borang pengesahan status tesis - fp.utm.my lek jen.tp.pdf · organisasi adalah 3.61. kesediaan...

27
PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: AMALAN GURU BESAR DALAM MEMPERTINGKATKAN KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH KURANG MURID DAERAH MUAR SESI PENGAJIAN: 2011/2013 Saya LIM LEK JEN (MP101601) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan. TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.12, JALAN PUTERA 5, DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR TAMAN PUTERA INDAH, Nama Penyelia JALAN SALLEH, 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh : ____________________ Tarikh : ____________________

Upload: vucong

Post on 14-Jul-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA �

CATATAN : CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: AMALAN GURU BESAR DALAM MEMPERTINGKATKAN KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH KURANG MURID DAERAH MUAR

SESI PENGAJIAN: 2011/2013

Saya LIM LEK JEN (MP101601) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( � ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO.12, JALAN PUTERA 5, DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR TAMAN PUTERA INDAH, Nama Penyelia JALAN SALLEH, 84000 MUAR, JOHOR.

Tarikh : ____________________ Tarikh : ____________________

��

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR

Tarikh : FEBRUARI 2013

AMALAN GURU BESAR DALAM MEMPERTINGKATKAN

KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH KURANG MURID DAERAH MUAR

LIM LEK JEN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2013

ii

“Saya mengakui karya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………....

Nama Penulis : LIM LEK JEN

Tarikh : FEBRUARI 2013

iii

DEDIKASI

�����������

��� ����������������������������

���������

��� ����������������� ��������������������� �

������������

��� ��������������� ����������� ����������� �����

���������������������������

��� �������������� ������

������������

��������������� �

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

penghargaan yang tulus ikhlas dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia

kajian iaitu Dr. Lokman Bin Mohd. Tahir di atas kesabaran beliau untuk memberi

tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, motivasi, idea dan cadangan yang membina di

samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anuar

Bin Abdul Rahman, selaku penyelaras program atas segala bantuan dan sokongan

yang diberikan sepanjang program pengajian dijalankan, pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Muar,

guru besar dan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah

kurang murid daerah Muar serta kawan-kawan sekalian kerana terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan

kajian ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih teristimewa untuk keluarga tercinta saya

kerana keprihatinan, galakan dan sokongan yang diberikan kepada saya serta

memahami masalah-masalah yang saya hadapi semasa menjalankan kajian.

Jasa baik, kerjasama dan pengorbanan daripada semua pihak amat saya hargai

dan sanjung tinggi. Dengan ini, saya akhiri dengan jutaan terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan guru besar dalam mempertingkatkan kepimpinan guru, kesediaan guru untuk menjadi pemimpin kepada rakan guru, ciri-ciri kelayakan dan ciri-ciri penghalang untuk menjadi guru pemimpin daripada persepsi guru di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid (SKM) daerah Muar, Johor. Kajian ini telah dijalankan di 15 buah sekolah yang melibatkan seramai 150 orang responden. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data daripada responden. Kajian rintis yang melibatkan seramai 10 orang guru telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kategori SKM daerah Muar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan guru besar daripada persepsi guru berdasarkan nilai purata skor min pada dimensi sokongan guru besar ialah 4.04, dimensi struktur fizikal adalah 3.85, dimensi kejelasan peranan sebagai guru pemimpin ialah 3.77 dan dimensi struktur organisasi adalah 3.61. Kesediaan guru-guru untuk menjadi pemimpin kepada rakan guru memperoleh nilai purata skor min sebanyak 3.84. Enam ciri kelayakan utama menjadi guru pemimpin daripada persepsi guru adalah bijak membuat keputusan, bersifat rasional, dapat berkomunikasi secara berkesan, berkomitmen, berkeupayaan dan kreatif. Ciri-ciri penghalang menjadi guru pemimpin daripada persepsi guru mengikut keutamaan adalah bebanan tugas yang banyak, budaya sekolah yang kurang memberi sokongan, rakan sejawat yang kurang memberi sokongan, ketegangan masa, ketidakjelasan definisi berkaitan dengan guru pemimpin dan pemilihan guru pemimpin oleh pihak pentadbiran. Satu model peningkatan kepimpinan guru adalah diperlukan untuk membuat kawalan, penyeliaan dan penilaian ke atas proses peningkatan kepimpinan guru bagi menjamin keberkesanan guru pemimpin yang dijalankan di sekolah. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengenal pasti ciri-ciri guru pemimpin yang dianggap baik dan diingini serta boleh diterima mudah oleh semua pihak.

