti kebaikan yang dianjurkan oleh Islam itu meluas seluas lingkungan

hidup manusia kerana terdapat ayat al-Quran yang menyuruh manusia melakukan apa

sahaja kebaikan atau perbuatanm dan di akhirat nanti segala perbuata mereka itu akan

dinilai. Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 141. "Berbuatlah apa yang kamu mahu (di

dunia ini), nescaya sesungguhnya apa yang kamu lakukan itu adalah diperhatikan Allah".

4. Dengan kefahaman itu, maka para guru bertanggungjawab membentuk dan mendidik

anak muridnya agar mampu berfikir dengan fikiran positif, kreatif dan inovatif demi

kelangsungan hidup mereka dan agama yang dianuti iaitu Islam. keperluan mendidik

anak bangsa dengan fikiran kreatif dan inovatif adalah sebahagian dari fungsi dan

peranan pendidk itu untuk mengajar anak murid mereka apa yang diperlukan oleh mereka

bukan apa yang diperlukan oleh guru. Umar Ibn Khattab pernah berkata "kita mengajar

anak kita ilmu yang mereka perlukan bukan ilmu yang kita perlukan". Proses pendidikan

kreatif yang berkesan haruslah berpaksikan kepada dua teras utama, setiap satu

menyokong tunjang satu sama lain. sebelum saya menyatakan dua perkara tersebut,

terlebih dahulu saya mengingatkan kita semua apa yang dimaksudkan dengan pendidikan

dan fungsi guru dalam pendidikan.

Pengertian Pendidikan

5. Perkataan pendidikan atau dalam bahasa arab disebut al-Tarbiyyah merangkumi lima

makna (1) mendidik, (2) membesarkan, (3) memandu atau mengarah, (4) memberi

pengajaran atau latihan dan (5) memperbetulkan.1 Perhatikan firman Allah dalam surah

Ali-Imran ayat 79 yang bermaksud " Jadilah kamu sebagai mereka yang Rabbani dengan

apa yang telah kamu pelajarinya dari kitab". kata Ibn Abbas maksudnya para ulama, para

pendidik, dan para muslih.

6. oleh itu tugas guru tidak sekadar memberi maklumat kepada para pelajar, sebaliknya

lebih dari itu mereka harus mengetahui, menghayati, meyakini dan memandu para pelajar

1 Dr. Khalid bin Hamid al-Hazimi. 2010. Usul al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Radmak: Dar al-Alam al-Kutub. h. 17-

18.

Page 3: GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid ... Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana

3

untuk berbuat seperti yang mereka tahu dan yakini itu. kekretifan seorang guru untuk

mengajar tentang sesuatu perkara kepada murid amat berkait rapat dengan pengetahuan

guru tentang perkara itu dan keyakinan guru dengan apa yang diajarinya. mana mungkin

seorang guru tidak mengetahui dan tidak meyakini sesuatu perkara berjaya menyakinkan

muridnya. Pepatah Arab ada berkata "seseorang yang tiada sesuatu mana mungkin

memberikan sesuatu kepada orang yang lain"

7. Antara hambatan yang paling besar perlu diatasi oleh para guru dalam mengajar murid

agar berfikir secara kratif ialah (1) berfikir sebagai seorang hakim, (2) melihat sesuatu

dari corong sempit, (3) takut kepada bayangan buatan sendiri, (4) tidak suka kepada

cabaran. Para guru seharusnya berusaha mengeluarkan diri mereka dari hambatan ini

terlebih dahulu sebelum mereka menilai atau kononnya mengajar murid berfikiran

inovatif dan kreatif.

Islam dan Berfikir Positif

8. Berfikir secara positif adalah asas utama kepada penjanaan inovasi dan kreativiti. Dalam

Islam, seorang muslim perlu berfikiran positif. Apakah yang dimaksudkan dengan

berfikiran positif? positif bermaksud "melihat sesuatu dari aspek baik" atau juga disebut

dalam bahasa Arab "Husnu al-Dzan". Para ulama tasawuf mengatakan, "setiap suatu

ciptaan Allah mempunyai dwi dimensi, jika kita melihat setiap perkara pada satu dimensi

atau lebih teruk lagi, dilihat pada dimensi nagetif, maka segala perkara akan tergambar

nagetif. Oleh itu mana mungkin ianya akan berubah manjadi baik atau kreatif.

