gendang melayu sarawak bm

Upload: siti-nadia

Post on 07-Jul-2015

327 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Gendang Melayu Sarawak Pengenalan Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang. Apakah Bergendang? Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang. Pada majlis itu, kaum wanita akan ditempatkan 'di balik tadbir' (langsir atau kain batik) iaitu sempadan yang memisahkan lelaki dan wanita. Mereka duduk sejajar atau kelompok secara berselerak mengikut keselesaan masingmasing.

1

Seh Gendang Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil "tukang gendang" atau "seh gendang". Kaum lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang dan topeng dengan keizinan tuan rumah. Menopeng Istilah "menopeng" sebenarnya bermaksud bermain topeng. Ini bermakna ketika menari, masyarakat Melayu Sarawak zaman dahulu memakai topeng. Untuk menggantikan topeng yang sebenamya, lelaki yang menari tadi menutup keseluruhan muka dan badannya dengan kain batik atau pelikat. Pasangannya juga memakai topeng. Bertandak Kadang-kadang aktiviti ini disebut sebagai "bertandak". Bertandak bermaksud menari. Demikian sesetengah tempat menyebutnya sebagai bertandak. Oleh kerana mereka menari dengan menutup muka, maka penari-penari lelaki tadi disebut sebagai "topeng". Sebutan ini kekal hingga ke hari ini. Tujuan penari lelaki menari dengan menutup muka dan badan mereka ialah untuk menyembunyikan identiti masing-masing. Sesetengah mereka memang pemalu dan segan untuk memperaga diri di khalayak ramai apatah lagi sambiI menari. Dia cuma dapat melihat seh gendang dan anak dara lain di balik tabir melalui celah-celah kain tadi. Bagi yang tidak begitu pemalu, mereka akan menari dalam keadaan biasa-terbuka.

2

Fungsi Gendang Melayu Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan. Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang. Bila bergendang? Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu; Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru. Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat. Untuk bersikap adil, majlis bergendang diadakan pada sebelah malamnya, khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada siangnya. Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang. Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi "disandingkan" di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan. Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang diadakan, bukan sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak yang berkhatan tadi dapat berjaga. Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Pada waktu siang, kanak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga mereka.3

Bergendang sebelum majlils perkahwinan Biasanya, di kampung-kampung Melayu, semangat bergotong-royong masih kental. Kerja-kerja di majlis kenduri dikendalikan secara gotong-royong tanpa sebarang upah. Bahkah ia menjadi satu keseronokan. Seminggu sebelum majlis perkahwinan, telah diadakan aktiviti berduruk atau bergotong-royong. Pemuda-pemudi akan bergotong-royong mencari kayu di hutan untuk membuat bale atau balai, tempat memasak, mengetong atau menongkat rumah, mencari kayu api, meminjam peralatan dan sebagainya. Kaum wanita pula bergotong-royong mengunting kelambu dan mendirikan pelamin. Untuk memeriahkan majlis serta menghilangkan keletihan, majlis bergendang akan dilangsungkan pada sebelah malamnya. Sehari sebelum majlis persandingan, pemuda-pemudi akan berkumpul di rumah pengantin perempuan atau pengantin lelaki untuk membuat persiapan. Mereka akan melapah lembu, memotong ayam, mengupas bawang, menggilis kari, mengukur nyiur dan sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan beramai-ramai. la amat meletihkan tetapi seronok. Untuk menghilangkan rasa mengantuk, letih dan bosan, majlis bergendang atau menopeng diadakan. Pemuda-pemuda yang bekerja tadi akan bertandak atau menari sekali-sekala untuk melepaskan penat dan bosan. Selepas itu, mereka akan menyambung semula kerja sambil rakan lain pula bertandak. Dengan cara ini, kerja-kerja akan cepat beres dan rasa bosan dapat dielakkan. Majlis akan diteruskan sehingga kerja-kerja yang dilakukan itu selesai. Bergendang pindah ke rumah baru Rumah orang Melayu dahulu dibina dengan kayu. Selain memberi kesempatan untuk muda-mudi bersuka ria pada malamnya, kerana tidak terlibat secara total ketika majlis doa selamat diadakan pada waktu siang tadi, majlis bergendang mempunyai tujuan lain. Salah satu sebab mengikut orang tua-tua adalah untuk menguji ketahanan rumah tersebut. Pemuda yang menari ini agak lincah juga walaupun tidak selincah tarian muda-mudi pada zaman sekarang. Ketika menari, kita akan berasa rumah itu bergoyang kerana binaannya kurang kukuh (utuh). Sekiranya binaan utuh dan mempunyai semar yang cukup rumah itu tidak akan bergoyang dengan kuatnya. Inilah tujuan lain majlis itu diadakan.

