gotong royong

Upload: feeza-nick

Post on 03-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

paper work

TRANSCRIPT

SAMBUTAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2013SEKOLAH KEBANGSAAN TEBAANG,96200 DARO, SARAWAKSAMBUTAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2013SEKOLAH KEBANGSAAN TEBAANG,96200 DARO, SARAWAKSEKOLAH KEBANGSAAN TEBAANG,96200 DARO, SARAWAK.

KERTAS CADANGAN GOTONG ROYONG

TARIKH: 26 OKTOBER 2015

TEMPAT: SK TEBAANG

Anjuran: PIBG SK TEBAANG

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah juga merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tebaang berasa terpanggil untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong bersama semua warga sekolah bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan ialah aktiviti membina galeri PIBG, galeri sekolah serta pentas. Aktiviti lain yang telah direncanakan ialah gotong-royong membina bumbung bagi gelanggang serbaguna. Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Tebaang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.

2.0MATLAMAT

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan infrastruktur yang kondusif, sempurna serta ceria bagi kegunaan semua warga sekolah. Sekolah yang kondusif dan ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi. Bagi guru pula sekolah yang kondusif dan ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.Rasional pembinaan galeri sekolah dan galeri PIBG adalah untuk mewujudkan satu sudut khas bagi memaparkan segala maklumat berkenaan sekolah dan PIBG SK Tebaang. Bukan itu sahaja, dengan adanya sudut khas ini, pihak sekolah dan PIBG akan dapat memaparkan segala perkembangan terkini dan juga gambar-gambar program yang telah dijalankan di sekolah. Pembinaan pentas pula merupakan salah satu usaha sekolah dan PIBG bagi mewujudkan pentas kekal bagi kegunaan aktiviti sekolah. Hal ini kerana ketiadaan pentas yang sesuai, besar dan selesa menyukarkan pelaksanaan aktiviti bersama murid. Pembinaan bumbung bagi gelanggang serbaguna juga dilihat sebagai satu inisiatif bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dan selesa kepada murid semasa menjalankan aktiviti PdP dan kokurikulum memandangkan keadaan padang sekolah yang seringkali becak dan berair semasa air pasang. Dengan adanya gelanggang serbaguna tertutup ini, maka segala keselamatan murid juga lebih terjamin.

3.0OBJEKTIF

Pada akhir Gotong Royong, objektif yang dapat dicapai ialah:2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN 26 Oktober 2015

5.0 SASARANIbu bapa dan murid SK Tebaang

6.0 TEMPATSekolah Kebangsaan Tebaang

7.0JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat: En. Abdul Khalim bin MansorPengerusi: Puan Suraya binti Sulaiman (YDP PIBG)Naib Pengerusi : Pn. Hajijah binti Yasin (NYDP PIBG): En. Iskunadi bin Liap (PK 1): Pn. Saudah binti Dor (PK HEM): En. Mustapha bin Hasim (PK KO)Setiausaha: Cik Nur Atiqah binti Abdul HalimP. Setiausaha: Cik Nik Norhafiza binti Nik Abdullah Bendahari: Cik Manisah binti SolhiP. Bendahari: Puan Nurul Izzah binti Jerajak

JAWATANKUASA KERJA

PentasPuan Saudah binti DorCik Nurul Ashraf bint YussofCik Manisah binti SolhiPuan Raebah binti Bilong

Galeri PIBGEncik Kachindai Anak DanielCik Nik Norhafiza binti Nik Abdullah Cik Nur Atiqah binti Abdul HalimPuan Roshida binti Abdullah Sani

Galeri SekolahPuan Serinah binti DrisPuan Nor Azma binti Mohd ZainCik Siti Aishah binti OthmanCik Nuraini binti Mohamad Nasir

Gelanggang Encik Mustapha bin HasimPuan Suraya binti MerahPuan Helen ak SeliongCik Nur Hidayah Aqidah binti Md Yusof

JamuanCik Asma binti HassanPuan Hajijah binti Hj. YassinPuan Rafidah binti Sawi

Siaraya dan Persiapan TempatEn. Mohd Afif bin ZulkifleePuan Suraya binti SulaimanPuan Nurul Izzah binti Jerajak

Agihan KumpulanEncik Iskunadi binti LiapEncik Nicholas Edward MunyungPuan Mariam binti Laihi

DokumentasiEncik Hakam bin AshariEncik Azman bin Alias

8.0TENTATIF PROGRAMMasaTentatif

8.30 pagi:Ketibaan ibu bapa:Ucapan YDP:Ucapan Guru Besar:Taklimat urus setia dan agihan kumpulan:Gotong royong

11.00 pagi:Jamuan

11.30 pagi:Bersurai

9.0CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGASBIL.AKTIVITISKOP TUGAS

1.Membina pentasKumpulan yang diagihkan akan mengemaskinikan papan kenyataan dengan informasi terkini dan berkaitan dengan PIBG SK Tebaang.

2.Mewujudkan galeri PIBGKumpulan yang diagihkan akan mewujudkan galeri PIBG dengan melekat dan menampal maklumat-maklumat serta gambar PIBG

3.Mewujudkan galeri sekolahKumpulan yang diagihkan bertanggungjawab untuk mewujudkan galeri sekolah iaitu dengan menampal dan melekatkan maklumat-maklumat berkaitan sekolah.

4.Membina bumbung gelanggang serbagunaKumpulan yang diagihkan bertanggungjawab untuk membina bumbung bagi gelanggang serbaguna di kawasan lapang berhadapan dengan banggunan akademik.

10.0ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan bagi aktiviti gotong royong adalah seperti berikut:Bil.PerkaraJumlah

1.Papan/ kayuRM 500

2.PakuRM 5

3.AtapRM 200

4CatRM 300

JUMLAH BESARRM 1005

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat. Dalam menjalankan aktiviti gotong royong muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

0

- 1 -Disediakan oleh,___________________________( Nur Atiqah binti Abdul Halim )Setiausaha PIBG, SK Tebaang. Disokong oleh,___________________________(Suraya binti Sulaiman)YDP PIBG,SK Tebaang.

Diluluskan oleh,________________________( En. Abdul Khalim bin Mansor)Guru Besar,SK Tebaang.