garis panduan ads1m (2015)

Upload: shaiful-azim-mohamad-kusran

Post on 06-Oct-2015

640 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

ADS1M

TRANSCRIPT

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | i

    GARIS PANDUAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA

    1MALAYSIA (ADS1M)

    Disediakan Oleh : Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | i

    KANDUNGAN

    Bil. Perkara Halaman

    1. Latar Belakang 1

    2. Objektif 1

    3. Syarat Penyertaan 1 2

    4. Taklimat/ Kursus/ Insentif 2 3

    5. Jawatankuasa 3 - 4

    6. Takwim 4

    7. Penghakiman 4 - 5

    8. Hadiah Pertandingan 5

    9. Penutup 6

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | ii

    LAMPIRAN

    Lampiran Perkara Halaman

    Lampiran A Borang Penyertaan ADS1M 7

    Lampiran B Format Markah 7 Aspek Penilaian Utama ADS1M

    8

    Lampiran 1 Sekatan Penyertaan ADS1M 9

    Lampiran 2 Jawatankuasa ADS1M 10

    Lampiran 3 Takwim tahunan ADS1M 11

    Lampiran 4 Mekanisme Penghakiman ADS1M 12

    Lampiran 5 Kadar Nilai Hadiah Utama ADS1M 13

    Lampiran 6 Kaedah Penghakiman Semarak Kemerdekaan 14

    Lampiran 7 Penghargaan Khas 15

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 1

    GARIS PANDUAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA

    (ADS1M)

    1. LATAR BELAKANG

    1.1 Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 09 Oktober 2013 telah bersetuju dengan penggabungan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) dan Anugerah Desa Sejahtera (ADS) yang membawa kepada nama baru pertandingan,iaitu

    Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M). 1.2 Berdasarkan keputusan di atas, pertandingan ADS1M akan

    dilaksanakan mulai tahun 2014 secara tahunan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan/Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

    2. OBJEKTIF

    2.1 Merealisasikan program transformasi luar bandar untuk

    melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja.

    2.2 Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan

    nilai-nilai murni tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan kaum, agama, budaya serta geografi.

    2.3 Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan

    menguntungkan serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    3. SYARAT PENYERTAAN

    3.1 Pertandingan bagi kategori Kampung Tradisional / Rumah Panjang dibuka penyertaan kepada kampung yang ditadbir oleh JKKK/P sahaja.

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 2

    3.2 Rumah Panjang yang mempunyai sekurang-kurangnya 150 orang adalah layak bertanding dalam Kategori Rumah Panjang.

    Sekatan Penyertaan

    3.3 Sekatan penyertaan dibuat kepada Kampung Tradisional /

    Rumah Panjang seperti di Lampiran 1.

    4. TAKLIMAT / KURSUS / INSENTIF

    4.1. TAKLIMAT (a) Semua Kampung Peserta akan dijemput secara rasmi ke

    satu sesi taklimat ringkas Garis Panduan ADS1M yang akan disampaikan oleh pihak KEMAS selaku urus setia.

    (b) Taklimat akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa

    ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen. Tiada elaun hilang punca pendapatan, elaun makan atau elaun minyak akan disediakan untuk sesi taklimat ini.

    (c) Di akhir sesi taklimat, Kampung Peserta yang berminat

    untuk menyertai pertandingan ini perlu mengisi dan mengembalikan borang penyertaan sepertimana di

    Lampiran A bersama-sama Buku Profail SPKPN mengikut tarikh yang ditetapkan.

    (d) Penghulu Mukim / Pentadbir Mukim / Pemaju Mukim /

    Penggerak GDW 3.0 boleh mendaftarkan mana-mana Kampung Peserta yang difikirkan sesuai untuk menyertai pertandingan ini.

    4.2. KURSUS

    (a) Kampung Peserta yang diputuskan sebagai LAYAK oleh Jawatankuasa ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan /

    Bahagian / Parlimen adalah WAJIB HADIR ke sesi kursus yang diberikan oleh pihak KEMAS selaku urus setia.

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 3

    (b) Tujuan kursus adalah untuk memberi penerangan yang yang jelas mengenai (i) susun atur bilik penghakiman; (ii) penyediaan dokumen penghakiman; (iii) panduan pengurusan sesi penghakiman; (iv) takwim penghakiman; (v) skema pemarkahan dan (vi) kaedah penjumlahan markah.

    4.3. INSENTIF

    (a) Kampung Peserta yang layak menyertai pertandingan ini akan diberikan insentif kewangan bernilai RM200 bagi membantu persiapan dokumentasi dan sebagainya.