vi

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the practice of enhancing teacher leadership by headmaster, teacher readiness to become leaders to colleagues, eligibility criterias and the resistance factors to be teacher leaders of the teachers’ perception among teachers of national-type Chinese primary school category less students (SKM) Muar, Johor. This study was conducted in 15 primary schools in Muar, involving 150 respondents. Questionnaires were used to collect data. A pilot study involved a sample of 10 teachers was carried out at one of the national-type Chinese primary school category SKM in Muar, Johor. The results showed that the practice of enhancing teacher leadership by headmaster in supporting dimension obtained mean 4.04, physical structure dimension obtained mean 3.85, dimensions of role clarity as a teacher leaders obtained mean 3.77 and dimensions of organizational structure obtained mean 3.61. The readiness of teachers to become leaders to colleagues earned value mean score 3.84. The six major qualification features to become teacher leader according to teachers’ preference are intelligence in making decision, rational, able to communicate effectively, committed, capable and creative. The six prohibitive factor become teacher leaders by teachers’ perception in order of importance is that a lot of workload, school culture less supportive, less peer support, time limit, ambiguity related to the definition of teacher leaders and selection of teacher leaders by the administration. A model of enhancing teacher leadership is needed to control, supervise and evaluate of teachers’ leadership improvement process to ensure effective teacher leadership carried out in schools. In addition, also helps to identify the characteristics that are considered good teacher leader, and can be easily accepted by all parties.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Rasional 7

