pinjaman perumahan perbendaharaan2012

73
BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Upload: nasharuddin-mohd

Post on 24-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

panduan pinjaman perumahan

TRANSCRIPT

  • BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

  • PENGENALAN KEPADA BPP

    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

    PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011 (PP BIL 5 TAHUN 2011)

    PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

    SESI SOAL JAWAB

    KANDUNGAN TAKLIMAT

  • Diwujudkan pada tahun 1970 di bawah Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan.

    Berfungsi mentadbir dasar dan peraturan pinjaman perumahan Perbendaharaan

    PENGENALAN

  • i. Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan [Akta 42]; dan

    ii. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011 Syarat (PP Bil. 5 Tahun 2011) dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

    AKTA DAN PEKELILING

  • CARTA ORGANISASI BPP

  • BPP mempunyai 8 seksyen iaitu :

    i. Seksyen Proses dan Bayaran;

    ii. Seksyen Cagaran;

    iii. Seksyen Akaun;

    iv. Seksyen Teknologi Maklumat;

    v. Seksyen Perundangan;

    vi. Seksyen Khidmat Pengurusan;

    vii.Seksyen Kawalan; dan

    viii.Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik;

    SEKSYEN - SEKSYEN DI BPP

  • Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia terbahagi kepada dua iaitu :-

    i. Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP); dan

    ii. Skim Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara Islam (SPPI).

    PENGENALAN

  • Cagaran:-

    Jaminan melalui gadaian bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu/Strata atau melalui penyerahan hak bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Induk.

    Hartanah:-

    Tanah dengan tujuan membina rumah atau tanah dan rumah atau rumah kedai atau petak rumah kediaman yang seumpamanya dengan ciri-ciri rumah kediaman.

    TAFSIRAN PENTING

  • Ciri-ciri rumah kediaman:-

    Mempunyai ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur.

    Petak rumah kediaman:-

    Rumah kediaman bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium dan sebagainya.

    Sambungan

  • i. Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera :

    Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;

    Warganegara Malaysia;

    SYARAT-SYARAT ASAS PINJAMAN

  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan

    Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

    Sambungan

  • ii. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;

    iii. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua

    Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

    iv. Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tertakluk

    kepada Akta Saraan Hakim 1971[Akta 45]; v. Anggota Dewan Rakyat; vi. Yang DiPertua Dewan Rakyat; dan vii. Ahli Dewan Undangan Negeri.

    Sambungan

  • Pemohon yang akan bersara atau anggota tentera yang akan tamat perkhidmatan permohonan diterima tidak lewat daripada satu (1) tahun sebelum bersara atau tamat perkhidmatan.

    Pemohon Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) permohonan diterima tidak lewat daripada lima (5) tahun sebelum tamat perkhidmatan.

    PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN

  • Pinjaman hanya dibenarkan untuk pembelian satu (1) lot hartanah sahaja.

    Pemohon yang membatalkan pinjaman kerana terlibat dengan projek terbengkalai/ bermasalah adalah dibenarkan memohon semula pinjaman pertama/kedua yang mana berkaitan selepas pembatalan diluluskan.

    Pemohon yang membatalkan pinjaman bagi hartanah pertama adalah dibenarkan memohon pinjaman hartanah pertama semula selepas menyelesaikan baki hutang tetapi tidak dibenarkan mendapat kemudahan pinjaman kedua.

    Sambungan

  • Sebarang pindaan ke atas kelulusan pinjaman tidak dibenarkan setelah peminjam mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E).

    Pinjaman dibatalkan mulai tarikh peminjam meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian pinjaman. Bagi kes bayaran belum dikeluarkan sepenuhnya, Perbendaharaan Malaysia akan menghentikan pengeluaran bayaran seterusnya.

    Sambungan

  • Perjanjian bersama hanya dibenarkan jika nama pembeli di dalam Perjanjian Jual Beli adalah suami dan isteri.

    Pinjaman bersama hendaklah dikemukakan serentak oleh suami dan isteri untuk membeli satu hartanah yang sama.

    Sambungan

  • Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2012 berkenaan Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

    SUMBER RUJUKAN

  • i. Jenis I

    Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

    Syarat pinjaman :

    Pembelian hartanah yang telah siap daripada pemaju atau penjawat awam yang lain (urusniaga kontra) atau penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/ Strata (pasaran sekunder) atau hartanah lelongan BPP.

