garispanduan formula unit syer & pindaan senarai semak

26
Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer 1 BAHAGIAN HAKMILIK STRATA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Upload: klovernua

Post on 03-Dec-2015

129 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Strata

TRANSCRIPT

Page 1: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

1

BAHAGIAN HAKMILIK STRATA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Page 2: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

2

BIL PERKARA MUKASURAT

1.

PENGENALAN

1.1 TUJUAN

1.2 OBJEKTIF

1.3 PEMAKAIAN

1.4 RUJUKAN

1.5 SINGKATAN

3

3

3

3

4 - 6

6

2. UNIT SYER 7

3. JENIS PEMBANGUNAN YANG PERLU MEMBUAT

PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

8 - 9

4. ALIRAN KERJA PENGELUARAN HAKMILIK STRATA DAN

KAITAN PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT

SYER

10

5. PIHAK YANG LAYAK MEMOHON 11

6. BILA PERMOHONAN DIKEMUKAKAN 11

7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA

MEMBUAT PERMOHONAN

11-12

8. PIAGAM PELANGGAN 13

9. PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

14

10. CONTOH SIJIL PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA

UNIT SYER

1

11. PENUTUP 15

12. LAMPIRAN 16-24

Page 3: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

3

1 PENGENALAN

Garis panduan ini disediakan bagi memudahkan pemilik tanah membuat perkiraan dalam

permohonan penentuan formula unit syer bangunan skim strata ke Pejabat Pengarah

Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

• Menjalin langkah proaktif dan kerjasama antara pihak DBKL dan PTGWPKL bagi

memastikan proses permohonan serta pengeluaran hakmilik strata dapat

dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

• Memperkemaskan lagi proses permohonan dan pengeluaran hakmilik strata

berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada.

Garis panduan ini hanyalah meliputi pembangunan skim strata di dalam kawasan

pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja.

1.1 TUJUAN

1.2 OBJEKTIF

1.3 PEMAKAIAN

Page 4: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

4

1.4.1 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)

Kanun Tanah Negara 1965 merupakan undang-undang utama yang

digunapakai dalam melaksanakan segala tugas berkaitan pentadbiran dan

pembangunan tanah. KTN juga merupakan undang-undang tanah yang

utama yang memperincikan tentang prosidur pemilikan tanah, pendaftaran

hakmilik tanah, urusniaga dan bukan urusniaga (dealing dan none dealings)

mengenai tanah, pungutan cukai tanah dan segala bentuk pengurusan dan

pentadbiran tanah.

Justeru, segala akta-akta lain yang turut berkaitan dengan tanah tidak boleh

bercanggah atau berlawanan dengan akta utama ini. Pembangunan skim

strata juga hendaklah mematuhi peruntukan KTN seperti syarat nyata tanah,

sekatan kepentingan, sempadan lot dan lain-lain urusan yang melibatkan

hakmilik tanah.

1.4.2 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)

Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) merupakan undang-undang yang

menerangkan secara terperinci mengenai tatacara permohonan, pendaftaran

hakmilik strata, pecahan dan penyatuan petak dan pentadbiran skim strata

oleh perbadanan pengurusan dan peringkat penamatan skim strata.

Akta ini juga merupakan satu akta yang amat penting yang mesyaratkan

kesaksamaan unit syer yang menjadi asas kepada pengurusan bangunan

yang melibatkan caruman dana pengurusan, akaun khas, insurans cukai

tanah dan lain-lain lagi dapat dilaksanakan dengan lancar apabila sesuatu

skim strata itu sempurna dibina dan diduduki.

1.4 RUJUKAN BERKAITAN

Page 5: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

5

Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan selaras dengan peruntukan KTN

seolah-olah ianya merupakan sebahagian daripada Kanun tersebut.

