garis panduan pelaksanaan perintah fi …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/garis...

25
1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI (PERUBATAN) (PINDAAN) 2017 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan pengemaskinian caj bagi pesakit warganegara yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Kerajaan telah bersetuju supaya Perintah Fi (Perubatan) 1982 dikaji semula yang melibatkan perkara-perkara berikut: (i) kenaikan kadar caj pesakit Kelas 1 sebanyak 50% yang merangkumi caj wad, rawatan, siasatan dan pembedahan; (ii) kenaikan kadar caj wad sahaja bagi Kelas 2 sebanyak 25%; (iii) pengemaskinian prosedur dan caj bagi rawatan fisioterapi, pergigian dan radioterapi dan onkologi; dan (iv) pengenaan caj yang tiada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 bagi perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K), rawatan terapi cara kerja, terapi pertuturan bahasa dan perkhidmatan dietetik. 2.2 Selaras dengan itu, semua sistem pengebilan bil pesakit (itemised billing) di hospital perlu diubahsuai dan dikemaskini bagi memudahkan Unit Hasil hospital melaksanakan perubahan caj ke atas pesakit warga negara. Hospital non-IT dan klinik kesihatan dikehendaki untuk melaksanakan caj baharu ini dengan merujuk kepada Jadual Fi dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. 3. PELAKSANAAN 3.1 Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah terpakai di semua fasiliti (hospital / institusi / klinik kesihatan / klinik pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berkenaan. 3.2 Pada peringkat permulaan, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ini akan dilaksanakan di 63 buah hospital seperti di Lampiran A. 3.3 Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ini tidak dilaksanakan di 64 buah hospital seperti di Lampiran B iaitu hospital yang tidak mempunyai wad Kelas 1 dan wad Kelas 2. Justeru, caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar caj semasa seperti dalam Perintah Fi (Perubatan)

Upload: phamkien

Post on 06-Feb-2018

342 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PERINTAH FI (PERUBATAN) (PINDAAN) 2017

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan

pengemaskinian caj bagi pesakit warganegara yang terkandung dalam

Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan telah bersetuju supaya Perintah Fi (Perubatan) 1982 dikaji

semula yang melibatkan perkara-perkara berikut:

(i) kenaikan kadar caj pesakit Kelas 1 sebanyak 50% yang

merangkumi caj wad, rawatan, siasatan dan pembedahan;

(ii) kenaikan kadar caj wad sahaja bagi Kelas 2 sebanyak 25%;

(iii) pengemaskinian prosedur dan caj bagi rawatan fisioterapi,

pergigian dan radioterapi dan onkologi; dan

(iv) pengenaan caj yang tiada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982

bagi perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari

(PT&K), rawatan terapi cara kerja, terapi pertuturan bahasa dan

perkhidmatan dietetik.

2.2 Selaras dengan itu, semua sistem pengebilan bil pesakit (itemised

billing) di hospital perlu diubahsuai dan dikemaskini bagi memudahkan

Unit Hasil hospital melaksanakan perubahan caj ke atas pesakit warga

negara. Hospital non-IT dan klinik kesihatan dikehendaki untuk

melaksanakan caj baharu ini dengan merujuk kepada Jadual Fi dalam

Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

3. PELAKSANAAN

3.1 Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah terpakai di semua fasiliti

(hospital / institusi / klinik kesihatan / klinik pergigian) Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) yang berkenaan.

3.2 Pada peringkat permulaan, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ini

akan dilaksanakan di 63 buah hospital seperti di Lampiran A.

3.3 Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ini tidak dilaksanakan di 64 buah

hospital seperti di Lampiran B iaitu hospital yang tidak mempunyai wad

Kelas 1 dan wad Kelas 2. Justeru, caj yang dikenakan adalah

berdasarkan kadar caj semasa seperti dalam Perintah Fi (Perubatan)

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

2

1982. Walau bagaimanapun bagi hospital yang mempunyai Jabatan

Pesakit Luar Am/ Jabatan Pesakit Luar Pakar dan menyediakan

perkhidmatan rawatan radioterapi dan onkologi, terapi pertuturan

bahasa, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan perubatan tradisional dan

komplementari, caj bagi rawatan tersebut hendaklah dikenakan

berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

3.4 Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ditangguhkan di

17 buah hospital seperti di Lampiran C. Penangguhan pelaksanaan

kadar caj baharu ini adalah sehingga fasiliti di hospital tersebut dinaik

taraf dan pengenaan caj adalah sama seperti di Perintah Fi (Perubatan)

1982. Sehubungan itu, pesakit dalam yang menerima rawatan terapi

cara kerja, terapi pertuturan bahasa, perkhidmatan dietetik dan

perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) tidak

akan dikenakan sebarang caj. Walau bagaimanapun bagi hospital yang

mempunyai Jabatan Pesakit Luar Am/ Jabatan Pesakit Luar Pakar dan

menyediakan perkhidmatan rawatan radioterapi dan onkologi, terapi

pertuturan bahasa, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan perubatan

tradisional dan komplementari, caj bagi rawatan tersebut hendaklah

dikenakan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

3.5 Pelaksanaan bagi caj pergigian (pesakit dalam dan pesakit luar) adalah

terpakai untuk semua fasiliti yang memberi perkhidmatan pergigian.

