garis panduan perancagan-pantai

Upload: nazuwa

Post on 30-May-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    1/16

    KAWASAN PANTAI

    Latarbelakang

    Kawasan pantai merupakan kawasan sensitif dan mempunyai ekosistemtersendiri di mana setiap kehidupan pantai saling berkaitan antara satu samalain. Pantai mempunyai pelbagai fungsi yang boleh terdedah kepada beranekamasalah jika tidak diurus dan dirancang pembangunannya. Justeru itu, garispanduan ini diterima pakai untuk memastikan kawasan pantai berfungsi denganmampan dan tidak musnah.

    Definisi

    Berdasarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kawasan pesisiran pantaiialah:

    "Satu kawasan yang meliputi kawasan bersempadan 5km ke sebelah darat (backshore) dan 16.1km nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani(shore front). Kawasan di sebelah darat termasuk sungai dan rizab air hingga kekawasan yang dipengaruhi oleh air masin.

    Garis Panduan Umum

    i.Pembangunan Guna Tanah

    Pelan pembangunan, perundangan dan peraturan yang selaras danmenepati piawaian sedia ada.

    Kawasan lapang dan jalan hendaklah disediakan secukupnya untukkemudahan pengguna.

    Guna tanah perbandaran dihadkan kepada kawasan yang paling sesuaimanakala kawasan lain dikekalkan.

    ii.Pembangunan Fizikal

    Zarah terampai bagi kerja pembinaan / kerja tanah dan aktiviti lalu lintashendaklah dikawal.

    Pembangunan baru perlu menangani kesan terhadap kualiti airpermukaan dan air bumi.

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    2/16

    Projek penambakan lebih dan aktiviti pengorekan pasir yang melibatkankawasan 50 hektar (123.55 ekar) atau lebih perlu menjalankan kajianPenilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (detailed EIA).

    iii.Kawalan Biologi

    Sumber semula jadi dan sosiobudaya hendaklah dikenal pasti, dipeliharadan dilindungi.

    Kawasan terbuka hendaklah dikekalkan.

    iv.Pembangunan Sosioekonomi

    Prasarana dan perkhidmatan awam yang mencukupi hendaklahdisediakan.

    Pelan pembangunan hendaklah menggalakkan sistem pengangkutanyang seimbang, ekonomi, selamat dan cekap untuk kemudahan awam.

    Perancangan hendaklah dilakukan secara proaktif.

    Pelan pembangunan hendaklah mencerminkan ciri tempatan danpersekitaran yang semula jadi.

    Garis Panduan Khusus

    i.Pengelasan Pantai Mengikut Bahan Pantai

    Pantai berpasir : Pasir halus, sederhana dan kasar yang bersaiz antara0.002-2 mm.

    Pantai berlumpur : Bahan halus bersaiz kurang daripada 0.002 mm. tetapimengandungi sedikit pasir halus.

    Pantai berbatu : Terdiri daripada tebing tinggi, batu bonjol dan batu kerikilyang bersaiz melebihi 2 mm. dan pasir di bahagian hadapan pantai.

    Pantai tambakan : Bahan tambak, batu-batan, pasir dan geotekstil.

    ii.Pengelasan Mengikut Zon Pembangunan

    Pantai berpasir : Guna tanah pembangunan, kualiti udara, kualiti air,biologi, nilai estetika, sosioekonomi dan kejuruteraan.

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    3/16

    Pantai berlumpur : Guna tanah pembangunan, biologi, kualiti air dankejuruteraan.

    Pantai berbatu : Guna tanah pembangunan, kejuruteraan dan kualiti air.

    Pantai tambakan : Guna tanah pembangunan, kualiti udara, kualiti air,biologi, nilai estetika dan sosioekonomi.

    Piawaian Perancangan Pembangunan Kawasan Persisiran Pantai

    Terdapat beberapa zon pembangunan yang ditetapkan di dalam piawaian iaitu:

    Zon rekreasi awam

    Zon hutan pantai

    Zon hutan bakau

    Zon santuari penyu

    Zon muara sungai dan sungai

    Zon pembangunan di atas air dan di garis pantai (tidak termasukpelabuhan dan industri).

