perumahan – part 1 (2015):

42
Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1 Perumahan – Part 1 (2015): Berita Harian: FELDA teruskan bina rumah generasi kedua selepas 2017 AHAD, 27 DISEMBER 2015 @ 3:47 PM Oleh Ahmad Suhael Adnan [email protected] BANGI: FELDA memberi jaminan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA akan diteruskan pada fasa seterusnya selepas fasa pembinaan ketika ini siap sepenuhnya menjelang tahun 2017. Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada, berkata pihaknya menyedari projek membabitkan pembinaan 20,000 unit rumah generasi kedua peneroka itu tidak mencukupi bagi menampung permintaan golongan muda pada ketika ini. "Setakat ini, sebanyak 2,500 unit rumah bagi projek perumahan generasi kedua ini sudah siap atau sedang dibina FELDA Berhad, dan kini sedang menunggu proses mendapatkan pensijilan sebelum kita boleh buat pemilihan. "Peringkat pertama iaitu 2,500 unit memang tak cukup, malah 20,000 unit yang dijangka siap menjelang tahun 2017 pun tak cukup sebab permintaan tinggi daripada generasi muda yang semakin ramai. "Bagaimanapun, kita tidak akan berhenti setakat 2017, kita akan teruskan pembinaan rumah ini mengikut permintaan dan jika ada lagi kawasan sehinggalah generasi baru peneroka dapat memiliki rumah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Inspirasi al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015 di Institut Semarak FELDA, di sini, hari ini. Hanapi berkata, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan FELDA berhadapan krisis kewangan adalah tidak benar, dan masih mampu meneruskan program pembangunan khususnya membabitkan generasi muda. "Pembangunan lain seperti pendidikan, latihan kemahiran tidak akan berhenti dan akan diteruskan, dan FELDA masih memperuntukkan sebanyak RM35.5 juta untuk tahun depan bagi pembangunan generasi baharu. "Generasi baharu FELDA jangan lupa, jangan bersama-sama dengan orang yang memecahbelahkan masyarakat peneroka, jangan terikut dengan fitnah yang mereka bawa," katanya. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108690

Upload: vankien

Post on 28-Jan-2017

246 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1

Perumahan – Part 1 (2015):

Berita Harian:

FELDA teruskan bina rumah generasi kedua selepas 2017

AHAD, 27 DISEMBER 2015 @ 3:47 PM

Oleh Ahmad Suhael Adnan [email protected]

BANGI: FELDA memberi jaminan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA akan diteruskan pada fasa seterusnya selepas fasa pembinaan ketika ini siap sepenuhnya menjelang tahun 2017. Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada, berkata pihaknya menyedari projek membabitkan pembinaan 20,000 unit rumah generasi kedua peneroka itu tidak mencukupi bagi menampung permintaan golongan muda pada ketika ini. "Setakat ini, sebanyak 2,500 unit rumah bagi projek perumahan generasi kedua ini sudah siap atau sedang dibina FELDA Berhad, dan kini sedang menunggu proses mendapatkan pensijilan sebelum kita boleh buat pemilihan.

"Peringkat pertama iaitu 2,500 unit memang tak cukup, malah 20,000 unit yang dijangka siap menjelang tahun 2017 pun tak cukup sebab permintaan tinggi daripada generasi muda yang semakin ramai. "Bagaimanapun, kita tidak akan berhenti setakat 2017, kita akan teruskan pembinaan rumah ini mengikut permintaan dan jika ada lagi kawasan sehinggalah generasi baru peneroka dapat memiliki rumah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Inspirasi al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015 di Institut Semarak FELDA, di sini, hari ini. Hanapi berkata, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan FELDA berhadapan krisis kewangan adalah tidak benar, dan masih mampu meneruskan program pembangunan khususnya membabitkan generasi muda.

"Pembangunan lain seperti pendidikan, latihan kemahiran tidak akan berhenti dan akan diteruskan, dan FELDA masih memperuntukkan sebanyak RM35.5 juta untuk tahun depan bagi pembangunan generasi baharu. "Generasi baharu FELDA jangan lupa, jangan bersama-sama dengan orang yang memecahbelahkan masyarakat peneroka, jangan terikut dengan fitnah yang mereka bawa," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108690

Page 2: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 2

Memformulasi rumah mampu milik

ISNIN, 21 DISEMBER 2015 @ 6:39 AM

Dr Shaharudin Idrus

PEMBINAAN rumah mampu milik wajar dilihat sebagai satu usaha kerajaan meningkatkan kualiti hidup

Gesaan yang dilakukan oleh perwakilan ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2015 baru-baru ini memberi gambaran cukup jelas bahawa isu perumahan yang dikatakan sebagai mampu milik wajar diberikan perhatian cukup serius oleh pihak kerajaan. Kualiti hidup masyarakat terutama di bandar besar sedang melalui proses peningkatan yang ketara. Satu daripada keperluan utama dalam menjalani kehidupan harian ialah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah yang mampu memberi perlindungan daripada hujan, panas dan menjamin keselamatan penghuninya atau mampu menyewa sebuah rumah yang selesa. Akhir-akhir ini, banyak perdebatan mengenai rumah mampu milik, sama ada dari segi definisi, kriteria, dimensi mahupun bentuknya, berlegar di akhbar dan juga jurnal bersifat ilmiah.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai rumah mampu milik itu? Banyak perkara yang wajar diberi pertimbangan sebaiknya untuk memastikan konsep rumah mampu milik itu dapat dilestarikan kewujudannya dalam konteks lebih luas. Konsep rumah mampu milik boleh diasaskan dengan andaian untuk memberikan kualiti hidup yang tinggi terhadap warga bandar dalam konteks kelestarian, selaras hasrat negara mencapai negara maju menjelang 2020. Beberapa perkara yang wajar diberi perhatian di dalam memformulasikan rumah mampu milik ini yang terkelola dalam kerangka kitaran hidup rumah (life cycle) dan hubungan tiga segi (tripartite) di antara kerajaan (persekutuan dan negeri), pemaju perumahan masyarakat pembeli serta penyewa keseluruhannya.

Page 3: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 3

Struktur umur penduduk

Pertamanya, pembangunan perumahan harus disandarkan kepada struktur umur penduduk yang mendiami sesebuah kawasan atau jangkaan untuk tinggal di kawasan berkenaan. Ini bermakna, pihak kerajaan dan pemaju perumahan sudah mengetahui jumlah penduduk dan struktur umur penduduk yang berada di kawasan yang ingin dibina rumah itu. Secara mudahnya, jumlah penduduk serta struktur umur perlu diketahui untuk menentukan jenis, dan reka bentuk rumah yang bakal dibina. Sekiranya jumlah penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran belum memiliki rumah adalah terdiri daripada kalangan penduduk berusia 20 hingga 34 tahun misalnya, maka jenis rumah yang dibina hendaklah bersesuaian dengan kalangan penduduk sedemikian. Begitu juga sekiranya rumah yang ingin dibina mempunyai jumlah penduduk berumur melebihi 60 tahun. Maka rumah yang dibina mestilah bersesuaian dengan golongan sedemikian, di samping kepadatan penduduk mendiami kawasan perumahan berkenaan. Keduanya, adalah jumlah pendapatan penduduk sasaran itu yang merupakan kriteria terpenting di dalam menentukan seseorang itu untuk membeli mahupun menyewa sebuah rumah. Dianggarkan 30 peratus daripada jumlah pendapatan digunakan untuk membuat bayaran ansuran rumah yang sudah dibeli di negara ini.

Pendapatan tidak cukup

Jumlah sebanyak itu agak tinggi berbanding dengan keperluan lain seperti pendidikan untuk anak, keperluan harian yang lain di samping urusan perjalanan ulang-alik ke pejabat dan seumpamanya. Jika didapati jumlah pendapatan tidak mencukupi untuk membayar ansuran bank dalam tempoh tertentu, hasrat membeli rumah akan terbantut ataupun terpaksa mengorbankan kepentingan lain demi mencapai hasrat memiliki rumah. Ketiganya, kesediaan tanah untuk pembangunan perumahan. Tanah yang bernilai tinggi atau rendah akan mempengaruhi harga rumah yang akan ditawarkan pihak pemaju apabila rumah itu dijangka siap. Kebiasaannya harga premium tanah yang rendah akan menjadikan rumah ditawarkan lebih rendah berbanding dengan tanah yang mempunyai nilai premium tinggi. Keempatnya, bekalan elektrik yang berterusan, air bersih terawat dan selamat untuk diminum, menjadi satu kewajaran dan keutamaan untuk pembeli atau penyewa rumah yang bakal didiami. Di sesetengah kawasan bekalan air yang dibekalkan bukan sahaja tidak bersih, malah tidak selamat untuk diminum terus dari air paip. Keadaan ini akan menyebabkan pembeli atau penyewa terpaksa mengeluarkan modal untuk membeli peralatan penapis air bagi mendapatkan air yang lebih bersih dan selamat untuk diminum. Kelimanya, adalah jarak dan kedudukan rumah dari kemudahan prasarana yang sedia ada terutama sekolah, tempat bekerja, pusat beli-belah, tempat beribadat dan sebagainya.

Pengaruhi pembeli, penyewa

Perkara ini akan mempengaruhi pembeli atau penyewa untuk memilih sesuatu kawasan sebagai tempat tinggal mereka kerana kemudahan prasarana berhampiran akan memberi satu kelebihan untuk mereka menghantar anak ke sekolah, berulang alik ke tempat kerja dan sebagainya. Kebanyakan taman perumahan di negara ini tidak dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang cekap. Terdapat ruang yang tidak dihubungkan di antara pengangkutan awam dan tempat kediaman. Pergantungan kepada kenderaan yang tinggi ini menyebabkan peningkatan dalam jumlah pemilikan kenderaan persendirian yang menuntut pula kepada keperluan tempat meletak kereta yang tinggi kerana didapati di negara ini setiap rumah secara puratanya mempunyai sekurang-kurangnya tiga kenderaan yang sudah pasti memerlukan ruang lebih luas. Justeru, langkah kerajaan

Page 4: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 4

meluluskan pembinaan 'rumah mampu milik' di pelbagai kawasan terutama di bandar besar di negara ini melalui syarikat perumahan (milik kerajaan mahupun swasta) wajar dilihat sebagai satu usaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar dengan tumpuan khusus adalah untuk menyediakan perumahan mampu milik bermutu bagi golongan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106954

LPPSA kekal syarat kelayakan, kadar faedah 4 peratus

SELASA, 15 DISEMBER 2015 @ 12:30 PM

Oleh Zanariah Abd Mutalib [email protected]

PUTRAJAYA: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang akan mula mengambil alih fungsi Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan bermula 1 Januari ini masih mengekalkan dasar yang sama kepada peminjam termasuk syarat kelayakan dan kadar faedah empat peratus. Setiausaha BPP, Norsimah Abd Wahab, menegaskan walaupun lembaga itu akan melaksanakan pembiayaan sendiri daripada bank selepas ini, namun ia bukan badan yang mementingkan keuntungan kerana peminjamnya dalam kalangan penjawat awam. Beliau yang akan bertukar jawatan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LPPSA pada 1 Januari ini, berkata melalui penubuhan lembaga itu juga, pengurusan pinjaman perumahan untuk penjawat awam akan lebih cekap dengan melaksanakan amalan terbaik oleh bank serta pertambahan kakitangan.

"Dasar kita tetap tidak berubah dan lembaga ini masih lagi dikawal selia oleh Kementerian Kewangan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran LPPSA pada program Sehari Bersama MOF 2015 di sini, pagi ini. Pelancaran disempurnakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Hasimah berkata, ketika ini, lebih 1.03 juta penjawat awat membuat pinjaman dengan BPP. Pada program itu, Husni turut melancarkan lima buku berkaitan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dihasilkan Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan. Sebanyak 60 pempamer menyertai program berkenaan termasuk Bahagian di Perbendaharaan, agensi di bawah Kementerian Kewangan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan dan swasta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105273

Page 5: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 5

Kaji balik harga rumah PR1MA - Wakil Puteri

JUMAAT, 11 DISEMBER 2015 @ 11:38 AM

Ketua Puteri UMNO Gerik, Salbiah Mohamed. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Seorang wakil Puteri UMNO hari ini mendesak supaya harga rumah yang ditawarkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dikaji semula supaya menepati matlamat asal membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah. Ketua Puteri UMNO Gerik, Salbiah Mohamed ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 berkata, rumah PR1MA yang bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000 hakikatnya tidak mampu dimiliki golongan berkenaan. "Ini bukan untuk golongan sederhana. Sebab itulah, kita selalu dengar orang cakap 'itu rumah mampu tengok sahaja, yang mampu milik rumah dalam kubur'. "Misalnya, graduan baru bekerja dengan pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 dan beli rumah berharga RM200,000, mereka perlu bayar antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan, dah separuh gaji. Bagaimana mampu beli rumah. Nak tampung keluarga, bayar pinjaman lagi, kos sara hidup tinggi," katanya.

