gagasan masyarakat sivil islam menurut tariq ramadan

10
Gagasan Masyarakat Sivil Islam Menurut Tariq Ramadan: Satu Penilaian Terhadap Isu Isu Kemasyarakatan Di Malaysia ABSTRAK Tariq Ramadan merupakan salah seorang pemikir Islam moden yang sering membahaskan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat sivil. Gagasan masyarakat sivil beliau merupakan satu gagasan yang bertujuan untuk memberi nafas yang baharu terhadap komuniti muslim. Ianya merupakan satu kritikan terhadap apa yang berlaku dalam dunia Islam hari ini. Tulisan ini akan membicarakan mengenai gagasan Masyarakat Sivil Islam versi Tariq Ramadan yang menyentuh isu-isu seperti kebebasan hak, pendidikan, konsep demokrasi dan media. Selain itu, tulisan ini juga akan membandingkan idea-idea Tariq Ramadan dalam gagasannya dengan realiti yang berlaku di Malaysia memandangkan masyarakat Malaysia merupakan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti model masyarakat yang dibincangkan oleh Ramadan dalam gagasannya Kata Kunci: Masyarakat Sivil, Tariq Ramadan, Pendidikan, Demokrasi, Malaysia Pengenalan Masyarakat Sivil merupakan sebuah masyarakat yang di definisikan sebagai masyarakat yang telah mencapai nilai dan pemikiran yang moden dan bertamadun tinggi. Gagasan masyarakat sivil ini merupakan sebuah gagasan yang telah lama diperdebatkan dan di bincangkan bermula daripada terbitnya The Ideal State oleh plato yang membincangkan mengenai bagaimana sebuah negara atau komuniti masyarakat yang sempurna dari sudut srata sosial sehinggalah kepada pemeritahan. Sepanjang perdebatan dan wacana mengenai masyarakat sivil ini, perlbagai tafsiran dan model telah diperkenalkan baik dari dunia barat atau daripada gagasan intelektual Islam. Tariq Ramadan merupakan salah seorang ahli akademik Islam yang sering membicarakan mengenai subjek ini. Penekanan beliau dalam gagasan masyarakat sivil adalah lebih kepada membentuk model baharu komuniti Islam yang mempunyai ketamadunan yang tinggi dan idealistik dengan keadaan zaman kini. Beliau dalam model masyarakat sivil versi Islam sering membicarakan mengenai perkara yang fundamental bagi pembentukan masyarakat Islam sivil antaranya meliputi elemen pendidikan, konsep ekualiti dalam pembahagian ekonomi, hak asasi serta konsep-konsep asas seperti al-adl, at-ta awun, al-muwatanah dan sebagainya. Oleh yang demikian, Malaysia merupakan negara Islam yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup harmoni. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara Islam contoh yang mendapat kehormatan dari negara Islam yang lain dengan kejayaan melahirkan masyarakat sivil yang baik. Namun begitu, persoalan yang menjadi asas dalam tulisan ini ialah apakah Malaysia telah berjaya sepenuhnya memenuhi apa yang di harapkan dalam gagasan masyarakat Islam sivil Tariq Ramadan. Maka tulisan ini akan membincangkan mengenai idea asas Tariq

Upload: john-robinson

Post on 17-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gagasan sivi tariq ramadan

TRANSCRIPT

