garis panduan amalan dan pengurusan terbaik perkhidmatan kaunseling-disiplin 2015

Upload: rohana-maruji-rohana-maruji

Post on 06-Jul-2018

282 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    1/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    1

    GARIS PANDUANPELAKSANAAN AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK

    PROGRAM/PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN DI SEKOLAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

    1.0 PENDAHULUAN

    Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta disiplin di sekolah memainkan

    peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    dan menyahut cabaran Wawasan 2020 dengan memperkembangkan sumber

    manusia secara optimum di peringkat sekolah selaras dengan Pelan

    Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013- 2025. Ini boleh dicapai melalui

    perancangan program/ pengurusan kaunseling dan disiplin yang sistematik,

    perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.

    2.0 MATLAMAT

    Meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan

    kaunseling serta disiplin di sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh

    negara supaya lebih berstruktur, berkesan dan cemerlang.

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Mengenal pasti kekuatan perkhidmatan kaunseling dan disiplin di

    sekolah-sekolah yang boleh menjadi model terbaik.

    3.2 Menyelaras, menyeragamkan dan meningkatkan pengurusan

    pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan disiplin agar lebih menarik,

    kreatif dan berkesan di semua sekolah.

    3.3 Mengenal pasti sekolah-sekolah yang boleh dijadikan contoh dan

    ikutan kerana telah berjaya melaksanakan program perkhidmatan

    kaunseling dan disiplin dengan cemerlang.

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    2/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    2

    3.4 Meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin

    murid dan meningkatkan kehadiran murid di sekolah.

    4.0 KUMPULAN SASAR

    4.1 Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling4.1.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling SM dan SR

    4.2 Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin4.1.2 Terbuka kepada Guru Disiplin

    4.3 Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling4.1.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling SM dan SR

    4.4 Pengurusan Terbaik Disiplin4.1.4 Guru Disiplin

    5.0 PERINGKAT PELAKSANAAN

    BIL PERINGKAT TARIKH/BULAN1 Surat Siaran 29 Julai 20152 Persediaan Peringkat Sekolah Ogos 20153 Penilaian Daerah 1-10 September 20154 Penilaian Negeri 14-18 September 20155 Penilaian KPM 29,30 September dan

    1 Oktober 20156 Simposium Kebangsaan 27 - 29 Oktober 2015

    6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

    Pemantauan Penilaian

    6.1 Pelaksanaan Pembentangan Amalan dan Pengurusan Terbaik

    Program/Perkhidmatan Kaunseling/Disiplin ini melibatkan penyertaan

    Guru Bimbingan dan Kaunseling DAN Guru Disiplin Sekolah Rendah

    (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada semua Pejabat

    Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri(JPN).

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    3/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    3

    6.2 Penolong Pengarah Kaunseling Negeri dan Pegawai Unit Disiplin

    Negeri akan menghebahkan program ini untuk pengetahuan semua

    Guru Bimbingan dan Kauseling serta Guru Disiplin SR dan SM yang

    ingin mengambil bahagian.

    6.3 Sesi taklimat dan borang penilaian diedarkan kepada semua sekolah

    pada bulan Ogos sebagai panduan dan rujukan. Pihak sekolah yang

    berminat akan melakukan persediaan dan penilaian kendiri di peringkat

    sekolah menggunakan borang ini dan menghantar penyertaan ke PPD

    dan JPN masing-masing.

    6.4 Sekolah yang akan dinilai dikehendaki membuat persiapan di peringkat

    sekolah berasaskan borang penilaian yang telah dihantar ke sekolah.

    Penolong Pengarah Kaunseling Negeri, Pegawai Unit Disiplin JPN dan

    Penyelia Kaunseling/Disiplin PPD akan melaksanakan penilaian di

    peringkat daerah dan seterusnya memilih pemenang/wakil peringkat

    daerah SR dan SM bagi setiap kategori.(September)

    6.5 Pemenang/wakil peringkat daerah bagi setiap kategori akan dicalonkan

    ke peringkat negeri. Penilaian peringkat negeri akan dilaksanakan

    berdasarkan pembentangan dan dokumentasi amalan terbaik dan

    pengurusan kaunseling dan disiplin yang telah dilaksanakan oleh wakil

    di peringkat daerah. Pemenang di peringkat negeri akan mewakilinegeri ke peringkat saringan kebangsaan.