Berikutan itu, katanya, ada golongan sederhana menganggap usaha kerajaan membantu mereka untuk memiliki rumah hanyalah retorik semata-mata ekoran penetapan harga tidak masuk akal itu.

Page 6: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 6

"Kerajaan sudah buat macam-macam. Ada PR1MA, Skim MyHome, jadi apa masalah. Perumahan PR1MA ditawarkan, niat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah membantu golongan berpendapatan sederhana," katanya. Justeru, Salbiah berkata sewajarnya Indeks Prestasi Utama (KPI) PR1MA memfokuskan kepada berapa ramai yang berjaya memiliki rumah khususnya anak-anak muda dan bukan keuntungan semata-mata. PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk membangunkan dan menawarkan kediaman di lokasi-lokasi strategik bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104072

Kementerian bangunkan sistem data perumahan

ISNIN, 7 DISEMBER 2015 @ 1:19 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang membangunkan sistem bank data perumahan bertujuan mengumpul maklumat mengenai perumahan seluruh negara. Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata sistem yang dibangunkan melalui Jabatan Perumahan Negara itu antaranya akan memberi maklumat mengenai penawaran rumah unit Bumiputera sebelum dilepaskan kepada hak milik bebas dan kemajuan projek perumahan di seluruh negara. "Buat pertama kalinya, dalam sistem ini unit-unit Bumiputera di semua negeri yang belum dijual akan dimaklumkan kepada rakyat. "Kementerian akan meminta daripada pemaju tempoh tiga bulan lagi untuk menawarkan unit ini kepada pembeli Bumiputera sebelum dilepaskan kepada hak milik bebas," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Norliza Abdul Rahim pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Norliza ingin tahu mengenai usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah. Jelas Abdul Rahman, sistem yang dijangka dilancar tahun depan itu akan membolehkan pembeli dimaklumkan tentang kemajuan projek perumahan yang sedang dibina sama ada lewat, mengikut jadual atau lebih cepat. Katanya, turut akan dimaklumkan ialah rekod mengenai pemaju perumahan terutama pemaju yang pernah diambil tindakan seperti dikenakan kompaun, penalti atau sebagainya kerana melanggar peraturan ditetapkan. "Ini bagi memupuk disiplin dalam kalangan pemaju kerana segala rekod mereka akan dikongsi dengan pembeli," kata Abdul Rahman.

Menjawab soalan asal Senator Noriah Mahat mengenai isu perumahan, Abdul Rahman berkata kerajaan kini memfokuskan kepada penyediaan seberapa banyak rumah mampu milik melalui pelbagai saluran. "Kita juga tidak mengehadkan permohonan pada umur tertentu sebaliknya fokus pada skala pendapatan. "Melalui jawatankuasa perumahan dan Majlis Perumahan Negara, kerajaan berusaha memenuhi keperluan perumahan rakyat melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Pinjaman Perumahan Swasta (MyHome), Perumahan Transit 1Malaysia dan Rumah Mesra Rakyat melalui Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad (SPNB)," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102908

Page 7: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 7

16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN disiapkan - PM

JUMAAT, 27 NOVEMBER 2015 @ 8:22 PM

NAJIB diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias (kiri) ketika melawat ke ruang pameran di Majlis Perasmian Ekspo Rumah PR1MA 2015 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Sebanyak 160,000 daripada sejuta unit rumah mampu milik yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam akujanji Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) siap dibina setakat 30 September lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan sememangnya komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu berikutan penguncupan ekonomi China serta ketidaktentuan dalam kadar faedah Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada nilai ringgit. "Sebagai sebuah kerajaan, BN telah memuatkan dalam akujanji pilihan raya ke-13 di mana kita telah membuat pengakuan dalam tempoh masa lima tahun kita akan bina satu juta rumah mampu milik di seluruh negara.

"Tugas utama diberikan kepada PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia) di mana PR1MA dikehendaki membina 500,000 rumah mampu milik di seluruh negara. Setakat 30 September 2015, sekitar 16 peratus daripada satu juta rumah mampu milik yang dijanjikan telah siap dibina," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Turut hadir pada ekspo tiga hari bermula hari ini itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Page 8: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 8

NAJIB bersama penerima surat tawaran rumah PR1MA Kuala Ketil dan Alam Damai pada Ekspo Rumah PR1MA di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Najib berkata, penyediaan projek perumahan PR1MA yang harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran juga satu cara kerajaan berkongsi kekayaan negara dengan rakyat. "Kalau aset itu dalam bentuk rumah, nilai pasarannya lebih tinggi daripada apa yang kita beli, sudah tentu dapat sahaja sebuah rumah PR1MA, maka kita sudah dapat keuntungan yang lebih besar," katanya. Beliau berkata, projek perumahan berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa seperti "pisang goreng panas" sehingga menerima permohonan melebihi unit rumah yang ditawarkan. Sebagai contoh, katanya, projek PR1MA di Alam Damai, Cheras sebanyak 2,000 unit menerima permohonan lima kali ganda manakala di Jalan Jubilee, Bukit Bintang yang berjumlah 543 unit menerima permohonan sebanyak 25 kali ganda. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100451

Page 9: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 9

Kerajaan negeri, GLC, swasta perlu jayakan PR1MA - PM

JUMAAT, 27 NOVEMBER 2015 @ 6:44 PM

Oleh Nazura Ngah [email protected]

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model perumahan di Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kepentingan peranan kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan individu dalam memastikan pelaksanaan projek perumahan mampu milik mencapai sasaran. Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu kerjasama dengan pihak berkaitan khususnya kerajaan negeri dapat diperhebatkan. Beliau memberi contoh kerajaan Sarawak yang memberi kelonggaran terhadap dasar kepadatan kepada pembangunan PR1MA yang dapat mengurangkan kos pembinaan sebanyak 20 peratus. "Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan pula menyediakan rumah pusat sehenti, manakala GLC seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerjasama dengan PR1MA untuk membangunkan kawasan seluas lapan ekar (3.2 hektar) di Kajang membabitkan 1.200 unit rumah.

"Dengan mengambil kira peranan kerajaan negeri, GLC dan tanah yang dibeli daripada individu, kerjasama dengan syarikat swasta, InsyaAllah bilangan rumah mampu milik akan dapat dilaksanakan pada tahap yang diharapkan oleh kerajaan," katanya ketika berucap di Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. Ekspo yang berlangsung tiga hari bermula hari ini mengumpulkan 84 pemaju di bawah satu bumbung dengan 98 projek dipamerkan. Ekspo itu adalah yang terbesar selepas diadakan di Kedah dan Melaka bagi sesi jelajah 2015.

Najib turut menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) antara Program Permata Negara (PERMATA) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Perjanjian perkongsian itu akan menyaksikan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak PERMATA PR1MA dan program komuniti di pembangunan PR1MA terpilih. Program akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Pusat Jagaan

Page 10: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 10

Kanak-Kanak PERMATA PR1MA untuk kanak-kanak berumur antara satu hingga empat tahun dan PERMATA Perkasa @ Pusat Komuniti Remaja untuk belia berusia antara 15 hingga 25 tahun. Sehingga kini Ahli Perbadanan PR1MA (MOC) meluluskan sebanyak 190 projek di seluruh negara terdiri daripada 227,776 unit rumah PR1MA. Daripada jumlah itu, 6,172 unit adalah di Kuala Lumpur dan 4,636 unit sudah berada dalam pelbagai peringkat pembinaan. Sebanyak 34,567 unit adalah di Selangor dan 5,081 unit pula sudah dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100433

MK Land akan bantu kerajaan negeri bina rumah mampu milik

KHAMIS, 26 NOVEMBER 2015 @ 4:54 PM

SHAH ALAM: MK Land Holdings Bhd, satu daripada pemaju hartanah terbesar di Malaysia mengalu-alukan permintaan kerajaan negeri untuk membantu membina rumah mampu milik. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Lau Shu Chuan, berkata syarikat itu bersedia membantu mereka kerana ia mempunyai pengalaman dalam membina rumah mampu milik. "Pengasas MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar terkenal sebagai Raja Perumahan Mampu Milik," kata Lau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan di sini, hari ini. Lau berkata, syarikat itu sebelum ini tidak terbabit dalam projek perumahan mampu milik kerajaan, iaitu Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Katanya, pendapatan daripada rumah mampu milik menyumbang kira-kira 50 peratus kepada pendapatan syarikat, naik berbanding 20 hingga 30 peratus sebelum ini. Lau berkata, syarikat itu kini memberi tumpuan di bahagian utara Semenanjung Malaysia, seperti Perak kerana ia menawarkan lebih banyak potensi. MK Land dijangka membelanjakan kira-kira RM7 juta ke atas pembangunan resort, di mana kira-kira RM5 juta akan diguna untuk membaik pulih taman temanya di Bukit Merah. Untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015, keuntungan sebelum cukai syarikat itu meningkat kepada RM73 juta berbanding RM71.4 juta pada 2014. Pendapatannya, bagaimanapun jatuh kepada RM488.3 juta berbanding RM488.7 juta sebelum ini. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100175

Kerajaan negeri, PBT perlu buka lebih banyak tanah bina rumah kos rendah

KHAMIS, 26 NOVEMBER 2015 @ 3:19 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu membuka lebih banyak tanah milik mereka bagi pembinaan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata oleh kerana kebanyakan rumah yang baru dibina bernilai lebih RM300,000, melebihi kemampuan golongan berpendapatan rendah, maka tindakan itu perlu sebagai sebahagian daripada usaha meringankan beban rakyat. Katanya, pada 2014, 79 peratus daripada pelancaran baharu perumahan terdiri daripada rumah berharga melebihi RM250,000. "Dengan pendapatan median isi rumah yang hanya sebanyak RM4,585,

Page 11: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 11

mereka hanya mampu membeli rumah berharga tidak melebihi RM200,000 selepas mengambil kira komitmen lain seperti cukai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan perbelanjaan asas.

"Sekiranya kerajaan negeri menjual tanah mereka kepada syarikat pemaju swasta, rumah-rumah akan dijual atas keuntungan maka harga itu melebihi kemampuan yang sedia ada oleh golongan itu," katanya ketika menjawab soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Menjawab soalan tambahan Ng mengenai garis panduan dan kriteria dalam permohonan pinjaman perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Johari berkata peminjam yang layak mempunyai akses kepada pembiayaan untuk membeli rumah kos rendah. "Setakat akhir Ogos lalu, jumlah pinjaman perumahan sistem perbankan terus meningkat pada kadar 12.3 peratus malahan 86 peratus daripadanya adalah kepada pembeli rumah berharga di bawah RM500,000.

"Peratus penolakan untuk permohonan pinjaman perumahan pula menurun daripada 28.6 peratus pada 2012 kepada 18.6 peratus setakat Ogos tahun ini," katanya. Katanya, pada masa sama, kerajaan giat berusaha meningkatkan tahap pemilikan rumah dalam kalangan rakyat di bawah Skim Rumah Pertamaku dan Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana unit perumahannya dijangka sekitar 20 peratus di bawah harga pasaran semasa. "Selain itu, menerusi Bajet 2016 juga kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi membantu pembeli rumah pertama untuk rumah-rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik dalam membayar deposit pembelian rumah kepada golongan yang layak," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100131

Sabah berusaha gubal piawaian bangunan tahan gempa

RABU, 25 NOVEMBER 2015 @ 8:03 PM

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sedang berusaha untuk menggubal piawaian bangunan tahan gempa bumi di negeri ini. Menterinya, Datuk Hajiji Noor, berkata usaha itu susulan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun lalu. "Kerajaan negeri kini dalam perbincangan dengan Jabatan Standard Malaysia (JSM) untuk melaksanakan kajian dan seterusnya menghasilkan satu piawaian yang lengkap dan mantap," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini. Hajiji berkata, JSM juga memperuntukan RM200,000 bulan lalu bagi aktiviti seperti lawatan sambil belajar ke luar negara untuk mencari tanda aras tepat untuk Sabah. Beliau berkata, piawaian itu adalah pengisian dasar kerajaan 'rakyat didahulukan' untuk menjamin keselamatan rakyat, harta benda dan lanskap alam sekitar daripada ancaman gempa bumi. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/99960

Page 12: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 12

Kerajaan perlu pertimbang pengecualian cukai bina rumah kos rendah

SELASA, 3 NOVEMBER 2015 @ 3:37 PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu mempertimbangkan pengecualian cukai ke atas beberapa perbelanjaan untuk membina rumah kos rendah atau mampu milik di negara ini, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. Beliau berkata, langkah itu sebagai antara usaha untuk menggalakkan lebih ramai pemaju terlibat dalam segmen itu. "Tidak dinafikan, ramai pemaju akan mengelak atau mengurangkan jumlah pembinaan unit rumah kos rendah atau mampu milik dalam projek mereka kerana umum tahu segmen ini merugikan.

