grid kurikulum - eusahawanilpkl.weebly.com · pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari...

220

Click here to load reader

Upload: buitruc

Post on 29-May-2019

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

GRID KURIKULUM : P 4709 PRINSIP PENGIKLANAN

UNIT 1 : TAKRIF DAN KONSEP PENGIKLANAN (4 JAM) 1.1 Evolusi pengiklanan dalam perkembangan pemasaran 1.2 Hubungkait konsep pengiklanan dengan objektif pengiklanan 1.3 Aplikasi model-model iklan dalam membentuk objektif pengiklanan

UNIT 2 : FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN (4 JAM)

2.1 Fungsi-fungsi pengiklanan : Pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial 2.2 Kesan-kesan pengiklanan terhadap ekonomi dan sosial

UNIT 3 : STRATEGI PENGIKLANAN (6 JAM)

3.1 Pengertian dan konsep strategi pengiklanan 3.2 Cara-cara menulis strategi kreatif dan membinanya

TOPIK

UNIT

TARIF DAN KONSEP PENGIKLANAN

1

FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN

2

STRATEGI DAN PENGIKLANAN

3

4

PERNIAGAAN PENGIKLANAN

5

6

MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN

7

8

PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN

9

10

UNDANG-UNDANG DAN ETIKA BERKAITAN PENGIKLANAN

11

12

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 2: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

UNIT 4 : STRATEGI PENGIKLANAN (7 JAM) 4.1 Rayuan pengiklanan 4.2 Teknik-teknik persembahan

UNIT 5 : PERNIAGAAN PENGIKLANAN (6 JAM)

5.1 Fungsi industri pengiklanan 5.2 Agensi pengiklanan : Peranan, jenis, struktur dan bentuk ganjaran

yang diterima UNIT 6 : PERNIAGAAN PENGIKLANAN (4 JAM)

6.1 Peranan pengiklanan dan hubungan antara pengiklan dengan agensi 6.2 Peranan pembekal pengiklanan

UNIT 7 : MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (5 JAM)

7.1 Faktor-faktor pemilihan media 7.2 Teori-teori media

UNIT 8 : MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (5 JAM)

8.1 Jenis-jenis media pengiklanan seperti media cetak, elektronik , luaran dan pos langsung

8.2 Kelebihan dan kelemahan setiap media UNIT 9 : PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN (4JAM)

9.1 Hubungkait keperluan penyelidikan pemasaran dengan pengiklanan 9.2 Peranan penyelidikan pemasaran 9.3 Peranan penyelidikan pengiklanan

UNIT 10 : PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN (4 JAM)

10.1 Aplikasi penyelidikan kepada situasi pengiklanan 10.2 Model bagi praujian pengiklanan

UNIT 11 : UNDANG-UNDANG DAN ETIKA PENGIKLANAN (8 JAM)

11.1 Undang-undang yang berkaitan dengan kontrak pengiklanan, hakcipta, sewabeli, libel, fitnah, slender barang-barang, televisyen dan penggunaan kanak-kanak

11.2 Tatatertib amalan pengiklanan Malaysia dan ahlijawatankuasanya 11.3 Kod etika pengiklanan RTM

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 3: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

UNIT 12 : UNDANG-UNDANG DAN ETIKA PENGIKLANAN (3 JAM) 12.1 Kod Penyiaran 12.2 Fungsi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 4: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini mengandungi 12 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang

sama.

2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman.

P4709 / UNIT 1 / 1 Subjek

Unit 1 Halaman 1

3. Pada pemulaan unit objektif am dan khusus dinyatakan 4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan symbol berikut :

OBJEKTIF Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran

INPUT Input mengandungi maklumat yang anda pelajari AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguju kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti

PENILAIAN KENDIRI Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 5: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri

5. Anda perlu mengikut unit demi unit yang disediakan 6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit

sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 6: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PENYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 5 yang mengikuti

kursus Diploma Pemasaran di Jabatan Perdagangan, Politeknik Malaysia. Ianya

bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke

arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan pensyarah.

PRASYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Pelajar-pelajar mestilah lulus kursus Pemasaran 1, Pemasaran 2 dan Pengurusan

Promosi.

OBJEKTIF AM

• Mendedahkan pengiklanan serta aspek-aspek yang terlibat dalam membuat

keputusan pengiklanan

• Mewujudkan kefahaman mengenai konsep dan fungsi pengiklanan dalam

sistem pemasaran,

PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA

MODUL

• Kertas dan pensil

RUJUKAN

• Aker, David and john G. Meyers. Advertising Management 3rd Edition New

Jersey, 1987

• Adnan Hashim. Advertising in Malaysia, Pelanduk Publication

• Charles, Ruyon K. advertising. Mevrill, 1984

• Darlina Ahmad. Pengiklanan dan Promosi Jualan. Penerbitan Fajar Bakti

Sdn. Bhd., 1988

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 7: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

• Davis, MP. The Effective Use of Advertising Media. Business Books, 1985

• L. Kaurman and Harcourt Brace. Essential of Advertising. New York , 1980

MODUL

POLITEKNIK KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA

PP 44770099 PRINSIP PENGIKLANAN

Noraini Bt. Kamarudin ( PPD ), Nor Zarina Bt. Pitdin ( PPD )

Muhammad bin Mohd Shah (PPD)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 8: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 1

TAKRIF DAN KONSEP PENGIKLANAN

(SEJARAH, KONSEP, OBJEKTIF DAN MODEL

PENGIKLANAN)

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami evolusi pengiklanan, objektif pengiklanan dan

penetapan objektif pengiklanan, model-model pengiklanan dan aplikasinya.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat

• Menjelaskan dan menerangkan evolusi pengiklanan

• Menerangkan tentang objektif pengiklanan

• Menghubungkaitkan konsep pengiklanan dengan objektif pengiklanan

• Membincangkan model-model pengiklanan yang lazim digunakan.

• Mengaplikasi model-model dalam membentuk objektif pengiklanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 9: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

1.0 PENGENALAN

Pengiklanan telah diamalkan sejak zaman dahulu. Ianya bermula dari zaman

dahulu kala, zaman cetakan, zaman maklumat dan hinggalah kini iaitu zaman

pengiklanan moden.

1.1 DEFINISI PENGIKLANAN

Perkataan pengiklanan bermula daripada bahasa Arab “I’lan” yang bermaksud

khabar yang disiarkan. Perkataan “Advertising” pula berasal dari perkataan Latin

iaitu “Advetere” yang bermaksud memalingkan fikiran kepada sesuatu.

Agensi Mac Caan Erickson mentakrifkan iklan sebagai kebenaran yang

dinyatakan sebaik-baiknya.

Albert Lasker (bapa pengiklanan moden) pula mendefinisikan iklan sebagai seni

menjual melalui media cetak

Courtland Boyee dan William Arens mendefinisikannya sebagai satu bentuk

komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat

memujuk tentang barangan/keluaran/perkhidmatan/idea oleh penaja yang boleh

dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 10: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

1.1.2 EVOLUSI PENGIKLANAN

1.1.2.1 Zaman Dahulu Kala

Komunikasi telah bermula sejak zaman Babylon, Mesir dan

Greece. Oleh kerana pada masa itu kadar buta huruf yang

tinggi maka kaedah symbol pengenalan kedai digunakan.

Kebanyakan kedai akan menggunakan simbol bagi menarik

perhatian pengguna untuk membeli dari kedainya

1.1.2.2 Zaman Cetakan

Pada tahun 1440, Johannes Gutenberg telah mengarahkan

perubahan iklan kepada kepada pengiklanan besar-besaran

(mass production). Kewujudan media cetak telah

mengurangkan kadar buta huruf dan seterusnya menggalakkan

peranan syarikat pengiklanan. Perkataan pengiklanan bermula

pada tahun 1655 dan pada 1660 ianya digunakan sebagai

penyebaran maklumat terutama oleh pemilik kedai untuk

memberitahu kepada pengguna tentang kedai dan barangan

yang dijual oleh mereka.

1.1.2.3 Zaman Maklumat

Pada pertengahan 1800 telah bermulanya industri pengiklanan

secara besar-besaran di Amerika Syarikat akibat didorong oleh

Revolusi Industri. Kebanyakan pengiklanan dibuat di

suratkhabar dan poster sebagai media penyebaran maklumat

utama dan selepas akhir 1800 majalah pula telah menjadi

medium bagi menyampaikan mesej yang lebih panjang dan

kompleks dengan cara yang lebih menarik dan kreatif.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 11: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

1.1.2.4 Pengiklanan Moden

Abad ke 20 adalah permulaan kepada industri pengiklanan

sebagai satu kekuatan utama pemasaran. Pada awal 1900an

pengiklanan adalah berasaskan pendekatan jualan. Kesan

kejatuhan ekonomi pada 1929 memberi kesan kepada industri

pengiklanan. Selepas itu pengiklanan mula mengalami

perubahan sehingga hari ini apabila pengiklanan dianggap

sebagai satu seni memujuk. Sehingga hari ini pengiklanan

dianggap sebagai eleman terpenting dalam memasarkan produk

dan menjadi tunggak kepada pengguna dalam memilih

produk/perkhidmatan.

Zaman Pengiklanan Moden melalui enam peringkat

perkembangan.

Era Profesiolisme

Pada masa ini pengiklanan adalah jualan dalam bentuk cetakan

Kemakmuran dan Peperangan

Pengiklanan perkhidmatan awam yang bergantung kepada

sukarelawan profesioanalisme. Tertumpu kepada pengiklanan

awam kerana menyebarkan maklumat berkaitan peperangan

Menangani Kemelesetan

Berdasarkan pesanan melalui mail menggunakan ayat-ayat

mudah. Ini dapat menjimatkan kos.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 12: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Kewujudan Radio

Memerlukan kakitangan yang mahir dalam penulisan skrip

bagi membuat iklan tetapi baisanya menghadapi masalah dari

segi bahan dan kewangan kerana belanja mengiklan adalah

tinggi.

Kewujudan Televisyen

Pada 1939 rangkaian televisyen pertama di dunia wujud dan

pengiklanan mula diambil alih oleh televisyen dan seterusnya

menguasai pasaran.

Era Kreativiti

Pada 1960, pengiklanan secara kreatif mula diamalkan .

Unsur-unsur kesenian, inspirasi dan interaksi telah diselitkan

didalam setiap pengiklanan bagi menarik minat pengguna.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 13: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 1A

Pelajar pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada empat

atau lima orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki pergi ke perpustakaan bagi

mendapatkan maklumat yang perlu bagi menjawab tugasan

Terangkan bagaimana bermulanya aktiviti pengiklanan?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 14: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1A

Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan

Rome sehingga ke zaman kini.

Pelajar harus menambah lagi maklumat berkaitan sejarah pengiklanan selain dari

yang tercatat dalam nota 1.1.2

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 15: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

1.2 OBJEKTIF PENGIKLANAN

Sebelum dapat membentuk pengiklanan, objektif mestilah ditetapkan bagi

memastikan pengiklanan yang dibuat adalah berkesan. Objektif bermakna

matlamat atau sasaran yang ingin dicapai dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Sesuatu iklan dibuat adalah untuk menimbulkan kesedaran dan pengetahuan serta

memberi keyakinan kepada pengguna supaya mereka membuat tindakan iaitu

membeli barang yang diiklankan.

1.2.1 Menimbulkan kesedaran

Menimbulkan kesedaran terhadap jenama dan produk baru yang ada di

pasaran. Begitu juga produk-produk lama yang diperbaharui seperti

Breeze baru dalam bentuk tablet, Shelltox bertukar kepada Shieldtox.

Produk-produk baru pula seperti produk keluaran Quantum Showcase.

1.2.2 Memberi pengetahuan

Memberi maklumat terperinci tentang produk atau perkhidmatan.

Tugas utamanya ialah :-

• Memberi maklumat sebenar kepada kumpulan sasaran

• Membetulkan tanggapan yang negatif tentang kumpulan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 16: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Menguatkan kepercayaan pengguna terhadap produk

Contoh-contoh iklan seperti ubat kumur-kumur Listerine dan Oral B dan juga spirulina.

1.2.3 Untuk Memberikan Keyakinan

Menimbulkan minat dan keyakinan dengan menggunakan

pakar dalam bidang berkaitan atau memberi jaminan atau

mendapatkan pandangan pengguna atau menunjukkan kualiti

atau prestasi. Contoh seperti Febreeze menjemput Chef Wan

menjadi jurucakap dan kemudian menemuramah dengan

pengguna-pengguna Febreeze.

1.2.4 Tindakan

Menggalakkan tindakan pembelian daripada pengguna untuk

mendapatkan barangan di kedai ataupun pengguna cuba

mendapatkan maklumat dari tempat-tempat tertentu. Contoh

menggunakan kupon dan diselitkan dalam akhbar atau majalah

seperti Domino’s Pizza menyelitkan kupon promosi bulan

Merdeka dalam akhbar The Star.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 17: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 1B

Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan.

Pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan keratan iklan di media cetak. Sila kaji

objektif pengiklanan tersebut. Pelajar-pelajar dikehendaki membentangkan hasil

dapatan daripada iklan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 18: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1B

Jawapan :

Objektif Pengiklanan

1. Menimbulkan kesedaran

2. Memberikan pengetahuan

3. Untuk memberi keyakinan

4. Menggalakkan tindakan

Objektif mestilah bersesuaian dengan keratan iklan yang digunakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 19: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

1.3 MODEL-MODEL PENGIKLANAN

Berikut adalah model-model iklan yang biasa digunakan dalam membentuk

objektif pengiklanan.

Model AIDA

Rajah 2.1 menunjukkan carta alir peringkat dalam diri individu berdasarkan

model AIDA.

Awareness

Interest

Desire

Action

Rajah 2.1 : Carta Alir Model Pengiklanan AIDA

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 20: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Peringkat Awareness/Kesedaran

Pada peringkat ini pengguna diberi kesedaran tentang kewujudan produk atau

perkhidmatan.

Peringkat Interest/Minat

Pengguna mula menunjukkan minat terhadap produk apabila telah sedar tentang

kewujudan produk.

Peringkat Desire/Keinginan

Setelah menunjukkan minat pengguna mungkin mempunyai keinginan memiliki

produk atau menggunakan perkhidmatan.

Peringkat Action/ Tindakan

Pada peringkat ini pengguna telah yakin pada produk dan akan melakukan

tindakan pembelian barangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 21: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Model DAGMAR (Define Advertising Goals to Measured Advertising Results)

Rajah 2.2 menunjukkan carta lair peringkat individu berdasarkan Model DAGMAR

Kesedaran

Pengetahuan

Minat

Kecenderungan

Keyakinan

Tindakan Belian

Rajah 2.2 : Carta Alir Model Pengiklanan DAGMAR

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 22: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Peringkat Kesedaran

Iklan yang dibuat bertujuan untuk menunjukkan kesedaran terhadap produk terutama

produk baru

Peringkat Pengetahuan

Pada peringkat ini pengguna mula mencari maklumat lebih lanjut tentang

produk/perkhidmatan oleh itu iklan yang dibuat mestilah mengandungi maklumat

terperinci.

Peringkat Minat

Setelah mendapat maklumat lengkap akan timbul minat terhadap produk atau

perkhidmatan. Iklan mestilah dapat menimbulkan minat terhadap barangan.

Peringkat Kecenderungan

Apabila minat timbul maka akan timbul kecenderungan pengguna untuk membeli

jenama produk atau perkhidmatan yang tertentu. Pengiklanan mestilah memberi

kelebihan atau faedah yang lebih baik daripada jenama lain.

Tindakan Pembelian

Pada peringkat ini pengguna telah pun membuat keputusan untuk membeli barangan

berjenama tertentu berdasarkan pengiklanan yang telah dilihat oleh mereka.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 23: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Aplikasi Model Pengiklanan dalam Membentuk Objektif Pengiklanan

Peringkat dalam Diri

Individu

Model AIDA

Model DAGMAR

Kognitif/Mental

Kesedaran

Kesedaran

Pengetahuan

Afektif/Perasaan

Minat

Keinginan

Minat

Kecenderungan

Keyakinan

Kelakuan

Tindakan belian

Tindakan belian

Jadual 2.1 : Perkaitan antara Peringkat dalam Diri Individu dengan Model-Model Pengiklanan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 24: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 17

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Setiap peringkat dalam model pengiklanan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat

utama dan setiap peringkat mesti ditangani dengan betul untuk memastikan objektif

pengiklanan dapat dicapai.

Peringkat Kognitif/Mental

Jika tiada apa-apa tindakbalas pada peringkat ini maka peringkat dua dan tiga tidak

dapat dijalankan. Pada masa ini mental/fikiran pengguna mesti dipengaruhi. Untuk

menanamkan pengetahuan dan kepercayaan tertentu dalam pemikiran. Iklan yang

dibuat biasanya tidak menyuruh pengguna beli produk sebaliknya beri kesedaran.

Contoh :- Iklan Anlene

Mengaitkan susu dengan kesihatan. Mengelakkan penyakit ostoporosis.

Secara tak langsung tanam kepercayaan, Anlene cegah penyakit.

Kesedaran tidak bermaksud pengguna tahu maka perlu teruskan peringkat dua.

Peringkat Afektif

Iklan yang dibuat biasanya bertujuan memainkan perasaan atau emosi pengguna.

Mewujudkan kecenderungan membeli produk yang ditawarkan. Pada peringkat ini

iklan dibuat berkaitan dengan sikap/perasaan.

Contoh:- Iklan Petronas.

Anak meminta upah daripada ayah kerana menyuruhnya pergi kedai dan

ayah mengatakan bahawa tiada upah untuknya membesarkan anak-anak.

Contoh:- Iklan Telekom.

Talian telefon ada tetapi anak tiada masa untuk membuat panggilan kepada

ibu bapa untuk bertanya khabar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 25: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 18

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Iklan-iklan ini cuba menyentuh emosi pengguna supaya mengenang jasa

kedua ibubapa. Ini akan menimbulkan minat dan kecenderungan terhadap

barangan.

Peringkat Kelakuan

Iklan yang dibuat mendorong pengguna melakukan sesuatu tindakan samada tindakan

mencari maklumat lebih lanjut atau membuat pembelian produk

Contoh:- Iklan KFC/MacDonald

Memaparkan hadiah-hadiah yang ditawarkan dengan pembelian pek untuk

kanak-kanak. Mendorong ibubapa membelinya.

Setiap peringkat didalam model-model pengiklanan mengandungi objektif-objektif

pengiklanan dan ini akan membantu dalam pembikinan iklan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 26: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 19

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 1C

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang.

Pelajar dikehendaki membentuk pengiklanan berdasarkan model komunikasi selain

Model AIDA/DAGMAR dan hendaklah mengikut setiap peringkat di dalam model

dan pengiklanan mestilah mempunyai objektif. Setiap kumpulan perlu menghantar

dan membentangkan hasil pengiklanan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 27: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 20

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1C

Pengiklanan mestilah mengandungi setiap peringkat dalam model pengiklanan dan

menyatakan dengan jelas objektif pengiklanan yang ingin dicapai seperti :-

• Menimbulkan kesedaran

• Memberi pengetahuan

• Memberikan keyakinan

• Tindakan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 28: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 21

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI

1. Bagaimanakah pengiklanan berkembang dari mesej yang berorientasikan

jualan sehingga kepada mesej berorientasikan pengiklanan?

(25 markah)

2. Di dalam merancang sesuatu iklan, adalah sangat penting untuk menentukan

objektif yang hendak dicapai oleh iklan tersebut. Terangkan dengan jelas

EMPAT objektif bagi pemasar untuk mengiklankan produk atau

perkhidmatannya.

(25 markah)

3. Apakah pendapat anda tentang hubungkait antara objektif pengiklanan yang

telah anda pelajari dengan konsep pengiklanan yang anda ketahui?

(25 markah)

4 Pengiklanan adalah merupakan salah satu eleman dalam campuran promosi

yang penting di dalam memasarkan produk dan memperkembangkan

perniagaan syarikat. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan

peringkat-peringkat objektif pengiklanan seperti yang dinyatakan di dalam

Model DAGMAR.

(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 29: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 22

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

5 Model AIDA adalah model pengiklanan paling lazim digunakan didalam

pembentukan objektif iklan. Bincangkan.

(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 30: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 23

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

Jawapan bagi soalan penilaian kendiri boleh dirujuk pada nota unit 1

Jawapan 2

a. menimbulkan kesedaran

b. memberi pengetahuan

c. menimbulkan keyakinan

d. membuat tindakan

Jawapan 3

Rujuk nota unit 1

Jawapan 4

Model DAGMAR

a. peringkat kesedaran

b. peringkat pengetahuan

c. peringkat minat

d. peringkat kecenderungan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 31: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 1/ 24

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

e. peringkat keyakinan

f. peringkat tindakan belian

Jawapan 5

Model AIDA

a. peringkat kesedaran/awareness

b. minat/interest

c. keinginan/desire

d. tindakan/action

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 32: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 2

FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN

(FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN DARI PELBAGAI ASPEK)

OBJEKTIF Objektif am : Memahami fungsi-fungsi pengiklanan terhadap pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan fungsi iklan terhadap pemasaran dan komunikasi.

• Menghuraikan fungsi iklan terhadap pendidikan,ekonomi dan sosial.

• Membincangkan kesan iklan terhadap ekonomi.

• Menenghuraikan kesan iklan terhadap sosial.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 33: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT 2.0 PENGENALAN

Pelajar akan melihat bagaimana fungsi pengiklanan berperanan didalam menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu dan kesannya terhadap masyarakat samada dari segi ekonomi mahupun sosial. 2.1 Fungsi Pengiklanan.

Pengiklanan mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri, iaitu terhadap pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial. Fungsinya ini mampu untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang ramai.

2.1.1Fungsi Iklan Terhadap Pemasaran. Iklan dapat menyalurkan maklumat dengan meluas , cepat dan berkesan. Ia merupakan elemen di dalam promosi. Pengeluar dapat menggunakan kaedah ini bagi melariskan jualan. Ia juga membantu orang ramai bagi mendapatkan sesuatu produk yang diperlukan. Contoh :- Iklan di televisyen, radio, majalah, suratkhabar dan internet semuanya ini mampu meningkatkan jualan di pasaran. Ini kerana kita menonton televisyen, mendengar radio dan membaca suratkhabar dan melayari halaman internet setiap har,i maka ini memberi pengaruh besar kepada minda dan pemikiran kita. Oleh itu media-media ini begitu luas digunakan sebagai alat penyalur informasi berkenaan dengan produk dan perkhidmatan dan mampu mempertingkatkan jualan di pasaran. Seterusnya kita akan melihat bagaimana pula pengiklanan dikaitkan dengan 4 P.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 34: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

2.1.1.1 Kaitan Iklan Dengan 4 P

2.1.1.1.1 Pengiklanan Dengan Keluaran (Produk)

Iklan memainkan peranan yang penting untuk menunjukkan perbezaan antara satu produk dengan produk yang lain. Alasannya kerana jika tiada perbezaan antara produk lain pelanggan tidak dapat tahu mengenai produk sesebuah syarikat.