Pelaksanaan penuh caj pergigian berdasarkan Perintah Fi (Perubatan)

(Pindaan) 2017 adalah ditangguhkan sehingga satu tempoh yang

ditetapkan kemudian. Justeru, berkuatkuasa 1 Mac 2017, caj pergigian

bagi (pesakit dalam dan pesakit luar) adalah berdasarkan Lampiran E.

3.6 Caj Pesakit Luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan

onkologi berdasarkan Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017 adalah

berdasarkan caj pesakit Kelas Tiga dalam Jadual C Bahagian 4,

Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017 berkuatkuasa serta merta.

3.8 Pengecualian caj rawatan bagi golongan tertentu perlu merujuk kepada

arahan/ surat pekeliling sedia ada.

4. KADAR CAJ BAHARU

4.1 CAJ WAD (JADUAL B)

4.1.1 Kenaikan caj wad adalah merangkumi wad Kelas 1 dan Eksekutif

sebanyak 50% manakala kenaikan wad Kelas 2 adalah sebanyak

25% seperti di Jadual B Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan)

2017. Tiada perubahan caj bagi wad Kelas 3.

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

3

4.1.2 Caj wad merangkumi Jadual dan Bahagian dalam Perintah Fi

(Perubatan) (Pindaan) 2017 seperti berikut:

(i) Jadual B, Bahagian 1: Wad Am

(ii) Jadual B, Bahagian 3: Wad Psikiatrik

(iii) Jadual B, Bahagian 4: Wad Eksekutif

4.2 CAJ BILIK BERSALIN DAN CAJ DEWAN BEDAH (JADUAL B)

4.2.1 Caj Bilik Bersalin dan Dewan Bedah adalah seperti di Jadual B,

Bahagian 2, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

4.2.2 Caj Bilik Bersalin dan caj Dewan Bedah adalah dikenakan bagi

pesakit warganegara Kelas 1 sahaja dan ditetapkan pada kadar

RM120 bagi setiap kali kemasukan.

4.2.3 Caj yang dikenakan untuk Dewan Bedah sebanyak RM120

adalah hanya untuk prosedur bersalin sahaja.

4.2.4 Bagi kes pesakit warganegara Kelas 1 yang dimasukkan ke Bilik

Bersalin dan kemudiannya ke Dewan Bedah bagi menjalani

pembedahan caesarean, pesakit akan dikenakan kedua-dua caj

bagi Bilik Bersalin dan Dewan Bedah.

4.3 CAJ RAWATAN (JADUAL C)

4.3.1 Caj rawatan seperti di Jadual C Perintah Fi (Perubatan)

(Pindaan) 2017 adalah merangkumi bahagian-bahagian berikut:

(i) Bahagian 1: Rawatan Pesakit Dalam - melibatkan

pengemaskinian caj Kelas 1;

(ii) Bahagian 2: Accouchement dan Bersalin - melibatkan

pengemaskinian caj Kelas 1;

(iii) Bahagian 3: Fisioterapi - melibatkan pindaan keseluruhan

prosedur dan caj daripada Perintah Fi (Perubatan) 1982;

(iv) Bahagian 4: Rawatan Radioterapi dan Onkologi -

melibatkan pindaan keseluruhan prosedur dan caj daripada

Perintah Fi (Perubatan) 1982. Bahagian ini turut

mempunyai caj rawatan kepada pesakit luar. Caj pesakit

luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan

onkologi serta perubatan nuklear adalah berdasarkan caj

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

4

pesakit Kelas Tiga dalam Jadual yang sama seperti di

Lampiran D;

(v) Bahagian 5: Nefrologi - melibatkan pengemaskinian caj

Kelas 1;

(vi) Bahagian 6: Rawatan Psikiatrik - melibatkan

pengemaskinian caj Kelas 1;

(vii) Bahagian 7: Terapi Cara Kerja - melibatkan pengenaan

caj baharu;

(viii) Bahagian 8: Terapi Pertuturan Bahasa - melibatkan

pengenaan caj baharu dan turut mempunyai caj rawatan

kepada pesakit luar;

(ix) Bahagian 9: Perkhidmatan Dietetik - melibatkan

pengenaan caj baharu dan turut mempunyai caj rawatan

kepada pesakit luar; dan

(x) Bahagian 10: Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan

Komplementari - melibatkan pengenaan caj baharu dan

turut mempunyai caj rawatan kepada pesakit luar.