Gagasan Masyarakat Sivil Islam Menurut Tariq Ramadan: Satu Penilaian Terhadap Isu Isu Kemasyarakatan Di MalaysiaABSTRAKTariq Ramadan merupakan salah seorang pemikir Islam moden yang sering membahaskan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat sivil. Gagasan masyarakat sivil beliau merupakan satu gagasan yang bertujuan untuk memberi nafas yang baharu terhadap komuniti muslim. Ianya merupakan satu kritikan terhadap apa yang berlaku dalam dunia Islam hari ini. Tulisan ini akan membicarakan mengenai gagasan Masyarakat Sivil Islam versi Tariq Ramadan yang menyentuh isu-isu seperti kebebasan hak, pendidikan, konsep demokrasi dan media. Selain itu, tulisan ini juga akan membandingkan idea-idea Tariq Ramadan dalam gagasannya dengan realiti yang berlaku di Malaysia memandangkan masyarakat Malaysia merupakan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti model masyarakat yang dibincangkan oleh Ramadan dalam gagasannya Kata Kunci: Masyarakat Sivil, Tariq Ramadan, Pendidikan, Demokrasi, Malaysia

PengenalanMasyarakat Sivil merupakan sebuah masyarakat yang di definisikan sebagai masyarakat yang telah mencapai nilai dan pemikiran yang moden dan bertamadun tinggi. Gagasan masyarakat sivil ini merupakan sebuah gagasan yang telah lama diperdebatkan dan di bincangkan bermula daripada terbitnya The Ideal State oleh plato yang membincangkan mengenai bagaimana sebuah negara atau komuniti masyarakat yang sempurna dari sudut srata sosial sehinggalah kepada pemeritahan. Sepanjang perdebatan dan wacana mengenai masyarakat sivil ini, perlbagai tafsiran dan model telah diperkenalkan baik dari dunia barat atau daripada gagasan intelektual Islam. Tariq Ramadan merupakan salah seorang ahli akademik Islam yang sering membicarakan mengenai subjek ini. Penekanan beliau dalam gagasan masyarakat sivil adalah lebih kepada membentuk model baharu komuniti Islam yang mempunyai ketamadunan yang tinggi dan idealistik dengan keadaan zaman kini. Beliau dalam model masyarakat sivil versi Islam sering membicarakan mengenai perkara yang fundamental bagi pembentukan masyarakat Islam sivil antaranya meliputi elemen pendidikan, konsep ekualiti dalam pembahagian ekonomi, hak asasi serta konsep-konsep asas seperti al-adl, at-taawun, al-muwatanah dan sebagainya.Oleh yang demikian, Malaysia merupakan negara Islam yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup harmoni. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara Islam contoh yang mendapat kehormatan dari negara Islam yang lain dengan kejayaan melahirkan masyarakat sivil yang baik. Namun begitu, persoalan yang menjadi asas dalam tulisan ini ialah apakah Malaysia telah berjaya sepenuhnya memenuhi apa yang di harapkan dalam gagasan masyarakat Islam sivil Tariq Ramadan. Maka tulisan ini akan membincangkan mengenai idea asas Tariq Ramadan terhadap masyarakat sivil dan juga perbandingannya dengan pencapaian serta isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat sivil di Malaysia.

Ruang Awam, Ruang Individu dan hak-haknyaDalam membahaskan gagasan pemikiran berkaitan dengan masyarakat sivil, isu mengenai ruang awam (public sphere) dan ruang individu (private sphere) merupakan isu asas. Ini kerana setiap gagasan masyarakat sivil samada dalam dimensi Barat atau Islam pasti akan disentuh kedua-dua perkara ini. Selain itu, dua perkara ini menjadi asas dalam wacana yang membincangkan mengenai hak asasi seseorang individu itu dan hak awam serta identiti sesebuah masyarakat. Tariq Ramadan juga tidak ketinggalan dalam membahaskan isu ini dalam gagasan masyarakat sivilnya yang diversikan sebagai masyarakat sivil Islam. Beliau melihat, adalah satu yang menjadi masalah sekiranya umat Islam ingin membina sebuah komuniti yang unggul tanpa memikirkan hak setiap individu dan masyarakat. Ramadan menyatakan pandangan terhadap isu ruang awam dan ruang individu sebagai satu yang penting. Perbincangan mengenai penetapan batasan antara ruangan awam dan ruangan individu merupakan perbincangan yang sudah