gabungan mahasiswa ukm: rencana : jenayah pemerdagangan...

Download Gabungan Mahasiswa UKM: Rencana : Jenayah Pemerdagangan Manusiagm-ukm.blogspot.com/2011/07/rencana-jenayah...2011-07-132011-07-13 · Mungkin ramai yang tidak sedar, kes sebegini berlaku

If you can't read please download the document

Upload: lydiep

Post on 13-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Gabungan Mahasiswa UKM: Rencana : Jenayah Pemerdagangan Manusia

skip to main | skip to sidebar

Gabungan Mahasiswa UKM

Keilmuan | Kebajikan | Falsafah Universiti

Pages

UtamaSejarah GMUKMSenarai MPP-GMHubungi Kami

Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, July 13, 2011

Rencana : Jenayah Pemerdagangan Manusia

Kes 1 : DERITA KANAK-KANAK MANGSA PEMERDAGANGAN

LINA (bukan nama sebenar) baru berumur lapan tahun. Pada usia tersebut, dia sepatutnya menghabiskan masa di sekolah, bergaul bersama rakan-rakan sebaya, bermain dan mengulang kaji pelajaran. Namun nasib Lina tidak seindah yang dilalui kanak-kanak seusianya. Dia melalui hari-hari yang gelap sejak beberapa bulan lepas setelah dijual bapanya sendiri kepada pihak ketiga yang kemudian memperdagangkan dirinya untuk tujuan seks.

Sekadar Gambar Hiasan

Setiap hari, Lina yang berasal dari sebuah kawasan di Selangor, dipaksa bekerja dengan memberi perkhidmatan seks kepada lelaki yang boleh dipanggil abang, bapa atau datuk kepadanya. Dia, yang dikawal oleh lelaki yang dipanggil uncle, tidak mengerti dengan apa yang sedang dilaluinya dan kenapa diperlakukan sebegitu apatah lagi untuk memahami akan haknya sebagai seorang kanak-kanak.

Mungkin ramai yang tidak sedar, kes sebegini berlaku dalam masyarakat kita. Realitinya, kisah Lina hanyalah secubit kisah daripada kehidupan sebenar kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Jika kita beranggapan, isu pemerdagangan kanak-kanak hanya berlaku di negara seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja, ia adalah silap kerana sebenarnya jenayah tersebut turut berlaku dengan meluas di negara ini.

Koordinator Tenaganita, Aegile Fernandez dalam temubual sebelum ini menyatakan ramai kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa kes seumpama telah diselamatkan dari negara seperti Kanada, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat. Malaysia kini bukan sahaja dijadikan sebagai negara transit malahan mengeksport dan terlibat dengan negara destinasi untuk aktiviti pemerdagangan.

Menurut statistik, antara Februari 2008 hingga October 2010, sebanyak 118 kes pemerdagangan kanak-kanak dilaporkan di Malaysia dan sebanyak 1,843 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama di sekitar negara Asia.

Kenapa kanak-kanak?

Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia (International Laws) sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang bergantung kepada bentuk ekploitasi yang dikehendaki. Contohnya, remaja kebiasaannya digunakan untuk pelacuran atau ekploitasi seks, kanak-kanak bawah 10 tahun digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada keluarga yang tidak mempunyai anak.

Pertubuhan Buruh Antarangsa (ILO) menganggarkan RM48 billion setahun diperoleh daripada sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang menjadikan jenayah penyeludupan manusia adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api.

Kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun dan jenayah melangkaui sempadan yang berlaku di merata negara di dunia ini diangkat menjadi isu global yang ditangani secara serius di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia.

Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang menyebabkan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

Pengutip Dana dan Pakar Advokasi Yayasan Chow Kit, Dr. Hartini Zainudin berkata, kadang kala di kalangan kanak-kanak yang meningkat dewasa mengetahui mereka dieksploitasi untuk memberi khidmat seks namun mereka tidak mengetahui atau menyedari tahap penganiayaan yang diperlakukan atau kesan fizikal dan mental.