    JENIS DAN SYARAT PINJAMAN

  • ii. Jenis II

    Membina rumah diatas tanah sendiri.

    Syarat pinjaman :

    Pembinaan rumah hanya dibenarkan selepas pinjaman diluluskan.

    Tanah ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.

    Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • iii. Jenis III Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam

    pembinaan Syarat pinjaman : Pembelian hartanah daripada pemaju : - Hartanah perlu mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik

    Induk; dan - Pemaju mestilah mencatatkan Lesen pemaju serta Permit

    Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli. Pembelian hartanah daripada kontraktor : - Hartanah mempunyai Hakmilik Individu Pembelian petak rumah kediaman dengan lot parkir berasingan

    dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah berasingan dan permohonan perlu dikemukakan serentak

    Laporan Penilaian daripada JPPH.

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • iv. Jenis IV Membeli tanah dengan tujuan membina rumah Syarat pinjaman : Tanah perlu mempunyai Hakmilik Individu

    Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak

    Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan

    Jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam bulan ke hadapan

    Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah

    Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa.

    Laporan penilaian daripada JPPH.

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • v. Jenis V Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada

    bank/institusi kewangan Syarat pinjaman : Bank / institusi kewangan telah menjelaskan 100% bayaran

    kepada pemaju/penjual

    Hakmilik Individu/Strata mestilah atas nama pemohon dan telah dicagar kepada bank/institusi kewangan

    Boleh ambil alih baki hutang suami/isteri dengan syarat pemohon adalah pemilik bersama

    Penyata baki hutang bank/institusi kewangan bagi tempoh 6 bulan kehadapan

    Laporan Nilaian daripada JPPH

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • vi. Jenis VI Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui

    pinjaman Kerajaan Syarat pinjaman : Hakmilik Individu didaftar atas nama pemohon dan telah dicagar

    kepada Kerajaan Malaysia

    Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan

    Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan

    Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa

    Laporan Nilaian daripada JPPH

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • vii.Jenis VII

    Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia atau tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • Ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

    Syarat pinjaman : Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

    Baki kelayakan semasa

    Pinjaman bersama suami/isteri jika pemilik bersama

    Dibenarkan selepas 5 tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis

    I dan V, 5 tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100%

    Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

    Kos kerja ubah suai perlu mendapat kpenilaian oleh JPPH

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • Pinjaman ubah suai rumah atau petak rumah kediaman yang tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

    Syarat pinjaman : Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau

    pelilik bersama (suami/isteri)

    Rumah atau petak rumah kediaman siap sepenuhnya

    Pelan kerja ubah suai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa jika melibatkan tambahan bangunan

    Kos kerja ubah suai perlu mendapat penilaian daripada JPPH

    Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

  • Amaun pinjaman* yang diluluskan tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan kriteria berikut:

    i. Harga hartanah;

    ii. Penilaian hartanah oleh JPPH;

    iii. Amaun yang dipohon; atau

    iv. Kelayakan maksimum pemohon.

    AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN

  • PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN*

    Pinjaman Pertama

    Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa.

    Pinjaman kedua

    Ansuran bulnan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa (1/4 gaji hakiki semasa)

  • BIL GAJI HAKIKI (RM)

    KELAYAKAN BARU

    (RM)

    1 6500 ke atas 450,000.00

    2 5500 ke 6499 420,000.00

    3 4500 ke 5499 400,000.00

    4 3500 ke 4499 380,000.00

    5 3000 ke 3499 320,000.00

    6 2500 ke 2999 280,000.00

    7 2000 ke 2499 255,000.00

    8 1500 ke 1999 205,000.00

    9 1200 ke 1499 168,000.00

    10 1000 ke 1199 130,000.00

    11 800 ke 999 105,000.00

    12 799 dan ke bawah 80,000.00

    KADAR KELAYAKAN

  • Pinjaman pertama

    RM1.00 bagi setiap RM1000.00

    Pinjaman kedua

    RM2.00 bagi setiap RM1000.00

    WANG PROSES

  • PROSES PINJAMAN PERUMAHAN

    TERIMA PERMOHONAN

    BAYARAN PREMIUM INSURANS

    CAGARAN HARTA KEPADA KERAJAAN

    MALAYSIA

    TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS

    PEMINJAM INGKAR

    PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN

    PENGELUARAN BAYARAN

    BAYARAN BALIK PINJAMAN

    PENYELESAIAN PINJAMAN SEPENUHNYA

    PEMULANGAN DOKUMEN HAKMILIK

    PEMULANGAN BAKI KREDIT / TUTUP AKAUN

  • i. Pembelian hartanah lelongan

    Sebelum : Tidak dibenarkan sebelum 1 Januari 2011.