lama berlaku dalam masyarakat Barat namun sehingga ke hari ini garis panduan yang ditetapkan oleh Barat mengenai dua ruang ini kelihatan gagal dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh masyarakat mereka sendiri, Barat dilihat sudah hilang identiti disebabkan oleh kegagalan formula dan garis panduan dalam menangani isu ruangan awam dan ruangan individu ini. Formula ini iaitu sekularisasi yang memisahkan secara total antara agama dan urusan duniawi merupakan faktor utama kemuculan krisis identiti tersebut (Ramadan: 2009:267). Umat Islam bagi Ramadan seharusnya mengambil iktibar lalu meneliti hal ini dengan lebih berhati-hati. Dengan cabaran yang dihadapi dalam komuniti masyarakat masakini seperti multi-budaya dan pluralisme. Barat yang sudah kritikal itu mula membina tapak baharu dengan mengemukakan beberapa teori yang dibawa oleh ahli sosiologi seperti John Rawl dan Charles Taylor seperti memberi nilai neutral kepada sfera awam ini. Walau bagaimanapun, Ramadan mengkritik teori ini dengan menyatakan bahawa adalah satu yang mustahil bagi sesebuah komuniti masyarakat itu untuk berada dalam keadaan neutral terhadap perkara-perkara seperti multi-budaya dan pluraliti dalam masyarakat lalu menjadi zero identity. Ini kerana setiap peradaban dan komuniti mempunyai sejarah dan latar belakang budaya yang menjadi warisan dan diambil sebagai identiti asas , sekiranya hal ini di buang dan dijadikan komuniti itu neutral maka ianya tidak ubah seperti apa yang telah berlaku keatas masyarakat Barat hasil dari sekularisasi (Ramadan 2009:267).Ramadan menegaskan bahawa multi-budaya yang terasimilasi hasil dari proses immigrasi global bukanlah satu halangan dan masalah kepada sistem sosial dan ruang awam dalam sesebuah komuniti masyarakat, malah fenomena ini tidak mampu dielakkan sebagai contoh, masyarakat kristian yang tinggal di kawasan majoriti muslim pastinya sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan budaya muslim di kawasan itu, begitu juga halnya dengan masyarakat muslim yang tinggal di negara Barat, pastinya akan terpengaruh dengan budaya Barat namun identiti mereka tetap kekal sebagai seorang muslim atau kristian berlainan sekiranya menjadikan komuniti itu sifar identiti yang akan menghasilkan kecelaruan identiti terhadap masyarakat. Kerencaman ini seharusnya diuruskan dengan baik dan teliti bukannya di hapuskan sama sekali. Sejarah telah mencatatkan betapa kerencaman budaya dan pluraliti agama tidak menggangu gugat keharmonian dan agama masing-masing sekiranya diuruskan dengan baik.Beliau mengambil Malaysia sebagai contoh negara yang mempunyai multi-budaya dan agama. Suasana seperti ini mustahil untuk dielak dalam konteks masyarakat Malaysia, namun dengan pengurusan yang baik ianya bukanlah menjadi satu masalah dan beban atau ancaman kepada kerencaman dan budaya Islam di Malaysia (Ramadan 2009:268). Isu kerencaman multi-budaya dalam ruangan awam dan ruangan peribadi bukanlah isu besar. Namun yang menjadi isu pokok adalah sejauh mana hak dan pengamalan prinsip keadilan itu dilaksanakan secara telus di dalam ruangan awam dan peribadi. Meneliti kembali sejarah peradaban dalam Negara Islam Uthmaniyah misalnya, memperlihatkan bagaimana kerencaman budaya yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Sulayman Yang Agung tidak memberi kesan yang negatif terhadap negara. Ini kerana polisi dan pentadbiran yang diamalkan oleh baginda sultan sangat mementingkan nilai toleransi dan hak kebersamaan dalam masyarakat. Nilai