Beliau yang berpengalaman luas berhubung isu pemerdagangan kanak-kanak terutama di Chow Kit berkata, banyak faktor yang mendorong kanak-kanak mudah terjerat hingga bersetuju untuk dibawa pergi dari satu tempat ke satu tempat tanpa mengetahui yang mereka akan dieksploitasi.

Ada sebahagian mereka percaya dijanjikan pekerjaan seperti di hotel dan spa, berkahwin dan dapat hidup lebih bahagia. Namun ada juga dijual keluarga sendiri dan diculik oleh sindiket untuk dijual.

Sekarang memang penjualan bayi yang kita nampak menonjol. Mereka yang tidak punya anak biasanya akan membeli bayi itu tanpa diketahui latar belakang mereka. Menjadi satu kebimbangan jika perkara ini tidak dibendung kerana mereka yang mampu boleh membelinya. Perkara ini akan berterusan kerana cuba kita lihat berapa ramai yang mengandung anak luar nikah, wanita yang tidak mempunyai dokumen diri, wanita yang tidak diketahui warganegaranya yang menyebabkan mereka tidak tahu di mana harus diletakkan bayi tersebut, jadi jalan paling mudah adalah dengan menjualnya, katanya.

Keadaan menjadi lebih sukar sekiranya bayi tersebut tidak mempunyai dokumen, kerana tidak diketahui asal-usul. Namun yang menjadi fokusnya kini ialah kanak-kanak yang diperdagangkan untuk komersial antaranya dijadikan pelacur, peminta sedekah, mahupun keldai dadah dan aktiviti jenayah lain.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Mei 2011

Kes 2 : WANITA MANGSA EKSPLOITASI PENGEDARAN DADAH

INILAH gadis-gadis Malaysia yang pernah ditahan di luar negara akibat diperdaya menjadi keldai dadah.

ISU penyeludupan dadah bagaikan tiada penghujungnya. Lebih malang, sudah ramai wanita tempatan diperdaya, kebanyakannya oleh kekasih warga Afrika mereka di Malaysia, untuk menyeludup dadah ke luar negara. Setiausaha Kerja Penyelidikan dan Pemantauan Program, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Zuriah Abu Bakar, 48, berkata pendapatan berniaga dadah memang lumayan. Sekilogram dadah boleh memberi pulangan sehingga RM1.8 juta kepada pengedarnya.

Dengan wang sebanyak itu, manusia boleh hilang pertimbangan dan sanggup menjadi keldai dadah, bicaranya sambil mendedahkan kebanyakan keldai dadah tahu mereka sedang digunakan.

Australia, China, Brazil, Peru, Argentina dan Jepun ialah antara destinasi penyeludupan dadah yang sering dikaitkan dengan gadis rakyat Malaysia.

Kaedah

Bagaimanapun, Zuriah mengakui masih ramai wanita tempatan diperdaya oleh warga asing untuk melakukan kerja kotor itu. Terdapat lebih 100 orang wanita Malaysia telah ditahan di luar negara gara-gara menjadi keldai dadah setakat ini.

Perkara yang membimbangkan adalah hanya satu daripada sepuluh kes rakyat kita ditangkap di luar negara benar-benar diperdaya. Selebihnya mereka sedar, tahu dan mengakui tindakan mereka menyeludup dadah ke negara asing, ulasnya.

Menurut Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), sebuah badan bebas pemantauan kuasa undang-undang, semakin ramai wanita muda di Asia menjadi mangsa sindiket berkenaan. Berdasarkan statistik tersebut, pengedar dadah kini giat menggunakan laman web sosial untuk menarik perhatian wanita di Asia Tenggara untuk bekerja sebagai keldai dadah di negara-negara di timur dan Asia Tenggara.

Kuasa yang dimiliki oleh bahan kimia yang asalnya bertujuan merawat kesakitan itu bagaimanapun mampu mengubah individu menjadi tamak. Oleh hal itulah, dadah kini disembunyikan di dalam kasut, pakaian, beg, barangan kraf tangan, alatan elektronik dan kenderaan.

