gambar untuk awam

5

Upload: lokman-sokran

Post on 28-Mar-2016

240 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Masih terngiang-ngiang lagi ditel inga saya per-

tanyaan En. Shamsharin kepada kami tentang

halatuju dan niat sebenar kami belajar di EDIC-

PADI; “Korang ambil course ni nak buat apa? aku

tengok korang dah habiskan duit bel i alat kamera,

korbankan hujung minggu datang ke kelas?” ka-

lau saya boleh ingat sebahagian dari soalan yang

keluar dari mulut bel iau. Agak ironik bi la peroso-

alan tersebut keuar dari mulut pensyarah kami.

I tu kira-kira hampir dua tahun lalu. Sedar tak

sedar kami telah melalui kemanisan pengalaman

menganjurkan pameran fotografi di Annexe Gal-

lery. Saya cuba mencuri masa bersendirian untuk

bersama dengan bel iau, sedang kami berbual dia-

tas deck galeri bel iau menitipkan persoalan yang

bunyinya lebih kurang begini “Aku sebenarnya

nak tahu juga siapa pengunjung yang datang ten-

gok pameran fotografi ini . Mereka ni tahu ke apa

tujuan pameran fotografi ni? Siapa mereka ini

sebenarnya? Apa yang mereka dapat dari pamer-

an ini?” Saya tersentak sebentar mendengar per-

tanyaan tersebut, saya termangu adakah bel iau

melontarkan persoalan retorik atau sememang-

nya bel iau memang bersikap ironik.

Persoalan yang bel iau lontarkan itu ada kebe-

narannya, kalau saya boleh simpulkan kepada

bahasa yang lebih mudah, persoalan ini ialah;

Adakah kamu menjadi pengambil gambar atau

pembuat gambar? dan bi la kamu sudah ada gam-

bar, s iapa yang mahu melihat gambar-gambar

kamu? kawan fesbuk? instagram? gambar ini un-

tuk siapa?

Sudah sampai masanya

GAMBAR UNTUK AWAM

gambar untuk siapa?

Jika t idak mampu menjadi garam yang me -

masinkan ikan, jangan jadi lalat yang mem -

busukkan

H I D U N G T A K M A N C U N G

Melawat galeri seni dan muzium bu-kanlah aktivit i normal kebanyakan masyarakat Malaysia, oleh itu pameran akan diadakan ditempat yang t idak di-jangka benak fikiran khalayak. Lebih dari i tu seni ini perlu didukung dengan

niat ibadah kerana Allah.

K O M P A S

GAMBAR UNTUK AWAM adalah projek berterusan. Hasi l karya seni fotografi akan hadir dipelusuk tempat awam un-tuk untuk dinikmati dan dihayati oleh

orang awam pada bi la-bi la masa.

K E M A N A ? D I M A N A ?

Memohon kebenaran melakukan pa-meran dipremis-premis awam seperti masj id, sekolah, universit i , hospital , pasar, taman rekreasi dan dimana-ma-na tempat yang dif ikirkan sesuai dan

menghormati hak-hak orang awam

GAMBAR UNTUK AWAM juga sedaya upaya akan memilih lokasi yang t idak mengenakan bayaran, bagaimanapun jurugambar digalakkan menyumbang kepada lokasi seandainya ada hasi l

karya mereka terjual

P a m e r a n G E R I L A ?

Sebagaimana kita mahu orang awam menghormati dan menghayati hasi l seni , rasa hormat itu juga harus da-tang dari kalangan kita juga. GAMBAR UNTUK AWAM mungkin melakukan pameran geri la sekiranya lokasi dan cara ia di lakukan masih menghormati hak-hak orang awam dan t idak meng-

ganggu ketenteraman awam.

D A R A H , P E L U H D A N A I R M AT A !

GAMBAR UNTUK AWAM t idak men-genakan sebarang bayaran dari peser-ta, tetapi menuntut perkara yang amat bernilai iaitu komitmen MASA dan

TENAGA.Sejumlah perbelanjaan minima perib-adi mungkin perlu dikeluarkan untuk mencetak hasi l kerja bagi tujuan pam-

eran.

M A S A I T U E M A S

GAMBAR UNTUK AWAM t idak mem-punyai tempoh masa ter tentu bi la pa-meran bermula dan tempoh sesebuah pameran akan diadakan. Pameran akan diadakan pada bi la-bi la masa sekiranya ada hasi l kerja peserta yang sedia un-tuk dipamerkan. Untuk menghormati tata kerja kurator, tempoh 12 bulan adalah jangkamasa yang dicadangkan oleh setiap peserta bagi menyiapkan

sesuatu projek.

B E R D I R I S A M A T I N G G I

GAMBAR UNTUK AWAM terbuka ke-pada semua ahli TIGA, penyertaan hanya diterima melalui email . Setiap penyertaan akan dinilai oleh ahli panel GAMBAR UNTUK AWAM dan Kurator yang di lantik. Hanya penyertaan yang telah melalui proses penilaian dan ke-lulusan kurator sahaja akan layak di-

pamerkan.

GAMBAR UNTUK AWAM secara khusus menyebut genre fotojurnalisma/doku-mentari sosial sebagai landasan, tetapi pintu kami terbuka untuk menerima penyertaan dari genre lain sekira ian-ya masih dalam l ingkungan dakwah atau membangkitkan kesedaran kepa-

da masyarakat.Hormati lah intelektual awam.

TIGA adalah gabungan MONOCHROME dan LUMINEZ yang telah menjayakan pameran TIGA di Galery Annexe, Central Market pada 6 hingga 12 Mei 2013. Pelajar EDICPADI ini berterusan mendukung seni visual fotografi sebagai wadah untuk berkarya.

GAMBAR UNTUK AWAM adalah projek tanpa keuntungan yang berhasrat membawa seni visual fotografi kepada khalayak ditem-pat awam

EDICPADI adalah singkatan kepada Executve Diploma In Creative Phototography and Dig-ital Imaging dibawah seliaan UTM Space.

A M A R A N !

GAMBAR UNTUK AWAM t idak men-janjikan pulangan keuntungan atau-pun kemasyhuran dimata dunia. Fis-

abil i l lah adalah amat diseru.