garis panduan pelaksanaan solat jumaat 3.3 memastikan kebenaran solat fardhu jumaat di masjid dalam...

22
1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU JUMAAT DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI NEGERI SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa serta jemaah di masjid- masjid yang telah diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) agar perlaksanaannya memenuhi tatacara yang ditetapkan. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Berdasarkan perkembangan semasa COVID-19, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei 2020. Kerajaan telah memutuskan tempoh PKPB ditamatkan pada 9 Jun 2020 dan digantikan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020. 2.2 Pelaksanaan PKPP yang memberi lebih banyak kelonggaran kepada aktiviti ekonomi dan sosial tetap memerlukan komitmen, pemantauan dan penguatkuasaan oleh jabatan dan agensi berkaitan serta kesedaran masyarakat yang

Upload: others

Post on 07-Aug-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

SOLAT FARDHU JUMAAT DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

DI NEGERI SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan kepada

pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa serta jemaah di masjid-

masjid yang telah diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Fardhu

Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(PKPP) agar perlaksanaannya memenuhi tatacara yang ditetapkan.

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Berdasarkan perkembangan semasa COVID-19, Y.A.B.

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei

2020. Kerajaan telah memutuskan tempoh PKPB ditamatkan

pada 9 Jun 2020 dan digantikan dengan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga

31 Ogos 2020.

2.2 Pelaksanaan PKPP yang memberi lebih banyak kelonggaran

kepada aktiviti ekonomi dan sosial tetap memerlukan

komitmen, pemantauan dan penguatkuasaan oleh jabatan

dan agensi berkaitan serta kesedaran masyarakat yang

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

2

berterusan untuk mempraktikkan kehidupan berdasarkan

norma baharu yang diterapkan sebelum ini.

2.3 Dalam konteks pengimarahan institusi masjid, PKPP memberi

lebih ruang kepada pihak berkuasa agama negeri untuk

memberi kelonggaran kepada masyarakat Islam menunaikan

ibadah dan Solat Fardhu Jumaat di masjid. Namun

pelaksanaannya boleh dibuat berdasarkan garis panduan

yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri masing-

masing. Ini bertujuan bagi memastikan wabak Covid-19 dapat

dibendung dan proses pemulihan dapat dilaksanakan secara

berkesan untuk membolehkan lebih banyak masjid dibuka

secara berperingkat dengan jumlah jemaah yang boleh

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

2.4 Penetapan zon hijau bagi kawasan-kawasan tertentu

berdasarkan pengukuran bilangan jangkitan kes oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh dijadikan teras

sandaran bagi agensi-agensi agama berkuasa negeri untuk

membuat apa-apa ketetapan berhubung pelaksanaan Solat

Fardhu Jumaat berdasarkan garis panduan yang telah

disediakan.

2.5 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengambil

inisiatif mengadakan Mesyuarat Khas bersama Majlis

Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri

Selangor (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan

Mufti Negeri Selangor pada 5 Jun 2020. Garis panduan ini

telah dibentangkan oleh pihak JAIS kepada agensi-agensi

berkenaan dan dipersetujui pada dasarnya untuk

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

3

dilaksanakan di Negeri Selangor dengan syarat garis

panduan yang komprehensif ini dapat dipatuhi sepenuhnya.

3.0 OBJEKTIF Garis panduan ini disediakan untuk mencapai objektif berikut:

3.1 Menyediakan panduan spesifik dan komprehensif untuk

pegawai dan jawatankuasa masjid dalam menguruskan

pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh PKPP.

3.2 Meneruskan kesinambungan jabatan dan agensi kerajaan

yang lain dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam

kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif,

selamat, teratur dan terkawal.

3.4 Menyesuaikan peraturan dan norma baharu kehidupan dalam

pelaksanaan ibadah berteraskan maqasid syariah dan

kaedah fiqh.

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN DAN TINDAKAN 4.1 Prinsip Teras Kawalan

Suatu prinsip yang perlu diketahui umum oleh semua

Pegawai dan Jawatankuasa serta jemaah masjid mengenai

tahap kesedaran berkaitan wabak COVID-19. Ini meliputi

pengetahuan mengenai aspek yang mempengaruhi

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

4

pengembangan virus dan penyebaran, kesan risiko serta

langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dititikberatkan

dalam membendung penularan wabak.