"Jadi, kenapa kita tidak memikirkan insentif yang dapat memberi galakan kepada mereka seperti pengecualian cukai ke atas perbelanjaan membeli bahan mentah untuk membina kawasan riadah, balai raya atau surau kerana kemudahan ini perlu ada dalam setiap projek (rumah kos rendah)," katanya di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, kerajaan menetapkan kuota pembinaan rumah kos rendah atau mampu milik dalam setiap projek perumahan yang dilaksanakan pemaju.

Bagaimanapun, katanya langkah itu dianggap kurang berkesan kerana pemaju masih mempunyai jalan penyelesaian pilihan sekiranya gagal memenuhi syarat berkenaan. "Lazimnya, pemaju akan membayar penalti yang diukur mengikut nilai projek. Jika kita ingin lebih ramai pemaju membina rumah kos rendah atau mampu milik, kaedah ini harus ditambah baik," katanya. Kamaruzzaman berkata, JCorp menjangka lebih 3,000 rumah mampu milik atau kos rendah akan siap dibina menjelang 2017 manakala 8,000 unit sehingga tahun 2020 di kawasan bandar dan di Wilayah Iskandar Malaysia. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94057

Page 13: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 13

RM155j baik pulih rumah kos rendah - Abdul Rahman

SABTU, 31 OKTOBER 2015 @ 3:06 PM

MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pada Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan: Kejiranan Indah di Pangsapuri Kiara, Batu Berendam, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM155 juta melalui Bajet 2016 untuk kerja baik pulih lif, tangga, susur tangan dan pendawaian semula rumah kos rendah bagi memberikan keselesaan kepada kehidupan rakyat. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui program penyelenggaraan rumah awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia bagi rumah kos rendah swasta. Beliau berkata, peruntukan itu adalah pembiayaan 100 peratus untuk kerja baik pulih dan rakyat tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan 10 peratus daripada nilai projek baik pulih seperti sebelum ini.

"Semua kerja ini seperti pendawaian dan susur tangan menjamin keselamatan serta lif penting sebagai jalan penghubung antara rumah kita dan jalan di luar, rakyat tidak perlu keluarkan duit, kerajaan akan bantu semuanya," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan: Kejiranan Indah di Pangsapuri Kiara, Batu Berendam di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata peruntukan itu tidak membabitkan kerja-kerja lain seperti projek keceriaan kawasan perumahan ataupun pembinaan kawasan riadah seperti gelanggang futsal. "Kerja-kerja lain penduduk kena keluarkan 10 peratus (daripada nilai projek) bagi memastikan penduduk ada rasa kepunyaan kepada kawasan perumahan yang mereka diami itu," katanya. Sementara itu, pada sidang media, beliau berkata kementeriannya akan mengkaji kesesuaian pelbagai teknologi baharu bagi kerja pelupusan sampah di negeri ini.

Page 14: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 14

Katanya, Melaka adalah antara tiga lokasi yang dicadang untuk pembinaan insinerator di negara ini dan projek itu akan dilaksanakan di negeri ini selepas proses pembinaan insinerator di Kepong, Kuala Lumpur selesai. "Sebagai sebuah negeri kecil dan juga negeri pelancongan Melaka sememangnya memerlukan cara baharu serta teknologi baharu untuk pelupusan sampah yang lebih efisien," katanya. Sebelum ini, dilaporkan kerajaan bercadang membina insinerator bagi pelupusan sampah yang lebih efisien di Kepong, Kuala Lumpur; Sungai Udang, Melaka dan Bukit Payung di Johor. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93161

Lebih 31 ribu pangsapuri, rumah teres akan dibina tahun depan

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 9:24 PM

Oleh Mohd Azrone Sarabatin [email protected]

KEMENTERIAN Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima peruntukan sebanyak RM1.25 bilion untuk pelbagai projek perumahan, termasuk RM863 juta untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam Bajet 2016. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima peruntukan sebanyak RM1.25 bilion untuk pelbagai projek perumahan, termasuk RM863 juta untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam Bajet 2016. Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata projek itu meliputi pembinaan 22,300 unit pangsapuri dan 9,500 rumah teres, meningkat 34 peratus berbanding bajet tahun ini. Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM200 juta untuk pembiayaan Deposit Rumah Pertama demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Beliau berkata, sebanyak RM40 juta lagi diperuntukkan untuk pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai dan pengecualian duti stem.

Page 15: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 15

"RM155 juta pula untuk penyelenggaraan rumah awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) bagi pembiayaan 100 peratus pembaikan lif, pagar, tangga dan pendawaian semula. "Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk Program Bandar Selamat dan menaik taraf hidup isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pertengahan (M40)," katanya mengulas Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat, di sini, petang tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91326

Bajet 2016: 315,500 unit rumah bakal dibina tangani isu pemilikan rumah

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 5:48 PM

KEADAAN rumah PR1MA Bandar Utama yang hampir siap 90 peratus untuk fasa pertama yang meliputi 2 fasa yang dirakam dari ruang udara di Sidam Kiri. - Foto Sharul Hafiz Zam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 351,500 unit rumah bakal dibina membabitkan pelbagai agensi untuk segenap lapisan masyarakat dalam usaha menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebanyak 175,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina dan dijual 20 peratus di bawah harga pasaran dengan peruntukan RM1.6 bilion. Beliau berkata sebanyak 10,000 unit rumah itu dijangka siap pada tahun hadapan. "Sebanyak 100,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan dibina menjelang tahun 2018 dengan harga antara RM90,000 hingga RM300,000 selain bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada pembangunan disediakan," kata Najib ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak 5,000 unit rumah PR1MA dan PPA1M akan turut dibina di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor transit aliran ringan (LRT) serta monorel

Page 16: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 16

antaranya Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa. Beliau berkata, pembinaan sebanyak 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dilaksanakan dengan peruntukan RM863 juta. Katanya, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT turut disediakan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit dengan RM200 juta disediakan.

Najib berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM40 juta di bawah KPKT bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai selain pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai. Bagi generasi kedua peneroka Felda pula, Najib berkata sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina oleh Felda sementara Felcra akan turut menyediakan sebanyak 2,000 unit rumah dan 2,000 unit oleh RISDA. "Bagi rumah Felda, harga maksimum kini diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000 sebelum ini," katanya.

Najib menambah kerajaan akan memperuntukkan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli. Selain itu, sebanyak 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta; 800 unit rumah mampu milik oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhampiran stesen MRT dalam kawasan pusat bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property, katanya. Bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, Najib berkata sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selain RM155 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing serta pendawaian semula, katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91230

Bajet 2016 peruntuk RM267.2b, berbanding RM260.7b peruntukan dipinda 2015

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 5:10 PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016 bertajuk 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Sejumlah RM267.2 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2016 berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Berucap membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini, beliau berkata daripada jumlah itu RM215.2 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah peruntukan mengurus, RM70.5 bilion adalah untuk emolumen dan RM36.3 bilion bagi untuk perkhidmatan dan bekalan.

"Sebanyak RM106.6 bilion merupakan pemberian dan kenaan bayaran tetap," katanya. Bagi pembelian aset, sebanyak RM761 juta diperuntukkan manakala RM1 bilion lagi untuk perbelanjaan

Page 17: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 17

lain. "Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi, sebanyak RM30.1 bilion, diikuti sektor sosial RM13.1 bilion, yang merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan rakyat," katanya. Najib berkata, bagi sektor keselamatan, sebanyak RM5.2 bilion diperuntukkan dan selebihnya diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak RM1.6 bilion dan simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion. "Bagi tahun 2016, kutipan hasil kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak RM225.7 bilion, atau peningkatan sebanyak RM3.2 bilion berbanding 2015," katanya. Najib berkata, dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan kerajaan, defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada tahun depan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91206

Bajet 2016: Peneroka FELDA resah kos sara hidup meningkat

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 3:13 PM

Oleh Badrul Kamal Zakaria [email protected]

MUAR: Masyarakat peneroka FELDA berharap Bajet 2016 yang akan diumumkan oleh kerajaan hari ini akan memberi tumpuan terhadap tiga perkara utama iaitu isu harga sawit, pinjaman sara hidup dan mengkaji semula peraturan perumahan bagi generasi kedua FELDA. Peneroka FELDA Maokil, Abu Bakar Atan, 66, meminta kerajaan mengkaji semula kadar pinjaman sara hidup sebanyak RM1,200 sebulan yang dilihat tidak mencukupi, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya, pinjaman itu perlu dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM2,000 sebulan bersesuaian dengan perkembangan semasa dan kos sara hidup. "Kadar RM1,200 ini sudah tidak sesuai kerana kami terpaksa berdepan kos barang dapur yang meningkat, selain perlu menyelesaikan pinjaman perumahan. Jadi, baki untuk pinjaman sedia ada memang tidak mencukupi," katanya.

Abu Bakar juga berharap kerajaan mengkaji semula dan melonggarkan beberapa syarat bagi membolehkan generasi kedua FELDA dapat memiliki rumah sendiri. PINTU gerbang ke FELDA Maokil di Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad "Antara syarat yang dikenakan kepada generasi kedua FELDA untuk memiliki rumah ialah perlu mempunyai penyata gaji, perlu tinggal di kawasan FELDA dan hanya seorang anak sahaja, dilihat tidak lagi relevan. "Sepatutnya jaminan daripada ibu bapa peneroka FELDA yang asal sahaja sudah memadai. Kita khuatir jika syarat seumpama ini diteruskan, 'orang luar' yang akan mendapat manfaatnya kelak berbanding generasi FELDA yang asal," katanya. Sempoh Bokok, 68, berharap kerajaan akan mengurangkan jumlah hutang pinjaman sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh peneroka khususnya kepada mereka yang kini dalam proses penanaman semula kelapa sawit. "Saya kini mempunyai hutang kira-kira RM50,000.

Jadi, saya berharap pada Bajet 2016 ini, kerajaan akan dapat mengambil sedikit inisiatif untuk mengurangkan beban hutang ini. "Ini kerana kami juga perlu berdepan dengan kos sara hidup lain yang semakin meningkat, selain terpaksa menanggung beberapa kos lain, termasuk baja dan racun yang naik beberapa kali ganda. Keadaan ini menyebabkan kehidupan peneroka menjadi kurang seimbang berbanding sebelumnya," katanya. Sementara itu, Salim Kassim, 59, berharap Bajet 2016

Page 18: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 18

juga akan memberi tumpuan terhadap isu harga minyak sawit yang dilihat kurang stabil sejak akhir-akhir ini. "Kami masyarakat FELDA faham harga minyak sawit ditentukan oleh pasaran dunia, namun kami meminta kerajaan supaya mengkaji dan mengambil langkah agresif dalam menangani masalah kadar harga kelapa sawit yang mengalami kadar turun naik.

PENEROKA berharap Bajet 2016 akan memberi tumpuan terhadap isu harga minyak sawit yang dilihat kurang stabil sejak akhir-akhir ini. - Foto Syarafiq Abd Samad "Ini kerana ia boleh menjejaskan pendapatan peneroka yang sememangnya bergantung kepada hasil tanaman kontan itu. Harga paling tinggi ialah sekitar RM500, tetapi paling rendah ialah RM90 bagi setiap satu tan yang direkod beberapa tahun lalu. Harga terkini sekitar RM250-RM300 bagi satu tan," katanya. Pengusaha kecil kebun sawit di Kampung Sungai Terap, Lim Sing Se, 36, pula berharap kerajaan akan turut memberi tumpuan kepada golongan pekebun kecil pada Bajet 2016 kali ini. "Kami sebagai pekebun kecil memang memerlukan bantuan daripada kerajaan berikutan kenaikan beberapa kos seperti baja, racun dan penyelenggaraan yang semakin tinggi. "Kenaikan harga kos barangan ini disebabkan keadaan penurunan nilai ringgit, ditambah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sudah tentu menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih berbanding sebelum ini. "Saya berharap kerajaan dapat mendengar keluhan kami ini," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91123

Bajet 2016 diharap tumpu pembeli rumah kali pertama

KHAMIS, 22 OKTOBER 2015 @ 4:35 PM

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Bina Darulaman Bhd (BDB) berharap insentif kerajaan dalam sektor hartanah menerusi Bajet 2016 akan terus memastikan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli kediaman. "Kami di BDB berikrar untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menggerakkan usaha membantu pembeli rumah kali pertama dan mereka yang kesukaran mendapatkan pinjaman, memiliki rumah. "Dalam bajet terdahulu, langkah kerajaan melanjutkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus terhadap surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta meningkatkan had pembelian daripada RM400,000 kepada RM500,000 (sehingga 30 Dis 2016) adalah kena pada masanya," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Izham Yusoff dalam kenyataan.