9. Sepotong ayat dalam surah al-Nahl, ayat 97 menjelaskan apakah kesan yang diperolehi

dari berfikir secara positif. Imam Syed Qutb menyatakan bahawa "untuk mendapat hasil

yang baik dari berfikir, seharusnya paksi berfikir itu adalah baik dan kukuh. tiada

kekukuhan yang setara dengan kukuhnya iman kepada Allah. apabila corak berfikir itu

bertolak dari paksi iman kepada Allah maka hasil darinya akan baik dan positif". Oleh

kerana Allah adalah sumber segala kebaikan, maka tidak syak lagi bahawa fikiran yang

lahir dari keterkaitan dengan iman kepada Allah adalah baik dan positif.

Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami

akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka,

Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.

10. Antara kebaikan berfikiran positif ialah, (1) punca kepada segala inovasi dan mencari

yang lebih baik, (2) optimis dalam segala tindakan, (3) setiapa perkara yang dihadapi

dalam hidup, kesan nagetifnya amat minimum sebaliknya memberi ransangan untuk lebih

baik dalam menghadapi apa yang berlaku, (4) seorang yang berfikir positif akan melihat

Page 4: GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid ... Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana

4

apakah hasil dari apa yang berlaku, mereka tidak melihat terlalu lama tentang apa yang

berlaku.

11. Antara dalil-dalil perlunya berfikiran positif dalam setiap tingkah laku seharian ialah;

Hadith Bukhari "seorang muslim adalah seorang yang memberi kebaikan kepada muslim

yang lain"

Hadith Bukhari.

: قلت : قال ، د يف سبيهل واجلها، الإميان ابهلل :" قال .؟أ ي ال عامل أ فضل :قلت اي رسول هللا: قال أ يب ذر فعن

أ و تعا ااانعا : قاال ؟ ، فااإن أ فعال : قلات : قاال ، أ نفسها عند أ هلها وأ كرثها مثنا :قال؟ ، أ ي الرقاب أ فضل

ن ضعفت عن بعض العمل : قلت : قال ، تصنع ل خرق تكا ك عان الناا : قاال ؟ ، اي رسول هللا أ رأ يت اإ

هنا ادقة منك عىل نفسك "فاإ

Kreativiti dan Inovasi

12. Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti atau berfikir secara kreatif? Terdapat lebih

dari 200 definisi yang diberikan oleh para sarjana mengenai kreatif. namun secara

ringkasnya saya memilih dua sahaja (1) melihat sesuatu dari dimensi yang tidak dilihat

oleh orang lain, (2) melihat suatu yang biasa dari persepsi yang luar biasa. jika saya dapat

mendefinikan kreatif maka saya akan katakan ianya "proses untuk mendapatkan sesuatu

yang luar biasa". Dalam konteks pendidikan, hasil yang baru itu tidak penting akan

kesempurnaannya, apa yang penting ialah murid dapat mempelajari proses untuk

membuat sesuatu yang baru.

13. Dari mana datangnya kreativiti itu? Kreativiti bermula dari berfikir, pastinya seorang

yang tidak suka berfikir tidak dapat memperlihatkan kretivitinya. Para guru seharusnya

menjadi seorang yang suka berfikir dan akan terus berfikir. Allah swt telah memberikan

keistimewaan unggul kepada manusia dengan adanya akal. fungsi utama akal adalah

untuk berfikir. oleh itu amat malang seorang guru tidak suka berfikir malah mencemuh

apabila diajak memikirkan sesutau permasalahan. Mengikut kajian psikologi, setiap

manusia mempunyai 80% potensi untuk menguasai apa-apa kemahiran termasuklah

kemahiran kreatif. Namun lagkah pertama ke arah itu ialah mula berfikir.