4

Bergendang sebagai majlis publisiti Selain itu, bergendang juga diadakan untuk mengongsikan sesuatu kejayaan bersama-sama jiran tetangga. la membolehkan semua orang gembira dengan apa saja kejayaan yang diraih. Kejayaan ini termasuklah bertunang, mendapat laba atau anak baru dan sebagainya. Selalunya ia diadakan setelah doa selamat selesai dibaca. Dengan ini, masyarakat sekitar akan maklum tentang perkara yang berlaku di dalam kampung sekaligus berkongsi kegembiraan tersebut. Peralatan Bergendang i. Gendang : Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian, menggeris, tanjan dan tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang disimpai atau diketatkan dengan rotan dan sidak. ii. Sidak: Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar bunyi gendang itu kuat ketika dipukul. Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambing akan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga yang menggunakan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar diperolehi. iii. Biola : Biola diperlukan sekiranya ada penggesek. iv. Akordian : Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada atau tidak ada yang mahir menggesek biola. v. Gong : Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk berpadu irama dengan paluan gendang. vi. Tabir :

5

Tali yang direntang melintang untuk meyidai kain batik atau sebagainya, bagi menyempadani kaum wanita dan lelaki. Tabir ini dua tingkat. Tingkat pertama setinggi tiga kaki dari lantai untuk menutup bahagian bawah. Tingkat kedua menutup bahagian atas dengan memberi ruang dua hingga tiga kaki di antaranya, untuk melihat apa yang berlaku di dalam atau di luar tabir. Bagaimanapun, keadaan tabir berubah mengikut masa. Pada zaman dahulu, tabir ini tidaklah terbuka begitu luas. Di antara tabir atas dan tabir bawah, cuma sekaki jaraknya. Pemandangannya juga begitu terhad. Tetapi selepas hari ini, ruang itu semakin luas. Tertib Bergendang Bergendang mempunyai tertibnya tersendiri. Sekiranya kita melanggar tertib atau peraturan ini, kita dianggap kurang sopan dan boleh menimbulkan perselisihan. a. Memulakan majlis Majlis dimulakan dengan seh gendang dan penggesek biola mengalunkan irama tanpa pantun. Ketika inilah topeng boleh mula masuk bertandak. Apabila topeng sudah bertandak, seh gendang akan melafazkan pantun. Biasanya pantun akan ditujukan kepada topeng yang masuk menari tadi. Contohnya: Api apa di Tanjung Batu, Api Pak Jenal tukang perahu, Anak sapa bertandak itu, Rupa kenai nama sik tau. b. Memotong giliran Apabila ada pasangan lain yang hendak masuk menari, mereka mesti masuk secara betul. Kalau silap, mereka mungkin menimbulkan perselisihan faham. Biasanya pasangan baru boleh memotong apabila pantun sudah habis rangkapnya. Jangan memotong ketika seh gendang belum habis pantunnya iaitu ketika beliau melafazkan pembayang maksud pantun. Contohnya pantun ini: Asam paya buah di hutan, Dalam sepompong masak sebiji, Sungguh kacak wajahmu tuan, Dalam kampung payah dicari.6

Sekiranya kita potong di tengah-tengah pantun ini, pasangan pertama tadi akan berkecil hati kerana pantun itu ditujukan khas untuk mereka. Apabila hendak memotong, kita mesti bertepuk tangan sebagai isyarat hendak memotong. Pasangan pertama akan tahu ada orang hendak memotong dan mereka mula beredar. Ia juga sebagai isyarat kepada seh gendang agar menukur pantun untuk topeng yang baru masuk. c. Cara Menari Terdapat pelbagai cara menari ketika menopeng. Cara biasa ialah melangkah ke hadapan dan ke belakang serentak, bagi pasangan yang menari dengan tangan dihayun secara sederhana seperti dalam rajah A. Apabila salah seorang pasangan mahu menukar posisi, dia akan membell isyarat kepada rakannya dengan menggangkat bahagian sikunyatinggi sedikit sambil berpusing. Ada kalanya, pasangan itu akan memberi isyarat untuk berpusing dengan dia melangkah ke arah bertentangan seperti rajah B.