4.4 CAJ SIASATAN

4.4.1 Caj siasatan seperti di Jadual D Perintah Fi (Perubatan)

(Pindaan) 2017 adalah merangkumi Bahagian-bahagian seperti

berikut:

(i) Bahagian 1: Pemeriksaan radiologi melibatkan

pengemaskinian caj Kelas 1. Terdapat tiga prosedur baru

dimasukkan dalam Bahagian pemeriksaan radiologi ini,

iaitu Pengukuran Tomografi Pemancar Kon (CBCT) gigi,

3D OPG dan Radiograf digital gigi yang melibatkan caj

Kelas 1 dan Kelas 2;

(ii) Bahagian 2: Ujian makmal melibatkan pengemaskinian caj

Kelas 1; dan

(iii) Bahagian 3: Siasatan lain melibatkan pengemaskinian caj

Kelas 1. Terdapat tiga prosedur baharu dimasukkan dalam

Bahagian siasatan lain ini iaitu kevitalan pulpa, model

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

5

diagnostik dan kerentanan karies yang melibatkan caj

Kelas 1 dan Kelas 2.

4.5 CAJ PEMBEDAHAN

4.5.1 Caj pembedahan seperti di Jadual E Perintah Fi Perubatan

(Pindaan) 2017 adalah merangkumi Pembedahan Jenis A hingga

Jenis F yang melibatkan pengemaskinian caj Kelas 1.

4.5.2 Klasifikasi pembedahan adalah sama dan terpakai seperti di

Jadual I, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) (No. 2) 1994.

4.6 CAJ PERGIGIAN

4.6.1 Caj pergigian dalam Jadual F, Perintah Fi (Perubatan)

(Pindaan) 2017 merupakan pengemaskinian prosedur dan caj

dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.

4.6.2 Walau bagaimanapun, pesakit akan dikenakan caj seperti di

Lampiran E di mana caj bertanda italic bagi Kelas 3 dan pesakit

luar adalah caj sedia ada berdasarkan prosedur setara dengan

Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang telah diberi pengecualian khas

oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

4.6.3 Caj dalam Lampiran E bagi kelas 1 dan kelas 2 adalah

berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

4.6.4 Caj dalam Lampiran E bagi pesakit luar untuk prosedur baharu

adalah caj berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017

dengan pengecualian khas oleh Ketua Setiausaha

Perbendaharaan bagi prosedur-prosedur tertentu. Kadar caj ini

merupakan kadar caj bersubsidi.

4.7 CAJ PESAKIT LUAR

4.7.1 Bagi kes pesakit luar, pesakit akan dikenakan caj bagi rawatan

yang diterima pesakit hanya sekiranya caj tersebut ada

dinyatakan dalam Bahagian bagi prosedur yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, caj bagi lawatan tetap dikenakan seperti

yang dinyatakan dalam Jadual A Perintah Fi (Perubatan) 1982.

4.7.2 Bagi kes pesakit luar yang dirujuk oleh pengamal persendirian,

berdasarkan Seksyen 12, Perintah Fi (Perubatan) 1982, caj bagi

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

6

sesuatu siasatan atau rawatan yang dikenakan kepada pesakit

tersebut adalah mengikut caj kelas pertama Perintah Fi

(Perubatan) (Pindaan) 2017.

4.7.3 Manakala bagi sesuatu pendapat atas siasatan yang diminta oleh

Pengamal Persendirian, kadar cajnya adalah RM30.

4.8 CAJ PENJAGAAN HARIAN

4.8.1 Penjagaan harian adalah penjagaan pesakit yang dimasukkan ke

unit rawatan harian atau pusat rawatan khas, bagi tempoh kurang

daripada dua puluh empat jam atas rujukan oleh pegawai

perubatan bagi prosedur perubatan termasuk bagi tujuan

pencegahan, penyiasatan, terapi dan rehabilitasi.

4.8.2 Fi bagi penjagaan harian pesakit adalah seperti yang dinyatakan

dalam Jadual C hingga H dan fi bagi wad adalah berdasarkan

kadar caj wad Kelas 3 dalam Jadual B.

