garis panduan tambahan ldp 2010

10

Click here to load reader

Upload: roziah-shafiee

Post on 01-Jul-2015

1.255 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis panduan tambahan ldp 2010

GARIS PANDUAN TAMBAHANPENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

JABATAN PELAJARAN PERAKTAHUN 2010

1. PENDAHULUAN

1.1. Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan untuk memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.

1.2. Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 memutuskan BPG sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KPM.

1.3. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan kertas cadangan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara ‘school-based’ selaras dengan konsep “let manager manage” dan amalan LDP guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah.

1.4. Surat Siaran Ketua Pengarah perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face digantikan dengan kaedah blended approach seperti Program Mentor-Mentee, Peer Coaching dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.

1.5. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2010, strategi pelaksanaan latihan guru secara School-Based yang akan dilaksanakan mulai bulan Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut:

i) In house training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan, dan ii) kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In house

training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.

2. LATAR BELAKANG

Latihan Dalam Perkhidmatan bagi PPP telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah mengikut keperluan masing-masing. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya isu-isu berikut :

2.1 Pelaksanaan LDP di peringkat Bahagian-Bahagian dan JPN bertindan tindih.2.2 Kekerapan guru-guru meninggalkan sekolah bagi mengikuti kursus yang dikendalikan

oleh pelbagai pihak di KPM. 2.3 Data PPP hadir kursus tidak selaras dan tiada pangkalan data yang tepat dari satu

sumber maklumat.2.4 Pengurusan kewangan (agihan dan kawalan peruntukan) kurang kemas.2.5 Sebahagian pelaksanaan LDP kurang efektif dan menepati keperluan sebenar.

1

Page 2: Garis panduan tambahan ldp 2010

3. OBJEKTIF LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:

3.1 Meningkatkan profesionalisme keguruan.3.2 Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan.3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara

berterusan.3.4 Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan di kalangan

warga pendidik.3.5 Memartabatkan profesion keguruan.

4. PANDUAN PENGOPERASIAN LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH

Dalam melaksanakan latihan peringkat sekolah, Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan, Kemententerian Pelajaran Malaysia Tahun 2009 hendaklah diguna pakai. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa garis panduan tambahan khusus untuk pelaksanaan LDP di sekolah-sekolah Negeri Perak seperti berikut:

4.1 JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP): SEKOLAH

a) SEKOLAH MENENGAH

Pengerusi: PengetuaTimbalan Pengerusi: Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP: Guru Kanan Mata Pelajaran

(Dicadangkan Guru Kanan Teknik Vokasional)Jawatankuasa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan KokurikulumPenolong Kanan PetangGuru Cemerlang Guru Kanan Mata PelajaranGuru Kaunselor Guru DataPengerusi Kelab GuruKetua Pembantu Tadbir / PT KewanganGuru Media

2

Page 3: Garis panduan tambahan ldp 2010

b) SEKOLAH RENDAH

Pengerusi: Guru BesarTimbalan Pengerusi: Guru Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP: Ketua PanitiaJawatankuasa: Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan KokurikulumPenolong Kanan PetangKetua-Ketua PanitiaGuru DataPengerusi Kelab GuruKetua Pembantu Tadbir / PT KewanganGuru Bimbingan

** Bagi SKM mengikut kesesuaian sekolah

4.2 FAIL LDP

Fail LDP perlu dikemaskini dari masa ke semasa dengan dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Surat perlantikan (dalaman) Setia Usaha LDP dan AJK.

2. Perancangan/Pelan Tindakan LDP peringkat sekolah: a) Mesyuarat LDP sekurang-kurangnya 3 kali setahun - Mesyuarat 1 – Perancangan LDP sekolah - Mesyuarat 2 – Pembentangan Laporan Setengah Tahun Pelaksanaan - Mesyuarat 3 – Pembentangan Laporan Tahunan Pelaksanaan b) Perancangan Tahunan dan Taqwim c) Pembahagian Tugas kepada AJK d) Anggaran Belanjawan (jika ada) e) Kajian keperluan, analisis data dan rumusan analisis.

3. Pelaksanaan Kursus (Sebelum) a) Penyediaan maklumat kursus. b) Penyediaan dokumen/borang maklumat yang berkaitan dengan kursus: - Kertas kerja/Bahan edaran/handout - Borang permohonan (bagi guru yang berminat) - Surat jemputan penceramah dan peserta (jika dari luar) - Tempahan makanan, tempat dan peralatan (jika berkenaan)

4. Pelaksanaan Kursus (Semasa) a) Profil Penceramah (jika berkenaan) b) Pendaftaran/Kehadiran Peserta c) Borang penilaian program d) Fotografi e) Contoh Kad Pelaporan Latihan