    Zon rekreasi air di sungai, garis pantai dan pesisiran terbuka

    Zon ekolancong

    Zon perumahan

    Zon pelabuhan dan perindustrian

    Zon akuakultur

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    4/16

    4.0 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

    4.1 Garis panduan Perancangan Umum

    Garispanduan ini adalah merupakan asas di dalam setiap perancangan dan

    pembangunan di kawasan pesisiran. Perkara-perkara ini perlulah diteliti dalammerancang sesuatu pembangunan di kawasan pesisiran pantai iaitu:

    Kawasan berisiko tinggi seperti kawasan hakisan1, kawasan berbukit dancuram serta kawasan berlumpur, pembangunan perlu dielakkan;

    Zon pembangunan atau pembangunan intensif (pembangunanperbandaran) kawasan pemeliharaan dan kawasan tidak bolehdibangunkan);

    Menyediakan zon penampan yang secukupnya di antara pembangunan

    dengan garis pantai sedia ada;

    Jalan masuk dan jalan perkhidmatan perlu disediakan untuk orang awamdi kawasan rizab pantai di sepanjang pantai;

    Meminimakan kesan tiupan angin dengan mengawal ketinggian,rekabentuk dan lokasi bangunan, hendaklah tidak melebihi kanopisemulajadi pokok persekitaran;

    Rekabentuk semua kemudahan dan perkhidmatan seharusnya bertujuan

    meminimakan kemusnahan alam sekitar;

    Di mana boleh, pastikan bahan dan cara-cara pembinaan sesuai denganreef-cave environment;

    Mengawal pembuangan sampah dan lebihan-lebihan lain denganmenyediakan sistem yang berkesan; dan

    Pembuangan kumbahan hendaklah diteliti supaya tidak disalurkan teruske laut.

    4.2 Pemakaian Garis Anjakan Pembangunan

    Semasa pembangunan yang melibatkan struktur binaan kekal dikawasan pantaiperlu mematuhi garis anjakanminimum mengikut

    jenis pembangunan topografi serta kesesuaian kawasan sepertidalam jadual 1

    http://www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/webGarisPanduan/GarisPanduan_MPSP/garispanduan20/garispanduan%20perancangan.htm#_ftnref1http://www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/webGarisPanduan/GarisPanduan_MPSP/garispanduan20/garispanduan%20perancangan.htm#_ftnref1
  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    5/16

    Keperluan anjakan minimum seperti dalam Jadual 1, bolehdisesuaikan mengikut keadaan tapak sebenar, kelonggaran bolehdiberi mengikut keadaan seperti yang terdapat dalam Guidelineson erosion control for development projects in the coastal zoneyang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran;

    Walau bagaimanapun pemaju perlu menyediakan kerja-kerjakawalan hakisan sebagai syarat kelulusan pelan; dan

    Sebarang bangunan atau pembinaan yang melintasi pantai hinggake pergigian air tidak dibenarkan di kawasan pantai berpasir.

    JADUAL 1 : Ringkasan Garis Anjakan Pembangunan

    Jenis Pantai Aktiviti Garispanduan

    Pantai berpasirdan laut

    i. Rekreasi 60m daripada paras purata air pasangperbani

    ii. Kediaman danPelancongan

    60m daripada paras purata air pasangperbani

    iii. Perindustrian Ringan Berat 500m daripada paras purata air pasangperbani1000m daripada paras purata air pasangperbani

    iv. Pertanian 100m daripada paras purata air pasangperbani

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    6/16

    Pantaiberlumpur

    i. Kediaman danPelancongan

    400m daripada paras purata air pasangperbani

    ii. Perindustrian 1000m daripada paras purata air pasangperbani (bagi kedua-dua industri ringandan berat)

    iii. Pertanian 100m daripada paras purata air pasangperbani

    Pantai berbatu/cliff i. Kediaman danPelancongan 30m daripada paras purata air pasangperbani

    ii. Pelabuhan Pembangunan dibenarkan di atas air,dengan kawalan jarak di antarabangunan ke banguna dan dibina di atastiang dengan kawalan ketinggiankumbahan