BDB, satu-satunya syarikat berkaitan kerajaan negeri Kedah yang tersenarai awam, turut meminta bank memperkenalkan lebih banyak skim mesra pembeli rumah bagi membolehkan rakyat Malaysia membeli rumah pertama mereka, dengan tumpuan kepada kediaman berharga sehingga RM500,000. "Kami juga menyokong gesaan melonggarkan syarat pinjaman bagi pembeli rumah kali pertama selain pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membabitkan perumahan mampu milik dan hartanah yang dikawal," kata Izham. "Syarikat juga kekal komited untuk bekerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi membangunkan skim perumahan mampu milik di seluruh negara,". - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90866

Page 19: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 19

BSN tawar Skim Perumahan Belia

KHAMIS, 22 OKTOBER 2015 @ 12:15 PM

Oleh Syalikha Sazili [email protected]

KETUA Jabatan Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar. KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan ruang pameran bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembiayaan Skim Perumahan Belia di program Fiesta Muslimah BH 2015 (FMBH 2015), di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), pada Sabtu dan Ahad ini. Ketua Jabatan Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar, berkata BSN yang juga institusi kewangan tunggal melancarkan skim perumahan itu pada 1 Oktober lalu, bersedia memberi perkhidmatan bagi merealisasikan impian golongan muda yang baru mendirikan rumah tangga memiliki rumah pertama. Katanya, skim yang menyediakan pinjaman perumahan antara RM100,000 hingga RM500,000 itu hanya terhad kepada 20,000 pemohon pertama dan terbuka kepada pasangan yang berusia 25 hingga 40 tahun.

Pembiayaan hingga 100 peratus

"Skim perumahan berkenaan mengikut kaedah konvensional dan Islam dengan margin pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian," katanya kepada BH, semalam. Pewujudan Skim Perumahan Belia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu dan ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa dahulu dia dapat'. BSN antara penaja utama penganjuran FMBH 2015 yang turut menyediakan ruang pameran dan perkhidmatan, selain segmen khas yang akan membicarakan mengenai pelbagai skim pinjaman ditawarkan bank itu. Selain itu, Puspa Marina berkata, BSN turut melanjutkan tempoh Kempen Pembiayaan Peribadi BSN - 'Paris, Milan, London. Tunggu Saya Datang!' sehingga 31 Oktober ini. Katanya, kempen yang bermula sejak 1 Julai lalu itu menawarkan pakej melancong ke tiga kota fesyen terkemuka dunia kepada pemohon bertuah. Beliau berkata, pembiayaan peribadi itu memberi peluang orang ramai membuat pinjaman dengan kadar faedah rendah selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

"Pemohon berpeluang memenangi percutian ke Paris, Milan dan London. Menariknya, pasangan yang memenangi percutian ini turut ditaja percutiannya yang bernilai RM20,000. BSN juga menyediakan tudung Asha Karim bernilai RM1,000 dan tiket konsert Yuna bagi tujuan promosi ini. 100 gerai fesyen "Saya mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke FMBH 2015 dan kunjungi gerai BSN kerana mereka berpeluang untuk menang hadiah berganda dengan menyertai kempen atau membeli produk yang ditawarkan BSN," katanya. Pada FMBH 2015, 100 gerai jualan meliputi pelbagai produk fesyen Muslimah disediakan membariskan pemilik butik, usahawan atas talian, pereka fesyen dan selebriti.

FMBH 2015 bertujuan memartabatkan fesyen Muslimah tempatan, adalah penganjuran kali kedua pada skala besar dengan menyasar lebih 80,000 pengunjung. Selain membeli-belah sambil berhibur, pengunjung turut berpeluang mendekati selebriti tempatan dan ikon fesyen kegemaran serta mengikuti program bual bicara. Antara pempamer yang mengesahkan penyertaan, termasuk selebriti, antaranya Nur Fazura, Neelofa, Emma Maembong, Rozita Che Wan dan Memey Suhaiza serta pakar motivasi, Prof Dr Muhaya Muhamad

Page 20: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 20

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90793

Kaji semula langkah berkaitan hartanah dalam Bajet 2016 - REHDA

SELASA, 20 OKTOBER 2015 @ 7:21 PM

KUALA LUMPUR: Saranan mengkaji semula langkah-langkah berkaitan jualan hartanah di Malaysia dikemukakan oleh Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) sebagai harapan untuk Bajet 2016. Bagi memudahkan pembelian rumah di negara ini, REHDA berkata, bank perlu memperkenalkan skim mesra pembeli rumah yang baharu terutamanya bagi pembeli kali pertama untuk harga rumah sehingga RM500,000. Presidennya, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, berkata sebahagian daripada langkah itu yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2014 memberi kesan negatif kepada keupayaan pembeli untuk mendapatkan pembiayaan. "Bank perlu membenarkan beberapa bentuk fleksibiliti.

"Kriteria untuk kelulusan pinjaman perlu lebih mudah, dan fleksibiliti harus diberikan, terutamanya untuk pembeli rumah kali pertama dan harga rumah sehingga RM500,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. REHDA turut mengemukakan lima cadangan lain, penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS), pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk rumah mampu milik dan hartanah kawalan, semakan dasar kuota Bumiputera, pengurangan kos menjalankan perniagaan untuk industri, dan peningkatan penawaran rumah mampu milik. "Dengan banyak syarikat dan badan kini berusaha menyediakan rumah mampu milik di negara ini, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah badan tunggal untuk melihat rumah berharga RM100,000 hingga RM500,000, dan rumah berharga RM100,000 dan ke bawah," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90415

Menjelang Bajet 2016: Harapan pembeli rumah kali pertama

SELASA, 20 OKTOBER 2015 @ 8:34 AM

Oleh Ahmad Fiesal Othman [email protected]

PERUMAHAN dan kehidupan di bandar adalah antara aspek utama yang dijangka diberi tumpuan oleh kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016, Jumaat ini. Ini berikutan, wujud pelbagai rungutan dalam kalangan masyarakat mengenai kesukaran memiliki rumah disebabkan harganya yang melambung tinggi dan kesukaran mendapatkan kelulusan pinjaman untuk membelinya, hingga wujud gesaan supaya kerajaan mengkaji semula beberapa peraturan semasa, terutama untuk pemilik rumah kali pertama. Penolakan pinjaman untuk membeli rumah juga dikatakan menjadi antara sebab utama jumlah transaksi hartanah menjadi rendah dan kelembapan sektor berkenaan.

Tinjauan oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini membuktikan pasaran hartanah negara sedang berdepan dengan masalah kos pemilikan rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu

Page 21: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 21

dimiliki. Perkenal peraturan Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini memperkenalkan beberapa peraturan seperti Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), kelulusan pemberian pinjaman perumahan yang ketat serta harga rumah minimum RM1 juta kepada warga asing bagi mengekang spekulasi harga untuk membendung kenaikan harga rumah yang tidak terkawal. Maklumat Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan, daripada 10,877 buah rumah yang dilancarkan sepanjang separuh pertama tahun ini, hanya 4,373 unit terjual. Bagaimanapun, kebanyakan rumah yang tidak terjual itu berharga dalam lingkungan RM500,000 hingga RM1 juta seunit, iaitu pilihan utama bagi kebanyakan keluarga bandar kelas pertengahan. Bagi mengatasi permasalahan itu, REHDA menggariskan enam langkah untuk diberi perhatian oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2016, yang disifatkan perlu dalam usaha menangani kos projek pembinaan perumahan dan kenaikan harga rumah ketika ini, selain menggalakkan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju terutama di bandar raya utama seperti Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Enam langkah itu ialah memudahkan pemilikan rumah, penilaian semula polisi kuota Bumiputera, mengurangkan kos perniagaan untuk pengusaha industri, meningkatkan bekalan rumah mampu milik, menggalakkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi rumah mampu milik atau hartanah kawalan. Laman web hartanah, PropertyGuru, menyifatkan Bajet 2016 boleh dijadikan landasan terbaik untuk memudahkan lagi syarat pinjaman perumahan khususnya bagi golongan pembeli rumah pertama. Kaji semula pinjaman perumahan Pengurus Negara Malaysia PropertyGuru, Sheldon Fernandez, berkata pemerhatian pihaknya mendapati ejen hartanah, penyedia pinjaman, pemaju hartanah dan pembeli bersetuju bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pinjaman perumahan semasa bagi memberi peluang sewajarnya kepada pemohon baharu. "Permohonan pinjaman yang tidak diluluskan adalah antara punca utama kadar transaksi pembelian rumah yang rendah.

Tinjauan pendapat pembeli yang kami jalankan mendapati, kesukaran mendapatkan kelulusan pinjaman bank adalah punca utama pembeli tidak berpuas hati," kata Fernandez. Tinjauan PropertyGuru mendapati, golongan paling terjejas adalah mereka yang berpendapatan sederhana dan tidak layak untuk memohon skim perumahan kos rendah. Malah, golongan itu juga berdepan dengan kesukaran membeli hartanah dari pasaran sedia ada ekoran masalah mendapatkan bantuan kewangan. Menurut Fernandez, PropertyGuru yakin bahawa cadangan menilai semula peraturan serta syarat pembiayaan dan pinjaman perumahan khasnya untuk pembeli rumah kali pertama bakal disambut baik pelbagai pihak di dalam industri hartanah.

"Dengan pembentangan Bajet 2016 yang bakal menjelang tiba, ini adalah masa terbaik untuk menilai semula langkah kewangan sedia ada yang telah pun berjaya mengurangkan spekulasi dan menyejukkan pasaran sebelum ini," katanya. Sementara itu, Mah Sing Group Bhd mahu kerajaan mengembalikan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) dalam Bajet 2016, namun hanya untuk pembeli rumah kali pertama. Pemaju perumahan itu berkata, skim berkenaan akan mempermudah pembelian kediaman oleh pembeli rumah tulen dengan membolehkan mereka mengikat hartanah pada harga semasa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90265

Page 22: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 22

Syarat perumahan baharu Pulau Pinang hanya untungkan pemaju

ISNIN, 19 OKTOBER 2015 @ 3:47 PM

KETUA Biro Perundangan dan Pengaduan Awam Pemuda Gerakan, Jason Loo, menujukkan syarat baru bagi pembeli rumah di Pulau Pinang yang diluluskan oleh kerajaan nergeri ketika membuat sidang akhbar di Pejabat Gerakan Jalan Macalister, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam GEORGE TOWN: Syarat rumah mampu milik baharu kerajaan Pulau Pinang hanya memberi faedah kepada pemaju dan bukannya golongan berpendapatan rendah, kata Ketua Biro Undang-undang dan Biro Aduan Awam Pemuda Gerakan, Jason Loo. Beliau berkata, syarat rumah mampu milik baharu yang menaikkan kadar pendapatan bulanan isi rumah hanya membantu pemaju menjual unit-unit rumah mereka.

Katanya, berdasarkan kajian baru-baru ini 49 peratus pendapatan bulanan isi rumah penduduk negeri ini kurang RM4,000 dan mereka masih tidak mampu membeli rumah. "Kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah dengan mengurangkan harga hartanah dalam semua kategori rumah mampu milik bukannya membantu pemaju dengan menaikkan pendapatan bulan isi rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Loo berkata, dengan syarat baharu, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 masih tidak mampu membeli rumah pertama. Isnin lalu pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo mengumumkan kenaikan siling pendapatan isi rumah untuk pemohon rumah mampu milik di negeri ini bagi membolehkan lebih ramai yang memohon pinjaman bank untuk membeli rumah.