Terdapat 3 cara pembezaan produk :-

(i) Pembezaan Nyata - perubahan yang dapat

dikenalpasti atau dilihat dengan jelas melalui iklan. Contoh : jenama, rekabentuk, pembungkusan, warna, saiz. Contoh : perubahan warna seperti Milo (hijau), Ovaltine (Merah) dan Vico (kuning)

(ii) Pembezaan yang tidak nyata – pembezaan

yang tidak jelas dari pandangan kasar. Contoh Iklan sos- menggunakan bahan-bahan segar. Iklan ubat gigi ( Fresh & White ) – dimana kandungan ditambah supaya menjadi lebih segar.

(iii) Pembezaan kerana didorong – pengguna

didorong melalui iklan Contoh : Rokok dilarang dibuat iklan jadi ada cara lain yang digunakan untuk mengiklan rokok tersebut secara tidak langsung seperti bolasepak yang ditaja Dunhill.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 35: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Iklan juga mempunyai kaitan rapat dengan Kitaran Hayat Produk. Huraian di bawah akan menjelaskan dengan lebih mendalam lagi akan perkara ini.

Perkaitan Pengiklanan Dengan Kitaran Hayat Produk (KHP)

Peringkat Pengenalan

Iklan digunakan untuk mengenalkan produk baru di pasaran. Produk baru seperti bubur ayam yang diperkenalkan oleh McDonald. Iklan juga memperkenalkan jenama baru bagi produk yang telah sedia ada di pasaran contoh makanan segera bukan sahaja KFC, Maggie, McDonald tetapi banyak lagi jenama lain yang keluar di pasaran selepas mee Maggie diperkenalkan seperti Mee In My Mug, Bubur Segera dan lain-lain.

Peringkat Perkembangan / Pertumbuhan.

Produk telah dikenali ramai, jualan bertambah dimana orang ramai amat memerlukannya. Pada masa ini iklan menjadi semakin penting. Lebih berbentuk promosi jualan, meletakkan harga yang lebih murah dan terpaksa bersaing dengan keluaran lain dan penting syarikat mengadakan perubahan ke atas produk. Contoh yang ketara adalah telefon selular(cell-phone) yang mana harga makin murah dan ciri-ciri yang semakin canggih mengikut perkembangan teknologi.

Peringkat Kematangan.

Pada peringkat ini wujudnya pelanggan yang setia terhadap produk. Permintaan yang stabil dan pelanggan baru tidak banyak yang membeli. Iklan digunakan untuk mengingatkan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 36: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

pelanggan yang produk itu masih ada dipasaran. Iklan tidak kerap disiarkan cuma sekali-sekala sebagai mengingati pengguna terhadap produk tersebut. Contoh-contoh iklan Trojan, Axion, Marigold dan sebagainya.

Peringkat Kejatuhan

Peringkat ini di mana produk telah mengalami kemerosotan jualannya. Biasanya pada peringkat ini pelanggan akan beralih ke produk lain kerana produk atau jenama produk tersebut tiada di pasaran lagi. Produk-produk minuman seperti Kickapoo, Mountain Dew, Scweppes telah tidak ada di pasaran maka iklan jenama produk tersebut tidak disiarkan lagi. Di sini pihak syarikat perlu melakukan strategi pemasaran bagi mewujudkan semula pengguna jenama produk tersebut dan menyiarkan iklan menyatakan produk tersebut telah kembali ke pasaran.

2.1.1.1.2 Pengiklanan Dengan Harga ( Price )

(i) Permintaan Pasaran. Sejauh mana penerimaan sesuatu produk dan perkhidmatan di pasaran?. Di sini hukum penawaran dan permintaan ada diamalkan iaitu jika permintaan pasaran adalah tinggi maka harga produk tersebut akan menjadi tinggi. Maka peranan iklan menjelaskan bahawa harga sesuatu produk itu tinggi adalah disebabkan kualiti produk tersebut. Seperti produk lampin bayi pakai buang Pampers dengan jenama lain di mana Pampers lebih mahal kerana kualitinya. Contoh-contoh lain seperti detergen Dynamo dengan cecair cucian lain di mana Dynamo mahal sedikit kerana permintaannya tinggi.

(ii) Kos Pengeluaran Dan Kos Penghantaran. Jika kos pengeluaran meningkat dan kos penghantaran meningkat maka harga produk akan meningkat. Iklan biasanya akan menunjukkan kesukaran bagi menghasilkan sesuatu produk. Contohnya Minyak Masak Seri Murni yang mana penghasilannya sukar iaitu melalui proses pemeringkatan. Jadi jika harganya tinggi orang ramai yang melihat iklan akan faham keadaannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 37: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

(iii) Persaingan. Syarikat-syarikat akan bersaing antara satu sama lain dengan mengiklankan produk mereka. Oleh itu orang ramai akan membandingkan mana produk yang lebih baik. Oleh itu iklan akan cuba menonjolkan produk merekalah yang terbaik. Contoh: Sabun Ekonomi Handalan lebih bermutu dan mempunyai harga yang lebih rendah berbanding dengan serbuk cuci yang lain.

(iv) Objektif Korporat Syarikat akan cuba menggambarkan di dalam iklan imej yang diinginkan. Jika syarikat meletakkan imej yang tinggi maka iklan yang disiarkan haruslah menunjukkan imej yang tinggi sesuai dengan kehendak syarikat pengeluar contohnya Dunhill, jadi syarikat akan memastikan iklan tersebut setanding dengan imej yang dikehendaki.

2.1.1.1.3 Pengiklanan Dengan Agihan (Place)

(i) Agihan Intensif Agihan yang dibuat secara meluas. Pemasar akan mengagihkan ke merata kawasan supaya mudah diperolehi oleh orang ramai. Iklan perlu ditunjukkan sekerap yang mungkin dan memberi maklumat di mana tempat yang mudah untuk mendapatkan produk tersebut. Contoh produk baru di pasaran seperti syampu Sunsilk boleh didapati di gedung-gedung membeli-belah dan kedai-kedai yang berdekatan di tempat pengguna.

(ii) Agihan Selektif Memilih tempat-tempat yang tertentu sahaja untuk jualan produk. Iklan perlu tunjukkan di mana produk ini boleh didapati. Contoh-contoh produk kosmetik dan penjagaan badan seperti Citra Ayu, BML dan Marie France Bodyline.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 38: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

(iii) Agihan Eksklusif Biasanya untuk barangan mewah. Agihan yang digunakan adalah terhad. Hanya terdapat di tempat-tempat yang tertentu sahaja. Iklan jarang dibuat dan hanya memilih media yang sesuai dan terhad bagi golongan yang tertentu sahaja. Contoh-contoh seperti kereta BMW, Mercedes dan Volvo jarang menggunakan iklan di media massa tetapi sebaliknya di media cetak dalam majalah-majalah tertentu.

2.1.1.1.4 Pengiklanan Dengan Promosi.

(i) Iklan disiarkan di televisyen atau radio kemudian disusuli

dengan jurujual pergi dari rumah ke rumah membuat promosi bagi mendapatkan jualan.

(ii) Iklan dan publisiti contohnya sidang akhbar diadakan bagi

mewujudkan komunikasi dua hala dengan ini dapat membetulkan tanggapan yang salah terhadap sesuatu produk.

2.1.1.2 Fungsi Iklan Terhadap Komunikasi.

Iklan menyampaikan maklumat dan mesej kepada orangramai. Pelbagai cara boleh digunakan antaranya dengan menggunakan perkataan, gambar, audiovisual dan berbagai cara terkini. Ia memberi peluang kepada orangramai untuk mentafsir mesej daripada iklan yang didengar atau dilihat.

Contoh :- Iklan Notis Awam Memberitahu mengenai sesuatu pihak telahpun bangkrap, perletakkan jawatan dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 39: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

2.1.1.3 Fungsi Iklan Terhadap Pendidikan.

Memberi pengetahuan mengenai cara penggunaan sesuatu produk. Mengajar pengguna menggunakan perkhidmatan dengan cara yang betul. Langkah demi langkah akan ditonjolkan supaya orang ramai faham. Contoh :- Iklan Smartshop memaparkan alat-alat senaman untuk kesihatan. Ia mengajar pengguna dengan jelas cara-cara yang betul menggunakan alat senaman.

2.1.1.4 Fungsi Iklan Terhadap Ekonomi.

Iklan, mampu untuk meningkatkan jualan syarikat dan seterusnya menambahkan keuntungan. Prestasi syarikat akan berada dalam keadaan baik kerana orang ramai akan mencari-cari produk yang diiklankan. Oleh yang demikian tidak hairan jikalau kita lihat syarikat akan membelanjakan wang yang banyak bertujuan membuat pengiklanan.

Pengguna juga mampu membuat perbandingan produk mana yang terbaik di pasaran. Perlulah melihat iklan-iklan yang disiarkan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan ini ekonomi rumahtangga juga mampu diawasi jika pelanggan bijak didalam pembelian.

2.1.1.5 Fungsi Iklan Terhadap Sosial.

Membantu memperbaiki taraf hidup yang lebih baik dengan adanya produk yang pelbagai di pasaran. Produk-produk ini akan digunakan bagi membantu kerja-kerja seharian dengan lebih cepat dan berkesan. Contoh : Pada zaman dahulu kita lihat membasuh pakaian menggunakan tangan tetapi dengan ada iklan akan mampu menyedarkan orang ramai akan kemunculan peralatan mencuci pakaian dan ada yang tidak perlu menyidai pakaian di luar seperti menggunakan mesin pengering. Contoh : Fesyen berpakaian mampu mempengaruhi personaliti dan pergaulan sesama kumpulan. Di mana satu pihak akan membeli dan mempengaruhi pihak yang lain supaya mereka akan dianggap sebagai berada di dalam satu kumpulan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 40: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 2A

Arahan : Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan mengapplikasikan kepada keadaan yang sebenar.

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai ,jelaskan fungsi-fungsi pengiklanan yang berkaitan dengan faktor pendidikan dan ekonomi dan para pelajar dikehendaki mencari produk-produk yang berkaitan dengan faktor tersebut dan terangkan kefahaman anda mengenai cara penggunaanya.

2. Pelajar-pelajar dikehendaki menunjukkan produk yang mereka miliki dan menjelaskan dari mana datangnya kesedaran mendapatkan produk tersebut.

???????

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 41: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A Jawapan 1 :

Contoh produk : Alat senaman , sabun basuh, dan seumpamanya.

Faktor Pendidikan : Iklan mengajar para pengguna tentang cara penggunaannya sesuatu produk atau perkhidmatan. Contohnya seperti iklan barangan senaman oleh Smartshop. Contoh lain ialah iklan keselamatan di rumah oleh Dian P. Ramlee dimana perkara-perkara yang melalaikan kita mungkin akan menyebabkan kematian kepada anak kita.

Faktor Ekonomi : Iklan mempengaruhi faktor ekonomi dengan meningkatkan jualan dan imej sesuatu perniagaan. Pengguna yang melihat iklan juga mampu memikirkan barangan mana yang lebih murah dan lebih menguntungkan. Jawapan 2 :

Produk : kasut, jam, pakaian dan lain-lain lagi

Kesedaran datang dengan melihat iklan di media-media.

Iklan dapat mendidik seseorang itu cara menggunakan sesuatu produk dengan cara yang betul.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 42: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

2.2 Kesan Iklan Terhadap Ekonomi.

Pengiklanan begitu berperanan besar di dalam perniagaan. Bagi pihak pengeluar iklan akan dapat meningkatkan pengeluaran hasil dari permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai. Produk akan dapat dipelbagaikan dan diperbaharui demi permintaan yang menggalakkan hasil dari iklan yang dibuat.

Tahun 1990 1991 1992 Pendapatan Perkapita ( RM) 6,209 6,817 7,541 KDNK ( % ) 9.8 8.8 8.0 Pengangguran ( % ) 5.6 4.3 4.1

Jadual 2.1: Petunjuk Penting Mengenai Ekonomi Malaysia. Berdasarkan jadual 2.1 didapati pendapatan per kapita dari tahun 1990 hingga 1992 adalah meningkat. Manakala kadar pengganguran pula adalah sebaliknya. Ia mempunyai kaitan dari segi kuasa beli orang ramai. Oleh itu pengeluar akan lebih banyak mengadakan pengiklanan jika pendapatan per kapita dalam keadaan baik iaitu pada tahun 1992 di mana kemampuan membeli lebih tinggi berbanding dengan tahun 1990. Bagi pihak media pengiklanan seperti televisyen, radio, majalah dan sebagainya sama-sama berperanan menyedarkan orang ramai akan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 43: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

wujudnya produk di pasaran. Media yang lebih berpengaruh akan mengenakan kadar bayaran iklan yang lebih tinggi kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Ini secara tidak langsung melibatkan juga harga produk yang akan ditetapkan. MEDIA 1990 1991 1992 Suratkhabar 44 43.5 42.5 Televisyen 43 40 39.5 Majalah 6 8.5 10 Radio - 2 2 Lain-lain 7 6 6

Jadual 2.2 : Perbelanjaan Pengiklanan Berdasarkan Media (%) Media juga berperanan memberikan kesan peningkatan ekonomi. Berdasarkan jadual 2.2 diatas didapati peranan suratkhabar dan televisyen menyedarkan orang ramai supaya membeli produk di pasaran. Kedua-dua media ini mampu menarik pelanggan berbanding media-media lain. Bagi pelanggan yang bijak mengatur belanjawan keluarga, tidak akan terlalu terpengaruh dengan apa-apa yang dipaparkan. Pelanggan sebegini akan mengawasi agar tidak mudah terpengaruh kerana setiap pembelian melibatkan wang ringgit bagi memenuhi keperluan keluarga. Pelanggan perlu bijak di dalam membuat keputusaan pembelian bagi mendapatkan kepuasan yang sepadan. Secara amnya masyarakat dapat dibahagikan kepada dua. Iaitu mereka yang peka dengan maklumat pengiklanan dan yang tidak peka pada maklumat pengiklanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 44: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

2.3 Kesan Iklan Terhadap Sosial. Masyarakat terpengaruh dengan keadaan di sekelilingnya. Ada di antara masyarakat ini yang gemar terikut-ikut dengan apa yang dipunyai oleh rakan-rakan mereka. Mereka ini mudah dipengaruhi oleh iklan yang disiarkan di televisyen, radio dan sebagainya. Kesan iklan ini mempengaruhi masyarakat supaya membeli produk mereka. Namun begitu ada kesan-kesan positif terhadap iklan yang disiarkan. Kesan baik:- (a) Iklan dapat memberitahu produk-produk yang terkini dengan ini

dapat membantu menjalankan aktiviti seharian dengan lebih mudah dan berkesan. Contohnya telefon bimbit yang memudahkan perhubungan sesama manusia walau dimana anda berada.

(b) Menjadikan pelanggan yang mempunyai maklumat dan mampu

membanding produk mana yang lebih murah dan mencadangkan kepada kawan-kawan mereka. Oleh syarikat perlu mengeluarkan produk yang berkualiti bagi menjamin sambutan orang ramai.

Kesan buruk:- (a) Iklan pula mampu mempengaruhi diri seseorang berserta dengan

rakan-rakan dimana sejumlah wang yang besar digunakan bagi memenuhi hasrat diri dan terpengaruh dengan kawan-kawan bagi menunjukkan kelebihan diri yang mana kesannya akan dirasa sendiri bila mengalami kesempitan kewangan.

(b) Iklan juga kadang-kala agak mengelirukan dan adanya unsur-unsur penipuan di mana iklan yang disiarkan agak keterlaluan maklumat berkenaan kebaikan produk tersebut. Jadi orang ramai perlulah berhati-hati sebelum membuat keputusan membeli.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 45: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 2B Arahan : Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan mengaplikasikan kepada keadaan yang sebenar.

1. Terangkan kesan-kesan pengiklanan keatas masyarakat dari segi baik dan buruknya.

2. Pelajar-pelajar dikehendaki menyatakan jumlah wang yang ada mereka bawa sekarang dan menyenaraikan apakah barang yang akan dibeli mengikut keperluan dan motif membeli barangan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 46: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B

Jawapan 1

Kesan Baik : - Melalui pengiklanan ini, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan barangan dan mampu membuat penilaian dengan tepat. Contohnya serbuk pencuci yang banyak dipasaran seperti Ekonomi Handalan, Trojen , Kleenex dan sebagainya. Jadi peranan masyarakat menilai berdasarkan maklumat yang ada dalam diri seseorang. Jika kita mempunyai kesedaran maklumat yang baik mengenai produk tersebut sudah tentu ia mampu membuat keputusan yang bijak. Masyarakat harus peka dengan media iklan tetapi tidak seharusnya mempercayai keseluruhan apa yang dipaparkan. Harus memastikan kesahihannya dengan apa cara juapun, tidak tertipu iklan yang dipaparkan.

Kesan Buruk :- Melalui pengiklanan ini dapat menggalakkan pembelian tanpa rancangan. Biasanya pembelian tanpa rancangan ini melibatkan barangan yang tidak perlu seperti kosmatik mahal dan lain-lain. Sebagai contoh jualan yang diadakan di Parkson yang begitu mempengaruhi pembelian walaupun keperluan tidak mendesak. Keinginan yang tidak dapat dikawal (nafsu) sentiasa berhasrat untuk membeli apa-apa sahaja yang ditawarkan. Kesannya kewangan keluarga akan terjejas hasil pembelian yang tidak berasaskan keperluan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 47: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Jawapan 2

RM 30.00, RM 45.00 dan lain-lain lagi.

Contoh akan membeli buku, makanan, pakaian, peralatan pembelajaran dan sebagainya.

Motif pembelian tersebut untuk keperluan hidup, menjaga tubuh badan supaya sihat atau keperluan bersosial

Mendapat kesedaran daripada pengiklanan di televisyen, radio, majalah dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 48: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 17

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI 1. Bagaimana cara pemasar mengiklankan sesuatu produk dengan berkesan dan

mampu mendidik orangramai supaya memahami menggunakan sesuatu produk dengan betul.

(25 markah)

2. Di dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesat ini, permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan semakin meningkat. Dengan adanya pengeluaran secara besar-besaran, pengguna dapat membuat pembelian ke atas pelbagai bentuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui pengiklanan, setiap pengguna boleh membuat suatu pilihan yang tepat untuk menyesuaikan produk dengan keperluan, citarasa dan taraf kehidupan masing-masing.

Bincangkan tiga fungsi pengiklanan yang dimaksudkan dengan kenyataan di atas.

(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 49: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 2/ 18

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI Jawapan soalan 1 Fungsi iklan terhadap pendidikan. Jawapan soalan 2 Fungsi iklan terhadap Ekonomi – Sila huraikan berdasarkan kes.

Fungsi iklan terhadap Sosial – Sila huraikan berdasarkan kes.

Fungsi iklan terhadap Pemasaran. – Sila huraikan berdasarkan kes.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 50: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 3

STRATEGI PENGIKLANAN

(STRATEGI KREATIF PENGIKLANAN)

OBJEKTIF

Objektif Am :-

Memahami pengertian dan konsep pengiklanan, asas pembinaan strategi kreatif dan

menulis strategi kreatif.

Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat

• Menjelaskan pengertian strategi pengiklanan

• Menjelaskan konsep strategi pengiklanan

• Membincangkan cara-cara menulis strategi kreatif

• Menghuraikan cara untuk membina strategi kreatif

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 51: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

3.0 PENGENALAN

Pengiklanan yang kreatif akan dapat menarik minat pengguna dan akan sentiasa

diingati. Dalam membentuk iklan yang kreatif pelbagai langkah perlu dijalankan.

3.1 STRATEGI PENGIKLANAN

Apa yang diberitahu oleh pengiklan tentang produk yang diiklankan dan

formula mesej jualan yang dapat mengkomunikasikan faedah utama

produk/jenama atau bagaimana ia dapat menyelesaikan masalah

Konsep Strategi Pengiklanan

Dalam membentuk strategi pengiklanan, pengiklan perlu mengambil lima

langkah utama.

• Mengklasifikasikan fakta utama (key fact)

Fakta utama dalam strategi pengiklanan adalah pendapat pengguna yang

mengenalpasti alasan mengapa mereka membeli/tidak membeli produk

dan perkhidmatan atau jenama/tidak memikirkan langsung berkaitan

barangan.

Contoh : Pepsi menjalankan kajian mengapa pengguna membeli

produknya/tidak membeli/lebih gemar produk lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 52: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Masalah Utama Pemasaran

Langkah ini menyatakan masalah dari pandangan pemasar. Masalah

utama mungkin berkaitan imej, tanggapan terhadap produk/masalah

persaingan

Contoh :- Pepsi menghadapi persaingan dari minuman berkarbonat lain,

tanggapan pengguna yang mengatakan kandungan gula dalam minuman

terlalu banyak gula dan tidak baik untuk kesihatan dan lain-lain

• Objektif Komunikasi

Langkah ini adalah untuk menentukan apakah objektif pengiklanan yang

diperlukan terhadap pasaran sasaran dan bagaimana ia dapat memujuk

pengguna

Contoh :- Pengiklanan sama ada ingin memberi kesedaran/

mengingat/memberi keyakinan ataupun meggalakkan pengguna membuat

tindakan belian.

• Strategi Mesej Kreatif

Mesej yang kreatif adalah jantung dalam keseluruhan strategi pengiklanan.

Melaksanakan strategi mesej kreatif memerlukan perlaksanaan langkah-

langkah berikut;-

a) Kenalpasti sasaran pasaran

Boleh dikenalpasti menggunakan kaedah demografik, geografi, kebiasaan

pengunaan media, paten penggunaan produk/jenama

b) Kenalpasti pesaing utama

Perlu mengenalpasti pesaing utama, siapa, apa kekuatan dan kelemahan

bagi membolehkan perletakan produk bertentangan dengan pandangan

pengguna terhadap produk pesaing.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 53: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

c) Memilih janji yang diberikan kepada pengguna

Memilih faedah utama /idea penjualan utama (major selling idea).

