geografi tingkatan 2:...

Download Geografi Tingkatan 2: PETEMPATANgeo2aa-adilah.blogspot.com/2009/09/petempatan-petempatan...2009/09/24 · 2.Faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini ialah fungsi,saiz

If you can't read please download the document

Upload: hoangdang

Post on 03-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Geografi Tingkatan 2: PETEMPATAN

skip to main | skip to sidebar

HomeTemplatesGalleryForumAbout UsContact Us

Thursday, September 24, 2009

PETEMPATAN

Posted byad!lahat5:49 AM

PETEMPATANPETEMPATAN AWAL

1.Petempatan adalah suatu tempat tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain melalui pelbagai aktiviti.2.Petempatan awal di dunia bermula di Lembah Sungai Tigris-Euphrates.Lembah Sungai Nil,Lembangan Sungai Indus dan Lembangan Hwang He.3.Lokasi petempatan awal terdapat di lembangan sungai,lembah sungai,muara sungai kaki bukit,pinggir laut dan gua.4.Faktor-faktor mempengaruhi petempatan adalah:--sumber air -bekalan makanan-keselamatan -kedudukan yang strategik -tanah pamah -kemudahan pengangkutan5.Di negara Malaysia,tapak petempatan awal terletak di gua,bukit,pinggir pantai,delta,muara sungai dan tanah pamah.6.Petempatan awal di Malaysia tertumpu di Lembah Bujang(kedah), Kota Tampan(Perak), Melaka,Johor Lama(Johor) dan Gua Niah(Sarawak).

Jenis Petempatan 1.Terdapat dua jenis petempatan iaitu petempatan luar bandar dan petempatan bandar.2.Faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini ialah fungsi,saiz penduduk dankeadatan penduduk.3.Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar ialah bentuk muka bumi,sumber air,kegiatan ekonomi,dasar kerajaan,ketersampaian dan tanih.

a)Bentuk muka bumi-Tanah pamah yang rata dan landai sesuai dijadikan pertanian dan petempatan.-Kawasan beralun sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit.-Kawasan tanah tinggi sesuai untuk penanaman hawa sederhana.-Kawasan yang rendah dan berpaya tidak sesuai dijadikan tapak petempatan kerana berpaya,dan mudah mengalami banjir.

b)Sumber air-Terletak di tepi sungai dan pantai senang memperolehi sumber air untuk kegunaan hari dan jalan air semulajadi.-Sumber protein diperoleh daripada sungai dan tasik.-Air sungai boleh digunakan untuk pengairan.-Sungai menyediakan pengangkutan dan perhubungan.

c)Tanih-Tanih aluvium subur untuk penanaman padi.-Tanih laterit yang beralun dan bersaliran baik yang sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.-Tanih berpasir sesuai untuk tanaman kelapa.

d)Kegiatan ekonomi-Kawasan pertanian seperti kawasan penanam padi di Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan,Tanjung Karang di Selangor dan Paya Besar di Pahang.-Kegiatan perikanan di pinggir pantai menggalakkan petempatan.-Perlombongan bijih besi di Kuala Rompin.-Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing, Pahang.

e)Ketersampaian-Tahap ketersampaian bermaksud keadaan sama ada mudah untuk sampai ke suatu tempat.-Ptempatan luar bandar terletak sepanjang pinggir pantai dan sungai kerana mudah dihubungi.-Contoh KApit dan Song di tebing Sungai Rajang.

f)Rancangan kerajaan-Rancangan pembangunan tanah seperti FELDA telah diwujudkan petempatan terancang di luarbandar.-Mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah.-Kemudahan asas seperti jalan raya,bekalan air dan elektrik disediakan.-Contoh FElda Gugusan Sahabat di Sabah,Jengka Segi Tiga di Pahang,Felda Air Tawar dan Kota Tinggi di Johor.

POLA PETEMPATAN1.Pola petempatan merujuk kepada corak susun atur bangunan.2.Susun atur bangunan atau rumah sesuatu petempatan adalah berbeza dan mempunyai corak yang berbeza.3.Terdapat beberapa jenis pola petempatan iaitu :-

POLA PETEMPATAN BERSELERAK-terbentuk apabila rumah dan bangunan dibina berselerak dan berjauhan di antara satu sama dengan yang lain.-dapat dihubungi melalui lorong kaki atau denai.-terdapat di kebun kecil getah,pinggir hutan dan kebun sayur.

POLA PETEMPATAN BERPUSAT-mempunyai tanda panduan-bangunan dibina rapat-rapat di sekeliling tumpuan.-terdapat banyak kemudahan seperti pejabat daerah,rumah ibadat,sekolah,balai polis dan pejabat pos.

POLA PETEMPATAN BERJAJAR-di bina sepanjang jalan raya,sepanjang jalan kereta api,pinggir pantai,di sepanjang terusan,di sepanjang permatang pasir,di sepanjang tetambak.

POLA PETEMPATAN BERKELOMPOK-kurang padat berbanding dengan petempatan berpusat.-terdapat di muara sungai,simpang jalan,ladang getah atau ladanh kelapa sawit,perkampungan nelayan.

http://www.scribd.com/doc/18866762/geografi-soalan

0 Comments:

Post a Comment

Newer Post

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blog Archive

2009(2)

September(2)PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWALPETEMPATAN

About Me

ad!lah**Noor Adilah Yasmin****FrIeNdLy**

View my complete profile

Followers

Search

Copyright Underground 2. All rights reserved.

Blogger template created by Templates Block | I AM YOUTH

Wordpress theme by TemplateMo