    Kini : Pembelian hartanah lelongan oleh Perbendaharan Malaysia dibenarkan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia.

    [perenggan 3.10 / Lampiran A4]

  • ii. Tempoh bayaran balik pinjaman Pembelian tanah (Jenis IV)

    Sebelum : Maksimum 12 tahun untuk pinjaman pertama dan 10 tahun untuk pinjaman kedua.

    Kini : Maksimum 30 tahun untuk pinjaman pertama dan 25 tahun untuk pinjaman kedua.

    [perenggan 4.5 Lampiran A9]

  • iii. Pengecualian Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman (Insurans Kebakaran)

    Sebelum : Peminjam yang membeli petak rumah kediaman (pangsapuri, kondominium dan seumpamanya) diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP disamping perlu membayar Insurans Kebakaran yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan. Ini mengakibatkan peminjam membayar dua insurans kebakaran yang berbeza (double insurance).

    Kini : Peminjam diberi pilihan mengambil Insurans Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP disamping diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan setiap tahun.

  • iv. Kelayakan pinjaman pertama

    Sebelum : Anggaran bayaran balik bulanan tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki.

    Kini : Anggaran bayaran balik bulanan dinaikkan kepada tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki.

    [perenggan 5.2]

  • v. Hartanah berstatus pajakan

    Sebelum : Pembelian hartanah berstatus pajakan mempunyai baki pajakan sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun selepas pinjaman selesai dibayar.

    Kini : Baki pajakan dikurangkan kepada 10 tahun.

    [perenggan 3.8]

  • vi. Penangguhan bayaran balik bulanan

    Sebelum :

    1. cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji untuk melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan; dan

    2. cuti tanpa gaji untuk mengikuti suami/isteri yang melanjutkan pelajaran di luar negara atas tajaan Kerajaan.

    [perenggan 10.5 iii dan iv]

  • Kini : Kemudahan ini diperluaskan kepada peminjam yang :-

    i. cuti menjaga anak bagi tempoh minimum setahun selepas tamat cuti bersalin; dan

    ii. cuti tanpa gaji bagi tempoh minimum setahun kerana mengikuti suami/isteri yang bertugas dengan Kerajaan Malaysia di luar negara.

    Sambungan

  • vii. Pengurangan kadar faedah Sebelum :

    i. Pinjaman < RM100,000:-

    10% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987);

    9% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988); dan 7% setahun (1 Januari 1989).

    ii. Pinjaman > RM100,000:-

    12% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987);

    11% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988) dan 9% setahun (1 Januari 1989).

  • Kini :

    Kadar faedah bagi peminjam yang meninggalkan perkhidmatan diseragamkan kepada 7% setahun mulai 1 Januari 2011.

    Sambungan

  • viii. Pengurangan kadar faedah

    * Bagi peminjam yang bertukar skim

    perkhidmatan

    Sebelum : Kadar faedah pasaran 7% setahun (jika perkhidmatan terputus).

    Kini : kadar faedah 4% setahun dengan syarat skim perkhidmatan tidak terputus.

  • ix. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;

    *Pembelian hartanah daripada suami/ isteri sahaja

    tidak dibenarkan (kecuali hartanah tersebut perlu dijual atas arahan mahkamah atau mahkamah syariah atau untuk maksud menyelesaikan baki hutang hartanah berkenaan).

    [perenggan 3.11]

  • x. Kadar pinjaman untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua dinaikkan kepada RM20,000.00 berbanding RM10,000.00 sebelum ini;

    [perenggan 3.12]

  • xi. Had kelayakan pinjaman Sebelum : Kelayakan maksimum

    ialah dari RM72,000 hingga RM360,000.

    Kini : Kelayakan maksimum ialah dari RM80,000 hingga RM450,000.

