generasi al-quran yang unik

Upload: adam

Post on 30-May-2018

285 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Generasi Al-Quran Yang Unik

    1/4

    tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu

    tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di

    zaman Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam.Ini adalah satu hakikat yang sememangnya berlaku

    dan di sebaliknya terkandung maksud-maksud yang

    tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan

    dengan bersungguh-sungguh, agar kita dapatmenyelami rahsianya.

    Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah

    SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan petunjuk-petunjuk

    daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang muliaitu juga masih ada di samping kita, seperti yang

    telah ada bersama-sama dengan generasi yang

    terdahulu itu, tidak terjejas oleh perjalanan sejarahdan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya

    diri peribadi Rasulullah SallaLlahu 'alaihiWasallam sahaja yang tiada bersama-sama kitasekarang. Adakah ini rahsianya?

    Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah SallaLlahu

    'alaihi Wasallam itu menjadi syarat mutlak untuk

    Generasi Al-Quran yang Unik______________________________________________

    Bagaimana

    interaksi anda dengan Al-Quran?

    Generasi Al-Quran yang Unik

    .

    DKalaulah wujudnya peribadi

    Rasulullah SallaLlahu 'alaihi

    Wasallam itu menjadi syarat

    mutlak untuk kejayaan

    dakwah ini, maka sudah

    tentu Allah Subha Nahu WaTa'ala tidak menjadikan

    dakwah ini meliputi seluruh

    umat manusia dan tidak

    dijadikannya (Nabi

    Muhammad SallaLlahu

    'alaihi Wasallam) sebagai

    utusan-Nya yang terakhir,

    serta tidak diserahkan hal ini

    (menegakkan Islam) untuk

    diurus oleh manusia hingga

    ke akhir zaman.

    akwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi

    sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, Ridwanullahi

    alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarahIslam dan sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Generasi itu tidak

    pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat jugabeberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi

    EB A H A N B A C A A N

    T A Z K I R A H

  • 8/14/2019 Generasi Al-Quran Yang Unik

    2/4

    Generasi Al-Quran yang Unik______________________________________________

    kejayaan dakwah ini, maka sudah tentu

    Allah Subha Nahu Wa Ta'ala tidakmenjadikan dakwah ini meliputi seluruh

    umat manusia dan tidak dijadikannya

    (Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi

    Wasallam) sebagai utusan-Nya yangterakhir, serta tidak diserahkan hal ini

    (menegakkan Islam) untuk diurus oleh

    manusia hingga ke akhir zaman. TetapiAllah Subha Nahu Wa Ta'ala telah

    mewafatkan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi

    Wasallam setelah 23 tahun bagindamenjalankan tugas berdakwah dan

    menyampaikan perutusan Ilahi, dan Allah

    Subha Nahu Wa Ta'ala telah memberi jaminan untuk memelihara Al-Quran dan

    menegaskan akan memelihara agama-Nyahingga hari kiamat. Ini adalah kerana

    Allah mengetahui bahawa dakwah ini boleh tegak selepas zaman Rasulullah

    SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan juga

    boleh membuahkan hasil yang baikDengan demikian, ketiadaan peribadi

    Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu

    tidak boleh dijadikan alasan di ataskegagalan dakwah di zaman ini.

    Maka, kita perlu menyelidiki sebab lainyang menjadi punca kegagalan itu. Marikita lihat kepada sumber pengambilan

    generasi pertama itu. Kemudian kita lihat

    pula kepada program dan jalan yang telahdilalui mereka, barangkali ada sesuatu

    yang berlainan dan berbeza.

    Sumber pokok yang dicedok oleh

    generasi pertama itu ialah Al-Quran,

    dan HANYA Al-Quran sahaja. Hadis

    Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallamdan petunjuk-petunjuk beliau adalah

    merupakan penafsiran kepada sumber

    utama itu. Ketika Saidatina AisyahRadhiallahu'anha ditanya mengenai

    kelakuan, perangai dan perjalanan hidup

    Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam,

    maka beliau menjawab; (yang

    bermaksud); "Akhlak baginda itu ialah Al-

    Quran."[Riwayat An-Nasai]

    Bukanlah disebabkan ketiadaan tamadun

    dan kebudayaan duniawi pada zamantersebut yang menyebabkan generasi

    pertama itu hanya mencedok daripada Al-

    Quran sahaja sebagai sumber didikanmereka, tetapi ialah justeru penyusunan

    yang telah ditentukan dan program yang

    telah diatur oleh Allah Subha Nahu WaTa'ala. Dalil yang terang tentang hal ini

    ialah kemurkaan Rasulullah SallaLlahu

    'alaihi Wasallam ketika melihat SayyidinaUmar Al-Khattab r.a. memegang sehelai

    kitab Taurat. Sabda baginda; "Demi Allah, sekiranya Nabi Musa masih hidup

    bersama-sama kamu sekarang, tidak ada

    pilihan baginya melainkan mesti mengikut

    ajaranku."[Riwayat Abu Ya'la]

    Tetapi apakah yang berlaku kemudiannya?