Bagaimanapun Loo berkata, kategori khas rumah mampu milik kerajaan negeri RM150,000 tidak membantu kerana unit-unit itu tidak mempunyai tempat letak kereta dan kemasan, bermakna kos tambahan kepada pembeli. Beliau turut mencadangkan kerajaan negeri menurunkan harga semasa rumah mampu milik RM200,000 kepada RM400,000 bagi memastikan rakyat Pulau Pinang benar-benar mampu membeli rumah. "Menyalahkan kerajaan persekutuan dan Bank Negara tidak akan menyelesaikan masalah. Jangan salahkan pihak ejen pemaju," katanya. Syarat baharu rumah mampu milik kerajaan negeri menaikkan siling pendapatan isi rumah untuk rumah mampu milik kepada masing-masing RM200,000; RM300,000 dan RM400,000 kepada RM8,000; RM10,000 dan RM12,000 kepada RM6,000; RM8,000 dan RM10,000. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90071

Antara harapan rakyat, realiti ekonomi

ISNIN, 12 OKTOBER 2015 @ 7:57 AM Oleh Saidon Idris [email protected]

Pada 23 Oktober ini, kerajaan akan membentangkan Bajet 2016. Bajet itu nanti bakal memperincikan anggaran perbelanjaan dan unjuran pendapatan kerajaan, di samping strategi pengurusan ekonomi negara pada tahun depan. Ia tampak mudah. Pembentangannya mungkin mengambil masa kira-kira dua jam, tetapi proses penyediaannya mengambil masa berbulan-bulan sejak awal tahun lagi, bermula dengan penyediaan anggaran perbelanjaan oleh setiap agensi kerajaan, pemeriksaan dan penyatuannya oleh Kementerian Kewangan sebelum dikemukakan kepada Menteri Kewangan serta Kabinet untuk kelulusan. Sudah tentu dalam tempoh itu banyak

Page 23: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 23

pengubahsuaian perlu dilakukan, mengambil kira perubahan persekitaran ekonomi - luar dan dalam negara.

Sebagai negara perdagangan dengan ekonomi terbuka, sebarang perubahan dalam persekitaran ekonomi dunia, terutama rakan dagangan utama akan memberi kesan kepada ekonomi negara, seterusnya pendapatan kerajaan. Ini memerlukan kerajaan membuat pelarasan dalam perbelanjaan dan juga strategi pengurusan ekonomi. Bagi penyediaan Bajet 2016 ini cabarannya adalah besar. Strategi bijaksana Prospek ekonomi dunia tahun depan diunjurkan tidak begitu memberangsangkan, justeru jika kita mahu terus menyaksikan pertumbuhan, kita perlu menggerakkan aktiviti ekonomi dalam negara. Namun, pada masa sama, harga komoditi utama terutama petroleum jatuh mendadak dan ini menjejaskan pendapatan kerajaan. Ia turut memberi kesan kepada sentimen terhadap ringgit dan mengheret ke bawah nilainya.

Dalam keadaan sebegini kebijaksanaan pembuat strategi pengurusan ekonomi kita amat diperlukan. Ini bagi memastikan perbelanjaan kerajaan terus digerakkan bagi meneruskan agenda pembangunan dan merangsang ekonomi negara, tetapi dalam ruang lingkup unjuran pertambahan pendapatan yang terhad. Berdasarkan persekitaran semasa, kita tidak mampu berbelanja melebihi pendapatan pada kadar tinggi kerana jika ia dilakukan, hutang kerajaan akan meningkat. Ini akan memberi kesan kepada pandangan pelabur asing terhadap kedudukan kewangan negara. Justeru, setiap ringgit dibelanjakan kerajaan perlu dipastikan benar-benar perlu dan produktif.

Pandangan rakyat dihargai Setiap kali pembentangan bajet juga, rakyat meletakkan harapan tinggi agar adanya inisiatif atau insentif menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Bagi bajet kali ini, dua masalah utama disuarakan orang ramai dalam kaji selidik #Bajet2016 ialah kenaikan kos sara hidup dan perumahan. Dalam hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ambil maklum dan menyatakan kedua-duanya akan menjadi antara fokus Bajet 2016. Justeru, pastinya akan ada inisiatif atau insentif membabitkan kedua-duanya yang akan dicadangkan dalam pembentangan bajet itu nanti. Namun, dalam mengharap, kita juga perlu realistik. Sebagai kerajaan yang dipilih dan mahu terus menjadi pilihan, tentu ia mahu memberikan apa sahaja dimahukan rakyat. Walau bagaimanapun, apa yang boleh diberikan tentu bergantung kepada kemampuan dari segi sumber, kewajaran dan kesannya kepada negara. Seorang bapa akan disukai jika memanjakan anaknya dengan kemewahan tanpa disedari itu mungkin merosakkan masa depan mereka.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88328

20,000 unit rumah generasi ke-2 FELDA dijangka siap 2018

SELASA, 6 OKTOBER 2015 @ 5:45 PM

SLIM RIVER: Sebanyak 20,000 unit rumah generasi kedua FELDA membabitkan peruntukan sebanyak RM380 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018. Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata rumah mampu milik itu boleh dibeli oleh generasi kedua FELDA dengan harga RM70,000 seunit. "FELDA mendapat pinjaman daripada bank dan kita akan mulakan (pembinaan) secara berperingkat. Kita harap menjelang 2018, sekurang-kurangnya 80 peratus rumah siap dibina. "Model perumahan sudah siap dan banyak syarikat menawarkan diri untuk menjalankan projek dan perkara

Page 24: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 24

itu akan diuruskan oleh pihak pengurusan," katanya kepada selepas merasmikan Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Behrang, di sini hari ini. Isa berkata, beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan model perumahan itu, esok.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan untuk membina perumahan itu dan rumah itu akan disewa beli kepada generasi kedua terlebih dahulu dalam tempoh lima tahun. "Selepas itu, baru mereka boleh memohon untuk memiliki sepenuhnya rumah berkenaan," katanya. Isa berkata sebelum ini, keluasan binaan rumah untuk generasi kedua adalah dalam lingkungan 102 meter persegi bernilai RM90,000 seunit, namun bagi model baharu ialah 74.3 meter persegi dengan harga RM70,000. "Sebelum ini, kerajaan meluluskan projek perumahan RM90,000 tetapi projek itu terhenti sementara untuk melaksanakan projek pembinaan rumah yang lebih murah," katanya. Pada 30 Ogos lalu, Perdana Menteri mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda, yang boleh dibeli pada harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.

Najib berkata sebelum ini, di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka. Berhubung pembakaran terbuka di Indonesia, Isa berkata ladang di bawah kendalian Felda di Kalimantan tidak terbabit. "Ya, memang kita ada ladang di Kalimantan seluas 400 hektar sejak tiga tahun lalu. Setakat ini, berdasarkan laporan diterima, kita tidak terbabit," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86960

Bajet 2016 mesra rakyat, lebih besar

SELASA, 6 OKTOBER 2015 @ 4:31 PM

PETALING JAYA: Bajet 2016 akan mesra rakyat dan lebih besar berbanding sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong. Katanya, ia dalam usaha membantu kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi inflasi dan peningkatan kos sara hidup. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut langkah-langkah mungkin dirangkum dalam bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober ini. Chua bercakap dalam sidang media selepas pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) antara Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MPKM) dan Segi University, di sini hari ini.

Ditanya sama ada bajet turut merangkumi insentif untuk menggalakkan perumahan mampu milik, beliau berkata ia adalah langkah berterusan memandangkan rancangan membina lebih banyak rumah mampu milik adalah sebahagian manifesto Barisan Nasional. "Kementerian akan terus meneliti bagaimana dapat membantu atau menggalakkan perumahan mampu milik kerana kami sedar permintaan untuk perumahan jenis itu adalah tinggi. "Bagaimanapun semua perlu diimbangi berdasarkan (keadaan) fiskal kita," katanya Chua berkata, kerajaan menetapkan sasaran defisit fiskal tahun ini pada 3.2 peratus dan berharap untuk mengurangkan kadar kepada 0.6 peratus menjelang 2020.

Berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang baharu sahaja dimuktamadkan, Chua mengulangi kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Page 25: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 25

Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa perjanjian itu akan dibentang di Parlimen untuk dibahas apabila teks perjanjian lengkap dan rasmi siap serta untuk tatapan awam bagi melindungi kepentingan negara. Mengenai langkah UMW Toyota menaikkan harga kenderaan Toyota dan Lexus antara empat dan 16 peratus bermula Januari tahun depan disebabkan kejatuhan ringgit, Chua menyifatkannya sebagai kesan jangka pendek, namun mengakui kesan pertukaran asing terhadap sesetengah barangan import tidak dapat dielak.

Katanya, kadar pertukaran asing akan kembali normal dan ketidaktentuan lain pula stabil selepas Rizab Persekutuan AS mengumumkan keputusan kadar faedahnya. Beliau turut berkata harga sesetengah kereta turun susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu. Sementara itu, Presiden MPKM Adnan Md Zain berkata pemeteraian MoA MPKM dan Segi University bagi membolehkan penawaran program sarjana dalam perancangan kewangan. -- BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86929

Masalah perumahan lebar jurang sosial

AHAD, 4 OKTOBER 2015 @ 7:55 AM Oleh Jeniri Amir [email protected]

SEKITAR 95 peratus daripada kekayaan rakyat Malaysia adalah dalam bentuk hartanah. Malah, pemilikan hartanah beri sumbangan signifikan kepada kekayaan rakyat. Namun, sekitar 25 peratus rakyat Malaysia tidak punya aset itu. Tetapi, jurang ekonomi melebar antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera, khususnya dengan kaum Cina beri kesan kepada pemilikan hartanah di negara ini. Meskipun pendapatan isi rumah meningkat bagi semua etnik, jurang pendapatan antara golongan kaya, iaitu 20 peratus teratas, dengan golongan miskin, golongan 40 peratus ke bawah, semakin melebar. Jurang besar itu, jika tidak ditangani dengan berkesan, boleh menjadi bom jangka sosial yang mungkin meledak suatu hari nanti. Siapakah mendominasi kekayaan dan pemilikan hartanah di negara ini? Jumlah nilai pelaburan hartanah, terutama bangunan komersial di Kuala Lumpur jelas menggambarkan ketidakseimbangan ketara dalam soal pemilikan kekayaan.

Di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang misalnya, kaum Melayu hanya memiliki sekitar lima peratus, manakala kaum Cina mendominasi lebih daripada 75 peratus. Hartanah memberi sumbangan besar kepada hutang isi rumah dan komposisi kekayaan berbanding aset lain. Rumah tidak lagi sekadar tempat perlindungan, tetapi sumber kebanggaan, kekayaan, keselamatan dan kestabilan hidup. Justeru, pemilikan hartanah, terutama rumah kediaman, memainkan peranan penting dalam pemegangan kekayaan. Namun, dengan peningkatan harga rumah yang di luar kawalan dan kemampuan, terutama kaum Bumiputera, dapat dijangkakan bahawa, jurangnya semakin melebar. Dalam satu pameran hartanah baru-baru ini, mengikut pempamer, kaum Cina begitu aktif membeli hartanah, termasuk rumah kediaman, rumah kedai, pejabat dan apartmen.

Dengan kekayaan dan modal yang dimiliki, mereka mampu memborong hartanah terbabit, kerana sedar bahawa nilainya akan melonjak dalam tempoh tidak sampai satu dasawarsa. Rumah, bagi mereka, adalah pelaburan terbaik dan terpantas. Itulah sebabnya, mereka bersedia ambil risiko dan buat keputusan nekad, sedangkan kaum Bumiputera bukan saja tidak mampu, malah tidak berani ambil risiko.

Page 26: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 26

Harga rumah terlalu tinggi

Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia terlalu tinggi, malah 'amat tidak mampu dimiliki,' dengan harga rumah median 4.4 kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana. Lazimnya, mengikut laporan itu, dalam pasaran mampu milik, harga rumah median ialah tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana. Di Kuala Lumpur yang pendapatan isi rumah sederhana paling tinggi, rumah mampu milik sepatutnya sekitar RM280,000. Dengan pendapatan tidak cukup tinggi, bagaimanakah golongan terbabit dapat membeli rumah? Dalam keadaan sekarang, sekurang-kurangnya 75 peratus daripada golongan berpendapatan rendah di bandar, tidak mampu membeli rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beberapa hari lalu memaparkan keputusan kaji selidik bagi #Bajet2016 menerusi laman rasmi Facebooknya. Didapati, Kos Sara Hidup: Perumahan dan Kehidupan di Bandar serta Pendidikan mengambil tempat teratas. Kos Sara Hidup mendahului carta, iaitu mendapat 5,042 markah; Perumahan dan Kehidupan di Bandar menduduki tempat kedua dengan 2,074 markah serta Pendidikan di carta ketiga dengan 1,594 markah.