    *Kelayakan adalah mengikut tangga gaji. [Lampiran A10]

  • BIL GAJI HAKIKI (RM)

    KELAYAKAN LAMA (RM) KELAYAKAN BARU

    (RM)

    1 6500 ke atas 360,000 450,000.00

    2 5500 ke 6499 360,000 420,000.00

    3 4500 ke 5499 360,000 400,000.00

    4 3500 ke 4499 360,000 380,000.00

    5 3000 ke 3499 300,000 320,000.00

    6 2500 ke 2999 264,000 280,000.00

    7 2000 ke 2499 240,000 255,000.00

    8 1500 ke 1999 192,000 205,000.00

    9 1200 ke 1499 156,000 168,000.00

    10 1000 ke 1199 120,000 130,000.00

    11 800 ke 999 96,000 105,000.00

    12 799 dan ke bawah 72,000 80,000.00

    PERBANDINGAN KADAR KELAYAKAN

  • Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011, Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Perbendaharaan yang berkaitan dengan pinjaman perumahan Perbendaharaan yang terdahulu adalah terbatal.

    * Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuatkuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti tidaklah terjejas oleh Pekeliling ini dan hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah Pekeliling ini telah tidak dibuat.

    PEMBATALAN

  • Peminjam hendaklah :

    Mengemukakan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan;

    Menandatangi Borang Pindahmilik (Borang 14A) dan dokumen cagaran serta memastikan urusan cagaran disempurnakan oleh peguam dengan segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual;

    TANGGUNGJAWAB PEMINJAM

  • Melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia mengenai pertukaran:-

    a. Alamat tempat bertugas, nombor telefon pejabat/ telefon bimbit dan alamat emel;

    b. Pusat pembayaran gaji;

    c. Alamat tetap terkini; dan

    d. Nama dan alamat waris untuk dihubungi.

    Sambungan

  • Memastikan Ketua Jabatan melaksanakan APG dan menyerahkan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia;

    Membayar ansuran bayaran balik pinjaman kepada Perbendaharaan Malaysia jika APG gagal dilaksanakan oleh Ketua Jabatan atau semasa mengambil cuti separuh gaji/ tanpa gaji/ bersara awal;

    Sambungan

  • Jika masih berkhidmat, pastikan semua surat menyurat kepada Bahagian Pinjaman Perumahan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan.

    Mempastikan ansuran bayaran balik pinjaman semasa Peminjam mengambil Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji atau Bersara Awal atau meninggalkan perkhidmatan, dibayar terus kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Berkuasa Memberi Pinjaman hendaklah dimaklumkan dengan serta merta.

    Sambungan

  • Menyelesaikan sekaligus semua baki pinjaman apabila berlaku kemingkiran syarat pinjaman;

    Membayar cukai tanah supaya hartanah tidak dirampas;

    Membayar pendaftaran gadaian melalui peguam jika dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

    Memaklumkan kepada peguam mengenai perlunya cagaran hartanah dilaksanakan segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual.

    Sambungan

  • Memastikan pemohon memenuhi semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan kepada Perbendaharaan Malaysia;

    TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

  • Merekodkan dengan sempurna dalam Buku Rekod Perkhidmatan peminjam dan Buku Daftar Jabatan segala butiran yang berkaitan dengan pinjaman seperti berikut:

    i. Nombor rujukan fail dan tarikh kelulusan pinjaman; ii. Amaun pinjaman; iii. Amaun ansuran bulanan; iv. Tarikh muka kuat kuasa APG; v. Tarikh tamat APG; dan vi. Tarikh pinjaman diselesaikan.

    Sambungan

  • Melaksanakan sepenuhnya APG dan mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir setiap bulan.

    * Potongan perlu dibuat selepas potongan KWSP dan cukai pendapatan.

    * Jika APG tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual, Ketua Jabatan perlu menyelesaikan tunggakan melalui potongan gaji secara berganda tanpa perlu mendapat arahan daripada Perbendaharaan Malaysia.

    Sambungan

  • Melaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia jika berlaku perubahan terhadap maklumat peminjam seperti berikut :

    i. Baki gaji dan elaun tidak mencukupi selepas pemotongan KWSP dan cukai pendapatan;

    ii. APG tidak dapat dilaksanakan;

    iii. Bertukar alamat pejabat;

    iv. Cuti separuh gaji/ tanpa gaji;

    Sambungan

  • v. Digantung kerja/ ditahan gaji/ dibuang kerja kerana tindakan tatatertib dan bankrap;

    vi. Meninggalkan perkhidmatan;

    vii. Bersara; dan

    viii.Meninggal dunia.