4.8.3 Berikut adalah contoh pengenaan caj bagi pesakit penjagaan

harian untuk rawatan haemodialysis:

(i) Pesakit daripada rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan:

Caj wad Kelas 3 : RM3

Caj Haemodialysis Kelas 3 : RM10

Jumlah : RM13

(ii) Pesakit daripada rujukan Pengamal Persendirian:

Caj wad Kelas 3 : RM3

Caj Haemodialysis Kelas 1: RM75

Jumlah : RM78

*Rawatan Haemodialysis bagi pesakit rujukan Pengamal Persendirian

dikenakan caj Kelas 1 adalah berdasarkan Seksyen 12 Perintah Fi

(Perubatan) 1982.

5. MEKANISME PENERIMAAN SUMBANGAN SUKARELA BAGI RAWATAN

PERCUMA

5.1 Sebarang sumbangan secara sukarela di mana penjawat awam, pesara,

Anggota Pentadbiran, anggota badan kehakiman dan Suruhanjaya yang

mendapat kemudahan rawatan secara percuma di fasiliti KKM dan

berhasrat untuk membuat bayaran boleh diterima oleh Unit Hasil

hospital.

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

7

5.2 Warganegara yang hendak membayar bil rawatan melebihi jumlah

keseluruhan caj rawatan yang diterima juga boleh berbuat demikian

dengan memberi sumbangan secara sukarela.

5.3 Sumbangan yang diterima oleh Unit Hasil tersebut hendaklah dikreditkan

ke dalam akaun hasil di bawah kod hasil 77403.

5.4 Unit Hasil hospital hendaklah memastikan pengurusan kutipan hasil

yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak berlakunya

penyelewengan.

6. DEPOSIT KEMASUKAN KE HOSPITAL

6.1 Deposit kemasukan ke hospital yang perlu dibayar oleh pesakit adalah

kekal pada kadar yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling

Bahagian Kewangan Bil 13/1982 – Bayaran Deposit Untuk Memasuki

Hospital Kerajaan rujukan Bil (29) dlm KKM-58/903/1/1 Bhg 6 bertarikh

26 November 1982 dan Bil (35) dlm KKM-58/903/1/1 Bhg 6 bertarikh 19

Januari 1983.

Bahagian Kewangan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Februari 2017

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

8

LAMPIRAN A

Senarai Hospital KKM yang ada Wad Kelas 1 dan Kelas 2

BIL

HOSPITAL

NEGERI

PELAKSANAAN

1 Hospital Tuanku Fauziah Kangar

Perlis Hospital ini terlibat dengan

pelaksanaan penuh Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 iaitu:

(i) kenaikan kadar caj

pesakit Kelas 1

sebanyak 50% yang

merangkumi caj wad,

rawatan, siasatan dan

pembedahan;

(ii) kenaikan kadar caj wad

sahaja bagi Kelas 2

sebanyak 25%;

(iii) pengemaskinian

prosedur dan caj bagi

rawatan fisioterapi,

pergigian dan radioterapi

& onkologi;

dan

(iv) pengenaan caj bagi

perkhidmatan perubatan

tradisional &

komplementari (PT&K),

rawatan terapi cara

kerja, terapi pertuturan

bahasa dan

perkhidmatan dietetik.

Walaubagaimanapun, caj

bagi pergigian hendaklah

sebagai mana dinyatakan

dalam Lampiran E.

2 Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar

Kedah 3

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

4 Hospital Langkawi

5 Hospital Kulim

6 Hospital Pulau Pinang

Pulau Pinang

7 Hospital Bukit Mertajam

8 Hospital Seberang Jaya

9 Hospital Sungai Bakap

10 Hospital Balik Pulau

11 Hospital Kepala Batas

12 Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh

Perak

13 Hospital Taiping

14 Hospital Teluk Intan

15 Hospital Kuala Kangsar

16 Hospital Batu Gajah

17 Hospital Tapah

18 Hospital Slim River

19 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Selangor

20 Hospital Kajang

21 Hospital Selayang

22 Hospital Sungai Buloh

23 Hospital Serdang

24 Hospital Ampang

25 Hospital Shah Alam

26 Hospital Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

9

BIL

HOSPITAL

NEGERI

PELAKSANAAN

27 Hospital Putrajaya

28 Hospital Labuan

29 Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban

Negeri Sembilan

30 Hospital Port Dickson

31 Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah

32 Hospital Tampin

33 Hospital Melaka Melaka

34 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Johor

35 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

36 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat

37 Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang

38 Hospital Segamat

39 Hospital Pontian

40 Hospital Kota Tinggi

41 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

42 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Pahang 43 Hospital Bentong

44 Hospital Raub

45 Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh

46 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Terengganu 47 Hospital Dungun