    5. JAWATANKUASA

    Jawatankuasa ADS1M sepertimana di Lampiran 2 perlu ditubuhkan di ketiga-tiga peringkat pelaksanaan dengan fungsi untuk mengesah dan meluluskan perkara-perkara berikut:-

    5.1 Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen

    (a) Kelayakan Kampung Peserta untuk menyertai ADS1M berdasarkan Para 3;

    (b) Kampung yang cukup syarat sepertimana yang

    ditetapkan di Para 3 tidak boleh ditolak penyertaan mereka; dan

    (c) Amalan pencalonan satu atau beberapa kampung

    tertentu sahaja sebagai wakil adalah tidak dibenarkan.

    5.2 Ketiga-tiga (3) Peringkat Penghakiman

    (a) Kadar hadiah, peruntukan yang telah diluluskan; serta

    unjuran perbelanjaan keseluruhan; (b) Senarai pegawai yang mendapat pelepasan rasmi

    Jabatan/ Agensi untuk dilantik secara rasmi sebagai panel hakim;

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 4

    (c) Keputusan jumlah markah terkumpul semua panel

    hakim (mengikut format sepertimana di Lampiran B) serta penentuan pemenang; dan

    (d) Isu-Isu berbangkit yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan penghakiman ADS1M.

    6. TAKWIM

    6.1 Takwim tahunan ADS1M yang ditetapkan mengikut peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen, Negeri

    dan Kebangsaan adalah sepertimana di Lampiran 3.

    7. PENGHAKIMAN

    7.1 Sembilan (9) panel hakim berdasarkan gred jawatan dari

    pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan peringkat Negeri / Persekutuan akan dilantik oleh Jawatankuasa ADS1M untuk menilai pencapaian kampung-kampung peserta mengikut

    mekanisme penghakiman sepertimana di Lampiran 4.

    7.2 Taklimat khas kepada Panel Hakim ADS1M Peringkat

    Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen serta Negeri akan dikendalikan oleh pihak KEMAS selaku urus setia.

    7.3 Pengisian taklimat merangkumi aspek (i) susun atur bilik

    penghakiman; (ii) penyediaan dokumen penghakiman; (iii) panduan pengurusan sesi penghakiman; (iv) takwim penghakiman; (v) skema pemarkahan; dan (vi) kaedah penjumlahan markah.

    7.4 Agensi Penggerak GDW 3.0 Negeri; iaitu KEMAS Negeri,

    KEDA, KETENGAH, KESEDAR, KEJORA, RISDA (Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Selangor & Negeri Sembilan) dan

    FELCRA (Pahang & Perak) adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dilantik sebagai panel hakim di peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen serta Negeri.

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 5

    Format Khas Penghakiman

    7.5 Ketua/Ahli Panel Hakim ADS1M Sarawak akan membuat

    penilaian bagi kedua-dua kategori; iaitu Kategori Rumah Panjang dan Kategori Kampung Tradisional.

    7.6 Kampung Tradisional yang menjadi Johan dan Naib Johan

    untuk ADS1M Peringkat Daerah (Melaka) dan Peringkat Parlimen (Perlis) adalah layak bertanding untuk ADS1M Peringkat Negeri.

    8. HADIAH PERTANDINGAN

    8.1 Hadiah Utama Kadar bagi hadiah Wang Tunai, Insentif Merdeka dan Projek Ekonomi untuk pertandingan ADS1M ketiga-tiga peringkat

    adalah sepertimana di Lampiran 5.

    8.2 Insentif Merdeka Johan ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen dan Negeri masing-masing akan diberikan insentif bernilai RM3,000 dan RM5,000 bagi tujuan membiayai majlis semarak kemerdekaan seperti yang telah dibentangkan kepada panel hakim. Kaedah pelaksanaan semarak

    kemerdekaan ini adalah seperti di Lampiran 6.

    8.3 Penghargaan Khas Pertandingan ADS1M Peringkat Negeri turut menyediakan lima (5) Penghargaan Khas Kategori Kampung Tradisional berupa pingat dan plak sijil untuk pencapaian sepertimana di

    Lampiran 7.

    8.4 Insentif Mentor-Menti Kampung Peserta yang bertanding di peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen yang berjaya memperolehi taraf DESA WAWASAN (Skor 75 markah ke atas) akan berpeluang untuk dipertimbangkan di bawah Program Mentor-Menti yang menyediakan insentif kewangan secara one-off berjumlah RM30,000.