5. Pelaksanaan Kursus (Selepas) a) Mesyuarat Post Mortem b) Data KMLPD c) Laporan Kursus

3

Page 4: Garis panduan tambahan ldp 2010

d) Senarai semak e) Pemantauan

4.3 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SECARA “SCHOOL BASED” DI SEKOLAH NEGERI PERAK TAHUN 2010

BIL. TARIKH PERKARA TINDAKAN1. 3 – 5 Februari

2010Mesyuarat Penyelarasan LDP School Based BPG-JPN

JPN

2. 22 Mac 2010 Mesyuarat Penyelarasan LDP School Based peringkat sekolah

Sekolah

3. 27 Mac 2010 Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali pertama

Sekolah

4. 24 April 2010 Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali ke 2

Sekolah

5. 28 April 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP sekolah ke PPD kali pertama

Sekolah

6. 30 April 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP PPD ke JPN kali pertama

PPD

7. 4 Mei 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP JPN ke BPG kali pertama

JPN

8. 26 Jun 2010 Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali ke 3

Sekolah

9. 24 Julai 2010 Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali ke 4

Sekolah

10. 28 Julai 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP sekolah ke PPD kali ke 2

Sekolah

11. 30 Julai 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP PPD ke JPN kali ke 2

PPD

12. 3 Ogos 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP JPN ke BPG kali ke 2

JPN

13. 14 Ogos 2010

Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali ke 5

Sekolah

14. 25 Sept 2010 Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali ke 6

Sekolah

15. 23 Oktober 2010

Pelaksanaan LDP School Based di sekolah kali ke 7

Sekolah

16. 27 Oktober 2010

Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP sekolah ke PPD kali ke 3

Sekolah

17. 29 Oktober 2010

Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP PPD ke JPN kali ke 3

PPD

18. 2 November 2010

Penghantaran Data dan Pelaporan Pelaksanaan LDP JPN ke BPG kali ke 3

JPN

19. 6 Disember 2010

Menganalisis dan menghantar data pelaksanaan LDP keseluruhan tahun 2010

JPN

4

Page 5: Garis panduan tambahan ldp 2010

4.4 CADANGAN LATIHAN

a) Kaedah: Kursus “In house” atau Pembentangan “Book Review”. b) Pembentangan “Book Review” boleh dilaksanakan sebagai salah satu slot dalam

kursus “In house”. c) Pelaksanaan pada hari Sabtu Minggu ke 2 atau ke 4

d) Boleh diganti dengan 2 kali perjumpaan sebelah petang hari persekolahan (3 jam setiap perjumpaan) atau yang setara.

e) Latihan ini hendaklah dijalankan di sekolah masing-masing.f) Bahan rujukan yang boleh digunakan bagi tujuan pengisian LDP di sekolah:

i) Buku “Memperkasakan Kepimpinan Instruksional Di Sekolah”, diterbitkan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii) Buku “Panduan Piawaian Kualiti, Pengurusan Akademik Sekolah”, diterbitkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

iii) Bahan Ceramah LDP Negeri Perak 2010 yang boleh dimuat turun melalui portal JPN Perak (Sila lihat Panduan muat turun di mukasurat 7)

BIL. TARIKH BIDANG FOKUSPenceramah/ Pembentang

1. 27 Mac 2010 Kemahiran Profesionalisme

Pengurusan dan perancangan strategik kecemerlangan akademik

Pengetua/Guru Besar/ Penolong

Kanan2. 24 April 2010 Pengetahuan dan

ProfesionalismeKecemerlangan pengurusan kurikulum

Penolong Kanan

3. 26 Jun 2010 Pengetahuan dan Profesionalisme

P&P cemerlang Guru Kanan Bahasa/ Guru

Cemerlang4. 24 Julai 2010 Nilai dan Amalan

ProfesionalismePemantauan dan penyeliaan Pen Kanan/ Guru

Kanan Sains Matematik

5. 14 Ogos 2010

Pengetahuan dan Profesionalisme

Penilaian dan Pentafsiran sekolah Pen Kanan/Guru Kanan

Kemanusiaan6. 25 Sep 2010 Kemahiran

ProfesionalismeHeadcount: Strategi peningkatan prestasi akademik

Pengetua/Guru Besar/ Penolong

Kanan7. 23 Okt 2010 Kemahiran

ProfesionalismePost mortem: Strategi peningkatan prestasi akademik

Pen Kanan/Guru Kanan Teknik

Vokasional

5

Page 6: Garis panduan tambahan ldp 2010

4.5 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU (BOOK REVIEW) SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP

Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara School Based di Sekolah yang boleh dimuat turun dari portal JPN Perak. (Sila lihat Panduan muat turun di mukasurat 7)

