garis panduan melanjutkan pelajaran keinstitusi … · prosedur penghant aran permohonan...

8
GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS A MAKTAB KOPERASI MALAYSIA l. PENDAHULUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menetapkan syarat dan peraturan bagi kakitangan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (lPT) secara sepenuh masa atau separuh masa. 2. PELAKSANAAN 2.1. MKM berhasrat untuk menyedia dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan berkesan di samping membentuk warga MKM yang berilmu, terlatih dan berkebolehan serta mempunyai nilai-nilai mumi dalam menghadapi cabaran dan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah. 2.2. Selain daripada latihan dan kursus jangka pendek yang telah disediakan, MKM juga merancang dan menggalakkan kakitangannya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma secara sepenuh masa atau separuh masa. Sehubungan itu, bilangan pegawai dan kakitangan yang dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT setiap tahun adalah berdasarkan kepada keperluan dan perancangan J abatan. 3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN 3.1. Pegawai atau kakitangan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau separuh masa hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Upload: lytu

Post on 14-Apr-2019

277 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARANKE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS AMAKTAB KOPERASI MALAYSIA

l. PENDAHULUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk menetapkan syarat dan peraturan bagi kakitangan

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi

Pengajian Tinggi (lPT) secara sepenuh masa atau separuh masa.

2. PELAKSANAAN

2.1. MKM berhasrat untuk menyedia dan memastikan perkhidmatan yang

berkualiti, efisien dan berkesan di samping membentuk warga MKM yang

berilmu, terlatih dan berkebolehan serta mempunyai nilai-nilai mumi dalam

menghadapi cabaran dan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah.

2.2. Selain daripada latihan dan kursus jangka pendek yang telah disediakan,

MKM juga merancang dan menggalakkan kakitangannya untuk melanjutkan

pelajaran ke tahap yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana

Muda dan Diploma secara sepenuh mas a atau separuh masa. Sehubungan

itu, bilangan pegawai dan kakitangan yang dibenarkan untuk melanjutkan

pelajaran ke IPT setiap tahun adalah berdasarkan kepada keperluan dan

perancangan Jabatan.

3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKANPELAJARAN

3.1. Pegawai atau kakitangan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran secara

sepenuh masa atau separuh masa hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti

berikut:

i) Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan

yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

ii) telah disahkan dalam perkhidmatan;

iii) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun bagi pengajian

sepenuh masa;

iv) telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi pengajian

separuh masa;

v) mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A dengan purata

markah minimum 85% bagi tiga (3) tahun ke belakang;

vi) bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib serta bebas daripada

dakwaan mahkamah;

vii) telah mengisytiharkan harta mengikut Akta Badan-Badan Berkanun

(Tatatertib dan Sureaj) 2000 (Akta 605);

viii) bagi pemohon pengajian seeara separuh masa, pegawai hendaklah

telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat

Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah seeara separuh

masa di IPT A/IPTS yang diiktiraf; dan

ix) kursus yang diikuti berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan untuk

kepentingan perkhidmatan.

3.2. Syarat had umur melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut:

i) Belajar Sepenuh Masa dengan pembiayaan JPA berumur tidak lebih

daripada 43 tahun bagi peringkat Doktor Falsafah dan 45 tahun bagi

peringkat Sarjana pada tarikh tutup permohonan. Walau bagaimanapun

syarat ini tertakluk kepada peraturan had umur yang ditetapkan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa.

ii) Belajar Separuh Masa bagi pembiayaan sendiri Tidak tertakluk kepada

had umur.

iii) Belajar separuh masa dengan pembiayaan MKM atau lain-lain agensi

hendaklah berumur tidak lebih daripada 46 tahun bagi peringkat Doktor

2

Falsafah dan 50 tahun bagi peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan

Diploma pada tarikh tutup permohonan tertakluk kepada umur persaraan

wajib.

4. PROSEDUR PENGHANT ARAN PERMOHONAN KE INSTITUSIPENGAJIAN TINGGI DI BAWAH TAJAAN MKM, Kumpulan WangAmanah Pendidikan Koperasi (KWAPK), JPA AT AU LAIN-LAIN AGENSI

4.1. Semua permohonan untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau

separuh masa ke peringkat Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan

Diploma hendaklah menghantar surat kepada Ketua Pengarah MKM yang

diperakui oleh PengarahiPenolong PengarahiPengurus/Ketua Audit Dalaman

pada atau sebelum 31 Disember setiap tahun.

5. CARA-CARA PERMOHONAN

Cara -cara permohonan adalah seperti berikut :

5.1. Pemohon hendaklah mengisi Borang JPA atau MKM atau lain-lain agensi

dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah MKM berserta

dokumen-dokumen berkaitan bagi menyokong permohonan tersebut sebelum

tarikh tutup permohonan.

5.2. Bagi pemohon yang telah diterima masuk ke IPT, mereka dikehendaki

menghantar salinan surat tawaran dan surat permohonan cuti belajar melalui

PengarahiPenolong PengarahiPengurus/Ketua Audit Dalaman untuk tindakan

seterusnya.

6. KURSUS-KURSUS YANG DIPERAKUKAN

6.1. Pegawai-pegawai yang memohon untuk melanjutkan pelajaran perlulah

memohon untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang tugas

pegawai berkenaan dan diperakui oleh Jabatan. Bagi kursus-kursus yang lain,

pertimbangan akan diberi mengikut kepentingan Jabatan.

3

~~-----------

6.2. Pegawai-pegawai yang telah diluluskan untuk melanjutkan pelajaran bagi

kursus yang telah dipohon, tidak dibenarkan menukar kursus.