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 6

    9. PENUTUP

    Komitmen dan kerjasama semua pihak di semua peringkat pelaksanaan adalah diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan ADS1M dalam usaha merangsang kelestarian luar bandar sebagai suatu kawasan yang maju, makmur dan sejahtera selaras dengan wawasan Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    28 Januari 2015 Unit Pengupayaan Komuniti Luar Bandar Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 7

    Lampiran A

    BORANG PENYERTAAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    Nama JKKK/P : ________________________________________

    Mukim / Daerah* : ________________________________________

    Dae. / Jjhn.* / Bhg. / Par. : ________________________________________

    DUN : ________________________________________

    Parlimen : ________________________________________

    Alamat Surat Menyurat : ________________________________________

    ________________________________________

    Kami pihak JKKK/P dengan ini bersetuju untuk menyertai Anugerah Desa

    Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Tahun _______ dan bersetuju dengan syarat-syarat

    yang telah ditetapkan.

    _______________________________

    (Tandatangan JKKK/P)

    Nama :

    No. KP :

    Jawatan :

    Tel. HP :

    Pengesahan Jawatankuasa ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen _______________________________

    (Tandatangan)

    Nama :

    Tarikh :

    Cop Jbtn :

    * Nota : Untuk Negeri Kelantan Dan Sarawak Sahaja

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 8

    Lampiran B

    FORMAT MARKAH 7 ASPEK PENILAIAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL. NEGERI DAERAH NAMA

    KPG.

    7 ASPEK PENILAIAN (4 TERAS / 3 ELEKTIF) JUML MRKH

    7 ASPEK A B C D E F G

    100% 20% 100% 15% 100% 15% 100% 15% 100% 15% 100% 10% 100% 10% 700% 100%

    A:Patriotisme & Kemerdekaan B:Kepimpinan & pentadbiran C:Pendidikan & Latihan D:Ekonomi & Keusahawanan E:Kerohanian & Kemasyarakatan

    F:Teknologi Maklumat & Komunikasi G:Kebersihan, Kesihatan & Keceriaan

    FORMAT MARKAH KESELURUHAN 9 ASPEK ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL. NEGERI DAERAH NAMA

    KPG.

    JUMLAH

    MARKAH 7 ASPEK

    2 ASPEK PENILAIAN (BONUS)

    MRKH

    KSLRHN BIODIRI PENGERUSI JKKK / P BIODIRI SETIAUSAHA JKKK / P

    100% 5% 100% 5%

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 9

    9

    Lampiran 1

    SEKATAN PENYERTAAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL. SEKATAN PENCAPAIAN NAMA PERTANDINGAN / PROGRAM TAHUN

    1.

    TIDAK

    LAYAK

    Johan, Naib Johan, Tempat Ke-3 Anugerah Desa Sejahtera 2012

    2. - Desa Lestari, Agropolitan,

    My Kampung My Future, FELDA -

    3. Desa Wawasan ADS1M

    Peringkat Kebangsaan -

    4. TIDAK

    DIBENARKAN1 (5 tahun

    berturut-turut)

    Johan Anugerah Ilham Desa

    Peringkat Zon 2010 - 2013

    5. Johan Anugerah Desa Cemerlang

    Peringkat Negeri 2010 - 2013

    6. Desa Cemerlang / Desa Harapan /

    Rumah Panjang Terbaik ADS1M

    Peringkat Kebangsaan -

    7.

    TIDAK

    DIBENARKAN2 (1 tahun)

    Johan ADS1M Peringkat Daerah /

    Jajahan / Bahagian / Parlimen -

    Nota : 1 : Kampung ABC Menang 2010, Tidak Boleh Bertanding Untuk Tempoh 5 Tahun (2011-2015). Tahun 2016 Boleh Bertanding.

    2 : Kampung XYZ Menang 2014, Tidak Boleh Bertanding Untuk Tempoh 1 Tahun (2015). Tahun 2016 Boleh Bertanding.

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 10

    Lampiran 2

    JAWATANKUASA

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL. PENGERUSI

    JAWATANKUASA

    SETIAUSAHA/

    URUSETIA

    AHLI

    TETAP

    DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN / PARLIMEN

    1. 2. 3. 4. 5.

