garispanduan polisipenerimaan danpemberianhadiah ... · garispanduanpemberian&penerimanhadiah...

12
GARIS PANDUAN POLISI PENERIMAAN DAN PEMBERIAN HADIAH KAKITANGAN KUMPULAN PKPS PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR SELANGOR AGRICULTURAL DEVELOPMENT CORPORATION

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

GARIS PANDUANPOLISI PENERIMAAN

DAN PEMBERIAN HADIAHKAKITANGAN KUMPULAN PKPS

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIANSELANGOR SELANGOR AGRICULTURAL

DEVELOPMENT CORPORATION

Page 2: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 1

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Amalan memberi dan menerima hadiah telah menjadi budaya dalam masyarakat malahianya amat sukar dibendung tanpa kawalan oleh pihak atasan. Walaupun ianyabertujuan bagi melahirkan rasa terima kasih, persahabatan dan persaudaraan, namunmaksud sebenar amalan ini amat sukar diterjemahkan. Jika dikaitkan dengan tugasanrasmi harian, perkara ini berkemungkinan menjurus ke arah penyalahgunaan kuasayang boleh diinterpretasikan sebagai rasuah. Akibatnya adalah akan menjejaskanintegriti dan imej organisasi.

1.2 Dalam usaha meningkatkan integriti, satu garis panduan mengenai pemberian danpenerimaan hadiah diwujudkan agar pelaksanaan tugas rasmi harian dijalankandengan telus di kalangan kakitangan Kumpulan PKPS.

2.0 KENYATAAN POLISI

2.1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998, Surat Pekeliling PerkhidmatanBilangan 5 Tahun 2008, Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertib danSurcaj)(Selangor) 2001 dan Garis Panduan Tatatertib Anak-Anak Syarikat KumpulanPKPS telah memperuntukkan keperluan tentang kawalan berhubung penerimaan danpemberian hadiah di kalangan kakitangan Kumpulan PKPS.

2.2 Selain daripada itu, PKPS juga telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat denganSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 21 Februari 2013 dan Anak-AnakSyarikat PKPS juga telah menandatanganinya pada 24 Jun 2014.

3.0 TUJUAN

3.1 Sebagai rujukan dan makluman mengenai polisi penerimaan dan pemberian hadiah dikalangan kakitangan Kumpulan PKPS dan pihak-pihak yang berurusan dengankakitangan Kumpulan PKPS.

3.2 Meningkatkan integriti di kalangan kakitangan Kumpulan PKPS dan seterusnyameningkatkan imej PKPS.

Page 3: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 2

4.0 DEFINISI

4.1 Hadiah termasuklah:

Wang tunai Harta alih dan harta tak alih Kenderaan Tambang percuma ke sebarang destinasi Saham Tiket loteri Kemudahan perjalanan sama ada di dalam atau luar negara Hiburan seperti tiket wayang, tiket karaoke dsbnya Perkhidmatan seperti spa, rawatan muka dsbnya Keahlian kelab seperti kelab golf dsbnya Sebarang bentuk diskaun/komisen Hamper termasuk makanan atau kosmetik Barang kemas seperti cincin, gelang, rantai emas dsbnya Perhiasan seperti loket, jam tangan, barangan perhiasan kristal dsbnya Sebarang pemberian, cenderamata atau benda yang bernilai Keraian Telefon bimbit/ barangan elektronik

4.2 Tajaan

Merujuk kepada sebarang sumbangan yang diterima dari pihak lain yang diberikanuntuk menjayakan projek atau program PKPS.

4.3 Kakitangan Kumpulan PKPS

Semua pegawai dan kakitangan lantikan PKPS dan Anak Syarikat PKPS.

4.4 Orang-Orang Lain

Merujuk kepada:

Isteri/ suami Ibubapa kandung dan ibubapa mertua Anak-anak termasuk anak angkat yang sah

Page 4: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 3

Mana-mana orang lain bagi pihaknya

4.5 Emolumen

Segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada kakitangan KumpulanPKPS termasuklah gaji pokok, elaun tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain.

4.6 Ketua Jabatan

Pengurus Besar Kumpulan PKPS dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberikuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Pengurus Besar Kumpulan PKPS untukbertindak bagi pihaknya.