    Sumber panduan bagi generasi kemudian

    rupanya telah bercampur baur! Sumbermereka telah dicemari oleh falsafah

    Yunani (Greek), cara berfikir dan

    logiknya, dongeng-dongeng Parsi danpandangan hidupnya, cerita-cerita IsrailiatYahudi dan juga telah dimasuki oleh saki

    baki peninggalan tamadun zaman lampau.

    Inilah faktor utama yang menyebabkangenerasi berikutnya berlainan sama sekali

    dengan generasi yang pertama yang

    unggul itu.Di sana ada satu lagi faktor asas selain

    daripada percampuran sumber, iaitu

    berbezanya cara menerima pengajaran

    antara generasi para sahabat RasulullahSallaLlahu 'alaihi Wasallam dengan

    generasi-generasi kemudiannya.

    Generasi pertama para sahabat RasulullahSallaLlahu 'alaihi Wasallam tidak

    mendekatkan diri mereka dengan Al-

  • 8/14/2019 Generasi Al-Quran Yang Unik

    3/4

    Quran dengan tujuan mencari pelajarandan bahan bacaan, bukan juga dengan

    tujuan mencari hiburan dan berpanglipur

    lara. Tiada seorang pun daripada merekayang belajar Al-Quran dengan tujuan

    menambah bekal dan bahan ilmu semata-

    mata untuk ilmu dan bukan juga dengan

    maksud menambah bahan ilmu danakademi untuk mengisi dada mereka

    sahaja. Tidak juga dipelajari Al-Quran

    untuk mencari pengetahuan tambahanataupun arahan tambahan dalam satu

    majlis pengajian atau suatu majlis

    taklimat. Tetapi dipelajari Al-Quran itu

    dengan maksud hendak belajar tentangarahan dan perintah Allah dalam

    urusan hidup peribadinya dan hidup

    masyarakat mereka. Dan dia belajar

    untuk dilaksanakan serta merta, seperti

    seorang perajurit yang menerima arahan.

    Dasar "belajar untuk melaksanakan terus"

    merupakan faktor utama membentuk

    generasi pertama dahulu, manakala dasar"belajar untuk membuat kajian dan bahan

    panglipur lara" merupakan faktor penting

    yang melahirkan generasi-generasikemudian. Dan tidak syak lagi bahawa

    faktor kedua inilah yang merupakan sebab

    utama mengapa generasi-generasi yang

    terkemudian berlainan sama sekali dengangenerasi pertama para sahabat Rasulullah

    SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

    Al-Quran ini tidak diturunkan sekaligus,

    malah ia diturunkan mengikut keperluan-

    keperluan yang sentiasa berubah,mengikut perkembangan fikiran dan

    pandangan hidup serta suasana tertentu

    dan peristiwa khusus dan untuk

    membongkar isi hati manusia, untukmenggambarkan urusan yang mereka

    hadapi, dan menggariskan program kerja

    mereka, juga untuk memperbetulkan

    kesilapan perasaan dan perjalanan hidup,supaya mereka sentiasa merasa terikat

    dengan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala setiap

    masa dan dalam semua keadaan dansuasana. Al-Quran diturunkan secara

    beransur-ansur bagi mengajar mereka

    mengenal Allah Subha Nahu Wa Ta'ala

    melalui sifat-sifatNya dan juga melaluibukti-bukti perkembangan dan perubahan

    alam. Dengan demikian, mereka akan

    merasakan bahawa diri mereka sentiasaterikat kepada Allah Subha Nahu Wa

    Ta'ala dan tertakluk kepada pemerhatian

    Ilahi. Pada ketika itu, mereka merasakan

    bahawa mereka sedang hidup di bawahpengawasan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala

    secara langsung.

    Di sana ada satu lagi faktor yang mesti

    diperhati dan dicatat dengan sebenar-

    benarnya.

    Seorang yang telah menganut Islam itu

    sebenarnya telah melucutkan daripada

    dirinya segala sesuatu dari zaman

    lampaunya di alam jahiliyah. Dia

    merasakan ketika dia mula menganutIslam bahawa dia memulakan episod baru

    di dalam hidupnya; memisahkan dirinya

    sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang

    lampau di zaman jahiliyah. Dia merasakanbahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah

    dahulu adalah kotor dan tidak sesuai

    dengan ajaran Islam. Dengan perasaaninilah dia menerima hidayah dan petunjuk

    Islam yang baru itu. Sekiranya pada

    ketika-ketika yang tertentu, dia terdorongoleh nafsunya, atau merasa tertarik dengan

    kebiasaannya yang lama, atau merasa

    lemah di dalam menjalankan tugas dan

    kewajipan keIslamannya, nescaya dia akanmerasa amat bersalah dan berdosa, dan

    dari lubuk hatinya merasakan perlu untuk

  • 8/14/2019 Generasi Al-Quran Yang Unik

    4/4

    membersihkan dirinya daripada apa yangberlaku; lalu berusaha sedaya upaya untuk

    mengikuti panduan yang digariskan oleh

    Al-Quran.

    Rujukan: Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed

    Qutb