Biasanya adalah janji penyelesaian masalah/ pemberian faedah kepada

pengguna.

d) Memberikan alasan

Fakta yang menyokong janji. Merupakan maklumat yang benar, berkaitan

dan menarik dan adakalanya memerlukan ‘authority figures’ seperti

pakar/selebriti untuk menyokong janji apabila janji berbentuk simbolik

atau psikologi

• Keperluan Korporat

Langkah akhir melibatkan keperluan mandatori yang dimasukkan di dalam

iklan iaitu aspek strategi pengiklanan yang teknikal dan tidak kreatif

termasuklah slogan korporat, keperluan undang-undang seperti label dan

lain-lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 54: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 3A Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat

orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di bawah :-

1. Pelajar dikehendaki mencari satu iklan samada dari media cetak atau

elektronik. Bincangkan berkaitan 5 langkah utama dalam konsep

strategi pengiklanan berdasarkan iklan yang telah dipilih.

2. Di dalam langkah strategi mesej kreatif terdapat beberapa perlaksanaan

program yang perlu dilakukan. Dengan memilih satu produk sebagai

contoh laksanakan program tersebut.

Pelajar dikehendaki membentangkan hasil dapatan perbincangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 55: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A

1. Lima (5) langkah utama dalam Konsep strategi pengiklanan Mengklasifikasi fakta utama Masalah utama pemasaran Objektif komunikasi Strategi mesej kreatif Keperluan korporat

2.Program strategi kreatif Kenalpasti sasaran pasaran Kenalpasti pesaing utama Memilih janji yang akan diberikan Memberi alas an yang menyokong janji

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 56: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

3.2 STRATEGI KREATIF

Elemen yang penting dalam penciptaan sesuatu iklan. Langkah utama yang

menerangkan dengan nyata apakah mesej/idea utama yang hendak disampaikan

mengenai keluaran /perkhidmatan kepada pengguna dan mengaitkan maklumat

keluaran/perkhidmatan dengan kehendak , keperluan dan harapan pengguna.

Ciri-ciri Strategi Kreatif

Mesej yang hendak disampaikan mestilah :

a) Mudah

Mudah difahami pengguna, menggunakan bahasa yang jelas

b) Khusus

Menyatakan sesuatu secara terus terang, jangan membuat pengguna

mengagak/membuat pendirian tertentu

c) Layak diiklankan

Tidak melanggar mana-mana etika pengiklanan/tipu pengguna/ beri maklumat

yang tidak tepat.

d) Tahan lama

Mesej bolah digunakan/disampaikan pada jangkamasa yang lama.

Menggunakan mesej yang sama walaupun bentuk iklan berlainan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 57: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Penulisan Strategi Kreatif

Terdapat 5 cara dalam penulisan strategi kreatif

• Objektif

Tentukan tujuan kita membentuk sesuatu iklan

Contoh :- Iklan VICO dibuat bertujuan adalah untuk memberi kesedaran

kepada pengguna terhadap produk baru iaitu minuman berperisa coklat.

• Audien Sasaran

Pasaran pengguna iklan hendak ditujukan. Gunakan audien sasaran dalam

iklan supaya boleh mengaitkan diri (relate).

Contoh :- Pasaran sasaran adalah suri rumah dan kanak-kanak maka

gunakan mereka dalam iklan.

• Faedah utama keluaran

Perlu terangkan sebab pengguna perlu buat pembelian. Mesej utama yang

perlu disampaikan.

Contoh :- Produk VICO lebih berkhasiat berbanding minuman berperisa

coklat yang lain

• Sandaran

Alasan pengguna harus percayai faedah yang dinyatakan. Fakta yang

menyokong faedah

Contoh :- Produk VICO menggunakan lebih banyak coklat/coco maka

lebih berkhasiat

• Arahan Kreatif

Kenyataan dibuat berdasarkan personaliti keluaran/ produk itu sendiri.

Contoh :- Mengaitkan produk VICO dengan aktiviti kecergasan atau

kesukanan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 58: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Pembinaan Strategi Kreatif

Pembinaan strategi kreatif dapat membantu mesej yang hendak disampaikan.

Beberapa perkara perlu diambilkira dalam membina strategi kreatif

• Latarbelakang keluaran

Maklumat tentang produk/perkhidmatan yang hendak diiklankan seperti

aspek pengeluaran, kedudukan kewangan pengeluar, kemampuan

pemasaran pengeluar, kemampuan pengeluar/kapasiti pengeluaran, proses

pengeluaran jika berbeza, imej yang cuba ditonjolkan, bahan digunakan

dan lain-lain lagi. Perkara-perkara berikut boleh digunakan sebagai mesej

utama

Contoh :- Minyak Seri Murni yang menjalani proses pemeringkatan dua

kali berbeza dengan minyak jenama lain

• Persaingan

Mesti mendapatkan maklumat pesaing yang berada dalam operasi yang

sama. Antara maklumat yang perlu diketahui ialah seperti keluaran

pesaing samada dari segi rekabentuk, harga dan lain-lain, syer pasaran

pesaing iaitu sejauh mana syarikat menguasai pasaran dari segi jualan,

strategi kreatif syarikat pesaing bagi mengelakkan menggunakan mesej

yang sama.

Contoh :- Serbuk pencuci Kao Attack menggunakan mesej penggunaan

yang kurang, Breeze Color mengekalkan warna dan Ekonomi Handalan

harga yang lebih jimat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 59: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Pengguna

Perlu mengetahui siapa yang menggunakan produk bagi memudahkan

mengatur strategi kreatif. Siapa pengguna sebenar produk, yang

mempengaruhi keputusan pembelian, bila dan bagaimana sesuatu produk

itu digunakan dan bagaimana produk digunakan(idea/pengguna baru).

Contoh :- Planta menggunakan idea baru penggunaan bila ibu masak nasi

campur planta. KFC memasukkan ibubapa dalam iklan walaupun

pengguna sebenar tertumpu kepada kanak-kanak kerana ibubapa

mempengaruhi keputusan pembelian

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengguna maka perlu jalankan

kajian. Antara kajian yang boleh dijalankan adalah :

Kajian Pengguna Keluaran

Untuk kenalpasti siapa pengguna sebenar dan bukan pengguna.

Diukur berdasarkan :-

a) sifat demografik - jantina, umur, agama, pendapatan dan lain-lain

b) sifat psikografik - personaliti, kelas sosial, sikap dan sebagainya

c) sifat am - pengetahuan dimiliki berkaitan jenama lain.

Kajian Persegmenan

Dibahagi kepada bahagian tertentu/segmen tertentu. Digunakan bagi

produk yang sesuai diguna oleh semua segmen. Tujuan pembahagian

segmen adalah untuk mengkaji minat terhadap produk tersebut dan

bagaimana pengguna menggunakan produk yang disegmenkan.

Contohnya Uphamol dimakan oleh orang yang sakit kepala dan kaum

wanita juga guna pada waktu tertentu.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 60: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 3B Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan secara individu dan aktiviti ini berbentuk simulasi. 1 Pelajar dikehendaki bersedia untuk menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat

yang menjalankan perkhidmatan penyelidikan pemasaran dan konsultan. Jalankan sedikit kajian terhadap syarikat yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar menjawab soalan temuduga dan antara soalan temuduga yang perlu anda jawab adalah berdasarkan lima cara penulisan kreatif.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 61: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 3B Jawapan adalah bergantung kepada soalan penemuduga dan antara jawapan yang mesti terkandung dalam sesi temuduga adalah berdasarkan 5 cara penulisan kreatif

Objektif pelajar menghadiri temuduga Audiens sasaran pelajar ketika ditemuduga/audiens syarikat yang perlu pelajar

ketahui Faedah utama yang pelajar dapat beri kepada syarikat/faedah yang pelajar

fikirkan akan diperolehi dari syarikat Sandaran/alasan mengapa syarikat mesti memilih pelajar sebagai calon yang

paling layak/ alasan kepada faedah yang syarikat boleh berikan Arahan kreatif/ kenyataan yang pelajar boleh buat berdasarkan personaliti

dirinya agar syarikat memilihnya bukan calon lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 62: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI 1. Strategi kreatif adalah penting kerana ia akan memberi arah tuju bagi penciptaan sesuatu iklan

a) Apakah yang dimaksudkan dengan strategi kreatif? (5 markah)

b) Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam strategi kreatif? (8 markah)

c) Terangkan 5 cara penulisan kreatif (12 markah)

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan strategi pengiklanan (5 markah)

b) Terangkan berkaitan Konsep strategi pengiklanan (20 markah)

3. Huraikan cara-cara membina strategi kreatif. (25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 63: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

a) Strategi kreatif ialah adalah langkah yang menerangkan dengan nyata mesej/idea

utama yang hendak disampaikan mengenai keluaran/perkhidamatan dan mengaitkan

maklumat ini dengan kehendak, keperluan dan harapan pengguna

b) Ciri-ciri strategi kreatif

Mudah

Khusus

Layak diiklan

Tahan lama

c) 5 cara panulisan kreatif

Objektif - dalam penciptaan iklan

Pasaran sasaran - pengguna/ pembeli yang mempunyao potensi

Faedah utama keluaran - faedah yang akan ditawarkan/kelebihan keluaran

Sandaran - alasan supaya pengguna percaya dan mestilah benar

Arahan kreatif - keyataan yang dibuat berdasarkan personaliti produk juga

mesti bersesuaian dan maklumat benar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 64: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 3/ 15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Jawapan 2

a) Strategi pengiklanan ialah apa yang diberitahu oleh pengiklan tentang produk yang

diiklan dan ia adalah formula mesej jualan utama yang mengkomunikasikan faedah

utama produk/jenama atau bagaimana ia dapat menyelesaikan masalah pengguna.

b) Konsep strategi pengiklanan

Mengklasifikasikan fakta utama

Masalah utama pemasaran

Objektif komunikasi

Strategi mesej kreatif

Kenalpasti sasaran pengguna

Kenalpasti pesaing utama

Memilih janji yang diberikan

Memberikan alasan yang menyokong janji

Keperluan korporat

Jawapan 3

Pembinaan strategi kreatif

Latarbelakang keluaran

Persaingan

Pengguna

Setiap jawapan pelajar mestilah berserta penerangan yang lengkap dan contoh yang

bersesuaian.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 65: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 4

STRATEGI PENGIKLANAN

(TEKNIK DAN RAYUAN PENGIKLANAN)

OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami teknik-teknik persembahan dan rayuan dalam strategi kreatif Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat

• Menghuraikan rayuan pengiklanan • Menggunakan rayuan pengiklanan dalam membentuk iklan • Menerangkan teknik-teknik persembahan • Menggunakan teknik persembahan dalam membentuk iklan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 66: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT 4.0 PENGENALAN

Kita telah mempelajari cara penulisan dan pembinaan strategi kreatif.

Sekarang kita akan mempelajari teknik persembahan mesej yang bersesuaian

supaya iklan yang kita bentuk dapat menarik perhatian dan kekal dalam

ingatan pengguna.

Persembahan mesej terbahagi kepada :-

Rayuan pengiklanan

Teknik Persembahan

4.1 RAYUAN PENGIKLANAN

Rayuan pengiklanan juga adalah satu cara membentuk pengiklanan dan

ia menimbulkan tindakbalas pengguna dari segi emosi dan pemikiran.

Terdapat tiga jenis rayuan yang boleh digunakan dalam pengiklanan

4.1.1 Rayuan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan

Rayuan berdasarkan ciri yang terdapat pada produk tersebut.

Rayuan ciri-ciri keluaran - mengkaitkan dengan prestasi produk

atau ciri tertentu tanpa membuat perbandingan dengan produk lain

dan yang penting menunjukkan ciri-ciri istimewa produk seperti

Iklan Energizer, bateri tahan lama dan prestasi tinggi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 67: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Rayuan faedah bandingan keluaran - merayu pengguna membuat

pembelian berdasarkan perbandingan dengan produk lain yang

tidak disebutkan jenamanya seperti iklan Ekonomi Handalan yang

mempunyai kehebatan yang sama tetapi harga lebih murah.

Rayuan harga patut - menggunakan strategi jualan promosi seperti

diskaun dan lain-lain. Iklan Courts Mammoth keluarkan iklan

setiap kali adakan jualan diskaun atau potongan harga.

Rayuan berita keluaran - maklumat terkini mengenai keluaran,

keluaran baru, diubahsuai atau pembaikan dan lain-lain. Iklan

Pantene dengan pek baru dan penambahan produk contohnya Dove

bukan lagi sabun mandi sahaja malahan ia telah memperkenalkan

syampu Dove.

Rayuan keluaran kegemaran ramai - produk paling popular dan

kena pastikan produk betul-betul lain dan digemari ramai

berbanding produk lain. Iklan susu pekat F&N menggunakan

perkataan digemari ramai.

Rayuan generis - iklan keluaran tertentu dalam industri tertentu

tanpa menyebut apa-apa jenama dan biasanya bukan dikeluarkan

oleh pemasar sebaliknya oleh persatuan atau agensi kerajaan

tertentu untuk galakkan penggunaan terhadap asas-asas produk

seperti minyak kelapa sawit, nanas dan lain-lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 68: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

4.1.2 Rayuan berkaitan dengan pengguna keluaran/perkhidmatan

Berkaitan denngan pengguna itu sendiri dengan menunjukkan kesan-

kesan yang akan diperolehi selepas menggunakan produk /

perkhidmatan.

Rayuan perkhidmatan pengguna - iklan memberitahu pengguna

bagaimana cara mengguna produk supaya lebih berfaedah kepada

penggguna biasanya dalam iklan masakan seperti iklan susu Ideal

yang boleh digunakan di dalam minuman, buat kuih, masakan dan

lain-lain. Pengguna dapat lebih faedah/kelebihan

Rayuan berjimat cermat menerusi pengguna - pengguna dapat

berjimat cermat dalam pembelian barang-barang yang diiklankan.

Biasanya iklan pengurangan harga seperti iklan penjimatan hingga

beratus ringgit dalam pembelian barangan di Courts.

Rayuan memperbaiki diri - menggunakan iklan dengan

menunjukkan bahawa dengan penggunaan barangan pengguna

dapat memperbaiki diri supaya kelihatan lebih menarik, cantik dan

lain-lain. Iklan Fair & Lovely menunjukkan perubahan kulit lebih

cerah jika menggunakannaya

Rayuan ketakutan - iklan cuba menimbulkan desakan ketakutan,

gambarkan keadaan yang mencemaskan. Menonjolkan mesej

utama bahawa produk dapat membantu atasi rasa ketakutan itu.

Iklan insurans biasanya akan tunjukkan kebaikan sekiranya

memiliki polisi.

Rayuan mencuba keluaran - biasanya dijalankan untuk produk

baru dimana pengguna yang mencuba produk akan dapat

tawaran/potongan harga atau insentif lain seperti sampel dan lain-

lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 69: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

4.1.3 Rayuan yang tiada kaitan dengan keluaran atau pengguna

Pemasar akan cuba menunjukkan aktiviti bukan perniagaan/ lain-lain

aktiviti syarikat kepada masyarakat. Tujuan ianya dijalankan adalah

untuk mendapat sokongan daripada pengguna dan membina imej baik

syarikat

Rayuan korporat - bertujuan menunjukkan gambaran yang baik

tentang syarikat kepada orang ramai seperti syarikat-syarikat besar

menaja aktiviti sukan. Menggambarkan bahawa sekiranya arena

sukan negara maju maka syarikat pun boleh maju. Pepsi menaja

Sukan Komanwel dan lain-lain

Rayuan pelaburan - iklan menunjukkan kepada pengguna tentang

pelaburan syarikat dan keuntungan yang syarikat perolehi atau

pengguna akan perolehi sekiranya melabur dalam syarikat seperti

iklan Amanah Saham.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 70: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 4A

Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga hingga empat

orang ahli. Setiap kumpulan perlu mencipta satu iklan untuk satu produk dengan

menggunakan teknik rayuan yang telah dipelajari. Pelajar boleh memilih samada

ingin membentu iklan cetak atau elektronik dan pelajar boleh menggunakan

strategi kreatif yang telah dipelajari sebelumnya.

Anda dikehendaki menulis dan membentangkan hasil dapatan pada pertemuan

seterusnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 71: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 4A Pelajar boleh memilih antara rayuan berikut atau mencampurkan beberapa jenis rayuan.

Rayuan ciri keluaran

Rayuan faedah bandingan keluaran

Rayuan harga berpatutan

Rayuan berita mengenai keluaran

Rayuan keluaran kegemaran ramai

Rayuan generis

Rayuan pekhidmatan pengguna

Rayuan berjimat cermat melalui pengguna

Rayuan memperbaiki diri

Rayuan ketakutan

Rayuan mencuba keluaran

Rayuan korporat

Rayuan memohon pelaburan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 72: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

4.2 TEKNIK-TEKNIK PERSEMBAHAN DALAM PENGIKLANAN

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah persembahan dalam iklan

dilakukan? Apakah teknik yang digunakan? Sebenarnya kita boleh

menggunakan pelbagai teknik persembahan yang bersesuaian bagi

membantu keberkesanan pengiklanan yang akan kita jalankan.

4.2.1 Teknik Persembahan di media cetak dan elektronik

• Kenyataan fakta secara terus terang

Sampaikan fakta secara terus terang kepada pengguna biasanya

produk yang memerlukan bantuan teknikal, barangan berbentuk

teknikal, cara ia berfungsi dan penerangan lebih mendalam

Contoh :- Iklan-iklan Smart shop menyiarkan fakta dan cara

penggunaan barangannya

• Kenyataan merangsang

Iklan dimulakan dengan soalan yang merangsang pemikiran

pengguna. Biasanya bagi iklan media cetak. Tanpa menunjukkan

produk terlebih dahulu.

Contoh :- Tunjuk mukasurat berwarna hitam dan pada muka

surat sebelah baru tunjuk produk.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 73: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Perbandingan Keluaran

Membandingkan produk kita dengan produk pesaing dan tunjuk

kelebihan produk berbanding dengan pesaing.

Contoh :- Iklan Ekonomi Handalan

• Demonstrasi

Menunjukkan ciri-ciri tertentu sesuatu produk. Boleh ditunjukkan

dalam 2 keadaan :-

Keadaan sebenar - menunjukkan keadaan sebenar

bagaimana penggunaan produk.

Keadaan simulasi - membuat demonstrasi dalam keadaan

seolah-olah berada dalam keadaan sebenar

Contoh :- Iklan Pampers - curah air atas pampers dan kemudian

tekan dengan gelas kaca.

Iklan kemalangan jalanraya menggunakan buah tembikai sebagai

ganti kepala manusia.

• Gambar pegun(terpaku)

Produk/sesuatu keluaran akan menjadi fokus atau tumpuan dalam

iklan. Terutamanya untuk iklan cetak

Contoh :- fokus bahagian dalam kereta/ bahagian-bahagian lain

kereta untuk iklan kereta.

• Kiasan/ibarat

Tunjukkan kesan yang dialami selepas guna sesuatu produk atau

perkhidmatan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 74: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Contoh :- Iklan Proton Waja, mengibaratkan memandu kereta

tersebut seperti memandu kereta buatan Jerman

• Dramatis

Iklan penggunaan produk dalam bentuk drama/jalan cerita

Drama biasa - menunjukkan keadaan biasa yang dialami oleh

pengguna

Penyelesaian masalah - watak utama dalam iklan selesaikan

masalah

Contoh :- Iklan Horlicks - boleh dikaitkan dengan kehidupan

harian/biasa. Ibu yang bekerja buatkan anak minuman pagi.

Iklan sabun Trojan - hero menyelesaikan masalah baju kotor dan

berbau.

• Jurucakap

Menggunakan individu untuk menerangkan tentang produk. Tidak

semestinya personaliti terkenal/pakar. Personaliti mestilah sesuai

dengan produk yang diiklankan.

Contoh :- Iklan Rejoice menggunakan Budak Sinki

Iklan Lux menggunakan Era Fazira dan Joanna Bassey.

4.2.2 Teknik Reka Letak dalam Iklan Cetak

• Unsur-unsur reka letak

Elemen-elemen/perkara yang akan dimasukkan dalam sesuatu iklan

cetak

Illustrasi - gambar, lukisan, carta, peta, gambar

produk graf pertambahan jualan dan lain-lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 75: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Tipografi - rekabentuk perkataan (rupataip) iaitu saiz

dan jenis huruf

Ruang putih dan ruang warna - bahagian iklan pada

kertas yang tidak digunakan biasanya digunakan

sebagai border

Slogan - dalam bentuk perkataaan/ ungkapan

biasanya tidak terlalu panjang

Logotaip - boleh terdiri dari 2 jenis iaitu gambar

seperti PUMA menggunakan gambar harimau

kumbang dan tulisan seperti KFC atau NESTLE

Harga - jualan murah, dengan meletakkan harga

sebenar dan harga promosi

Teks naskah - penerangan ciri-ciri produk, cara

penggunaan produk. Saiz tipografi akan menjadi lebih

kecil

Unsur tajuk - menggunakan tajuk tertentu/tajuk utama

• Corak reka letak

Cara meletakkan unsur reka letak dalam ruang tertentu

Mondrian - Anda boleh merujuk gambarajah 4.1 di

mana gambar digabungkan berbentuk persegi yang

diatur secara berkaitan/interlocking. Disusun secara

rapi dalam bentuk persegian lebih tersusun. Gambar-

gambar ditunjuk secara satu persatu atau

sebahagiannya kemudian barulah gambar tersebut

ditunjukkan sepenuhnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 76: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Gambarajah 4.1 Reka letak Mondrian

Tingkap gambar - Rekaletak paling popular sekali

bagi media cetak. (Rujuk gambarajah 4.2) Guna ruang

yang paling besar dalam iklan cetak. 2/3 atau lebih

halaman mukasurat digunakan untuk gambar.

Gambarajah 4.2 Tingkap gambar

gambar

slogan

Teks naskhah

Logotype

Illustrasi

Teks naskhah

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 77: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Padat bernaskah - ruang paling besar digunakan

untuk teks naskah, saiz tajuk yang besar, saiz illustrasi

kecil dan teks naskhah boleh diletakkan dimana-mana

asalkan saiznya besar dan dapat tarik perhatian. Anda

boleh merujuk gambarajah 4.3

Gambarajah 4.3 Reka letak padat bernaskah

Bingkai (susunan off-beat) - Mari kita lihat

gambarajah 4.4 yang mana teks naskhah akan

dikelilingi oleh illustrasi seolah-oleh membentuk

bingkai gambar.

Gambarajah 4.4 Susunan Berbingkai

Tajuk

Teks Naskhah

Logotype

Teks Naskhah

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 78: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Sarkis/Bentuk omnibus - timbulkan suasana ceria

dengan menggabungkan unsur reka letak kecil. Saiz

setiap unsur kecil dan tiada unsur-unsur sistematik dan

banyak unsur. Anda boleh merujuk gambarajah 4.5

Gambarajah 4.5 Bentuk Sarkis

Multipanel (jalur komik/ comic stripe) - Gambarajah

4.6 menunjukkan teknik mulitipanel dimana setiap

kotak menceritakan secara bebas tentang sesuatu

barangan. Menggunakan konsep komik.