4.1.1 Status Kategori Zon Hijau

Kebenaran untuk mendirikan Solat Fardhu Jumaat di

masjid hanya boleh ditetapkan bagi masjid yang terletak

dalam kawasan berstatus zon hijau sahaja berdasarkan

merit penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kawasan masjid yang bertukar status kepada zon

kuning dan merah disebabkan berlakunya peningkatan

jangkitan kes boleh ditangguhkan semula pelaksanaan

Solat Fardhu Jumaat.

4.1.2 Tindakan Nyahkuman (Sanitasi) Sebelum Dan Selepas

Pegawai masjid hendaklah melaksanakan proses

nyahkuman mengikut tatacara yang telah ditetapkan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara

berkala sebelum dan selepas Solat Fardhu Jumaat

dilaksanakan.

4.1.3 Syarat Kelayakan Dan Tanggungjawab Jemaah

a) Kelayakan Jemaah:

i. Berumur tidak melebihi 60 tahun dan

pemastautin tetap sebagai ahli kariah masjid

itu.

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

5

ii. Jemaah yang bukan warganegara adalah tidak

dibenarkan sama sekali untuk hadir ke masjid.

iii. Pegawai dan Jawatankuasa masjid yang sihat

dan tidak bergejala adalah terkecuali daripada

syarat umur.

iv. Tidak bergejala seperti demam, batuk,

selsema, sakit tekak dan penyakit kronik

(darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung).

v. Jemaah yang uzur dan menghadapi masalah

pergerakan seperti berkerusi roda dan

bertongkat adalah tidak dibenarkan.

vi. Jemaah yang mempunyai rekod bacaan suhu

lebih 37.4 darjah celcius adalah tidak

dibenarkan masuk ke masjid.

b) Tanggungjawab Jemaah:

i. Membuat permohonan hadir Solat Fardhu

Jumaat melalui Google Form / kod QR / Sistem

Pesanan Ringkas (SMS) / Whatsapp yang

disediakan pihak masjid.

ii. Memberi maklum balas kehadiran.

iii. Membawa Kad Pengenalan.

iv. Menunjukkan kupon khas atau teks jemputan

yang diterima melalui Sistem Pesanan Ringkas

(SMS) atau Whatsapp.

v. Memakai penutup hidung dan mulut (face

mask).

vi. Mestilah berwudhuk terlebih dahulu di rumah.

vii. Membawa sejadah sendiri daripada rumah.

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

6

viii. Jemaah hendaklah hadir ke masjid 30 minit

lebih awal sebelum masuk waktu Solat Fardhu

Jumaat.

ix. Menggunakan hand sanitizer yang disediakan

semasa masuk dan keluar daripada masjid.

x. Meninggalkan masjid setelah selesai

menunaikan Solat Sunat Ba’diah 2 rakaat.

xi. Keluar dari masjid dalam keadaan tenang dan

teratur dengan mengambil kira penjarakan

sosial.

4.1.4 Tempoh Pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat

a) Dilaksanakan dalam tempoh masa tidak melebihi 30

minit dari azan pertama sehingga selesai solat.

b) Amalan iktikaf dalam masjid selepas Solat Fardhu

Jumaat adalah tidak dibenarkan

4.1.5 Budaya Bersalaman

Budaya bersalaman selepas selesai menunaikan solat

di antara jemaah dan pegawai masjid atau sesama

jemaah hendaklah sama sekali dielakkan.

