gp mydeposit 9 april 2016 - saudagarhartanah.com · • carta alir permohonan skim mydeposit bagi...

12
1 MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA JABATAN PERUMAHAN NEGARA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Upload: others

Post on 06-Oct-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

JABATAN PERUMAHAN NEGARA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

2

SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

3

KANDUNGAN Muka Surat 1.0 LATARBELAKANG. 4 2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN

MyDeposit. 5 3.0 KRITERIA PEMBELIAN

PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN. 5 4.0 SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit. 6

5.0 KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit. 7 6.0 MORATORIUM. 8 7.0 KAEDAH PERMOHONAN. 8 8.0 PENUTUP. 9 9.0 LAMPIRAN.

- LAMPIRAN A . 10 - LAMPIRAN B . 11

4

1.0 LATARBELAKANG

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk

khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika

membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada

23 Oktober 2015.

Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan

pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta

akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah

pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan

keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini akan

diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara mulai 6 April

2016.

5

2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit.

Syarat –syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan KPKT :

• Pemohon mestilah warganegara Malaysia;

• Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur maksima);

• Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;

• Pendapatan isi rumah :

- Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan. (Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil

daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus,

elaun dan lain-lain);

• Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan

tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang

hendak dibeli; dan

• Carta alir permohonan Skim MyDeposit bagi projek perumahan baharu

yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale) adalah

seperti di lampiran A dan B.

3.0 KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit:

• Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran

sekunder (subsale);

• Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan

• Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak

mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan

6

4.0 SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit.

Surat tawaran bersyarat akan dikeluarkan kepada pemohon yang telah

ditapis dan diperakukan untuk ditawarkan Skim MyDeposit:

• Tempoh tawaran bersyarat yang diberikan adalah 30 hari daripada

tarikh surat dikeluarkan untuk pemohon untuk memenuhi perkara-

perkara berikut :

i. Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit

Rumah Pertama; dan

ii. Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju

perumahan atau pemilik rumah.

• Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam

tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL

dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang

dikemukakan. Kos pembelian rumah tersebut hendaklah ditanggung

sepenuhnya oleh pemohon tersebut.

7

5.0 KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit. Pembayaran Insentif Skim MyDeposit akan dilaksanakan dengan cara

berikut :

• Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10%

daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana

lebih rendah;

• Bayaran ini akan dibayar kepada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA)

bagi pembelian projek baharu atau Akaun Peguam Perjanjian Jual-Beli

Pembeli bagi pembelian pasaran sekunder (subsale); dan

• Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon yang

diluluskan dengan mengemukakan dokumen tuntutan seperti berikut :

i. Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan

Negara;

ii. Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;

iii. Akuan Bersumpah yang lengkap dan ditandatangani;

iv. Perjanjian Jual-Beli;

v. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima;

dan

vi. Maklumat berkaitan nama dan nombor Akaun Pemaju

Perumahan atau nama dan nombor Akaun Firma Guaman Jual

Beli pembeli.

8

6.0 MORATORIUM

• Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun;

• Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran pembeli dan

surat perjanjian jual beli; dan

• Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli

ditandatangani.

7.0 KAEDAH PERMOHONAN

• Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang

layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka

akaun di http://ehome.kpkt.gov.my

• Permohonan yang lengkap adalah dengan memuat naik semua

dokumen yang diperlukan iaitu :

• Salinan kad pengenalan pemohon;

• Salinan kad pengenalan pasangan;

• Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;

• Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;

• Penyata gaji terbaru pemohon;

• Penyata gaji terbaru pasangan;

• Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon;

• Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan;

• Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan

pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan

oleh Pesuruhjaya sumpah;

9

• Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan

adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji

bulanan dan tempoh perkhidmatan;

• Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan

adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji

bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan

• Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau

tanggungan (jika berkaitan).

8.0 PENUTUP

• Skim MyDeposit yang diperkenalkan oleh kerajaan akan dapat

membantu pembeli rumah pertama mengurangkan beban kewangan

bagi penyediaan wang deposit bagi pembelian rumah idaman

mereka.

• Usaha dan komitmen kerajaan ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi

program perumahan negara yang lebih komprehensif dan dinamik

untuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan menerusi program

perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan

berkualiti tinggi, untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat

Malaysia.

10

9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A

CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDeposit BAGI PROJEK PERUMAHAN BAHARU YANG BERLESEN.

Pembeli perlu memohon pinjaman perumahan .

Pemaju bersetuju bayaran deposit pembeli berdasarkan skim MyDeposit Perakuan dan kelulusan oleh

Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit

Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada Kerajaan Bayaran Deposit ke Akaun Pemajuan Perumahan Pemantauan Projek / Moratorium

Permohonan secara atas talian (on line) kepada Jabatan Perumahan Negara

(Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)

SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit ( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )

Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan Pemaju Perumahan

Pembeli menandatangani Surat Tawaran Kelulusan Pinjaman Perumahan

11

LAMPIRAN B

CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDeposit BAGI PROJEK PERUMAHAN PASARAN SEKUNDER (SUBSALE).

Pembeli perlu memohon pinjaman perumahan .

Penjual bersetuju bayaran deposit pembeli berdasarkan skim MyDeposit

Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada Kerajaan

Bayaran Deposit ke Akaun Peguam Jual-Beli Pembeli

Pemantauan Projek / Moratorium

Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan Penjual (Pemilik Rumah)

Pembeli menandatangani Surat Tawaran Kelulusan Pinjaman Perumahan

Perakuan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit

Permohonan secara atas talian (on line) kepada Jabatan Perumahan Negara

(Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)

SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit ( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )

12

Bahagian Pengurusan Perumahan Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 30, No.51,

Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya MALAYSIA

Tel : 603 - 8891 4040 Fax : 603 - 8891 4226