gunung berapi2

9
Gunung berapi. Bagi penduduk Malaysia , kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia , turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina , merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai. Kitaran hayat gunung berapi Gunung berapi aktif. Gunung berapi pendam. Gunung berapi mati.

Upload: mohdtalhatta

Post on 16-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pemahaman tentang gunug berapi

TRANSCRIPT

Page 1: Gunung Berapi2

Gunung berapi.

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada

kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam

gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk

memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang

merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif.

Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang

paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin

Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan

sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.

Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan

Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan

Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut.

Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila

gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk

dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan

sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai.

 

Kitaran hayat gunung   berapi

Gunung berapi aktif.

Gunung berapi pendam.

Gunung berapi mati.

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya.

Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi

pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun

gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum

bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan

sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah

mati.

Page 2: Gunung Berapi2

Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia

meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi

amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang

menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk

mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting

bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus.

Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu

dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu,

lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter

antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada

32mm.

 

  Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.

Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan

kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung

berapi adalah seperti berikut :-

Gunung berapi lava asid

Gunung berapi lava bes

Gunung berapi komposit

Gunung berapi abu dan sinder

Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.

Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan

membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka

bumi jalar dalam.  Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila

pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya

pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah

 

Sil

Daik

Batolitos

Lakolitos

Lapolitos

Paklitos

Page 3: Gunung Berapi2

Sil

Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil

mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami

penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai.

Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di

Northumberland, England.

 

Daik

Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah

membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan

lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau

permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam

sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan

Cheng Chau di Hong Kong.

 

Batolitos

Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh

dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran

gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor

Dome di England dan Gunung Ledang di Semenanjung Malaysia.

 

Lakolitos

Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan

membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara

Amerika Syarikat.

 

Page 4: Gunung Berapi2

Lapolitos

Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak

bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah

lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di

Transvaal Afrika Selatan.

 

Paklitos

Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan

batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut.

Contohnya, Bukit Corndon di England.

 

 

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus.

Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab

faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran

dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan

pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung

berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila

sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan

amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar.

Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah

gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal

dan secara kimia.

 

Peralatan geofizikal.

o Graft gempa (Seismograf)

o Meter Sendeng "Tiltmeter"

o Pengukur graviti "Gravitimeter"

o Pengukur magnetik "Megnometer".

o Pengawasan infra-merah.

Secara kimia.

Page 5: Gunung Berapi2

Kemusnahan oleh gunung berapi

Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja

pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu

kilometer darinya. Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah

gunung berapi adalah melalui cara berikut :-

 

Aliran lava

Letusan gunung berapi.

Aliran lumpur

Abu

Kebakaran

Gas beracun

Gelombang tsunami

Gempa bumi

Faedah dari gunung berapi

Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga

mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan

gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan

faedah kepada penduduk dengan cara berikut :-

Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan

pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan

pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk

tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan

tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan

air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya

menghasilkan kuala eletrik.

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas

juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak

terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat,

Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat

besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya

Page 6: Gunung Berapi2

Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar

ini menjadi daya tarikan pelancong.

Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah

baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai

contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang

terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma,

dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.

Gunung berapi terkemuka

Antara gunung berapi yang terkemuka akibat kemusnahannya dilakukan oleh

mereka adalah seperti berikut.

Gunung Vesuvius

Gunung Krakatoa

Gunung Pelee

Gunung Soufriere

Langkah berjaga-jaga.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi, mereka perlu

mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi letusan gunung berapi.

Semua bangunan baru mestilah dibina pada lokasi tanah tinggi dan bukannya

dicelah lereng yang akan menjadi laluan lava atau banjir lumpur. Bangunan

tersebut juga mestilah tahan gempa bumi. Sistem amaran awal perlu di pasang

dan dikendalikan secara berterusan. Penduduk sekitar perlu mematuhi sistem

amaran awal dan mesti sanggup berpindah keluar bandar sekiranya diminta

berbuat demikian. Penduduk mestilah mempunyai perancangan awal dan

menyimpan peralatan kecermasan seperti peta, lampu picit, dan bekalan

perubatan. Mereka juga perlu tahu tempat yang perlu di tuju sekiranya diminta

berpindah keluar dari bandar tersebut.