    6.6 Di peringkat kebangsaan wakil bagi setiap negeri akan membentang

    dokumentasi amalan terbaik dan pengurusan kaunseling serta disiplin

    dalam bengkel penilaian Saringan Kebangsaan yang diadakan pada

    29 September 2015.

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    4/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    4

    6.7 Pemilihan pemenang peringkat kebangsaan akan melalui dua

    peringkat pemilihan;

    Saringan Kebangsaan

    i. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Kaunseling SM

    ii. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Kaunseling SRiii. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Disiplin SM

    iv. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Disiplin SR

    v. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Perkhidmatan

    Kaunseling

    vi. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Disiplin

    Akhir Kebangsaan (Terpilih dan Layak Ke Peringkat Akhir)

    i. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Kaunseling SM

    ii. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Kaunseling SR

    iii. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/PerkhidmatanDisiplin SM

    iv. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Disiplin SR

    v. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan

    Kaunseling

    vi. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Disiplin

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    5/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    5

    6.8 Lima Peserta terbaik bagi setiap kategori akan dinilai pada peringkat

    akhir yang akan dihakimi oleh juri yang dilantik pada bulan Oktober

    2015.

    7.0 PENILAIAN

    7.1 Elemen Penilaian dan instrumen penilaian.

    Penilaian Amalan dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling

    dan Disiplin memberikan peruntukan skor markah yang tinggi kepada

    impak dalam meningkatkan Pembangunan Sahsiah Diri Murid,

    Pendidikan Kerjaya, Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid,

    Pengukuhan Disiplin Murid serta Meningkatkan Kehadiran Murid

    di Sekolah.

    a. Elemen Penilaian Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan

    Kaunseling/Disiplin

    b. Elemen Penilaian Pengurusan Terbaik Kaunseling/ Disiplin

    BIL PERKARA SKOR1 Berimpak 352 Pengurusan Bilik Bimbingan dan

    Kaunseling/ Disiplin15

    3 Pengurusan rekod, program dan aktiviti 154 Ceria, Bermaklumat, Bermakna 105 Kreativiti dan Inovasi 106 Pendokumentasian 107 Pengiktirafan 5

    JUMLAH 100

    BIL PERKARA SKOR1 Idea 202 Kreativiti 203 Kaedah Pelaksanaan 154 Impak 305 Pengiktirafan 56 Pendokumentasian 10

    JUMLAH 100

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    6/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    6

    8.0 PENGANUGERAHAN

    8.1 Penganugerahan dikategorikan seperti berikut :

    a. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling

    Sekolah Rendah

    b. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling

    Sekolah Menengah

    c. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah

    Rendah

    d. Anugerah Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah

    Menengah

    e. Anugerah Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling

    f. Anugerah Pengurusan Terbaik Disiplin

    8.2 Penghargaan diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori seperti

    berikut:

    a. Peringkat Akhir Kebangsaan

    Anugerah Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah

    Rendah/Menengah .

    Anugerah Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah

    Rendah/Menengah.

    i. Johan Wang tunai RM1500.00Sijil Penghargaan

    ii. Naib Johan Wang tunai RM1000.00

    Sijil Penghargaan

    iii. Ketiga Wang tunai RM500.00

    Sijil Penghargaan

    iv. 2 hadiah Saguhati Wang tunai RM300.00Sijil Penghargaan

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    7/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    7

    Anugerah Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling/Disiplin

    i. Johan Wang tunai RM500.00

    Sijil Penghargaan

    ii. Naib Johan Wang tunai RM400.00

    Sijil Penghargaan

    iii. Ketiga Wang tunai RM300.00

    Sijil Penghargaaniv. 2 hadiah Saguhati Wang tunai RM200.00

    Sijil Penghargaan

    b. Peringkat Saringan Kebangsaan

    Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada setiap peserta.