Gambarajah 6.6

Gambarajah 4.6 Multipanel

Teks Teks Naskhah Teks Teks Naskhah Naskhah Teks naskhah

Illustrasi

Illustrasi

Teks Naskhah Teks naskhah Teks Naskhah Teks naskhah

Illustrasi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 79: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Corak bebayang - teks naskah mengelilingi illustrasi

dengan mewujudkan ruang warna dan ruang putih.

Anda boleh merujuk gambarajah 4.7

Gambarajah 4.7 Corak Bebayang

Corak huruftaip - Gambarajah 4.8 menunjukkan

kepada kita corak huruftaip yang memfokus kepada

bentuk huruf/tulisan. Menggunakan tajuk yang besar

untuk tarik perhatian. Gambar/illustrasi dan teks

naskhah yang kecil.

Gambarajah 4.8 Corak Huruftaip

Ruang warna

Tajuk Teks naskhah (ruang hitam putih)

Teks naskhah

Illustrasi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 80: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

4.2.3 Jenis-Jenis Tajuk yang Boleh Digunakan

Adakah anda sudah membaca tajuk utama akhbar hari ini? Tajuk

utama biasanya dapat menarik perhatian pelanggan begitu juga

dengan tajuk iklan. Mari kita lihat jenis-jenis tajuk yang boleh kita

gunakan dalam pembentukan iklan.

Berita

Menyampaikan sesuatu yang terkini atau maklumat

terbaru tentang produk. Memulakan perkataan tertentu

seperti ‘kini’, ‘sekarang’, ‘memperkenalkan’ Sesuai

digunakan untuk produk baru

Dakwaan

Kenyataan tegas dan dapat dipercayai. Dakwaan yang

dibuat mestilah betul dan tepat seperti ‘yang terbaik’,

‘yang terlaris’, ‘termurah’ dan sebagainya.

Nasihat

Menggunakan pakar untuk mengatakan sesuatu/ untuk

memberi nasihat tentang sesuatu. Biasanya iklan

perkhidmatan awam seperti iklan jalanraya dan

kesihatan

Tandatanya

Tajuk iklan dalam bentuk soalan atau pertanyaan.

Menanya kepada pengguna supaya pengguna berminat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 81: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 17

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

membeli sesuatu seperti ‘sudahkah anda memiliki…?’

‘anda ingin memiliki…?’ dan sebagainya

Arahan/Cabaran

Memberi arahan kepada pengguna tentang sesuatu

perkara seperti menggunakan perkataan ‘jangan lupa

dapatkan…’, ‘dapatkan segera…’ dan lain-lain.

Nama Barangan

Biasanya digunakan oleh produk/jenama yang telah

dikenali ramai bukan produk baru seperti ‘MILO’,

‘PAMPERS’ dan lain-lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 82: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 18

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 4B Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang

ahli. Setiap kumpulan dikehendaki menghias sehelai kertas manila yang

dianggapkan sebagai papan notis menggunakan salah satu teknik-teknik

persembahan iklan cetak pengiklanan yang telah dipelajari.

Senang je nak hias papan notis ni…..kan dah belajar………

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 83: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 19

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 4B Pelajar boleh mengikut mana-mana salah satu teknik persembahan pengiklanan

yang telah dipelajari

Mondrian

Tingkap gambar

Padat bernaskah

Bingkai

Sarkis

Multipanel

Corak berbayang

Corak huruf type

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 84: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 20

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan berkaitan teknik persembahan yang boleh digunakan dalam

iklan

(25 markah)

2. Teknik di dalam iklan cetak berbeza sedikit daripada iklan elektronik

kerana ia mempunyai 2 eleman penting iaitu unsur reka letak dan corak

reka letak

a) Bincangkan 6 ciri dalam unsur reka letak dalam iklan cetak

(12 markah)

b) Dengan menggunakan illustrasi yang bersesuaian terangkan ciri 3

daripada corak reka letak

(13 markah)

3. Bagi mendapatkan atau menimbulkan tindakbalas/mempengaruhi

pengguna dari segi emosi dan pemikiran anda perlulah menyelitkan unsur

rayuan di dalam iklan. Bincangkan ketiga-tiga rayuan pengiklanan dalam

membentuk iklan itu sendiri.

(25 markah)

Selamat

Mencuba….!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 85: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 21

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan Soalan 1

Kenyataan fakta secara terus terang

Kenyataan merangsang

Perbandingan keluaran

Demonstrasi

Gambar pegun

Kiasa/ibarat

Dramatis

Jurucakap

Jawapan Soalan 2

a)

Illustrasi

Tipografi

Ruang putih dnn warna

Slogan

Logotaip

Teks naskah

Harga

Unsur tajuk

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 86: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 4/ 22

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

b)

Mondrian

Tingkap gambar

Padat bernaskah

Bingkai

Sarkis

Multipanel

Corak berbayang

Corak huruftype

Jawapan Soalan 3

Rayuan berkaitan produk/keluaran

Rayuan berkaitan pengguna

Rayuan yang tiada kaitan dengan produk dan pengguna

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 87: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 5

PERNIAGAAN PENGIKLANAN

(INDUSTRI DAN AGENSI PENGIKLANAN)

OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami fungsi-fungsi industri dan agensi pengiklanan dan sumbangannya dalam perkembangan ekonomi. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-

• Menghuraikan fungsi-fungsi industri pengiklanan • Menerangkan peranan-peranan agensi pengiklanan • Membincangkan jenis-jenis agensi pengiklanan • Menjelaskan struktur organisasi agensi pengiklanan • Membincangkan bentuk ganjaran yang diterima oleh agensi pengiklanan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 88: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

5.0 PENGENALAN

Agensi pengiklanan adalah salah satu elemen yang penting dalam industri

pengiklanan. Industri pengiklanan telah menyumbangkan sebahagian dari

pembangunan ekonomi negara.

5.1 FUNGSI INDUSTRI PENGIKLANAN

Di Malaysia, industri pengiklanan telah berkembang pesat sejak 10 tahun

lepas dan telah memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi

negara. Industri ini telah menyumbang dalam meningkatkan :-

• Tenaga kerja

Perkembangan dalam industri pengiklanan telah membuka

peluang pekerjaan.

• Perbelanjaan pengiklanan

Dalam tahun 1991, perbelanjaan pengiklanan telah meningkat

sebanyak 20% dan 12% adalah sumbangan dari pemasar baru.

Sila rujuk rajah 5.1.

• Pengiklan baru dalam industri pengiklanan

Bertambahnya pemasar-pemasar baru seperti institusi

kewangan untuk iklan kad kredit dan Petronas untuk Hari

Merdeka.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 89: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

JENAMA

RM JUTA

Shipping Advertisements 15.1

Malaysia Airlines 8.1

Perilly’s Black & Gold

Collection

7.3

Benson & Hedges Golden

Gallery

5.5

Road Safety Council 5.0

John Player’s Classic Collection 5.0

Peter Stuyvesant 4.7

Salem in Concert 4.5

Salem Holidays 3.9

Telekom Malaysia 3.7

(Sumber: SRM Adex Report, 1993)

Rajah 5.1: Senarai 10 Pemasar Penyumbang Terbesar dalam

Perbelanjaan Pengiklanan:1992

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 90: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 5A

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 - 5 orang ahli

bagi menjawab tugasan dibawah :-

Cari data terkini berkaitan :-

Tenaga kerja yang terlibat dalam bidang pengiklanan

Peratusan sumbangan industri pengiklanan dalam sektor ekonomi

Senarai 10 pemasar , penyumbang terbesar dalam perbelanjaan

pengiklanan.

Dari data yang diperolehi pelajar dikehendaki membuat ulasan

Sertakan juga data yang telah diperolehi sebagai lampiran.

Lepas buat

graf kena

ulas pulak…..

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 91: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A

Jawapan pelajar mestilah data yang berkaitan dengan:-

• Tenaga kerja pengiklanan

• Peratus sumbangan

• Senarai 10 syarikat penyumbang terbesar

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 92: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

5.2 AGENSI PENGIKLANAN

Agensi pengiklanan memainkan peranan yang penting dalam industri

pengiklanan. Peranan-peranannya meliputi dengan pemasar dan agensi

pengiklanan lain.

5.2.1 PERANAN-PERANAN AGENSI PENGIKLANAN

Terdapat empat peranan yang penting iaitu:

a. Memberi pandangan luar yang lebih objektif.

Agensi memberi pandangan tentang aktiviti-aktiviti pengiklanan

kepada pemasar dari sudut masa siaran, teknik promosi yang

sesuai, media-media yang akan digunakan dan juga memberi

cadangan-cadangan yang bernas tentang strategi kreatif yang

hendak digunakan.

b. Membantu untuk menyediakan tenaga pakar dalam bidang

pengiklanan.

Sesebuah agensi pengiklanan perlu menyediakan tenaga pakar

contohnya pengarah seni, pereka grafik, jurufoto dan sebagainya.

Selain dari itu penyediaan alat produksi dan lokasi juga ditentukan

oleh agensi pengiklanan tetapi bergantung juga kepada kehendak

pemasar.

c. Mengatur pembelian ruang dalam media cetak dan masa siaran

dalam media elektronik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 93: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Membantu media dalam tempahan ruang untuk media cetak dan

masa siaran untuk media elektronik. Contohnya iklan Citibank

menempah untuk iklan produknya di muka belakang majalah

Astro.

d. Memberi perkhidmatan yang baik kepada pengiklan.

Agensi pengiklanan seharusnya memberi perkhidmatan yang

terbaik untuk pelanggannya. Perkhidmatan seperti khidmat-nasihat

dalam pengiklanan, penyelidikan pemasaran dalam perkembangan

pasaran produk, melayan aduan-aduan daripada pelanggan dan

sebagainya.

5.2.2 JENIS-JENIS AGENSI PENGIKLANAN

Agensi pengiklanan boleh dikategorikan kepada dua iaitu berdasarkan

jenis perniagaan yang dijalankan dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Terdapat lima jenis agensi pengiklanan iaitu:-

Agensi pengiklanan pengguna am

Agensi pengiklanan perindustrian

Agensi pengiklanan membeli media

Butik kreatif

Agensi pengiklanan perkhidmatan penuh

A. Agensi pengiklanan pengguna am.

Sebuah agensi yang menguruskan pelbagai jenis pelanggan.

Kebiasaannya ia menguruskan iklan bagi barangan pengguna seperti

iklan serbuk pencuci, makanan segera, pakaian dan barang keperluan

harian yang lain.

Penggunaan pelbagai jenis media untuk iklan pengguna am seperti

papan iklan, tv, radio, internat dan majalah.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 94: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

B. Agensi pengiklanan perindustrian.

Kebiasaannya iklan dibuat melalui media cetak kerana prospek tidak

meluas. Contohnya menggunakan majalah perdagangan, jurnal

perniagaan dan lain-lain.

Komisen diterima adalah rendah sebaliknya agensi ini mengenakan

yuran pengiklanan yang lebih tinggi.

C. Agensi pengiklanan membeli media

Agensi ini tidak mencipta iklan, sebaliknya membantu pemasar

membeli ruang iklan dalam media cetak dan masa siaran di media

elektronik. Agensi ini pakar dalam susun atur pembelian media seperti

broker. Pembelian iklan termasuk mengatur masa iklan.

D. Butik/Gedung Kreatif

Satu agensi yang focus kepada penciptaan dan strategi kreatif sesuatu

iklan. Biasanya terdiri daripada beberapa pekerja penting seperti

pengarah seni, pereka grafik dan lain-lain. Adakalanya memberi

perkhidmatan pada agensi pengiklanan yang lain.

E. Agensi pengiklanan perkhidmatan penuh

Satu agensi yang menawarkan semua perkara yang berkaitan dengan

iklan. Dua bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi ialah:

a. Perkhidmatan pengiklanan

Mencipta strategi kreatif, penerbitan filem iklan dan lain-lain

lagi termasuk mengurus aspek-aspek pembayaran bagi pihak

pemasar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 95: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

b. Perkhidmatan bukan pengiklanan

Menjalankan aktiviti berkaitan dengan iklan secara tidak

langsung. Contohnya menghasilkan bahan-bahan promosi

jualan yang mungkin ada kaitan dengan iklan yang disiarkan.

5.2.3 SUMBER-SUMBER PENDAPATAN AGENSI PENGIKLANAN

Apa-apa firma perniagaan mahukan keuntungan. Keuntungan tersebut

dalam bentuk keuntungan, pendapatan, komisen, yuran dan sebagainya.

Bagi agensi pengiklanan, sumber-sumber pendapatan tersebut datangnya

dari empat bentuk iaitu:-

Komisen media

Tokokan harga terhadap pembelian luar

Perkara bukan komisen

Bayaran yuran/perkhidmatan

1. Komisen Media

Merupakan sumber pendapatan yang paling besar kepada pendapatan

agensi iaitu 60-75%. Komisen ini dibayar oleh pihak media contohnya

iklan Waikiki burger oleh KFC di mana setiap kali ia disiarkan agensi

akan menerima komisen dari pihak media.

Berikut adalah contoh pengiraan, bagaimana komisen media

diperolehi.

Komisen media - 15%

Bayaran pengiklanan oleh KFC - RM250,000 setahun

Diskaun 2% untuk bayaran cepat

Oleh itu: 250,000 x 15% = 37,500

Maka ini adalah komisen media yang diterima oleh agensi

pengiklanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 96: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Untuk mengira pendapatan yang diterima oleh pihak media pula adalah

seperti berikut:

250,000 – 37,500 = 212,500

Jika dibayar cepat, maka boleh menerima diskaun.

212,500 x 2%=4,250

212,500 – 4,250=208,250

Oleh itu bayaran yang diterima oleh pihak media adalah sebanyak

RM208,250.

2. Tokokan harga terhadap pembelian luar

Dalam menyediakan sesuatu iklan, kadang kala agensi perlu

membayar perkhidmatan yang mereka gunakan seperti model-

model, peralatan, perkhidmatan syarikat penerbitan filem dan lain-

lain lagi.

Agensi akan mengenakan tokokan (mark-up) sebanyak 20-25%

kepada pembayaran yang dibuat terlebih dahulu.

3. Perkara bukan komisen

Perkara bukan komisen adalah masa tambahan yang diperlukan

untuk menyiapkan sesuatu kerja iklan contohnya kerja lebih masa

oleh staf agensi yang mana ditanggung oleh pemasar.

4. Bayaran yuran perkhidmatan

Yuran-yuran lain yang dikenakan oleh agensi kepada

pemasar/klien bagi bahan-bahan yang digunakan seperti alatulis.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 97: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 5B Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri dari 4 – 5 orang ahli bagi

menjawab soalan tugasan di bawah

1. Cari senarai 5 agensi pengiklanan di Malaysia dan kategorikan agensi

mengikut jenis agensi pengiklanan yang telah dipelajari. Berikan alasan

mengapa anda mengkategorikannya seperti itu.

2. Dari senarai tersebut di atas pilih satu agensi dan lukiskan struktur

organisasi agensi tersebut.

Camne le pulak nak

susun struktur

oraganisasi ni….?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 98: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 5B

1. Agensi yang dipilih oleh pelajar mestilah agensi pengiklanan dengan

menyertakan lampiran sebagai rujukan pelajar.

2. Struktur organisasi samada pelajar boleh lukis struktur/carta organisasi

atau menyenaraikan jawatan-jawatan yang terdapat atau

kemahiran/kelayakan yang perlu ada pada tenaga kerja dalam agensi

pengiklanan tersebut.

Syabas!!!

Teruskan usaha

anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 99: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI

1. a. South-east Asia Sdn.Bhd menandatangani kontrak dengan Tanjung Tuan Bhd untuk mengeluarkan iklan syarikat tersebut. Dalam kontrak tersebut Tanjung Tuan bersetuju membayar RM2,000,000.00 kepada South-east Asia Sdn.Bhd. Pihak media Kerangkraf bersetuju memberi sebanyak 15% kepada South-east Asia Sdn.Bhd sebagai komisen. Berapakah komisen yang diterima oleh South-east Asia Sdn.Bhd?

(5 markah)

b. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh South-east Asia Sdn. Bhd. kepada Tanjung Tuan Bhd.

(25 markah)

2. “Industri pengiklanan menyumbang kepada pendapatan negara”. Bincangkan. (25 markah)

3. Terangkan lima jenis agensi pengiklanan dan peranannya pada pihak

pemasar tersebut.

(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 100: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

a) RM2,000,000 x 15% = RM300,000

Komisen media yang diterima oleh pihak agensi ialah RM300,000

Pihak media akan menerima RM2,000,000- RM300,000 =

RM1,700,00

b) Peranan agensi pengiklanan kepada pemasar atau klien

Rujuk nota 5.2 di muka surat 6

Jawapan 2

Industri pengiklanan penyumbang kepada pendapatan negara dengan:

• Membuka peluang pekerjaan

• Menambahkan lagi pendapatan agensi-agensi iklan dan badan penyiaran

• Membuka peluang pelaburan oleh pelabur-pelabur asing dalam industri

iklan

• Menambahkan lagi perbelanjaan penggunaan dan pelaburan dalam

masyarakat

Jawapan 3

5 jenis agensi-agensi pengiklanan antaranya:-

• Agensi pengiklanan pengguna am

• Agensi pengiklanan perindustrian

• Agensi pengiklanan membeli media

• Gedung kreatif

• Agensi pengiklanan perkhidmatan penuh

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 101: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 5/15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 102: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 6

PERNIAGAAN PENGIKLANAN

(HUBUNGAN PENGIKLAN DAN AGENSI SERTA PEMBEKAL PENGIKLANAN)

OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami peranan pengiklan dan hubungannya dengan agensi dan pengiklanan. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat:-

• Menerangkan hubungan antara pengiklan dengan agensi. • Menjelaskan peranan studio seni • Menerangkan peranan syarikat percetakan dan produksi. • Mengkaji peranan syarikat penyelidikan pemasaran • Menghuraikan peranan agensi mencari bakat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 103: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

6.0 PENGENALAN

Dalam perniagaan hubungan yang baik merupakan satu aset penting dalam

memajukan perniagaan. Dalam industri pengiklanan hubungan antara agensi

dengan kliennya/pemasar sangat penting. Dengan hubungan seperti inilah

maka agensi seperti Mc Caan Erikson telah menjadi agensi pengiklanan bagi

Coca Cola untuk sekian lama.

6.1 Sumber Klien

Sekiranya anda berkerja di agensi pengiklanan dan ditugaskan untuk

mencari klien baru, apakah yang akan anda lakukan? Terdapat pelbagai

cara untuk anda mencari pelanggan baru antaranya :-

Melalui rujukan

Agensi boleh membuat rujukan kepada agensi pengiklanan

lain mengenai pelanggan baru. Contohnya agensi tidak dapat

menerima klien baru yang bersaing dengan klien sedia ada

sebagai contoh Mc Cann Erikson tidak boleh terima Pepsi

Cola sebagai klien kerana telah ada Coca Cola.

Mencari klien baru.

Agensi pengiklanan boleh mencari kliennya sendiri melalui :-

1) berjumpa sendiri dengan pelanggan prospek.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 104: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Semasa proses ini wakil agensi perlu bijak menyampaikan

maklumat agensi termasuk tentang perkhidmatan yang

ditawarkan.

2) melalui halaman kuning (Yellow Pages)

Mencari pelanggan melalui buku panduan telefon,

direktori, majalah perniagaan dan sebagainya

3) menghantar surat kepada klien-klien yang berpotensi

Surat mengandungi latarbelakang syarikat produk yang

ditawar, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi dan

sebagainya.

Melalui Persembahan.

Membuat persembahan di hadapan pelanggan berpotensi

seperti tayangan video, slide, menunjukkan hasil produk iklan

agensi dan lain-lain sebagai bukti agensi sebuah syarikat

pengiklanan yang baik dan boleh dipercayai. Agensi juga

boleh mengemukakan cadangan iklan atau kempen cadangan

iklan (pitching) kepada syarikat pemasar.

6.1.1 Pertimbangan Mencari Klien.

Dalam meluaskan pasaran iklan, sesebuah agensi

pengiklanan tidak boleh membuat keputusan memilih klien

sesuka hati. Klien-klien baru yang dipilih adalah :-

Klien yang tiada konflik dengan klien sedia ada atau

klien baru bukanlah saingan dengan klien sedia ada.

Bukan transien (suka bertukar). Klien yang suka

bertukar agensi @ pembekal perlu dielakkan bagi

menjaga rahsia syarikat.

Klien yang tidak ada hubungan perniagaan dengan

agensi pengiklanan yang lain bagi mengelakkan

kebocoran rahsia syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 105: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Klien yang tidak akan menyebabkan hubungan dengan

klien sedia terjejas dari segi keuntungan. Agensi

mestilah memilih klien yang menawarkan produk bukan

pengganti kepada produk klien sedia ada. Sebagai

contoh Bloomingdale Advertising yang mengeluarkan

iklan kereta Citroen ZX tidak boleh menerima klien

yang mengeluarkan motorsikal (produk pengganti tidak

langsung bagi kereta).

6.1.2 Bagaimana Mengekalkan Hubungan Baik dengan Klien

Mengekalkan hubungan baik dengan klien adalah satu tugas

yang berat bagi agensi pengiklanan. Bagaimanakah anda

sebagai eksekutif di agensi pengiklanan dapat

mengekalkan hubungan baik ini? Antara perkara yang

boleh anda lakukan ialah:-

Memastikan tidak ada 2 klien yang bersaing di bawah

agensi yang sama.

Agensi perlu bijak menguruskan hal-hal berkaitan

pembayaran iklan, penetapan komisen dan memastikan

tiada kerja yang tertangguh.

Agensi perlu mengekalkan rekod prestasi yang baik,

sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik kepada

pelanggan dan pihak media.

Agensi sentiasa mempunyai idea-idea terkini,

pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengiklanan

untuk mencapai kehendak pelanggan dan menjaga

kualiti produk serta reputasi syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 106: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 6A

Arahan : Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi 4 hingga 5 orang ahli. Anda perlu menjawab soalan tugasan di bawah dan membentangkan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya. Anda dan rakan anda adalah eksekutif yang telah ditugaskan oleh agensi untuk mencari klien baru bagi memperkembangkan lagi syarikat. Huraikan cara yang boleh anda lakukan untuk mencari klien baru ? Bagi setiap cara anda perlu mengandaikan anda berada di dalam situasi sebenar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 107: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 6A

Cara –cara mencari klien baru:-

Berjumpa sendiri dengan prospek pelanggan

Melalui halaman kuning (yellow pages)

Menghantar surat kepada klien berpotensi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 108: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

6.2 PEMBEKAL PENGIKLANAN

Apakah yang anda faham tentang pembekal pengiklanan ? Adakah

ianya sama penting dengan pembekal produk ? Peranan pembekal

pengiklanan amat penting di dalam membantu menjayakan aktiviti

pengiklanan. Tanpanya syarikat-syarikat akan mengalami masalah di

dalam melariskan produk jualan. Siapakah pembekal pengiklanan ?

