gurindam majlis perkahwinan

Upload: jimmyrose

Post on 08-Jul-2015

563 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

GURINDAM MAJLIS PERKAHWINANMempersilakan Pengantin Naik Pelamin Bacakan gurindam ini bagi mempersilakan pengantin lelaki naik bersanding di atas pelamin bersama pengantin perempuan yang sudah sedia menanti. Semasa gurindam ini dibacakan, pengantin lelaki berhenti dan berdiri di hadapan tangga anak pelamin. Sesudah gurindam selesai dibacakan barulah pengantin lelaki melangkah naik. Paduka Raja sudah tiba, Permaisuri sudah menanti. Para pahlawan sudah berdiri, Dayang-dayang sudah bersimpuh. Gong sudah dipalu, Selawat sudah dibaca. Permaidani sudah dibentang, Tepung tawar sudah tersedia. Persada bersanding sudah dihias, Hadirin sudah lama menunggu. Capal sudah ditanggalkan, Kaki sudah dibasuh. Silakan naik, majukan langkah Memuji Pengantin di atas Pelamin Sama cantik sama padan, Sama tampan sama jelita, Sama muda sama baya, Ibarat pinang dibelah dua. Bagai Adam dengan Hawa, Bagai Uda dan Dara, Bagai Rama Dan Sita, Bagai Laila dengan Majnunnya. Ibarat merpati dua sejoli, Bagai raja dengan permaisuri. Ibarat mata kiri dan kanan, Ibarat sepatu kiri dan kanan, Ibarat lengan kiri dan kanan, Ibarat kaki kiri dan kanan Ibarat kembar seiras, Ibarat daun pintu tertutup.

Ibarat anting-anting dipakai rupawan, Ibarat merak dua sekawan. Ibarat bintang timur dan kejora, Ibarat tanjung dan cempaka, Ibarat melor dengan kenanga, Ibarat kumbang dengan bunga.

Terima Kasih Atas Sumbangan Gurindam diselitkan dalam teks ucapan terima kasih yang dibacakan oleh tuan rumah bagi menghargai pelbagai sumbangan dan hadiah-hadiah yang dibawa oleh tetamu. Terima kasih kerana membawa.. Ayam seekor, Padi Seguni, Ikan sebubu, Pisang setandan, Jagung seikat. Terima kasih kerana membawa.. Kelapa setandan, Tebu sebatang, Serai serumpun, Lada segantang. Terima kasih kerana membawa.. Ragi seruncang, Telur sesarang, Ayam seraga. Terima kasih kerana membawa. Gula kabung, Gula enau, Buat pemanis kuih-muih, Pelazat penganan dan juadah. Tanda ingat kepada kami, Kerja yang berat jadi ringan, Kami sangat terhutang budi.

Menghargai Tetamu Jemputan Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, majlis kami jadi berseri, izinkan saya berkata Tuan datang dari dekat dan dari jauh, Memanjat tujuh gunung, Menyeberangi tujuh lautan, Akhirnya sampai juga ke pondok kami. Di sawah tuan padi sedang masak, Pipit sudah mula datang, Elok hari sedang panas, Musim hujan hampir tiba, Sanggup tuan tinggalkan, Semata-mata kerana menerima undangan kami. Di dusun tuan durian sudah mula jatuh, Rambutan sedang merah menyala, Manggis hampir hitam, Beruk sudah datang, Tupai makin banyak, Sanggup tuan tinggalkan, Untuk makan kenduri kami. Kapal di pengkalan sudah menunggu, Tiket sudah dibeli, Tuan tak jadi naik, Kerana teringatkan undangan kami, Terima kasih.

Sila Makan Tuan-tuan dan puan-puan Hidangan kami tidak seberapa, Sudilah tuan jamah sahaja. Sekadar umbut dri belukar, Labu dari gunung. Ikan dari paya, Sedikit daging dan madu lebah. Silakan tuan jamah, Dengan Bismillah

Selepas Makan Kami mohon maaf kalau. Kuah terlebih garam, Gulai terlebih pedas, Kopi terlebih ggula, Nasi ada yang mentah. Kami mohon maaf kalau. Santan kurang lemak, Sambal kurang pedas, Rendang kurang serai, Ulam kurang pucuk.

Meminta Maaf Atas Kekurangan Sebagai tuan rumah, saya dan isteri (ikut kesesuaian, boleh diubah) Kami minta ampun Kami minta maaf. Kalau ada wajah yang salah pandang, Kalau ada nama yang tersalah sebut. Kalau ade gelar yang salah ucap, Kalau ada yang duduk di salah tempat. Kalau ada hidangan yang salah bekas, Kalau air mawar tersalah renjis. Kalau gelas tersalah letak, Kalau nasi tersalah tambah. Kalau ada mangkuk yang pecah, Kalau ada cawan yang sumbing. Kalau pinggan kami ada yang retak, Kalau ada sudu yang bengkok. Kalau ada talam kami yang lusuh, Kalau ada tikar yang koyak. Kalau ada tali yang tidak disimpul, Kalau ada cawan yang tidak beralas. Kalau nasi yang ditanak hangit, Kalau sambalnya tak cukup belacan. Kalau ikannya banyak tulang, Kalau umbut yang dimasak pahit,

Kalau labu yang digulai masam, Kalau santannya tak cukup pekat. Terima kasih juga, Kalau perut tidak kenyang.

Datang Lagi Bacakan gurindam ini dengan secara berseloroh dan mesra sebagai kata-kata terakhir sebelum majlis persandingan itu bersurai supaya semua yang pulang dengan hati yang gembira. Walaupun tidur tak lelap, Minum tak puas, Makan tak kenyang. Walaupun mandi tak basah, Jangan serik, datanglah lagi. Sekian, terima Kasih. Assalammualaikum.