    9.0 PENUTUP

    9.1 Adalah diharapkan dengan terlaksananya perkongsian Simposium

    Amalan dan Pengurusan Program/Perkhidmatan Terbaik

    Kaunseling/Disiplin ini akan tercetus lebih banyak inovasi, kreativiti dan

    model terbaik yang boleh diteladani dalam meningkatkan kualiti

    pengurusan pelaksanaan Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin di

    sekolah seluruh Malaysia.

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    8/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    8

    PROSEDUR KERJAAMALAN TERBAIK PROGRAM/ PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN

    KAUNSELING /DISIPLIN DI SEKOLAH TAHUN 2015

    BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN1 29 Julai 2015 Surat Siaran dikeluarkan oleh KPM dan

    dipeturunkan ke JPNKPMJPNPPD

    2 1 – 10 Ogos 2015 ‘Outreach’ ke sekolah PPDSekolah

    3 Ogos 2015 PERSEDIAAN SEKOLAHPersediaan dan penilaian kendiri diperingkat sekolah

    Sekolah

    4 1-10 September2015

    PENILAIAN PERINGKAT DAERAH6 wakil terbaik setiap kategori (Disiplindan Kaunseling) dipilih bagi mewakilisetiap daerah ke peringkat negeri

    PPPD(Disiplin)MGKK Daerah(GBK)

    5 14-18 September2015

    PENILAIAN PERINGKAT NEGERI6 wakil terbaik setiap kategori (Disiplindan Kaunseling) dipilih bagi mewakilinegeri ke peringkat SaringanKebangsaan

    PPPD(Disiplin)MGKK Negeri(GBK)

    6 29,30 Septemberdan 1 Oktober2015

    PENILAIAN PERINGKAT KPM16 wakil terbaik setiap negeri kategori

    Amalan Terbaik Kaunseling SR16 wakil terbaik setiap negeri kategori

    Amalan Terbaik Kaunseling SM16 wakil terbaik setiap negeri kategori

    Amalan Terbaik Disiplin SR16 wakil terbaik setiap negeri kategori

    Amalan Terbaik Disiplin SM16 wakil terbaik setiap negeriPengurusan Perkhidmatan KaunselingTerbaik16 wakil terbaik setiap negeriPengurusan Disiplin Terbaik

    PP(Disiplin)PP(B&K)

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    9/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    9

    7 27-29 Oktober2015

    SIMPOSIUM KEBANGSAAN5 terbaik kategori Amalan TerbaikKaunseling SR5 terbaik kategori Amalan TerbaikKaunseling SM5 terbaik kategori Amalan TerbaikDisiplin SR5 terbaik kategori Amalan TerbaikDisiplin SM5 terbaik kategori PengurusanPerkhidmatan Kaunseling Terbaik

    5 terbaik kategori Pengurusan DisiplinTerbaik

    Juri JemputanJawatankuasaPelaksana

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    10/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    10

    PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

    1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA Guru Bimbingan dan Kaunseling

    (GBK) serta Guru Disiplin (GD) di sekolah menengah dan sekolah rendah

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2. LAPAN amalan terbaik peringkat AKHIR KEBANGSAAN 2014 tidak

    dibenarkan membentangkan amalan terbaik sama untuk tahun 2015.

    3. Kategori yang dipertandingkan ialah:

    3.1 Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Rendah3.2 Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah

    Menengah

    3.3 Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah Rendah

    3.4 Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah Menengah

    3.5 Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling

    3.6 Pengurusan Terbaik Disiplin

    4. Setiap penyertaan TIDAK dikenakan sebarang yuran penyertaan.

    5. Setiap penyertaan akan diadili di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah

    untuk peringkat awal. Kemudian Jabatan Pendidikan Negeri untuk

    mewakili negeri. Tiga penyertaan terbaik bagi kategori GBK dan GD dari

    setiap negeri akan diadili oleh panel pemilih peringkat kebangsaan yang

    digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    6. Setiap penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang

    disediakan oleh pihak penganjur yang dihantar ke sekolah.

    7. Bahan pertandingan yang dihantar kepada pihak penilai adalah dalam

    bentuk

    a) dokumentasi

    b) DVD.