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 9

1.7.1 Guru Besar 10

1.7.2 Guru 10

1.7.3 Guru Pemimpin 11

1.7.4 Kepimpinan Guru 11

1.8 Penutup 12

viii

2 SOROTAN PENULISAN 13

2.0 Pengenalan 13

2.1 Definisi Kepimpinan 15

2.2 Kepimpinan Guru 16

2.3 Peranan Kepimpinan Guru 18

2.4 Ciri-ciri Peranan Kepimpinan Guru 22

2.5 Amalan-amalan Guru Pemimpin 24

2.6 Cabaran-cabaran Kepimpinan Guru 25

2.7 Konsep Kepimpinan Guru 26

2.7.1 Kepimpinan Secara Bersama, Kolektif dan

Kolaboratif 27

2.7.2 Delegasi 30

2.7.3 Pengupayaan (Empowerment) 33

2.7.4 Organisasi Pembelajaran

(Learning Organization – LO) 38

2.7.5 Professional Learning Communities (PLCs) 42

2.7.6 Model Pemimpin 360° 47

2.8 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan

Kepimpinan Guru 49

2.9 Kepentingan Kepimpinan Guru 50

2.10 Faedah-faedah Kepimpinan Guru 54

2.11 Kajian-kajian Lepas 55

2.12 Penutup 64

3 METODOLOGI 65

3.0 Pengenalan 65

3.1 Reka Bentuk Kajian 66

3.2 Tempat, Populasi dan Persampelan 66

3.3 Instrumentasi 67

3.4 Takwim Penyelidikan 70

3.5 Kajian Rintis 72

3.6 Data Analisa 72

3.7 Penutup 74

ix

4 ANALISIS DATA 75

4.0 Pengenalan 75

4.1 Analisis Latar Belakang Responden Kajian 76

4.1.1 Jantina 76

4.1.2 Status Perkahwinan 77

4.1.3 Umur Responden 77

4.1.4 Kelulusan Akademik 78

4.1.5 Pengalaman Mengajar 79

4.1.6 Tempoh Berkhidmat Di Sekolah Semasa 79

4.2 Amalan Guru Besar Dalam Mempertingkatkan

Kepimpinan Guru 80

4.2.1 Dimensi 1: Kejelasan Peranan Sebagai

Guru Pemimpin 81

4.2.2 Dimensi 2: Struktur Fizikal Sekolah 82

4.2.3 Dimensi 3: Struktur Organisasi Sekolah 84

4.2.4 Dimensi 4: Sokongan Guru Besar 85

4.3 Rumusan Skor Min Amalan Guru Besar Dalam

Mempertingkatkan Kepimpinan Guru 87

4.4 Kesediaan Guru-guru Untuk Menjadi Guru Pemimpin 89

4.4.1 Ciri-ciri Kelayakan Untuk Menjadi Guru Pemimpin 92

4.4.2 Ciri-ciri Penghalang Untuk Menjadi Guru Pemimpin 94

4.5 Analisis Temu bual 96

4.5.1 Analisis Soalan 1: Takrifan Guru Pemimpin 96

4.5.2 Analisis Soalan 2: Ciri-ciri Kelayakan

Guru Pemimpin Yang Paling Utama 97

4.5.3 Analisis Soalan 3: Ciri-ciri Penghalang Untuk

Menjadi Guru Pemimpin 103

4.6 Penutup 109

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 111

5.0 Pengenalan 111

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian 112

5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 114

x

5.2.1 Amalan Guru Besar Dalam Mempertingkatkan

Kepimpinan Guru 114

5.2.2 Kesediaan guru-guru untuk Menjadi Guru Pemimpin 116

5.2.3 Ciri-ciri kelayakan Untuk Menjadi Guru Pemimpin 118

5.2.4 Ciri-ciri Penghalang Untuk Menjadi Guru Pemimpin 120

5.3 Cadangan 123

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 124

5.5 Rumusan 124

SENARAI RUJUKAN 126

LAMPIRAN 146

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Penentuan Saiz Sampel, Krejcik Dan Morgan (1970) 67

3.2 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 68

3.3 Takwim Tindakan Penyelidikan 70

3.4 Kaedah Analisis Data 73

3.5 Tahap Kecenderungan Mengikut Skor Min

(Sumber: Landell, 1997) 73

4.1 Analisis Jantina Responden Kajian 76

4.2 Analisis Status Perkahwinan Responden Kajian 77

4.3 Analisis Umur Responden Kajian 77

4.4 Analisis Kelulusan Akademik Responden Kajian 78

4.5 Analisis Pengalaman Mengajar Responden Kajian 79

4.6 Tempoh Berkhidmat Di Sekolah Semasa Responden Kajian 80

4.7 Amalan Guru Besar Dalam Dimensi Kejelasan Peranan

Sebagai Guru Pemimpin 81

4.8 Amalan Guru Besar Dalam Dimensi Struktur Fizikal Sekolah 83

4.9 Amalan Guru Besar Dalam Dimensi Struktur Organisasi Sekolah 84

4.10 Amalan Guru Besar Dalam Dimensi Sokongan Guru Besar 86

4.11 Purata Skor Min Amalan-amalan Guru Besar Dalam

Mempertingkatkan Kepimpinan Guru 88

4.12 Kesediaan Guru-guru Untuk Menjadi Guru Pemimpin 89

4.13 Ciri-ciri Kelayakan Seorang Guru Pemimpin Daripada Perspektif

Guru-guru 92

4.14 Ciri-ciri Penghalang Menjadi Seorang Guru Pemimpin Daripada

Perspektif Guru-guru 94

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Perbandingan Amalan-amalan Guru Besar Dalam