Ini termasuk kaedah mencairkan dadah dalam rebusan air sebelum dicelupkan pakaian dan dibiarkan hingga kering. Menurut Zuriah, apabila individu yang membawa dadah dalam bentuk terlarut pada fabrik tiba di destinasi yang disasarkan, pakaian tersebut akan diproses menggunakan aplikasi penyulingan untuk mengumpulkan kembali kandungan dadah yang melekat pada fabrik berkenaan.

Telan

Buktinya, seorang gadis warganegara Filipina sebelum ini pernah ditangkap ketika cuba menyeludup dadah ke Malaysia dengan cara mencelupkan pakaian dan tuala ke dalam cecair sebatian dadah sebelum datang ke negara ini, jelasnya.

Malah, demi wang, keldai dadah sanggup mengorbankan diri sendiri asalkan bahan itu berjaya diseludup.

"Selain melekatkan pek dadah di badan, contohnya untuk menampakkan seseorang wanita sedang mengandung, dadah juga dilekatkan pada anggota tubuh lain seperti punggung dan belakang sehingga individu berkenaan kelihatan berbadan gempal. Mereka juga rela menelan dadah yang berupaya membunuh diri mereka sendiri sekiranya pembalut dadah berkenaan pecah di dalam usus, ujar Zuriah.

Beliau memberi contoh kes seorang gadis berasal dari Pulau Pangkor, Perak yang menelan 25 pek dadah yang telah disumbat ke dalam kondom tetapi dapat dikesan pihak berkuasa Australia. Jelas Zuriah lagi, sehingga bulan September tahun lalu seramai 1,597 rakyat Malaysia ditahan di negara luar dan kebanyakan mereka disabitkan kesalahan menyeludup dadah.

Daripada jumlah tersebut, seramai 150 orang yang ditangkap adalah wanita iaitu 62 wanita Melayu, 58 Cina dan 28 India. Statistik yang dikumpulkan oleh Pemadam turut mendapati seramai 127 orang wanita Malaysia ditahan di 37 negara sehingga tahun 2007. Dari segi taraf pendidikan, individu yang ditangkap terlibat dengan penyeludupan dadah kebanyakannya berpendidikan tinggi.

Selalunya wanita yang terjerat adalah berilmu dan memiliki kelulusan tinggi seperti diploma dan ijazah. Mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah. Namun, ahli sindiket dadah sering menyasarkan wanita yang personalitinya pendiam, menikus dan pasif untuk dijadikan keldai dadah, katanya.

Nasihat Zuriah, teman baik mungkin menjadi musuh seseorang dan tidak mustahil ia mampu mengheret ke kancah penderitaan seumur hidup.

Apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, segala kebaikan dan kelemahan kita diteliti dengan sempurna dan ini dijadikan senjata untuk menikam semula kita dari belakang, katanya.

Selain itu, usul Zuriah, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan anak-anak.

Komunikasi adalah perisai utama untuk mengukuhkan struktur kekeluargaan. Jika kita ditawarkan pekerjaan di luar negara seharusnya perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga terlebih dahulu, nasihat Zuriah.

Sumber: Kosmo, 27 April 2011

Definisi Mengikut Perundangan Jenayah Pemerdagangan Orang

Negara SumberNegara di mana orang yang didagangkan itu berasal. Ia menjadi tumpuan sindiket untuk mencari individu atau kumpulan manusia yang akan menjadi mangsa mereka.

Negara DestinasiNegara penerima atau Negara yang dituju oleh sindiket untuk membawa mangsa mereka.

Negara TransitNegara yang digunakan sebagai laluan oleh sindiket untuk membawa mangsamereka sebelum tiba ke negara destinasi. Ia sama ada menggunakan jalan darat,laut mahupun udara.

Apakah Kaedah Atau Laluan Yang Digunakan?