1.4.3 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

Akta Wilayah Persekutuan 1982 ini adalah hanya terpakai bagi Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

menggunapakai Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta

107) sehinggalah tahun 1982, Akta 107 dimansuhkan dan diganti dengan

Akta 267. Penggantian Akta 267 terhadap Akta 107 adalah disebabkan untuk

pertama kalinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan memperkenalkan

dan menggunakan sistem pelan struktur untuk kawasannya sekaligus ianya

akan menggantikan pelan pembangunan komprehensif yang digunapakai

sebelum ini.

Disebabkan taraf pentadbiran dan kedudukan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur unik dan tidak dapat disamakan dengan pihak berkuasa tempatan

yang lain maka adalah tidak mungkin baginya untuk menggunapakai

sepenuhnya Akta Perancangan bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Oleh

sebab itu, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 digubal khusus dan

diterimapakai untuk kawasan Wilayah Persekutuan ini pada tahun 1982.

1.4.4 Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan

Pengurusan) 2007 (Akta 663)

Akta ini digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang berkenaan

dengan Kerajaan Tempatan yang berhubungan dengan penyelenggaraan dan

pengurusan bangunan dan harta bersama. Formula unit syer merupakan

elemen penting yang digunapakai dalam pengurusan bangunan dan harta

bersama.

Page 6: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

6

1.4.5 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)

Akta ini digubal sebagai panduan bagaimana mentadbir dan menguruskan

kawalan dan perlesenan dalam urusan pemajuan perumahan di

Semenanjung Malaysia bagi memastikan perlindungan kepentingan pembeli-

pembeli rumah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya terjaga.

AHS - Akta Hakmilik Strata 1985

CFO - Sijil Layak Menduduki Bangunan

CCC - Certificate of Completetion dan Compliance (Perakuan

Siap dan Pematuhan

FT - Hakmilik Tetap/ Muktamad

KTN - Kanun Tanah Negara 1965

PPT - Penolong Pegawai Tanah

PT - Pembantu Tadbir

DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

PP - Penolong Pengarah

KPP - Ketua Penolong Pengarah

LJT - Lembaga Jurukur Tanah

PTG - Pengarah Tanah dan Galian

COB - Commisioner of Building (Pesuruhjaya Bangunan)

MC - Management Corporation (Perbadanan Pengurusan)

PBN - Pihak Berkuasa Negeri

1.5 SINGKATAN

Page 7: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

7

Unit-unit syer berkenaan dengan suatu petak bermaksud unit syer yang ditetapkan bagi petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual unit-unit syer. Bagi memastikan unit syer yang diuntukkan kepada petak adalah saksama, maka formula unit syer yang bersesuaian hendaklah diwujudkan oleh pemilik tanah pada peringkat perancangan sesuatu skim strata. Formula yang digunakan dalam menentukan kesaksamaan unit syer biasanya berbeza-beza mengikut jenis sesuatu pembangunan. Sebagai contoh, formula unit syer kegunaan sejenis seperti bagi tujuan kediaman sahaja dalam satu lot tanah dan kegunaan bercampur seperti kediaman, perniagaan dan pejabat yang dibina dalam satu lot tanah memerlukan formula unit syer yang berbeza. Formula unit syer yang dicadangkan dalam suatu skim strata hendaklah mematuhi peruntukan Seksyen 9(1)(g) dan Seksyen 36 Akta Hakmilik Strata 1985. Peruntukan Seksyen 9(1)(g) menerangkan bahawa unit syer yang dicadang diperuntukkan kepada petak-petak itu oleh pemilik lot dalam permohonannya dalam Borang 1 mestilah saksama. Seksyen 36 Akta Hakmilik Strata 1985 menerangkan hak-hak unit syer dimana unit syer bagi sesuatu petak atau unit-unit syer sementara dalam hal suatu petak sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam hakmilik strata atau dalam hakmilik strata sementara mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menentukan :

a) Hak mengundi bagi pemilik-pemilik b) Kuantumnya syer yang belum dipecah bahagi bagi setiap pemilik dalam harta

bersama; dan

c) Kadarnya yang kena dibayar oleh setiap pemilik akan sumbangan yang dilevikan oleh perbadanan pengurusan menurut Seksyen 45, 63 atau 66 Akta yang sama.