4.6 PENGURUSAN DATA DAN PELAPORAN

A. Sistem Pengumpulan Maklumat School Based

Bagi tahun 2010, pengumpulan maklumat LDP secara School Based adalah menggunakan aplikasi yang dibina dengan perisian Access yang boleh dimuat turun dari portal JPN Perak. (Sila lihat Panduan muat turun di mukasurat 7. Nama Fail: Sistem KMLDP Installer) Terdapat dua folder fail installer:1. KMLDP Kumpul Maklumat Sekolah (Sekolah menggunakan aplikasi ini untuk

mengisi data) - Aplikasi ini boleh di install dengan fail dbKMLDPverSek.exe yang terkandung

dalam folder tersebut.Panduan Aliran Kerja – Proses aliran kerja mengisi data perlu dibuat secara urutan:

1. Daftar nama sekolah 2. Daftar nama peserta 3. Daftar nama kursus 4. Daftar kehadiran

5. Eksport data (Data dalam text file.txt yang perlu dihantar ke PPD masing-masing. Jangan

hantar aplikasi .mdb)

2. KMLDP Gabung Maklumat PPD JPN (PPD dan JPN menggunakan aplikasi ini untuk menggabungkan data)

- Aplikasi ini boleh di install dengan fail dbKMLDP_Gabung_Data.exe yang terkandung dalam folder tersebut.

Panduan Aliran Kerja – Sila rujuk arahan yang terdapat pada aplikasi tersebut. (Disarankan agar pihak PPD mendapat bantuan daripada JU Guru Data di daerah masing-masing untuk menggunakan aplikasi ini.)

Perhatian! Kedua-dua aplikasi ini sesuai dengan Windows XP. Jika menggunakan Windows Vista, klik pada “Stop All Macros”, kemudian pilih butang “option” dan klik pada “enable this content” untuk membolehkan aplikasi ini digunakan.

B. Laporan Bulanan Analisis Data Peserta Kursus LDP Secara School Based

1. Sekolah perlu mengisi borang seperti dalam Lampiran A dan mestilah dikemaskini setiap 1 hb setiap bulan untuk dihantar ke PPD masing-masing.

2. PPD perlu mengisi borang seperti dalam Lampiran B-1 dan B-2 setelah menggabungkan semua data Lampiran A sekolah daerah masing-masing. Data yang telah dikemaskini hendaklah dihantar ke JPN Perak.

6

Page 7: Garis panduan tambahan ldp 2010

C. Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan penghantaran data ini perlu mematuhi Pelan Tindakan yang telah digariskan seperti dalam 4.3 (mukasurat 4).

D. Bahan-bahan yang boleh dimuat turun dari portal JPN Perak: http://jpnperak.edu.my/v2 Panduan muat turun: Pilih Info Dari Sektor dan seterusnya pilih SPA.

1. Sistem pengumpulan maklumat school based:

Pilih Sistem KMLDP Installer untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.

2. Garis Panduan Tambahan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Jabatan Pelajaran Perak Tahun 2010.

Pilih Garis Panduan Tambahan LDP 2010.doc untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.

3. Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2009.

Pilih GARIS PANDUAN LDP 2009.doc untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.

4. Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP.

Pilih GARIS_PANDUAN_PEMBACAAN_BUKU.doc untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.

5. Bahan Ceramah Kursus LDP Negeri Perak 2010.

Pilih Bahan Ceramah Kursus LDP Negeri Perak 2010. Sila “klik di sini”.

7

Page 8: Garis panduan tambahan ldp 2010

Lampiran A

LAPORAN ANALISIS DATA PESERTA KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA

SCHOOL-BASED BULAN _______________________ TAHUN 2010

Negeri: ______________________________________

Daerah: ______________________________________

Sekolah: ____________________________________________________________________

Analisis Peserta:

Jumlah peserta menghadiri semua kursus dalam bulan ini

Jumlah peserta menghadiri kurang 1 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 1 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 2 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 3 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 4 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 5 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 6 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 7 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri lebih 7 hari kursus

Analisis jenis kursus:*

Nama Kursus Bidang FokusBilangan Peserta

*Nota: Sila gunakan lampiran jika tidak mencukupi

8

Page 9: Garis panduan tambahan ldp 2010

Lampiran B-1

LAPORAN ANALISIS DATA PESERTA KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA

SCHOOL-BASED BULAN _______________________ TAHUN 2010

Negeri: ______________________________________

Daerah: ______________________________________

Analisis Bilangan Sekolah:

Jumlah Sekolah

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Sekolah SJK(C)

Sekolah SJK(T)

Analisis Peserta:

Jumlah peserta menghadiri semua kursus dalam bulan ini

Jumlah peserta menghadiri kurang 1 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 1 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 2 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 3 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 4 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 5 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 6 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri 7 hari kursus

Jumlah peserta menghadiri lebih 7 hari kursus

Lampiran B-2

9

Page 10: Garis panduan tambahan ldp 2010

Analisis jenis kursus:*

Nama Kursus Bidang FokusBilangan Peserta

*Nota: Sila gunakan lampiran jika tidak mencukupi

10