Apabila rakan kita menukar cara bertandak, pasangannya mesti mengikut agar tampak seragam. Kadang-kala rakannya mengubah langkah dengan bercekak pinggang sambil menyembang dan membongkok seperti kapal berpusing, pasangannya mesti ikut sarna. Sejenis tarian yang agak menarik ialah tandak sasi. Tandak sasi dilakukan dengan meletakkan kedua-dua belah tangan bersilang ke belakang sambil penari membongkok. Mereka akan berpusing separuh bulatan ke kiri dan kanan dan kadangkadang satu bulatan penuh secara bertentangan dengan pasangan mereka.7

Mereka bersiuk ke kanan dan ke kiri seperti ayam jantan yang hendak bersabung. Tumit kasut dengan hujung kasut dihentak berselang-seli dengan cepat dan berbunyi kuat tetapi penuh tertib untuk mengiringi rentak gendang. Ada kalanya mereka bercekak pinggang. d. Menyidak Gendang Sebelum majlis bergendang bermula, gendang perlu disidak atau ditegangkan. Ada kalanya doa dibaca ketika menyidak gendang, khusus untuk menghindari majlis daripada segala rintangan. Gendang yang dipalu atau dipukul oleh seh gendang akan menjadi lembik setelah berjam-jam dipalu. Untuk menengangnya, seh gendang menyuruh salah seorang topeng menyidaknya semula. Di sinilah topeng mesti ada kemahiran. Sekiranya gendang yang disidak tadi lembik bunyinya apabila dipukul, ia akan memalukan topeng tadi. Topeng yang tidak biasa akan menghindarkan diri daripada mencari bala. Apabila seh gendang mahu berhenti menyidak gendang, dia akan memberi isyarat dengan pukulan gendang. Pukulan gendangnya akan lebih cepat dengan lebih banyak bunyinya "pak" nya. Dia akan berhenti berpantun. Itu isyarat yang melarang topeng daripada masuk bertandak. Ada kalanya seh gendang menggunakan pantun untuk memberitahu topeng yang mereka mahu berehat dan menyidak gendang. e. Bermukun Bermukun bermaksud berbalas pantun. Aktiviti bermukun biasanya diadakan pada penghujung aktiviti bergendang. Ia dimulakan dengan seh gendang mendendangkan pantun: Bukan mukun sebarang mukun Mukun kamek berisi beras, Bukan pantun sebarang pantun, Pantun kamek minta dibalas. Daripada makna pantun itu, kita tahu bahawa seh gendang mahu pantunnya dibalas oleh penari lelaki atau topeng tadi. Apabila topeng membeli pantun tersebut, maka terjadilah jual beli pantun dengan irama gendang, gesekan biola serta rentak tarian yang tersendiri. Aktiviti bermukun ini kadangkala berlarutan hingga ke subuh apabila seh gendang dan si topeng tidak mahu mengaku kalah.

8

f. Berzapin Kalangkala aktiviti bergendang disusuli dengan aktiviti berzapin. Berzapin biasanya dilakukan pada larut malam. Untuk menukar irama gendang dan rentak tari, seh gendang akan memukul gendangnya dengan rentak zapin. Topeng yang mendengar rentak ini juga akan menukar rentak dan cara tarinya dengan bentuk zapin. lnilah keunikan dan kemahiran yang dipusakai oleh orang melayu yang mempunyai maksud yang tersirat. Irama Pantun lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan penggesek biola. Biasanya, irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Pantun orang tua-tua dahulu mempunyai irama yang di sebut Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang, Air Pasang dan Lela Majnun. Contoh irama Labuan: Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut, Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh, Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut, Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh Contoh irama Asam Paya: Asam paya buah di hutan, Dalam sepompong masak sebiji, sungguh kacak wajahmu tuan, Dalam kampung payah dicari Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang: Apa dijeruk buah belimbing, Kurang masin tambahlah garam, apa dijenguk di luar dinding, Kalau sudi masuklah ke dalam. Satang kecil si Satang besar, Sama timbal Pulo Sempadi Dari kecil sampai ke besar, Belum pernah memungkir janji. Sudah pasang air di laut, Obor-obor tidak bertulang,9

