guru contoh teladan kepada pelajar

Upload: norliana-mohd-anuar

Post on 03-Jun-2018

410 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    1/9

    Pengenalan

    Guru merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran bersemuka dengan pelajar pada setiap hari persekolahan. Guru merupakan

    model yang sangat penting dalam menyalurkan mesej tentang amalan nilai-nilai,

    kepercayaan, falsafah dan sikap kepada anak-anak didik mereka. Guru juga merupakan

    orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar kerana mereka

    menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-kanak berhadapan

    dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga

    peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan menengking mereka semasa

    menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya

    akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Berikut merupakan senarai atau perkara-perkara

    yang perlu diikuti dan dilakukan oleh guru untuk menjadi contoh dan teladan yang baik

    kepada pelajar-pelajarnya

    Peranan guru sebagai Role Model

    Antara peranan dan sifat-sifat seorang guru yang melayakkan dirinya untuk menjadi role

    model! atau contoh tauladan yang baik kepada masyarakat dan pelajar itu ialah dapat

    dilihat melalui pelbagai peranan yang dipikulnya sama ada secara langsung mahupun

    tidak secara langsung, antaranya ialah"

    Dari segi imej

    #ntuk menjadi seorang role model yang baik, terlebih dahulu perkara yang perlu diberi

    perhatian utama oleh guru ialah mempunyai kesihatan badan yang baik dan terjaga. $ni

    kerana seorang guru yang sihat dari segi mental dan jasmani akan dapat memberikannya

    tenaga dan keupayaan untuk menjalankan serta melancarkan tugasnya dengan sempurna.

    Sekiranya seorang guru itu tidak sihat maka sudah tentulah ia tidak dapat menjalankan

    tugasnya dengan baik dan tidak dapat mencapai objektif pembelajarannya dengan lebih

    berkesan. Selain itu kesihatan yang baik juga perlulah memiliki ji%a yang tenteram dan

    damai kerana melalui ji%a yang tenteram akan dapat menjalankan pengajaran dengan

    perasaan senang hati.

    &

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    2/9

    $mej juga dapat diperlihatkan melalui peribadi yang baik, ini termasuk cara berbahasa,

    cara berhubung, tingkah laku, tatasusila yang tinggi, baik hati, ramah tamah, boleh

    dipercayai, berpendirian yang tetap, ikhlas dalam pengajaran, cara bertindak yang

    mengarah kepada sifat positif dan sebagainya. $ni kerana golongan guru adalah golongan

    yang menjadi perhatian dan ikutan murid serta masyarakat melalui imej positif yang

    ditunjukkan oleh para guru itu sendiri.

    Selain itu imej luaran bagi seseorang guru juga memainkan peranan yang penting untuk

    membolehkannya dianggap sebagai role model!, iaitu melalui cara berpakaian yang

    baik, sopan, berpatutan dan sentiasa kemas kerana cara berpakaian ini juga

    mencerminkan keperibadian bagi seorang guru.

    Guru juga perlu menampilkan imej yang mudah bekerjasama, bertimbang rasa dan selalu

    memberi galakan atau pujian kepada murid. 'erana tingkah laku yang baik, sedikit

    sebanyak akan dapat mempengaruhi tingkah laku murid yang dididiknya sama ada secara

    langsung mahupun sebaliknya. Guru bukan saja menyuruh muridnya berkelakuan baik,

    tetapi turut mempraktikkannya, kerana kanak-kanak jarang sekali memulakan sesuatu

    tanpa adanya dorongan atau contoh yang baik diperlihatkan oleh guru sebagai peniruan

    a%al bagi kanak-kanak itu seperti mana pepatah (elayu ada mengatakan baha%a )guru

    kencing berdiri anak murid kencing berlari) atau )selangkah guru melangkah sejuta mata

    memandang). *epatah ini amat sinonim dengan sifat guru itu yang sememangnya menjadi

    tumpuan masyarakat dan menjadi pusat pemerhatian atau ikutan bagi murid-murid, di

    mana sekiranya seorang guru itu berkelakuan tidak senonoh sudah semestinyalah ia akan

    menjadi buah mulut orang ramai dan memba%a kesan buruk pada sesebuah sekolah.