Contoh formula unit syer yang boleh dan biasa digunakan dalam permohonan hakmilik strata antaranya adalah sepertimana yang berikut :

a) Keluasan lantai petak + keluasan petak aksesori = unit syer. b) Keluasan lantai petak x Faktor 1 = unit syer (kediaman).

Keluasan lantai petak x Faktor 1.5 = unit syer (perdagangan). c) Keluasan lantai petak + Keluasan Petak aksesori dan dibahagi dengan angka 10

serta jika terdapat titik perpuluhan akan digenapkan kepada angka bulat yang hampir = unit syer.

d) Berdasarkan harga jualan.

2. UNIT SYER

Page 8: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

8

Formula unit syer yang telah diperakukan oleh PTG hendaklah digunapakai dalam terma

perjanjian jual beli semasa permohonan memecah bahagi bangunan atau tanah melalui

borang 1 Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 setelah memperolehi CCC. Formula unit

syer ini juga hendaklah difailkan kepada Pesuruhjaya Bangunan mengikut Seksyen 12

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007.

Skim strata terbahagi kepada beberapa kategori seperti:

a) Kediaman: rumah pangsa, kondominium, town house dan petak-petak tanah.

b) Perniagaan: pusat/kompleks membeli-belah.

c) Pejabat: bangunan yang dioperasikan sebagai pejabat.

d) Industri: Industri sederhana dan Industri berat.

Jenis pembangunan yang perlu membuat permohonan penentuan formula unit syer

adalah permohonan yang layak dipecah bahagi berdasarkan Seksyen 6 Akta Hakmilik

Strata 1985. Seksyen 6 Akta tersebut menyatakan tentang bangunan atau tanah yang

boleh dipecah bahagi kepada petak-petak dalam keadaan :

1) Mana-mana bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah beri

hakmilik yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada

hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah) bolehlah dipecahbahagikan

kepada petak-petak; dan mana-mana tanah atas lot yang sama bolehlah juga

dipecahbahagikan kepada petak-petak yang setiap satunya dipegang di bawah

suatu hakmilik strata atau suatu petak aksesori.

(1A) Mana-mana tanah beri hakmilik yang mempunyai dua bangunan atau lebih yang

dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada hakmilik Pejabat

3. JENIS PEMBANGUNAN YANG PERLU

MEMBUAT PERMOHONAN PENENTUAN

FORMULA UNIT SYER

Page 9: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

9

Pendaftaran atau Pejabat Tanah) bolehlah dipecahbahagikan kepada petak-petak

tanah yang setiap satu dipegang di bawah suatu hakmilik strata atau sebagai

suatu petak aksesori.

2) Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui kaedah-

kaedah yang disiarkan dalam Warta, melarang pecah bahagian bangunan-bangunan

atau tanah dari mana-mana kelas atau perihal sebagaimana yang dinyatakan dalam

kaedah-kaedah tersebut.

Page 10: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

10

Kelulusan Perancangan

Kelulusan Pelan Bangunan

Pengesahan Penentuan Formula Unit Syer

Perjanjian Jual Beli atau Jadual H atau Jadual J (Akta Pemajuan Perumahan)

Permohonan Kebenaran Mendirikan Bangunan di Tapak (Borang B)

Pembinaan

CCC

Kelulusan dan Pendaftaran Hakmilik Strata

Pemohon Mengemukakan Permohonan Hakmilik Strata

Dengan formula unit syer yang

telah disahkan.