Mari kita lihat siapakah pembekal pengiklanan dan perkhidmatan yang

mereka tawarkan :-

6.2.1 Perkhidmatan pembekal pengiklanan

Perkhidmatan- perkhidmatan pengiklanan seperti

menyediakan studio seni, khidmat percetakan untuk iklan-

iklan di majalah, penyelidikan pemasaran dan syarikat

produksi.

(a) Studio Seni.

Iaitu tempat dimana pekerja-pekerja bertugas mencipta dan

membuat kerja-kerja lukisan dan illustrasi sebelum

menghasilkan iklan yang sebenar. Pekerja disini terdiri

daripada pelukis-pelukis yang mahir dan juga terdapat

ramai pakar-pakar seperti pengarah seni , pelukis grafik

dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 109: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Contohnya :- New Straits Times Press dan Syarikat

Karangkraf mempunyai studio seni untuk membuat kerja-

kerja pengiklanan bagi pihak pemasar @ agensi.

(b) Syarikat Pencetak.

Menjalankan kerja-kerja pencetakan di kilang-kilang

menghasilkan iklan dalam bentuk percetakan . Biasanya

syarikat ini mempunyai peralatan yang lengkap dan canggih

bagi menghasilkan output yang berkualiti. Sebagai contoh

brosur, kad perayaan, katalog dan sebagainya.

Contohnya : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Menerbitkan majalah Nona, Impiana dan Remaja.

Kumpulan Utusan menerbitkan Majalah Wanita, URTV

dan lain-lain.

(c) Syarikat Produksi / Penerbitan.

Syarikat yang menjalankan aktiviti membuat iklan di

televisyen. Di syarikat ini terdapat studio yang dikhaskan

bagi sesi penggambaran iklan. Ada pekerja yang pakar di

dalam produksi filem dengan ini mampu memaparkan iklan

yang berkesan.

(d) Syarikat Penyelidikan Pemasaran.

SRM adalah singkatan untuk Survey Research

Management, iaitu merupakan sebuah badan yang pakar

didalam bidang penyelidikan pemasaran. Terdiri daripada

penganalisis yang akan mengkaji atau menganalisa data-

data. Antara badan penyelidikan lain ialah AC Nielsen,

Oracle dan lain-lain lagi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 110: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Antara contoh kajian yang dibuat ialah mengenai :-

Kajian mengenai demografik

Kajian mengenai potensi produk.

Kajian mengenai produk baru yang perlu diwujudkan di pasaran.

Kajian psikografik

Kajian gelagat pengguna

e) Agensi mencari bakat (Talent agency)

Sebuah agensi yang membekalkan tenaga manusia yang pakar dalam

bidang tertentu contohnya :- model-model, pelakon iklan, pelakon

tambahan, penyanyi lagu iklan dan lain-lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 111: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 6B

Arahan : Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi empat atau lima orang ahli bagi menjawab soalan tugasan dibawah. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan ini pada pertemuan seterusnya Andaikan anda berada di sebuah studio seni. Cuba rangkakan contoh iklan mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan seperti kertas warna, gambar, gam , blok tulisan dan sebagainya bagi membantu penghasilan iklan yang menarik untuk di siarkan di majalah.

Ooo.. kengkawan… jom buat iklan ni…

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 112: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6B

Tunjukkan contoh iklan yang sebenar .

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 113: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 6C

Arahan: Bentukkan kumpulan yang terdiri dari empr atau lima orang ahli. Persembahkan tugasan yang diberi ini pada pertemuan seterusnya. Pelajar-pelajar dikehendaki mencipta lirik lagu untuk iklan di radio atau televisyen. Kemudian lirik tersebut hendaklah digubah dan dipersembahkan dalam bentuk nyanyian. Gubahan boleh diciplak dari lagu yang sedia ada atau pelajar menggubah sendiri lagu tersebut. Pelajar-pelajar diminta mempersembahkan lagu iklan tersebut tidak lebih dari satu minit.

SELAMAT MENCUBA

Ini nak belajar iklan ke nak jadi penyanyi…

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 114: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6C

Lirik di tulis dalam sehelai kertas dan diserahkan kepada pensyarah dan pelajar

mempersembahkan lagu iklan berdasarkan lirik tersebut tidak lebih dari satu

minit.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 115: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI

1. a) Terangkan perbezaan antara fungsi agensi pengiklanan dengan fungsi

jabatan pengiklanan syarikat pengiklanan.

(10 markah)

b) Apakah pertimbangan yang perlu dibuat untuk memilih klien?

(15 markah)

2. a) Bezakan antara studio seni dengan syarikat produksi?

(12 markah)

b) Jelaskan peranan syarikat penyelidikan pemasaran dalam menjayakan

sesuatu

iklan dan agensi mencari bakat

(13 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 116: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Maklumbalas Penilaian Kendiri

Jawapan 1

a) Perbezaan

Agensi pengiklanan

Memberi khidmat pengiklanan pada pemasar dan pencipta iklan

Membuat pembelian media untuk iklan

Menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti promosi yang lain

Menyediakan rancangan-rancangan pengiklanan dan alat-alat

promosi yang lain

Jabatan Pengiklanan

Sebagai pendapatan kepada syarikat

Mencari klien baru

Bertanggungjawab dalam semua hal-hal berkaitan pengiklanan

Mengurus hal-hal pembayaran iklan untuk pihak media

b) Pertimbangan yang perlu dibuat

Tiada konflik

Tidak bersaing

Tidak berhubungan dengan agensi pengiklanan yang lain

Bukan transien

Agensi boleh melakukan tugas klien mengikut masa yang ditetapkan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 117: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 6/16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Jawapan 2 a) Jawapan merujuk kepada 6.2 (a) dan (c) serta contoh-contoh selain dari

contoh yang diberi

b) Peranan syarikat penyelidikan pemasaran ialah :-

Membuat kajian berkaitan produk yang hendak dipasarkan

Kajian psikografik

Kajian gelagat pengguna

Kajian produk

Kajian pasaran produk baru

Peranan agansi mencari bakat

Mencari bakat baru dalam bidang modeling, lakonan dan nyanyian

yang akan digunakan oleh agensi pengiklanan

Tadi ingat jawapannya… Sekarang dah lupa lak….

Mana la pulak….?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 118: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 7

MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN

(FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MEDIA & TEORI MEDIA)

OBJEKTIF

Objektif Am

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menilai faktor-faktor penentu dalam

pemilihan media dan mempelajari teori-teori media.

Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

• Menjelaskan strategi dan objektif kempen iklan.

• Menerangkan saiz dan ciri-ciri khalayak sasaran.

• Menerangkan liputan geografi.

• Mengkaji kecekapan kos.

• Melihat nilai-nilai pendedahan, perhatian dan motivasi media.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 119: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

7.0 PENGENALAN

Apakah itu media ? Bagaimana media digunakan untuk menyampaikan iklan

dan bagaimanakah ia dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu iklan. Persoalan

ini perlu dijawab, kerana sekiranya anda ingin menjalankan pengiklanan

berkesan langkah-langkah berikut perlu diambilkira.

7.1 Sebelum kita memilih media untuk menyiarkan sesuatu iklan ada

beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Faktor-faktor yang

perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut :-

Strategi dan objektif kempen iklan

Saiz dan ciri-ciri khalayak sasaran

Liputan geografi

Kecekapan kos

Nilai-nilai pendedahan, perhatian dan motivasi media

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 120: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

(a) Strategi & Objektif Kempen Iklan.

Apakah kaedah atau cara yang dapat disesuaikan dengan pasaran

sasaran perlulah difikirkan dahulu sebelum memutuskan media yang

sesuai. Memastikan mesej yang hendak disampaikan sesuai dengan

media yang dipilih kerana penyebaran sesuatu mesej mungkin sesuai

untuk media-media yang tertentu sahaja.

Contoh :- Bagi mewujudkan kesan yang cepat untuk diingati, perlu

menggunakan media elektronik seperti televisyen, radio, internet dan

sebagainya. Bagi tujuan memberitahu sahaja , perlu menggunakan

media cetak seperti suratkhabar, majalah dan sebagainya.

(b) Saiz & Ciri-Ciri Khalayak.

Saiz di sini bermaksud berapa ramai pengguna yang bakal

menggunakannya. Samada kecil, besar ataupun sederhana sahaja perlulah

diketahui. Manakala ciri-ciri khalayak pula merangkumi :-

Dari segi demografi – iaitu umur, bahasa, bangsa, pendidikan , pekerjaan

dan sebagainya. Dari segi minat pengguna – iaitu suka membaca atau

suka menonton.

(c) Liputan Geografi.

Iaitu luas kawasan di mana produk ingin diagihkan secara meluas atau

kawasan tertentu sahaja.

Contoh :- Dalam negara, luar negara ataupun peringkat antarabangsa.

Perlu mengenalpasti dahulu cara agihan sampai ke kawasan yang hendak

dipasarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 121: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

(d) Kecekapan Kos.

Perlu mengkaji kecekapan kos bagi setiap media yang digunakan, adakah

ianya mencapai keberkesanan kos dengan menggunakan media tersebut

Anda boleh merujuk Gambarajah 7.1 bagi kadar harga pembelian ruang

iklan di Berita Harian Anda juga boleh merujuk contoh pengiraan seperti

di bawah.

Pengiraan :-

Bagi menentukan kecekapan kos untuk setiap 1000 orang

Formula : Kos Untuk Suratkhabar

Bil. Pembaca Sasaran

Contoh :- RM 1,000.00 -- Mewakili Kos Untuk sratkhabar

30,000 -- Mewakili Bil Pembaca Sasaran.

= 0.033

0.033 x setiap 1000 orang = RM 33.00

Ini bermakna kos suratkhabar untuk 1000 orang ialah RM 33.00

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 122: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

DISPLAY ADVERTISMENT RATES

BERITA HARIAN & BERITA MINGGU (BROADSHEET PUBLICATIONS

Display Casual (National Edition) RM35p.s.c.cm

Series rates (minimum size 60 col cm) 6 insertions in one year RM31p.s.c.cm 13 insertions in one year RM30p.s.c.cm 26 insertions in one year RM28p.s.c.cm 52 insertions in one year RM27p.s.c.cm Joint rate (with NST/NsuT) RM29p.s.c.cm Note : If the total advertisement insertions utilize is below the number contracted within the specified period, than the next applicable rate on the series scale or the casual rate will apply. Color surcharge (minimum size 108 col cm) 1 spot (Process color) RM2000.00 2 spot (Process color) RM6000.00 Standard spot RM2500.00 (Combination of process colors. Separated colors negatives must be supplied) Full color surchege RM10,000.00 Special Ink Costs Iron – On Ink ( 1 spot) RM8000.00 Joint rate RM7000.00 Fluorescent Ink(1 spot) RM8000.00 Joint Rate RM7500.00 Scented Ink (1 spot) RM4500.00 Joint Rate RM3500.00 *Subject to change in costs For Full colors scented advertisements the costing will be : Black & white advertisement costs + full color surcharge+ 3 times the costs of scented ink. Clients must provide their own essence (fragrance) if it is not readily available from the ink manufacturer. Bookings will only be confirmed after a test run to ensure compatibility Sumber : Rate Cards 1996 – Berita Harian

Rajah 7.1: Kadar Harga Ruang Iklan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 123: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

(e) Nilai-Nilai Pendedahan, Perhatian & Motivasi Media.

Sejauh mana media dapat mendedahkan pengguna dengan

iklan yang sama. Sebagai contoh media elektronik seperti

televisyen dapat mendedahkan maklumat secara meluas kerana

menyiarkan iklan berulang-ulang berbanding media cetak di

mana liputannya agak terhad kerana hanya pembeli majalah

sahaja yang mendapat maklumat serta pembacaan yang tidak

berulang.

Mengenai sejauh mana media dapat menarik perhatian

khalayak sasaran perlu difikirkan juga. Sebagai contoh media

elektronik mampu memberi perhatian yang lebih berkesan

kerana dapat memaparkan gambar, suara secara hidup

berbanding media cetak yang statik, hanya warna-warna dan

gambar yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Akhirnya sejauh mana motivasi media mampu mendorong

deria-deria terangsang seperti mata, telinga dan pemikiran bagi

membeli sesuatu produk hasil pengamatan yang dilihat atau

didengarnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 124: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 7A

Arahan :- Tugasan ini perlu dibuat secara individu dan tugasan perlu dihantar pada

pertemuan seterusnya

Anda dikehendaki menonton televisyen dan cuba kenalpasti satu iklan dan kemudian

sila kaji dari aspek faktor-faktor pemilihan media yang telah dipelajari dan samada

ianya bersesuaian atau tidak dan kemukakan fakta-fakta anda terhadap iklan yang

ditonton.

Mari-mari…kita tengok tv!!!!!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 125: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7A

Jawapan yang diberikan adalah begitu fleksible , perlu berdasarkan contoh iklan yang telah dipilih oleh pelajar dan fakta-faktanya juga berdasarkan contoh iklan tersebut.

Yeehaa… jawab

betul…..

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 126: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

7.2 TEORI-TEORI MEDIA

Adalah perlu memahami teori media bagi memudahkan pelajar menentukan

pemilihan media. Antara perkara yang meliputi teori media ialah teori

gelombang, dominan, penumpuan dan kesampaian.

7.2.1 Teori Gelombang

Mengikut pendekatan ini, pengiklan membeli ruang atau masa dalam

beberapa media bagi satu jangkamasa pendek bagi setiap satu media

(contoh selama 3 minggu). Masuk dan keluar dari media tersebut

seumpama gelombang iaitu iklan disiarkan di dalam televisyen selama

3 minggu pertama, kemudian dihentikan dan masukkan pula dalam

majalah selama tiga minggu dan seterusnya sehingga balik semula ke

siaran televisyen.

Andaian bagi pendekatan ini adalah, kesan pengiklanan masih dapat

dirasai akibat penumpuan dalam masa tertentu walaupun tanpa

pendedahan dari media tersebut.

7.2.2 Teori Dominan

Pengiklan membeli masa atau ruang dalam satu media dalam kuantiti

yang besar dari biasa. Setelah dominan dapat dibina dalam media

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 127: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

tersebut, belanjawan akan dialihkan ke media lain untuk jangka waktu

pendek. Pengiklan akan dapat kekerapan pendedahan dalam beberapa

media dalam jangka pendek, mencapai kesampaian menerusi

penggunaan pelbagai media dan mencapai keselanjaran menerusi

penggunaan media lepas satu-persatu walaupun keselanjaran adalah

rendah.

7.2.3 Teori Penumpuan

Pendekatan ini mengorbankan aspek kesampaian bagi mencapai

kekerapan pendedahan dan keselanjaran. Jumlah belanjawan hanya

ditumpukan kepada satu media sahaja dalam jangkamasa pemasaran

keluaran.

Contoh :- pengiklan membeli satu ruang untuk tiap penerbitan

bulanan dalam majalah atau membeli 30 saat dalam siaran televisyen,

tiap-tiap minggu dalam program popular seperti Senario dan

sebagainya.

7.2.4 Teori Kesampaian

Teori ini memaksimumkan kesampaian dengan mengorbankan

keselanjaran dan kekerapan pendedahan Pelbagai jenis media

digunakan untuk mendapatkan kesampaian yang besar.

Contoh :- Pengiklan membeli satu pakej masa televisyen selama 30

saat dalam beraneka program televisyen atau menyiarkan iklan sekali

dalam pelbagai majalah atau menyiarkan iklan dengan kekerapan

terhad dalam kombinasi media cetak dan elektronik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 128: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 7B

Pelajar diminta mengkaji contoh iklan yang biasa mengamalkan :-

a) Teori Gelombang

b) Teori Kesampaian

Buat perbandingan, teori mana yang berkesan dan praktikal.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 129: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7B

Teori Gelombang

Membeli masa atau ruang dalam beberapa media, untuk jangkamasa pendek. Masuk dan keluar iklan seperti gelombang. Iklan disiarkan di TV untuk 2 minggu, dihentikan dan masuk pula iklan

majalah selama 2 minggu dan seterusnya sehingga ke siaran TV semula. Kesan pengiklanan dalam setiap media akibat penumpuan masih dapat dirasai

Teori Kesampaian

Memaksimunkan kesampaian dengan korbankan keselanjaran dan kekerapan pendedahan.

Beraneka jenis media digunakan untuk mendapatkan kesampaian yang lebih besar.

Pengiklan membeli pakej masa selama30 saat di TV dalam pelbagai program atau siarkan iklan dalam pelbagai majalah atau siarkan iklan dengan kekerapan terhad dalam kombinasi media cetak dan elektronik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 130: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI

1. ‘Motivasi Media’ adalah penting dalam pengiklanan. Nyatakan apakah implikasi

kepada audien.

(10 markah)

2. Anda seorang eksekutif pemasaran yang ditugaskan untuk membuat keputusan

pemilihan media untuk pengiklanan produk syarikat. Syarikat bercadang memilih

Kumpulan Kerangkraf yang mengeluar majalah ‘Bonda’ dan bayaran yang

dikenakan sebanyak RM6400 bagi sekali keluaran. Syarikat bercadang

mengiklankan sebanyak 13 kali. Dijangka bilangan pembaca yang membaca

majalah tersebut seramai 10,000 orang. Syarikat juga bercadang untuk

mengiklankan di akhbar ‘The Moon’ yang dikeluarkan oleh New Ocean Times

dengan bayaran RM3000 bagi sekali keluaran dan syarikat bercadang untuk

mengiklankan selama sebulan pada bulan Julai. Bilangan pembaca akhbar

dijangka mencapai jumlah 18000 orang.

Anda dikehendaki mengira kecekapan kos untuk 1000 orang dan membuat pilihan

media berdasarkan jawapan yang anda perolehi.

(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 131: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

3. Huraikan dengan jelas, apakah yang diamalkan oleh Teori Dominan dan Teori

Penumpuan dan pendekatan manakah yang biasa diamalkan oleh media di

Malaysia.

(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 132: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Maklumbalas Penilaian Kendiri

Jawapan 1

Sesuatu iklan yang baik akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada audien

yang menontonnya. Hasil motivasi media, ia mampu mendorong audien untuk

melakukan pembelian. Sebaliknya iklan yang tidak mempunyai unsur motivasi

kurang meninggalkan kesan kepada audien dan seterusnya mengurangkan pembelian

Jawapan 2

Majalah Bonda

Rm 6400 x 13 kali = Rm 83,200 - kos yang perlu dibayar kepada Kerangkraf

Kecekapan kos = Rm83,200 _________ 10,000 pembaca sasaran

= 8.32

Oleh itu kecekapan kos untuk 1000 ornag pembaca = 8.32 x 1000 orang

= Rm 8320

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 133: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 7/ 16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Akhbar The Moon

Rm 3000 x 31 kali = Rm 93,000 - kos yang perlu dibayar kepada Kerangkraf

Kecekapan kos = Rm93,000 _________ 18,000 pembaca sasaran

= 5.167

Oleh itu kecekapan kos untuk 1000 ornag pembaca = 5.167 x 1000 orang

= Rm 5167

Jawapan 3

Teori Dominan

Membeli masa atau ruang dalam satu media dalam kuantiti yang lebih besar.

Setelah bina dominan, belanjawan dialihkan ke media lain untuk

jangkapendek.

Kekerapan pendedahan dapat dicapai dalam jangkapendek, kesampaian

menerusi penggunaan pelbagai media dan mencapai keselanjaran dengan

penggunaan lepas satu- persatuwalaupun pada tahap rendah.

Teori Penumpuan.

Mengorbankan aspek keasampaian bagi mencapai keselanjaran dan

kekerapan pendedahan dengan menumpukan belanjawan pada satu media

sahaja dalam jangkamasa pemasaran keluaran

Beli satu ruang untuk tiap penerbitan bulanan atau membeli masa 30 saat

dalam siaran televisyen tiap-tiap minggu dalam program popular.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 134: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 8

MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN, KELEBIHAN DAN

KELEMAHAN)

OBJEKTIF

Objektif Am

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai media-media pengiklanan , kelebihan

dan kelemahan setiap media.

Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

• Menerangkan mengenai media cetak

• Menjelaskan mengenai media elektronik.

• Menerangkan mengenai media luaran

• Menjelaskan mengenai pos langsung

• Mengkaji kelebihan setiap media.

• Mengkaji kelemahan setiap media.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 135: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

8.0 PENGENALAN.

Pada masa kini terdapat banyak media-media yang digunakan untuk

mengiklankan sesuatu barangan. Semuanya bertujuan untuk menyedarkan

audien tentang wujudnya barangan dipasaran. Antara media-media tersebut

adalah seperti media cetak, elektronik, media luaran dan pos langsung.

8.1 JENIS-JENIS MEDIA PENGIKLANAN

• Media Cetak

Pelajar seharusnya mengetahui apakah media cetak. Ia merangkumi

akhbar, majalah dan yang seumpamanya di mana ia dicetak di kertas.

Namun begitu , iklan di media cetak mempunyai ciri-ciri yang tersendiri

sehingga ia menjadi pilihan utama bagi sesetengah-sesetengah syarikat

bagi mengiklankan barangan mereka.

• Media Elektronik.

Mengenai media ini pula ia merangkumi radio, televisyen, video dan di

internet. Media ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang ramai.

Ia melibatkan kesan bunyi, gambar yang hidup dan warna yang mampu

meninggalkan kesan yang mendalam pada naluri audien.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 136: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Media Luaran.

Ia adalah berbeza sedikit dengan yang di jelaskan seperti di atas di mana,

ia melibatkan poster, iklan persinggahan dan aktiviti pengiklanan

Ia lebih bersifat terus kepada audien dan bersifat pelbagai.

(a) Poster.

Poster atau papan iklan, iaitu “billboard” merupakan satu bentuk

pengiklanan luar. Terdapat ukuran yang standard dan ukuran yang tidak

standard bagi papan iklan ini, dan ia biasanya dibina pada struktur

tersendiri di atas tanah, di tempat tinggi, pada bangunan atau hanya

ditampalkan di dinding.

(b) Iklan Persinggahan.

Iklan persinggahan atau “transit advertising” sebenarnya dibuat dalam

bentuk tanda-tanda luaran seperti poster, peragaan, buletin dan sebagainya

yang diletakkan di tempat-tempat persinggahan atau kenderaan awam

seperti bas, stesen kereta api, troli, teksi dan sebagainya.