7. PERMO HONAN MELANJUTKAN PELAJARAN MELALUI KETUAJABATAN

7.1. Permohonan melanjutkan pelajaran ke IPT hendaklah melalui Ketua Jabatan

bagi mendapatkan apa-apa kemudahan cuti belajar.

7.2. Bagi pemohon yang telah diterima masuk ke IPT, mereka dikehendaki

menghantar salinan surat tawaran dan surat permohonan cuti belajar melalui

Pengarah/Penolong Pengarah/Pengurus/Ketua Audit Dalaman untuk tindakan

seterusnya.

8. TEMPOHSAHTAWARAN

8.1. Pegawai yang mendapat tajaan dari JPA, tempoh sah tawaran adalah tertakluk

kepada peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

8.2. Pegawai yang mendapat tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi tempoh

sah tawaran adalah selama dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran

dikeluarkan.

9. PENANGGUHAN APABILA TELAH DITAWARKAN BAGI TAJAANMKM ATAU LAIN-LAIN AGENSI

9.1. Pegawai hendaklah mengemukakan surat permohonan penangguhan kepada

Ketua Pengarah MKM melalui Pengarah/Penolong Pengarah/Pengurus/Ketua

Audit Dalaman sebulan sebelum tamat tempoh sah tawaran tajaan tersebut.

Penangguhan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada

Jawatankuasa Latihan dan Perjawatan MKM.

10. PEGAWAI YANG BERHENTI ATAU DIBERHENTIKAN ATAU GAGAL

10.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat

4

dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa

ke semasa.

10.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, berhenti

sebelum tamat tempoh pengajian atau diberhentikan atau gagal kecuali atas

sebab-sebab tertentu yang diterima oleh Jawatankuasa Latihan hendaklah

membayar balik keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh

Jabatan.

11. TEMPOH TAJAAN

11.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat

dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa

ke semasa.

11.2. Pegawai yang menenma tajaan dari MKM atau lain-lain agensi, tempoh

tajaan adalah tertakluk kepada jadual berikut :

Tempoh Tajaan Tempoh TajaanPROGRAM Bagi Pengajian Bagi Pengajian

Sepenuh Masa Separuh MasaDoktor Falsafah 3 tahun 5 tahun

Sarjana 1 Yz tahun 3 tahun

Sarjana Muda 3 tahun 4 tahun

Diploma Tidak ditawarkan 4 tahun

12. TEMPOH CUTI BELAJAR

12.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat

dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa

ke semasa.

12.2. Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, tempoh

cuti belajar bagi pegawai yang melanjutkan pelajaran adalah mengikut

5

tempoh tajaan yang telah diluluskan.

13. TEMPOH KONTRAK

13.1. Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, tempoh

kontrak adalah tertakluk kepada jadual berikut:

Pegawai Tempoh Ikatan Tempoh IkatanPerjanjian Sepenuh Perjanjian Separuh

Masa MasaKursus Kursus Kursus KursusBukan Bukan

Program Profesional Profesional Profesional Profesional

Doktor Falsafah 5 6 4 5

Sarjana 4 5 3 4

Sarjana Muda 4 6 2 3

Diploma - - 2 3

13.2. Pelanggaran Kontrak bagi pegawai yang menenma tajaan daripada JPA

adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

13.3. Pelanggaran Kontrak bagi pegawai yang menerima tajaan daripada MKM

atau lain-lain agensi dikehendaki membayar ganti rugi mengikut kos sebenar

yang telah ditanggung oleh Jabatan.

13.4. Pegawai diwajibkan menghabiskan kontrak sebelum melanjutkan pelajaran di

peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun MKM boleh

mempertimbangkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan syarat

mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Latihan dan Perjawatan MKM.

14. KEMUDAHAN ELAUN BUKU

14.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran separuh masa diberi kemudahan elaun

buku sebanyak RM300.00 setahun atau maksimum RM1,OOO.OOsepanjang

6

tempoh pengajian. Pegawai dikehendaki memulangkan kesemua buku yang

dibeli dengan menggunakan elaun buku yang diberikan setelah tamat

pengajian ke Perpustakaan MKM.

15. KEMUDAHAN ELAUN PERJALANAN

15.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran separuh masa diberi kemudahan

tuntutan elaun perjalanan dari rumah atau pejabat ke institusi pengajian tinggi

terhad kepada RM500.00 setahun.

16. SUMBANGAN KEPADA MKM DALAM TEMPOH PENGAJIAN

16.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di dalam Malaysia

adalah diwajibkan menyumbang sekurang-kurangnya empat puluh (40) jam

setahun kepada MKM dalam bentuk antara yang berikut:

i) Membuat penulisan atau membentang kertas kerja dalam mana-mana

majlis rasmi MKM.

ii) Bertugas rasmi sarna ada dalam jabatan atau luar jabatan.

17. PELANGGARANSYARAT

17.1. Pegawai yang melanggar syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian

dikehendaki membayar balik keseluruhan kos yang telah dibelanjakan oleh

MKM ke atas pengajian tersebut.

18. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

18.1. Pegawai yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau separuh masa

dikehendaki menghantar sesalinan keputusan peperiksan setiap semester

kepadaMKM.

7

18.2. Pegawai yang mendapat tajaan MKM dikehendaki mencapai atau

mengekalkan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) mengikut program

seperti di Jadual 1. Pihak MKM boleh menarik semula tajaan kepada

Pegawai yang gagal mengekalkan PNGK tersebut.

Jadual1:

PROGRAM PURA TA NILAIAN GREDKUMULATIF (PNGK)

Doktor Falsafah -Sarjana 3.00Sarjana Muda 2.50Diploma 2.00

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(HAJ~~ ISMAIL)Ketua PengarahMaktab Koperasi Malaysia

1 Mei 2012

8