Ternyata, beberapa tahun terakhir, rumah sentiasa menjadi isu penting yang sentiasa menggelegak. Justeru, kerajaan perlu fikirkan strategi ampuh, dengan bantuan dan kerjasama sektor swasta, terutama pemaju dan pemegang taruh lain dalam bidang terbabit, untuk tangani isu itu. Jika tidak, rumah mungkin hanya jadi idaman yang sukar direalisasikan terutama golongan berpendapatan rendah. Jika masalah ini gagal ditangani, tentu ia boleh menimbulkan masalah sosiopolitik pada jangka panjang.

Kesan negatif

Peningkatan harga rumah melampau, mengundang kesan negatif meskipun untungkan pelabur. Jangan salahkan pelabur, kerana bersikap pragmatik. Mereka mahu jana kekayaan dengan hartanah. Memang harga rumah sudah di luar jangkauan golongan berpendapatan sederhana dan pekerja. Rumah teres dua tingkat berharga RM60,000 pada pertengahan 80-an, kini sekurang-kurangnya berharga RM400,000. Siapakah yang mampu membelinya? Pendapatan tinggi bukan jaminan. Dengan kemampuan beli rumah di sekitar bandar, bermakna, golongan terbabit turut dapat nikmati kemudahan terbaik disediakan, sedangkan golongan kurang mampu yang tinggal jauh dari bandar dan kota, berdepan kemudahan yang kurang memuaskan.

Peningkatan pendapatan tidak naik seiring dengan peningkatan harga rumah dalam tempoh 20 tahun lalu. Antara kesan negatif peningkatan harga rumah keterlaluan ialah jurang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan miskin. Dasar membenarkan warga asing beli rumah, turut menyumbang peningkatan harga rumah. Berbanding Thailand, Filipina dan Singapura, Malaysia adalah antara segelintir negara yang benarkan warga asing miliki hartanah. Dasar perumahan perlu dirombak dan dikaji semula.

Dasar perumahan yang beri tumpuan kepada permintaan perlu diubah kepada pendekatan selesaikan aspek bekalan tidak berkesan kerana bekalan di pasaran adalah tidak anjal, manakala harga tidak gambarkan permintaan. Jurang besar dari segi kemampuan beli rumah boleh wujudkan polarisasi etnik. Perumahan menyumbang kepada kesepaduan dan kestabilan sosial jika segregasi tidak berlaku dalam penempatan dan perumahan.

Page 27: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 27

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86290

GLC perlu bina rumah mampu milik di ibu kota - Johari

SABTU, 3 OKTOBER 2015 @ 4:37 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah seperti UDA Holdings Bhd (UDA) membina lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah yang tinggal di Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, berkata walaupun kerajaan tidak dapat memberikan sokongan kewangan kepada GLC, mereka harus menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk mengimbangi pembangunan di kawasan ibu kota. "UDA perlu kekal berdaya saing dari segi ekonomi dalam pembangunan hartanah serta mengekalkan kedudukannya sebagai pemaju dan syarikat pengurusan aset utama dalam industri yang semakin pesat membangun ini.

"Dengan keuntungan yang diperoleh, ini boleh disalurkan untuk membantu kerajaan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik dan dalam masa yang sama membeli tanah yang belum dimajukan atau simpanan tanah bagi pembangunan masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Anggun Residences, projek pangsapuri berperkhidmatan mewah oleh UDA, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Johari berkata tanah yang ditawarkan oleh GLC dan syarikat untuk membina perumahan awam perlu terletak di kawasan pusat bandar yang mempunyai pengangkutan awam. "Ini adalah masalah utama yang dihadapi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) kerana kebanyakan simpanan tanah yang diberikan jauh dari pusat bandar seperti di Semenyih, Kajang dan sebagainya. "Justeru, kami akan terus bekerjasama dengan pemaju untuk memastikan kami dapat mencapai objektif membantu golongan berpendapatan rendah tinggal dan bekerja dengan selesa di sini," katanya.

Ditanya mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini, Johari berkata ia berjalan lancar namun enggan menjelaskan dengan lebih lanjut. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan UDA Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, Anggun Residences yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur mempunyai nilai pembangunan kasar RM400 juta. Pangsapuri berperkhidmatan dengan 384 unit itu akan menawarkan pelbagai reka bentuk terdiri daripada rumah studio, satu bilik tidur, dua bilik tidur, 2+1 bilik tidur dan 3+1 bilik tidur yang disertakan dengan kemudahan awam serta ruang parkir. Projek pangsapuri 29 tingkat berdekatan Jalan Sultan Ismail itu yang dibina di kawasan seluas 0.34 hektar di plot tanah 1.82 hektar milik UDA, dijangka siap pada 2017.

"Memandangkan situasi pasaran yang sukar, kami percaya projek ini akan berjaya kerana ia berbaloi untuk dibeli dengan keluasan binaan daripada 657 hingga 1,535 kaki persegi. "Berbanding dengan hartanah mewah lain di kawasan itu, Anggun Residences berharga antara RM1,300 dan RM1,400 sekaki persegi, harga yang kompetitif memandangkan lokasi utama pembangunan itu," katanya.

Page 28: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 28

Syarikat itu yang memiliki nilai pembangunan kasar kira-kira RM600 hingga RM800 juta setahun, dijangka menjadi antara 10 pemaju utama di negara ini menjelang 2018. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86112

BSN sudah luluskan RM57.5j Skim Perumahan Belia

KHAMIS, 1 OKTOBER 2015 @ 12:02 PM Oleh Ahmad Fiesal Othman [email protected]

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan Skim Perumahan Belia (YHS) bagi membantu pasangan belia dengan gabungan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan memiliki rumah pertama. YHS yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2015 itu dilaksanakan secara perkongsian pintar oleh BSN bersama Perbadanan Gadai Janji Nasional, Cagamas Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata BSN yang juga institusi kewangan tunggal melancarkan YHS bersedia untuk memberi perkhidmatan bagi merealisasikan impian golongan muda, sekali gus mencapai hasrat kerajaan. "Justeru, saya mengalu-alukan pasangan belia yang sudah berkahwin untuk mengambil peluang ini sebaik mungkin kerana skim ini terhad kepada 20,000 yang pertama," katanya pada majlis pelancaran YHS BSN di sini, hari ini. Pelancarannya disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

YHS terbuka kepada pasangan berusia antara 25 dan 40 tahun dan BSN akan menyediakan pinjaman perumahan antara RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun atau hmur 65 tahun tertakluk kepada mana terdahulu.

Pinjaman itu boleh dilakukan menerusi kaedah konvensional dan Islam dengan margin pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian. Pemohon yang berjaya juga akan menerima pembiayaan tambahan hingga lima peratus daripada harga pembelian untuk kos Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Abu Bakar berkata, hingga 21 September lalu, sebanyak 225 pinjaman diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM57.5 juta sejak YHS yang ditawarkan oleh BSN mula diperkenalkan pada Julai lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/85614

Page 29: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 29

Terengganu bina 10,000 unit lagi rumah mampu milik 2018

RABU, 30 SEPTEMBER 2015 @ 4:45 PM

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyerahkan replika kunci rumah mampu milik di Tok Jambal.

KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu akan membina 10,000 unit lagi rumah mampu milik selepas selesai mengagihkan 7,986 unit rumah mampu milik sedia ada yang dibina secara berperingkat sejak 2009. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri menjangka semua rumah itu dapat disiapkan sebelum tahun 2018. "Sehingga Julai tahun lalu, sebanyak 56,691 permohonan baru diterima dari seluruh negeri itu.

"Kerajaan sedang mengkaji kawasan kritikal yang memerlukan rumah dan kita akan bina mengikut keperluan kawasan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kunci rumah mampu milik Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada pasangan suami isteri Mohd Nor Said, 53, dan Khotijah Harun, 53, di Kampung Tok Jembal di sini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri turut meluluskan pembinaan rumah di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di tiga kawasan membabitkan 777 unit. Tiga kawasan itu ialah Tok Jembal yang akan dibina dengan 305 unit rumah untuk kakitangan kerajaan, Kuala Ping di Hulu Terengganu (230 unit) dan Santong di Paka (242 unit). "Kita berharap projek pembinaan rumah yang dirancang itu dapat memenuhi keperluan rumah rakyat Terengganu," katanya. Sementara itu, Khotijah berkata sebelum ini, beliau menyewa di sebuah rumah di Tok Jiring dekat bayaran RM200 sebulan.

Rumah setingkat dengan tiga bilik tidur itu dibina secara gotong-royong oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan

Page 30: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 30

Sukarelawan Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Terengganu dalam tempoh tiga bulan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/85466

Jangan ghairah bina rumah untuk pelabur, spekulator - Rahman Dahlan

JUMAAT, 18 SEPTEMBER 2015 @ 3:55 PM

KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan diingatkan supaya tidak hanya memfokuskan kepada pembinaan projek perumahan berharga tinggi bagi memenuhi permintaan pelabur dan spekulator. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata bahawa permintaan daripada pelabur dan spekulator adalah tidak stabil, tidak mampan dan mempunyai risiko yang tinggi. Katanya, ketika ekonomi dunia masuk dalam fasa mencabar, tindakan pertama diambil pelabur dan spekulator katanya ialah melengahkan atau membatalkan keputusan membeli rumah berkenaan.

"Keputusan ini senang dibuat kerana mereka membeli rumah bukan untuk didiami oleh mereka tetapi untuk tujuan mendapatkan keuntungan pelaburan. "Bila ini berlaku, pemaju perumahan akan berdepan risiko perniagaan yang tinggi kerana permintaan terhadap rumah berharga tinggi yang mereka bina itu akan berkurangan dengan drastiknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Rahman berkata, pemaju juga perlu mengurangkan pelaksanaan projek perumahan berkonsepkan 'gaya hidup' atau 'lifestyle' kerana ia menyumbang kepada kenaikan harga. Katanya, pemaju ketika ini yang begitu ghairah dan terjebak dengan fenomena 'menjual rumah dengan gaya hidup' biarpun negara kini memerlukan konsep rumah dengan reka bentuk mudah, harga mampu milik serta kos penyelenggaraan yang murah.

"Saya mengakui bahawa semua ini adalah hak setiap pemaju. Namun, tidak boleh dinafikan membina rumah dengan reka bentuk terlalu tinggi akan menjadikan harga rumah melambung naik. "Ini kerana harga rumah terbabit akan mengambil kira kos landskap termasuk pokok yang mahal dan kos membina tasik termasuk angsa yang berenang di tasik itu. Bayangkan kos yang terpaksa dibayar untuk menyelenggara 'gaya hidup' ini," katanya Rahman turut menzahirkan rasa kecewa berikutan ada projek yang menggunakan bahasa Inggeris bagi menggambarkan gaya hidup Barat, kononnya ia lebih sofistikated dan bertamadun.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82858

Definisi rumah mampu milik, erti kemerdekaan

JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2015 @ 8:05 AM Oleh Mior Kamarul Shahid

Setiap individu mempunyai tafsiran berbeza mengenai erti kemerdekaan negara bergantung kepada pengalaman hidup masing-masing. Ada yang menganggap kemerdekaan adalah kebebasan rakyat membuat keputusan, keamanan, kemewahan hidup dan sebagainya. Ada juga yang menganggap kemerdekaan hanya akan bermakna jika mereka dapat menikmati kemudahan hidup yang

Page 31: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 31

diwujudkan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Salah satu kemudahan yang sepatutnya ada bagi setiap individu ialah kemudahan perumahan sebagai tempat berlindung bagi setiap rakyat negara yang merdeka. Minggu lalu, penulis mengulas mengenai isu rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan beberapa usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membanyakkan pembinaan rumah kediaman, khasnya rumah mampu milik.

Definisi rumah mampu milik

Sebelum mendapatkan kawasan yang sesuai, melukis pelan rumah, menyediakan peruntukan yang diperlukan dan sebagainya, satu definisi mengenai rumah mampu milik perlu dijelaskan terlebih dahulu. Ini disebabkan 'kemampuan' memiliki rumah adalah subjektif sifatnya. Ada yang hanya mampu membayar pada amaun yang kecil untuk mendapatkan sebuah rumah untuk melindungi keluarga, manakala ada orang yang sanggup membayar dengan harga berlipat kali ganda kerana mahu hidup selesa bagi memenuhi cita-cita kemerdekaan negara. Walaupun golongan berpendapat rendah dan sederhana yang ramai bilangannya mengharapkan mereka mendapat rumah mampu milik dalam masa terdekat, mereka tidak pasti berapakah harga rumah mampu milik yang dirancang oleh pelbagai pihak.

