geografi tingkatan 3 kegiatan ekonomi luar bandar

Upload: haryani-ibrahim

Post on 09-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kegiatan Ekonomi Luar Bandar

TRANSCRIPT

Beliau berkata menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang bakal dibentangkan esok (21 Mei) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, program-program yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada menaikkan taraf kawasan luar bandar, malah masyarakatnya sendiri perlu merebut peluang pekerjaan di kawasan mereka."Harapan saya supaya RMK11 ini bukan hanya dimuatkan dengan program dari segi penyampaian, malah dapat ditambah baik dari segi adunan dasar dan perancangan kawasan luar bandar yang dapat kita pertingkatkan bukan hanya kawasannya sahaja, malah dari sudut pembinaan insannya seperti pembabitan penduduknya merebut peluang pekerjaan."Bahkan juga kegiatan ekonomi perlu kita padatkan di kawasan luar bandar bagi mengelakkan para belia berhijrah ke bandar-bandar dapat juga kita jayakan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian dan penyerahan Bantuan Persekolahan Biro Pelajaran Pemuda Umno Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.Beliau berkata Malaysia, yang menuju ke arah negara maju sudah pasti akan menjadikan kawasan luar bandar sebagai faktor kepada pembukaan peluang pekerjaan yang tinggi pada masa depan.Dalam perkembangan lain, sejumlah RM500,000 bantuan berupa beg sekolah diberikan kepada 10,000 pelajar kurang bernasib baik dari 87 kawasan Parlimen di seluruh negara menerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno Malaysia.Bantuan Persekolahan berkenaan dianjurkan bersama Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia akan disalurkan menerusi ketua pemuda bahagian masing-masing untuk diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di bandar dan luar bandar yang dikenal pasti layak menerima bantuan.Turut hadir, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara Datuk Abdul Karim Mustafa. Bernama, 20 Mei, 2015.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kegiatan-ekonomi-luar-bandar-perlu-dipadatkan-untuk-kurangkan-belia-berhijr#sthash.02sUEXG9.dpbs

Pembangunan Luar Bandar Dipadatkan Dengan Kegiatan Ekonomi Shafie ApdalSEREMBAN, 10 Sept Pembangunan kawasan luar bandar pada masa depan akan dipadatkan dengan kegiatan ekonomi bagi meningkatkan daya upaya usahawan khususnya Bumiputera, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Beliau berkata selain melatih dan membantu usahawan, turut akan ditekankan ialah mewujudkan lebih banyak premis perniagaan untuk mengalakkan anak-anak muda luar bandar menceburi bidang perniagaan untuk mengelakkan mereka berhijrah ke bandar.Di samping itu, kita dapat memperkasakan pewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)270 buah mini RTC di seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Kasih Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.Katanya penyaluran maklumat pembiayaan perniagaan dan cara mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Mara kepada rakyat juga akan dipergiatkan.Pada tahun lalu kita lakukan pelbagai inisiatif dalam kalangan belia yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Langkah ini dibuat supaya kita dapat galakkan dan tingkatkan penyertaan anak-anak muda dalam bidang perniagaan, katanya.Shafie berkata kementeriannya juga akan memastikan di masa depan, penyusunan dan pengurusan pembangunan luar bandar diadakan dengan kerjasama rapat kerajaan negeri untuk memastikan masyarakat luar bandar mendapat pelbagai bantuan yang mereka perlukan.Bantuan ini pelbagai, bukan hanya dalam konteks pembinaan seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, baikpulih rumah dan sebagainyakita tunggu Belanjawan 2014 yang sudah kita pohon.Saya yakin bahawa bukan setakat tuntutan daripada kita (KKLW), malah dalam manifesto pilihan raya umum yang ke-13 baru-baru ini pun contohnya kita janji pembinaan jalan raya lebih 6,000 kilometer di Semenanjung, di Sarawak 2,800 kilometer dan di Sabah 2,500 kilometer dalam jangka masa lima tahun,.Beliau berkata sebenarnya banyak inisiatif termasuk janji dalam menifesto akan dilaksanakan oleh kementeriannya dan kementerian lain yang akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk di luar bandar.http://www.umno-online.my/2013/09/10/pembangunan-luar-bandar-dipadatkan-dengan-kegiatan-ekonomi-shafie-apdal/DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDARLatar BelakangSemasa membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen pada 29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki keadaan hidup penduduk-penduduk luar bandar. Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar bandar telah diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan. Dalam ertikata luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah merujuk kepada lokasi dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada kawasan-kawasan di mana terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk miskin di kampung-kampung baru dan estet-estet. Membangunkan masyarakat miskin sedemikian adalah merupakan pembangunan luar bandar.Untuk menegaskan lagi pencapaian matlamat ini, Y.A.B. Perdana Menteri telah memanggil satu mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan pada 10hb April, 1984 dengan tujuan menegaskan lagi komitmen Kerajaan serta membuktikan halacara baru dalam pembangunan luar bandar. Halacara baru ini adalah merupakan 'concerted effort' pihak Kerajaan dalam kesungguhannya bekerja bagi memperbaiki masyarakat luar bandar.RasionalDasar ini adalah berasaskan kepada:(a) Ekoran daripada hasrat Kerajaan untuk melatih dan memupuk pemahaman di kalangan masyarakat kampung mengenai aspek-aspek pelaburan yang merangkumi konsep kos pulangan dan keuntungan;