(c) Aktiviti Pengiklanan Luar.

Contohnya syarikat Utusan Pearl & Dean adalah merupakan organisasi

utama di negara kita dalam pengiklanan luar. Pada umumnya terdapat 5

bentuk iklan luar yang dikendalikan oleh organisasi ini iaitu :-

(i) Poster 4 hamparan.

(ii) Poster Kilau.

(iii) Poster Neon.

(iv) Iklan 48 hamparan.

(v) Iklan di lapangan terbang.

Selamat Datang ke Café House PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 137: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

e) Bunting

Merupakan salah satu media cetak luaran yang popular digunakan pada masa

kini. Ia seperti poster di mana reka letaknya secara menegak iaitu tulisan

ditulis secara menegak dari atas ke bawah dan ia biasanya digantung di tiang-

tiang lampu jalan raya. Contoh-contoh menggunakan bunting ini apabila

menyambat satu-satu perayaan seperti ulang tahun sesuatu bandar/bandaraya,

hari keputeraan atau jualan “Mega Sale”.

• Pos Langsung.

Pos langsung atau “direct mail” merupakan mesej iklan peribadi yang

disebarkan kepada pelanggan melalui perkhidmatan pos. Pengiklanan pos

langsung merupakan mesej pengiklanan peribadi, dan mesej biasanya

menawarkan barangan atau perkhidmatan yang khusus melalui surat atau

menawarkan koleksi barangan melalui katalog dan menjemput sebarang

tindakbalas langsung. Pos langsung juga kerap kali bersifat pemajuan atau

promosional , iaitu memberikan maklumat-maklumat barangan dengan

menawarkan ciri atau harga yang istimewa yang dapat diperoleh melalui

pengedar-pengedar yang tertentu.

Sebagai contoh : Surat jualan, helaian (leaflet/flier), Folder, Poskad,

Katalog dan Majalah Syarikat (House Organ)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 138: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 8A

(a) Cuba dapatkan sebuah radio transister dan dengar satu iklan yang

disiarkan. Dalam masa tersebut anda bebas melakukan apa-apa

aktiviti sambil mendengar. Cuba anda terangkan iklan yang anda

dengar tadi. Setiap pelajar perlu memberikan penjelasan secara

individu.

(b) Dapatkan sebuah majalah dan kemudian pilih mana satu iklan yang

menarik dan mampu mempengaruhi diri anda . Sila nyatakan alasan-

alasan anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 139: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8A

(a) Jawapan mungkin berbagai-bagai, berdasarkan apa yang pelajar

dengar. Sila dengar penjelasan pelajar dan nilai kenyataan tersebut

betul atau salah.

(b) Jawapan mungkin juga berbagai-bagai . Rujuk kenyataan pelajar dan

nilai sebab-sebab yang diberikan adakah ia menasabah atau

bersesuaian.

Bangganya dapat

jawab…he…he…

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 140: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

8.2 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SETIAP MEDIA

.

• Kelebihan Media Cetak.

(a) Ia di cetak setiap hari dan oleh itu, ia memberi peluang pemasaran

kepada pengiklan.

(b) Akhbar boleh didapati di mana-mana dan harganya murah. Oleh itu,

bilangan pembelinya ramai. Kos bandingannya dengan media yang

lain adalah rendah apabila dilihat dari segi jangkauannya yang tinggi.

(c) Akhbar memberi jangkauan yang cepat. Pada hari pertama akhbar

disiarkan, pasaran sasaran sudah dimaklumi tentang barangan atau

perkhidmatan.

(d) Majalah merupakan media yang selektif dan mempunyai pembaca-

pembaca yang khusus. Oleh itu pengiklan dapat menghubungi

sasarannya dengan lebih tepat.

(e) Iklan-iklan boleh diterbitkan secara sisipan dalam bentuk sample,

kupon dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 141: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Kelemahan Media Cetak.

(a) Akhbar mempunyai jangka hidup yang sangat pendek, iaitu biasanya

sehari sahaja dan berita-berita yang disiarkan pada hari itu dianggap

basi pada hari yang berikutnya.

(b) Terdapat banyak iklan dalam akhbar dan oleh itu, terdapat persaingan

dengan iklan-iklan yang lain untuk merebut perhatian itu. Selain itu,

ada iklan yang ditenggelamkan oleh iklan-iklan lain.

(c) Kualiti kertas akhbar tidak sesuai untuk iklan berwarna yang bermutu

tinggi.

(d) Pembaca majalah biasanya merupakan pembaca yang sama oleh itu

terdapat pertindihan audien. Ini menjadikan kecekapan kos agak

tinggi.

(e) Terdapat majalah yang meletakkan iklan di bahagian-bahagian khusus

sama ada di hadapan atau di belakang sahaja. Jikalau hal ini berlaku,

maka iklan-iklan itu mungkin tidak akan dapat dibaca dan oleh itu ia

tidak mendatangkan kesan.

• Kelebihan Media Elektronik.

(a) Televisyen mempunyai pengaruh yang kuat kerana ia amat rapat

dengan audien, dimana kebanyakan rumah sekarang mempunyai

media ini.

(b) Iklan yang disiarkan adalah menarik di mana terdapat warna-warna

yang hidup dan dapat ditunjukkan dengan jelas.

(c) Radio adalah media yang popular dan dapat didengar sepanjang masa

tidak kira apa yang sedang dilakukan oleh seseorang.

(d) Radio dan televisyen mempunyai audien yang besar dan mempunyai

ramai peminat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 142: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

(e) Radio mampu mendedahkan iklan beberapa kali dalam masa yang

singkat dan ini dapat menjadi motivasi kepada pendengar.

• Kelemahan Media Elektronik.

(a) Iklan di televisyen terlalu cepat dan kadangkala agar sukar untuk

difahami bagi mereka yang kurang pendedahan dan pengetahuan

produk tersebut.

(b) Di dalam masa sekarang ini terdapat siaran di TV yang menjadi

pesaing mengikut siaran seperti TV1, TV2, TV3 dan NTV7, jadi

persaingan berlaku mengikut siaran yang disiarkan.

(c) Siaran radio hanya dapat didengar dan tidak dapat dilihat. Ini

membataskan keberkesanan khususnya untuk barangan atau

perkhidmatan yang perlu dipaparkan secara visual.

(d) Iklan radio adalah ringkas, pendek dan berlalu segera. Pendengar

tidak dapat menyimpan atau membacanya apabila dia suka.

(e) Iklan radio terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian audien

kerana mereka mendengar sambil membuat kerja-kerja lain.

• Kelebihan Pos Langsung.

(a) Mesej yang disampaikan adalah fleksible kerana ia boleh disampaikan

dengan sebarang cara yang disukai oleh pengiklan dan sebanyak mana

atau sedikit mana maklumat yang ingin dikemukakan.

(b) Pos langsung juga boleh ditujukan kepada sebarang kumpulan audien

melalui senarai nama yang digunakan sama ada senarai nama dari

buku panduan telefon, senarai nama pekerja organisasi, senarai nama

keanggotaan persatuan dan sebagainya.

(c) Mempunyai penguasaan yang tinggi ke atas edaran dan kualiti mesej.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 143: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Kelemahan Pos Langsung.

(a) Cara ini agak mahal kerana kosnya melibatkan perkara-perkara seperti

penyediaan bahan yang akan disebarkan seperti brosur, sampul surat,

kos mendapatkan atau mengumpulkan senarai projek, kos setem pos

dan sebagainya.

(b) Kerap kali juga perkhidmatan pos menghadapi masalah kelambatan

dan ini akan memberikan akibat yang tidak baik kepada iklan pos

langsung.

(c) Pembaca majalah selalunya ingin membaca rencana atau maklumat

yang disukainya dan pada masa yang sama dikemukakan dengan

bahan iklan itu sahaja.

• Kelebihan Media Luaran.

(a) “Billboard” contohnya dihiasi dengan lampu-lampu dan warna

yang mampu menarik perhatian audien.

(b) “Transit advertising” pula mampu mencuri perhatian di kala

masa terluang oleh audien dan mampu memberi input kepada

siapa yang melihatnya.

(c) Kos pengiklanan yang lebih murah berbanding media

elektronik dan media cetak.

• Kelemahan Media Luaran.

(a) Gambar yang dipaparkan adalah pegun ataupun tetap.

(b) Mesej yang hendak disampaikan adalah amat terbatas.

(c) Ada lokasi yang tidak sesuai dan menggangu, ini menyebabkan tiada

tumpuan daripada audien.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 144: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 8B

(a) Nyatakan secara berkumpulan kebaikan media cetak. Setiap pelajar

perlu menghuraikan maklumat tersebut berserta contoh.

(b) Nyatakan secara berkumpulan keburukan media elektronik. Setiap

pelajar perlu menghuraikan maklumat tersebut berserta contoh.

????????????

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 145: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8B

(a) i. Setiap akhbar mempunyai jenis pembaca yang berlainan dan

pengiklan dapat menentukan pasaran sasarannya.

ii. Akhbar merupakan media yang diberikan promosi yang baik oleh

penerbitnya sendiri dan di samping itu, pada umumnya ia mempunyai

imej yang baik.

(b) i. Iklan radio adalah ringkas, pendek dan berlalu segera. Pendengar

tidak dapat menyimpan atau membacanya semula apabila dia suka.

ii. Iklan radio terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian

khalayak kerana mereka mendengar radio biasanya sambil melakukan

tugas-tugas lain seperti membaca buku, memandu dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 146: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan mendengar radio dan menonton tv, pilih satu iklan yang

sama dan kaji keberkesanan dari segi mesej yang disampaikan

mana yang lebih jelas.

( 10 markah )

2. Dengan membaca akhbar dan majalah pilih juga satu iklan yang

sama dan kaji keberkesanan dari segi mesej yang disampaikan,

manakah yang lebih menarik. ( Cuba dapatkan keratan iklan

berkenaan untuk dijadikan rujukan )

(10 markah)

3. Cuba buat analisa secara perkiraan setiap media sebagai contoh

antara majalah dengan akhbar atau antara radio dengan tv. Media

manakah yang lebih murah.

(10 markah)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan iklan persinggahan atau “transit

advertising” cuba pelajar kenalpasti contoh-contohnya dan cara

mana yang lebih ketara dipraktikan di Malaysia pada masa kini.

(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 147: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 8/ 14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Maklumbalas Penilaian Kendiri

1. Television adalah lebih berkesan kerana ia lebih menarik dan

audien memberi tumpuan yang lebih.

2. Majalah adalah lebih berkesan kerana kualiti kertas yang baik dan

berwarna-warni dan memfokuskan pada pasaran sasaran yang

tepat.

3. TV adalah lebih mahal berbanding radio manakala majalah adalah

lebih mahal berbanding dengan akhbar.

4. Contohnya : poster, peragaan, buletin dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 148: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 9

PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN

PENGIKLANAN

(PENYELIDIKAN DALAM PENGIKLANAN : HUBUNGAN DAN PERANANNYA)

OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami hubungan dan peranan penyelidikan dalam pengiklanan. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-

• Menerangkan hubungan keperluan penyelidikan pemasaran dengan pengiklanan

• Membincangkan peranan penyelidikan pemasaran

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 149: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

9.0 PENGENALAN

Dalam unit ini kita akan mempelajari hubungan penyelidikan pemasaran

dengan aktiviti pengiklanan. Selain dari itu, kita juga akan mempelajari

penyelidikan pemasaran dan peranannya.

9.1 HUBUNGKAIT PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN

PENGIKLANAN

• Definisi Penyelidikan Pemasaran Penyelidikan pemasaran adalah satu aktiviti mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan.

Cara mengenalpasti yang sistematik dan objektif, mengumpul, menganalisis, menyebar dan menggunakan maklumat yang ada bagi tujuan untuk memperbaiki keputusan yang berkaitan dengan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pemasaran.

(Naresh K. Malhotra, 1999)

• Hubungkait keperluan penyelidikan dalam pengiklanan Berdasarkan definisi penyelidikan pemasaran di atas dapat kita simpulkan bahawa penyelidikan pemasaran dapat memberikan maklumat asas tentang isu-isu penembusan pemasaran baru, kaedah peragaan produk, pemilihan saluran agihan, promosi, perletakan harga dan lain-lain aktiviti pemasaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 150: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Oleh itu, penyelidikan pemasaran amat penting dalam eleman promosi di mana pengiklanan adalah sebahagian dari program promosi itu sendiri. Ia amat penting dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul sebelum dan selepas pengiklanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 151: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 9A

Arahan : Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga atau

empat orang ahli . Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di

bawah.

Soalan 1

Bincangkan isu-isu pemasaran yang anda ketahui dan senaraikan alternatif-

alternatif yang mungkin boleh digunakan dalam mengatasi masalah tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 152: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 9A

1. Isu-isu pemasaran yang mungkin timbul:-

• Kenaikan harga barangan terkawal terutama semasa perayaan

• Produk tidak menepati spesifikasi kesihatan dan keselamatan

• Penipuan pemasar dalam menerangkan faedah-faedah yang akan

diterima oleh pemasar.

• Dan lain-lain isu yang berkaitan.

Alternatif-alternatif yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah.

• Penetapan harga siling oleh kerajaaan

• Mengadakan pemantauan oleh pihak berkuasa atau persatuan-

persatuan pemasar dan juga badan bukan kerajaan.

• Menarik lesen-lesen perniagaan terhadap pemasar yang cuba

menipu.

• Wujudkan kesedaran tanggungjawab sosial pemasar.

• Dan lain-lain alternatif yang bersesuaian dengan isu yang di

bincangkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 153: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

9.2.1 PERANAN PENYELIDIKAN PEMASARAN

Peranan penyelidikan pemasaran amat penting dalam dunia pemasaran

kerana ia menjadi penentu kejayaan sesuatu program permasaran itu.

Berikut adalah peranan yang dimainkan oleh penyelidikan dalam bidang

pemasaran:-

9.2.1.1 Analisis Situasi

Penyelidikan pemasaran berperanan dalam mengumpul

maklumat dalam mengenalpasti peluang dan ancaman,

memahami persekitaran dan pasaran, serta menilai tahap

persaingan sesebuah syarikat.

9.2.1.2 Pembangunan strategi

Ia juga berperanan dalam menentukan skop perniagaan dan

sasaran pasaran, membangunkan kelebihan bersaing dan

menentukan objektif strategi.

9.2.2 Pembangunan program pemasaran

Membantu dalam pembuatan keputusan berkaitan produk dan saluran

agihan, komunikasi dan perletakan harga (4p’s)

9.2.3 Implementasi

Mengawasi perlaksanaan pemasaran dan menjana semula strategi

program. Bertindak sebagai alat pemantauan dan kawalan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 154: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 9B Arahan : Berdasarkan kumpulan yang sebelumnya, pelajar dikehendaki

menjawab soalan di bawah:-

“ Syarikat anda adalah pengeluar pakaian dan ingin memasuki pasaran baru iaitu

busana muslim/pakaian untuk wanita muslim. Sebagai pegawai pemasaran, anda

telah diarahkan untuk menjalankan penyelidikan pemasaran berdasarkan peranan

penyelidikan itu sendiri.”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 155: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 9B

Peranan penyelidikan dalam pemasaran :-

• Analisis situasi

Menjalankan analisis SWOT, analisis pasaran dan persaingan

• Pembangunan strategi

Skop perniagaan, sasaran pasaran, kelebihan bersaing dan menentukan

objektif strategi.

• Pembangunan program pemasaran

Keputusan tentang produk dan saluran agihan, komunikasi serta

perletakan harga.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 156: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

9.3 PERANAN PENYELIDIKAN PENGIKLANAN

Dalam membentuk iklan pelbagai faktor perlu diambil kira bagi

memastikan keberkesanan iklan tersebut. Penyelidikan dapat membantu

pemasar dalam pembentukan iklan melalui peranan-peranannya:-

9.3.1 Memberi input dalam perancangan pengiklanan.

Membantu dalam menentukan perkara yang perlu disampaikan

dalam iklan, menentukan audien sasaran, menentukan perbelanjaan

iklan dan sebagainya.

9.3.2 Memberi panduan kepada kreativiti pengiklanan

Membantu dalam mencetuskan idea-idea inovatif dan kreatif

disamping menggalakkan perkembangan teknologi terkini dalam

industri pengiklanan.

9.3.3 Penilaian kepada iklan dan kempen pengiklanan

Membantu menilai sejauhmana perlaksanaan komunikasi

disampaikan dengan berkesan, menilai kesesuaian penggunaan

media dan kecekapan kos.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 157: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

9.3.4 Teori bagaimana pengiklanan dilaksanakan

Dengan penyelidikan, kita dapat mengenalpasti teori-teori media

dan strategi-strategi kreatif yang bersesuaian dengan kempen iklan

yang akan atau telah disiarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 158: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 9C Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi empat atau lima

orang ahli. Pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan dan membuat

pembentangan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya.

“ Salah satu dari syarikat pemasar telah melantik syarikat pengiklanan anda untuk

membentuk satu konsep pengiklanan bagi produk baru mereka iaitu sejenis coklat

berkalori rendah. Temuduga seratus orang pengguna untuk mengenalpasti

kelakuan mereka terhadap produk baru dan kesedaran berkaitan produk sama yang

telah ada di pasaran. Dari hasil penyelidikan, bentuk konsep pengiklanan yang

akan digunakan.”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 159: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 9C

Berdasarkan hasil dapatan dari temuduga ke atas seratus orang pengguna, pelajar

perlu membentuk konsep pengiklanan yang bersesuaian samada dalam bentuk

media cetak atau elektronik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 160: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah definisi penyelidikan pemasaran dan apakah hubungkait penyelidikan

pemasaran dengan pengiklanan? (25 markah) 2. Peranan penyelidikan pemasaran dapat menentukan kejayaan sesuatu produk

itu. Bincangkan. (25 markah)

3. Penyelidikan juga perlu di dalam membentuk sesuatu program pengiklanan.

Bincangkan peranan penyelidikan di dalam pengiklanan.

(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 161: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

Definisi Penyelidikan Pemasaran Penyelidikan pemasaran adalah satu aktiviti mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan.

Cara mengenalpasti yang sistematik dan objektif, mengumpul, menganalisis, menyebar dan menggunakan maklumat yang ada bagi tujuan untuk memperbaiki keputusan yang berkaitan dengan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pemasaran Jawapan 2

Peranan penyelidikan pemasaran

• Analisis situasi

• Pembangunan strategi

• Pembangunan program pemasaran

• Implementasi

Jawapan 3

Peranan penyelidikan pengiklanan

• Perancangan pengiklanan

• Panduan kepada kreativiti media

• Penilaian kepada iklan dan kempen pengiklanan

• Teori bagaimana pengiklanan berjalan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 162: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 9/15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 163: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 10

PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN

PENGIKLANAN

(PENYELIDIKAN DALAM PENGIKLANAN : APLIKASI DAN MODEL)

OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami penyelidikan dalam pengiklanan serta model praujian pengiklanan. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-

• Mengaplikasikan penyelidikan dalam pengiklanan. • Membincangkan model praujian pengiklanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 164: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

10.0 PENGENALAN

Unit ini akan menerangkan kepada kita berkaitan aplikasi penyelidikan

dalam pengiklanan dan model praujian pengiklanan yang boleh digunakan

bagi menguji iklan yang akan disiarkan.

10.1 APLIKASI PENYELIDIKAN KEPADA SITUASI PENGIKLANAN

Perkara yang paling penting dalam pengiklanan adalah keberkesanannya

dan pemilihan media yang paling efektif. Bagi mendapatkan maklumat

berkaitan dua jenis penyelidikan boleh dijalankan iaitu penyelidikan

pemilihan media dan penyelidikan keberkesanan pengiklanan.

10.1.1 Penyelidikan Pemilihan Media

Bertujuan untuk mengelakkan dari mengalami kerugian dalam

pengiklanan dan promosi dengan menganalisis secara objektif

media yang ada bagi memajukan produk.

Aktiviti–aktiviti yang terpenting dalam penyelidikan ini ialah :-

• Penyelidikan Percetakan

Kajian dan tinjauan dijalankan bagi mengetahui maklumat

demografik pembaca. Firma juga dapat mengetahui

jumlah pembaca bagi sesuatu majalah atau akhbar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 165: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Maklumat yang mungkin dikehendaki berkaitan majalah,

akhbar, medium bahasa, jumlah sirkulasi dalam sehari,

seminggu dan sebulan, kadar kos pengiklanan berdasarkan

kegunaan warna, saiz, muka surat hadapan, tengah atau

belakang juga maklumat tentang media terbanyak

digunakan oleh pengiklan. Maklumat-maklumat ini dapat

membantu dalam memilih sesuatu media tertentu.

• Penyelidikan Poster atau Papan Tanda

Melibatkan pemerhatian trafik lalulintas (pergerakan

manusia dan kenderaan) yang melalui tempat poster/papan

tanda diletak/didirikan samada di pusat membeli belah,

ditepi jalanraya, di tempat penjualan atau pada kenderaan.

Tujuan nya adalah untuk mengetahui jumlah saiz dan sifat-

sifat mereka yang melalui poster atau papan tanda tersebut.

Ia juga dapat mengenal pasti tempat papan tanda yang

strategik, kejelasan pada waktu malam, tinggi di atas tanah,

jarak dari bahu jalan, jumlah poster yang sudah ada di

lokasi, jenis lampu yang disediakan dan sebagainya.

• Penyelidikan Televisyen

Kajian dan tinjauan dibuat ke atas penonton televisyen.

Maklumat yang ingin diperolehi termasuk bila masa

menonton paling digemari, saluran televisyen yang

popular, rancangan yang digemari ramai dan juga iklan

yang menarik perhatian, kos pengiklanan televisyen dan

cara persembahan yang diminati ramai.

Beberapa cara boleh digunakan untuk memperolehi

maklumat antaranya ialah mendapatkannya dari buku

catatan atau diari menonton televisyen yang khas dari segi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 166: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

masa menonton, saluran televisyen dan rancangan yang

ditonton setiap hari. Seterusnya soal selidik akan dihantar

kepada panel untuk menjawab soalan-soalan yang

berkaitan. Cara lain ialah dengan memasang alat Odimeter

yang dipasang ke televisyen dengan mendapat persetujuan

dan kerjasama dari pengguna. Alat akan merekodkan apa

yang ditonton setiap minit dan saluran-saluran yang

ditonton. Satu lagi cara yang boleh digunakan ialah

dengan mengemukakan soalan-aoalan melalui telefon.

Boleh juga mengedarkan soal selidik melalui pos.