    Muara danSungai

    i. Kediaman danPelancongan

    20m daripada rizab sungai

    ii. Perindustrian Ringan Berat 500m daripada paras purata air pasangperbani

    iii. Pertanian 1000m daripada paras purata air pasang

    perbani

    Pantai bagikawasantebus- guna

    i. Kediaman danPelancongan

    Mempunyai 60m kawasan penampandari tebing laut baru serta menyediakan

    jalan perkhidmatan sepanjang pantai

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    7/16

    4.3 Pengekalan Pokok-Pokok Melata di Gumuk Pantai

    Mesti dikekalkan seberapa mungkin dalam semuakeadaan pembangunan;

    Meletakkan papan tanda yang melarang/memijak kawasan gumukpantai dan pokok-pokok melata di gumuk;

    Penggunaan semua jenis kenderaan di atas pantai dan gumukpantai tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan pengurusan kawasan;dan

    Kemudahan Boardwalk mesti dibina untuk melindungi kerosakankawasan pokok-pokok melata dan mengekalkan morfoogi gumukdan mengadakan papan tanda yang mengarahkan penggunaanBoardwalk.

    4.4 Pengekalan Elemen-Elemen Semulajadi

    Semua anak-anak sungai perlu dikekalkan dalam keadaansemulajadi terutamanya di zon pelancongan;

    Pembangunan di kawasan hinterland perlu dikawal supaya tidakmenjejaskan kualiti air sungai di kawasan pesisiran memandang iamerupakan outlet akhir ke laut;

    Perlu mengekalkan kawasan berbukit dalam keadaan asal,sebarang pembangunan perlu mengikut kontor asal dan tidakmemotong pokok kecuali tapak binaan; dan

    Sand bar, sand spit, sand banks dan beach dunes perludikekalkan sebagai elemen tarikan pelancong.

    4.5 Kebebasan Angkutan Bujuran Pantai

    Pembangunan kekal di pergigian air yang menghalang arusbujuran pantai tidak dibenarkan sama sekali;

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    8/16

    Menggalakkan pembinaan struktur seperti jeti, tambak dan lainstruktur yang perlu dibina di atas air menggunakan tiang supayatidak mengganggu proses semulajadi arus air laut;

    Pengambilan pasir di zon aktif iaitu dalam jarak 1,000m dari paras

    air tersurut tidak dibenarkan;

    Tiada aktiviti pengorekan pasir dilakukan di kawasan kedalaman airyang kurang dari 10m dari paras purata air surut atau 1.5km di luarpantai yang mana lebih jauh; dan

    Pembangunan di dalam sungai dan muara yang menghalang ataumerubah corak saliran, kekuatan saliran dan penahan endapansungai keluar ke laut dan kawasan pesisiran tidak dibenarkan.

    4.6 Aktiviti Penebusgunaan Pantai

    Tidak menggalakkan aktiviti penebusgunaan pantai kerana iamemberi kesan kepada proses semulajadi pantai;

    Tebusguna kawasan pantai secara kecil-kecilan akanmengakibatkan hakisan di garis pantai yang berbengkang-bengkok;

    Bagi tujuan pembangunan keperluan penebus guna pantaihendaklah mendapat kelulusan EIA dan memenuhi kriteria selamat,terpelihara, produktif dan bebas cemar dan minima gangguan

    kepada aset pantai; dan

    Bagi kawasan yang telah diluluskan perlulah mengikut anjakanyang telah ditetapkan.

    4.7 Garispanduan Khusus Mengikut Zon Kegunaan Tanah

    Sumber pelancongan kawasan pesisiran hendak- lah dizonkan gunatanahnyamengikut tujuan dan kemampuan alam sekitar. Beberapa zon guna- tanah yangbersesuaian serta garispanduan am boleh diujudkan bagi kawasan pesisiraniaitu:

    4.7.1 Zon Rekreasi Awam

    Aktiviti yang dibenarkan seperti padang, kawasan istirehat,kawasan berkelah, pejabat pengurusan, pusat cenderamata dankemudahan-kemudahan sokongan;

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    9/16

    Penyediaan kemudahan ini bergantung kepada fungs zon rekreasisama ada pasif, aktif atau kedua-duanya sekali.