5.0 SKOP

5.1 Garis Panduan ini diguna pakai oleh semua kakitangan Kumpulan PKPS di sepanjangtempoh perkhidmatannya dengan Kumpulan PKPS dan termasuk pihak-pihak yangberurusan dengan kakitangan Kumpulan PKPS.

6.0 LARANGAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH

6.1 Kakitangan Kumpulan PKPS dilarang daripada menerima dan memberi hadiahsekiranya berkaitan dengan pelaksanaan tugas rasminya dan/atau bentuk, amaun ataunilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi. Peraturan yangmelarang kakitangan Kumpulan PKPS menerima dan memberi hadiah adalah di bawahPeraturan 7 (1), Jadual Kedua, Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertib danSurcaj)(Selangor) 2001 dan Peraturan 2.4, Garis Panduan Peraturan Tatatertib Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKPS seperti berikut:

Peraturan 7 (1), Jadual Kedua, Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertibdan Surcaj)(Selangor) 2001:

“Seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak bolehmembenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima ataumemberikan bagi pihaknya apa-apa haidah, sama ada dalam bentuk zahir atau

Page 5: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 4

selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulanorang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyaikaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.”

Peraturan 2.4, Garis Panduan Peraturan Tatatertib Anak-Anak SyarikatKumpulan PKPS:

“2.4.1 Seseorang kakitangan dilarang menerima atau memberikan dan tidak bolehmembenarkan isteri atau suami atau ahli keluarganya atau mana-mana oranglain yang ada kaitan dengan kakitangan tersebut untuk menerima ataumemberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah dan jenis keraian, jikapenerimaan atau pemberian tersebut mempunyai kaitan dengan tugasrasminya.

2.4.2 Jika terbukti seseorang kakitangan melakukan perkara berkaitan pemberiandan penerimaan hadiah dan keraian, tindakan tatatertib boleh diambilterhadap kakitangan dan kakitangan boleh ditamatkan perkhidmatan jika sabitkesalahan.”

7.0 HADIAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH KAKITANGAN DENGAN KEBENARAN

7.1 Dalam keadaan tertentu, kakitangan Kumpulan PKPS dibenarkan menerima pemberianhadiah tertakluk kelulusan Ketua Jabatan. Perkara ini diperuntukkan di bawahPeraturan 7 (4), Jadual Kedua, Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertib danSurcaj)(Selangor) 2001.

Peraturan 7 (4), Jadual Kedua, Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertibdan Surcaj)(Selangor) 2001:

“Jika –

(a) Seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun ataunilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itudiberikan; atau

(b) Hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolaksesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarangoleh peraturan ini,

Page 6: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 5

hadiah itu bolehlah diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, denganseberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada KetuaBahagiannya yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah itu danhal keadaan hadiah itu diterima.”

8.0 BENTUK, AMAUN ATAU NILAI HADIAH SEPADAN ATAU TIDAK DENGAN MAKSUDIANYA DIBERI

8.1 Penerimaan hadiah wajar mengambilkira bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterimaagar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka bagi dirinya atau orang lain.

8.2 Dalam keadaan penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas kakitanganKumpulan PKPS, maksud bentuk, amaun atau nilai hadiah itu sepadan atau tidakdengan tujuan hadiah itu diberi, hendaklah berdasarkan kepada nilai semasa hadiah itu,“occasion” dan tujuan atau maksud hadiah itu diterima.

8.3 Penerimaan hadiah oleh kakitangan Kumpulan PKPS yang tidak berkaitan dengantugasnya, sama ada sepadan atau tidak dengan maksud ianya diberi adalah sepertiberikut:

(a) Penerimaan hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi jika

nilai semasa hadiah diterima itu nilainya (dalam bentuk wang) melebihi ¼

emolumen bulanan atau melebihi RM300.00 mana yang lebih rendah. Dalam hal ini,

penerimaan hadiah itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk

kelulusan.

(b) Penerimaan hadian dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu diberi dan tidak

perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan, jika nilai hadiah yang

diterima kurang ¼ emolumen atau RM300.00, mana yang lebih rendah. Di

samping itu, penerimaan hadiah dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu

diberi walaupun nilainya melebihi RM300.00, jika penerimaan hadiah itu dalam

keadaan berikut:

i. penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran,

pertunangan dan perkahwinan kakitangan Kumpulan PKPS;

Page 7: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 6

ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak termasuk anak

menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu/ bapa

termasuk ibubapa mertua dan adik beradik termasuk sebelah isteri atau suami;

iii. penerimaan hadiah daripada saudara-mara dan rakan-rakan sempena majlis

hari jadi, pertunangan dan perkahwinan kakitangan Kumpulan PKPS atau

anak-anak, atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan adat resam dan

agama; atau

iv. penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-

buahan, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.