48 Hospital Besut

49 Hospital Setiu

50 Hospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bharu

Kelantan

51

Hospital Machang

Page 10: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

10

BIL

HOSPITAL

NEGERI

PELAKSANAAN

52 Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Sabah

53 Hospital Tawau

54 Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas

55 Hospital Bintulu

Sarawak

56 Hospital Umum Sarawak

57 Hospital Sibu

58 Hospital Miri

59 Hospital Sarikei

60 Institut Perubatan Respiratori

Kuala Lumpur 61

Hospital Rehabilitasi Cheras

62 Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kuala Lumpur

63 Institut Kanser Negara Putrajaya

Page 11: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

11

LAMPIRAN B

Senarai Hospital KKM yang Tiada Wad Kelas 1 dan Kelas 2

BIL HOSPITAL NEGERI PELAKSANAAN

1 1 Hospital Baling

Kedah

Hospital ini tidak terlibat dengan kenaikan caj bagi Kelas 1 dan Kelas 2.

Sekiranya fasiliti mempunyai Jabatan Pesakit Luar Am / Jabatan Pesakit Luar Pakar, caj hendaklah dikenakan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi rawatan seperti berikut:

(i) radiologi & onkologi;

(ii) perkhidmatan perubatan

tradisional &

komplementari (PT&K)

(iii) terapi pertuturan

bahasa;

dan

(iv) perkhidmatan dietetik.

Bagi pesakit luar am/

pesakit luar pakar

pergigian, pengenaan

caj adalah berdasarkan

Lampiran E.

2 Hospital Yan

3 Hospital Jitra

4 Hospital Sik

5 Hospital Kuala Nerang

6 Hospital Parit Buntar

Perak

7 Hospital Kampar

8 Hospital Gerik

9 Hospital Selama

10 Hospital Changkat Melintang

11 Hospital Kuala Kubu Bahru

Selangor

12 Hospital Tanjung Karang

13 Hospital Banting

14 Hospital Orang Asli, Gombak

15 Hospital Jempol

Negeri Sembilan

16 Hospital Alor Gajah

Melaka 17

Hospital Jasin

18 Hospital Mersing

Johor 19

Hospital Tangkak

20 Hospital Pekan

Pahang

21 Hospital Kuala Lipis

22 Hospital Jerantut

23 Hospital Muadzam Shah

Page 12: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

12

BIL HOSPITAL NEGERI PELAKSANAAN

24 Hospital Jengka

25 Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands

26 Hospital Rompin

27 Hospital Kemaman

Terengganu 28

Hospital Hulu Terengganu

29 Hospital Tumpat

Kelantan

30 Hospital Pasir Mas

31 Hospital Tanah Merah

32 Hospital Gua Musang

33 Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh

34 Hospital Jeli

35 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Sabah

36 Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu

37 Hospital Lahad Datu

38 Hospital Papar

39 Hospital Ranau

40 Hospital Tambunan

41 Hospital Tenom

42 Hospital Kuala Penyu

43 Hospital Pitas

44 Hospital Tuaran

45 Hospital Sri Aman

Sarawak 46

Hospital Limbang

47 Hospital Kapit

Page 13: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

13

BIL HOSPITAL NEGERI PELAKSANAAN

48 Hospital Serian

49 Hospital Lundu

50 Hospital Saratok

51 Hospital Mukah

52 Hospital Kanowit

53 Hospital Marudi

54 Hospital Lawas

55 Hospital Bau

56 Hospital Simunjan

57 Hospital Betong

58 Hospital Daro

59 Hospital Rajah Charles Brooke Memorial

60 Hospital Dalat

Institusi Perubatan Khas

61 Hospital Permai Johor Bahru

62 Hospital Mesra Bukit Padang

Sabah

63 Hospital Sentosa Sarawak

64 Pusat Kawalan Kusta Negara

Selangor

Page 14: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

14

LAMPIRAN C

Senarai Hospital KKM yang Mempunyai Kelas 1 dan Kelas 2 Tetapi

Ditangguhkan Sehingga Dinaiktaraf

BIL. NAMA HOSPITAL

NEGERI

PELAKSANAAN

1 Hospital Beluran

Sabah

Hospital ini ditangguhkan

pelaksanaan kadar caj

baharu sehingga fasiliti dinaik

taraf.

Hospital ini masih

mengenakan caj seperti di

Perintah Fi (Perubatan)1982.

Sehubungan itu, pesakit

dalam yang menerima

rawatan terapi cara kerja,

terapi pertuturan bahasa,

perkhidmatan dietetik dan

perkhidmatan perubatan

tradisional & komplementari

(PT&K) tidak akan dikenakan

sebarang caj.