    Bukan itu saja, seorang guru juga perlu memperlihatkan imej yang baik melalui tindak

    balas atau respons yang positif apabila berhadapan dengan murid, misalnya melayan

    setiap soalan murid dengan baik dan sentiasa dapat menerima apa jua bentuk kritikan

    dengan hati yang cekal. (alahan guru perlulah bersifat profesional dalam pengajarannya

    tanpa mengira latar belakang murid yang diajar, dengan erti kata lain iaitu melayan semua

    murid dalam situasi yang sama rata meskipun murid itu dari golongan elit.

    +

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    3/9

    Dari segi pengetahuan yang luas / mantap

    Seorang guru yang baik dan patut menjadi contoh adalah guru yang mengetahui psikologi

    kanak-kanak dan dapat menilai kekuatan murid dari segi badan dan ji%a serta tabiat dan

    perkembangannya. Guru juga hendaklah mempunyai pengetahuan umum tentang hal

    eh%al semasa sebagai persediaan apabila diajukan soalan yang mungkin di luar jangkaan

    atau di luar teks sukatan pelajaran.

    Seterusnya guru hendaklah memiliki banyak kebolehan dalam menghasilkan sesuatu

    pengajaran kerana kebolehan dalam memvariasikan pengajaran akan dapat mengelakkan

    kebosanan pada murid dan sekali gus menimbulkan kekaguman bagi muridnya apabila

    melihat kesungguhan pada guru mereka dan ini tidak mustahil seorang murid itu akan

    menjadikan gurunya sebagai idola dalam mencapai kejayaannya. Selain itu, penyampaian

    guru juga mestilah mempunyai kecenderungan-kecenderungan yang memerlukan

    perkembangan yang dinamik dan bukannya statik atau bersifat streotaip.

    ari sudut yang lain pula, seorang guru juga boleh mempertingkatkan pengetahuannya

    dengan cara bersikap kreatif dan mempunyai imaginasi yang tinggi serta pandai

    menggunakan pelbagai kaedah sebagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Bahkan guru yang bermotivasi dan cintakan profesinya mampu memba%a pandangan-pandangan baru yang lebih ke hadapan dan dapat memba%a pembaharuan serta kemajuan

    ejen perubahan. Sekali gus ia dapat melengkapkan dirinya dengan pelbagai

    pengetahuan serta bersedia melayani dan menggalakkan muridnya dalam apa jua

    kemahiran sebagai sokongan dan dorongan dari seorang guru kepada muridnya. /ebih-

    lebih lagi apabila seorang guru itu jarang menghampakan muridnya.

    #ntuk memantapkan pengetahuan sedia ada, seorang guru itu juga perlulah sentiasa

    berinisiatif untuk menambah pengetahuan dengan melakukan pelbagai kajian, percubaan,

    pembacaan, penyelidikan, mencari maklumat dan sebagainya. Guru yang menjadi ikutan

    bagi muridnya itu hendaklah sentiasa mempersiapkan dirinya mengikuti pembaharuan

    dan kemajuan dalam pendidikan seperti menerima kemajuan teknologi dengan

    mempelajari dan memahirkan lagi diri dalam teknologi yang diba%a oleh arus

    0

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    4/9

    kemodenan agar seorang guru itu tidak ketinggalan dan maju ke hadapan. $ni secara

    langsung dapat memainkan peranan seorang guru itu agar lebih terdedah dengan mutu

    pengajaran yang lebih dinamik selaku pendidik yang mempunyai daya ingatan yang baik,

    percaya diri sendiri, berkeyakinan dan mempunyai tekad yang kuat dalam menghadapi

    sebarang masalah yang mendatang.