10.1.2 Penyelidikan Keberkesanan Pengiklanan

Melibatkan kerja menganalisis setiap media dan kombinasi media

dan menilai peringkat kejayaan berdasarkan matlamat pengiklanan

yang telah ditetapkan. Kriteria penilaian kejayaan iklan yang biasa

digunakan ialah :-

• Kadar peningkatan jualan

• Kenaikan bahagian pasaran

• Kesedaran pengguna terhadap barangan dan firma.

Kriteria-kriteria ini biasanya kurang tepat kerana terdapat factor

lain yang mempengaruhi jumlah penjualan sesuatu barang.

Cara Menilai Keberkesanan Pengiklanan

Di dalam menilai keberkesanan, kita tidak dapat mengukur ke

tahap manakah pengiklanan dapat menyumbang kepada pembelian.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seperti produk,

harga, tempat, situasi kewangan dan sebagainya. Iklan perlu diuji

sebelum, semasa dan selepas pelancaran sesuatu produk kerana kos

yang terlibat amat tinggi terutama di televisyen.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 167: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Berdasarkan perangkaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), iklan

TV selama 60 saat melibatkan kos purata sebanyak lebih kurang

RM10,000 hingga RM20,000 untuk setiap tayangan, bergantung

kepada hari, masa, program dan sebagainya.

Oleh itu pemasar mestilah yakin bahawa iklan atau mesej sampai

kepada pengguna serta menarik minat untuk membeli barangan.

Kriteria yang sewajarnya digunakan untuk menilai keberkesanan

termasuk kriteria-kriteria mendapat perhatian, komunikasi, minat

penerimaan maklumat dan pengaruh.

a) Pengukuran Kriteria Mendapat Perhatian

Responden membandingkan iklan firma dengan pesaing

Menggunakan alat automatik yang mengukur jumlah

masa selak kertas untuk iklan dalam majalah atau

akhbar.

Menggunakan alat yang boleh ukur kekerapan kelipan

mata, saiz mata hitam, degupan jantung atau kadar

peluh bila melihat sesuatu iklan.

Menunjukkan pelbagai jenis iklan kepada responden

untuk seketika dan mengarahkan mereka mengingati

kembali apa yang mereka nampak.

b) Pengukuran Komunikasi

Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mengukur

komunikasi sesuatu iklan.

Adakah responden ingat tema pengiklanan barangan.

Contoh:- Bank Bumiputra Commerce berada di mana-

mana dan sentiasa menyokong.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 168: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Adakah responden dapat mengingat lagu atau senikata

lagu yang dinyanyikan dalam iklan. Contoh :- Minum

Milo, anda jadi sihat dan kuat.

Bolehkan responden mengingat apa yang diperkatakan

dalam iklan. Contoh :- Tak pe, Bumiputera Commerce

dekat aje.

c) Pengukuran minat.

Menggunakan cara yang sama dalam pengukuran mendapatkan

perhatian termasuk :-

Mengarahkan responden menilai iklan kita berbanding

pesaing

Menggunakan projector slaid dengan membenarkan

responden mengawal masa dedahan. Lebih lama

responden menahan slaid, maka lebih berminat.

Menggunakan alat mengukur peluh atau kadar

penafasan bila melihat sesuatu iklan

Menguji kelipan mata dan mengukur saiz biji mata

hitam. Semakin kerap berkelip dan besar saiz mata

hitam, maka semakin menarik iklan.

Perbincangan secara berkumpulan mengenai sesuatu

iklan.

d) Pengukuran Penerimaan Maklumat

Sekiranya responden menerima maklumat bermakna ia telah

melibatkan diri dalam mengenali iklan lebih lanjut. Cara

mengukur penerimaan maklumat ialah dengan menjalankan

ujian yang terkandung dalam penyelidikan motivasi seperti

perbincangan secara berkumpulan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 169: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

e) Pengukuran Pengaruh Iklan

Pengaruh iklan boleh diukur dengan mengemukakan beberapa

soalan :-

Jenama yang responden gemar beli

Pengiklanan mana yang mempengaruhi responden

dalam pembelian.

Jenama apa yang dibeli oleh responden sebelum dan

selepas iklan dilancarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 170: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 10A

Arahan : Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga atau

empat orang ahli . Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di

bawah. Pelajar dikehendaki membentangkan hasil dapatan pada pertemuan

seterusnya.

Pilih 50 orang yang bersesuaian sebagai sampel dengan produk bagi

menjalankan kajian anda. Kaji Pengukuran Komunikasi Pengiklanan dan

Pengukuran Pengaruh Iklan. Buat kesimpulan tentang pengiklanan yang lebih

berkesan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 171: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 10A

Pengukuran komunikasi pengiklanan

Tema pengiklanan

Mengingat senikata lagu yang dinyanyikan dalam iklan

Mengulang apa yang diperkatakan dalam iklan.

Pengukuran pengaruh iklan

Jenama yang digemari

Iklan yang mana mempengaruhi pembelian

Jenama yang dibeli sebelum dan selepas iklan dilancarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 172: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT 10.2 MODEL PRAUJIAN PENGIKLANAN

Kebolehpercayaan dan keesahan setiap prosedur ujian salinan pengiklanan

perlulah didemonstrasikan. Ujian kebolehpercayaan akan dapat

menyediakan keputusan yang sama setiap kali iklan diuji dan ujian

keesahan akan membantu dalam meramalkan prestasi sesebuah iklan

dalam pasaran. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mengukur

keupayaan sesuatu iklan menarik perhatian pengguna. Dibawah adalah

beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam mengukur

keberkesanan pegiklanan sebelum ia disiarkan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 173: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Ujian Berkaitan

Pengiklanan

(melibatkan respon

terhadap mesej)

Ujian Berkaitan Produk

(melibatkan kesan mesej

terhadap kesedaran

tentang produk)

Pengukuran Makmal

(ujikaji)

I. Prosedur Praujian

a) Juri pengguna

b) Ujian portfolio

c) Ujian

kebolehbacaan

d) Pengukuran

psikologi

II. Prosedur praujian

a) Ujian panggung

b) Ujian trailer

c) Laboratory store

Pengukuran Sebenar

III. Prosedur Praujian

a) Dummy

advertising

vehicles

b) Ujian pertanyaan

c) Ujian keudara

Rajah 10.1 : Gambarajah Klasifikasi Pengukuran Keberkesanan Pengiklanan

(Model Praujian Pengiklanan)

10.2.1 Ujian Berkaitan Pengiklanan (Pengukuran Makmal)

10.2.1.1 Juri Pengguna (Consumer Jury)

Ambil 50 hingga 100 orang pengguna dari pasaran sasaran,

ditemuduga samada secara individu atau berkumpulan. Biasanya

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 174: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

sampel diminta menyusun rangka kasar iklan mengikut

keutamaan (ranking). Soalan yang biasanya diajukan adalah

seperti berikut :-

a) Iklan mana yang akan anda baca sekiranya anda lihat di

majalah?

b) Tajuk utama yang mana dapat menarik minat anda

untuk terus membaca?

c) Iklan yang mana dapat meyakinkan anda tentang kualiti

sesuatu produk?

d) Iklan yang manakah lebih berkesan yang menyebabkan anda

membeli produk.

Keputusan dari ujian dianggapkan menunjukkan keberkesanan

setiap persembahan. Pendekatan ini digunakan secara meluas

tetapi adakalanya keputusan dipengaruhi oleh sikap pengguna

yang berat sebelah.

10.2.1.2 Ujian Portfolio (Portfolio Tests)

Kaedah ini memerlukan sekumpulan responden yang diberi

pendedahan kepada portfolio yang mengandungi kedua-dua

iklan ujian dan kawalan. Prinsip ujian ini menentukan kriteria

keberkesanan berasaskan ingatan selepas pendedahan. Iklan

ujian yang paling mudah diingat dianggap paling efektif untuk

menarik perhatian pengguna.

10.2.1.3 Ujian Kebolehbacaan (Readability Tests)

Prosedur ini membenarkan analisis kebolehbacaan dijalankan

tanpa menemuduga pengguna. Kaedah ini memfokus kepada

minat pengguna terhadap bahan bacaan, panjang ayat dan

kebiasaan terhadap perkataan. Faktor ini berhubungkait dengan

kebolehan pengguna yang terdiri dari latarbelakang yang

berbeza untuk memahami bahan yang ditulis.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 175: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

10.2.1.4 Pengukuran Psikologi (Psychological Measures)

Antara kaedah psikologi yang boleh digunakan ialah:-

10.2.4.1 The Eye Camera

Dalam kaedah ini pergerakan mata dianalisa dengan

menggunakan alat tertentu bagi mengenalpasti

bahagian mana dalam iklan dapat menarik perhatian

dan apakah tanggapan terhadap setiap elemen adalah

sama seperti yang dikehendaki oleh personel kreatif.

Kaedah ini mempunyai kelemahannya iaitu mata

mungkin tidak menggambarkan perasaan sebenar

pembaca. Berada lama disesuatu tempat mungkin

pengguna menghadapi kesukaran memahami bahan.

10.2.4.2 The Tachistoscope

Alat yang terdiri dari “slide projector” yang

membolehkan persembahan dijalankan dalam pelbagai

kelajuan dan illuminasi. Kelajuan respon direkodkan

untuk setiap iklan dalam pelbagai elemen(illustrasi,

produk dan jenama). Berdasarkan keputusan didapati

kebolehbacaan yang tinggi berkait rapat dengan kelajuan

mengenal elemen yang dianalisis.

10.2.2 Ujian Berkaitan Produk (Pengukuran Makmal)

Menguji kesan mesej terhadap kesedaran, kesukaan dan keinginan

untuk membeli produk.

10.2.2.1 Ujian Panggung (Theatre Tests)

Perubahan dari segi keutamaan terhadap produk selepas

pendedahan kepada pengiklanan dapat dikaji. Tiket akan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 176: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

dipos kepada responden yang dipilih secara rawak,

menjemput orang ramai untuk menonton rancangan tv yang

baru dengan menyelitkan iklan ditempat tertentu sepanjang

tayangan. Sebelum tayangan, lakaran akan ditunjukkan dan

responden dibenarkan memilih produk yang disukai sebagai

hadiah. Pilihan produk akan dikenalpasti, selepas tayangan

dan pendedahan terhadap iklan, lakaran sekali ditunjukkan

dan pengguna dibenarkan memilih semula hadiah.

Perubahan dalam keutamaan dapat dikenalpasti. Komen

bertulis juga boleh diselitkan dalam kaedah ini.

10.2..2.2 Ujian Trailer (Trailer Test)

Responden akan dibawa ke lokasi pusat di mana trailer atau

van diletak berdekatan kompleks membeli belah di mana

mereka akan didedahkan kepada beberapa iklan. Biasanya

penilaian perbandingan dibuat untuk satu tema yang sama.

Responden akan memilih yang paling disukai antara dua

formula iklan. Kaedah ini amat berguna untuk kefahaman

salinan iklan dan ianya hanya memerlukan kos yang

rendah.

10.2..2.3 Kedai Makmal (Laboratory Stores)

Kaedah ini adalah variasi dari ujian panggung. Responden

didedahkan kepada pengiklanan dalam pelbagai situasi dan

dibenarkan membeli dari sebuah kedai kecil. Biasanya

kupon akan diberikan untuk ditukarkan dengan barangan.

Pergerakan produk dapat dipantau hasil dari tindakbalas

kepada pengiklanan.

10.2.3 Ujian Berkaitan Pengiklanan (Pengukuran Sebenar)

Kaedah ini melibatkan pendedahan di dalam situasi sebenar yang

dihadapi oleh pengguna seperti di rumah sendiri dan lain-lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 177: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

10.2.3.1 Dummy Advertising Vehicles

Sesetengah organisasi menggunakan majalah “dummy”

untuk tujuan praujian pengiklanan. Majalah diedarkan ke

rumah-rumah dibeberapa kawasan geografi secara rawak.

Responden diberitahu bahawa penerbit berminat untuk

menilai isi kandungan editor majalah. Temuduga

kemudiannya akan dijalankan dengan memfokus kepada

isikandungan majalah dan iklan yang disiarkan dalam

majalah tersebut. Mengingat semula kandungan iklan

dalam situasi sebenar dapat menentukan kejayaan iklan

yang lebih realistik.

10.2.3.2 Ujian Pertanyaan (Inquiry Test)

Kaedah ini memerlukan sekumpulan responden diberi

pendedahan kapada portfolio yang mengandungi kedua-dua

bentuk iklan ujian dan kawalan. Prinsip ujian ini

mengambilkira keberkesanan iklan dari kriteria ingatan

selepas pendedahan. Iklan yang paling mudah diingat dan

diminati dianggap paling berkesan untuk menarik perhatian

pengguna.

10.2.3.3 Ujian keudara (On-the –Air-Test)

Kaedah ini mengukur tindakbalas kepada pengiklanan

dengan menyelitkannya dalam program tv atau radio

sebenar untuk pasaran tertentu. Responden akan ditanya

mengenai program yang mereka lihat atau dengar pada hari

sebelumnya. Sekiranya mereka ingat barulah ke soalan

seterusnya mengenai iklan tentang sesuatu produk dan

seterusnya adakah mereka ingat tentang iklan produk

tertentu. Bagi mereka yang ingat boleh meneruskan ke

soalan lain sekiranya mereka ingat akan iklan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 178: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI AKTIVITI 10B

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga

empat orang. Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu prosedur praujian

pengiklanan dan menjalankan kajian tersebut. Pelajar hendaklah memilih

prosedur bersesuaian dengan sumber yang ada. Pelajar juga boleh memilih

sample (20-30 orang) samada yang terdiri daripada pelajar politeknik ataupun

pengguna lain. Hasil kajian perlu ditulis dan dibentangkan dua minggu dari tarikh

soalan aktiviti ini diberikan.

Nak kaji ape ni???

Kaji le ape2 pun….

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 179: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/17

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI MAKLUMBALAS AKTIVITI 10B Jawapan pelajar berdasarkan prosedur kajian yang digunakan.

1. Consumer Jury 2. Portfolio Tests 3. Readability Tests 4. Psychological Measures 5. Theatre Tests 6. Trailer Tests 7. Laboratory Stores 8. Dummy Advertising Vehicles 9. Inquiry Tests 10. On-the Air-Test

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 180: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/18

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan 1. Penyelidikan adalah elemen penting dalam pemasaran terutamanya dalam

pengiklanan. Terangkan berkaitan penyelidikan media yang boleh dijalankan samada sebelum atau selepas media dipilih.

(25 markah) 2. Keberkesanan sesuatu iklan amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu produk. Bagaimanakah caranya pemasar boleh menilai keberkesanan iklannya. (25 markah) 3. Iklan boleh diuji keberkesanannya samada sebelum dan selepas ditayang. Berdasarkan model praujian pengiklanan terangkan ujian berkaitan pengiklanan dalam situasi makmal/ujikaji dan sebenar. (25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 181: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 10/19

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

- Penyelidikan percetakan

- Penyelidikan poster dan papan tanda

- Penyelidikan televisyen

Jawapan 2

- Pengukuran kriteria mendapat perhatian

- Pengukuran komunikasi

- Pengukuran minat

- Pengukuran penerimaan maklumat

- Pengukuran pengaruh iklan

Jawapan 3

Situasi Makmal

- Consumer jury

- Portfolio Tests

- Readability Tests

- Psychological Measures

Situsi Makmal

- Dummy Advertising Vehicles

- Inquiry Tests

- On-the Air Tests

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 182: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 11

UNDANG-UNDANG DAN ETIKA

PENGIKLANAN (KONTRAK PENGIKLANAN, LIBEL, SLENDER,

FITNAH, PENGGUNAAN KANAK-KANAK DALAM

IKLAN, TATATERTIB AMALAN PENGIKLANAN DAN

AHLI JAWATANKUASA DAN KOD PENGIKLANAN )

OBJEKTIF

Objektif Am

Mempelajari dan memahami kontrak dalam pengiklanan serta perkara-perkara

yang berkaitan dengan pengiklanan secara umum.

Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-

• Menerangkan maksud kontrak pengiklanan

• Menjelaskan maksud libel dan slender.

• Membezakan antara libel dan slender

• Menerangkan garis panduan dalam penggunaan kanak-kanak dalan iklan

• Mengenalpasti tatatertib yang harus dipatuhi dalam pengiklanan

• Menjelaskan ahli jawatankuasa pengiklanan di Malaysia

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 183: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

11.0 PENGENALAN

Dalam pemasaran produk, peranan iklan penting dalam memperkenalkan

produk baru dan lama di pasaran. Oleh itu, beberapa perkara yang harus

diketahui oleh pemasar, agensi dan pihak media berkaitan peraturan

pengiklanan sebelum ia disiarkan kepada sasaran pengguna.

11.1 KONTRAK PENGIKLANAN (ADVERTISING CONTRACT)

Satu perjanjian antara agensi pengiklanan (advertiser) dengan pihak media

untuk mengikat satu kontrak iklan yang bakal disiarkan di media yang

dipilih oleh pengiklan.

Berikut adalah sebahagian perkara yang terkandung dalam kontrak

pengiklanan:

i. Nama pengiklan

ii. Kadar bayaran yang dikenakan

iii. Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak media

iv. Alamat pengiklan

v. Tanda tangan pengiklan

vi. Tanda tangan wakil pihak media

Sila rujuk gambarajah 11.1 untuk keterangan lebih lanjut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 184: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Advertising Contract

Name of Advertiser________________________________ Date___________

Size of Ad Purchased:

_______Business Card (3”x2”) _______1/2 Page (7.5”x5”) _______1/8 Page (3”x2.5”) _______Full Page (7.5”x10.5”) _______1/4 Page (3”x5”) _______Back Cover (8.5”x11”) _______Inserts Number of Issues_____________ Total Price____________

Advertising Copy Deadline________________

The firm above agrees to purchase advertising space in GenerAsians magazine. Purchase of advertising space is subject to the following conditions: RATES: Refer to the rate sheet for appropriate pricing of the advertisement. Advertisers will receive a ten percent discount for advertising in two or more issues. COPY: Advertisers may provide an electronic copy (JPEG, GIF, TIFF or PDF format) or a camera-ready copy, make specifications, or leave the design up to the discretion of the magazine’s designers. INSERTS: Inserts will be placed in each copy of the magazine and distributed as such. Advertisers must provide 900 copies of inserts at least one day prior to distribution. BILLING: GenerAsians will bill advertisers after each issue unless other arrangements have been made. A tear sheet of the advertisement will be provided as proof of performance. DEADLINE: Advertisers must provide electronic or camera-ready copy by the deadline. Address of Advertiser__________________________________ ____________________________________________________ Telephone Number_________________________ Signature of Advertiser______________________ GenerAsians Representative___________________ (Sumber: GenerAsians: Asian-American Magazine)

Rajah 11.1: Contoh Borang Kontrak Pengiklanan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 185: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

11.1.1 Fitnah

Kenyataan palsu atau tuduhan terhadap seseorang atau menghina

seseorang. Fitnah boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu libel dan

slender. Pengiklan perlu peka dan berhati-hati dalam membuat

kenyataan , agar tidak menjadi masalah khususnya dalam proses

pengiklanan dan memasarkan produk secara amnya.

11.1.1.1 Liabel

Merupakan kenyataan palsu secara bertulis yang

disiarkan di media cetak seperti suratkhabar, majalah atau

lain-lain bentuk penerbitan.

11.1.1.2 Slender

Merupakan kenyataan palsu secara lisan yang disiarkan di

media elektronik seperti radio, televisyen atau saluran

komunikasi yang lain.

11.1.2 Penggunaan Kanak-kanak Dalam Iklan

Menurut etika pengiklanan, penggunaan kanak-kanak dalam iklan

tidak digalakkan melainkan barangan yang diiklankan berkaitan

langsung dengan kanak-kanak. Kanak-kanak tidak boleh

digunakan dalam iklan yang menjual barang-barang yang bukan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 186: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, iklan yang menjual vitamin

atau ubat-ubatan untuk golongan dewasa..

Ada beberapa garis panduan lain yang perlu dipatuhi oleh

pengiklan dalam penggunaan kanak-kanak dalam iklan mereka,

antaranya:-

i. Iklan tidak boleh mempromosikan barang yang boleh

membahayakan kanak-kanak samada dari segi fizikal, mental

mahupun moral.

ii.Tidak dibenarkan pengiklan mengambil kesempatan ke atas sifat

mudah percaya dan ketaatan kanak-kanak.

iii.Pengiklan tidak dibenarkan untuk mengesyorkan kanak-kanak

membeli produk mereka atau membuat ibu bapa membeli untuk

mereka.

iv.Pengiklan tidak dibenarkan menunjukkan kanak-kanak atau orang

dewasa membuat sesuatu yang merbahaya dengan produk mereka.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 187: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 11A

Arahan: Pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri dari 3

hingga 4 pelajar.

Cipta satu borang kontrak pengiklanan. Borang tersebut terdiri dari nama syarikat, logo, alamat dsb. Pelajar boleh mencipta sendiri kreativiti dengan melihat contoh borang kontrak sebelum ini sebagai panduan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 188: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 11A

Mencipta satu contoh borang kontrak pengiklanan yang terdiri dari:-

i. Nama pengiklan

ii. Kadar bayaran yang dikenakan

iii. Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak

media

iv. Alamat pengiklan

v. Tanda tangan pengiklan

vi. Tanda tangan wakil pihak media

vii. Logo syarikat

Lain-lain ciri bergantung kepada kreativiti pelajar

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 189: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

11.2 TATATERTIB AMALAN PENGIKLANAN DI MALAYSIA DAN

AHLIJAWATANKUASANYA.

Di Malaysia tiada sebarang undang-undang yang digubal untuk mengawal

pengiklanan begitu juga di peringkat antarabangsa, tetapi yang ada

merupakan kod amalan atau “code of conduct” yang mengawal kegiatan-

kegiatan pengiklanan. Di peringkat antarabangsa kod amalan pengiklanan

merupakan satu garis panduan pemasar sebelum menghasilkan iklan-iklan

mereka. Sebagai contoh Kod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah

menyediakan satu kod yang berkaitan dengan pemasaran susu..

11.2.1 Jawatankuasa Pengiklanan Di Malaysia

Terdapat garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Kepiawaian

Periklanan atau “Advertising Standard Authority” (ASA) yang

ditubuhkan pada 1978 terdiri dari anggotanya termasuk Persatuan

Penerbit Akhbar, Persatuan Agensi-agensi Periklanan Bertauliah,

Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persekutuan Persatuan

Pengguna Malaysia (FOMCA) tetapi FOMCA kemudiannya

menarik diri atas alasan tidak bersetuju dengan beberapa prinsip

ASA.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 190: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

11.2.2 Tatatertib Amalan Pengiklanan Di Malaysia

Kod dan etika pengiklanan di Malaysia berdasarkan kod

pengiklanan Kementerian Penerangan yang mengawal iklan dalam

media siaran kerajaan. Dalam kod ini menggariskan bahawa semua

iklan mestilah:-

11.2.2.1 Sopan

Iklan tidak boleh mengandungi apa-apa penyampaian

secara oral dan atau visual yang bercanggah atau

menghina kesopanan yang lazim dipraktik oleh

masyarakat Malaysia. Iklan juga tidak boleh

mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dengan

budaya masyarakat Malaysia, sebagai contoh iklan yang

mengandungi adegan-adegan yang mengghairahkan yang

membawa aksi yang tidak bermoral.