4. ALIRAN KERJA PENGELUARAN HAKMILIK STRATA DAN KAITAN PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

1

9 8

5

4

3

2

7

6

Page 11: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

11

Pihak yang layak mengemukakan permohonan penentuan formula unit syer ialah pemilik

tanah berdaftar atas hakmilik tanah bagi pembangunan strata.

Pemohon boleh membuat permohonan ini dalam sesuatu tempoh iaitu selepas

memperolehi Perintah Pembangunan (Development Order) daripada Jabatan Perancang

Bandar DBKL sehingga sebelum membuat perjanjian jual beli dengan bakal pembeli

petak. Perkara ini amat penting kerana formula unit syer mestilah dinyatakan di dalam

perjanjian jual beli dengan jelas.

Selain daripada itu, kelulusan untuk mendirikan bangunan ditapak juga tidak

akan diluluskan sekiranya pemohon tidak mengemukakan Sijil Pengesahan Penentuan

Formula Unit Syer yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Permohonan Penentuan Formula Unit Syer mestilah disertakan bersama Borang

Permohonan Penentuan Formula Unit Syer di Lampiran A berserta dokumen berikut :

a) Resit Bayaran Upah Ukur (Strata) yang telah didepositkan ke Lembaga Jurukur

Tanah (Lampiran C)

5. PIHAK YANG LAYAK MEMOHON

6. BILA PERMOHONAN DIKEMUKAKAN

7. DOKUMEN-DOKUMEN PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Page 12: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

12

b) Salinan Perintah Pembangunan yang diperolehi dari DBKL (Lampiran D dan

Lampiran E)

c) Carian Rasmi Hakmilik Tanah (Lampiran F)

d) Salinan Pelan Bangunan Yang Diluluskan Oleh DBKL (Lampiran G).

Selain daripada dokumen-dokumen tersebut, pemohon juga perlu melengkapkan borang

senarai semak permohonan penentuan formula unit syer beserta penerangan pemilihan

formula tersebut (contoh Lampiran J) yang disediakan oleh Bahagian Hakmilik Strata,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Borang senarai

semak permohonan adalah sepertimana mukasurat yang berikut :

Page 13: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

13

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

BIL DOKUMEN PEMOHON PTG 1. 3 Salinan Borang Permohonan Untuk Pengesahan

Penentuan Formula Unit Syer

2. 1 Salinan Perintah Pembangunan

3. 1 Resit Bayaran Upah Ukur Strata yang telah didepositkan ke Lembaga Jurukur Tanah (LJT)

4. 1 Carian Rasmi Hakmilik Tanah

5. 1 Salinan Pelan Bangunan Yang Diluluskan Oleh DBKL

6.

1 Jadual Maklumat Formula Unit Syer dan justifkasi pemilihan formula tersebut

7.

1 Salinan Resit Bayaran Cukai Tanah tahun semasa

8.

4 keping Gambar Tapak dan Kawasan Sekitar

9.

3 Salinan Borang G (Permohonan Meminta Sesuatu Bangunan Dikelaskan Sebagai Bangunan Kos Rendah beserta bayaran RM10 jika berkaitan.)

10. Nama Jurukur Tanah Berlesen : _________________ No. Lesen : ____________________________ Nama Syarikat : _________________________ No. Pendaftaran Syarikat : ______________________

11. Nama Arkitek : _______________________________ No. Lesen : ____________________________ Nama Syarikat : ________________________ No. Pendaftaran Syarikat : _______________________

…………………………………………. ……………………………….. (Tandatangan Pemohon) PPTn / Pegawai Email : ______________________ No. H/p : _____________________ Email Pemilik Tanah : _____________________ No. H/p Pemilik Tanah : ____________________ * Pemohon Hendaklah Memastikan Senarai Semak Ini Dipatuhi Sebelum Mengemukakan Permohonan Kepada PTGWPKL * Permohonan Yang Tidak Lengkap Tidak Akan Diterima Di Kaunter.