keadilan yang diamalkan oleh baginda sultan memberi gambaran betapa pengajaran yang terkandung dalam budaya Islam itu sebenarnya tidak memberi ancaman kepada fenomena multi-budaya malah prinsip al-Adl dalam Islam memberi penekanan terhadap keadilan dan hak setiap budaya dan bangsa yang tinggal bersama dalam komuniti Islam (Ramadan 2009:268)Walau bagaimanapun, apa yang menjadi masalah pada hari ini yang berlaku di dunia Barat mahupun Islam adalah penerapan nilai al-Adl yang sebenar dalam mayarakat majmuk. Undang-undang yang dilaksanakan sepatutnya menjamin hak-hak setiap individu samada dalam ruangan awam ataupun peribadi tanpa melanggari batas-batas yang ditetapkan. Undang-undang moden yang dibawa oleh barat dan diaplikasikan keatas masyarakat mereka kelihatan tidak mampu untuk menerapkan nilai seperti ini. Walaupun pada asalnya undang-undang ini dikatakan tertegak atas dasar hak kebebasan setiap individu, tetapi kebebasan yang diterapkan itu akhirnya membawa kepada keadaan masyarakat yang zero-identity serta neutral-budaya. Setiap insan diberi kebebasan yang melampau. Ini sebenarnya akan memberikan satu huru-hara menurut Tariq Ramadan. Misalnya, setiap orang berhak untuk melakukan apa yang ia rasakan haknya walaupun melanggari hak dalam masyarakat, jika ini berterusan diskriminasi dan oppresi akan berlaku. Contohnya dalam bidang sosio-ekonomi, si kaya berhak menggunakan kekayaannya untuk memonopoli perdagangan dan menekan si miskin selagi mana tidak nyata secara jelas dia melakukan oppresi. Masalah ini berlaku dalam ruang awam (public sphere) di barat. Oleh yang demikian, Ramadan mencadangkan agar pemikir Islam kontemporari ini kembali mencari alternatif yang terdapat dalam Islam itu sendiri. Beliau lebih menekankan agar prinsip-prinsip dan nilai Islam dalam setiap perkara itu dibugar kembali seperti undang-undang Islam, politik dan sosial. Seharusnya setiap prinsip seperti undang-undang Islam mengambil kira perkara-perkara yang terdapat dalam maqasid syariah. Kerana apa yang digaris pandukan dalam maqasid itu lebih menjamin hak setiap individu samada dalam ruang awam atau peribadi tanpa melampaui batas yang akhirnya merosakkan struktur identiti dan nilai dalam komuniti itu sendiri (Ramadan 2009:270). Ramadan juga menekankan bahawa kepentingan memberi definisi yang baharu dalam soal-soal seperti keadilan, kebebasan, maruah dan kesamaan dalam konteks masyarakat moden masa kini selaras dengan konsep kerakyatan yang digagaskan olehnya. Bagi Ramadan, konsep Ahl-Dhimmah atau orang yang diberi perlindungan sudah tidak lagi relevan dalam konteks masyarakat Islam masa kini. Mengambil contoh di Malaysia sebuah negara Islam umpamanya, apakah komuniti non-muslim masih lagi diertikan dengan istilah Ahl-Dhimmah sedangkan mereka bersama-sama dengan komuniti muslim dalam membebaskan serta kembali membina negara itu seperti sekarang ini. Dengan peranan dan pengorbanan yang mereka lakukan itu adalah lebih sesuai untuk dinyatakan bahawa mereka bukanlah Ahl-Dhimmah tetapi Al-Muwatanah (citizenship). Dengan pendefinisian yang baharu terhadap status mereka, maka ianya juga akan mempengaruhi bagaimana layanan dan taraf jaminan hak yang akan mereka perolehi. Seharusnya komuniti non-muslim yang berada dalam lingkungan komuniti muslim yang majoriti ini berasa aman dan dijaga haknya bukan lagi sebagai ahl-Dhimmah, tetapi sebagai sebahagian dari komuniti kerakyatan dalam negara Islam dan mempunyai hak-hak seperti mana komuniti Islam itu sendiri (Ramadan 2009:270).