Dimensi Kejelasan Peranan Sebagai Guru Pemimpin 82

4.2 Perbandingan Amalan-amalan Guru Besar Dalam

Dimensi Struktur Fizikal Sekolah 83

4.3 Perbandingan Amalan-amalan Guru Besar Dalam

Dimensi Struktur Organisasi Sekolah 85

4.4 Perbandingan Amalan-amalan Guru Besar Dalam

Dimensi Sokongan Guru Besar 87

4.5 Perbandingan Purata Skor Min Amalan-amalan Guru Besar

Dalam Mempertingkatkan Kepimpinan Guru 88

4.6 Perbandingan Item-item Kesediaan Guru Untuk Menjadi

Guru Pemimpin Kepada Rakan Guru Di Sekolah 91

4.7 Perbandingan Ciri-ciri Kelayakan Untuk Menjadi

Guru Pemimpin Daripada Perspektif Guru-guru 93

4.8 Perbandingan Ciri-ciri Penghalang Untuk Menjadi

Guru Pemimpin Daripada Perspektif Guru-guru 95

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan �

Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 146

B Surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor 147

C Surat Pejabat Pelajaran Daerah Muar 148

D Surat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 149

E Protokol Temubual 151

F Transkrip Temubual 153

G Contoh Borang Soal Selidik 166

H Data SPSS 176

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan serta transformasi

sesebuah negara. Pendidikan ialah proses memberi ilmu pengetahuan kepada seseorang

modal insan bagi melakukan perubahan positif pada dirinya.

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan formal berstruktur organisasi

yang diterajui oleh guru besar sebagai peneraju utama kepimpinan di peringkat sekolah.

Sebagai peneraju, pengetua atau guru besar ini akan menentukan pembangunan sesebuah

sekolah serta memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju

kejayaan sesebuah sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada gaya

kepemimpinan guru besar di sesebuah sekolah (Shukor, 1995). Guru besar tidak mampu

menjalankan sebarang aktiviti atau program secara bersendirian tanpa penyertaan para

guru. Oleh yang demikian, kepimpinan guru harus dipupuk dalam kalangan guru-guru

bagi meningkatkan kebolehan dan kecekapan guru-guru dalam menguruskan hal-hal

sekolah sama ada dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah ataupun bidang

akademik. Komitmen guru-guru terhadap tugas yang diamanahkan adalah penting bagi

mempertingkatkan prestasi sesebuah sekolah.

Hussein (1993) dan Edmonds (1979) berpendapat bahawa pengetua atau guru

besar haruslah mempunyai pelbagai kebolehan, selain berkebolehan untuk mengajar

yang dapat dijadikan teladan kepada para guru, beliau juga harus berkebolehan untuk

2

menginterpretasikan perubahan dalam sekolah, berkemahiran menggunakan gaya

kepimpinan yang bersesuaian dan tepat pada situasi yang berlainan, mampu

memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited dengan

segala urusan dan aktiviti di sekolah.

Guru besar seharusnya berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, proaktif dan

berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut

perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing serta berusaha untuk

melonjakkan pencapaian sekolah ke peringkat yang paling gemilang.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pengetua atau guru besar di sekolah mempunyai tanggungjawab untuk

menjalankan pelbagai tugas dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kadang-kala

beliau terpaksa menghadapi tugas-tugas yang bersifat ad-hoc iaitu tugasan yang serta-

merta dan tidak diduga. Situasi ini akan menambahkan bebanan tugas dan tekanan

kepada pengetua atau guru besar.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian ke atas realiti kesibukan pengetua dalam

pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 1987. Kajian mendapati bahawa semua

pengetua di enam buah sekolah yang dikaji di Wilayah Persekutuan dan Selangor sibuk

dengan tugas-tugas pentadbiran pejabat termasuk urusan kewangan, urusan staf, surat-

menyurat, melayani pelawat, memberi penerangan dan taklimat, bermesyuarat,

mengadakan perjumpaan dengan pelajar dan ibu bapa.