4.2 Kawalan Lokal Dan Domestik Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid dalam

mengimplementasi garis panduan ini juga perlu

memerhatikan aspek persekitaran, fizikal dan prasarana yang

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

7

terdapat di masjid. Oleh yang demikian, langkah-langkah

berikut hendaklah diambil perhatian:

4.2.1 Penetapan Akses Keluar Masuk

a) Membuka hanya satu pintu laluan utama masjid yang

memberi kemudahan kepada jemaah terpilih untuk

masuk dan keluar.

b) Pintu laluan utama masuk ke masjid hanya akan

dibuka 30 minit sebelum masuk waktu Solat Fardhu

Jumaat.

c) Pintu utama akan ditutup kembali oleh petugas

selepas azan pertama dikumandangkan.

d) Jemaah yang hadir lewat selepas tamat tempoh

waktu yang ditetapkan, walaupun mempunyai kupon

khas atau teks jemputan yang diterima melalui

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau Whatsapp,

tidak akan dibenarkan masuk.

e) Menetapkan zon parkir kenderaan jemaah.

f) Pintu laluan utama akan dibuka semula setelah

selesai Solat Fardhu Jumaat dan doa dibacakan.

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

8

4.2.2 Pengurusan Laluan Masuk Utama Ke Ruang Solat Utama a) Menyediakan tunjuk arah laluan keluar masuk

masjid.

b) Menyedia dan mempamer pelan lantai keseluruhan

masjid untuk panduan jemaah.

c) Menetapkan laluan masuk jemaah ke perkarangan

masjid.

d) Menyediakan kaunter dan melantik petugas untuk:

i. Memastikan jemaah memakai penutup hidung

dan mulut (face mask).

ii. Membuat saringan pemeriksaan suhu badan.

iii. Merekodkan kehadiran dalam kod QR atau

buku daftar.

iv. Memastikan jemaah menggunakan hand

sanitizer.

e) Menetapkan pintu utama laluan masuk dan keluar

jemaah dari ruang solat utama masjid.

f) Menutup pintu-pintu laluan masuk ke ruang solat

yang lain bagi memudahkan petugas masjid

mengawal pergerakan jemaah.

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

9

4.2.3 Pengurusan Kehadiran Jemaah

a) Pihak masjid hendaklah menentukan jemaah yang

akan hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat terdiri

daripada:

i. Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid, atau

ii. Jemaah terpilih atau yang menerima jemputan

pihak masjid.

b) Permohonan dan jemputan kepada jemaah yang

terpilih untuk hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat

akan dibuat oleh pihak masjid melalui:

i. Sistem pengisian borang secara online melalui

Google Form / kod QR / Sistem Pesanan

Ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp yang

disediakan oleh pihak masjid. Permohonan

juga boleh dibuat secara manual dengan

mengisi borang permohonan yang disediakan

dan perlu dikembalikan kepada pihak masjid.

Contoh perincian Borang Permohonan /

Jemputan Hadir Solat Fardhu Jumaat seperti di

Lampiran A.

ii. Jemaah yang telah dikenal pasti dan layak

untuk hadir bagi menunaikan Solat Fardhu

Jumaat akan dimaklumkan oleh pihak masjid

sekurang-kurangnya sehari sebelum Solat

Fardhu Jumaat diadakan melalui Kad Hadir

Solat Fardhu Jumaat.

Page 10: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

10

iii. Pegawai masjid hendaklah sentiasa

mengemaskini jumlah permohonan dan

pengesahan kehadiran jemaah. Sekiranya

jumlah permohonan melebihi had yang

ditetapkan, pihak jawatankuasa masjid boleh

menetapkan jadual dan penggiliran jemaah

untuk hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat

pada minggu-minggu yang lain.

c) Jemaah yang hadir Solat Fardhu Jumaat hendaklah

merekodkan pengesahan kehadiran di masjid

melalui:

i. Membawa, menunjuk atau menyerahkan Kad

Hadir Solat Fardhu Jumaat yang telah

dikeluarkan oleh pihak masjid.

ii. Mengimbas kod QR yang disediakan oleh

pihak masjid.

iii. Mengisi butiran diri dalam buku daftar

kehadiran yang mengandungi nama, nombor

telefon, bacaan suhu, dan tandatangan.

4.2.4 Kawalan Penggunaan Prasarana

a) Jemaah yang hadir hendaklah mengelakkan atau

meminimakan penggunaan kemudahan masjid

terutama tandas dan tempat wudhuk.

b) Penggunaan tandas dan tempat wudhuk tidak

menjadi halangan dan kekangan jika jemaah berada

Page 11: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

11

dalam keadaan dhoruri (keperluan yang tidak dapat

dielakkan).

c) Pihak masjid hendaklah menetapkan penggunaan

tandas pada tahap minima atau terhad berdasarkan

keperluan nisbah jumlah jemaah dan wajar menutup

tandas yang lain.