Di bandar besar dan di sebuah bandar yang lain, harga dan ciri rumah berkenaan juga adalah berbeza, begitu juga di daerah-daerah. Sebahagian besar rakyat mempunyai cita-cita dan pengalaman untuk membeli rumah. Sebelum membeli rumah, mereka juga mempunyai pengalaman menyewa rumah, khasnya bagi mereka yang berhijrah. Ini adalah proses bagi rakyat di sebuah negara yang merdeka untuk meningkatkan taraf hidup. Sistem pendidikan negara yang dirumus mengikut acuan dan kepentingan negara menjadi penentu kepada arus kemajuan negara.

Kadar sewa sebuah rumah bergantung kepada harga dan nilai sesebuah rumah selain daripada lokasi, kemudahan dan sebagainya. Bagi mereka yang berhijrah dan masih bujang, masalah menyewa rumah boleh diatasi dengan berkongsi rumah atau bilik dengan rakan sekerja atau kenalan. Tetapi, bagi mereka yang berkeluarga, untuk mendapat sebuah rumah mampu sewa adalah satu cabaran yang besar, khasnya di bandar besar yang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan.

Keperluan pengangkutan

Tambahan pula, penduduk di bandar besar juga memerlukan kemudahan pengangkutan untuk berulang-alik ke tempat kerja. Rumah mampu sewa mungkin tidak memerlukan definisi tertentu kerana ia banyak bergantung kepada budi bicara tuan rumah. Bagaimanapun, ia tetap bergantung kepada faktor permintaan dan penawaran. Jika sesebuah kawasan itu mempunyai permintaan rumah sewa yang tinggi manakala penawaran adalah rendah, harga sewa adalah tinggi. Di lokasi begini ia tidak menjadi rumah mampu sewa bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Keadaan ini memaksa golongan ini mencari rumah mampu sewa di kawasan yang jauh dari tempat kerja. Sudah tentulah kita tidak mahu melihat ramai keluarga berkongsi rumah untuk hidup di sebuah negara merdeka. Kita mahu rakyat yang menetap di rumah sendiri atau masih menyewa mestilah menggambarkan bahawa mereka hidup di sebuah negara yang merdeka. Malaysia tidak seharusnya mewujudkan satu fenomena yang mana rakyat tidak mampu menyewa rumah, apatah lagi memiliki rumah sendiri di bumi Malaysia.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79364

Page 32: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 32

Harga baharu rumah generasi kedua Felda RM60,000 ke RM70,000

AHAD, 30 OGOS 2015 @ 3:19 PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkatakan sesuatu mengenai model baharu rumah peneroka selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda peringkat kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. - Foto BERNAMA

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit. Najib berkata, sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.

"Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema "Mensyukuri Nikmat" di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini.

Najib berkata beliau yakin program baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak peneroka Felda yang masih lagi mencari rumah sendiri. Menurutnya apa yang dilakukan kerajaan untuk golongan peneroka Felda hari ini adalah sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. Najib berkata kerajaan banyak membantu golongan peneroka Felda kerana mereka adalah kumpulan yang tahu menilai erti "mensyukuri nikmat" yang diperoleh mereka hari ini. Katanya peneroka Felda sedar sejak 59 tahun lalu, hanya kerajaan sedia ada hari ini yang mampu mengubah nasib mereka di kawasan luar bandar.

Page 33: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 33

"Sebab yakin kerajaan boleh membantu mereka, hari ini mereka menuai, dulu merangkak bertatih, kini kita mampu bersaing di peringkat dunia, siapa berjasa kepada peneroka Felda, adakah yang buat perhimpunan Bersih 4 itu nak bantu orang di luar bandar...tidak," katanya. Selain bantuan projek perumahan, beliau berkata banyak lagi bantuan kerajaan untuk generasi baharu golongan peneroka Felda akan dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam bajet 2015 seperti bantuan pengajian tinggi generasi baru RM51.5 juta dan banyak lagi bantuan lain.

"Di bawah program dana khas pelajar cemerlang Felda, seramai 11 anak, cucu dan kakitangan peneroka Felda mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara termasuk tiga orang dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons di Ireland," katanya. Sementara itu, Najib berkata beliau yakin Felda akan terus berkembang maju ke hadapan walaupun telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sejak 59 tahun lalu dan ketika ini berhadapan dengan kejatuhan saham dan harga minyak sawit dunia.

Katanya baru-baru ini Presiden Indonesia Jokowi menyatakan sokongan dengan cadangan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan Rajawali Group untuk mengambil kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP). Pada masa ini, EHP memiliki 425,000 hektar tanah dengan 67 peratus di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9 peratus), Sulawesi (19 peratus) dan Sumatera (5 peratus). "Kalau Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga kita akan jadi pengeluar utama sawit iaitu 85 peratus di dunia," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78390

Maybank Islamic sedia pembiayaan rumah mampu milik Selangor

JUMAAT, 28 OGOS 2015 @ 11:45 AM Oleh Mohd Zaky Zainuddin [email protected]

SHAH ALAM: Maybank Islamic Bhd melancarkan skim khas, Pakej Pembiayaan Perumahan Selangor bagi membolehkan rakyat negeri itu mendapat akses pembiayaan untuk rumah mampu milik. Skim khas itu hasil kerjasama Maybank Islamic dan kerajaan negeri Selangor, bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memohon pembiayaan menerusi produk pembiayaan-i Komoditi Murabahah.

Pemohon yang layak bagi skim itu akan dikenal pasti oleh kerajaan negeri menerusi beberapa projek rumah SelangorKu. Projek SelangorKu yang terbabit adalah rumah kos rendah (RKR) Sungai Sering, RKR Barembang, RKR Lembah Subang II dan RKR Rimba Jaya. Kerjasama antara Maybank Islamic dan kerajaan negeri Selangor dimeterai menerusi majlis menandatangani skim pembiayaan di sini, hari ini.

Pada majlis memeterai perjanjian skim itu, Maybank Islamic diwakili Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Kumpulan Maybank, Hamirullah Boorhan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Nor Shahrizan Sulaiman, manakala kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman. Yang hadir menyaksikan pemeteraian itu Menteri Besar, Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Muzaffar Hisham.

Page 34: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 34

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77889

Rumah: Kerajaan pertimbang pembiayaan boleh ubah

SELASA, 25 OGOS 2015 @ 6:49 PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan bercadang menggunakan kaedah pembiayaan boleh ubah dalam usaha membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Bagaimanapun, beliau berkata cadangan itu memerlukan perbincangan dan penelitian lanjut sebelum dapat direalisasikan. "Sebenarnya dari segi capaian pembiayaan boleh ubah ia sudah ada dalam kalangan perbankan cuma, kita perlu pastikan bahawa jumlah pinjaman yang diambil dari institusi perbankan adalah rendah supaya mereka (golongan berpendapatan rendah) mampu membayar semula (pinjaman)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan ke-27 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini. Katanya, kaedah pinjaman perumahan itu turut dibincangkan di peringkat Majlis Ekonomi yang berada di bawah Unit Perancang Ekonomi, baru-baru ini. Beliau diminta mengulas laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang mendapati pasaran perumahan Malaysia disifatkan sebagai 'amat tidak mampu dimiliki', dengan harga rumah median 4.4 kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana. Laporan itu menggunakan ukuran yang diterima global bagi perumahan mampu milik.

Abdul Wahid berkata, kerajaan menyedari kebanyakan perumahan yang dibangunkan sektor swasta kini menjurus kepada golongan berpendapatan tinggi namun, beliau meminta perkara itu dilihat secara menyeluruh. Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan sejumlah rumah mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). "Kerajaan mempunyai pendekatan pelbagai di samping Majlis Perumahan Negara turut memantau kedudukan ini," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77246

Page 35: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 35

Pasaran perumahan Malaysia amat tidak mampu dimiliki - KRI

ISNIN, 24 OGOS 2015 @ 6:50 PM

PENGARAH Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani (dua dari kiri) bersama Pengerusi, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (dua dari kanan), Pengarah Penyelidikan, Program Bandar, Suraya Ismail (kanan) dan Pengarah Pemegang Amanah Khazanah, Nungsari Ahmad Radhi (kiri) semasa pelancaran makalah terbitan institut 'Making Housing Affordable' (Menjadikan Perumahan Mampu Dimiliki), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berpandangan wujud keperluan mengurangkan ketidakcekapan dalam bekalan perumahan semasa dan campur tangan agar pembekal lebih anjal untuk bertindak balas terhadap keperluan semua segmen dalam populasi. Pengarah Urusan, Datuk Charon Mokhzani, berkata kumpulan isi rumah berpendapatan sederhana tidak layak sama ada untuk perumahan rakyat atau yang dibekalkan oleh sektor swasta. "Justeru dasar harus ditambah baik bagi meningkatkan keanjalan dalam bekalan perumahan dan menjadikannya lebih responsif terhadap keperluan semua bahagian dalam populasi," katanya pada pelancaran makalah terbitan institut 'Making Housing Affordable' (Menjadikan Perumahan Mampu Dimiliki), di sini hari ini.

Penerbitan itu dilancar oleh Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Charon berkata, dengan menggunakan ukuran yang diterima global bagi perumahan mampu milik, laporan KRI mendapati pasaran perumahan Malaysia disifatkan sebagai 'amat tidak mampu dimiliki', dengan harga rumah median 4.4 kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana. "Lazimnya dalam pasaran mampu milik, harga rumah median ialah tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana. Di Kuala Lumpur yang pendapatan isi rumah sederhana paling tinggi, definisi perumahan mampu milik ialah sekitar RM280,000," katanya. Beliau berkata, sepatutnya pemaju juga harus melancarkan rumah (mampu milik) pada harga bermula daripada RM100,000, selain projek mewah.

Page 36: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 36

Charon berkata, tanggapan umum ialah harga rumah yang mahal disebabkan oleh kos tanah dan pembinaan yang tinggi, namun laporan KRI menunjukkan sebaliknya iaitu peningkatan harga rumah adalah faktor penentu kenaikan harga tanah. Beliau berkata, adalah amat penting untuk melihat semula perumahan sebagai isu kebajikan rakyat dan menggerakkan usaha ke arah agenda lebih luas iaitu memacu dan mengurus sektor perumahan sebagai satu unit. Laporan KRI menggesa fokus dalam dasar perumahan dianjak daripada dipacu inisiatif kepada mengurangkan ketidakcekapan dalam bekalan perumahan.

Ia menyarankan pembaharuan dan penstrukturan semula institusi dengan pemaju dan agensi perumahan kerajaan memperoleh bahan dan perkhidmatan daripada industri pembinaan atau dikenali sistem perolehan bagi perumahan. Terdahulu, Nor Mohamed dalam ucapannya berkata industri perumahan yang dinamik dan swapembiayaan dapat membantu kerajaan berjimat dalam subsidi perumahan. "Adalah amat penting untuk mempertingkat kapasiti di pihak pembekal bagi membangunkan sektor perumahan yang mapan dan responsif," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77016

Projek rumah mampu milik di Setia Alam dilancar

SABTU, 22 OGOS 2015 @ 3:27 PM

MOHAMED Azmin (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Khor Chap Jen (dua dari kiri) mengenai replika Rumah Selangorku sambil diperhatikan oleh, Pengerusi Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) sebaik sahaja selepas gimik pelancaran Rumah Selangorku di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

Page 37: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 37

SHAH ALAM: SP Setia Bhd, pemaju hartanah utama di Malaysia, hari ini melancarkan projek perumahan mampu milik, "Rumah Selangorku" di Setia Alam, di sini, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan. Pengerusi SP Setia Bhd, Tun Zaki Azmi, berkata projek itu melibatkan pembinaan pangsapuri Desa Kiara dan De Palma masing-masing dengan 737 dan 730 unit. Kedua-dua pangsapuri itu memiliki keluasan binaan 800 kaki persegi dan berharga RM170,000.