Dapatan kajian Azlin (2004) menyokong dapatan kajian Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian Azlin

3

menyatakan bahawa amalan pengurusan pengetua di enam buah sekolah yang dikaji

selama 351 jam didapati aktiviti mesyuarat dilakukan sebanyak 66.4%, tugasan pejabat

sebanyak 19.8%, aktiviti rondaan pula sebanyak 7.6%, membuat dan menjawab

panggilan telefon adalah 4.3%, melakukan pengajaran di bilik darjah sebanyak 1.1%

dan pencerapan guru adalah 0.7%.

Kajian yang dilakukan oleh Ramlan (1988) menyatakan bahawa pentadbir

sekolah dikehendaki mengendalikan tanggungjawab pengurusan kurikulum dan

pengajaran, pengurusan pelajar, pengurusan guru dan staf sokongan bukan guru,

pengurusan pentadbiran harian pejabat sekolah, urusan kewangan, urusan kemudahan

fizikal dan prasarana sekolah serta mewujudkan jalinan hubungan yang baik antara

sekolah dengan stake holder atau komuniti setempat. Keadaan ini secara tidak langsung

telah menambahkan beban tugas seseorang pengetua atau guru besar. Dapatan kajian

Gaitri (1970) turut menyatakan bahawa pengetua atau guru besar lebih cenderung untuk

melakukan aktiviti perancangan dan tugasan pentadbiran sekolah sehingga

menyebabkan beliau berkemungkinan mengurangkan aktiviti kepimpinan pengajaran di

sekolah.

Jefri (2004) menyatakan kajian National Union of The Teaching Profession

(NUTP) Malaysia atau Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan yang dijalankan

di Wilayah Persekutuan dari bulan Februari sehingga Mac 1998 mendapati bahawa

pengetua yang dikaji tidak mengajar lima jam seminggu seperti yang diarahkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala, sebanyak 65% daripada pengetua yang

terlibat dalam kajian pula jarang berada di sekolah kerana sibuk untuk mengikuti kursus,

mesyuarat dan hal-hal pengurusan yang lain di luar sekolah. Secara tidak langsung,

dapatan ini menggambarkan bahawa kesibukan pengetua atau guru besar dengan

longgokan bebanan tugas semakin bertambah dan kadang kala mengalami kesuntukan

masa untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Maka, pengetua atau guru

besar akan melakukan pengupayaan atau empowerment serta pengagihan tugas kepada

guru penolong kanan, guru kanan bidang, guru panitia, guru kelas atau guru-guru biasa

4

untuk membantu beliau dalam menguruskan sekolah dan meningkatkan keberkesanan

sekolah. Maka, kepimpinan guru wajar dititikberatkan dan dibangunkan di sekolah.

Menurut Busher dan Harris (2000), pengetua atau guru besar dihuraikan

mempunyai pelbagai bentuk kepemimpinan seperti teknikal, transaksional,

transformasional, instruktional, fasilitatif dan moral. Walaupun stail kepimpinan

pengetua atau guru besar boleh berbeza-beza mengikut situasi, misalnya autokratik,

demokratik dan sebagainya, namun, keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai melalui

penyertaan semua pihak terutamanya pihak guru dan pelajar. Pelaksanaan program-

program sekolah memerlukan penglibatan guru dan anggota staf sekolah, malah,

pengetua atau guru besar seharusnya menentukan hala tuju, visi dan misi sekolah

bersama-sama dengan guru dan warga sekolah yang lain.

Menurut Gabriel (2005), pengetua atau guru besar wajar menggalakkan

perkembangan kepimpinan dan membina kapasiti dalam kalangan semua gurunya

kerana tanggungjawab pengetua atau guru besar semakin berat dan tugas beliau semakin

kompleks dan sukar, maka, pengetua atau guru besar memerlukan satu pasukan yang

mantap untuk menguruskan sekolah dengan cekap dan berkesan. Kerja berpasukan ini

memerlukan komitmen, kompetensi dan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahlinya, oleh

itu, adalah wajar untuk seseorang pengetua atau guru besar memperkembangkan

kepimpinan guru di sekolah.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti teras yang menjadi tunggak

kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah. Maka, pemimpin sekolah iaitu guru besar

yang berpengalaman dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ketika

menjadi guru biasa kini bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaannya dan

memastikan ia berjalan dengan lancar.