    Dari segi sifat kepimpinan

    ari segi kepimpinan, seorang guru itu bolehlah dijadikan sebagai role model! yang

    asas samada kepimpinan yang dimainkan oleh seorang guru itu secara langsung mahupun

    secara tersirat. $a dapat dilihat melalui peranan guru itu sebagai pemimpin di mata

    masyarakat dan murid atau pelajar. Antara sifat-sifat kepimpinan seorang guru yang boleh

    dikatakan sebagai role model! ialah guru sebagai fasillator pemudah cara. 1egasnya di

    sini guru itu akan sentiasa memata-matai anak muridnya untuk membimbing, mengajar

    serta menggerakkan pelajar sama ada secara individu mahupun berkumpulan. *eranan

    guru sebagai penunjuk cara jelas sekali memperlihatkan sifat kepimpinan seorang guru

    itu secara tidak langsung.

    'epimpinan guru juga, bahkan dapat dilihat melalui asas ketamadunan yang diba%a oleh

    guru, iaitu memba%a budaya berfikir ke arah me%ujudkan rakyat yangbertanggungja%ab dalam pengukuhan akidah kerana berfikir merupakan anak kunci bagi

    kemajuan dan keunggulan sesebuah negara. Sebagai seorang guru yang ber%a%asan juga

    ia berkemampuan menanamkan adat dan perangai yang mulia dari segi bangsa dan agama

    melalui bentuk pengajarannya. Guru bukan saja memimpin dan membimbing ilmu

    pengetahuan bahkan pembimbing tingkah laku dan sahsiah murid termasuk cara

    menghormati, kepentingan hidup bersatu padu, percaya-mempercayai, kesihatan tubuh,

    kemajuan murid dan sebagainya yang dapat membentuk sikap baik murid.

    'epimpinan seorang guru akan dapat dilaksanakannya dengan baik apabila ia

    mempunyai pandangan dan inisiatif yang baik dalam memimpin murid. Guru sebagai

    pemimpin mestilah terlebih dahulu dapat mengendalikan pekerjaan dengan baik, teratur,

    bersistematik dan tegas dalam percakapan dan pekerjaannya yang dapat menarik minat

    2

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    5/9

    murid dengan keadaan yang menyenangkan sebelum ia menjadi ikutan atau contoh

    tauladan masyarakat dan murid. Aspek kepimpinan guru juga adalah apabila ia terus

    menerus memberi nasihat dan tindakannya bijak serta memuaskan semua pihak. Sesuai

    dengan peranannya sebagai ejen dan penggerak utama dalam proses pendidikan yang

    mana peranan ini amat strategik dalam menentukan masa depan negara dan pemangkin

    utama dalam membentuk generasi cemerlang dan bertak%a. engan cara ini baharulah

    seorang guru itu layak dikatakan sebagai role model! dalam aspek kepimpinannya.

    Dari segi emosi yang stabil

    Seorang guru semestinya akan atau sudah pernah mengalami kerenah dan masalah murid

    atau pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran. isebabkan itu persediaan emosi yang

    stabil dan cekal hati dalam menghadapi segala kerenah murid dan cabaran dalam

    pembelajaran adalah amat penting dan harus ada dalam diri seorang guru. Guru perlu

    tahu menyelesaikan setiap masalah murid dalam apa jua situasi dan ini memerlukan sikap

    dedikasi seorang guru yang tidak pilih kasih serta bersabar dalam mengulangi isi

    pelajaran yang lepas bagi murid yang lemah.

    3mosi yang stabil bagi seorang guru amat penting kerana peranan guru itu meliputi

    segala aspek bukan saja pendidikan tetapi pembentuk sahsiah murid. 4adi di sini gurumemikul banyak tanggung ja%ab yang bukan saja mengajar malahan menjadi kaunselor

    kepada murid yang bermasalah. $a perlu memotivasikan dirinya dahulu sebelum

    memotivasikan orang lain misalnya memberi motivasi bagi kanak-kanak iaitu motivasi

    dalaman, contohnya sifat ingin belajar dari kanak-kanak itu sendiri perlu dipupuk dan

    motivasi luaran seperti keinginan belajar yang datang dari sekeliling yang membuatkan

    kanak-kanak itu belajar. ari sinilah emosi yang stabil itu memerlukan pemikiran guru

    yang rasional dan sentiasa bersedia membantu pelajarnya apabila diperlukan.