Kuasa, Undang-Undang Dan Masyarakat SivilIsu yang dibawa oleh Tariq Ramadan mengenai pembentukan masyarakat Islam sivil bukan hanya terhad kepada wacana memberi pentakrifan semula terhadap hak dalam ruang lingkup awam dan peribadi walaupun dasar itu diambil kira sebagai asas pembentukan masyarakat sivil. Bagi Ramadan apabila ruang lingkup awam dan peribadi serta haknya mampu diberi takrifan dan penilaian semula bersesuaian dengan waqi dan realiti semasa kini, Isu keduanya ialah mengenai bagaimana untuk melunaskan hak dan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan pada awal perbahasan ini. Islam merupakan agama yang syumul dan meliputi segenap aspek dalam kehidupan manusia, namun apa yang menjadi masalah pada hari ini, umat Islam itu dilihat dalam skop yang sangat sempit.Bagaimana kita mengamalkan Islam itu sebenarnya memberi gambaran sejauhmana kita memahami Islam sebagai agama yang syumul dan meliputi seluruh kehidupan. Sebagai contoh dimana masyarakat Islam pada hari ini melihat Islam dalam ruang yang sempit adalah memahami konsep As-syariah itu hanya pada ruang lingkup undang-undang Islam sepertimana yang difahami oleh majoriti umat pada zaman ini (Ramadan 2009:271). Pemahaman seperti ini bukanlah baru sahaja tertanam, namun ianya telah menjadi warisan sejak berzaman lagi. Ini memperlihatkan betapa umat Islam terbelenggu pemikirannya dan tidak begitu dinamik dalam memahami Islam. Pada awalnya, umat ini memahami as-syariah sepertimana sepatutnya dan mereka tidak rigid dalam memahaminya sepertimana tulisan As-Syafie dalam Ar-Risalah yang memperlihatkan betapa syariah itu dilihat fleksibel dan memudahkan. Namun, setelah beberapa kurun, masyarakat Islam mula menjadikan gagasan yang di asaskan oleh As-Syafie ini sesuatu yang tetap dan non-fleksibel, setiap perkara harus mengikut bagaimana As-Syafie melihat pada zamannya, tidak lagi melihat realiti pada masa kini (Ramadan 2009:271). Selain itu, masyarakat juga mula melihat fatawa dan pandangan As-Syafie itu sebagai satu tatacara undang-undang yang tetap dan formal, malah mereka tidak lagi berani untuk mengadunkan pendapat lalu menyesuaikannya atau membuat suatu yang baharu sesuai dengan realiti masa kini (Ramadan 2009:272).Seharusnya masyarakat Islam sedar akan masalah ini dimana mereka menjadikan syariah itu suatu yang formal dan non-fleksibel dalam keadaan masyarakat kini yang memerlukan fleksibiliti dalam undang-undang Islam yang lebih mencakupi keadaan masa kini serta tidak lagi pemahaman syariah itu hanya berlegar dalam undang-undang fiqh, tetapi syariah itu meluas dan pemahamannya bagi masa kini lebih menjurus kepada jalan atau gaya hidup masyarakat (Ramadan 2009:272). Walaupun demikian, Ramadan menjelaskan perlunya pentakrifan semula istilah syariah yang lebih meluas itu mestilah dengan meluaskan makna undang-undang Islam yang pada asalnya hanya meliputi perkara-perkara fiqh Islam kepada isu-isu yang lebih membumi dan berkait rapat dengan kehidupan manusia seperti sosial, ekonomi, pendidikan, kebajikan dan etika (Ramadan 2009:272).Tariq Ramadan juga bercakap mengenai kepentingan reform dalam kuasa politik. Ini kerana jaminan dalam penerapan nilai syariah yang syumul itu adalah berdasarkan sejauhmana etika syariah itu dipatuhi dalam bidang politik dan kuasa. Mengambil model negara Islam Madinah yang di bentuk oleh Rasulullah s.a.w, Ramadan menegaskan bahawa negara Islam Madinah adalah satu contoh di nama syariah itu tidak hanya terkongkong pada undang-undang awam dan isu-isu fiqh, namun ianya teraplikasi dalam etika dan moral masyarakat dalam bidang sosial mahupun politik (Ramadan 2009:272). Walau bagaimanapun, Ramadan menegaskan bahawa komuniti manusia sentiasa berubah maka oleh yang demikian Model masyarakat Madinah haruslah diperhati dan di analisa bersesuaian dengan masyarakat moden hari ini tanpa meninggalkan sedikitpun nilai etika masyarakat itu, bukanlah bermaksud