(b) Penyemaian pengetahuan kepada penduduk-penduduk di luar bandar supaya mereka dapat menganggap bahawa wang bukan sahaja sebagai satu medium pertukaran tetapi juga alat pelaburan. Oleh itu, adalah didapati perlu mengubah keadaan masyarakat desa supaya menjadi lebih monetised;

(c) Di zaman moden ini, tidak lagi boleh diterima sistem 'peasantry' atau sistem di mana petani cuba menampung sara hidup dengan memiliki dan mengerjakan tanah sebesar 'kankang kera'. Kerajaan berpendapat bahawa masyarakat petani tidak wajar dijadikan mangsa kepentingan strategi makanan negara. Mereka hendaklah dipelihara daripada nasib yang buruk ini dengan kesanggupan mereka menukar, secara beransur-ansur cara dan pergantungan mereka kepada pengeluaran padi; dan

(d) Tujuan untuk mengatasi masalah saiz kebun yang tidak ekonomik dalam mana sistem pertanian kecil-kecilan diubah kepada sistem pelaburan besar-besaran, teratur dan berbentuk perniagaan.

ObjektifDasar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa dan memudahkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan serta lain-lain prasarana. Matlamat dasar ialah untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk di kalangan penduduk tersebut semangat berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri dalam usha ekonomi yang menguntungkan.Aspek-Aspek DasarHalacara baru ini melibatkan tiga aspek iaitu:(i) Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi kebun-kebun kecil dan bendang-bendang;

(ii) Perwujudkan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian; dan

(iii) Pengelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara teratur untuk membibitkan pusat-pusat pertumbuhan baru.Strategi PelaksanaanStrategi perlaksanaan yang dikemukakan ialah mengadakan program pertanian berkelompok dan pengumpulan kampung-kampung yang berdekatan untuk dijadikan bandar kecil. Pesawah-pesawah akan mencantumkan tanah mereka yang sebelah menyebelah untuk dijadikan estet-estet padi. Estet-estet padi ini akan diselenggarakan oleh koperasi. Pengurus-pengurus estet akan dilatih oleh Kerajaan dan dibayar gaji oleh koperasi pemilik tanah. Jentera-jentera juga akan dimiliki oleh koperasi estet. Pemilik tanah akan mendapat saham dalam estet mengikut saiz tanah mereka sebagai peraturan daripada saiz estet. Sementara sawah mereka disatukan dan diurus sebagai estet, peserta sesuatu skim akan ditempatkan semula dalam satu kawasan yang sesuai dalam estet itu. Oleh kerana rumah-rumah yang akan diwujudkan tidak akan dibazirkan.Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan lain-lain. Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik dan pejabat pos akan diadakan. Industri kecil yang sesuai dengan sumber alam tempatan akan dikenalpasti dan didirikan. Dalam ertikata lain bandar-bandar kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya.Jabatan perancang Bandar dan desa telah mengemukakan cadangan mengenai pendekatan bagi mengelompokan kampung-kampung tradisi mengikut lima model iaitu:(i) Model pemusatan;(ii) Model tarikan;(iii) Model gabungan;(iv) Model pengembangan; dan(v) Model perubahan.PenutupAdalah menjadi penghargaan Kerajaan bahawa halacara baru ini akan dapat mengurangkan masalah kemiskinan yang masih mengkongkong penduduk-penduduk luar bandar. Menerusi pendekatan baru ini, penduduk-penduduk desa tidak sahaja akan menikmati perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan moden tetapi juga berpeluang untuk mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka. Kejayaan halacara baru ini akan banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dan juga penduduk-penduduk desa selaku Kumpulan Sasarannya. Peranan komunikasi dan perhubungan awam dalam mendapatkan penerimaan Kumpulan Sasaran ini adalah syarat utama yang akan menentukan kejayaan halacara baru ini.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1378-dasar-halacara-baru-dalam-pembangunan-kampung-dan-luar-bandar.htmlARKIB : 04/05/2012Kegiatan ekonomi luar bandar rapat jurang pendapatan - MuhyiddinPAGOH 4 Mei - Kawasan luar bandar kini turut menjadi tumpuan pembangunan ekonomi melalui Program Transformasi Luar Bandar untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kampung-kampung dalam usaha kerajaan merapatkan jurang pendapatan dengan kawasan bandar.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masyarakat desa perlu merebut peluang yang disediakan dalam program tersebut melalui industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro kerana ia berpotensi menjana pendapatan tinggi seperti di bandar."Perkara ini harus diberi tumpuan, zaman sudah berubah di mana kampung-kampung juga boleh menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat yang tidak tertumpu kepada pertanian sahaja tetapi dikembangkan kepada skala lebih besar seperti penghasilan produk makanan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Tanggungjawab Korporat (CSR) SME Bank di Balai Raya Kampung Kurnia Sakti, di sini hari ini.Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 50 keluarga miskin, wang tunai RM10,000 kepada dua mangsa kebakaran dan 40 unit komputer bagi menjayakan Pusat Komputer 1Malaysia di balai raya itu. - UTUSAN

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120504/dn_29/Kegiatan-ekonomi-luar-bandar-rapat-jurang-pendapatan---Muhyiddin#ixzz3dmHeVYlF Utusan Melayu (M) Bhdhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120504/dn_29/Kegiatan-ekonomi-luar-bandar-rapat-jurang-pendapatan---Muhyiddin