4.2.5 Pelan Kedudukan Jemaah Di Ruang Solat Utama

a) Pihak masjid hendaklah menyediakan pelan

kedudukan jemaah di ruang solat utama.

b) Memastikan kedudukan susunan jemaah di antara

satu sama lain dengan penjarakan sosial 1 atau 2

meter.

c) Membuat penandaan kekal pada setiap penjarakan

sosial.

d) Jemaah hendaklah menggunakan sejadah

persendirian yang dibawa dari rumah untuk

diletakkan di kedudukan yang ditetapkan oleh pihak

masjid.

4.3 Pelaksanaan Kawalan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid mempunyai fungsi

dan tanggungjawab utama dalam mengawal pelaksanaan

Page 12: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

12

Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh PKPP yang melibatkan

persediaan berikut:

4.3.1 Langkah-langkah Awasan Dan Keselamatan

Bagi meningkatkan kawalan dan keselamatan semasa

pelaksanaan solat, jawatankuasa boleh mengambil

langkah-langkah alternatif seperti berikut:

a) Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid boleh

mendapatkan khidmat pasukan sukarelawan

daripada masjid atau badan beruniform lain untuk

membantu mengawal kehadiran jemaah dan

keadaan keselamatan di masjid.

b) Pasukan sukarelawan atau badan uniform yang

dilantik untuk bertugas juga hendaklah mematuhi

peraturan asas yang ditetapkan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM).

c) Kos perkhidmatan kawalan keselamatan oleh

pasukan sukarelawan atau badan uniform

hendaklah ditanggung oleh pihak masjid.

4.3.2 Tindakan Kawalan Sebelum

a) Pegawai dan Jawatankuasa Masjid hendaklah

membuat perbincangan dan pembahagian tugas di

Page 13: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

13

kalangan jawatankuasa dan petugas keselamatan

tambahan.

b) Mengkoordinasi keperluan jemaah yang akan hadir:

i. Menguruskan permohonan, jemputan dan

pengesahan kehadiran.

ii. Menyediakan talian khas rasmi atau pendaftar

atas talian Google Form / QR Code / Sistem

Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi Whatsapp.

iii. Mendapatkan nombor pendaftaran

kenderaan.

iv. Menetapkan laluan masuk utama ke kawasan

masjid.

v. Membuat penandaan kekal penjarakan sosial

1 meter di kaunter pemeriksaan.

vi. Menyediakan infrared thermometer

(penembak suhu), memeriksa dan merekod

suhu jemaah hadir.

vii. Menyediakan hand sanitizer di laluan utama

jemaah masuk dan keluar dari masjid.

viii. Membuat penandaan kekal di ruang solat bagi

tujuan penjarakan sosial 1 atau 2 meter.

ix. Memastikan jemaah mengekalkan penjarakan

sosial semasa masuk ke ruang solat.

x. Memperingatkan jemaah untuk tidak

berswafoto atau mengambil gambar suasana

di dalam ruang solat utama atau kawasan

persekitaran masjid pada sebelum atau

selepas Solat Fardhu Jumaat.

Page 14: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

14

xi. Meletakkan tabung sumbangan di laluan

utama masuk atau keluar jemaah dari ruang

solat.

c) Senarai semak persiapan dan persediaan

pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat sebagai

panduan Jawatankuasa Masjid (Lampiran B).