Page 14: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

14

PROSES TINDAKAN TANGGUNGJAWAB BILANGAN HARI

1

Menerima permohonan daripada

pemilik tanah

Pemohon/Penolong Pegawai Tanah (PPTn)

2

Buka fail permohonan

Menyemak dokumen permohonan

dan kemukakan fail permohonan

penentuan unit syer kepada PKP(D)S

2

Semakan dan tindakan PKP(D)S dan kemukakan fail ke KPP/PP untuk

pengesahan

Penolong Pegawai Tanah Kanan/Penolong Pengarah

(PKP(D)S)/PP(D)S)

2

3 Pengesahan KPP/PP dan kemuka untuk pertimbangan PTG

Ketua Penolong Pengarah/Penolong Pengarah

(KPP(D)S/PP(D)S)

2

4 Permohonan disahkan dan sijil

ditandatangani

Pengarah Tanah dan

Galian/Timbalan Pengarah

Tanah dan Galian (PTG/TPTG)

2

5 Kemukakan sijil kepada pemilik tanah

Penolong Pegawai Tanah (PPTn)

2

JUMLAH

10

8. PIAGAM PELANGGAN DAN CARTA ALIR KERJA PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Page 15: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

15

Pengisian borang perlulah lengkap iaitu mengisi menggunakan pen dakwat hitam, terang dan jelas serta mematuhi senarai semak permohonan yang disertakan. Tiap tiap permohonan :

a) Hendaklah ditandatangani oleh pemohon atau pemohon-pemohon dalam hal suatu permohonan yang dibuat oleh pemilik bersama berdaftar yang terakhir atau seorang waris kadim yang dilantik.

b) Dalam hal suatu syarikat berdaftar atau badan yang diperbadankan, hendaklah

ditandatangani oleh orang atau yang diberikuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat atau perbadanan itu.

Contoh pengisian borang adalah di Lampiran B

Sepertimana yang dijelaskan di dalam perintah pembangunan dan syarat bagi

memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, pemohon

perlu mendapatkan sijil pengesahan penentuan formula unit syer yang dikeluarkan oleh

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sijil ini merupakan satu keperluan sebelum pemohon diberikan kebenaran memulakan

kerja pembangunan atau pembinaan di tapak. Bagi permohonan yang telah disahkan

oleh Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, surat iringan

berserta sijil pengesahan akan dikeluarkan kepada pemohon. Contoh sijil dan surat

iringan tersebut adalah sepertimana di Lampiran H dan Lampiran I.

9. PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

10. SIJIL PENGESAHAN PENENTUAN

FORMULA UNIT SYER

Page 16: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

16

Permohonan penentuan formula unit syer ini hendaklah dilaksanakan oleh pemilik tanah

bagi melancarkan serta memudahkan pembangunan dan pengurusan bangunan strata

serta secara tidak langsung memantapkan pembangunan negara.

11. PENUTUP

Page 17: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

17

Lampiran A

BORANG PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Kepada Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Saya, ………………………………………………………………………………………………………………………......... Beralamat ………………………………………………………………………………………………………………........... Pemilik Tanah yang berikut : - *Bandar/Pekan/Mukim …………………………………………..No Lot ……………………………………………............ Perihal dan No Hakmilik……………………………………………………….Luas…………………………………………. Tarikh cadangan mula bina projek ………………………..Tarikh Jangkaan Projek Siap ……………………………….. 2. Bersama-sama ini saya sertakan dokumen berikut :-

a) Salinan Perintah Pembangunan b) Salinan Resit Deposit Bayaran Upah Ukur Strata Yang Di Bayar Ke Lembaga Juruukur Tanah c) Carian Rasmi Hakmilik Tanah d) Salinan Pelan Bangunan Yang Telah Diluluskan

e) Jadual Maklumat Formula Unit Syer dan justifikasi pemilihan formula tersebut f) 1 Salinan Resit Bayaran Cukai Tanah tahun semasa g) 4 keping Gambar Tapak dan Kawasan Sekitar h) 3 Salinan Borang G (jika berkaitan)

No Lot/ Plot / PT

Nama Skim Jenis Kegunaan Petak

Bilangan Petak Formula Unit Syer

Jenis Kemudahan Bersama

(hendaklah dilampirkan seberapa banyak helaian yang perlu ) *potong mana-mana yang tidak berkenaan.

