garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

19
SEKTOR PERCETAKAN, PENGEDARAN DAN KESELAMATAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN AMALI SAINS LEMBAGA PEPERIKSAAN

Upload: wengsung60

Post on 25-May-2015

701 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Pengurusan Keselamatan PBAS

TRANSCRIPT

Page 1: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

SEKTOR PERCETAKAN, PENGEDARAN DAN KESELAMATAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

KESELAMATAN AMALI SAINS

LEMBAGA PEPERIKSAAN

Page 2: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

OBJEKTIF TAKLIMAT

Untuk memberi pendedahan tentang pengendalian pengurusan keselamatan peperiksaan amali sains mengikut tatacara atau prosedur keselamatan yang betul

Page 3: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

KLASIFIKASI

Instrumen Peperiksaan Amali Sains diklasifikasikan SULIT di dalam Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi –Am4912A mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972

Page 4: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PENGENDALIAN

Hanya boleh dijalankan oleh pegawai atau guru atau kakitangan yang dilantik sahaja

Semua petugas yang dilantik hendak diberi taklimat berkaitan proses pengendalian amali sains

Pengendalian perlu bersaksi dan berekod

Page 5: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PEMBEKALANBahan amali yang dibekalkan hendaklah diberi perlindungan keselamatan bagi mengelak daripada ketirisan maklumat

Page 6: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PENGHANTARAN DAN

PENERIMAAN

Penghantaran dan penerimaan bahan dan dokumen peperiksaan amali sains melibatkan pergerakan dari Lembaga Peperiksaan ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/ sekolah dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan, bersaksi dan berekod.

Page 7: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PENYIMPANAN

Penyimpanan dokumen peperiksaan amali sains hendaklah disimpan di tempat selamat seperti bilik kebal dan almari atau bilik berkunci di sekolah.

Penyimpanan bahan peperiksaan amali sains hendaklah disimpan di tempat selamat seperti almari berkunci di bilik berkunci/makmal di sekolah.

Page 8: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PENYERAHAN DOKUMAN ATAU BAHAN KEPADA

SEKOLAH

Dokumen peperiksaan amali sains diserah kepada pusat peperiksaan pada hari peperiksaan.

Dokumen penyediaan bahan peperiksaan diserah kepada sekolah sebelum peperiksaan berlangsung.

Bahan peperiksaan amali sains yang dibekalkan terus dari Lembaga Peperiksaan diserah kepada sekolah sebelum peperiksaan berlangsung.

Page 9: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

TEMPAT PEPERIKSAAN ATAU MAKMAL

SAINS

Persediaan bahan peperiksaan di atas meja calon hendaklah disediakan sebelum peperiksaan berlansung dan makmal sains ini hendaklah diberi kawalan keselamatan seperti pintu atau tingkap dikunci dan dipasang langsir lut cahaya bagi mengelak ketirisan

Page 10: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

Diletak papan tanda “PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN”. Orang yang tidak berkenaan dilarang berada di kawasan makmal peperiksaan.

Kawasan makmal sains yang dijadikan tempat peperiksaan perlu dilingkungi dengan tali/pita keselamatan bagi menghalang orang yang tidak berkenaan mendekati makmal sains.

TEMPAT PEPERIKSAAN ATAU MAKMAL

SAINS

Page 11: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

BILIK KUARANTIN ATAU BILIK MENUNGGU

Bilik kuarantin atau bilik menunggu dikawal selia oleh pengawas yang dilantik bagi menghalang calon berhubung dengan mana-mana calon yang sedang atau sudah mengambil peperiksaan.

Page 12: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

LARANGAN KOMUNIKASI

Calon yang terlibat dengan peperiksaan amali sains dilarang sama sekali membawa telefon bimbit atau alat komunikasi atau kaedah komunikasi semasa berada di bilik kuarantin atau bilik menunggu atau makmal sains.

Page 13: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PENGURUSAN PEPERIKSAAN

Mengikut panduan pengurusan pengendalian pusat peperiksaan

Page 14: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

KESELAMATAN ALAT DAN

BAHAN PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Maklumat berkaitan Amali Sains dikawal bagi mengelak ketirisan.

Alat atau bahan atau senarai awal dan arahan persediaan disimpan dengan selamat dalam almari berkunci

Alat/bahan dikodkan dan tidak menggunakan nama sebenar

Kutipan atau pembelian bahan dilakukan secara rahsia

Page 15: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

PEPERIKSAAN AMALI SAINS

PAGI HARI PEPERIKSAAN

Ketua Pengawas mengambil dan menyemak kertas soalan dari penyelia kawasan di bilik kebal.

Kertas soalan dimasukkan ke dalam karung dan diseal dengan seal keselamatan. No seal dicatat dalam buku rekod pengurusan.

Karung disimpan di dalam ruang bagasi kereta.

Page 16: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

Tiba di pusat peperiksaan, pengawas menyemak karung dan no seal dan pastikan tiada kesan ceroboh.

Sampul kertas soalan dibuka dan disemak bilangannya.

Pastikan mencukupi.

Soalan yang tepat.

Kertas soalan diedar mengikut jadual waktu peperiksaan.

PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Page 17: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

KP memberi taklimat kepada calon dan memulakan peperiksaan tepat pada waktunya.

Pengawas membuat pengawasan secara aktif.

Jika terdapat sebarang kes salah laku, pengawas mengambil atau mencatat eviden tanpa menganggu calon selesai peperiksaan. Pengakuan calon dicatat.

PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Page 18: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

SELESAI PEPERIKSAAN

Calon diminta berhenti melakukan eksperimen dan berhenti menulis.

Skrip jawapan calon dikutip dan pastikan bilangan mencukupi.

Pengawas mengiringi calon ke bilik kuarantin.

PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Page 19: Garis panduan pengurusan keselamatan pbas 2015

SEKIAN TERIMA KASIH