8.4 Walau bagaimanapun, sekiranya kakitangan Kumpulan PKPS masih ragu-ragu danmendapati penerimaan ini boleh menimbulkan masalah berkaitan dengantanggungjawabnya atau boleh menimbulkan syak wasangka bagi dirinya atau oranglain, maka kakitangan Kumpulan PKPS boleh melaporkan penerimaan ini kepadaKetua Jabatan.

9.0 PEMBERIAN HADIAH YANG SUKAR DITOLAK

9.1 Semasa menjalankan tugas, kadangkala sukar untuk kakitangan Kumpulan PKPS

menolak pemberian hadiah kerana jika menolak pemberian itu akan memalukan

sipemberi atau menimbulkan keadaan serba salah. Ini misalnya:

(a) semasa menjalankan tugas di seminar, simposium, kursus atau mana-mana majlis

rasmi di peringkat negeri atau antarabangsa, pihak penganjur tidak memberitahu

pemberian hadiah terlebih dahulu; atau

(b) semasa menjalankan tugas rasmi di daerah atau di kampung di mana masyarakat

atau pemimpin di peringkat kampung atau daerah memberi buah-buahan, sayur-

sayuran dan hasil kerja tangan penduduk kampung dan sebagainya.

Page 8: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 7

9.2 Dalam keadaan sukar untuk menolak pemberian hadiah yang ada kaitan dengan tugas

rasmi, kakitangan Kumpulan PKPS dibenarkan menerima hadiah berkenaan dan

kemudiannya sekembalinya di pejabat, kakitangan Kumpulan PKPS hendaklah

melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan sewajarnya.

9.3 Walau bagaimanapun, bagi memudahkan urusan pentadbiran, kakitangan Kumpulan

PKPS dikehendaki hanya melaporkan sahaja kepada Ketua Jabatan tanpa perlu

kelulusan Ketua Jabatan, jika pemberian hadiah yang sukar ditolak itu:

(a) nilainya kurang daripada RM100.00;

(b) berbentuk lencana, “plaque” atau “pennant” atau barang-barang kraftangan yang

dihasilkan sendiri oleh pemberi berkenaan atau apa-apa bentuk bahan bercetak

yang berkaitan pemberi dan bertujuan untuk promosi; atau

10.0 PENERIMAAN HADIAH YANG MENJADI KESALAHAN

10.1 Walau bagaimanapun penerimaan hadiah itu, sama ada kurang atau lebih dari nilai

yang dinyatakan atau sama dengan nilai tersebut, adalah menjadi kesalahan di

bawah undang-undang jika ia diterima dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah (corruptly or with

corrupt intention) bahawa ia adalah dorongan atau upah kepada kakitangan

Kumpulan PKPS itu bagi melakukan atau tidak melakukan (to forebear), atau

kerana telah melakukan atau telah tidak melakukan sesuatu perbuatan

berhubungan dengan hal-ehwal atau urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan

kerja-kerja rasminya (Seksyen 9 dan 10, Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen

161 dan 162, Kanun Keseksaan);

Page 9: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 8

(b) orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasmi

kakitangan Kumpulan PKPS itu sendiri atau dengan kerja rasmi seseorang

kakitangan Kumpulan PKPS yang di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta

penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith), sebaliknya ia

dilakukan dengan satu niat jenayah (mens rea); atau

(c) hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang, yang

kakitangan Kumpulan PKPS itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena

mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan,

oleh pegawai itu (Seksyen 165, Kanun keseksaan).

11.0 PENAJAAN DARI PIHAK SWASTA UNTUK PKPS

11.1 Penajaan dari pihak swasta/ mana-mana pihak lain adalah dibenarkan dengan syarat,

kebenaran diperolehi daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada syarat-syarat seperti

berikut:

(a) Hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma tanpa

sebarang syarat dan ikatan. Penderma-penderma pula tidak mempunyai apa-apa

kepentingan dengan PKPS.

(b) Sesuatu hadiah itu diberikan oleh penderma secara sukarela dan bukan atas

permintaan PKPS. PKPS adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan

hadiah atau derma dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan atau orang

perseorangan.