    Kemudahan-kemudahan sokongan yang perlu disediakan adalahseperti tandas awam, tempat duduk, tapak perkhemahan, tempat

    letak kereta, jogging track dan lain-lain keperluan yang berkaitan.Bangunan-bangunan ini dibentuk indah dan serasi dengan alamsekeliling;

    Pantai rekreasi awam hendaklah dikenalpasti khususnya kawasanyang mempunyai jalan masuk;

    Rekreasi awam dibenarkan dalam kawasan rizab pantai (60m) bagiaktiviti yang tidak melibatkan struktur binaan seperti jogging trackdan alat-alat sokongannya, tapak perkhemahan dan tempat duduk;dan

    Pantai harus dibuka untuk semua orang awam.

    4.7.2 Zon Hutan Pantai

    Hutan pantai seperti peat swamp forest dan fresh water swampforest berfungsi sebagai kawasan pengawalan banjir secarasemulajadi;

    Tiada pembangunan dibenarkan di dalam kawasan hutan pantai;

    Semua jenis pembangunan yang berhampiran mestilah mempunyaiselebar 60m zon penampan di antara kawasan pembangunan kegaris hutan pantai; dan

    Aktiviti yang dibenarkan adalah rekreasi rimba, penyelidikan danpemerhatian terhadap spesis hidupan yang terdapat di dalamkawasan ini.

    4.7.3 Zon Hutan Bakau

    Tiada pembangunan dibenarkan di kawasan hutan bakau yangtelah digazetkan sebagai Rizab Hutan Kekal kecuali rekreasi rimba,penyelidikan dan pemerhatian terhadap spesis hidupan yanterdapat di dalam kawasan ini;

    Pembangunan di kawasan berhampiran hutan bakau perlumengikut anjakan yang telah ditetap- kan. Pemusnahan hutanbakau dilarang sama sekali di kawasan zon penampan tersebut;

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    10/16

    Mengekalkan hutan bakau atau hanya membangun- kan 20%daripada keluasan sesuatu kawasan tersebut bagi tujuan eko-lancong, penyelidikan dan sebagainya tanpa pemotongan ataupenebangan pokok;

    Kawasan penampan selebar 30m mesti diadakan di antarakawasan pembangunan dan hutan bakau atau mengikut jenispembangunan;

    Pembuangan sampah dan kumbahan di kawasan hutan bakaudilarang sama sekali;

    Kolam pemerangkap lumpur mestilah dibina untuk semua projekpembangunan yang melibatkan kerja pengorekan tanah; dan

    Satu pelan pengurusan jangka panjang diperlukan supaya dapatmemelihara hutan bakau semulajadi serta sebagai tindakankawalan hakisan.

    4.7.4 Zon Santuari Penyu

    Pemeliharaan penyu dibenarkan di dalam kawasan rizab pantai(60m);

    Kawasan yang telah dikenalpasti perlulah diwartakan sebagaikawasan santuari penyu;

    Aktiviti yang dibenarkan adalah tempat penyu bertelur, kiosmakanan, tempat letak kereta, tandas awam, laluan pejalan kaki,tempat duduk dan lain-lain yang berkaitan;

    Persekitaran kawasan tidak boleh mempunyai cahaya yng kuatsupaya penyu tidak hilang punca atau arah;

    Menghadkan pembangunan di kawasan sekitar santuari penyu(terutamanya bangunan yang tinggi untuk mengelakkan cahayaterang);

    Tidak boleh mempunyai jalan dalam kawasan santuari penyu untukmengelakkan kacau ganggu;

    Semua kawasan takungan air yang berhampiran perlu dipeliharabagi menarik perhatian penyu; dan

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    11/16

    Menghadkan aktiviti penangkapan ikan di laut berhampiran.

    4.7.5 Zon Muara Sungai dan Sungai

    Tiada sebarang pembangunan kekal dibenarkan di kawasan zon

    muara sungai dan di kawasan rizab sungai. Kelebaran rizabberdasarkan keluasan sungai seperti yang telah ditetapkan olehJabatan Pengairan dan Saliran;

    Menentukan langkah-langkah menahan hakisan dirancangbersama dengan perancangan pembangunan kawasan yangberhampiran tebing;

    Sebarang pembinaan atu struktur seperti jeti, restoran terapung,chalet dan lain-lain hendaklah didirikan di atas tiang supaya tidakmengganggu aliran air;

    Menggalakkan bangunan mengadap ke arah sungai untuk menjagaestatika sepanjang sungai serta tidak menjadikan sungai sebagaitempat buangan akhir dan dapur;

    Memastikan sisa-sisa buangan pepejal dan air kumbahan tidakdibuang terus ke sungai; dan