kita harus secara zahiri kembali seperti mana keadaan pada waktu itu, tetapi nilai dan pengamalan syariah dalam model masyarakat Madinah itu harus diambil dan diterapkan dalam komuniti hari ini baik dalam apa jua bidang yang akhirnya membuka ruang kepada konsep syariah itu bukan hanya terbatas pada konteks fiqh, malah etika dan nilai yang ada pada syariah itu yang penting untuk diamalkan dalam sektor politik misalnya.Beberapa tahun yang lalu, berlaku perdebatan dikalangan sarjana muslim dalam menilai sistem demokrasi adakah ianya sistem yang syarie dan dibolehkan untuk diimplementasikan dalam komuniti muslim atau tidak. Ada dikalangan sarajana ini menganggap bahawa demokrasi itu sendiri adalah tertolak kerana tidak terdapat dalam nas mengenai hal ini malah ianya hasil dari pemikiran barat yang sekular, ada dikalangan mereka juga menolak kerana sistem demokrasi ini bukan bersifat ilahiyyat dan menolak konsep al-Hakimiyyah lil-Lah iaitu kekuasaan mutlak Allah (Ramadan 2009:273). Golongan yang kedua dalam membahaskan mengenai demokrasi berpendapat ia sebenarnya tidak lari konsep Islam memandangkan didalamnya terdapat banyak nilai dan pembawaan Islam seperti kesamarataan, menolak penindasan, kedaulatan undang-undang, akauntabilti, integriti dan sebagainya. Apa yang menjadi masalah pada hari ini bukanlah demokrasi itu sendiri tetapi politik Islam yang membawa demokrasi itu gagal untuk menerapkan unsur-unsur syariah dan nilai etika Islam yang sebenar di dalamnya. Adalah menjadi suatu yang sia-sia sekiranya sarjana dan masyarakat muslim terlalu sibuk membincangkan apakah sistem yang paling sesuai untuk di bawa dalam soal pemerintahan sedangkan masalah yang paling utama ialah kegagalan menerapkan nilai Islam dalam sistem-sistem tersebut.

Analisis Pendidikandan Hubungan Sosial Di MalaysiaMalaysia merupakan sebuah negara Islam yang menjadi model di seluruh dunia Islam. Keunikan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia itu sendiri menjadi panduan dan tarikan bagi pengkaji sosial di seluruh dunia. Malaysia juga merupakan model bagi negara lain yang berbilang kaum untuk mengurus kerencaman buidaya yang terdapat di dalamnya.Malaysia merupakan sebuah negara yang terbentuk atas komposisi kaum yang berbeza. Tiga kaum terbesar adalah terdiri daripada Melayu, India dan Cina. Komposisi kaum yang terbesar ialah kaum melayu yang mana terdiri daripada 50% dari jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Manakala kaum lain seperti cina yang membentuk kira-kira 25% dari jumlah penduduk yang berasal usul dari pada Imigran cina yang datang dari tanah besar pada kurun ke-19, kaum ketiga pula ialah kaum India yang membentuk 10% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Kebanyakkan daripada kaum ini berasal daripada selatan India yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British dahulu (Malaysiana).Kerencaman kaum yang terdapat di Malaysia ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun begitu, dengan kerencaman budaya dan ras yang terdapat di negara ini, maka cabaran dari sudut pengurusan dan sosioekonomi juga semakin mencabar. Isu-isu seperti taraf pendidikan, kesenjangan ekonomi dan ekualiti kekayaan dari antara kaum juga menjadi cabaran utama bagi masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh, Isu pendidikan di Malaysia masih lagi menjadi perdebatan dan perbincangan dari pelbagai pihak. Ini kerana institusi pendidikan merupakan asas kepada pembentukan Masyarakat Sivil yang baik. Statistik yang dikeluarkan oleh PISA 2009+ atau dikenali sebagaiProgramme for International Student Assesment) menunjukkan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan di Malaysia masih meletakkan Malaysia dalam lingkungan tangga 50 dan kebawah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura, China, Hong Kong, Korea dan Thailand (Kementerian Pendidikan: 2013):