Pemimpin sekolah perlu peka dengan keperluan semasa, kehendak guru dan

kehendak pelajar. Oleh yang demikian, pemantauan menyeluruh mengenal pasti prestasi

5

merupakan langkah awal pemimpin untuk meningkatkan perkhidmatan sedia ada.

Perkongsian pengalaman dalam bidang tugas mengajar atau pentadbiran adalah lebih

berkesan bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berkecemerlangan

akademik dan kesempurnaan sahsiah di mata dunia. Suntikan semangat, bimbingan,

sokongan dan motivasi daripada pemimpin sekolah haruslah berterusan agar guru-guru

dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sedia berganding bahu dalam memenuhi

aspirasi sekolah untuk mencapai kecemerlangan.

1.2 Pernyataan Masalah

Banyak kajian telah dilakukan terhadap kepimpinan pengetua atau guru besar

(Crowther, 1997; Sashkin dan Sashkin, 1993) berbanding dengan peranan kepimpinan

guru. Menurut Banathy (1991), systemic change merupakan perubahan yang berlaku

pada sesuatu bahagian dalam sistem organisasi yang akan memberi impak kepada

keseluruhan organisasi dan seterusnya membawa perubahan baru kepada organisasi

tersebut. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru di sekolah, guru

adalah suatu unit organisasi yang akan mempengaruhi pencapaian murid-murid dan

keberkesanan sesebuah sekolah. Ini kerana guru-guru adalah individu yang berbeza

maka sumbangan mereka kepada kecemerlangan sekolah turut berlainan mengikut diri

mereka.

Sekolah merupakan suatu unit pendidikan, guru-guru perlu melibatkan diri dalam

aspek peranan kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan. Tanggungjawab

utama guru terhadap pengajaran adalah memastikan pencapaian program pendidikan

yang berkesan. Akan tetapi, tanggungjawab ini turut meliputi mengadakan matlamat dan

objektif pengajaran dan pembelajaran, membimbing murid-murid agar potensi mereka

dalam bidang kurikulum atau kokurikulum dapat dicungkilkan dan dipertingkatkan,

membuat keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerjasama dengan guru-guru lain

6

supaya matlamat boleh dicapai. Sparks (2003) menyatakan bahawa guru adalah ejen-

ejen perubahan yang penting dalam usaha untuk mewujudkan sekolah yang berkesan.

Blase dan Blase (1998) pula mengatakan bahawa asas kejayaan sebuah sekolah

bukannya disebabkan oleh pengetua atau guru besar sahaja tetapi adalah didorong oleh

koordinasi dan kolaborasi para guru selaku pemimpin pengajaran manakala pengetua

adalah sebagai penyelaras atau pentadbir sekolah.

1.3 Objektif kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau amalan guru besar dalam

mempertingkatkan kepimpinan guru di sekolah kurang murid daerah Muar, Johor.

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti amalan guru besar dalam mempertingkatkan kepimpinan guru di

sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid (SKM) di

daerah Muar, Johor.

ii. Mengenal pasti sama ada guru-guru bersedia untuk menjadi pemimpin kepada

rakan guru di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid

(SKM) di daerah Muar, Johor.

iii. Mengenal pasti ciri-ciri yang berkelayakan untuk menjadi guru pemimpin hasil

maklum balas guru-guru.

iv. Mengenal pasti ciri-ciri penghalang untuk menjadi guru pemimpin hasil maklum

balas guru-guru.

7

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian berikut:

i. Apakah amalan guru besar dalam mempertingkatkan kepimpinan guru di sekolah

rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid (SKM) di daerah

Muar, Johor?

ii. Adakah guru bersedia untuk menjadi pemimpin kepada rakan guru di sekolah

rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid (SKM) di daerah

Muar, Johor?

iii. Apakah ciri-ciri yang berkelayakan untuk menjadi guru pemimpin hasil maklum

balas guru-guru?

iv. Apakah ciri-ciri penghalang untuk menjadi guru pemimpin hasil maklum balas

guru-guru?