3. Saya mengaku bahawa apa yang dikemukakan adalah benar. Bertarikh …………………….haribulan………………….20…………………. ......................................................... Tandatangan Pemilik Tanah Cop Mohor (jika syarikat) ______________________________________________________________________________________________

Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja A. Kepada Pengarah Tanah dan Galian Permohonan didapati teratur/ tidak teratur ……………………………………… Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur B. Keputusan Permohonan diperakukan/ tidak diperakukan Bertarikh …………………………….haribulan………………..20……………… ……………………………………….. Pengarah Tanah dan Galian Wiilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Page 18: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

18

Lampiran B

BORANG PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN PENENTUAN FORMULA UNIT SYER

Kepada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Lumpur

Saya/kami, : Emerging Development Sdn. Bhd Beralamat : Wisma Kencana, Jalan Loke Yew, 50500 Kuala Lumpur Pemilik Tanah yang berikut : - *Bandar/Pekan/Mukim : Kuala Lumpur No Lot : 4328 Perihal dan No Hakmilik : PN 11423 Luas : 230 Meter Persegi Tarikh cadangan mula bina projek : 3 Disember 2010 Tarikh Jangkaan Projek Siap : 4 Oktober 2012 2. Bersama-sama ini saya sertakan dokumen berikut :-

i) Salinan Perintah Pembangunan j) Salinan Resit Deposit Bayaran Upah Ukur Strata Yang Di Bayar Ke Lembaga Juruukur Tanah k) Carian Rasmi Hakmilik Tanah l) Salinan Pelan Bangunan Yang Telah Diluluskan m) Jadual Maklumat Formula Unit Syer

No Lot/ Plot / PT

Nama Skim Jenis Kegunaan Petak

Bilangan Petak Formula Unit Syer Jenis Kemudahan Bersama

4328 Pangsapuri Indah Permai

1) Kediaman 2) Kedai

1) 240 (Kediaman) 2) 10 (kedai)

1) Luas lantai petak + petak aksesori) 2) Luas lantai petak x 1.5

1) Surau 2) Rumah kelab 3) Lif

(hendaklah dilampirkan seberapa banyak helaian yang perlu ) *potong mana-mana yang tidak berkenaan.

3. Saya mengaku bahawa apa yang dikemukakan adalah benar. Bertarikh ………3…………….haribulan…Ogos 2010

Ikandar ......................................................... Tandatangan Pemilik Tanah Cop Mohor (jika syarikat) ______________________________________________________________________________________________

Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja A. Kepada Pengarah Tanah dan Galian Permohonan didapati teratur/ tidak teratur Tarikh : 12 Ogos 2010 Latif/ Izwan Nuzaihan ……………………………………… Timbalan Pengarah Tanah dan Galian/ Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hakmilik Strata B. Keputusan Permohonan diperakukan/ tidak diperakukan Bertarikh ………………13…………….haribulan Ogos 2010 Hashim ……………………………………….. Pengarah Tanah dan Galian Wiilayah Persekutuan Kuala Lumpur

EDSB

Page 19: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

19

Lampiran C

Page 20: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

20

Lampiran D

Page 21: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

21

Lampiran E

Page 22: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

22

Lampiran F

Page 23: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

23

Lampiran G

Page 24: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

24

Lampiran H

Page 25: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

25

Lampiran I

Page 26: Garispanduan Formula Unit Syer & Pindaan Senarai Semak

Garis Panduan Permohonan Penentuan Formula Unit Syer

26

Lampiran J