Jadual 1.0: Kedudukan malaysia dalam kecekapan meliputi subjek bahasa, matematik dan sains

Hal ini perlu diperbaiki dari semasa ke samasa untuk menjamin rakyat yang memperolehi sistem pendidikan yang baik dan mampu membina jati diri sebagai masyarakat yang mempunyai sivil yang tinggi. Memerhati daripada kedudukan Malaysia dalam tangga di tunjukkan oleh laporan diatas, beberapa faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi hal ini. Antaranya ialah dari sudut kelengkapan fasiliti pendidikan di sekolah, kekurangan guru mahir serta bantuan yang masih kurang bagi sekolah-sekolah yang memerlukan terutamanya di luar bandar. Misi membentuk masyarakat yang mempunyai nilai sivil yang tinggi seperti mana apa yang telah dinyatakan dalam Gagasan Tariq Ramadan memerlukan kemantapan elemen asas kemasyarakatan iaitu sosial dan pendidikan, ini termasuklah peluang pendidikan yang dirasai bersama pada setiap lapisan masyarakat tanpa ada jurang perbezaan. Sekiranya masih terdapat jurang dari sudut perbezaan taraf pendidikan yang diperolehi oleh masyarakat dalam dan luar bandar ianya menyukarkan proses untuk membina mentaliti masyarakat sivil secara menyeluruh. Jadual di bawah menunjukkan statistik faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia:

Rajah 1.0: Statistik bilangan sekolah rendah yang kekurangan infrastruktur pada tahun 2005 Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Plan Pembangunan Pendidikan 2007, pada tahun 2005 seperti yang ternyata dalam rajah diatas jelas mem[perlihatkan keadaan infrastruktur pendidikan yang masih belumcukup untuk meliputi kesemua sekolah khususnya di luar bandar (Kementerian Pendidikan: 2007) . Dengan kekurangan sumber asas seperti air dan kuasa elektrik, pastinya menyukarkan lagi proses pembelajaran masyarakat luar bandar. Natijahnya, pendedahan yang dapat dirasai oleh golongan bandar tidak dapat dirasi secara menyeluruh oleh masyarakat di luar bandar seperti sekolah elit dan swasta, fasiliti yang moden serta selesa.Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia optimis untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan khususnya bagi masyarakat luar bandar. Malaysia dalam Plan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mengambil inisiatif yang banyak untuk menjayakan misi peningkatan sektor pendidikan agar mampu melahirkan masyarakat sivil secara menyeluruh sepertimana yang di gagaskan oleh Ramadan yang tidak tertumpu pada golongan bandar sahaja. Dalam plan tersebut terdapat 11 misi utama yang perlu dicapai sepanjang tempoh antara tahun 2013-2025. Namun, terdapat lima misi utama yang perlu dicapai dengan jayanya iaitu yang pertama menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa. Yang kedua, memastikan setiap pelajar menguasai bidang komunikasi dan bahasa terutamanya bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan antarabangsa. Yang ketiga melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai masyarakat sivil melalui pendidikan. Yang keempat, mentranformasi bidang perguruan dan pendidikan untuk lebih berdaya saing dan menjadi profesion pilihan dan yang terakhir memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah untuk menggalakkan kompetensi yang baik dalam pengurusan sekolah (Kementerian Pendidikan: 2013). Selain dari sudut pendidikan, Ramadan dalam gagasannya menyentuh soal hak dan hubungan sosial antara kaum. Malaysia diambil sebagai contoh negara yang mempunyai pelbagai kaum dan ras. Walaupun pada hakikatnya Malaysia berjaya secara am membentuk keharmonian sosial, namun terdapat beberapa kondisi dan keadaan dimana integriti antara kaum dan hubungan sosial yang tebina dengan kontrak sosial sebelum merdeka dicabar dan diperbincangankan. Realiti hubungan sosial di Malaysia yang aman dan harmoni kadang-kadang dihangatkan dengan beberapa isu yang melibatkan sosio-ekonomi antara kaum. Meneliti kembali sejarah yang panjang mengenai bangsa di Malaysia ini. Isu seperti