4.3.3 Tindakan Kawalan Semasa

a) Pelaksanaan Azan, Iqamat, Khutbah Dan Solat

i. Azan pertama dilaungkan menggunakan

pembesar suara luar / menara.

ii. Khatib mengambil tempat dan azan kedua

dilaungkan menggunakan pembesar suara

dalam ruang solat.

iii. Khutbah pertama dan kedua, dibacakan

selama maksima 10 minit dengan

menggunakan pembesar suara dalam ruang

solat.

iv. Khutbah yang disampaikan hendaklah

menggunakan teks khutbah JAIS.

v. Imam digalakkan membaca surah atau ayat

yang pendek.

vi. Imam digalakkan membaca zikir dan doa yang

ringkas.

vii. Membuat isyarat dengan meletakkan tangan

kanan di dada kiri serta menunduk sedikit

Page 15: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

15

badan sebagai simbol bersalaman di antara

jemaah.

b) Solat Sunat Dan Iktikaf

i. Solat Sunat dua (2) rakaat Tahiyyatul Masjid,

Qabliyyah dan Ba’diyyah adalah dibenarkan

untuk dilaksanakan.

ii. Amalan i’tikaf selepas selesai solat adalah

tidak dibenarkan.

4.3.4 Tindakan Kawalan Selepas

a) Memastikan jemaah segera meninggalkan masjid

selepas selesai solat.

b) Memastikan jemaah keluar dari ruang solat dengan:

i. Melalui pintu utama yang ditetapkan.

ii. Tertib dan tenang.

iii. Mengekalkan penjarakan sosial.

iv. Menggunakan hand sanitizer yang disediakan

di laluan keluar.

c) Melaksanakan nyahkuman (sanitasi di ruang solat,

peralatan serta kawasan yang banyak terlibat

dengan sentuhan).

d) Menyimpan buku / rekod maklumat kehadiran

jemaah untuk kegunaan rujukan jika diperlukan.

Page 16: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

16

e) Mengenalpasti rekod jemaah yang hadir pada hari

tersebut dan meminta mereka membuat saringan di

hospital berdekatan jika didapati mempunyai gejala

COVID -19.

f) Segera melaporkan kepada Pejabat Agama Islam

Daerah jika terdapat jangkitan positif COVID-19 di

kalangan jemaah yang pernah hadir ke masjid.

g) Memberi kerjasama kepada mana-mana agensi

kerajaan dalam melaksanakan peranan dan

tanggungjawab mereka bagi membendung

penularan wabak.

5.0 PENANGGUHAN PELAKSANAAN SOLAT 5.1 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah

menerima penjelasan daripada Pegawai Tadbir Agama

Daerah boleh mengarahkan agar pelaksanaan Solat Fardhu

Jumaat di satu-satu masjid ditangguhkan dan jemaah

hendaklah bersurai sekiranya didapati berlaku pelanggaran

garis panduan ini.

5.2 Penangguhan Solat Fardhu Jumaat juga boleh dibuat setelah

jabatan ini menerima pandangan dari pihak berkuasa lain

seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PEJABAT

Kesihatan Daerah (PKD) dan Majlis Keselamatan Negara

(MKN) berikutan jangkitan wabak COVID-19 di masjid atau

kawasan berhampiran.

Page 17: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

17

6.0 PEMATUHAN 6.1 Jawatankuasa Masjid dan jemaah yang dibenarkan untuk

mendirikan Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh PKPP adalah

tertakluk kepada garis panduan ini dan pelaksanaannya perlu

dikuatkuasakan dengan tegas.

6.2 Jawatankuasa Masjid dan Jemaah yang tidak mematuhi

mana-mana peringkat kawalan yang terkandung dalam garis

panduan ini boleh menyebabkan kebenaran mendirikan Solat

Fardhu Jumaat ditarik balik atau tindakan undang-undang

boleh diambil di bawah Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah

Syariah Negeri Selangor Tahun 1995.

7.0 TARIKH KUAT KUASA Garis panduan ini berkuatkuasa pada 11 Jun 2020 dan akan

terbatal apabila terdapat apa-apa arahan baru dari jabatan ini atau

setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

ditamatkan.

8.0 PENUTUP

Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk mengamalkan

kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang

Page 18: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

18

ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan wabak COVID-19 kekal

terkawal. Diharapkan garis panduan ini dapat membantu

Jawatankuasa masjid untuk melaksanakan Solat Fardhu Jumaat di

Negeri Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor 10 Jun 2020

Page 19: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

19

LAMPIRAN A

a) CONTOH PERMOHONAN SOLAT FARDHU JUMAAT

BORANG PERMOHONAN

UNTUK MENGHADIRI SOLAT FARDHU JUMAAT DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

PEMULIHAN (PKPP) Nama Masjid :

Tarikh :

Nama Jemaah :

Umur :

No. Telefon :

Alamat Rumah :

No. Daftar Kenderaan :

Pengesahan Penerimaan Permohonan

Nama Pengurus/

Nazir Masjid

:

Tandatangan

:

Tarikh :

(pemilihan Jemaah bagi Solat Fardhu Jumaat terbatas dengan jumlah yang terhad)

Page 20: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

20

b) CONTOH KAD JEMPUTAN SOLAT FARDHU JUMAAT No. Siri :…../…….

