guru adalah agen perubahan atau guru sebagai pengekal tradisi

8
Guru adalah agen perubahan atau Guru sebagai pengekal tradisi Berdasarkan kenyataan di atas beri respons anda. http://djenimura.blogspot.com/2011/05/guru-adalah-agen- perubahan-atau-guru.html Dalam era teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen perubahan bagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke- 21. Justeru, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia. Masalah-masalah disiplin di peringkat sekolah seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid. Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:

Upload: elcy-christie

Post on 22-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru

TRANSCRIPT

Guru adalah agen perubahan atau Guru sebagai pengekal tradisiBerdasarkan kenyataan di atas beri respons anda.http://djenimura.blogspot.com/2011/05/guru-adalah-agen-perubahan-atau-guru.htmlDalam era teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen perubahanbagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahanyang akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-21.Justeru, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalanganmurid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selaridengan kepesatan kemajuan dunia. Masalah-masalah disiplin di peringkat sekolahseperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guruberjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalamdiri murid-murid.Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikandi mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifatautokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskanperkara-perkara berikut:1.Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid.2.Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, stafsokongan dan sekolah.3.Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapiperubahan khususnya dalam bidang pendidikanGuru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada muriddan bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat sebarangpersoalan teantang pengajaran pada waktu tersebut. Bukan semata-mata mendengarpenjelasan dan penerangan daripada guru sahaja. Semua pendapat murid mestilahdipertimbangkan dan diterima sekiranya pendapat tersebut benar dan tepat selain iaberkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses pengajarandan pembelajaran juga menggalakan murid mencari maklumat tambahan melaluiteknologi internet. Ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan danperubahan yang berlaku mengikut peredaran semasa.Selain daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid,guru juga perlu mengamalkan sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak lebihtertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan gurumerupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, guruyang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian sertatumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. Ini membolehkan sesipengajaran berlangsung dengan jayanya. Guru juga perlulah mengamalkan sikappenyayang ini bukan sahaja terhadap murid-murid malah harus juga menjadipenyayang terhadap setiap masyarakat. Hal ini dapat menimbulkan rasa hormatdaripada masyarakat lebih-lebih lagi, tugas menjadi seorang guru adalah satuprofession yang dianggap mulia di sisi masyarakat. Guru boleh menerapkan prinsipguru sayang murid, murid kasih guru. Jika prinsip ini dapat diterapkan dalam diri setiapmurid, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid atau kanak-kana dapatdikurangkan.Guru yang sanggup menerima perubahan akan bersedia dengan setiapperubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang pendidikan. Sebagai contohpemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris kepada program memperkasa Bahasa Melayu memperkukuh BahasaInggeris sedangkan program ini baru sahaja 7 tahun dilaksanakan bermula dari tahun2003. Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri kursus dansebagainya dapat dilihat tanpa sebarang rungutan. Sifat keterbukaan secara proaktif inimampu menjadikan guru sebagai agen perubahan yang sesuai mengikut peredaranzaman dan masa.Secara tuntasnya, guru selayaknya menjdai agen perubahan kerana pendidikananak-anak bangsa bermula di sekolah walaupun sesi persekolahan hanya tujuh jam,tetapi ia mampu merealisasikan kehendak negara dengan menghasilkan murid yangcerdik, cergas dan mampu membawa negara ke mata dunia. Guru ibarat ibu bapa disekolah dan segala nasihat dan tunjuk ajar guru akan diterima oleh murid. Jadi, sebagaiagen perubahan ia akan turut mempengaruhi akal dan minda murid untuk menghadapiperubahan dan merealisasikan impian negara

GURU SEBAGAI PENGEKAL TRADISI

Kamus dewan bahasa edisi keempat mengatakan tradisi merupakan sesuatu kebiasaan iaitu adat, kepercayaan dan lain-lain yang kekal turun-temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sebati dalam sesebuah masyarakat. Guru sebagai pengekal tradisi boleh didefinisikan sebagai pendidik yang sentiasa menerapkan dan mengamalkan sesuatu kebiasaan secara berterusan. Peranan dan kepentingan guru sebagai pengekal tradisi boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu:

BahasaGuru berperanan untuk bertutur secara lemah-lembut iaitu berdasarkan kehalusan sesebuah bahasa dan juga sentiasa menggunakan bahasa standard (Bahasa Baku) ketika berkomunikasi dengan para pelajar. Hal ini membentuk para pelajar yang bersopan-santun dan memastikan para pelajar akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

BudayaPengekalan memakai pakaian tradisional ke sekolah seperti Bulan Pakaian Tradisional menyumbang kepada pengekalan budaya timur oleh para pelajar. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya negatif Barat. Seorang guru juga harus mengamalkan Budaya Membaca, Budaya Belajar, Budaya Berfikir dan Budaya Menulis untuk menjadi ikutan para pelajar. Selaras dengan budaya-budaya tersebut para pelajar akan mampu sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar.

AgamaSetiap masa tidak kira semasa proses pengajaran dan pembelajaran mahupun luar daripada masa tersebut, guru haruslah sentiasa menasihati pelajar supaya mentaati perintah dan ajaran agama. Hal ini kerana mampu mengelakkan para pelajar daripada mendekati perkara-perkara berkaitan kemaksiatan dan kemungkaran seperti berzina dan pembuangan bayi. Guru itu sendiri harus menjaga perhubungan dengan Allah terlebih dahulu sebelum boleh memimpin murid-muridnya kepada Allah. Jika seorang murid melihat gurunya menitikberatkan soal agama dan kerohanian, akan timbul suatu kesedaran berkenaan pentingnya menjaga kerohanian diri dalam dirinya.