Udara laut darat

3 Elemen Dalam Pemerdagangan Orang

a)Aktiviti

Perekrutan Pengangkutan Pemindahan Perlindungan Penerimaan

b)Cara

Ancaman Paksaan/Kekerasan Pemelarian Perdayaan Pemalsuan Dokumen Penculikan Penipuan Penyalahgunaan Kuasa Memberi/Menerima Bayaran

c)Tujuan

Perhambaan Pengabdian Pemindahan Organ Kerja/Perkhidmatan Paksa Eksploitasi Seks/Pelacur

at20:15

0comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

tvGMUKM

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !

Kalendar

Powered by Blogger.

Kalendar GMUKMLoading...

Kenali GMUKM

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan tiga elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM.(i) Kebajikan mahasiswa(ii) Keilmuan & Keintelektualan(iii) Penghayatan Falsafah UKM(iv) Pengantarabangsaan

Teras Perjuangan GMUKM

Pengunjung

GMUKM@Twitter

Tweets by @gmukm

Pautan UKM

Laman UKMUKM NewsPortale-Wargae-PelajarSMP WebiFolioSPIN

Arkib Blog GMUKM

2014

(40)

Dec 2014

(1)

Nov 2014

(16)

Oct 2014

(6)

Aug 2014

(2)

Jul 2014

(15)

2013

(83)

Nov 2013

(4)

Oct 2013

(33)

Sep 2013

(7)

Aug 2013

(4)

Jun 2013

(2)

May 2013

(3)

Apr 2013

(4)

Mar 2013

(10)

Feb 2013

(11)

Jan 2013

(5)

2012

(247)

Dec 2012

(16)

Nov 2012

(24)

Oct 2012

(23)

Sep 2012

(50)

Aug 2012

(8)

Jul 2012

(7)

Jun 2012

(19)

May 2012

(8)

Apr 2012

(8)

Mar 2012

(28)

Feb 2012

(31)

Jan 2012

(25)

2011

(352)

Dec 2011

(59)

Nov 2011

(64)

Oct 2011

(39)

Sep 2011

(24)

Aug 2011

(11)

Jul 2011

(12)PMFPI : Persediaan Menghadapi RamadhanArtikel Pilihan : Usah Tolak Tepi Soal Perpaduan.....Terkini berita dari BangiAKSIS : Tahniah Buat Bakal SiswiAyuh Meriahkan ' Hari Masyarakat Prihatin 'Rencana : Jenayah Pemerdagangan ManusiaPilihanraya Dari Pandang Sisi IslamUniversiti - School of Universal LearningSejarah Pilihanraya Malaysia -Siri 2Sejarah Pilihanraya Malaysia -Siri 1Rencana : Kenali Sistem Pendidikan NegaraMajlis Pelancaran Sekretariat Pesta Konvokesyen

Jun 2011

(22)

May 2011

(24)

Apr 2011

(14)

Mar 2011

(28)

Feb 2011

(32)

Jan 2011

(23)

2010

(239)

Dec 2010

(29)

Nov 2010

(9)

Oct 2010

(19)

Sep 2010

(19)

Aug 2010

(23)

Jul 2010

(33)

Jun 2010

(9)

May 2010

(12)

Apr 2010

(5)

Mar 2010

(15)

Feb 2010

(9)

Jan 2010

(57)

2009

(247)

Dec 2009

(8)

Nov 2009

(11)

Oct 2009

(14)

Sep 2009

(15)

Aug 2009

(47)

Jul 2009

(17)

Jun 2009

(13)

May 2009

(7)

Apr 2009

(13)

Mar 2009

(34)

Feb 2009

(29)

Jan 2009

(39)

2008

(162)

Dec 2008

(3)

Nov 2008

(24)

Oct 2008

(61)

Sep 2008

(41)

Aug 2008

(24)

Jul 2008

(6)

Jun 2008

(1)

May 2008

(2)

Jaringan Mahasiswa UKM

Chinese Community Student Council (CCC)

20182

4 months ago

PKPIM UKM

Melangkah Ke Alam Kampus 2015/2016

2 years ago

Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM

PIDATO UKM 45

2 years ago

Gabungan Mahasiswa FPI

11 Febuari 2015

3 years ago

MPP ASPIRASI UKM

Hasil Usaha Mantan MPP ASPIRASI : Penghadang Jalan Menuju FPI dan ATMA

4 years ago

GMUKM Kampus KL

Kenapa HEP tidak layak kendali pilihan raya kampus?