"Projek itu juga melibatkan pembinaan 723 unit pangsapuri De Bayu dengan keluasan binaan 900 kaki persegi dan berharga RM200,000. "Semua unit mempunyai tiga bilik tidur dengan dua lot parkir," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran projek perumahan itu oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, di sini, hari ini. Beliau berkata, penduduk kawasan perumahan itu yang pendaftarannya dibuka secara rasmi hari ini, akan menikmati gaya hidup masyarakat sihat. Ini, katanya, sejajar dengan falsafah pembangunan 'LiveLearnWorkPlay' SP Setia yang mengambil kira kualiti rumah dan kemudahan terbaik bagi rumah mampu milik.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam ucapannya, berkata pembinaan rumah mampu milik sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina kira-kira 20,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Beliau berkata, peruntukan bagi "Skim-Dana Sel" di bawah kerajaan negeri untuk membantu mereka yang gagal mendapat pinjaman bagi membeli rumah mampu milik dan kos rendah akan dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/76528

Tambah 3 bulan lepaskan kuota unit rumah Bumiputera - PM

JUMAAT, 21 OGOS 2015 @ 7:02 PM Oleh Shahrizan Salian

Page 38: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 38

NAJIB berucap selepas menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara PR1MA dan Maybank serta melancarkan buku Program Bantuan Pembeli Rumah PR1MA di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan tambahan tiga bulan tempoh bagi unit rumah kuota Bumiputera boleh dilepaskan kepada pasaran pembeli lain jika unit berkenaan tidak dapat dijual kepada Bumiputera. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata mesyuarat Majlis Perumahan Negara bersetuju supaya mekanisme pelepasan unit kuota Bumiputera seperti yang diamalkan di peringkat negeri dilanjutkan tempohnya bagi membolehkan unit kuota Bumiputera benar-benar dapat dijual kepada golongan sasaran.

"Ada negeri yang menetapkan enam bulan supaya kuota Bumiputera boleh dilepaskan kepada pasaran jika tiada pembeli Bumiputera dalam masa itu, maka ini akan ditambah tiga bulan lagi. "Lanjutan tempoh ini supaya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh berusaha mencari pembeli Bumiputera dalam tempoh berkenaan. "Jika ada negeri yang mempunyai tempoh masa lebih lama daripada itu seperti Kelantan contohnya yang difahamkan selama dua tahun, maka ditambah tiga bulan lagi supaya unit dapat dijual kepada pembeli Bumiputera," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran dokumen kemudahan pinjaman penyambung bernilai RM3 bilion antara Perbadanan PR1MA Malaysia dengan Maybank di sini, petang tadi. Perbadanan PR1MA juga melancarkan Program Bantuan Pembeli Rumah PR1MA. Perdana Menteri pada majlis itu juga mengumumkan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara yang bermatlamat mengambil alih peranan penyelenggaraan projek perumahan rakyat daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/76337

Agensi baharu urus isu pemaju, perumahan awam - Rahman Dahlan

JUMAAT, 21 OGOS 2015 @ 3:08 PM Oleh Mohd Azrone Sarabatin [email protected]

PETALING JAYA: Sebuah agensi baharu akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk mengendalikan isu pemaju, pembinaan dan pengurusan perumahan awam khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata cadangan penubuhan agensi itu akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya petang ini.

"Agensi itu akan mengambil alih peranan JPN supaya jabatan itu boleh menumpukan peranan utamanya sebagai badan kawal selia. "Agensi itu akan membantu memudahkan perkongsian awam-swasta dengan mendengar kebimbangan daripada pemaju terbabit dalam projek PPR," katanya selepas merasmikan Persidangan Perumahan dan Hartanah Malaysia Ke-18, di Bandar Sunway, dekat sini, pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/76275

Page 39: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 39

Lebih banyak prasarana di Tanjung Manis menerusi RMK-11

ISNIN, 3 OGOS 2015 @ 6:48 PM

TANJUNG MANIS: Lebih banyak kemudahan prasarana akan dibina di Tanjung Manis menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) berikutan penyusunan semula pelan pembangunan kawasan pelabuhan bersepadu itu. Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan, berkata ini bagi menyokong rancangan pembangunan industri kawasan itu. Antara pembangunan itu termasuk pusat pentadbiran Tanjung Manis, projek perumahan, tapak industri perkapalan, kluster industri perabot serta jalan raya tambahan. "Saya berharap peruntukan mencukupi akan disalurkan dalam RMK-11 itu bagi pelaksanaan projek-projek yang dapat memperkasakan Tanjung Manis sebagai pusat pertumbuhan ekonomi penting di Wilayah Tengah Sarawak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian negeri itu berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Projek Kemudahan Simpanan Pukal Minyak Kelapa Sawit Tanjung Manis di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), yang disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, di sini, hari ini. Awang Tengah menjelaskan, pembangunan industri itu juga dijangka dapat mengoptimumkan operasi pelabuhan kendalian Tanjung Manis Integrated Port Sdn Bhd, anak syarikat Pusaka Capital Sdn Bhd. Menurutnya, kapasiti prasarana pelabuhan Tanjung Manis itu juga telah dipertingkatkan daripada 60,000 TEU kepada 230,000 TEU, setahun.

Sarawak juga, katanya, menyasarkan pelaburan tidak kurang RM300 juta untuk POIC Tanjung Manis. POIC yang dibangunkan menerusi peruntukan lebih RM135 juta daripada kerajaan persekutuan, disifatkan sebagai strategik bagi aktiviti hiliran kelapa sawit berikutan 40 peratus Wilayah Tengah negeri itu ditanam dengan komoditi berkenaan. Mengulas projek kemudahan simpanan pukal minyak kelapa sawit itu, Awang Tengah berkata, ia dibangunkan oleh Tanjung Manis Bulker Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama Pusaka Capital dan KTS Group melibatkan pelaburan kira-kira RM70 juta.

Fasa pertama projek itu merangkumi kemudahan penyimpanan pukal minyak sawit mentah berkapasiti maksimum 64,000 tan metrik yang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2016. Fasa kedua melibatkan kemudahan pemprosesan dan penapisan minyak sawit mentah berkapasiti 1,200 tan metrik sehari manakala fasa ketiga merangkumi industri hiliran oleo-kimia sawit yang disusuli pelaksanaan industri hiliran nilai tambah lain. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72096

Page 40: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 40

JPN masih tapis permohonan RT1M Pinggiran Putra

SABTU, 25 JULAI 2015 @ 10:40 AM

Rumah Transit 1Malaysia (RT1M).

KUALA LUMPUR: Sebahagian Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) di Pinggiran Bukit Jalil di sini masih kosong kerana Jabatan Perumahan Negara (JPN) masih menapis permohonan sama ada pemohon layak atau sebaliknya untuk mendudukinya. Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohamad Yusoff Ghazali, menjelaskan RT1M bukan kurang mendapat sambutan tetapi JPN perlu mengambil masa untuk memastikan pemohon memenuhi kriteria ditetapkan. "Kriteria itu adalah pemohon dan pasangan mesti warganegara Malaysia, berumur 30 tahun dan ke bawah, tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur, bekerja di Lembah Klang, pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah dan tiada rekod jenayah.

"Lain-lain syarat yang ditetapkan ialah pemohon tidak boleh menyewakan rumah transit berkenaan dan menuntut sebarang kos sama ada untuk pindah masuk dan keluar dari rumah transit tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa RT1M yang setiap unit mempunyai tiga bilik tidur

Page 41: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 41

dan dua bilik air di Pinggiran Bukit Jalil kelihatan sunyi kerana sebahagian blok L dan M masih kosong. Mohamad Yusoff berkata, JPN sehingga kini telah menyerahkan sebanyak 240 kunci rumah kepada pemohon yang berjaya dan pihaknya menyasarkan semua unit rumah di blok L dan M akan dipenuhi menjelang akhir tahun ini.

"Ada banyak faktor yang menyebabkan pemohon membatalkan hasrat mereka untuk menduduki RT1M, antaranya mereka telah memiliki rumah yang sesuai, lokasi yang jauh dari tempat kerja ataupun mereka tidak bersetuju dengan tempoh penyewaan selama dua tahun yang ditetapkan. "Pemohon harus sedar bahawa RT1M adalah penyewaan rumah secara tempoh dua tahun sahaja, tujuannya untuk memberi peluang pasangan yang baru mendirikan rumah tangga menetap di sana, tempoh yang diberikan adalah sesuai kerana dalam masa itu penyewa boleh mencari rumah untuk diduduki secara tetap," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wan Mohammad Ghazali Nor, berkata DBKL telah menyerahkan (Blok L dan M) RT1M di Pinggiran Bukit Jalil kepada JPN pada tahun lepas bagi menjayakan projek perintis kerajaan dalam menyediakan rumah sementara untuk pasangan muda yang baru berkahwin. Katanya, blok L dan M pada asalnya adalah PPR DBKL dan menurutnya ada perbezaan antara RT1M dan PPR DBKL dari segi kadar sewa iaitu kadar sewa PPR DBKL RM124 sebulan manakala RT1M RM250 sebulan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69975

CUEPACS minta kerajaan tambah baik pembiayaan perumahan

ISNIN, 13 JULAI 2015 @ 9:57 PM

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam yang dilihat membebankan pada ketika ini. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata kerajaan perlu melihat semula kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam memproses sesuatu permohonan pinjaman itu. "Rungutan yang kami dengar hari ini, kami amat kecewa kerana ada pinjaman perumahan ambil masa setahun setengah untuk diluluskan dan bayangkan kalau setahun setengah nak lulus, harga rumah dah berapa?

"Harapan penjawat awam untuk membeli rumah pada masa sekarang, dia bergantung kepada keperluan sumber kewangan daripada bahagian pinjaman perumahan dan kalau ia tidak mampu beroperasi dengan baik, akhirnya penjawat awam ini tidak mampu membeli rumah pada harga yang dia mampu nak beli," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai isu perumahan dan jalan raya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pudu Sentral di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad. Mereka kemudiannya, mengadakan pemeriksaan bas-bas yang membawa penumpang sempena perayaan Aidilfitri.

Sehubungan itu, Azih meminta Kementerian Kewangan melihat semula kelemahan yang berlaku dalam bahagian pinjaman perumahan, sekali gus menangguh sementara urusan pemindahan bahagian itu kepada badan berkanun selagi masalah pinjaman itu tidak selesai. "Kita tidak mahu ada

Page 42: Perumahan – Part 1 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 42

persepsi bahawa nak kerja di bahagian pinjaman perumahan ini sebab nak kejar gaji mahal. Bila sudah dikorporatkan mungkin gaji lebih mahal," katanya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, sebelum ini berkata kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisien dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada, katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67813

Banjir: Rumah kekal lewat dibina kerana masalah tanah

ISNIN, 13 JULAI 2015 @ 4:16 PM

KOTA BAHRU: Kelewatan menyiapkan rumah kekal baharu (RKB) kepada rakyat yang kehilangan rumah akibat banjir di Kelantan bukan berpunca daripada kontraktor yang diberi tanggungjawab membina rumah berkenaan. Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz, berkata terdapat kira-kira 2,000 kontraktor kelas G1 di Kelantan yang bersedia untuk membina dan menyiapkan rumah tersebut apabila tender pembinaan rumah itu diberikan kepada mereka.

"Punca utama beratus lagi rumah RKB tidak dapat dibina adalah kerana kerajaan negeri Kelantan gagal untuk menyediakan tanah untuk dijadikan tapak rumah kepada mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri untuk didirikan rumah tersebut," katanya kepada Bernama di sini. Mohd Rosdi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kontraktor dikatakan antara punca yang menyebabkan pembinaan 1,827 RKB kepada mangsa banjir di negeri ini 'perlahan' dan gagal disiapkan sepenuhnya walaupun selepas enam bulan bencana banjir melanda Kelantan. Kerajaan persekutuan akan membina 1,255 buah RKB manakala kerajaan negeri sebanyak 572 RKB.

Setakat 30 Jun lalu, 61 RKB sudah siap dibina manakala 836 RKB dalam fasa pembinaan dan 930 RKB lagi belum dibina. Mohd Rosdi berkata, kerajaan negeri sepatutnya memudahkan penyediaan tapak rumah berkenaan kerana tanah di bawah bidang kuasa mereka dan kerajaan persekutuan sudah menyediakan peruntukan secukupnya untuk pembinaan rumah berkenaan. "Apa salahnya kalau sudah 20 tahun, 30 tahun mangsa banjir tinggal di tanah kerajaan negeri maka keluarkanlah geran hak milik bagi membolehkan rumah kekal baharu dibina untuk mereka.

Tindakan ini kerana kita berada dalam situasi bencana alam yang memerlukan tindakan segera diambil," katanya. Beliau berkata, kerajaan persekutuan merancang untuk membeli tanah milik individu untuk dijadikan tapak rumah berkenaan, bagaimanapun kerajaan negeri perlu memudahkan proses dokumentasi seperti penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan. Katanya, pihak kontraktor sentiasa memberi kerjasama membantu kerajaan untuk menyediakan rumah kekal baharu kepada kesemua mangsa banjir yang terbabit di negeri ini. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67759