    Sambungan

  • Mencatatkan APG di dalam Sijil Gaji Akhir bagi membolehkan Ketua Jabatan di tempat bertugas yang baharu melaksanakan APG mengikut jadual;

    Memberi ingatan kepada peminjam supaya membuat bayaran berikut :

    i. Cukai tanah; dan

    ii. Bayaran perkhidmatan peguam.

    Sambungan

  • Menasihatkan Peminjam supaya tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan diri mereka menanggung kesusahan berat kerana berhutang.

    Tindakan surcaj akan diambil dibawah Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] ke atas Ketua Jabatan yang tidak mematuhi APG termasuk menangguh pelaksanaan, mengurangkan amaun dan memberhentikan potongan gaji yang ditetapkan serta menangguhkan penyerahan kutipan APG kepada Perbendaharaan Malaysia.

    Sambungan

  • i. Takaful Malaysia;

    ii. Takaful Ikhlas;

    iii. CIMB AVIVA Insurans/ Takaful;

    iv. HSBC Amanah Takaful;

    v. Etiqa Takaful;

    vi. Etiqa Insurance;

    vii. Prudential BSN Takaful; dan

    viii. AXA Affin.

    PANEL INSURANS/ TAKAFUL

  • MAKLUMAN

    Mulai 1 Januari 2012 semua permohonan pinjaman hartanah pertama digalakkan diisi secara atas talian melalui Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu.

    https://sppb.treasury.gov.my

  • KEMUDAHAN

    Kelulusan Bersyarat secara online (serta-merta) apabila borang permohonan pinjaman perumahan online lengkap diisi.

    Pembayaran wang proses melalui Internet Banking melalui perkhidmatan CIMBClicks dan Maybank2U.

    Pemilihan Perlindungan Insuran/Takaful secara online.

    Semakan menggunakan 1 ID (Portal SPPB)

    Status Permohonan, Bayaran Balik, Bayaran Kemajuan, Penghantaran Hak Milik, Baki Pinjaman & Penyata Tahunan.

  • Laman web BPP http://bpp.treasury.gov.my

  • Bagi pertanyaan berkenaan proses pinjaman perumahan, BPP telah menyediakan beberapa saluran pertanyaan seperti :-

    i. Portal Pertanyaan di laman web BPP;

    ii. Perkhidmatan SMS;

    iii. Talian Helpdesk di setiap seksyen;

    iv. Laman web Treasury dan BPP dan;

    v. SMS Infoblast.

    PERKHIDMATAN ELEKTRONIK

  • Aduan;

    Semakan status penghantaran Hakmilik;

    Semakan baki pinjaman perumahan;

    Semakan status permohonan pinjaman perumahan;

    Semakan kelayakan pinjaman perumahan;

    Semakan status pengeluaran bayaran terkini;

    Pertanyaan Alamat lengkap Bahagian Pinjaman Perumahan; dan

    Permohonan Borang Permohonan Pinjaman Perumahan.

    PERKHIDMATAN SMS BPP

  • Melalui laman web BPP peminjam / bakal peminjam boleh membuat pengiraan berikut:-

    1. Pengiraan kelayakan anggaran balik pinjaman;

    2. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman kedua; dan

    3. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman bagi kes lanjut tempoh.

    LAMAN WEB INTERAKTIF BPP

  • e-Perkhidmatan di laman web BPP seperti:-

    1. e-Borang;

    2. Semakan status bayaran balik oleh peminjam;

    3. Semakan status pengeluaran bayaran kemajuan;

    4. Semakan status penghantaran hak milik;

    5. Semakan baki pinjaman;

    6. Semakan status permohonan;

    7. Penyata Tahunan 2008-2010;dan

    8. e-Bayaran (melalui CIMBClikcs dan Maybank2u)

  • SESI SOAL JAWAB

  • Talian Helpdesk;

    Proses - 03 8880 2061 Cagaran - 03 8880 2062 Bayaran - 038880 2063/2064/2065 Akaun - 03 8880 2066/2067 STM - 03 8880 2733/2714

    Bahagian Pinjaman Perumahan

    Perbendaharaan Malaysia

    No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan

    Persiaran Perdana, Presint 2

    Pusat Pentadbiran Kerajaan

    Persekutuan

    62592 Putrajaya