guru mengajar pelajar oku dan tokoh pekerja 2015

Upload: smksepulotpendidikankhasnabawansabah

Post on 03-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Guru mengajar pelajar OKU dan Tokoh Pekerja 201502 Mei 2015 12:59 AM

NAJIB TUN RAZAK menyampaikan Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2015 kepada Anuar Mansor (kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem (tengah) semasa majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak, semalam. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIAKUCHING 1 Mei Bukan mudah mendidik pelajar orang kurang upaya (OKU) kerana mereka perlukan pemahaman yang lebih spesifik berbanding rakan-rakan yang normal.Namun alhamdulillah, berkat kesabaran dan suka membuat penyelidikan di Internet, saya dapat mendidik pelajar istimewa ini sehingga cemerlang dalam pelajaran, kata guru pendidikan khas, Anuar Mansor.Usaha bersungguh-sungguh Anuar mendidik pelajar OKU selama 26 tahun akhirnya diiktiraf apabila dipilih menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2015 (Kumpulan OKU) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Pekerja 2015 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.Menurut guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh, Pahang itu, selama 26 tahun mendidik pelajar OKU, terdapat banyak cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi.Sebelum ditugaskan mengajar pelajar OKU, saya pernah bertugas selama 10 tahun mengajar pelajar normal.Saya sendiri mengalami masalah kurang keupayaan pendengaran lalu mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berjaya lulus dengan mendapat Kepujian (Pendidikan Khas), katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.Anuar berkata, dia kemudian mendidik pelajar OKU dalam subjek Kemahiran Hidup sehingga sekarang dan gembira dengan tugasnya itu.Menurutnya, mendidik pelajar OKU memerlukan pendekatan berbeza kerana mereka lambat memahami dan hanya dapat memperoleh antara 50 dan 70 peratus apa yang diajar berbanding 100 peratus pelajar normal.Sehubungan itu katanya, dia menggunakan teknik teori dan kaedah bersesuaian yang boleh ditemukan dalam Internet untuk mengajar mereka.Mengenai anugerah diterima, Anuar memberitahu, dia gembira apabila Perdana Menteri sendiri mengucapkan tahniah kepadanya.Selain Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2015, guru istimewa itu pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang OKU sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang dan Anugerah Guru Cemerlang OKU Peringkat Kebangsaan pada 2013.Sebanyak 18 anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri sempena sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan kali ini iaitu Anugerah Hari Pekerja 2015, Anugerah Khas dan Anugerah Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) 2015.