11.2.2.2 Benar

Iklan mesti jujur, benar dan betul. Ia perlu mengelakkan

apa sahaja yang boleh meragukan.

11.2.2.3 Peka

Iklan hendaklah peka terhadap suasana dalam masyarakat

Malaysia yang berbilang agama, kaum dan adat dan tidak

menyinggung perasaan atau menghina jantina atau politik

atau orang perseorangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 191: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

11.2.2.4 Ketakutan dan Tahyul

Iklan tidak boleh mengeksploitasi kepercayaan tahyul dan

ketakutan dan lain-lain perihal yang mudah dipercayai di dalam

kes-kes yang munasabah.

11.2.2.5 Perbandingan

Perbandingan secara tidak langsung adalah dibenarkan bagi

menggambarkan aspek teknikal, elektronik, faedah-faedah yang

berkaitan dan objektifnya serta sifat-sifat barangan dan

perkhidmatan yang diiklankan.

11.2.2.6 Penghinaan dan Memburukkan Nama

Penghinaan dan memburukkan aktiviti, syarikat atau barangan

lain, walaupun tidak disebut secara khusus adalah tidak

dibenarkan.

11.2.2.7 Gerenti

Penggunaan perkataan gerenti perlu disertakan dengan maklumat

kandungan dan jaminan yang ditawarkan atau petunjuk maklumat

yang terdapat tentang jaminan tersebut.

11.2.2.8 Keganasan, Kekerasan, Perbuatan Sumbang

Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan atau gambaran fizikal

atau perbuatan sumbang atau sesuatu yang dianggap sebagai

biadap, lucah, jijik terhadap perasaan dan citarasa pengguna.

11.2.2.9 Moral, Sivil, Pegangan Agama dan Penghormatan Diri

Iklan tidak boleh menghina moral, sivil dan pegangan agama

rakyat. Iklan mesti menghormati kemuliaan manusia dalam

segala bentuk dan ungkapan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 192: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 11B

Arahan: Pelajar-pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri

daripada empat hingga lima ahli. Setiap kumpulan dikehendaki:-

i. Memilih satu dari mana-mana iklan yang pernah disiarkan di

televisyen

ii. Iklan tersebut mestilah mempunyai idea dan ciri-ciri keMalaysiaan

iii. Pelajar-pelajar kemudian dikehendaki menulis:-

a. Nama iklan tersebut/tema iklan tersebut

b. Organisasi/syarikat pengeluar iklan tersebut

c. Jalan cerita iklan

d. Strategi kreatif yang digunakan

e. Mesej yang ingin disampaikan

iv. Komen pelajar berkenaan iklan tersebut.

.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 193: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 11B

i. Nama iklan/tema iklan – Selamat Hari Raya, Tahun Baru Cina,

Deepavali, Hari Kebangsaan dan sebagainya yang disiarkan di

televisyen

ii. Syarikat pengeluar – Telekom, Perodua, EON, TNB, Dunhill,

Kementerian Kesihatan dan lain-lain

iii.

“Selamat Hari Kebangsaan” oleh Petronas

Babak 1: Kedengaran seorang lelaki sedang menyanyi sebuah lagu Tamil di belakang rumput pagar (model tidak kelihatan) Babak 2: Lelaki tersebut berdiri di belakang rumput pagar sambil memotong rumput dan sambung menyanyi lagu Tamil. (model berbangsa Cina kelihatan sambil menyanyi ) Strategi kreatif: Lelaki berbangsa Cina menyanyikan lagu Tamil Mesej: Malaysia mempunyai satu rumpun bangsa Komen: Salah satu iklan yang berjaya memaparkan ciri budaya Malaysia melalui pendekatan bangsa dan bahasa yang digunakan di mana ciri ini sesuai dengan kod amalan pengiklanan Malaysia

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 194: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

iii. Komen pelajar boleh rujuk nota 11.2.2 iaitu iklan tersebut berunsur

• Sopan

• Peka

• Tiada unsur menghina dan memburukkan nama

• Tidak berunsurkan keganasan dan sumbang

• Bermoral dan menghormati pegangan agama

• dsb

Mana mau lari????

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 195: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

11.3 KOD PENGIKLANAN

Di Malaysia kod amalan pengiklanan digunakan berdasarkan kod

pengiklanan RTM dan beberapa panduan dijelaskan kepada

pemasar dan pengiklan berkaitan pembikinan dan pengeluaran

iklan secara khususnya.

11.3.1 Wanita dan Lelaki Di Dalam Iklan

Penggunaan wanita dan lelaki dalam pembikinan iklan

haruslah mematuhi peraturan di mana kaum lelaki dan

wanita mempunyai otoriti dan hak di dalam menentukan

sesuatu. Hak di sini sebagai contoh, mereka sama-sama

berkuasa membuat keputusan di dalam menentukan

pembelian. Selain dari itu, pengiklan tidak boleh

menunjukkan kaum lelaki mengugut atau menindas kaum

wanita dan sebaliknya serta pengiklan tidak boleh

mengeksploitasi kaum wanita dan lelaki berdasarkan jantina

dalam mempromosikan barangan mereka. Iklan mesti

menunjukkan bahawa kaum wanita dan lelaki dipelbagai

peringkat umur boleh turut serta di dalam sebarang bentuk

aktiviti baik di rumah mahupun di luar rumah.

11.3.2 Barangan Jenama Rokok

Apa-apa jenis perniagaan yang menggunakan jenama rokok

hendaklah menjalankan urusniaga yang bukannya

mengiklankan rokok. Gambar pek atau rokok atau

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 196: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/15

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

sebahagian gambar pek atau rokok tidak dibenarkan. Begitu

juga, barangan yang menyerupai atau mirip dengan pek

rokok, rokok atau aksesori merokok juga tidak dibenarkan.

11.3.3 Iklan-iklan Ubat, Racun Makhluk Perosak, Makanan dan

Minuman Dan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara

Pemasar yang memasarkan produk-produk perubatan, racun

makhluk perosak tertakluk pada akta-akta dan bidang kuasa

pihak tertentu. Sebagai contohnya, iklan ubat, rawatan

perubatan dan fasiliti perubatan serta iklan makanan dan

minuman yang mengandungi tuntutan adalah di bawah

bidang kuasa Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan

Malaysia. Manakala, iklan racun makhluk perosak di bawah

kuasa Lembaga Racun Makhluk Perosak, Kementerian

Pertanian Malaysia. Iklan-iklan IPTS dan IPT luar negara

adalah di bawah kuasa Unit Pengajian Swasta, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan kepada pengiklan di

Malaysia selain dari yang dijelaskan tadi dalam penghasilan sesuatu iklan.

Antaranya adalah seperti berikut:-

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 197: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/16

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Barangan Dan Adegan Yang Tidak Boleh Diiklankan

khinzir dan barangan yang berkaitan dengannya

minuman beralkohol dan arak dan jenama barangan yang berkaitan

apa-apa bentuk spekulasi kewangan

notis-notis kematian, urusan pengkebumian, tugu-tugu perkuburan

ahli nujum atau tukang tilik nasib dan sebagainya

agensi perkahwinan dan kelab persahabatan atau mencari jodoh

apa-apa bentuk perjudian termasuk memberi tip pertaruhan dan

perjudian

tuala wanita dan lampin orang dewasa

pakaian dalam

adegan menonjolkan ketiak

adegan yang mengghairahkan dan kurang sopan termasuk adegan

bercumbu

adegan-adegan disko

barangan untuk melangsingkan badan yang digunakan secara oral

ataupun aplikasi luar badan

permainan bunga api dan mercun

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 198: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/17

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 11C

Pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat hingga

lima pelajar.

Arahan: Pelajar dikehendaki mencari tiga iklan di media cetak.

Bincangkan iklan tersebut dan kenalpasti perkara-perkara yang

menyalahi kod dan etika pengiklanan yang telah dipelajari.

Pelajar kemudian dikehendaki membentangkan hasil perbincangan

mereka pada kelas akan datang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 199: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/18

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 11C

Pelajar mendapatkan tiga iklan di media cetak yang berbeza dan membentangkan

perkara-perkara yang menyalahi etika pengiklanan seperti:

• Iklan berjenama rokok

• Iklan minuman keras dan beralkohol

• Iklan-iklan yang mengeksploitasikan kaum wanita, dll

(sila rujuk nota 11.3)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 200: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/19

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Arahan: Jawab semua soalan berikut.

.

1. a. Apakah perbezaan antara libel dan slender?

(5 markah)

b. Berikan lima perkara yang terkandung dalam sesebuah kontrak

pengiklanan.

(10 markah)

c. Sesuatu iklan mestilah sopan, benar dan peka. Senaraikan lima (5)

panduan lain yang menjadi garis panduan pengiklan dalam

menghasilkan sesuatu iklan.

(10 markah)

2. Sesuatu iklan yang baik, ia dapat menonjolkan ciri-ciri budaya sesebuah

negara. Bincangkan. (25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 201: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/20

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN

KENDIRI

JAWAPAN 1

a. Liabel

• Merupakan kenyataan palsu secara bertulis yang disiarkan di media cetak

seperti suratkhabar, majalah atau lain-lain bentuk penerbitan.

Slender

• Merupakan kenyataan palsu secara lisan yang disiarkan di media

elektronik seperti radio, televisyen atau saluran komunikasi yang lain.

b. Berikut adalah sebahagian perkara yang terkandung dalam kontrak

pengiklanan:

i. Nama pengiklan

ii. Kadar bayaran yang dikenakan

iii. Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak

media

iv. Alamat pengiklan

v. Tanda tangan pengiklan

vi. Tanda tangan wakil pihak media

c. Pilih mana-mana lima jawapan dari

• Ketakutan dan tahyul

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 202: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/21

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

• Perbandingan

• Penghinaan dan memburukkan nama

• Gerenti

• Keganasan, kekerasan, perbuatan sumbang

• Moral, sivil, pegangan agama dan penghormatan diri

JAWAPAN 2

Iklan yang baik bercirikan:-

• Kesopanan

• Moral

• Peka

• Tidak berunsurkan keganasan

• Tidak lucah, dsb

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 203: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/22

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 204: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/23

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 205: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/24

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 206: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 11/25

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 207: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/1

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

UNIT 12

UNDANG-UNDANG DAN ETIKA

PENGIKLANAN (KOD PENYIARAN, GARIS PANDUAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA)

OBJEKTIF Objektif Am Mempelajari dan memahami kod penyiaran dan fungsi Kementerian Dalam Negeri dalam mengawal industri pengiklanan di Malaysia. Objektif Khusus :- Di akhir unit ini anda akan dapat :-

• Menerangkan kod-kod etika penyiaran di Malaysia • Menjelaskan akta-akta serta perkara-perkara yang berhubung kait dengan

pengiklanan di Malaysia • Menjelaskan fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna dalam mengawal aktiviti pengiklanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 208: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/2

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT

12.0 PENGENALAN

Industri pengiklanan begitu pesat berkembang di Malaysia. Setiap hari, kita

boleh melihat iklan-iklan baru disiarkan di media-media elektronik serta

teknik-teknik dan ide-ide baru yang dipersembahkan dalam media massa dan

sebagainya. Semua ini adalah untuk merayu agar pengguna membeli produk

yang diiklankan oleh pemasar. Walau bagaimanapun, pemasar dan pengiklan

harus mematuhi kod atau etika dalam pengiklanan yang menjelaskan

beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan pengiklanan di Malaysia.

12.1 Garis Panduan Penyiaran

Garis panduan penyiaran tertakluk di bawah Akta Penyiaran (Pindaan)1997.

Ia bertujuan memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan

televisyen memenuhi dasar-dasar dan aspirasi negara ke arah pencapaian

Wawasan 2020. Ia ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan

dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen.

Beberapa garis panduan dijelaskan berkaitan juga dengan penyiaran iklan di

radio dan televisyen. Pemasar dan pengiklan-pengiklan harus mematuhinya

agar penyiaran iklan dapat dijalankan dengan lancar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 209: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/3

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

12.1.1 Bahan-bahan Siaran

Iklan-iklan yang menyentuh politik, aspek keagamaan, budaya dan

tatatertib tidak mungkin dapat disiarkan. Sebaik-baik bahan siaran

haruslah bercirikan:-

i. menyokong wawasan negara

ii. menghormati sensitiviti/kepekaan rakyat

iii. memaparkan keindahan dan kemajuan negara

iv. mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta

v. menggambarkan masyarakat berbilang kaum

Contoh-contoh iklan yang menepati ciri-ciri tersebut seperti iklan

kemerdekaan oleh Petronas, iklan Hari Raya dan Tahun Baru oleh

Perodua, Telekom dan sebagainya. Manakala iklan yang bercirikan

seperti:-

a. Ideologi dan Politik

Iklan yang menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan

ideologi negara serta menggambarkan negara Malaysia yang

tidak benar di mana boleh menjejaskan imej Malaysia adalah

tidak boleh disiarkan. Bahan siaran dari negara komunis ataupun

dari negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik juga

tidak dibenarkan.

b. Aspek keagamaan

Aspek keagamaan menyentuh pada unsur-unsur tidak

mempercayai Tuhan atau merosakkan kerukunan umat beragama.

Mana-mana iklan tidak boleh menyentuh amalan-amalan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 210: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/4

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

keagamaan dengan menghina, menyinggung perasaan dan

sentimen mana-mana kaum dan penganut agama.

c. Aspek Budaya Sosial

Iklan yang berunsurkan perkara-perkara yang boleh merosak,

membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan

rakyat Malaysia tidak boleh disiarkan. Selain dari itu perkara-

perkara yang menimbulkan kekeliruan dan ejekan terhadap adat

istiadat dan budaya serta perbuatan tidak bermoral dan memberi

perangsang kepada perkembangan “counter culture”.

12.1.2 Perihal Artis/Model Iklan Artis-artis atau model-model yang digunakan dalam iklan harus

mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian

Penerangan dalam pembikinan iklan untuk disiarkan di televisyen.

Panduan seperti pakaian, rambut, kelakuan dan gerak geri semasa

persembahan hendaklah mengikut etika yang ditentukan. Sebagai

contohnya, pakaian artis lelaki dan wanita hendaklah sopan,

kelakuan dan gerak-geri artis hendaklah bersopan santun dan

penonton tidak dirangsangkan sehingga bertindak liar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 211: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/5

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Sebarang tindakan yang tidak mematuhi etika dan garis panduan penyiaran ini

maka bahagian penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas penerbit dan

pengarah termasuk pengiklan, artis/model begitu juga stesen penyiaran. Tindakan

seperti menggantung atau membatalkan lesen penyiaran dan melarang mana-mana

pengarah, penerbit dan artis dari disiarkan di mana-mana program di televisyen

dan juga radio.

Iklan atau sebarang produksi yang disiarkan akan melalui proses penapisan.

Tujuannya supaya iklan atau sebarang produksi tersebut memenuhi garis panduan

yang ditetapkan selain dapat membendung gejala yang tidak diingini hasil dari

penyiaran iklan tersebut. (Lihat rajah 12.1)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 212: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/6

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Perpustakaan Stesyen Televisyen Terima filem/jadual harian T/lengkap Semak Kembalikan Lengkap Kepada Stesen Membuat penapisan Lengkap Haram/Tolak Keputusan Lulus bersih Lulus dengan potongan Sediakan laporan Sediakan laporan Sediakan Laporan Kemukakan kepada penyelia T/lengkap

Semak Pembetulan Ahli-ahli Lengkap Panel Kemukakan pada Pengerusi/ Timbalan Pengerusi T/lengkap Lengkap Pembetulan oleh Panel Stesyen Keputusan Pengerusi/Timbalan Pengerusi Terima Keputusan Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Rekodkan keputusan/ Maklumat penapisan Kemukakan kepada Penyelia Kemukakan keputusan Kepada stesyen Rajah 12.1: Carta Aliran Kerja Penapisan Bagi Stesyen Televisyen

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 213: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/7

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 12A

Pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat hingga

lima pelajar.

Arahan: Pelajar dikehendaki menulis satu esei berkaitan dengan pengiklanan.

Contoh-contoh tajuk esei seperti:-

i. Penyalahgunaan kanak-kanak dalam industri periklanan

ii. Pengeksploitasian wanita dalam iklan

iii. Dilema industri rokok: Mengapa tidak boleh diiklankan

iv. Dsb

Pelajar dikehendaki menulis dan memberi sendiri tajuk esei tersebut. Pelajar

dibenarkan membawa apa-apa bahan sebagai rujukan. Esei tersebut sekurang-

kurangnya ditulis dalam empat hingga lima muka surat dan mengandungi perkara-

perkara seperti:-

a. Pengenalan

b. Isi

c. Penutup/kesimpulan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 214: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/8

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 12A

Pelajar menulis satu esei berkaitan dengan pengiklanan dalam empat hingga lima mukasurat dan setiap esei tersebut mengandungi perkara –perkara berikut:-

a. Pengenalan b. Isi c. Kesimpulan/Penutup

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 215: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/9

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

INPUT 12.2 FUNGSI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN

HAL EHWAL PENGGUNA

Di bawah Kementerian ini terdapat beberapa akta yang mengawal amalan-amalan

kegiatan perdagangan yang buruk. Akta-akta seperti:-

Akta Pengawalan Penawaran, 1961

Akta Pengawalan Harga, 1946

Akta Timbangan dan Ukuran, 1972

Akta Sewa Beli, 1967

Akta Deskripsi Perdagangan, 1972

Akta Deskripsi Perdagangan menerangkan tentang pengawalan ke atas iklan-iklan

yang tidak tepat tentang barangan, harga, perkhidmatan dan kemudahan. Tujuan

akta ini untuk menghalang penerangan yang salah tentang barangan dan juga

kenyataan-kenyataan yang salah tentang produk. Semua ini adalah bertujuan

untuk melindungi pengguna daripada amalan-amalan pihak tertentu yang tidak

adil serta penipuan dan lain-lain amalan yang menyekat persaingan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 216: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/10

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

a. Akta Perlindungan Pengguna 1999

Akta ini memperuntukan larangan terhadap perilaku yang

mengelirukan dan memperdayakan dalam urusniaga dengan pengguna.

Contohnya ialah pengakuan terhadap ciri-ciri barang dan kesesuaian

dan penggunaannya yang didapati tidak benar. Ia juga melarang

seseorang membuat representasi yang palsu, mengelirukan seperti

memberi penerangan yang salah terhadap jenis, standard, kualiti,

keperluan jaminan dan keadaan barang (baru atau telah dibaikpulih).

b. Dasar Periklanan Negara

Dasar periklanan negara bertujuan memberi sumbangan ke arah

pembentukan nilai, sikap dan tingkah laku pengguna supaya selaras

dengan pola sosio-budaya dan ekonomi negara. Ia dibina atas

kesedaran di mana iklan begitu besar pengaruhnya pada masyarakat.

Selain dari itu, industri periklanan begitu pesat berkembang.

Memandangkan industri ini masih kurang penglibatan Bumiputera,

maka beberapa tindakan perlu diambil supaya sumbangan Bumiputera

dalam industri ini khususnya dan sektor ekonomi amnya dapat

dibanggakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 217: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/11

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

AKTIVITI

AKTIVITI 12B

Pelajar dikehendaki bentukkan satu kumpulan yang terdiri dari empat hingga lima

pelajar. Baca arahan berikut.

Arahan: Pelajar dikehendaki mencari kenyataan mengenai:-

i. Akta Filem (Penapisan), 1952

ii. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

1981 (Akta 244)

iii. Garis Panduan Penapisan

iv. Akta Hasutan

v. Akta Sewa Beli

vi. Akta Hak Cipta Terpelihara

vii. Paten

viii. Akta Jualan Langsung

Pelajar dikehendaki menulis sumber hasil dapatan mereka di muka surat akhir

tugasan mereka.

Pensyarah akan membahagi-bahagikan setiap satu soalan aktiviti tersebut pada

setiap kumpulan. Pelajar dikehendaki menghantar hasil dapatan kepada pensyarah

pada kelas yang akan datang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 218: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/12

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 12B

Setiap kumpulan pelajar harus mendapatkan akta-akta tersebut . Setiap kumpulan

akan menghantar tugasan mereka kepada pensyarah iaitu akta-akta berikut:-

i. Akta Filem (Penapisan), 1952

ii. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

1981 (Akta 244)

iii. Garis Panduan Penapisan

iv. Akta Hasutan

v. Akta Sewa Beli

vi. Akta Hak Cipta Terpelihara

vii. Paten

viii. Akta Jualan Langsung

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 219: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/13

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PENILAIAN KENDIRI Arahan: Jawab semua soalan berikut. SOALAN 1 Terangkan perkara-perkara berikut yang terdapat dalam garis panduan pengiklanan:-

i. Aspek budaya dan sosial ii. Aspek keagamaan iii. Garis panduan artis/model iv. Dasar periklanan negara v. Unsur ideologi dan politik

(25 markah) SOALAN 2

a. Apakah fungsi-fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam industri pengiklanan.

(15 markah)

b. Jelaskan maksud Akta Perlindungan Pengguna 1999. (10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 220: GRID KURIKULUM - eusahawanilpkl.weebly.com · Pelajar menerangkan sejarah periklanan bermula dari zaman Babylon, Mesir dan Rome sehingga ke zaman kini. Pelajar harus menambah lagi

PRINSIP PENGIKLANAN P4709/ UNIT 12/14

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

MAKLUMBALAS

PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN 1

Rujuk nota 12.1.1 dan 12.1.2. Setiap satu membawa 5 markah.

JAWAPAN 2

a. Fungsi-fungsinya adalah:-

i. mengawal iklan-iklan yang tidak benar berkaitan barangan, harga

dan perkhidmatan

ii. menghalang penerangan/kenyataan palsu mengenai sebarang

produk yang diiklankan

iii. melindungi pengguna dari kegiatan pemasar-pemasar yang tidak

adil. Boleh rujuk akta perlindungan pengguna

b.Akta Perlindungan Pengguna 1999 menjelaskan bahawa larangan perilaku

yang mengelirukan dan memperdayakan urusniaga dengan pengguna. Akta ini

juga melarang demonstrasi palsu dan memberi penerangan yang salah

terhadap barang yang dijual.

http://modul2poli.blogspot.com/