    Pejabat Daerah Pejabat Pembangunan Negeri (Perlis) Pejabat Kemajuan Zon (Selangor / Pulau Pinang) Pejabat Pembangunan Jajahan (Kelantan) Pejabat Residen (Sarawak)

    KEMAS Daerah

    Ketua Hakim

    Naib Ketua Hakim

    Panel Hakim

    Penghulu / Pentadbir Mukim

    NEGERI

    1. 2. 3. 4. 5.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat Pembangunan Negeri (Selangor / Pulau Pinang) Jabatan Pembangunan Persekutuan (Kelantan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sabah / Sarawak) Perbadanan Labuan

    KEMAS Negeri

    Ketua Hakim

    Naib Ketua Hakim

    Panel Hakim

    KEMAS Daerah

    KEBANGSAAN

    1.

    Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

    KEMAS Ibu Pejabat

    Ketua Hakim

    Naib Ketua Hakim

    Panel Hakim

    Bhg KI, KKLW

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 11

    11

    Lampiran 3

    TAKWIM TAHUNAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL PERINGKAT PERISTIWA JADUAL

    1.

    DAERAH/ JAJAHAN/

    BAHAGIAN/ PARLIMEN

    (i) Penyaluran peruntukan

    Oleh : Bhg. KI, KKLW (ii) Taklimat Garis Panduan kepada semua

    Kampung Tradisional / Rumah Panjang

    Oleh : KEMAS (iii) Kursus persiapan kepada kampung /

    Rumah Panjang yang layak

    Oleh : KEMAS (iv) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan

    keputusan peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen

    Oleh : Jawatankuasa ADS1M

    Jan Jun

    2. NEGERI

    (i) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan

    keputusan Kategori Kampung Tradisional / Rumah Panjang

    Oleh : Jawatankuasa ADS1M

    (ii) Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri (Kategori Kampung Tradisional)

    Oleh : KEMAS

    (iii) Sambutan semarak kemerdekaan oleh Kampung Tradisional Johan ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen; serta Rumah Panjang yang mewakili Bahagian

    Jul Sept

    3. KEBANGSAAN

    (i) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan

    keputusan peringkat kebangsaan (Kategori Kampung Tradisional)

    Oleh : Jawatankuasa ADS1M

    (ii) Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Kebangsaan (Kategori Kampung Tradisional, kategori Rumah Panjang, Kampung Orang Asli dan Kampung Baru Cina)

    Oleh : Bhg. KI, KKLW

    Okt Mei

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 12

    Lampiran 4

    MEKANISME PENGHAKIMAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    Bil. Aspek

    Penilaian

    Markah

    Pemberat

    Peringkat

    Daerah/Jajahan/

    Bahagian/Parlimen

    Peringkat

    Negeri

    Peringkat

    Kebangsaan

    GRED

    JAWATAN

    Gred 41

    Ke Atas

    Gred 44

    Ke Atas

    Gred 48

    Ke Atas

    1. Ketua Hakim 05%

    Bonus Pengerusi

    Jawatankuasa ADSIM Bhg. KI

    2. Naib Ketua Hakim 05%

    Bonus MARA KKLW * KEMAS

    GRED

    JAWATAN

    Gred 27

    Ke Atas

    Gred 41

    Ke Atas

    Gred 44

    Ke Atas

    3. Patriotisme & Kemerdekaan

    20% Teras

    JASA / RELA PDRM

    BTN / JPAM ATM

    BA

    HA

    GIA

    N /

    AG

    EN

    SI

    /JA

    BA

    TA

    N

    KE

    ME

    NT

    ER

    IAN

    KE

    MA

    JU

    AN

    LU

    AR

    BA

    ND

    AR

    & W

    ILA

    YA

    H

    4. Kepimpinan & Pentadbiran

    15% Teras

    JBS / JPNIN Jbtn Penerangan

    JAKOA /

    JPW

    5. Pendidikan & Latihan

    15% Teras

    PPD / Institut Kemahiran

    IPTA / IPTS Negeri

    6. Ekonomi & Keusahawanan

    15% Teras

    Agensi Pertanian / PERDA / FELDA

    MARA / SKM UPUB / SEDC

    7. Kerohanian & Kemasyarakatan

    15% Elektif

    JAIN / MAIN JPNIN / JKM

    JAIN / MAIN JPNIN / JKM

    8. Teknologi Maklumat & Komunikasi

    10% Elektif

    Institusi Latihan PBT / SAINS

    SKMM / Jab. Penyiaran

    9. Kebersihan, Kesihatan & Keceriaan

    10% Elektif

    Kesihatan / PBT Kg Desa Lestari

    Johan ADS1M Negeri (tahun lepas)