    8. Bahan penyertaan akan menjadi hak milik penganjur iaitu Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    9. Keputusan panel penilai dan juri adalah muktamad.

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    11/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    11

    10. PANDUAN PENULISAN DOKUMENTASI

    a) Gunakan kertas A4

    b) Gunakan font Times New Roman atau Arial

    c) Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi

    penulisan

    d) Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri

    kertas

    e) Setiap penulisan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja.

    f) Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum

    penghantaran dibuat.

    g) Setiap penulisan perlu dimulai dengan penulisan abstrak.

    h) Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti masing-

    masing bersandarkan kepada penilaian oleh juri.

    11. PANDUAN MENYEDIAKAN CAKERA VIDEO DIGITAL (DVD)

    a) Bahan untuk pembentangan dan dokumentasi perlu disimpan dalam

    storan cakera video digital (DVD).

    b) Sediakan satu salinan untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan satu

    salinan lagi untuk Kementerian Pendidikan Malaysia

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    12/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    12

    BORANG MAKLUMAT AMALAN TERBAIKPROGRAM/PERKHIDMATAN KAUNSELING

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA‘

    KATEGORI : GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SEKOLAH MENENGAH)

    BIL PERKARA MAKLUMAT1 NEGERI

    2 DAERAH

    3 NAMA SEKOLAH

    4 ALAMAT

    5 NAMA PENGETUA

    6 NAMA GURU BIMBINGAN

    DAN KAUNSELING

    1.

    2.7 NAMA

    PROGRAM/PERKHIDMATAN

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    13/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    13

    BORANG MAKLUMATPROGRAM/PERKHIDMATAN KAUNSELING

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KATEGORI : GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SEKOLAH RENDAH)

    BIL PERKARA MAKLUMAT1 NEGERI

    2 DAERAH

    3 NAMA SEKOLAH

    4 ALAMAT

    5 NAMA PENGETUA

    6 NAMA GURU BIMBINGAN

    DAN KAUNSELING

    1.

    2.7 NAMA

    PROGRAM/PERKHIDMATAN

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    14/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    14

    BORANG MAKLUMATPENGURUSAN TERBAIK KAUNSELING

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KATEGORI : GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    BIL PERKARA MAKLUMAT1 NEGERI

    2 DAERAH

    3 NAMA SEKOLAH

    4 ALAMAT

    5 NAMA PENGETUA

    6 NAMA GURU BIMBINGAN

    DAN KAUNSELING

    1.

    2.

    3.

    4.

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    15/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    15

    BORANG MAKLUMAT AMALAN TERBAIKPROGRAM/PERKHIDMATAN DISIPLIN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KATEGORI : GURU DISIPLIN (SEKOLAH MENENGAH)

    BIL PERKARA MAKLUMAT1 NEGERI

    2 DAERAH

    3 NAMA SEKOLAH

    4 ALAMAT

    5 NAMA PENGETUA

    6 NAMA GURU DISIPLIN 1.

    2.7 NAMA

    PROGRAM/PERKHIDMATAN

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    16/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    16

    BORANG MAKLUMATPROGRAM/PERKHIDMATAN DISIPLIN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KATEGORI : GURU DISIPLIN (SEKOLAH RENDAH)

    BIL PERKARA MAKLUMAT1 NEGERI

    2 DAERAH

    3 NAMA SEKOLAH

    4 ALAMAT

    5 NAMA PENGETUA

    6 NAMA GURU DISIPLIN 1.

    2.7 NAMA

    PROGRAM/PERKHIDMATAN

  • 8/17/2019 Garis Panduan Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling-disiplin 2015

    17/17

    AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING/DISIPLIN

    17

    BORANG MAKLUMATPENGURUSAN TERBAIK DISIPLIN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KATEGORI : GURU DISIPLIN

    BIL PERKARA MAKLUMAT1 NEGERI

    2 DAERAH

    3 NAMA SEKOLAH

    4 ALAMAT

    5 NAMA PENGETUA

    6 NAMA GURU DISIPLIN 1.

    2.

    3.

    4.