JEMPUTAN MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’ / Tuan / Encik

...........................................................................

Dijemput Untuk Menunaikan Solat Fardhu Jumaat Pada Ketetapan Berikut :

Tarikh : …………………… (Jumaat) Nama Masjid :……………………………….. Masa kehadiran : bermula 30 minit lebih awal sebelum

masuk waktu Solat Fardhu Jumaat

Mohon mematuhi arahan seperti berikut : • Membawa Kad Pengenalan • Memakai Face Mask (penutup hidung dan mulut) • Memeriksa suhu (tidak melebihi 37.4oC) • Scan Kod QR • Memakai Hand Sanitizer • Pastikan membawa sejadah sendiri • Berwudhuk dari rumah

Sila jawab sebelum : ……………… Pengurus / Nazir Masjid : ……………..… (No. telefon)

Page 21: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

21

c) CONTOH FORMAT KAD PENGESAHAN KEHADIRAN SOLAT FARDHU JUMAAT

No. Siri :…../…….

KAD KEHADIRAN SOLAT FARDHU JUMAAT

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Nama : ………………………………………………..

Tarikh : ……………………… (Jumaat)

Nama Masjid :…………………………………….……………..

Kehadiran Hadir ( ) Tidak Hadir ( )

Tandatangan

:……………………………………………………

Page 22: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT 3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif, selamat, teratur dan terkawal

22

LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU JUMAAT

KATEGORI

PERKARA

CATATAN

FIZIKAL MASJID

1. Masjid dalam ZON HIJAU 2. Nyahkuman sebelum dan selepas 3. Menyediakan Pelan Lantai Masjid 4. Membuat penandaan arah keluar masuk di laluan

utama

5. Membuat penandaan tempat solat (1 atau 2 meter) 6. Penanda larangan kawasan wuduk dan tandas

JEMAAH

1. Jemaah warganegara dan pemastautin tetap 2. Bukan warganegara adalah tidak dibenarkan 3. Umur tidak melebihi 60 tahun 4. Tidak berpenyakit kronik dan berisiko 5. Mengedar borang permohonan/ jemputan hadir Solat

Fardhu Jumaat kepada jemaah

6. Mengesahkan kehadiran melalui Kad Kehadiran Solat Fardhu Jumaat sekurang-kurangnya sehari sebelum beserta peringatan SOP Solat Fardhu Jumaat

7. Mengimbas kod QR atau mengisi Google Form atau buku rekod kehadiran

PENGURUSAN JAWATANKUASA

1. Imam bertugas memuat turun khutbah di laman sesawang : www.e-masjid.jais.gov.my

2. Mewujudkan Google Form / Kod QR / buku rekod kehadiran

3. Pintu pagar dibuka 30 minit lebih awal sebelum masuk waktu Solat Fardhu Jumaat

4. Melantik petugas kawalan keselamatan, sukarelawan atau badan beruniform

5. Penentuan lalu lintas dan parkir kenderaan jemaah 6. Semakan kepada jemaah yang hadir seperti berikut:

Kad pengenalan Kad Hadir Solat Fardhu Jumaat

Memakai face mask Semakan suhu badan Penggunaan hand sanitizer Sejadah individu Berwuduk

7. Memastikan jemaah keluar secara tertib dan mengekalkan penjarakan sosial.

8. Melakukan nyahkuman atau sanitasi di ruangan solat, laluan utama masuk keluar, peralatan serta kawasan yang banyak terlibat dengan sentuhan.

9. Menyimpan dengan selamat maklumat kehadiran jemaah untuk rujukan jika diperlukan.