graf garis kompaun

3
Hari : Rabu Tarikh : 04.03.2015 Pengajian Am Toturial Tajuk : Graf Garis Kompaun Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat : 1. Mengemukakan 3 ciri utama graf garis kompaun. 2. Mengenalpasti bentuk asas graf garis kompaun. 3. Mengetahui cara-cara melukis graf bar garis mudahyang betul. 4. Melukis graf garis kompaun berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi. Isi Pelajaran : Graf Garis Kompaun Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas graf garis kompaun 2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf garis kompaun yang betul. 3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf garis kompaun. 4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan yang berkaitan dengan graf garis kompaun. 5. Latihan melukis graf garis kompaun berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan. Nilai : Berusaha dan Berdikari KBKK: Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk graf garis kompaun. Refleksi :

Upload: azmi-marbawi

Post on 18-Dec-2015

245 views

Category:

Documents

5 download

DESCRIPTION

Graf

TRANSCRIPT

Pengajian Am II

Hari : Rabu

Tarikh : 04.03.2015Pengajian Am ToturialTajuk : Graf Garis KompaunObjektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :

1. Mengemukakan 3 ciri utama graf garis kompaun.2. Mengenalpasti bentuk asas graf garis kompaun.3. Mengetahui cara-cara melukis graf bar garis mudahyang betul.

4. Melukis graf garis kompaun berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi.Isi Pelajaran : Graf Garis Kompaun

Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas graf garis kompaun

2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf garis kompaun yang betul.

3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf garis kompaun.

4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan yang berkaitan dengan graf garis kompaun.

5. Latihan melukis graf garis kompaun berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan.

Nilai : Berusaha dan Berdikari

KBKK:Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk graf garis kompaun.

Refleksi :

Berdasarkan petikan di bawah , sediakan graf garis yang dapat menunjukkan peratusan perbelanjaan kerajaan-kerajaan pusat ASEAN dalam sektor pengangkutan dan telekomunikasi dari tahun 1981 hingga 1990.

Pada tahun 1981 kerajaan Indonesia telah membelanjakan sebanyak 24.3% daripada peruntukan kewangan untuk sektor ini. Jelaslah sektor ini begitu diberi perhatian oleh kerajaan Indonesia bagi meningkatkan lagi sistem telekomunikasinya. Peruntukan ini walau bagaimanapun merosot kepada hanya 21.2% tahun 1985. Kemerosotan ini mungkin berpunca daripada langkah kerajaan Indonesia untuk menjimatkan perbelanjaan. Malah tumpuan perbelanjaan hanya untuk membaik pulih peralatan. Oleh sebab itu pada tahun 1990 peruntukan terus merosot sebanyak 1.2% daripada tahun 1985.

Bagi Malaysia pula, perbelanjaan untuk telekomunikasi dan pengangkutan adalah lebih rendah kalau dibandingkan Indonesia dan Filipina. Kerendahan ini kerana tumpuan perbelanjaan hanya pada sektor telekomunikasi sedangkan sektor pengangkutan banyak diambil alih pihak swasta. Pada tahun 1981 misalnya Malaysia hanya memperuntukan sejumlah 12.1%, malah kadar tetap sama sehingga tahun 1985. Namun demikain peruntukan tahun 1990 merosot sebanyak 0.2%. tetapi ia diangap baik kerana dapat menyamai peruntukan negara Singapura yang boleh dikatakan lebih baik sedikit sistem telekomunikasinya.

Masalah politik, ekonomi, sosial dan bencana alam turut menggangu perkembangan sistem pengangkutan dan telelomunikasi. Ini ketara sekali apabila dalam kumpulan negara-negara ASEAN, Filipinalah yang paling banyak memperuntukan perbelanjaan untuk sektor ini dari tahun 1981 hingga 1990. Tahun 1981 sahaja sejumlah 33% telah diperuntukan bagi program ini. Walaupun Filipina dapat mengurangkan kadar ini kepada hanya 31% tahun 1985 tetapi ia masih dianggap tertinggi antara negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun agak memeranjatkan apabila kadar ini dapat dikurangkan sebanyak 2% tahun 1990 daripada tahun sebelumnya.

Singapura walaupun mempunyai keluasan yang kecil kalau dibandingkan negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia adalah pusat telekomunikasi rantau sebelah sini. Lantaran itu perbelanjaan untuk sektor pengangkutan dan telekomunikasi telah meningkat kepada 12.3% tahun 1981. Kadar ini bagaimanapun terus merosot sebanyak 2% tahun 1985. Kemerosotan ini lebih ketara lagi pada tahun 1990 apabila hanya 9.1% yang diperuntukan untuk sektor ini.

Bagi Negara Thai tidak banyak bezanya dengan Filipina dari segi peruntukan yang telah digunakan untuk sektor ini. Tahun 1981 contohnya, sebanyak 18.3% telah diperuntukan , berbanding peningkatan sebanyak 7.1% untuk tahun 1985. Kadar ini masih tidak mencukupi sehingga kerajaan Negara Thai terpaksa menambah peruntukan kepada 30% tahun 1990. Dirasakan peruntukan kewangan untuk sektor pengangkutan dan telekomunikasi ini akan meningkat lagi pada masa-masa yang akan datang memandangkan keperluannya yang sangat penting pada rakyat dan negara.

(Disesuaikan daripada Utusan Malausia,31 Oktober 1992)