Sekiranya fasiliti mempunyai

Jabatan Pesakit Luar Am /

Jabatan Pesakit Luar Pakar,

caj hendaklah dikenakan

berdasarkan Perintah Fi

(Perubatan) (Pindaan) 2017

bagi rawatan seperti berikut:

radiologi & onkologi;

perkhidmatan perubatan

tradisional &

komplementari (PT&K)

terapi pertuturan bahasa;

dan

perkhidmatan dietetik.

Bagi pesakit luar am/ pesakit

luar pakar pergigian,

pengenaan caj adalah

berdasarkan Lampiran E.

2 Hospital Keningau

3 Hospital Kinabatangan

4 Hospital Kota Belud

5 Hospital Kota Marudu

6 Hospital Kudat

7 Hospital Kunak

8 Hospital Semporna

9 Hospital Sipitang

10 Hospital Beaufort

11 Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai

Johor

12 Hospital Kuala Krai Kelantan

13 Hospital Jelebu

Negeri Sembilan

14 Hospital Seri Manjung

Perak

15 Hospital Sungai Siput

16 Hospital Bahagia Ulu Kinta

17 Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam

Selangor

Page 15: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

15

Lampiran D

KADAR CAJ PESAKIT LUAR RAWATAN RADIOTERAPI DAN ONKOLOGI

Bil. Jenis rawatan Kelas Satu

(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)

Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai

Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa

serta merta

Simulasi dan perancangan berkomputer

1 Penandaan setempat 45 30 Percuma Percuma

2 Simulasi konvensional

450 200 Percuma Percuma

3 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Biasa (tanpa kontras)

4 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Rumit (dengan kontras)

5 Simulasi CT:

450 200 Percuma Percuma

Radioterapi Keamatan Bermodulasi (IMRT)

6 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Penyinaran Seluruh Badan (TBI)

7 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Penyinaran Seluruh Nodal (TNI)

8 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Elektron Suluruh Badan (TBE)

9 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Radioterapi Stereotaktik (SRT)

10 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma

Radiosurgeri Stereotaktik (SRS)

11 Simulasi CT:

450 200 Percuma Percuma

Radioterapi Stereotaktik Badan (SBRT)

Page 16: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

16

Bil. Jenis rawatan Kelas Satu

(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)

Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai

Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa

serta merta

Rawatan radioterapi

12

2D/ medan tunggal/ selari setentang (setiap pecahan)

100 50 12 12

13

3D/apa-apa rancangan dengan 3 atau lebih medan (setiap pecahan)

100 50 12 12

14 IMRT (setiap pecahan)

100 50 12 12

15 TBI (setiap pecahan) 100 50 12 12

16 TNI (setiap pecahan) 100 50 12 12

17 SRT (setiap pecahan) 100 50 12 12

18 SRS

7000 (rawatan

pakej untuk sekali caj sahaja)

5000 (rawatan pakej untuk

sekali caj sahaja)

12 (setiap rawatan)

12 (setiap rawatan)

19 SBRT

7000 (rawatan

pakej untuk sekali caj sahaja)

5000 (rawatan pakej untuk

sekali caj sahaja)

12 (setiap rawatan)

12 (setiap rawatan)

Rawatan brakiterapi

20 Intrakavitari: Dobi/sumber satu baris (setiap sesi)

75 30 6 6

21

Intrakavitari: ovoid berpasangan (setiap sesi)

75 30 6 6

Page 17: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

17

Bil. Jenis rawatan Kelas Satu

(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)

Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai

Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa

serta merta

22 Intrakavitari: intrakavitari penuh (setiap sesi)

75 30 6 6

23 Intrakavitari: bagi kanser nasofaringeal (NPC) (setiap sesi)

75 30 6 6

24

Intraluminal: Esofagus, bronkus, anorektal (setiap sesi)

75 30 6 6

25

Implan brakiterapi interstisial: implan brakiterapi payudara (setiap sesi)

75 30 6 6

26

Implan brakiterapi interstisial: implant ekstremiti (setiap sesi)

75 30 6 6

27

Implan brakiterapi: implan kaviti oral/ anorektal/ prostat/ mata dan lain-lain (setiap sesi)

75 30 6 6

28 Prosedur brakiterapi prostat (rawatan pakej)

7,000 5,000 6 6

Rawatan anti-neoplastik

29

Rawatan anti-neoplastik untuk kanser (selain terapi sasaran) (setiap rawatan)

400 200 50 50

30

Rawatan terapi sasaran untuk kanser (setiap rawatan)

600 400 50 50

Page 18: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

18

Bil. Jenis rawatan Kelas Satu

(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)

Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai

Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa

serta merta

31

Rawatan kanser yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) (setiap rawatan)

800 200 50 50

Perubatan nuklear

Isotop radioaktif:

32 (i) Diagnosis 150 50 25 25

33 (ii) Terapi 750 250 125 125

Page 19: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

19

LAMPIRAN E

Caj Pergigian

RAWATAN PERGIGIAN

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

1. Fluorida topikal

(setiap arkus)

Topical fluoride

(per arch)

15

10

Percuma

5

2. Pengapan fisur

(setiap gigi)

Fissure sealant

(per tooth)

15

10

Percuma

5

3. Penskaleran mulut

penuh dan

penggilapan

Full mouth

scaling and

polishing

110

80

Percuma

2

4. Pencabutan

sebatang gigi

kekal/

supernumerari/

akar tertinggal

Extraction permanent

tooth/supernumerary/

retained root

25

20

Percuma 1

5. Pencabutan gigi

desidus

(setiap gigi)

Extraction deciduous

(per tooth)

20

15

Percuma 1

6. Pembuangan melalui

pembedahan

(setiap gigi/ gigi

terimpak mudah/

akar tertinggal)

Surgical removal

(per tooth/simple

impacted

tooth/retained root)

225

80

15 15

7. Pembuangan

gigi terimpak

melalui

pembedahan

(setiap gigi)

(rumit)

Surgical removal of

impacted tooth

(per tooth) (complex)

1200

400

50 50

8. Kawalan

pendarahan

selepas

pencabutan

Control of post

extraction

haemorrhage

40

30

Percuma 5

Page 20: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

20

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

9. Komplikasi

selepas

pencabutan

Post-extraction

complication

15 10 Percuma 5

10. Operkulektomi

gingiva

Gingival

operculectomy

20 15 Percuma 5

11. Pendawaian gigi

(setiap arkus)

Dental wiring

(per arch)

40 30 Percuma 15

12. Tampalan gigi

kekal

(satu

permukaan)

Restoration of

permanent tooth

(one surface)

40

30

Percuma 2

13. Tampalan gigi

kekal

(permukaan

berganda/

dengan pin

pegangan)

Permanent tooth

restoration (multiple

surfaces/with pin

retention)

50

40

Percuma 2

14. Tampalan gigi

desidus

Deciduous tooth

restoration

20 15 Percuma 2

15. Tampalan

sementara

Temporary restoration 20

15

Percuma 2

16. Inlai (setiap gigi)

(tidak termasuk

harga logam)

Inlay (per tooth)

(not inclusive of metal

charge)

60

45

Percuma 3

17. Korona (setiap gigi)

(termasuk korona

sementara, tetapi

tidak termasuk caj

logam)

Crown (per tooth)

(including temporary

crown but not inclusive of

metal charge)

100

75

Percuma

3

18. Jambatan

(setiap gigi tupang

termasuk tampalan

sementara tetapi

tidak termasuk caj

bahan dan makmal)

Bridge

(per abutment teeth

including provisional

restoration but not

inclusive of material and

lab charges)

100

75

Percuma

50

Page 21: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

21

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

19. Rawatan kanal akar

(gigi anterior)

Root canal treatment

(anterior tooth)

75

60

Percuma 4

20. Rawatan kanal akar

(gigi posterior)

Root canal treatment

(posterior tooth)

150

115

Percuma 4

21. Pengapeksan

(setiap gigi)

Apexification

(per tooth)

100

75

Percuma 4

22. Pemberhentian

resorpsi gigi

(setiap gigi)

Arrest of tooth resorption

(per tooth)

75

60

Percuma 40

23. Pulpotomi korona

(setiap gigi kekal)

Coronal pulpotomy

(per permanent tooth)

75

60

Percuma 4

24. Pulpotomi

(setiap gigi desidus)

Pulpotomy

(per deciduous tooth)

75

60

Percuma 4

25. Pulpektomi

(setiap gigi desidus)

Pulpectomy

(per deciduous tooth)

100 75 Percuma 4

26. Ekstirpasi pulpa

(setiap gigi)

Pulp extirpation

(per tooth)

25 20 Percuma 4

27. Pelunturan gigi

(eksternal)

(setiap rahang)

Tooth bleaching

(external)

(per arch)

- - - 500

28. Pelunturan gigi

(internal)

(setiap gigi)

Tooth bleaching

(internal)

(per tooth)

- - - 50

29. Mikrolelasan

(setiap gigi)

Microabrasion

(per tooth)

- - - 50

30. Penyahpekaan

(setiap arkus)

Desensitisation

(per arch)

- - - 20

Page 22: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

22

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

31. Pembentukan gigi

palsu penuh tidak

termasuk logam

(setiap rahang)

Full denture construction

not inclusive of metal

(per jaw)

225

170

25 50

32. Pembentukan

sebahagian gigi

palsu tidak termasuk

logam

(setiap rahang)

Partial denture

construction not inclusive

of metal

(per jaw)