14. terdapat dua perkara seperti yang saya nyatakan di atas untuk menjayakan pendidikan

kreatif; (1) Bagaimana mendidik murid agar kreatif dan (2) apakah halangan atau

hambatan yang menghalang murid dari kreatif? Beberapa kajian yang telah dilakukan,

menunjukkan bahawa makin awal usia seorang murid itu mendapat pendedahan untuk

berfikir secara kreatif makin besar kesan kreativiti itu dalam hidup seseorang. sebagai

Page 5: GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid ... Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana

5

guru disarakan agar kita membentuk dan menyubur luaskan potensi kreativiti itu di

kalangan murid kita seawal mungkin semasa di alam sekolah.

15. Bagaimana mendidik cara fikir yang kreatif? pastiya dalam kertas ini saya tidak mampu

menyenaraikan secara lengkap apakah yang perlu dilakukan oleh guru dalam usaha

memupuk cara fikir yang kreatif, namun diharapkan perbincangan ringkas ini dapat

membuka jalan seterusnya ke arah peningkatan krativiti murid. Berikut adalah beberapa

cadangan yang boleh dilakukan oleh guru kreatif kepada murid mereka.

a. Galakkan murid agar memberi jawapan berlainan dari soalan terbuka.

b. Galakkan murid agar sentiasa berimaginasi dari setiap objek yang dilihat.

c. Berikan peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah mereka.

d. Rangsang murid agar tidak terikat dengan rutin, sebaliknya membuat sesuatu

yang lebih baik atau lebih efektif.

e. Jangan mengajar mereka untuk menghafal jawapan yang sama kepada soalan

yang sama.

f. Sentiasalah bergurau dan memuji dalam bentuk menghargai bukan atau jangan

sesekali mengherdik, menilai dan mencemuh.

g. Beri peluang kepada murid menjelaskan hasil kerjanya dan latihnya

mempertahankan apa yang telah dihasilkan.

h. Jangan paksa murid menyelesaikan masalah yang diberi dalam masa yang

singkat, sebaliknya bantu dan beri masa yang secukupnya untuk menyelesaikan

masalah mereka.

i. Galakkan murid agar berkarya dalam apa bentuk karya, setelah itu hargai karya

mereka.

j. Galakkan mereka bersaing dalam semua perkara yang positif

k. ketika murid melakukan kesilapan, jangan cepat menghukum sebaliknya minta

penjelasan mereka dan setelah itu bantu mereka mengenali kesilapan.

l. Biasakan murid membuat andaian akan perkara yang akan berlaku.

m. Jangan menganggap bahawa bermain itu suatu yang sia-sia sebaliknya jadikan

permainan itu medan untuk belajar dan menambah kreativiti.

16. Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh guru atau jauhkan ianya berlaku

dalam proses mengajar kreativiti kepada murid. Antaranya ialah

a. Memberi gambaran nagetif atas segala apa yang dilakukan oleh murid.

b. Menakutkan murid untuk mengeksprasi apa yang ada pada mereka seperti

mengejek, menjengkel, mengkritik, atau memerli mereka samada pada gaya, hasil

atau penampilan.

c. Takukan kegagalan.

d. Menunjukkan bahawa mereka tidak penting dalam mana-mana proses.

e. Guru berfikiran sempit atau malas

f. Murid menganut apa-apa fahaman agama atau kepercayaan yang sempit serta

taasub

g. Kabur matlamat pengajaran.

Page 6: GURU PENCETUS KRETIVITI DAN PENJANA INOVASI. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid ... Membicarakan tajuk di atas ada baiknya saya mengaitkan kertas kerja saya dengan Islam, kerana

6

Penutup

17. Apa yang dibincangkan di atas mengambarkan kepada kita bahawa, pemikiran kreatif

seorang guru itu bermula dari cara dan bentuk guru itu berfikir. bagaimana guru itu

berfikir maka begitulah muridnya berfikir. Perubahan paradigma guru adalah terlebih

awal perlu diterapkan sebelum perubahan paradigma murid. selain dari perubahan

paradigma, guru juga harus mempunyai teknik yang berkesan dalam mengarap cara fikir

yang kreatif. Perbincangan tentang perkara ini masih jauh, namun diharapkan kertas

ringkas ini dapat memberi gambaran atau pembuka bicara kepada perbincangan yang

lebih jauh dan berkesan.

sekian, wassalam.

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid