globasasi ekonomi dan politik.docx

38
1 ASSIGNMENT TAMADUN ASIA DAN TAMADUN DUNIA ULT 1022 KESAN GLOBALISASI TERHADAP EKONOMI DAN POLITIK NO NAMA MATRIK 1 AMIRUL ASRAF BIN AMINALLAH SX110490EES04 2 ZULHAINAN BAKHTIAR BIN RAMAN 3 ZAINUDI BIN AB WAHAB SX111615EES04

Upload: zainudi-wahab

Post on 14-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

1

ASSIGNMENT

TAMADUN ASIA DAN TAMADUN DUNIA

ULT 1022

KESAN GLOBALISASI TERHADAP EKONOMI DAN POLITIK

NO NAMA MATRIK

1 AMIRUL ASRAF BIN AMINALLAH SX110490EES04

2 ZULHAINAN BAKHTIAR BIN RAMAN

3 ZAINUDI BIN AB WAHAB SX111615EES04

Page 2: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

2

PENGENALAN

'Globalisasi' yang berakar dari kata 'global' diterjemah dengan pelbagai maksud

tergantung kepada jenis globalisasi yang berlaku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

'globalisasi' bermaksud 'proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan

dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,

terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya'.

Globalisasi ekonomi mengkhusus kepada kegiatan ekonomi yang melangkau

sempadan antarabangsa. Pelbagai takrifan oleh pelbagai sarjana cuba memberikan maksud

keadaan ini. Azlah, Suaibah, Rozeyta & Syaharizatul (2003) mencatatkan takrifan

Allison berkenaan globalisasi ekonomi iaitu

"... integrasi ekonomi di seluruh dunia terutama yang berkaitan

dengan pergerakan perdagangan, modal, buruh dan juga maklumat berdasarkan

teknologi di antara negara."

Abdul Rashid (2004) pula merujuk globalisasi ekonomi sebagai

"... proses peningkatan 'pengaliran' barang dagangan, modal, buruh,

perkhidmatan, maklumat dan kewangan melewati batasan dunia".

Proses pengaliran ini melibatkan pembatalan kawal selia (deregulation) yang mana

undang-undang berkaitan perdagangan antara negara disusun semula bagi memudahkan

negara-negara yang terlibat melakukan transasksi.

Dalam artikel Transformasi Selari Tuntutan Ekonomi (2011), Mohd. Ayop memetik

takrifan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyatakan bahawa globalisasi

ekonomi

ialah

"... pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara

melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan

perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas dan peresapan

teknologi yang lebih pesat dan meluas."

Page 3: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

3

Daripada takrifan-takrifan yang dipaparkan di atas, nyata bahawa globalisasi ekonomi

tidak dapat dielakkan. Kepesatan pembangunan dunia dan perluasan perhubungan

antara negara menyebabkan globalisasi ekonomi tidak dapat dihindari. Malah globalisasi

ekonomi bukan sahaja meningkatkan transaksi ekonomi antara pelbagai negara tetapi juga

sebagai satu medium hubungan diplomatik yang perlu dipelihara. Maka ini akan cuba

melihat bagaimana globalisasi ekonomi berlaku berdasarkan pengalaman Malaysia dan

kesannya.

BAGAIMANA GLOBALISASI EKONOMI BERLAKU

Asuki (2001) mencatatkan pendapat Martin Khor, mantan Naib Pengerusi Suruhanjaya

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan dua punca bagaimana globalisasi

ekonomi terjadi. Pertama, oleh sebab perubahan teknologi yang menyebabkan pemindahan

wang, perniagaan mata wang dan jual beli saham dapat dilakukan dengan mudah. Kedua

oleh sebab keruntuhan sistem Bretton Woods yang membawa kepada penghapusan kawalan

modal dan liberalisasi kewangan. Hal ini menyebabkan kebebasan pelaburan melangkau

negara berlaku dan wujudnya spekulasi serta manipulasi saham dan mata wang. Ia juga

membawa kepada penguasaan institusi antarabangsa dalam menurunkan halangan

ekonomi antara negara dan pembentukan dasar-dasar perdagangan atau pembangunan

negara tersebut. Institusi ini ialah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Dalam tulisan Sieh (2007) pula, beliau mencatatkan tiga tonggak utama globalisasi

ekonomi iaitu perdagangan antarabangsa, pelaburan keluar dan pemindahan teknologi.

Beliau kemudiannya memberikan tumpuan kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) sebagai

punca utama globalisasi.

Berdasarkan pengalaman negara seperti Malaysia, makalah ini menerangkan

bagaimana globalisasi ekonomi terjadi melalui beberapa aktor ekonomi seperti FDI, syarikat

multinasional (MNC) dan WTO.

Page 4: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

4

Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Kebanyakan negara sangat bergantung kepada pelaburan langsung asing (Foreign

Direct Investment - FDI) bagi membangunkan ekonomi tempatan. FDI melibatkan

pengaliran masuk pelaburan benar seperti modal, teknologi dan kepakaran yang biasanya

dilakukan oleh syarikat multinasional (Multinational Company - MNC) atau syarikat

transnasional (Norain dan Nooriah, 2012

Mengambil contoh Malaysia, kemasukan pelaburan asing bukanlah perkara

baharu. Sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957, Britain merupakan pelabur utama

dengan anggaran pelaburan sebanyak 313 juta pound sterling pada tahun 1913 dan 108 juta

pound sterling pada tahun 1930. Pada akhir tahun 1950-an, Britain meneruskan pelaburan

dengan menumpukan kepada sektor yang berbeza seperti pemprosesan getah, peleburan

timah, pembuatan simen, makanan, minuman, tembakau dan kerja-kerja kejuruteraan ringan

yang menyokong operasi perladangan dan perlombongan (Sieh, 2007).

Walau bagaimanapun, penguasaan Britain sebagai penyumbang FDI utama di

Malaysia tidak bertahan lama. Menjelang 1968, pelbagai negara lain mula menyumbang

kepada FDI negara malah sumbangan ini meningkat dari tahun ke tahun. Negara-negara

Asia seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong menyumbang sebanyak 61.6% FDI

negara pada tahun

1975 iaitu sebanyak RM784 juta. Jumlah ini terus meningkat di mana pada tahun 1982,

sebanyak RM2,236 juta telah dilaburkan iaitu 58.1% daripada keseluruhan FDI. Selain

daripada negara-negara Asia, Amerika Syarikat dan Jerman Barat turut mengambil peluang

menyumbang FDI kepada Malayisa (Sieh, 2007).

Pada tahun 1975, antara industri yang dikuasai oleh pelabur-pelabur asing ialah

industri minuman dan tembakau (89%), industri petroleum dan arang batu (82%), peralatan

saintifik (78%), elektrik dan elektronik (74%) dan tekstil dan produk tekstil iaitu sebanyak

52%. Perubahan terus berlaku apabila pada tahun 1994, 71.3% daripada keseluruhan FDI

bertumpu kepada sektor perkhidmatan, 21.6% kepada sektor pembuatan dan hanya 7.1%

terkumpul ke sektor pertanian dan perlombongan (Sieh, 2007).

Page 5: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

3

Laporan Pelaburan Dunia (World Investment Report - WIR) 2014 yang diumumkan

pada Jun 2014 menyatakan bahawa Malaysia berada di tangga ketujuh iaitu di hadapan

Korea Selatan, Vietnam dan Taiwan dalam kalangan negara-negara di rantau Asia. Jumlah

FDI Malaysia ialah sebanyak USD12 bilion iaitu RM38.59 bilion. FDI di peringkat ASEAN

pula berjumlah USD125.4 bilion (RM403.22 bilion). Selain daripada itu, Malaysia juga

dilaporkan sebagai negara keenam paling mesra sebagai rakan niaga di dunia (Zunaidah,

2014).

Syarikat Multinasional (MNC)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara yang terlibat dalam pengaliran masuk

pelaburan asing ialah syarikat multinasional (MNC). MNC adalah syarikat atau perbadanan

yang beroperasi di lebih daripada dua negara asing yang kebanyakannya dimiliki oleh

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Dana yang kukuh namun masih ingin menjimatkan

kos di samping memaksimumkan keuntungan menyebabkan syarikat-syarikat ini melebarkan

sayapnya ke negara-negara membangun atas nama pelaburan. Hal ini kerana, negara-negara

membangun ini mempunyai sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah (Nurul

Hasliza, Nur Izzati, Nur Dalila & Nik Malini, 2013).

Sebagai contoh, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia)

merupakan sebuah syarikat industri tenusu dari Belanda yang memulakan perniagaannya

di Malaysia pada tahun 1963. Pada tahun 2009, syarikat ini telah memperoleh

keuntungan sebanyak RM692 juta. Selain daripada Dutch Lady Malaysia, sebuah lagi

syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu ialah Friesland Campina.

Syarikat yang mempunyai 21,000 orang pekerja dan 100 buah premis pembuatan dan

pejabat jualan di 25 buah negara di seluruh dunia ini memperoleh pendapatan sebanyak

Euro 9.5 billion pada tahun 2008. (Dutch Lady Milk Industries Berhad, t.t).

Page 6: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

4

Selain daripada itu, syarikat pasar raya besar juga adalah antara syarikat

multinasioanal yang mengembangkan perniagaan mereka di sini. Menurut Azlah et.al

(2003), pada tahun

1994, terdapat 28 buah pasar raya besar di seluruh Malaysia iaitu Carrefour (6 buah), Gia nt

(8 buah), Makro (6 buah), Tesco (4 buah) dan Extra (2 buah). Jumlah ini berkembang

pada tahun-tahun berikutnya, menunjukkan syarikat-syarikat asing ini menjadikan

Malaysia sebagai antara sumber pendapatan mereka. Sebagai contoh, pada tahun 2012,

dengan pengambilalihan keseluruhan operasi peruncitan firma Perancis, Carrefour SA,

AEON Co Ltd menjadikan Malaysia sebagai hab operasi kumpulan berkenaan bagi

rantau Asia Tenggara. Pelaburan berjumlah RM580 juta itu turut mengambil alih 3,216

pekerja dan 26 rangkaian cawangan di seluruh negara (Ahmad Farizal, 2012).

Dalam memastikan ekonominya terus berkembang, Malaysia terus bergantung kepada

syarikat-syarikat multinasional. Kerana itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

(MIDA) mensasarkan pelaburan bernilai RM8 bilion daripada syarikat-syarikat asing untuk

membuka operasi di negara ini bagi tahun 2014. Syarikat-syarikat sasaran adalah dari

negara Amerika Syarikat, Singapura dan Indonesia. Penetapan sasaran ini adalah berikutan

pencapaian memberangsangkan pada tahun 2013 apabila MIDA berjaya memperoleh

pelaburan sebanyak RM12.2 bilion berbanding sasaran asal sebanyak RM2.5 bilion

(Bernama, 2014).

Page 7: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

4

Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO)

Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (World Trade Organization - WTO) ditubuhkan

pada 1 Januari 1995. Ia tercetus daripada rundingan Pusingan Uruguay (Uruguay Round

Negotiations) yang berlangsung dari tahun 1986 hingga tahun 1994. Sehingga 26 Jun

2014, pertubuhan ini dianggotai oleh 160 negara. Fungsi pertubuhan ini adalah untuk

mentadbir perjanjian perdagangan WTO, menganjurkan rundingan perdagangan, menangani

pertikaian perdagangan, memantau polisi perdagangan negara, memberi bantuan teknikal

dan latihan kepada negara membangun dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa

yang lain (World Trade Organization, 2014).

Malaysia merupakan antara negara terawal yang menganggotai pertubuhan ini. Hal ini

kerana Malaysia merupakan ahli dalam Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan

(General Agreement on Tariffs and Trade - GATT) sejak tahun 1957. Keanggotaan sebagai

ahli WTO bertujuan untuk memastikan perjanjian dan perundingan perdagangan yang

digubal badan antarabangsa itu menyelebelahi Malaysia terutama bagi apa-apa yang

berkaitan dengan dasar pembangunan negara ini (Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, 2010).

Antara tindakan yang pernah diambil Malaysia berdasarkan kepada rundingan WTO

ialah kenaan duti anti-lambakan bagi barangan import yang dikhuatiri akan memudaratkan

produk tempat. Contohnya, Malaysa pernah mengenakan duti anti-lambakan terhadap

produk basikal daripada China. Antara 11.38% hingga 186.09% duti dikenakan terhadap

produk tersebut mulai 18 Januari 2003 hingga 17 Januari 2008. Kenaan selama lima

tahun itu berlandaskan peraturan WTO, Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993

dan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 (Bernama, 2011).

Page 8: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

4

BAGAIMANA GLOBALISASI POLITIK BERLAKU

Page 9: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

5

KESAN GLOBALISASI EKONOMI

Dari tahun ke tahun, beberapa kesan globalisasi ekonomi yang berbeza pernah

dicatatkan oleh beberapa orang sarjana. Ada yang disokong oleh bukti dan fakta namun ada

juga sekadar andaian semata-mata.

Martin Khor, seperti catatan Asuki (2001) menyatakan bahawa globalisasi ekonomi

memberikan faedah kepada negara-negara perdagangan. Walau bagaimanapun, ia

menyebabkan perniagaan tempatan terjejas terutama di negara-negara miskin.

Azlah et.al (2003) yang menumpukan kepada usahawan Melayu mencatatkan bahawa

globalisasi ekonomi menyebabkan usahawan tempatan terpaksa bersaing dengan usahawan

luar dalam mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan dan dalam mengekalkan perniagaan

sedia

ada.

Abdul Rashid (2004) membahagikan kesan globalisasi ekonomi kepada kesan positif

dan kesan negatif. Dari sudut positif, globalisasi ekonomi dapat menaik taraf

ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup rakyat, mencipta pembangunan negara dan

memberi peluang kepada pekerja mahir untuk meningkatkan sumber pendapatan di

negara lain.

Namun, dari sudut negatif, globalisasi ekonomi menyebabkan perdagangan tidak adil,

ketidaktentuan pasaran kewangan dunia, mewujudkan masalah sosial, memberi kesan buruk

kepada alam sekitar, melemahkan asas budaya sesebuah negara, berlelualasanya makanan

berbahaya, meningkatkan pelarian dan kadar jenayah.

Seterusnya, Nor Aini dan Ishak (2009) menyenaraikan beberapa kesan globalisasi

ekonomi iaitu wujudnya jurang perdagangan, migrasi antarabangsa dan pencemaran alam

sekitar.

Mohd Ayop (2011) pula menyatakan bahawa globalisasi ekonomi akan menyebabkan

'... penghakisan dasar perlindungan, penguasaan MNC, ancaman terhadap

produk dan perkhidmatan tempatan, ancaman ke atas industri kecil dan sederhana

(IKS), kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan

ekonomi negara'.

Page 10: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

6

Akhir sekali, Nurul Hasliza et al (2013) berpendapat, globalisasi ekonomi akan

mewujudkan persaingan antara syarikat tempatan dengan syarikat luar, eksploitasi

sumber dan pasaran serta ketidakseimbangan pendapatan per kapita antara negara maju dan

negara membangun.

Dari pendapat-pendapat beberapa sarjana yang disenaraikan di atas, didapati bahawa

globalisasi ekonomi memberikan lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif

kepada sesebuah negara. Kesan negatif yang dimaksudkan ialah mewujudkan ancaman

kepada perniagaan tempatan, mewujudkan jurang perdagangan antara negara, menyebabkan

migrasi antarabangsa dan mencemarkan alam sekitar. Huraian kesan-kesan negatif ini

adalah seperti yang berikut:

Ancaman kepada perniagaan tempatan

Asuki (2001) mencatatkan temubualnya dengan Martin Khor berkenaan kesan buruk

globalisasi ekonomi. Menurut Khor, atas keperluan perdagangan antara negara, tarif

beberapa barangan akan diturunkan. Hal ini menyebabkan barangan import ini mudah

dibawa masuk ke mana-mana negara dan dapat dijual dengan harga murah. Ia mengatasi

harga barangan tempatan dari jenis yang sama. Akibatnya barangan tempatan tidak laku

dan perniagaan terpaksa ditutup. Ia bukan sahaja menjejaskan peniaga malah ia juga

menyebabkan pekerja- pekerja yang terlibat dengan perniagaan tersebut hilang punca

pendapatan.

Hal yang sama dituliskan oleh Azlah et al. (2003) dan Nurul Hasliza et al (2013).

Menurut mereka, peniaga-peniaga tempatan terpaksa bersaing secara sengit dengan

peniaga-peniaga dari luar negara yang juga merupakan syarikat-syarikat multinasional

(MNC) demi mengekalkan perniagaan sedia ada. Keadaan ini berlaku berikutan harga runcit

produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MNC adalah lebih rendah daripada

harga yang ditawarkan oleh peniaga tempatan. Selain daripada atas sebab penurunan

tarif seperti pendapat sebelum ini, persaingan juga wujud oleh kerana MNC mempunyai

modal pusingan yang lebih tinggi. Modal pusingan yang tinggi ini menyebabkan MNC

boleh bertahan lama dalam pasaran walaupun keuntungan yang diperoleh dalam

kuantiti yang sedikit. Bagi peniaga tempatan, serapan kos-kos pentadbiran dalam harga

jualan produk dan perkhidmatan yang sama menyebabkan harga yang ditawarkan tidak

dapat menyaingi harga rendah MNC. Kehadiran MNC dalam pasaran tempatan juga

menyebabkan ruang persaingan semakin mengecil. Kerana itu, modal pusingan yang

Page 11: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

7

rendah dan kegagalan mengaut keuntungan minimum dalam masa singkat menyebabkan

peniaga tempatan kehilangan daya saing, seterusnya 'terbunuh' oleh perniagaannya sendiri.

Page 12: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

8

Mewujudkan jurang perdagangan antara negara

Nor Aini dan Ishak (2009) mencatatkan bahawa globalisasi ekonomi menyebabkan

wujudnya jurang antara negara maju dan negara membangun dari segi perdagangan,

penggunaan teknologi serta peluang pelaburan. Menurut mereka, hal ini dibuktikan

oleh laporan Bank Dunia (2002) di mana eksport dunia bagi barangan dan perkhidmatan

telah mencatatkan peningkatan daripada USD4.7 trilion pada tahun 1990 kepada USD7.5

trilion pada tahun 1998. Namun, dalam masa yang sama, negara membangun seperti Sub-

Sahara Afrika mencatatkan kadar perdagangan yang menurun pada tahun 1998 iaitu

pada 1.4% berbanding 2.3% pada tahun 1980 dan 1.6% pada tahun 1990-an.

Selain daripada itu, jurang pendapatan per kapita antara negara maju dan negara

membangun juga wujud. Hal ini kerana pulangan hasil eksport yang diperoleh oleh negara

maju apabila menjual barangan siap adalah lebih tinggi berbanding negara

membangun. Menurut Nurul Hasliza et al (2013), pasaran perniagaan yang terhad

menyebabkan negara membangun hilang kuasa tawar-menawar seterusnya keuntungan

yang diperoleh adalah dalam paras minimum. Nurul Hasliza et al turut memetik Laporan

Human Development Report (2000) yang mencatatakan tidak semua negara menikmati

pendapatan per kapita yang tinggi kecuali bagi negara yang mampu bertahan dan

memaksimumkan keuntungan.

Nurul Hasliza et al turut memetik pendapat Aris Omar bahawa majoriti ekonomi dunia

dikuasai oleh negara maju yang sedikit jumlahnya. Manakala, negara miskin dan

membangun yang lebih besar jumlahnya sama-sama berkongsi kuasa ekonomi yang kecil.

Hal ini menunjukkan pengagihan ekonomi dunia yang tidak seimbang.

Penjelasan yang lebih baik diberikan oleh Salawati (2011) yang mengkritik Perjanjian

Perdagangan di bawah WTO. Tiga isi perjanjian tersebut yang dibangkitkan oleh beliau

ialah berkenaan klausa anti-lambakan, sekatan perdagangan melalui peruntukan Standard

SPS dan subsidi pertanian.

Page 13: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

9

Menyentuh klausa anti-lambakan, Salawati menyatakan bahawa klausa ini digunakan

oleh negara-negara maju untuk melindungi industri domestik mereka daripada saingan

syarikat-syarikat asing. Antaranya ialah apabila Amerika Syarikat, sebuah negara maju,

menaikkan duti import besi dari negara China dan Argentina sebanyak 30% bertujuan untuk

melindungi industri besi negaranya. Hal yang sama turut berlaku ke atas Pakistan apabila

duti import sejumlah 13.1% dikenakan ke atas eksport cadar kapas jenis linen bermula

pada 17

Mac 2001. Kesatuan Eropah mengenakan duti ini atas alasan kuota eksport Pakistan telah

melebihi paras yang ditetapkan iaitu sebanyak 65%. Hal ini menyebabkan Pakistak kerugian

sejumlah USD500 juta. Meskipun peraturan Kesatuan Eropah ini boleh dicabar di Tribunal

Rayuan WTO, namun kos perundangan yang tinggi dan kepakaran khusus terhadap

Perjanjian Anti-Lambakan diperlukan. Justeru, kes ini menempuhi jalan sukar untuk

diketengahkan.

Salawati seterusnya menyenaraikan negara-negara membangun yang lain yang pernah

dikenakan klausa anti-lambakan berdasarkan Laporan Anti-Lambakan oleh WTO pada

2011. Antara negara tersebut ialah Indonesia iaitu 145 kes bagi tempoh antara 1995

hingga tahun

2010. Malah bagi tahun 2010 sahaja 5 kes anti-lambakan telah dikenakan ke atas Indonesia.

Negara lain yang terlibat ialah Arab Saudi iaitu sebanyak 4 kes dari tahun 2007 ke

2010, Turki (17 kes), Pakistan (8 kes), Iran (7 kes) serta Kazakhstan dan Quwait, masing-

masing 1

kes.

Isu lain yang disentuh oleh Salawati ialah peruntukan SPS iaitu The Sanitary

and Phytosanitary Measures Agreement. Peraturan yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari

1995 ini memberi penekanan kepada aplikasi peraturan kesihatan bagi keselamatan

makanan, haiwan dan tumbuhan. Peraturan ini memberi peluang kepada kerajaan untuk

menetapkan peraturan tertentu ke atas makanan, produk perikanan dan pertanian untuk

memastikan produk-produk yang diimport selamat daripada kuman, bakteria atau apa-apa

yang boleh mengancam kesihatan rakyat negara tersebut. Peraturan ini tidak boleh

digunakan untuk tujuan diskriminasi perdagangan atau samaran perlindungan.

Walau bagaimanapun, seringkali, negara-negara pengimport tidak mempunyai

maklumat yang tepat dan mencukupi berkenaan peraturan-peraturan yang

dikuatkuasakan oleh sesebuah negara. Apatah lagi kebebasan sesebuah negara untuk

Page 14: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

10

menggubal peraturan yang bersesuaian dengan negaranya menyebabkan peraturan-

peraturan berkenaan berbeza dari satu negara dengan satu negara yang lain. Selain daripada

itu, bagi mematuhi peraturan ini, negara pengeksport perlu mengeluarkan perbelanjaan yang

tinggi untuk membiayai kos pelbagai ujian termasuk makmal (Salawati, 2011).

Antara kes yang melibatkan peraturan SPS ialah pengharaman ikan tasik dari Uganda

oleh Kesatuan Eropah atas alasan ia mengandungi bakteria berbahaya termasuk salmonella.

Pengharaman yang berkuakuasa pada 12 April 1999 ini menyebabkan Uganda

kerugian sebanyak USD36.9 milion. Tiga daripada 11 buah kilang berteknologi tinggi

ditutup dan bakinya beroperasi dengan jumlah pekerja seramai 20% sahaja. Pengharaman

ini mengakibatkan antara 60% ke 70% pekerja di sektor perikanan diberhentikan

(Salawati,

2011).

Pada tahun sebelumnya iaitu pada 16 Julai 1998, Kesatuan Eropah telah mengenakan

standard baharu terhadap bahan aflatoxin yang terkandung dalam bijiran, buah kering,

kacang dan kacang tanah yang diimport. Hal ini menyebabkan penurunan sebanyak 59%

eksport bijiran ke negara-negara Eropah manakala eksport kekacang dan buah kering

menurun sebanyak 47%. Kerugian sebanyak USD400 juta ini dialami o leh negara Chad,

Mali, Senegal, Sudan, Tunisia, Mesir, Iran dan Turki iaitu gabungan negara-negara

pengimport terbesar bagi produk-produk berkenaan (Salawati, 2011).

Selain daripada negara-negara berkenaan, Malaysia juga pernah mengalami

situasi yang sama apabila kerajaan menggantung eksport produk laut dan makanan akuatik

ke negara Eropah. Ia susulan perintah larangan yang dikuatkuasakan pada 18 Jun 2008

apabila enam daripada sembilan buah syarikat pengeksport Malaysia didapati tidak

mematuhi standard kesihatan dan amalan kebersihan Kesatuan Eropah. Kesan daripada

penggantungan selama tiga bulan tersebut, industri udang negara mengalami kerugian

sekitar RM69.3 juta manakala

26 ahli Persatuan Pengeluar-pengeluar Makanan Sejuk Beku Malaysia mengalami kerugian

berjumlah RM1 bilion. Seperi mana klausa anti-lambakan, peraturan ini juga sukar untuk

ditentang berikutan kos yang tinggi serta kepakaran yang terlatih amat diperlukan

(Salawati,

2011).

Page 15: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

11

Isu terakhir yang dibangkitkan oleh Salawati menerusi kertas kerjanya bertajuk

'Perjanjian Perdagangan di Bawah WTO: Isu-isu yang mengundang ketidakadilan kepada

negara-negara OIC' ialah subsidi pertanian. Negara maju iaitu Amerika Syarikat

dan Kesatuan Eropah telah memberikan subsidi kepada peladang-peladang di negara

mereka. Oleh kerana itu, peladang-peladang dapat meningkatkan hasil pertanian

sehinggakan ia bukan sahaja memenuhi keperluan domestik malah hasil pertanian

tersebut berupaya untuk dieksport ke negara luar. Keadaan ini memberikan saingan hebat

kepada pengimport- pengimport produk pertanian yang lain yang kebanyakannya terdiri

daripada negara-negara miskin.

Sebagai contoh, negara-negara miskin seperti Benin, Burkina Faso, Chad dan Mali

adalah negara pengeluar kapas yang utama di Afrika. 3% pengeluaran kapas dunia dan 8%

eksport kapas dunia adalah dari negara-negara ini. Malah, pertanian kapas

menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar sebanyak 2.5% hingga 7% bagi negara-

negara tersebut. Walau bagaimanapun, apabila Amerika Syarikat memberikan subsidi

kepada peladang- peladang kapas negaranya sebanyak USD3.4 bilion pada tahun 2001, ia

menyebabkan berlakunya lambakan produk kapas seterusnya kejatuhan harga kapas di

pasaran dunia. Hal ini menyebabkan negara-negara Afrika tersebut mengalami kerugian

sehingga USD250 juta semenjak tahun 2000 (Salawati, 2011).

Satu kes lagi melibatkan eksport gula Eropah. Subsidi sokongan yang diberikan oleh

Kesatuan Eropah berjumlah USD3.3 bilion sejak tahun 2002 menyebabkan negara tersebut

mampu menawarkan harga gula yang tujuk kali lebih rendah daripada harga pasaran dunia.

Akibatnya, harga gula di pasaran dunia menurun sebanyak 17% dan memberi kesan kepada

pengeluar gula termurah dunia iaitu negara Mozambique yang juga sebuah negara miskin

pasca konflik (Salawati, 2011).

Melalui contoh-contoh di atas, dapat dilihat bagaimana negara-negara miskin dan

membangun terkesan daripada ketidakadilan tersembunyi yang terkandung dalam perjanjian

perdagangan antarabangsa (WTO). Penguatkuasaan perjanjian berat sebelah ini

menyebabkan negara-negara miskin dan membangun tidak dapat berbuat apa-apa kecuali

terus melihat nilai eksport negara-negara mereka yang terus merudum yang mengakibatkan

jurang perdagangan antara negara-negara ini dengan negara maju terus melebar.

Page 16: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

11

Migrasi antarabangsa

Migrasi ialah perpindahan penduduk dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.

Dalam konteks makalah ini, migrasi antarabangsa merujuk kepada perpindahan

penduduk dari satu negara ke negara yang lain. Umum mengetahui antara punca migrasi

berlaku ialah bagi meningkatkan taraf hidup dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih

baik daripada pekerjaan sedia ada di kampung halaman. Harapan para imigran ini ialah

pekerjaan baharu di tempat yang baharu mendatangkan hasil yang lebih lumayan

yang mana ia dapat meningkatkan taraf hidup terutama dari segi penyediaan

prasarana asas seperti rumah, bekalan elektrik dan bekalan air bersih yang lebih baik.

Atas sebab ini juga, penduduk sesebuah negara mengambil risiko untuk berpindah

daripada tanah tumpah darah mereka, merentas laut yang luas lagi bergelora semata-mata

untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih tinggi nilai upahnya.

Globalisasi ekonomi menyebabkan peluang pekerjaan muncul di beberapa bahagian

dunia. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia menerima

kehadiran 1.5 juta penduduk baharu setiap tahun. Jumlah ini bersamaan dengan 50% migrasi

dunia (Nor Aini & Ishak, 2009). Namun, kebanyakan imigran ini merupakan tenaga

profesional yang menggunakan kemahiran mereka untuk mendapatkan peluang upah yang

lebih tinggi berbanding di negara asal. Mereka yang dianggap pekerja mahir ini berhijrah

untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan setanding dengan kepakaran yang mereka ada

(Abdul Rashid, 2004).

Bagi tenaga kerja separuh mahir atau tidak mahir, faktor tempatan merupakan

pendorong utama rakyat tersebut berpindah untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Faktor kemiskinan dan pengangguran merupakan faktor biasa bagi mana-mana negara

miskin terutamanya yang mendorong rakyatnya berhijrah ke negara lain. Sebagai contoh,

pada tahun

2010, 31 juta rakyat Indonesia (13.33%) tergolong dalam kelompok miskin. Kadar

pengangguran di Indonesia pada tahun 2007 pula mencapai 14% dari jumlah pengangguran

dunia iaitu seramai 10.9 juta orang. Dianggarkan, hampir 2 juta daripada angka

tersebut (18%) merupakan tenaga kerja profesional. Keadaan ini menyebabkan lebihan

tenaga tempatan yang mendorong rakyat Indonesia untuk mencari pekerjaan lain di

luar negara mereka. Tambahan pula, pekerjaan di luar negara ini menjanjikan kadar upah

yang lebih tinggi. (Suparno, Darosy & Harlina, 2014).

Page 17: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

12

Faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya migrasi ialah penduduk tempatan tidak

berminat untuk terlibat dalam sektor 3D - dirty, dangerous, demeaning (kotor, bahaya,

bertaraf rendah). Buruh pembinaan, buruh perladangan, pengawal keselamatan dan pekerja

pembersihan adalah antara jenis pekerjaan yang tergolong dalam sektor 3D. Atas kapisiti

negara yang sedang membangun, Malaysia memerlukan pekerja yang ramai dalam sektor

ini. Justeru, jalan pintas yang diambil oleh majikan ialah dengan menggaji warga asing

terutama apabila kerajaan menggalakkan pengambilan buruh asing pada 1990-an bagi

mengekalkan daya saing eksport negara. Sehingga 2011, terdapat seramai 1.8 juta

pekerja asing yang berdaftar di Malaysia. 38.2% daripadanya bekerja dalam sektor

pembuatan, 16% dalam sektor pembinaan dan 14.2% lagi terlibat dalam sektor

perladangan. Dari jumlah itu, warga asing dari Indonesia merupakan pekerja asing yang

berdaftar yang paling ramai iaitu 50.9%. Warga Bangladesh adalah seramai 17%, 9.7%

warga Nepal, 7.8% warga Myanmar, 6.3% warga India dan 4.2% warga Vietnam

(Bernama, 2011). Jumlah ini meningkat pada tahun

2013 yang mana terdapat seramai 2.1 juta pekerja asing yang sah dan berdaftar

(Utusan Online, 2013). Data terkini pula menunjukkan seramai 2.2 juta pekerja asing yang

berdaftar manakala 2.5 juta lagi adalah pekerja asing yang tidak berdaftar (Bernama, 2014).

Page 18: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

10

Pencemaran alam sekitar

Arus kemodenan yang melanda seluruh dunia banyak memberi kesan kepada

alam sekitar. Apatah lagi aktiviti ekonomi yang menuntut penggunaan ruang yang luas

untuk memastikan kelangsungannya agar terus menjadi sumber pendapatan negara.

Globalisasi ekonomi menyebabkan halangan-halangan berupa dasar sesebuah negara

dilonggarkan. Hal ini menyumbang kepada pengurangan atau penghapusan tarif atau

pelepasan cukai-cukai tertentu bagi menarik minat negara-negara maju untuk memindahkan

aktiviti ekonominya ke negara-negara membangun. Selain daripada itu, dorongan lain

kepada perpindahan aktiviti ini ialah kos buruh yang rendah dan mudah mendapatkan bahan

mentah yang juga dalam harga yang rendah. Tanpa disedari, keadaan ini memberi kesan

kepada alam sekitar. Pewujudan aktiviti ekonomi yang berleluasa boleh menyebabkan

berlakunya pencemaran air dan udara. Tambahan pula, di kebanyakan negara membangun,

sistem pengurusan alam sekitar negara tersebut adalah kurang sempurna dan sistem

perundangannya pula tidak cekap menyebabkan pencemaran terus berlaku dan tidak dapat

dikawal (Nor Aini & Ishak, 2009).

Abdul Rashid (2004) pula menyatakan bahawa negara maju memindahkan

industri yang tidak sustainable ke negara membangun berikutan industri tersebut

memberi kesan kepada alam sekitar. Selain daripada itu, Abdul Rashid mengesan taktik

negara maju mengenakan sekatan terhadap barangan import berupa produk pertanian dan

lain-lain dari negara membangun atas alasan negara-negara ini mengamalkan penebangan

hutan secara berleluasa. Negara maju juga berulang kali mengingatkan negara

membangun untuk bertindak tegas dalam menangani hal pencemaran alam sedangkan pada

masa yang sama ia merupakan pengguna terbesar minyak dunia iaitu menjangkau 60% dari

pengguna keseluruhan.

Beberapa kes pencemaran alam sekitar berlaku di beberapa negara berpunca daripada

pengglobalisasian ekonomi. Akibat ingin meningkatkan taraf ekonomi, negara-negara

membangun kurang mengambil perhatian dan sering berpendapat bahawa apa yang datang

dari negara maju adalah yang terbaik untuk mereka.

Page 19: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

11

Pembangunan perindustrian yang pesat di Dumai, Riau, Indonesia memberi

kesan buruk kepada persekitaran kawasan tersebut. Aktiviti perindustrian yang terletak di

kawasan pesisiran pantai Kota Dumai menyebabkan habitat hidupan laut di situ musnah.

Sampel air laut yang diuji pada sekitar Oktober 2009 mendapati air laut di kawasan tersebut

dicemari unsur-unsur minyak dan lemak. Kesannya, para nelayan kehilangan punca

pendapatan. Pada

24 November 2009 pula, PT Dumai Bulkani telah melepaskan sisa sawit ke dalam kawasan

laut yang berhampiran. Syarikat berkenaan telah diberi amaran keras untuk tidak

mengulangi kesahalan tersebut (Er at al, 2011).

Kes pencemaran alam sekitar yang lain yang berlaku di Dumai ialah pencemaran

udara. Hal ini berpunca oleh kebakaran hutan di Kepulauan Riau. Indeks Pencemaran Udara

(IPU) yang dicerap sepanjang tahun 2008 mendapati pada bulan Februari dan Ogos, kualiti

udara di Dumai berada dalam keadaan tidak sihat. Pada sepuluh bulan yang lain, kualiti

udara berada dalam tahap baik dan sederhana. Namun, akibat pencemaran udara ini, seramai

27, 244 orang dilaporkan menghidap 'infeksi akut lain pada bahagian pernafasan atas'.

Keadaan ini sudah pasti mencetuskan kebimbangan (Er at al, 2011).

Dalam situasi tempatan, Shaharudin, Lim dan Abdul Samad (2004) pernah membuat

kajian bertajuk 'Kemudahterancaman Penduduk Terhadap Perubahan Guna Tanah di

Selangor'. Menurut mereka, antara faktor pemacu kepada perubahan guna tanah di Selangor

ialah faktor pelaburan luar langsung (FDI). Pelaburan berlaku dalam pelbagai sektor seperti

perindustrian, pertanian dan hartanah. Pelabur-pelabur ini datang dari Amerika

Syarikat, Britain, Australia, Jepun, Korea dan Hong Kong. Mereka terlibat dalam pelbagai

industri seperti elektronik dan kenderaan bermotor dengan modal keseluruhan sebanyak

RM1.6 bilion pada tahun 1998. Kesan daripada kemasukan FDI, kawasan-kawasan hutan

dimajukan untuk memberi ruang kepada pembangunan kawasan baharu, jalan raya, estet

perumahan dan lain- lain menyebabkan berlaku kemerosotan persekitaran bio-fizikal di

negara ini.

Selain daripada itu, migrasi antarabangsa akibat globalisasi ekonomi turut

menyebabkan buruh asing terutamanya dari Indonesia dan Bangladesh membina

pembangunan berselerak sebagai tempat tinggal mereka. Kawasan ini menyumbang kepada

pengumpulan dan pembuangan sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan sempurna. Bahan

Page 20: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

12

yang tidak terawat ini dibuang ke dalam sistem saliran dan sungai berhampiran

menyebabkan sungai-sungai tercemar. Antara kawasan yang terlibat ialah Sungai Langat,

Rawang, Sungai Buloh dan Hulu Selangor (Shaharudin, Lim dan Abdul Samad, 2004).

RUMUSAN

Globalisasi ekonomi adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Di mana-mana negara

pun, pemimpinnya berusaha sedaya-upaya untuk meletakkan negaranya dalam ruang

globalisasi atas nama kemajuan, pembangunan dan perpaduan. Dalam dunia kini, sesebuah

negara tidak dapat hidup sendiri seterusnya membangun sendirian. Malah, kerana hal ini

juga negara China yang mengamalkan dasar ekonomi tertutup, membuka tirainya demi

menjamin kelangsungan ekonomi negara tersebut.

Globalisasi bukan sahaja menuntut persediaan modal tetapi persediaan mental untuk

bersaing dengan negara-negara maju yang penuh muslihat. Selain daripada itu, globalisasi

turut membawa pelbagai masalah yang perlu ditangani dengan berhati-hati agar

kepentingan rakyat tidak terabai dan dalam masa yang sama hubungan diplomatik dengan

negara-negara lain (yang mencetuskan masalah) terpelihara. Kerana itu, negara membangun

dan negara- negara miskin perlu berhati-hati serta bijak menangani masalah yang muncul.

Malah negara- negara ini perlu bersatu dalam menghadapi karenah negara maju yang

kononnya bertindak atas nama keadilan tetapi sebenarnya memijak negara-negara

membangun dan miskin menggunakan undang-undang perdagangan antarabangsa.

Page 21: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

13

RUJUKAN

Abdul Rashid bin Maidan. (Mei, 2004). Ke arah penyertaan masyarakat Malaysia dalam

menghadapi cabaran globalisasi. Jurutera. Dicapai daripada

h tt p: / /d s p ace . uni m a p . e du . m y /d s p a ce / b i t s t r e a m /12 3 456789/13789 / 1/ C S to r y . p d f

Ahmad Farizal Hajat. (2 November 2012). AEON ambil alih operasi Carrefour. BH Online.

Dicapai daripada

h tt p: / /ww w 2 . bh a r i a n . c o m . m y /a r t i c l e s / A E O N a m b i l a li h o p e r a s i C a rr e f o u r / A r t i c l e /

Asuki Abas. (15 April 2001). Bencana globalisasi - pegangan ekonomi rakyat tempatan

akan terjejas. Utusan online. Dicapai daripada

h tt p: / /ww1 . u t u s a n . c o m . m y /u t u s a n / i n f o . a s p ? y = 20 0 1 & d t = 0415 & p u b = U t u s a n _ M a l a y s i a

& s ec= R e n c a n a & pg = r e _03 . h t m

Azlah Md Ali, Suaibah Abu Bakar, Rozeyta Omar & Syaharizatul Noorizwan

Mukhtar. (2003). Membina daya saing usahawan Melayu menyusur arus

globalisasi. Dipetik daripada h tt p: / /pu s t a k a 2 . up s i . e du . m y /ep r i n t s /359 / 1 / A z l a h % 20 M d

% 20Al i % 2 C % 20 S u a i b a h % 20

A b u % 20 B a k a r% 2 C % 20 R o z e y t a % 20 O m a r% 20d a n % 20 S y a h a r i za t u l % 20N o o r i z w a n % 2

0 M uk h t a r -

Page 22: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

14

% 20 M e m b i n a % 20D a y a % 20 S a i ng % 20U s a h a w a n % 20 M e l a y u % 20 M e n y u n s u r% 20 A r u s

% 20 G l o b a l i s a s i . p d f

Bernama. (4 Oktober 2011). Duti Anti-Lambakan akan dikenakan sekiranya

berlaku lambakan barangan import. BH Online. Dicapai

daripada h tt p: / /ww w 2 . bh a r i a n . c o m . m y /a r t i c l e s /Du t i A n t i -

L a m b a k a n a k a n d i k e n a k a n s e k i r a n y a b e r l a k u l a m b a k a n b a r a n g a ni m p o r t / A r t i c l e /

Bernama. (12 Ogos 2011). Perlukah Malaysia terlalu bergantung pada buruh asing? Majlis

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Dicapai daripada

h tt p: / / m a p o . b e r n a m a . c o m / n e w s . p h p ? i d = 607808

Bernama. (16 November 2014). Majikan ingkar hadapi tindakan. Borneo Post Online.

Dicapai daripada h tt p: / /ww w . t h e b o r n e o p o s t . c o m /2014 / 11/16 / m a j i k a n - i ngk a r-

h a d a p i - t i n d a k a n /

Bernama. (19 Mac 2014). MIDA yakin tarik pelaburan bernilai RM8 bilion. Berita Wilayah.

Dicapai daripada

h tt p: / /ww w . b e r n a m a . c o m / b e r n a m a / s t a t e _ n e w s / b m / n e w s . p h p ? i d = 102301 5 &c a t = s l

Dutch Lady Milk Industries Berhad. (t.t). Profil syarikat. Dicapai daripada

h tt p: / /ww w . d u t c h l a d y . c o m . m y / b m / h o m e . a s p ? p a g e =c o m p a n y & s u b p a g e = c o m p_p r o f il e

Er, A.C, Sivapalan Selvadurai, Ardieansyah, Asmadi & Hamzah Jusoh. (2011).

Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi local di Dumai, Riau,

Indonesia. Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 6. No. 2: 302 -

316. Dicapai daripada h t t p: / / c o r e . k mi . o p e n . ac . uk/d o wn l o a d/pd f /114 9 1693 . p d f

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (12 April 2010). Malaysia dan WTO.

Dicapai daripada

h tt p: / /ww w . m i t i . g o v . m y / c m s /c o n t e n t . j s p ? i d =c o m . t m s . c m s .s ec t i o n . S ec t i o n _ f d d f a 58 2 -

c 0 a 81573 - 78d578d5 - 8 b 2018 5 b

Mohd. Ayop Abd Razid. (4 Januari 2011). Transformasi selari tuntutan ekonomi.

Utusan Online. Dipetik daripada

h tt p: / /ww1 . u t u s a n . c o m . m y /u t u s a n / i n f o . a s p ? y = 20 1 1 & d t = 0104 & p u b = U t u s a n _ M a l a y s i a

&s ec=Re nca na &pg=r e_05. ht m

Norain Mat Lazim & Nooriah Yusof. (2012). Pelaburan langsung asing di Kedah dan daya

tarikan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Akademika 82(1): 31 - 47. Dicapai

daripada h tt p: / / j o u r n a l a r t i c l e . u k m . m y /5352 / 1/ A k a d e m i k a 8 2 ( 1 )% 2520 B a b % 2520 4-

L . pdf

Page 23: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

15

Nor Aini Haji Idris & Ishak Yussof. (2009). Ekonomi Malaysia ke arah pembangunan

seimbang. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Hasliza, Nur Izzati, Nur Dalila & Nik Malini. (2013). Globalisasi sebagai satu

kolonialisme bentuk baru dan kesan kepada ekonomi. International Conference

on Social Science Research, ICSSR 2013. Dicapai daripada

h tt p: / /wo r l d c o n f e r e n c e s . n e t /p r o cee d i n g s / i c s s r 2013/ t o c /310 % 2 0- % 20Nu r u l % 2 0 -

% 20G L O B A L I S A SI% 20 S E B A G A I% 20 S A T U % 20 K O L O N I A L IS M E % 20 B E N T U K %

20 B A R U % 20 D A N % 2 0 K E S A N % 2 0 K E P A D A % 2 0 E K O N O M I . p d f

Salawati Mat Basir. (2011). Perjanjian perdagangan di bawah WTO: isu-isu

yang mengundang ketidakadilan kepada negara-negara anggota OIC. Jurnal undang-

undang dan masyarakat. 15: 119 - 134. Dicapai

daripada h tt p: / /ww w . uk m . m y / j u u m / J U U M % 202011/ P e r j a nj i a n % 20 P e r d a g a n g a n % 20 d i

% 20 B a w a h % 2 0 W T O . p d f

Sieh Lee Mei Ling. (2007). Menangani cabaran dunia: strategi globalisasi di Malaysia.

Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Shaharudin Idrus, Lim Choun Sian & Abdul Samad Hadi. (2004).

Kemudahterancaman (vulnerability) penduduk terhadap perubahan guna tanah di

Selangor. Malaysian Journal of Environmental Management 5: 70-78. Dicapai

daripada h tt p: / / j o u r n a l a r t i c l e . u k m . m y /2198 / 1/2004_5_ S h a h a r ud d i n - 1 . pdf

Suparno, Darosy Endah H., Harlina Nurtjahjanti. (2014). Persepsi tenaga kerja

Indonesia terhadap pilihan kerja di luar negeri studi diskriptif calon tenaga kerja

Indonesia di BLKLN Propinsi Jawa Tengah. Dicapai

daripada

h tt p: / /ep r i n t s . u n d i p . ac . i d/39312 / 1/ P E R S E PSI _ T K I _ TE R H A D A P _ PI L I H A N _ K E R J A _

D I _ L U A R _N E G E R I . pdf

Utusan Online. (24 Oktober 2013). 2.1 juta pekerja asing disahkan berdaftar. Dicapai

daripada h tt p : / /ww1 . u t u s a n . c o m . m y /u t u s a n / P a r l i m e n/20131024 / p a _04/2 1 - j u t a - p e k e r j a-

a s i ng - d i s a h k a n - b e r d a f t a r

World Trade Organization. (2014). Understanding the WTO: who we are. Dicapai daripada

h tt p: / /ww w . w t o . o r g/e n g li s h/ t h e w to _ e / w h a t i s _ e / w h o _w e _ a r e _ e . h t m

Zunaidah Zainon. (25 Jun 2014). MIDA komited tarik pelaburan swasta. Utusan Online.

Dicapai daripada

h tt p: / /ww1 . u t u s a n . c o m . m y /u t u s a n / E k o n o mi /20140625 / e k_01 / M I D A - k o m i t e d - t a r i k -

p e l a b u r a n - s w a s t a

Page 24: GLOBASASI EKONOMI DAN POLITIK.docx

16