100 75 5 10

33. Penambahan setiap

gigi akrilik

Addition of each acrylic

tooth

15

10

1 2

34. Pembaikan dentur

tanpa mengganti

plat landas

Denture repair without

changing the base plate

35

30

1 2

35. Pembaikan dentur

(penambahan setiap

gigi akrilik)

Denture repair

(addition of each acrylic

tooth)

15 10

1 2

36. Lapikan semula/

landasan semula

(setiap dentur)

Relining/rebasing

(per denture)

60

45

Percuma

30

37. Impresi bagi model

kerja

(setiap set)

Impression for

working model

(per set)

- - - 40

38. Splin lembut Soft splint

25 20 Percuma 15

39. Splin keras Hard splint

100 75 Percuma 50

40. Splin lain Other splint

25 20 Percuma 10

Aplians atau obturator:

Dental appliances or obturators:

41. Kecil Small 115

30

15

15

42. Sederhana Medium 150 40 20 20

Page 23: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

23

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

43. Besar Large 190 50 25

25

44. Aplians tetap

(setiap arkus)

Fixed appliance

(per arch)

- - - 500

45. Aplians boleh

tanggal (pasif)

(setiap arkus)

Removable appliance

(passive)

(per arch)

- - - 100

46. Aplians boleh

tanggal (aktif)

(setiap arkus)

Removable appliance

(active)

(per arch)

- - - 200

47. Aplians sebahagian

tetap

(setiap arkus)

Partial fixed appliance

(per arch)

- - - 200

48. Aplians fungsi tetap Fixed functional

appliance

- - - 350

49. Aplians fungsi boleh

tanggal

Removable functional

appliance

- - - 200

50. Penggantian

komponen aplians

tetap

(setiap komponen)

Fixed appliance

components replacement

(per component)

- - - 10

51. Pembaikan

komponen aplians

boleh tanggal

Repair of removable

appliance component

- - - 10

52. Pembaikan aplians

patah

(semua jenis aplians

boleh tanggal/

obturator)

Repair of broken

appliance

(all types of removable

appliances/obturator)

-

-

-

10

53. Pembaikan aplians

fungsi boleh tanggal

Removable functional

appliance (repair)

- - - 50

Page 24: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

24

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

54. Auksiliari

ortodontik

Orthodontic auxiliary

- - - 75

55. Arkus transpalatal Transpalatal arch

- - - 100

56. Arkus lingual Lingual arch

- - - 100

57. Arkus transpalatal

(setiap pembaikan)

Transpalatal arch

(each repair)

- - - 50

58. Arkus lingual

(setiap pembaikan)

Lingual arch

(each repair)

- - - 50

59. Arkus transpalatal

(setiap penyimenan

semula)

Transpalatal arch

(each re- cementation)

- - - 50

60. Arkus lingual

(setiap penyimenan

semula)

Lingual arch

(each re- cementation)

- - - 50

61. Penyenggara ruang

boleh tanggal

(setiap arkus)

Removable space

maintainer

(per arch)

- - - 100

62. Retainer tetap

(setiap arkus)

Fixed retainer

(per arch)

- - - 100

63. Retainer Essix Essix retainer

- - - 100

64. Retainer tetap

(pembaikan setiap

gigi)

Fixed retainer

(repair per tooth)

- - - 50

65. Retainer tetap

(nyahlekat setiap

arkus)

Fixed retainer

(debond per arch)

- - - 100

Page 25: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS PANDUAN... · GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ... luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi

25

Bil. Jenis rawatan

Type of treatment

Kelas

Satu

(RM)

Kelas

Dua

(RM)

Kelas

Tiga

(RM)

Pesakit

Luar

(RM)

66. Peralatan

pengangkoran

sementara (setiap

alat)

Temporary anchorage

devices

(per device)

- - - 150

67. Rantai emas untuk

gigi terimpak

Gold chain for impacted

tooth

- - - 400

68. Rantai traksi untuk

pergerakan gigi

minor

(setiap gigi)

Traction chain for minor

tooth movement (per

tooth)

- - - 50

69. Rawatan

pengembang palatal

Palatal expander

treatment

- - - 100

70. Rawatan alat kepala Headgear treatment

- - - 100

Catatan: Semua prosedur adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan)

2017.

Caj rawatan italic bagi Kelas 3 dan pesakit luar adalah caj sedia ada berdasarkan prosedur setara dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.

Caj bagi kelas 1 dan kelas 2 adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

Caj bagi pesakit luar adalah caj dengan pengecualian khas oleh Ketua

Setiausaha Perbendaharaan bagi prosedur-prosedur tertentu.

Kadar caj ini adalah kadar caj bersubsidi.