(c) Sumbangan yang diberikan itu juga hendaklah digunakan mengikut apa yang

dihasratkan oleh penderma.

Page 10: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 9

(d) Semua hadiah hendaklah dimasukkan ke dalam daftar inventori PKPS.

(e) Hadiah yang diterima juga hendaklah diambil kira dari segi jumlah dan kekerapan

hadiah tersebut diterima.

12.0 UCAPAN TAHNIAH, TERIMA KASIH ATAU TAKZIAH DI AKHBAR-AKHBAR HARIAN

DAN MEDIA MASSA

12.1 Kakitangan Kumpulan PKPS adalah dilarang dari memberikan kebenaran bagi ucapan-

ucapan tahniah/ terima kasih/ takziah yang menyentuh diri kakitangan Kumpulan PKPS

untuk disiarkan di akhbar-akhbar atau mana-mana media massa yang lain oleh pihak

swasta, persatuan, pertubuhan, orang perseorangan atau mana-mana kumpulan orang.

13.0 KEPUTUSAN KETUA JABATAN

13.1 Ketua Jabatan apabila menerima laporan mengenai penerimaan hadiah olehkakitangan Kumpulan PKPS yang memerlukan keputusannya, boleh membuatkeputusan seperti berikut:

(a) membenarkan kakitangan Kumpulan PKPS menerima hadiah itu;

(b) mengarahkan kakitangan Kumpulan PKPS mengembalikan hadiah itu kepadasipemberi; atau

(c) hadiah itu disimpan oleh PKPS.

13.2 Ketua Jabatan semasa menimbangkan permohonan kakitangan Kumpulan PKPShendaklah melihat kriteria-kriteria seperti berikut:

(a) hendaklah memastikan hadiah yang diterima itu dibenarkan di bawah garispanduan ini;

Page 11: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 10

(b) penerimaan hadiah itu tidak menimbulkan syak kakitangan Kumpulan PKPS telahmenggunakan kedudukannya atau kuasa yang ada padanya untuk memperolehihadiah itu;

(c) mengambilkira kekerapan kakitangan Kumpulan PKPS tersebut menerima hadiah;

(d) hubungan antara kakitangan Kumpulan PKPS dengan sipemberi hadiah tersebut,khususnya mengenai tugas-tugas dan kuasa yang ada kepada kakitanganKumpulan PKPS itu;

(e) kepentingan PKPS secara keseluruhan.

13.3 Kakitangan yang telah menerima hadiah daripada mana-mana pihak atau orang luar,perlu melaporkan penerimaan hadiah tersebut melalui borang penerimaan hadiahseperti di lampiran A atau memuat turun borang tersebut di portal rasmi PKPS:www.pkps.gov.my

14.0 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

14.1 Ketua Jabatan boleh meminta kakitangan Kumpulan PKPS memberi penjelasansekiranya meragui apa-apa hadiah yang diterima.

14.2 Ketua Jabatan juga hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa tatatertib ataumana-mana pihak berkuasa lain, sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran terhadapapa-apa peraturan atau undang-undang berkaitan penerimaan hadiah oleh kakitanganKumpulan PKPS.

15.0 PENUTUP

Diharap garis panduan ini akan menjadi rujukan yang efektif dan berkesan ke arahmeningkatkan integriti di kalangan kakitangan Kumpulan PKPS.

Disediakan Oleh:

Unit IntegritiPerbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

Page 12: GARISPANDUAN POLISIPENERIMAAN DANPEMBERIANHADIAH ... · GarisPanduanPemberian&PenerimanHadiah KakitanganKumpulanPKPS 6 ii. penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak

Garis Panduan Pemberian & Peneriman HadiahKakitangan Kumpulan PKPS 11

LAMPIRAN A

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

BORANG PENERIMAAN HADIAH/ CENDERAHATI/ HAMPER/ TAJAAN

Kepada:Pengurus Integriti PKPSPerbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)Tingkat 10, Wisma PKPSPersiaran Perbandaran, Seskyen 1440675 Shah AlamSelangor Darul Ehsan

A. Keterangan Mengenai Hadiah

Bil.

Jenis Hadiah Terima Daripadadan Alamat

HubunganPemberi

dengan PKPS

TujuanHadiahDiberi

AnggaranNilai (RM)

B. Maklumat Penerima

Tandatangan :

Nama :