Sudah datang malaikat maut, Dalam kubur rasa nak pulang. Api apa di Tanjung Batu, Api Pak Jenal tukang perahu, Anak siapa sidak dua itu, Rupa kenal nama tak tahu. Sudah datang kapal sepeti, Singgah di pasar membeli benang, Sudah datang si buah hati, Perut lapar menjadi kenyang. Ke darat berlumba kuda, Ke Satok Jambatan Gantung, Bila kulihat wajah kekanda, Hati beramuk dengan jantung. Pantang Larang Terdapat beberapa pantang-Iarang ketika hendak mengadakan majlis bergendang. Ia dilihat sebagai menghormati agama, jiran dan suasana. Oleh itu, pada malam Jumaat majlis bergendang biasanya tidak akan diadakan sebagai menghormati malam tersebut. Begitu juga pada malammalam yang sepatutnya diadakan majlis keagamaan seperti bulan Ramadan, Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj. Sekiranya ada saudara mara dalam kampung atau kampung-kampung berdekatan terkena kematian, sakit tenat dan hal-hal yang sedih, bergendang tidak akan dilangsungkan bagi menghormati jiran dan suasana. Begitu jugalah apabila terdengar azan subuh, majlils bergendang mestilah diberhentikan. Yang Menarik Ketika Majlis Bergendang Terdapat beberapa insiden atau perkara-perkara lucu yang sering terjadi ketika majlis bergendang. Hal-hal begini berlaku pada zaman dahulu. Ini dapat kita kaitkan dengan aktiviti berbentuk hiburan pada zaman dahulu yang berkurangan. Ini menyebabkan perasaan suka dan gelorat (melonjak-Ionjak) untuk mendapatkan hiburan timbul dan mewujudkan suasana yang menghiburkan dan kadang-kadang lucu. i. Bercampak Bercampak bermaksud membaling (mencampak). la bermaksud mencampak sesuatu ke dalam tabir ketika menari. Untuk itu, para topeng kadangkala akan10

mencampak wang syiling ke dalam tabir kerana terlalu seronok dipuji oleh seh gendang dengan pantun-pantun yang menikam perasaan. Kadangkala, topeng akan menyidai wang kertas di tabir sambil menari. Wang ini akan dikumpul oleh tuan rumah dan akan diserahkan kepada seh gendang pada akhir majlis. Peristiwa bercampak ini jarang berlaku. ii. Berenang menyeberang sungai Oleh kerana keinginan untuk hadir ke majlis bergendang, topeng sanggup menyeberangi sungai dengan berenang, sekiranya rumah tersebut berada di seberang sungai dan tidak ada perahu untuk ditumpangi. Mereka akan berenang dengan meletakkan pakaian di atas kepala. Apabila mereka hendak balik pada subuhnya, mereka akan meminjan perahu tanpa memberitahu tuan punya perahu yang terdapat di pangkalan untuk menyeberangi sungai. iii. Lela Suara Lela Suara bermaksud kemerduan suara seh gendang. Ada yang mengaitkan kemerduan ini dengan jampi serapah dan amalan tertentu memakan sirih jampi tiga kemoyang. Kemerduan suara inilah selalunya memikat hati topeng hingga sanggup datang dari jauh untuk hadir ke majlis tersebut. iv. Pakaian Pakaian topeng pada zaman dahulu, pelbagai. Terdapat topeng, yang memakai seluar dan baju tuwit (tweed), baju pelanin, bengkung, kasut lenet dan coir (sapu tangan di saku baju). Tidak kurang pula yang berpakaian kebangsaan. Tetapi yang lebih menyeronokkan ialah topeng akan berbekal dua tiga pasang baju untuk menghadiri majlis bergendang. Mereka akan menukar pakaian sepanjang majlis itu agar sentiasa kelihatan segak.

11

12