    4.7.6 Zon Pembangunan Di Atas Air dan Di Garis Pantai

    Aktiviti dibenarkan seperti chalet, restoran, jeti, marina, kelabrekreasi, tambak dan lain-lain yang berkaitan denganpembangunan aktiviti pelancongan;

    Hendaklah dibina di atas tiang dan bukannya di atas struktur yangboleh menghalang arus atau pergerakan semulajadi air laut.Jumlah bangunan yang dibenarkan perlu dikawal supaya tidakmengganggu eko-sistem marin dan mencemarkan kualiti air;

    Jarak antara bangunan hendaklah sekurang- kurangnya 3.3mbertujuan untuk menjaga keselamatan dan untuk tujuan memberi

    pengudaraan serta mengurangkan gangguan semulajadi kawasan;

    Sistem pembetungan hendaklah melalui paip ke saluran utama didarat; dan

    Lain-lain aktiviti yang dibenarkan ialah yang berkaitan denganpertanian seperti pembinaan sangkar ikan terapung dan jugapembinaan pantoon.

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    12/16

    4.7.7 Zon Rekreasi Air Di Sungai, Garis Pantai dan Pesisiran Terbuka

    Menentukan kawasan perairan yang sesuai untuk aktiviti rekreasi

    dan sukan air;

    Perkhidmatan bot pelancong hanya dibenarkan di kawasan-kawasan tertentu sahaja serta perlu mematuhi kawalan supayatidak mencemarkan persekitaran dan air laut;

    Semua jenis sukan air seperti jet-ski, luncur layar, berkayak danlain-lain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk tujuankeselematan dan pencemaran;

    Mensyaratkan pengendalian pelbagai aktiviti rekreasi air diawasioleh kakitangan terlatih; dan

    Menyediakan papan maklumat atau peraturan untuk kepentinganpara pengunjung.

    4.7.8 Zon Eko-Lancong

    Aktiviti yang dibenarkan adalah aktiviti pasif yang tidak merosakkan

    alam sekitar seperti penyelidikan, rekreasi rimba dan pemerhatian;

    Perlu mengekalkan ciri-ciri semulajadi dalam zon eko-lancongseperti hutan, water bodies (tasik, kolam, air terjun), sungai, guadan taman laut;

    Pembangunan yang dibenarkan hanya yang berkaitan denganpenyediaan penginapan seperti chalet dan motel yang berdensitirendah serta penyediaan kemudahan sebagai rekreasi rimba danpemerhatian;

    Pembangunan hanya dibenarkan di peringkat minima supaya tidakmenjejaskan keaslian kawasan serta tidak menyebabkanpencemaran;

    Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah yang berbentuksemulajadi dan tidak melibatkan penggunaan kenderaan berjenteraseperti perahu, sampan, laluan pejalan kaki, jambatan gantung dansebagainya;

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    13/16

    Menyediakan laluan awam di kawasan pantai yang belumdibangunkan untuk menikmati, scenic drive (kehidupan semula

    jadi pantai) (Rajah 2).

    Pembangunan tidak dibenarkan di sekeliling kawasan tasik dalam

    jarak 50m daripada paras air tertinggi;

    Gua-gua yang terdapat dalam kawasan eko- lancong perlupenjagaan (protection) yang secukupnya dan kegunaannyadiuruskan secara teratur supaya flora dan fauna serta ekologisentiasa terpelihara (pembentukan gua mengambil masa 1 dekaduntuk membentuk 1 inci bagi 'lime stone cave');

    Pembangunan di kawasan hutan bakau dan lain-lain hutan pantaiperlu mematuhi bahagian 4.7.2 dan 4.7.3; dan

    Menguatkuasa sepenuhnya peraturan-peraturan Taman Laut danmenjadikan pulau-pulau di luar Taman Laut sebagai Taman Negeri.