1.5 Rasional

Kajian ini dilakukan agar dapat memberi kesedaran kepada pihak pentadbir atau

pemimpin sekolah bahawa guru-guru merupakan warga sekolah yang memainkan

peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan sekolah. Maka, kepimpinan guru

haruslah dipupuk dan potensi kepimpinan guru-guru patut dicungkil agar dapat

menggerakkan sekolah ke arah kecemerlangan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kepimpinan di sekolah biasanya tertumpu

kepada kepimpinan pengetua ataupun guru besar. Namun, keberkesanan sekolah hanya

dapat dicapai melalui penyertaan semua pihak warga sekolah, khususnya pihak guru dan

pelajar. Pelaksanaan program-program sekolah perlu melibatkan guru dan anggota staf

sokongan bagi menjayakannya. Malahan, pengetua atau guru besar harus menentukan

hala tuju dan misi sekolahnya bersama-sama guru dan warga sekolah yang lain agar

8

permuafakatan dapat dicapai. Pengetua ataupun guru besar memerlukan suatu pasukan

yang mantap untuk menguruskan sekolah dengan cekap dan berkesan. Kerja berpasukan

yang diwujudkan pula memerlukan komitmen, kompetensi dan kepimpinan dalam

kalangan ahli-ahlinya. Oleh itu, pengetua wajar menggalakkan perkembangan

kepimpinan dan membina kapasiti kepimpinan dalam kalangan semua gurunya (Gabriel,

2005). Maka, kepimpinan guru memainkan peranan penting dalam pengurusan sekolah

bagi meningkatkan keberkesanan sekolah.

Bukan setakat itu sahaja, perkara yang paling utama daripada kajian ini bukan

tertumpu kepada keperluan akademik sahaja, malah ia menjadi suatu senario atau

panduan yang bermanfaat untuk pengurusan pendidikan kepada pihak-pihak tertentu

seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak pemimpin sekolah iaitu pengetua atau guru

besar. Hasil kajian diharapkan dapat dijadikan bahan rujukan untuk mengambil

langkah-langkah pengukuhan dan peneguhan terhadap pengurusan sekolah. Maklum

balas daripada responden kajian diharapkan dapat membantu pengetua, guru besar atau

bakal guru besar untuk menentukan jenis gaya kepimpinan yang perlu dilaksanakan di

sekolah mengikut kesesuaian keadaan, memastikan keselesaan, keharmonian dan

kepuasan kerja guru wujud dalam suasana pekerjaan agar dapat melicinkan lagi proses

pengurusan sekolah dan menjamin keberkesanan sekolah.

Kajian ini dilakukan dengan harapan untuk memberi kesedaran kepada pihak

pentadbir sekolah bahawa kepimpinan guru harus diberi keutamaan dan perhatian yang

sewajarnya. Malah, kepimpinan guru harus dipupuk bagi mengoptimumkan potensi

mereka untuk memimpin supaya dapat meningkatkan keberkesanan sekolah secara

keseluruhan.

9

1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dilakukan menemui beberapa kekangan seperti yang berikut:

i. Kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina

kategori sekolah kurang murid (SKM) di daerah Muar, Johor sahaja.

ii. Pemilihan kaedah pengumpulan data mengakibatkan penyelidikan ini bergantung

sepenuhnya dengan jawapan yang diberikan oleh responden melalui borang soal

selidik sahaja.

iii. Kajian ini hanya mengambil kira keberkesanan amalan guru besar dalam

mempertingkatkan kepimpinan guru daripada persepsi guru sendiri sahaja.

iv. Kesibukan para guru dalam menyelesaikan tugasan-tugasan dan komitmen-

komitmen lain di sekolah selain tumpuannya terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran menyebabkan mereka berkecenderungan untuk menjawab borang

soal selidik yang dikemukakan secara terburu-buru.

v. Perasaan iaitu mood guru dan keadaan persekitaran mungkin mempengaruhi

jawapan yang diberikan oleh guru-guru sewaktu memilih jawapan pada borang

soal selidik.

vi. Memandangkan responden kajian ini hanya melibatkan guru-guru di daerah Muar

sahaja maka ia hanya menggambarkan keadaan yang berlaku di daerah Muar.

vii. Taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina tidak dijadikan

pembolehubah dalam kajian ini.

