geografi form 3 pt3 2014 pengenalan 5 jenis pencemaran

8
← ISU-ISU ALAM SEKITAR rujukan http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/23/ pencemaran-alam-sekitar/ pengenalan PENCEMARAN ALAM SEKITAR Posted on August 23, 2010 by tcy88 Pengenalan Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen- projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda- benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam : 1. Pencemaran udara 2. Pencemaran air

Upload: zambrisaid-ahmad

Post on 21-Jul-2016

166 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pencemaran udaraPencemaran airPencemaran lautPencemaran bunyiPencemaran tanahPencemaran habaPencemaran sungai dan kolam

TRANSCRIPT

Page 1: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

← ISU-ISU ALAM SEKITARrujukanhttp://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/23/pencemaran-alam-sekitar/pengenalan

PENCEMARAN ALAM SEKITARPosted on August 23, 2010 by tcy88

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin  mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

1. Pencemaran udara2. Pencemaran air3. Pencemaran laut4. Pencemaran bunyi5. Pencemaran tanah6. Pencemaran haba7. Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi

Page 2: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.

1. Pencemaran Udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 – Pencemaran udara

Page 3: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

2. Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.

Rajah 1.2 – Pencemaran Air

3. Pencemaran laut

Page 4: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.

MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut  di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut.

Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.

Rajah 1.3 – Pencemaran laut

4. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang

Page 5: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.

Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik

dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

Rajah 1.4 – Pencemaran tanah

5. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Punca-punca pencemaran ini ialah :

Page 6: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran

ini. Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini

datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.

Rajah 1.5 – Pencemaran Bunyi

Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Page 7: geografi form 3  pt3 2014 Pengenalan 5 Jenis Pencemaran

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.