4 years ago

Sekretariat Rakan Muda UKM

PENCARIAN EXCO SRMUKM SESI 2013/14 KINI BERMULA!!

4 years ago

Gabungan Mahasiswa FKAB

Polemik Kebebasan Agama, Antara hujah dan perintah.

5 years ago

ASPIRASI, kampus UKM

Bekalan Elektrik Terputus : NYDP Kolej Pendeta Za'ba Kemalangan

6 years ago

AKU.DARAH.ANAK.MELAYU

tatkala INI

6 years ago

Tindakan Siswa Bersatu (TSB)

Sekitar Isu Persepakatan Melayu

6 years ago

Aspirasi UKM KL

Syukur dan Terima Kasih atas Kemenangan Calon ASPIRASI UKM KL

7 years ago

KARISMA UKM

KARISMA Menyeru Mahasiswa/i Turun Mengundi

7 years ago

(GMUKM)

Show 5

Show All

Jaringan Berita Kampus

UPSI Kini

Abdul Hakim: Setiap pimpinan baru (MPP) adalah pemimpin

4 years ago

Media Kampus UKM

Wacana "Syiah, dimana silapnya?" berjaya!

4 years ago

Media Kampus USM

Kenyataan YDP MPP USM Berkenaan Notis Fitnah

5 years ago

USM Campus News

Aduan Siswa Promo Video | USMTV

5 years ago

Bahagian Keselamatan UKM

Suasana semasa Majlis Perbarisan Bahagian Keselamatan UKM 2012

5 years ago

UTeM Bloggers United

Pre-Order Herbalife's Product Are Open Now!

6 years ago

UTP Daily

Keuntungan Sebelum Cukai Petronas RM25.09 Bilion

6 years ago

SiswaLaNie

Teliti semula pembuangan pelajar di Mesir

6 years ago

NADI UKM

Aspirasi giat bantu mangsa tanah runtuh

6 years ago

UniMAPKini

Mahasiswa/i Perlu Bebas dan Intelek

7 years ago

Media Kampus UTeM

UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI DAN MEMEGANG TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA SESI 2009/2010

7 years ago

Media Kampus UTHM

PROGRAM SUAI MESRA MAHASISWA ANAK PERAK UTHM.

7 years ago

UM-Today

Pilihanraya Kampus: UM Bakal Perkenal E-Calon, E-Daftar, E-Bantah

7 years ago

Media Kampus USIM

Mahasiswa Masih Power!!!

7 years ago

USM Daily

SPFUSM semakin berbelit

7 years ago

UTM Today

[Minda Mahasiswa] Kelestarian Kampus : Suatu Pandangan Mahasiswa

7 years ago

Suara Mahasiswa UTMKL

Mahasiswa Hadir Majlis Umno-BN Boleh, Berfikiran Bebas Dikenakan Tindakan-DSAI

7 years ago

UM-KINI

Khaled rasmi AGM PMIUM

8 years ago

UnitenKini

Perletakan jawatan Presiden MPP UNITEN

8 years ago

UKM KINI

Pilihan Raya Kampus bulan Oktober

8 years ago

MahasiswaKini

USIM Today

Gazebo Daily

Show 5

Show All

Jaringan Pro-Mahasiswa

GM-UKM KLGMM UiTMGMS KUISPro-M Politeknik KKPro-M UIAMPro-M UKMPro-M UMPro-M UMKPro-M UMS-KALPro-M UMTPro-M UnimasPro-M UPMPro-M USMPro-M UTHMPro-M UTMPro-M UTM KLPro-M UUM

Logo GMUKM

(c) Copyright 2010 Gabungan Mahasiswa UKM. Designed by Blogspot Templates Powered by Blogger

Theme Supported by Conveyancing, Las Vegas High Rise Condos, Video Games