1.7 Definisi Istilah

Definisi-definisi istilah yang dikemukakan di sini bertujuan untuk memberi

gambaran yang lebih jelas bagi sesuatu istilah yang membawa maksud yang khusus

dalam konteks penyelidikan ini serta bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

10

1.7.1 Guru Besar

Guru besar sekolah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah

kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah. Guru besar

merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah rendah, dilantik oleh

Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan

persekitarannya.

Dalam kajian ini, guru besar dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan

pentadbiran sesebuah sekolah. Guru besar mempunyai cara yang tersendiri untuk

menentukan hala tuju dan matlamat sekolah. Cara dan gaya seseorang guru besar dalam

mentadbir dan mengurus sekolah berhubung secara terus dengan semua guru. Guru

mempunyai pandangan yang tersendiri tentang gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh

guru besar.

1.7.2 Guru

Guru merupakan orang yang mampu mengajar atau mendidik dengan baik bagi

mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, guru yang

dimaksudkan adalah guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid di

daerah Muar, Johor.

11

1.7.3 Guru Pemimpin

Guru pemimpin ditakrifkan sebagai seseorang guru yang berkomitmen untuk

penambahbaikan pembelajaran profesional kendiri dan rakan guru yang lain (Wright,

2005), rela untuk menjadi teladan, berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta

mempengaruhi rakan guru lain dalam mencapai matlamat organisasi (Lieberman dan

Miller, 2005) sebagai kerja hariannya selain daripada urusan dengan murid-murid (Silva

et al., 2000).

1.7.4 Kepimpinan Guru

Danielson (2006) menyatakan bahawa kepimpinan guru adalah himpunan

kemahiran pada seseorang guru selain daripada mengajar, mempunyai pengaruh yang

diperluaskan sehingga ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya.

Kepimpinan guru ini menggerakkan rakan sejawat yang lain bagi meningkatkan prestasi

sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan

disebabkan guru tersebut merupakan ketua organisasi tetapi kerana guru tersebut

berkepakaran dan berkebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan guru yang lain.

Menurut Ann Lieberman (2004), kepimpinan guru merujuk kepada guru yang

melakukan perubahan sama ada secara individu ataupun kolektif bersama-sama dengan

guru-guru yang lain. Guru yang berpengetahuan dan berkebolehan untuk mengawal

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta menjadi rakan kongsi yang mampu

membawa perubahan kepada sekolah.

Menurut York-Barr dan Duke (2005), kepimpinan guru adalah suatu proses di

mana guru-guru sama ada secara individu atau bekerjasama untuk mempengaruhi rakan

kerja, guru besar dan warga komuniti sekolah bagi meningkatkan praktik pengajaran dan

12

pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid serta

prestasi pencapaian mereka. Mortimore (1998) menyatakan bahawa prestasi murid-

murid adalah indikator keberkesanan sekolah, maka, kepimpinan guru secara tidak

langsung dapat mempengaruhi keberkesanan sekolah.

1.8 Penutup

Secara kesimpulannya, pihak pentadbiran pendidikan perlu merancang dan

mewujudkan struktur kerja yang dapat memberi sokongan kepada guru pemimpin untuk

kepimpinan secara bersama demi keberkesanan sekolah. Menurut Webb et al. (2004),

sekolah kini berada pada zaman millennium di mana guru-guru memainkan peranan

penting dalam pembaharuan dan reformasi sekolah. Maka, pemimpin semasa sekolah

haruslah membangunkan struktur organisasi yang dapat menyokong kepada

pembangunan guru-guru pemimpin di sekolah.