    Dari segi mencorak peribadi murid

    Sebagai role model, guru adalah orang yang bertanggungja%ab dalam mencorak murid

    supaya menjadi manusia yang benar-benar berguna terhadap masyarakat dan negaranya.

    $ni termasuklah membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia serta memberi contoh yang

    5

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    6/9

    menjadi ikutan seluruh lapisan masyarakat. (encorak peribadi murid itu adalah bermula

    dari mendidik kanak-kanak mentah menjadi manusia yang berguna. leh itu, guru adalah

    merupakan orang yang terpenting dalam membangun dan membina sesebuah masyarakat,

    lebih-lebih lagi masyarakat sekolah.

    i samping itu, peranan guru sebagai pencorak peribadi murid juga ialah mampu

    mencipta suasana harmoni sesama murid agar bertolak ansur dan bertanggungja%ab.

    (alahan profesi guru ini juga merupakan pengasas kepada kejayaan murid disebabkan

    peranan guru itu sendiri sebagai tulang belakang kepada sistem pendidikan yang dapat

    merealisasikan transformasi pendidikan sepertimana yang dicita-citakan oleh kerajaan

    dalam pencorakan utama guru yang baik dan ikhlas mendidik anak muridnya.

    Dari segi pembentukan watak murid

    i sebabkan pembelajaran bersangkutan dengan pembentukan %atak yang erat. (aka

    guru haruslah sedar baha%a sekolah adalah diharapkan dapat mempengaruhi

    pembentukan %atak, iaitu melalui empat faktor berikut"

    i. *engaruh dari keperibadian guru itu sendiri.

    ii. *engaruh rakan sebaya.

    iii. *engaruh pelajaran.

    iv. *engaruh kaedah mengajar.

    4elaslah di sini baha%a melalui pengaruh keperibadian guru dan pengaruh kaedah

    mengajar di atas adalah antara faktor utama yang dapat membentuk %atak seseorang

    murid, guru seharusnya me%ujudkan tauladan yang baik dalam menjalankan tugas, suka

    memaafkan, tolong-menolong, memerintah dengan jalan yang betul dan adil, melarang,

    menghukum yang berpatutan, tidak melakukan sebarang bentuk kekerasan, memberi

    hadiah serta mendorong murid ke arah kebaikan. Sekiranya seorang guru ingin berjaya, ia

    seharusnya menunjukkan yang beliau mengambil berat dan peka tentang kemajuan

    murid-muridnya. $ni merangkumi pertumbuhan dan perkembangan jasmani serta rohani

    murid, termasuklah tegas dalam mendidik murid yang mempunyai masalah sahsiah atau

    disiplin yang teruk agar dapat membentuk murid yang bermasalah ini ke arah pemulihan

    6

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    7/9

    tingkah laku yang positif. Selain itu, guru juga menjadi pembentuk murid sepertimana

    yang dikehendaki bagi kemajuan negara. Sebagaimana yang telah dikatakan oleh

    *rofesor r. Atan /ong iaitu"

    "Guru-guru yang menjadi pemimpin patut mengubah cara berfikir mereka dengan

    memberikan pertimbangan yang lebih kepada murid-murid, tidak menentukan apa corak

    yang patut diterima oleh murid-murid, tetapi memperbaiki corak-corak yang telah sedia

    ada pada murid-murid itu sendiri supaya menjadi manusia yang sebaik-baiknya".

    Guru yang sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki dirinya dan

    mengikuti dunia sekelilingnya bukan saja akan dapat menambahkan pengetahuannya

    malahan juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid agar lebih giat belajar.

    Sebagai contoh tauladan kepada murid dan masyarakat guru juga perlu faham ji%a murid

    dan berasa bertanggungja%ab untuk membentuk insan yang berkualiti dan membina

    insan yang kamil iaitu mentarbiah murid semasa di alam persekolahan, penggerak

    pembangunan ummah yang sempurna dan pemegang amanah dalam menjalankan tugas.