    4.7.9 Zon Perumahan

    Pembangunan perumahan yang dibenarkan adalah kategori yangmenambah baik keindahan kawasan dan keperluan kemudahansosial/awam seperti terkandung dalam garispanduanpembangunan sedia ada;

    Kawasan perumahan perlu dipisahkan dengan zon pantai denganmelalui jalan perkhidmatan awam lebar 15m 20m serta pejalankaki yang landskap;

    Sistem pembetungan dan perparitan menghala ke sistem dalamandan tidak disalurkan ke laut;

    Memastikan pembangunan perumahan hanya berdensitisederhana dan rendah untuk tujuan ekologi, menjaga estatika dancarrying capacity pantai;

    Perlu mengawal ketinggian bangunan terutamanya lot yangberhampiran pantai. Seboleh-bolehnya ketinggian bangunan di lot-lot sebelah pantai (selepas rizab 60m) hendaklah tidak melebihi 3tingkat supaya tidak menjejaskan vista/pandangan ke laut. Lot-lotseterusnya boleh mempunyai ketinggian yang lebih daripada 3tingkat bergantung kepada kesesuaian tapak berkenaan (Rajah 2dan 3);

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    14/16

    Menentukan tiada pembangunan atau binaan kekal terletak secaralangsung di atas muara, rizab sungai dan rizab pantai;

    Menentukan langkah-langkah menahan hakisan dirancangbersama dengan perancangan pembangunan kawasan yang

    berhampiran tebing sungai dan pantai;

    Menggalakkan bangunan mengadap ke arah sungai untuk menjagaestatika sepanjang sungai serta tidak menjadikan sungai sebagaitempat buangan akhir dari dapur; dan

    Memastikan sisa-sisa buangan pejabat dan air kumbahan tidakdibuang terus ke sungai dan ke laut.

    Rajah 2 : Cadangan Pembangunan Yang Mempunyai Jalan Perkhidmatan diRizab Pantai

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    15/16

    Rajah 3 : Cadangan Pembangunan Yang Mempunyai Jalan Sedia Ada Di LuarRizab Pantai

    4.7.10 Zon Pelabuhan dan Perindustrian

    Zon ini terdiri dari aktiviti perindustrian ringan, sederhana dan berat,kemudahan jeti, pelabuhan, kawasan punggah-memunggah,kawasan perumahan pekerja, perkedaian dan lain-lain kemudahanyang berkaitan;

    Perlu menyediakan kawasan zon penampan yang mencukupiseperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan JabatanPerancangan Bandar dan Desa;

    Mendapat kelulusan kajian EIA; dan

    Tidak dibenarkan di kawasan pantai berbukit/cliff.

  • 8/14/2019 Garis panduan perancagan-pantai

    16/16

    4.7.11 Zon Pertanian Akuakultur

    Aktiviti pemeliharaan ikan air payau dan air laut memerlukankawasan yang sesuai. Kawasan yang sesuai selalunya ialahkawasan hutan bakau dan nipah yang juga merupakan kawasan

    sensitif alam sekitar serta kawasan hutan darat (seperti bekassawah padi);

    Seboleh-bolehnya elakkan kawasan hutan bakau atau nipahkerana ia akan menyebabkan hakisan dan lain-lain masalah eko-sistem;

    Aktiviti ini melibatkan pembinaan kolam ikan, kolam rawatan airkumbahan dan pengepaman air dan punca air;

    Memastikan aktiviti ini dijalankan di luar rizab pantai anjakan

    diperlukan ialah 100m dari paras purata air pasang perbani;

    Memerlukan kajian EIA jika melebihi 20.25 hektar (50 ekar);

    Perlu menyediakan kolam rawatan untuk memproses air kumbahansebelum disalurkan ke sungai atau laut; dan

    Pembangunan di kawasan sekitar kawasan akuakultur perludikawal mengikut kesesuaian. Pembangunan industri danpelabuhan adalah tidak sesuai bersebelahan dengan zon

    akuakultur kerana dia mencemarkan punca air yang berhampiran.

    Hakisan dalam kajian ini bermaksud hakisan kategori 1 mengikut JPS, iaitukawasan yang mengalami kadar hakisan paling kritikal dan memerlukantindakan segera dengan membina struktur-struktur untuk melindungi nilai-nilai diatasnya dengan berkesan.

    Definisi Eko-Lancong: Environmentally responsible travel and visitation torelatively undistrubed natural areas, in order to enjpy and appreciate nature (and

    any accompanying cultural features, both past and present) that promotesconservation, has low visitor impact and provides for beneficially active sosio-economic involvement of local popultaion (Ceballos Lascurain 1993 in WWFM1996/internal document)