    * Naib Ketua Hakim (Negeri) :

    1. INFRA - Sabah / Sarawak

    2. KEMAS WPKL - Labuan

    3. FELCRA - Pulau Pinang / Selangor / Negeri Sembilan / Melaka / Perlis

    4. RISDA - Kedah / Kelantan / Terengganu / Johor / Pahang / Perak

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 13

    Lampiran 5

    KADAR NILAI HADIAH UTAMA

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL. TAHAP

    PENCAPAIAN

    WANG

    TUNAI

    INSENTIF

    MERDEKA

    Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen

    1. Johan * RM05,000 RM03,000

    2. Naib Johan RM04,000 ---

    3. Ketiga RM03,000 ---

    JUMLAH KESELURUHAN RM15,000

    Peringkat Negeri

    1. Johan RM12,000 RM05,000

    2. Naib Johan RM10,000 ---

    3. Ketiga RM08,000 ---

    JUMLAH KESELURUHAN RM35,000

    Peringkat Kebangsaan

    Bil. Kategori Pencapaian

    Kadar Hadiah

    Wang

    Tunai

    Projek

    Ekonomi

    1. Desa Wawasan

    Skor Markah Melebihi 75%

    RM50,000 RM650,000

    RM700,000

    2. Desa Cemerlang

    Skor Markah 70% - 74%

    RM50,000 RM250,000

    RM300,000

    3. Desa Harapan

    Skor Markah 60% - 69%

    RM50,000 RM100,000

    RM150,000

    4. Rumah Panjang Terbaik

    Skor Markah Tertinggi

    RM50,000 RM100,000

    RM150,000

    JUMLAH KESELURUHAN RM200,000 RM1,100,000

    RM1,300,000

    * NOTA : Tiada Pemenang NAIB JOHAN dan KETIGA Bagi Kategori Rumah

    Panjang Peringkat Bahagian Sarawak

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 14

    14

    Lampiran 6

    KAEDAH PENGHAKIMAN

    SEMARAK KEMERDEKAAN

    BIL PEMENANG

    KATEGORI

    PENGHAKIMAN

    1.

    JOHAN Peringkat

    Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen

    KAMPUNG

    TRADISIONAL /

    RUMAH PANJANG /

    Penghakiman Akan Dibuat

    Oleh Panel Hakim Peringkat

    Negeri Bagi Aspek Patriotisme & Kemerdekaan.

    2.

    JOHAN Peringkat

    Negeri

    KAMPUNG

    TRADISIONAL

    Penghakiman Akan Dibuat

    Oleh Panel Hakim Peringkat

    Kebangsaan Bagi Aspek Patriotisme & Kemerdekaan.

  • Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 15

    15

    Lampiran 7

    PENGHARGAAN KHAS

    KATEGORI KAMPUNG TRADISIONAL

    BIL

    JENIS

    PENGHARGAAN

    SKEMA

    PENENTUAN

    1. Pengerusi ADSIM Terbaik Negeri.Tahun .

    Daerah / Jajahan (Kelantan) / Bahagian (Sarawak) / Parlimen (Perlis) Yang Merekodkan % Penyertaan Kampung Tradisional Tertinggi Dalam Penghakiman ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan (Kelantan) / Bahagian (Sarawak) / Parlimen (Perlis)

    2.

    Tokoh Pencetus Mukim Negeri.Tahun .

    Kampung Tradisional Yang Memperolehi Markah Tertinggi Dalam 02 Aspek Bonus (Biodiri Pengerusi JKKK/P & Biodiri Setiausaha JKKK/P) Dalam Penghakiman ADS1M Peringkat Negeri

    3.

    Tokoh Penggerak GDW 3.0 Negeri.Tahun .

    Kampung Tradisional Yang Memperolehi Markah Tertinggi Dalam 07 Aspek Utama (4 Teras / 3 Elektif) Dalam Penghakiman ADS1M Peringkat Negeri

    4.

    Ikon Pengerusi JKKK/P Negeri.Tahun .

    Pengerusi JKKK/P Yang Memperolehi Markah Tertinggi Dalam Aspek (Bonus) Biodiri Pengerusi JKKK/P Dalam Penghakiman ADS1M Peringkat Negeri

    5.

    Ikon Setiausaha JKKK/P Negeri.Tahun .

    Setiausaha JKKK/P Yang Memperolehi Markah Tertinggi Dalam Aspek (Bonus) Biodiri Setiausaha JKKK/P Dalam Penghakiman ADS1M Peringkat Negeri