    Dari segi cara bersosial sebagai pengembang atau ejen sosial.

    *erasaan bersosial dalam diri kanak-kanak sudah %ujud sejak kecil lagi dan ia hendaklah

    disuburkan dengan cara yang baik dan menggunakan pendekatan sosial secara psikologi

    dan perpatutan dengan tahap perkembangan seseorang kanak-kanak itu. 4adi asas bagi

    pendidikan sosial ini adalah terdapat dalam lingkungan pendidikan sosial di sekolah.

    Sekolah haruslah mengendalikan latihan praktikal yang didahului oleh guru, contohnya

    seperti mengadakan permainan, sukan, hari perayaan bersama atau menyelesaikan dan

    berbincang dengan guru dalam masalah pelajaran. $ni secara tidak langsung boleh

    mengajar seseorang kanak-kanak itu supaya berani bersosial dalam cara yang baik.

    alam erti kata yang lain, guru juga sebagai ka%an dalam hubungannya dengan murid.

    Guru juga sebagai orang tengah dan penghubung antara rakyat dan kerajaan dan dari

    sinilah juga dapat diketahui baha%a peranan seorang guru bukan saja kepada muridnya

    malahan juga kepada masyarakatnya iaitu sebagai pendamping rapat di luar sekolah,

    penghidupan, siahsah kemasyarakatan, kesusasteraan dan kesenian. leh itu

    7

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    8/9

    setentunyalah seorang guru perlu me%ujudkan hubungan yang mesra sesama guru yang

    lain agar menjadi contoh yang baik bagi murid.

    Sebenarnya ada banyak cara bagi seorang guru mengajarkan cara bersosial kepada murid-

    muridnya iaitu antaranya ialah turut serta atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan

    dengan murid sebagai contoh terdekat dalam bersosial, memba%a reformasi untuk

    kepentingan masyarakatnya dengan cara mendampingi diri dengan aktiviti masyarakat,

    cara ini sedikit sebanyak akan mendapat pemerhatian oleh murid dalam melihat cara

    gurunya bertingkah laku dan bergaul dengan orang ramai yang sekali gus dapat menjadi

    ikutan bagi murid-murid itu. Guru yang sentiasa bergabung diri dan bercampur pandai

    bergaul dan menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling juga akan dapat

    me%ujudkan keselesaan yang sesuai dengan kebudayaan, bangsa dan undang-undangbagi sesuatu tempat. leh itu, dalam dalam hal ini setentunyalah seorang guru itu dalam

    bersosial perlulah mempunyai mental life yang terbuka.

    esimpulan

    Sebagai kesimpulan seorang guru yang dikatakan sebagai pendidik itu adalah )role model)

    terbaik dalam pembentukan modal insan.leh itu, bolehlah dikatakan baha%a masa

    depan kanak-kanak dalam dunia moden kini sedikit sebanyak adalah hasil daripadapengaruh guru yang telah banyak mendidik mereka dalam sistem formal yang telah

    dilalui oleh kanak-kanak itu. 1idak dapat disangkalkan baha%a para pemimpin, juru bina,

    ahli-ahli ekonomi dan setiap anggota masyarakat yang menghadapi cabaran hidup

    masing-masing, semuanya telah menemui para guru terlebih dahulu semasa bersekolah

    sebelum berjaya menduduki ja%atan yang mereka ja%at sekarang ini.

    Selain itu, guru juga mempunyai pengaruh yang luas dan berkesan dikalangan muridnya,

    oleh sebab itu jika kuasa seorang guru itu disalahgunakan sama ada dengan disedari atau

    sebaliknya, maka akibatnya akan melembapkan dan menghancurkan generasi masyarakat

    akan datang. 4adi di sini adalah menjadi tugas guru bagi menjaga taraf profession ini

    dengan mengekalkan prestasi yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat, murid,

    bangsa, agama dan 8egara.

    9

  • 8/12/2019 guru contoh teladan kepada pelajar

    9/9

    :