guru beretika adalah guru yang berakauntibiliti

2
GURU BERETIKA ADALAH GURU YANG BERAKAUNTIBILITI. TINI: KATA ALUAN IJAH: Etika Teping : Akauntabiliti Tini: Berbalik kepada topic perbincangan kita pada hari ini, sejauhmana anda bersetuju dengan kenyataan Guru beretika adalah guru yang berkualiti? Qwen: Jika dilihat, akauntabiliti guru ini terbahagi kepada empat dan salah satunya ialah akauntabiliti terhadap murid. Seorang guru terhadap muridnya haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Disamping itu, guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Di samping itu, seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama. Hal ini sebenarnya selaras dengan Kod etika keguruan yang menggariskan tanggungjawab terhadap pelajar. Oleh yang demikian, pada hemat saya , saya amat bersetuju dengan kenyataan guru yang beretika adalah guru yang berkualiti kerana dari pengamalan etika guru maka lahirnya guru yang berakauntabiliti. Tini: terima kasih saudari qwen. Baiklah, berbalik kepada saudara teping, bagaimana saudara melihat etika dan akauntabiliti itu pada masa yang sama? Teping: Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. bagi mencapai standard itu, seorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, betatasusila dan mengamalkan nilai- nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya. Ianya juga dapat membendung guru daripada insiden-insiden yang bakal menghancurkan kariernya sendiri. Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan.

Upload: kartini-japar

Post on 06-Sep-2015

279 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perbincangan Tutorial

TRANSCRIPT

GURU BERETIKA ADALAH GURU YANG BERAKAUNTIBILITI.TINI: KATA ALUAN

IJAH: Etika

Teping : Akauntabiliti

Tini: Berbalik kepada topic perbincangan kita pada hari ini, sejauhmana anda bersetuju dengan kenyataan Guru beretika adalah guru yang berkualiti?

Qwen: Jika dilihat, akauntabiliti guru ini terbahagi kepada empat dan salah satunya ialah akauntabiliti terhadap murid. Seorang guru terhadap muridnya haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Disamping itu, guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Di samping itu, seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama. Hal ini sebenarnya selaras dengan Kod etika keguruan yang menggariskan tanggungjawab terhadap pelajar. Oleh yang demikian, pada hemat saya , saya amat bersetuju dengan kenyataan guru yang beretika adalah guru yang berkualiti kerana dari pengamalan etika guru maka lahirnya guru yang berakauntabiliti.Tini: terima kasih saudari qwen. Baiklah, berbalik kepada saudara teping, bagaimana saudara melihat etika dan akauntabiliti itu pada masa yang sama?Teping: Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. bagi mencapai standard itu, seorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, betatasusila dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya. Ianya juga dapat membendung guru daripada insiden-insiden yang bakal menghancurkan kariernya sendiri. Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil, akan tetapi tanggungjawab yang dipikul merupakan suatu aset besar yang dipertaruhkan kepada kita. Aset itu adalah seorang murid, yang merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang pewaris yang bakal menentukan masa depan negara.Tini: terima kasih. Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan ada dinyatakan bahawa Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. Boleh saudari ulas sedikit mengenai kenyataan ini.Ijah: Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Perkara inilah yang menjadi asas kepada akauntabiliti guru terhadap ibu bapa.

Guru sebagai seorang yang memegang amanah ibu bapa murid supaya mendidik dan membentuk peribadi murid menjadi modal insan yang cemerlang perlulah memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Penutup: Etika Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa.

Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.