hak dan jurang ekonomi antara kaum telah menyebabkan berlakunya pengasiangan kaum di Malaysia. Dasar Brirish yang menjajah dengan polisi ekonomi Pecah dan Perintah menjadi faktor utama hal ini (Anuar Ramli & Mohammad Aizat t.th: 2). Kewujudan pengkhususan ekonomi dan tempat tinggal ini bukan sahaja melebarkan lagi jurang hubungan antara kaum, tetapi ianya juga melahirkan sentimen prejudis, stereotaip, etnosentrisme dan ketidak puasan hati antara kaum. Walaupun Malaysia sudah bebas daripada belenggu sistem pecah dan perintah ini namun saki baki sentimen itu tetap ada dan sukar untuk dibuang secara total (Anuar Ramli & Mohammad Aizat t.th: 2). Isu-isu seperti perkauman, sikap dan nilai, tuntutuan, aspirasi dan persaingan serta prejudis sentimen agama dan bangsa masih lagi berlegar dalam komuniti multi-ras di Malaysia (Chandra Muzaffar 1996: 176). Menurut Muhammad Khir Toyo, punca utama hal ini berlaku adalah kerana kealpaan setiap kaum untuk meneliti semula sejarah hubungan diantara kaum dan yang kedua merupakan keengganan untuk menerima dan mematuhi persetujuan antara kaum yang telah dipersetujui sebelum ini (Mohammad Khir Toyo. 2002:10)Konflik-konflik ini berlaku di setiap negara yang mempunyai penduduk dan bangasa yang berbagai. Namun, di Malaysia ianya masih lagi terkawal dan kerajaan sedaya upaya menyediakan plan untuk menyelesaikan dan mengawal sentimen-sentimen ini. Ramadan dalam gagasannya juga menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai zero-identiti begitu juga halnya di Malaysia. Adalah satu yang mustahil untuk membina masyarakat yang mempunyai zero-identiti atau neutral budaya memandangkan setiap etnik dan kaum mepunyai budaya dan tunjang wasiran yang menebal dalam diri. Akan tetapi, konsep keadilan dan ekualiti antara kaum tidak boleh dihiraukan dan mesti dilaksanakan juga kerana kriteria asas dalam gagasan masyarakat sivil tariq Ramadan adalah masyarakat yang tertegak dengan prinsip keadilan dan prinsip ekualiti (Ramadan 2009:270). Oleh itu, Malaysia mempunyai plan dan rancangan tersendiri untuk sentiasa istiqamah dalam memastikankeadilan dan ekualiti antara kaum sentiasa terlaksana. Dasar Sosial Negara adalah antara mekanisme yang diwujudkan untuk membantu mengimbangi serta menjamin kelansungan hubungan sosial yang harmoni. Selain itu, dasar ini juga bertujuan untuk merapatkan jurang sosial dan memberikan keadilan sosial sesuai dengan perlembangan dan apa yang telah ditetapkan dalam sosial kontrak.Beberapa strategi dan rancangan telah di rangka untuk memastikan kejayaan dasar ini. Antaranya ialah yang pertama, memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. Ini dilaksanakan dengan mewujudkan peluang kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas yang melibatkan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih berkualiti. Yang kedua, membangunkan dan memperkasakan Insan sepanjang hayat. Untuk mencapai objektif yang kedua ini, kerajaan Malaysia memberikan penekanan dalam soal penguasaan insaniah dan intelektual yang seimbang dengan spiritual yang mana penting untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai sivik yang tinggi diantara kaum lantas menghapuskan sentimen-sentimen prejudis yang terhasil dari kurangnya kefahaman dan konsep tasamuh antara kaum.

RUJUKANZuraina Majid, Mohd Taib Osman, Leonard Y. Andaya. 2006. The Encyclopedia Of Malaysia. Archipelago Press. Singapore.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Laporan Awal Ringkasan Eksekutif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2006-2010.Anuar Ramli, Muhammad Aizat Jamaluddin. T.th. Prinsip Hubungan Sosial Bagi Menangani Konflik Dalam Masyarakat Malaysia berteraskan Islam. Universiti Malaya. Chandara Muzaffar. 1996. Keadilan Sosial di Malaysia. Satu Penilaian. Institut Kajian Dasar. Kuala Lumpur.Muhammad Khir Toyo. 2002. Dua Sebab Krisis Hubungan Kaum Terjejas. Berita Harian. 16 Ogos 2002.